Military of Malaysia

Military Analysis & News

  • Utama
  • Arkib
  • Hubungi
  • Pengenalan
  • Produk Military

Archives for 2016

THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY

July 20, 2016 by Admin 2 Comments

1. Ini adalah satu kisah yang saya tidak dapat siapkan, makna “siap” termasuklah gambar, fakta atau bukti-bukti bahawa orang macam ini wujud.

2. Saya sepatutnya bertemu dengan bekas tentera Singapura ini sekitar tahun 2013, beliau tinggal di kawasan Gombak Kuala Lumpur tetapi contact saya buat penangguhan banyak kali sehingga akhirnya, dengan dia-dia pun hilang. There go my ultimate story of the year…James Bond episode 2 in the making tapi kensel pasal director missing in action.

3. Jadi, oleh kerana masalah seperti di atas, saya tidak dapat tulis dalam blog tetapi story third tier macam ini, saya fikir rugi kalau saya rendam dalam tong sampah lama-lama jadi saya keluarkan dalam Facebook, so tak jadi isu lah kan.

4. Kisah ini kisah benar kerana Contact saya itu walaupun sudah terputus hubungan dengan saya tetapi dia bukan jenis manusia yang mudah kena kelentong, beliau berkarisma dan ada kredibiliti sebagai seorang pemimpin politik dalam Pemuda Umno serta seorang blogger yang agak terkenal juga.

5. Jadi, kisah ini walaupun saya tidak mendapat secara langsung tetapi saya yakin ini merupakan kisah benar berdasarkan mulut contact saya ini.

6. Beliau terasa terhutang budi untuk memperkenalkan bekas tentera Singapura tersebut kepada saya selepas saya membantu beliau bertemu dengan seorang bekas pegawai perisikan tentera darat di Kuala Lumpur, ini semua berpunca dari aktiviti pembongkaran demi pembongkaran yang dibuat ke atas DAP sehingga menyebabkan talian telefon beliau akhirnya diintip oleh agensi perisikan Singapura.

7. Bekas pegawai perisikan ini, kalau saya petik nama dia….korang sure kenal pasal dia ini pun terkenal, cuma dia bukan artis atau ustaz tapi trust me, he is very faymes mennnn….kurang faymes sikit dari James Bond atau Ethan Hunt dalam Mission Impossible.

8. Orangnya humble, funny dan kalau saya dedahkan nama dia, anda semua tidak akan sangka dia adalah pegawai perisikan tapi oleh kerana saya amat profesional, private message will remain private message, ia tidak akan digunakan untuk menikam anda dari belakang walaupun anda adalah musuh saya. See…this is how profesional work, amanah dan janji membentuk sebahagian daripada kredibiliti seseorang. We are the real man bro..lelaki sejati, bukan lelaki yang kata-kata dia tidak boleh digenggam. Code of honour.

8. Kisahnya begini…bekas askar Singapura ini digelar dengan nama Othman, sekarang sudah tua maybe dalam hujung 60 tahun, kisahnya agak adventurous.

9.Sekitar tahun 70an atau 80an, Othman ini bertugas dalam satu kem dekat kawasan Kaki Bukit atau Geylang, malangnya, satu hari beliau bergaduh dengan pegawai atasannya.

10.Pergaduhan berakhir dengan tikaman tetapi tidaklah sampai nyawa melayang, menyebabkan Othman yang ketika itu berusia sekitar 20an telah melarikan diri dengan tongkang ke pulau Batam.

11. Beliau kemudian tinggal di pulau Batam selama beberapa bulan dan bekerja menjadi buruh, walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi otak Othman ini agak bijak, beliau telah menghubungi Kementerian Pertahanan Malaysia dan bersedia untuk menyerah diri.

12. Penyerahan diri ini dibuat di Kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia dan diterima sendiri oleh pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia, pegawai kedutaan hanya menjadi saksi sahaja.

13. Dari Jakarta, beliau di bawa ke Kuala Lumpur dan selepas menjalani proses pembersihan, security vetting.

14.Ok itu sahaja kisahnya…pasal itu sahaja yang saya tahu.

15.Disebabkan kemampuan beliau untuk merancang pelarian ke Batam serta proses atur cara penyerahan kepada negara lain, ini sudah cukup untuk menunjukkan bahawa Othman ini bukan sebarang orang, ia memiliki kepintaran luar biasa.

16.Beliau berehat selama beberapa bulan sebelum diberi identiti baharu dan diminta untuk membuat kerja-kerja perisikan di Singapura bagi pihak Malaysia.

Filed Under: Fictions

  • 1
  • 2
  • Next Page »

Jammer

ELITE FORCES

  • ASKAR SETIA
  • Bekas Komando
  • Blog Makcik Cleaner
  • Blog Orang Dewasa
  • Cikgu Selam
  • Freedom of Association (F.O.A)
  • IBU SEPARUH MASAK
  • Ondscene

Post Terkini

  • THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY
  • THE UNKNOWN WAR
  • MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA
  • EKONOMI : TIDAK ADA PEROLEHAN BESAR UNTUK ATM
  • TERUSAN SEGENTING KRA – SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU..

Kategori Bacaan

  • Advertorial (4)
  • Analisis (50)
  • Antarabangsa (30)
  • Darat (23)
  • Fictions (13)
  • Laut (20)
  • Misil (2)
  • Notis (22)
  • Patriotisme (12)
  • Pengalaman (26)
  • Risik (7)
  • Sejarah (23)
  • Udara (24)
  • Undang-undang (2)

DEFENCE RADAR NETWORK

  • A Secure Malaysia – Malaysia Militarium
  • Malaysia Military Power

© 2023 · Hakcipta Terpelihara · Military of Malaysia · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK