Military of Malaysia

Military Analysis & News

  • Utama
  • Arkib
  • Hubungi
  • Pengenalan
  • Produk Military

THUMBS UP UNTUK PERTANDINGAN MENEMBAK TENTERA DARAT

April 7, 2014 by Admin 47 Comments

 

Aksi saya menembak..M4, gagal kerana saya demam sebenarnya.

Aksi saya menembak..M4, gagal kerana saya demam sebenarnya.

1. Saya baru sahaja menyertai pertandingan menembak tentera darat di lapang sasa Kem Menyala, Port Dickson pada Ahad lepas, memang penat kerana cuaca agak terik.

2. Hampir sahaja saya menolak pelawaan kawan saya untuk menyertai pertandingan itu kerana saya ada banyak urusan lain tetapi disebabkan desakan demi desakan dari kawan-kawan saya yang lain dan mengenangkan ada kawan yang mahu merasa menggunakan senjata api, jadi saya pun bergeraklah ke situ.

3. Saya hairan juga kerana tidak ada seorang anggota pun memakai pakaian seragam multi cam baru tetapi menurut seorang pegawai di situ, bahagian Markas Latihan telah mengarahkan supaya semua anggota dan pegawai memakai celoreng lama.

4. Berbalik tentang celoreng lama ini, seorang pegawai berpangkat kapten memberitahu saya bahawa celoreng lama tentera darat ini kalis infra red pada jarak 200 meter.

Sesi penerangan tentang penggunaan senjata M4

Sesi penerangan tentang penggunaan senjata M4

5. Ini merupakan pengalaman beliau sendiri yang menyaksikan pakaian itu melalui teropong infra red sebelum ini.

6. Sampai masa, berpeluanglah saya menembak dengan menggunakan raifel M4, ini merupakan kali pertama saya berpeluang menggunakan raifel terbaru itu yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan M16.

Lapang sasar elektronik Kem Menyala, Port Dickson

Lapang sasar elektronik Kem Menyala, Port Dickson

7. Dari segi tendangan atau recoil, saya fikir ia sama sahaja dengan raifel jenis “bull pup”.

8. Apa pun, pada jarak 100 meter, saya gagal mendapatkan “score” yang baik…oleh kerana cuaca yang agak panas dan saya pula menumpang kenderaan seorang pegawai dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, saya mengambil keputusan untuk balik awal sebelum terserempak dengan kesesakan lalulintas di Lebuhraya PLUS.

ANTARA YANG MENARIK ADALAH PENGGUNAAN MERIAM OTO MELARA 105MM

9. Meriam ini sudah berpuluh tahun digunakan, dulu sudah dimodifikasi oleh PSC Naval Dockyard dan dinamakan “SAKTI” tetapi saya tidak pasti jika meriam “SAKTI” ini memasuki perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau tidak.

10.Dengan keadaan negara yang bergunung-ganang, berbukit bukau dan berhutan, saya yakin meriam 105mm ini yang boleh ditanggal dan dipasang kembali sangat sesuai digunapakai untuk negara kita walaupun negara lain sudah pun beralih kepada kaliber yang lebih besar.

Meriam 105mm cuba ditanggalkan

Meriam 105mm cuba ditanggalkan

rsz_dsc_0079

bahagian-bahagian meriam diceraikan dan dibawa merentasi halangan

bahagian-bahagian meriam diceraikan dan dibawa merentasi halangan

 

kawan saya, Kapten Zaki atau Jack (berbaju hijau) turut membawa bahagian meriam yang berat gilerrrr

kawan saya, Kapten Zaki atau Jack (berbaju hijau) turut membawa bahagian meriam yang berat gilerrrr

Meriam kemudian dipasang semula

Meriam kemudian dipasang semula

 

Sekian, gambar meriam dipasang semula dengan lengkap saya tidak ada kerana filem sudah habis.....

Sekian, gambar meriam dipasang semula dengan lengkap saya tidak ada kerana filem sudah habis…..

 

Lupa nak bagi tahu, pertandingan menembak individu dimenangi oleh blogger Malaysia Military Power, saudara GGK. Sebenarnya, saya rasa tidak adil kerana operatif komando dibenarkan masuk menyertai acara ini melawan orang awam. Dah tentulah komando menang.

Filed Under: Darat

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 23
  • Next Page »

Jammer

ELITE FORCES

  • ASKAR SETIA
  • Bekas Komando
  • Blog Makcik Cleaner
  • Blog Orang Dewasa
  • Cikgu Selam
  • Freedom of Association (F.O.A)
  • IBU SEPARUH MASAK
  • Ondscene

Post Terkini

  • THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY
  • THE UNKNOWN WAR
  • MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA
  • EKONOMI : TIDAK ADA PEROLEHAN BESAR UNTUK ATM
  • TERUSAN SEGENTING KRA – SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU..

Kategori Bacaan

  • Advertorial (4)
  • Analisis (50)
  • Antarabangsa (30)
  • Darat (23)
  • Fictions (13)
  • Laut (20)
  • Misil (2)
  • Notis (22)
  • Patriotisme (12)
  • Pengalaman (26)
  • Risik (7)
  • Sejarah (23)
  • Udara (24)
  • Undang-undang (2)

DEFENCE RADAR NETWORK

  • A Secure Malaysia – Malaysia Militarium
  • Malaysia Military Power

© 2023 · Hakcipta Terpelihara · Military of Malaysia · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK