1. Sumber dari Jabatan Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa ATM tidak akan mempunyai projek perolehan besar yang bernilai lebih daripada RM1 bilion sehingga ekonomi Malaysia menunjukkan lantunan semula.
2. Beliau juga berkata perolehan untuk pesawat Multi Role Combat Aircraft (MRCA) turut tertangguh sehingga Pilihan Raya Umum ke 14 yang dijadualkan mengambil tempat pada 2017.
3. Saya mengandaikan bahawa rancangan perolehan besar-besaran terutama yang berhubung dengan aset strategik akan bersambung pada 2018.
4. Setakat ini, hanya perolehan peluru berpandu sistem pertahanan jarak dekat (VSHORAD) jenis Thales Startreak sahaja yang diluluskan, dengan kos pembelian mencecah lebih kurang RM800 ke RM900 juta.
PEMBANGUNAN ATM TIDAK AKAN TERHENTI
5. Walaupun dalam keadaan bajet yang ketat, pembangunan untuk ATM tidak dikecualikan, sebaliknya kerajaan telah mengeluarkan belanja untuk program naik taraf.
Antrara projek naik taraf yang akan berjalan ialah :
i. Naik taraf kapal KD Jebat
Cadangan naik taraf yang sedang dalam pertimbangan :
i. Naik taraf pesawat pengangkut C-130 sebanyak 14 buah terutama sistem avionik dengan kos lebih kurang RM100 juta.
ii.Naik taraf pesawat-pesawat pejuang Hawk dengan kos lebih kurang RM400 juta.
6. Program naik taraf kapal KD Jebat akan berjalan pada hujung tahun, baki kepada
program naik taraf yang lain akan berjalan semasa Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020).
LANGKAH KERAJAAN MENANGGUHKAN PEROLEHAN BESAR ATM MERUPAKAN LANGKAH YANG TEPAT
7. Dalam keadaan ekonomi dan tukaran mata wang Malaysia yang merundum teruk, langkah
penangguhan perolehan alat pertahanan bersifat strategik adalah perkara terbaik. Penangguhan ini juga membolehkan kerajaan membiayai program naik taraf aset lama yang selama ini selalu “terlepas pandang”.
8. Kenyataan ini mungkin tidak disukai oleh sesetengan pihak tetapi kerajaan tidak
membatalkan program kapal perang Gowind dan pembuatan kereta perisai AV8.
9. Penangguhan hanya melibatkan program MRCA, khabar angin “kononnya” Malaysia mahu
membeli helikopter temput seperti Tiger, pesawat pengangkut helikopter, AWACS dan pelbagai lagi aset lain, tidaklah diketahui oleh saya kerana ia kebanyakkan “gossip” yang ditiup kencang oleh blog, forum pertahanan dan peminat pertahanan.
10.Setakat ini tidak ada maklumat rasmi bahawa program-program tersebut berada di
peringkat pembuat keputusan (Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri), ia masih di bawah kajian.