1. Hari ini Defence Service Asia (DSA 2012) di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dan seperti biasa, memang acara wajib untuk saya hadiri sejak dari 10 tahun dahulu.
2. Sebelum pergi ada terdengar khabar angin bahawa kali ini prototaip kenderaan berperisai negara iaitu AV8 akan dipamerkan, saya bagaimana pun tidak mempercayai khabar tersebut kerana setahu saya, prototaip itu akan ditunjukkan pada bulan Julai.
3. Saya bagaimanapun tertarik dengan trak “Off Road” keluaran Amdac yang diberi nama Adiwira, ia merupakan keluaran Amdac yang rekabentuknya merupakan hasil keringat anak tempatan.
4. Rekabentuk dibuat dengan kerjasama Turki tetapi Amdac mendapat “input” dari tentera darat, laut dan udara tentang kehendak pelanggan mereka.
5. Hasilnya ialah sebuah produk buatan tempatan yang dibuat mengikut citarasa Angkatan Tentera Malaysia.
6. Buat masa sekarang, hanya prototaip sahaja yang dikeluarkan, produksi besar-besaran belum dibuat kerana Amdac belum menerima tempahan dari mana-mana pihak.
7. Bagaimanapun setahu saya, tiga buah Adiwira telah diserahkan kepada Pusat Latihan Asas Tentera Darat untuk diuji nilai.
8. Kabin pemandu dibuat lebih besar sedikit iaitu 12 inci dari model Adiwira yang lama iaitu model 9140 keluaran 2004, yang kenderaan prototaip ini ialah model 9185.
BERITA GEMPAR DSA-PROTOTAIP AV8 MUNCUL
9. Saya menerima berita bahawa prototaip AV8, kereta perisai 8X8 buatan Malaysia akan dipertontonkan buat pertama kalinya di DSA.
10.Saya agak sinis dengan maklumat ini kerana setahu saya prototaip ini masih belum disiapkan dan jangkaan penganalisa pertahanan, ia akan dipertontonkan kepada orang ramai selepas bulan Julai tahun ini.
11.Ternyata khabar angin yang ditiupkan oleh blogger MalaysiaMilitaryPower ternyata betul, memang ada prototaip tetapi dalam bentul model.
12.Akhirnya blogger tersebut berhutang sebatang curut dengan saya kerana pertaruhan maklumat siapa yang tepat ternyata berpihak kepada saya. Kami memang sentiasa bertaruh untuk sebarang maklumat yang kami terima tetapi seperti biasa, saya menang hehe.
13.Sebenarnya saya ingin memohon maaf kepada para pembaca dan kawan-kawan yang mahu menyertai saya ke pameran DSA, selepas memeriksa dengan pihak penganjur dan Kementerian Pertahanan, orang awam tidak dibenarkan masuk.
14.Hanya pegawai tentera, kerajaan, anggota pasukan beruniform, media, broker, konsultan pertahanan, industri senjata dan penganalisa pertahanan sahaja dijemput dan dibenarkan masuk dan ini termasuklah saya hehehe.
15.Hari DSA saya pergi, terserempak dengan kawan-kawan tidak putus-putus menyebabkan saya tidak dapat menumpukan 100 peratus terhadap pameran.
16.Saya akan berada di DSA hampir setiap hari.