1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib sudah pun mengumumkan persetujuan ke atas cadangan penyediaan kapal induk dan platform dan bajet sebanyak RM200 juta untuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) hari ini.
2.Saya difahamkan platform tersebut merupakan pelantar-pelantar minyak milik Petronas yang akan dinaik taraf menjadi pelantar yang akan menempatkan unit-unit tentera atau polis bagi mengawal sempadan negara.
3.Kemungkinan sebanyak dua atau tiga pelantar minyak akan dinaik taraf atau diubah suai untuk tujuan itu yang akan menempatkan kontena-kontena penginapan, radar, alat komunikasi, senjata api, kren pembawa kru dan tempat penyimpanan bot-bot pemintas.
4.Malaysia dengan ini menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang menggunakan pelantar-pelantar minyak yang dinaik taraf sebagai platform pertahanan.
5.Konsep menggunakan pelantar minyak sebagai alat pertahanan bukanlah konsep baru dan pernah diperkenalkan dalam satu kertas kerja milik United States Naval War College pada tahun 1979 dahulu.
6.Terdapat dua jenis platform minyak yang boleh digunakan untuk pelantar pertahanan pada waktu aman iaitu yang bersifat statik dan bersifat “mobile”, yang paling popular terdiri dari jeniskan semi-submersible dan jack up yang banyak digunakan Petronas sekarang ini.
7.Pada waktu pengoperasian minyak, pelantar ini boleh memuatkan seramai 30 kru tetapi saya yakin selepas dinaik taraf, seramai lebih kurang 100 anggota boleh dimuatkan beserta dengan sebuah helikopter.
KONSEP INI BAGAIMANAPUN DIKATAKAN TIDAK SESUAI
8.Seorang konsultan pertahanan yang dihubungi saya melahirkan pendapat, walaupun ideanya merupakan satu konsep yang agak revoulusi dalam konteks Malaysia tetapi ia tidak sesuai dengan keadaan ancaman pengganas Sulu di Esscom.
9.Beliau yakin, pelantar-pelantar yang mahu diberikan oleh Petronas itu terletak di luar pesisiran pantai dan cadangan yang dilontarkan sudah pasti berkait rapat dengan pencerobohan Sulu dan bukan untuk menangani ancaman luar.
10.Katanya, ancaman sekarang datang dari kepulauan di bawah penguasaan Filiphina yang terletak begitu rapat dengan sempadan Malaysia.
11.Masih terdapat penyelesaian yang lebih mudah seperti penggunaan bongkah-bongkah konkrit terapung (floating concrete slan base) yang mungkin menelan belanja sekitar RM30 juta sahaja dan bebas dari masalah pengkaratan dan ini menjimatkan wang.
12.Penggunaan pelantar minyak yang mana, kediaman anggota tentera yang terletak lebih tinggi dari permukaan laut akan menyebabkan reaksi masa bertindak agak lewat.
13.Secara teorinya, setiap bot dan anggota tentera akan diturunkan ke permukaan dengan menggunakan kapsul yang diangkut oleh kren dan proses penurunan ini memakan masa antara lima hingga 10 minit.
14.Kren itu sendiri memerlukan “maintenaince” yang rapi dan tekniksyen yang berpengalaman untuk memastikan ia sentiasa berjalan lancar.
KEBAIKKAN PELANTAR MINYAK
15.Keburukan dan kebaikkan pelantar pertahanan statik bagi menampung kekurangan kapal-kapal peronda di Malaysia merupakan perkara yang memerlukan kajian.
16.Dari satu sudut, pelantar minyak yang dinaik taraf ini menyediakan stesyen pertahanan dan kediaman yang lebih stabil dari kapal-kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang bersifat “MONOHULL” dan terdedah kepada keadaan Role, Pitch and Yaw.
17.Ia juga menyediakan kesinambungan hidup yang lebih lama berbanding kapal dengan jangka masa berbulan-bulan seperti bekalan air, bahan api, pembuangan grey water (najis dan air terpakai) berbanding kapal yang hanya mampu membawa bekalan air untuk kru dalam jangka masa kurang dari dua minggu.
18.Bekalan tenaga elektrik boleh disalurkan melalui generator petrol, diesel atau menggunakan tenaga solar dan ombak atau kincir angin.
19.Seorang bekas jurutera Petronas ketika dihubungi saya memberitahu, walaupun pelantar-pelantar ini terletak di luar pantai, ia tidak ada masalah untuk ditunda ke kawasan air cetek kerana kedudukan “hull” atau tapaknya yang tidak dalam.
20.Malahan beberapa buah pelantar terpakai telah dijual kepada orang awam untuk dijadikan hotel dan restoran di sekitar Labuan dan Sipadan seperti yang dimiliki oleh Seaventures Dive Resort.

Pelantar minyak yang dijadikan resort menyelam di Sabah. Mungkinkah pendekatan yang serupa boleh diguna pakai untuk ESSCOM?
21.Pelantar-pelantar ini apabila dijadikan kubu terapung akan dikekalkan kepada lokasi yang ditentukan melalui sauh yang diikat pada sudut tertentu.
KONSEP PELANTAR MINYAK PADA PERANG DUNIA KEDUA

Modul atau platform Maunsell semasa Perang Dunia Kedua

Modul Maunsell hari ini, terbiar sepi sebagai monumen
22.Walaupun tidak boleh diklafikasikan sebagai pelantar minyak tetapi platform-platform ini sudah mula menguasai lautan sejak dari Perang Dunia Kedua lagi seperti modul Maunsell yang dibina di kawasan sungai Thames sebanyak empat buah iaitu Rough Sands, Sunk Head, Tongue Sands dan Knock John.
23.Kesemua platform ini dilengkapi dengan pelbagai senjata dan berjaya menembak jatuh sebanyak 22 pesawat Jerman dan 30 peluru berpandu Nazi atau “Flying Bomb”.

Konsep yang sama dan dijadikan pelantar anti pesawat di laut oleh British semasa Perang Dunia Kedua
…Salam
Salam…boleh jadikan bahan bacaan yang bagus…tq
satu cadangan yang baik. implementkan dengan segera
Bagus jugak idea ni. X perlu la nk bina yg baru ut setiap kubu di laut. Just guna/tumpang dan upgrade shj pelantar minyak yg ada..
idea gunakan pelantar sebagai base itu bagus , cuma perlu ditambahkan beberapa fasiliti sesuai dengan peranan sebagai kem atau base tentera .
sesebuah pelantar boleh bertahan selama 30 atau lebih , bergantung pada serangan cuaca dan alam semasa, nak turun dari pelantar [quaters] ke deck tidak lama , paling lambat pun 4 minit atau 3 minit , pelantar paling tinggi pun hanya 100 anak tangga dari deck ke penginapan atau tidur .
kerajaan boleh pasang radar kecil yang hanya mampu menjangkau sejauh 30Km bertujuan untuk mengesan kehadiran kapal2 kecil dipersekitaran , sistem persenjataan boleh dipasang dengan mudah samada pelancar roket atau meriam diatas pelantar .
kita cuma bertujuan sebagai cegah rintang dengan serangan dan penculikan lanun filipina, bukan berperang dengan US atau Indonesia , tak perlu senjata berat seperti peluru berpandu Harpoon dan sebagainya .
maintenance sesebuah pelantar ‘pertahanan’ tidak serumit maintenance pelantar yang digunakan sebagai gerudi oil dan gas ,
pelantar boleh dibina di Labuan kemudian tarik ke perairan Lahad Datua tau semporna , ini bukan kerja sukar kerana kesemua pelantar yang ada di sabah dibina di Labuan selepas itu ditarik ke kedudukan yang telah dikhususkan .
saya kerja oil and Gas selama 24 tahun , pengalaman tinggal dipelantar selama 19 tahun dan sudah melihat /merasai beberapa jenis serta bentuk pelantar di Malaysia , pendekata idea gunakan pelantar sebagai base cegah rintang adalah bagus , cuma perlu tambah sana sini atau buang struktur yang tidak perlu …
masalah air minum /makan /mandi ?
setiap pelantar mempunyai teknologi memproses air laut sehingga boleh digunakan untuk mandi , jadi air panas /sejuk pun boleh . ia bkn kerja sukar ..
air tawar boleh dibekalkan menggunakan kapal seminggu /dua minggu sekali , dari kapal ianya di Pam ke pelantar , ini kerja senang ..
makan minum ? samada masak sendiri atau gunakan tukang masak, saya yakin PDRM dan ATM tiada masalah dalam perkara ini ,
Oh ya….apa benar malaysia izinkan US gunakan pangkalan udara labuan untuk mengintip China ….pesawat pengintip poseidon bakal ditempatkan di labuan..Apa benar???
benar la…apa boleh buat….kita nie super lemah,…tiada senjata….so lacurkan diri wat keselamatan negare adalah satu2nya jalan kite….so…jangan persoal,…lacur lacur lah….asal syiok
Kirim aja bang shahpaskal ke spratly…pasti mampos tuh China dalam kurang lebih 17.23 detik pasti beres…..shahpaskal jago senjata….. kirim lewat heli dari ketinggian 20m langsung jatuh ke lobang meriam China…kedebabom….wakakaka jangan marah ya bang shah..wakaka 😀
op kos la…..tambah kekuatan panglima doremi datuk tok moh vip kepet terbang punyer….alien pon akan lari terkejung2 kih kih
afrika selatan punya laser-guided missiles yg di pasang di Badger 8×8 dah siap. bila kita 8×8 AV nak pasang ia.. bila kerajaan umum nama baru av 8×8 kita itu..
apa best nye laser tu???av 8×8 kita nie ada senjata kangkung….enjin pon siap setiap masa nak curil kah kah
kihkihhh…Hai !…Cari tapak Imam Mahdi kek Pulau Bosar, yor shah paskal? Sekian dan tak lupo…heheee
Mintak maap ADDP, den poi Pulau Besar sebagai tempat peranginan dan seronok2 aja, pasal geng den ramai budak silat. Takde kaitan dengan Imam Mahadi deeee, saya x mencari…Yang mengaku Imam Mahadi, dah dua orang, cari saya, adalah..
baru aku tahu rupa2 tank merkava ada trophy active protection system telah gagal di gaza hanya propagada yahudi aje system itu sememang gagal, korean buat k2 active protection system hanya berjaya menahan rpg biasa aje, tapi gagal menahan tandem charge RPG warhead, kalau boleh kita tambah jenis tandem charge RPG warhead pada rpg , aku lihat rpg 7 kita beli dari pakistan itu tak roket jenis tandem head, kita belilah roket jenis tendem head itu untuk digunakan pada rpg 7 kita itu
ada senjata paling takut oleh mbt tank walau pun tank ada Active protection system dia ialah rpg 30 ia gunakan pro rusia di Ukraine dan tentera rusia untuk hadapi tank ada Active protection system (aps)
http://www.wired.com/2008/11/russia-unveils/
ada senjata paling menggerunkan….tangan manusia….enjin mbt pendekar kita nie siap kena curik…enjin leh songlap hilang kah kah
Hati busuk
cam mano msia punye pendekar ni? Tin milo tu beleh tahan rpg ker?
mbt pendekar kita cuma wat parada jer…tak leh wat berperang,,,,nanti enjin hilang
Strategi lama perang dunia klu efisyen apa salahnya?..mcm .strategi korek lubang Al-Qassam lagi la kuno…klu nk dengar pandangan yahudi tentulah yahudi gelakan aje strategi ni..sebab tu ATM tak tunggu nk dengar korang punya akai pendek tu..mudah jer
ko rang jer la buat lubang kat laut tu. Oot
Jangan harap soalan bocor je baru berani jawab soalan ..cikgu
Biasa pelantar ni design life struktur ialah 30 tahun and equipment 25 tahun. Kebanyakan yg ada sekarang sume near end of life dah. Lain la kalau ada yg baru pasang tapi tak boleh guna sebab takde minyak/gas keluar yg aku tak tahu. Baik lagi convert tanker yg dah tak pakai. Tanker walaupun dah lebih design life, boleh tarik kasi drydock and refurbish balik. Platform pulak static je, nak alihkan boleh tapi payah
kerajaan tak der wang ler. Dah abih buat sewa airasia
seluar dalam adalah pertahanan kita terakhir dari penghenjut tak bertamadun
idea
– bina saja pulau kapal. lebih efisen.
pemimpin kita nie bukan tak pandai…..cuma bangkrap jer
hmm pelancar minyak tu statis…senang kena shoot meriam kapal…hancur berkecai…bontot terkoyak
yang penting dapatkan radar bawah air dan atas darat beradius jauh. baru aman
kerajaan ader wang ker. Plan nak ganti Mig29 pon dah bertahun-tahun. Stakat sembang kosong jak
Okkkayyyyy………..Konsep pelantar minyak ni memang bagus. Tetapi dengan keadaan statik semestinya musuh sudah mengetahui kedudukan pelantar minyak dan semestinya ada rancangan untuk melepasi kawalan visual dan radar pelantar ini.
Cara untuk meneutralkan pelantar minyak (Jika saya DYMM Sultan Sulu yang berdaulat) :-
1.
A) Gunakan bot bot yang menyerupai bot orang awam dan nelayan. Senjata simpan dalam guni. Campakkan senjata ke laut dan lari ke sempada jika di kesan.
B) Gunakan “hi-speed go-boat” mengikut konsep penyeludup dadah di Carribean-Miami (Rujuk filem ‘Miami Vice’ dan ‘Bad Boys II’)
2.
A)Gunakan satu kumpulan bot laju yang di lengkapi dengan mortar, mesingan berat. RPG atau ATGM yang akan menyerbu dan serang dalam masa yang sama (Swarm attack). Musuh yang beroperasi di pelantar tidak mampu untuk mengesan dan membalas pelbagai serangan yang pantas. Konsep ‘Boghammar’ dari Iran.
B) Lancarkan peluru berpandu anti-kapal yang di seludup/di curi dari lokasi sempadan Filipina. (TUDM tidak berani lintas sempadan) Pelantar minyak tidak menpunyai keupayaan defensif untuk serangan peluru berpandu seperti CIWIS atau chaff. Walaupun satu peluru berpandu yang di gunakan, ianya dapat memusnahkan/menggangu keupayaan musuh dan membuka jalan untuk penyusupan pasukan Jihad Sulu.
Satu lagi . Boleh rujuk novel dari penulis Dan Brown bertajuk ‘Hammer Head’ mengenai konflik kawalan sempadan Amerika Syarikat – Haiti di antara pasukan Coast Guard dengan penyeludup yang mempunyai keupayaan ofensif (Tentera upahan, pesawat awam cessna yang di ubahsuai dengan MANPAD dan bom udara, misil ATGM yang di ubah sebagai senjata anti pelantar). Point yang berguna tentang penggunaan base pelantar minyak, belon aerostat yang di lengkapkan dengan radar dan penggunaan pesawat V-22 Osprey sebagai pesawat kawalan sempadan.
shahpacul dah lagi bukan otai military strategy ler. Dia dah jadi otai sihir. Strategy pon dia dah macam tok bomoh mh370
apa la merepek sangat???kirim tok mov vip kapet terbang punyer setel sume kah kah
Alex cara kau analisa lawan lanun sulu ke atau tentera US?
Macam saya tulis. Jika saya seorang DYMM Sultan Sulu yang berdaulat atau Presiden Republik Filipina yang menyampah dengan Malaysia dan rancang nak rampas Sabah sempena pilihanraya Presiden (Undi penting tu!!) dan letak puppet leader macam bakal MB Selangor yang anaknya yang menyampah dengan tanah tumpah darah sendiri.
Alex pelantar minyak nak sekat lanun sulu je jgn risau la kalau lawan antara negara kita tak pakai pelantar minyak….
Harap jgn m,engelabah sangat kita ada kapal selam..takkan nak lawan antara negara pakai pelantar minyak.
Baca betul2 tentera kita kerjasama dgn petronas bangunkan pelantar minyak sebagai base camp agar sekat lanun bukan nak lawan tentera sesebuah negara..
Petronas yg buat jadi tentera kita lebih tersusun perancangan dgn bantuan uav.Jadi tak yah la asyik dok kat bot je…ada faham tak? tak faham tanya lagi
Point kedua anda, boleh ke senjata2 berat sprti ATGM or RPg dilepaskan dari bot2 tersebut?? mau terbalik tuh bot….
AKU YAKIN INI MERUPAKAN PENYELESAIAN JANGKA PENDEK.KITA JANGAN ANGGAP PEMIMPIN KITA TAK PANDAI.BERCAKAP MEMANG SENANG.
jangan gelisah…kejap lagi dugong,ikan jerung,ketam pon nak jadi pertahanan rahasia kite kih kih
Timo kasih pada Tn Hj…
Pd aku konsep plantar ni x berapa sesuai dilaksanakan di Sabah…sebab..
1. Konflik ni jangka panjang..kos tinggi..
2. Masa tindak balas mungkin lambat..
Aku lebih suka kalu wat mcm ni..
1. Pulau kecil x penghuni yg strategik ada..jadikan base tetap..
2. Buat base mcm GSP..Modul ni jangka panjang murah..perairan laut ni cetek..gugusan pulau bersambung..
3. Aset pemintas dan pantas ditambah..heli..heli..
nape tak guna pokok kelapa tu???buat rumah atas pokok untuk spy sulu???kih kih….or guna pokok kelapa nak spy pompuan mandi
jangan macam kes tanjung datu sude…..kita nak buat rumah api….terus kena kick tni kat situ
hmmm cam mana nie???bangkrap kah kite nie???…jangan2…bumbung ikan pon nak jadi pertahanan kita nie???atau ini type fregat pertahanan kite terbaru???….indon pon dalam diam…beli banyak skyshield tadi malam???apa la jadi malaysia ku nie???
bila masa lak Malaysia nak berperang dengan Indonesia nih?..ni tak lain tak bukan batu api la nie kan?…puiii
mh370 menembusi radar msia dan lahad datu dah seharusnya sadarkan msia bila nak beperang ngan nogori lain. Kiter ni bukan rambo sangat ler. Tentera laut pla holiday kat james shoal pon, kerajaan tutop mata jer. Malu….
salam.. artikel yang baik cuma tak berapa suka cara penulisan artikel ini lebih-lebih lagi penggunaan gambar , gambar itu bukan hak milik tuan penulis kenapa perlu letak logo watermark seolah-olah gambar itu kepunyaan tuan? kalau nak guna , guna saja tak perlu letak logo watermark. bukan marah cuma nasihat.
Terima Kasih kerana menegur, bab logo itu saya pun tidak tahu nak buat macam mana kerana saya ini tidak pandai bab bab IT ini, perisian blog saya memang telah “diset” untuk mengeluarkan logo tersebut secara automatik,
pintar je nak buat alasan shahpacul ni.
If you want to solve the problem in Sabah permanently … please return back Sabah to Bangsa Sulu because Sabah in not ours ….
British rent it from Bangsa Sulu … and we have no right to claim it as ours …
Masalah Sabah boleh diselesaikan oleh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.
Sulu bukan menguasai Sabah sepenuhnya pon dulu. Pantai timur sahaja. Kalau nk pulangkan, pulangkan pada siapa? Raja mana yang betul pun tak tahu. Baca sejarah Filipina dulu. Kesultanan sulu sendiri sudah tidak diiktiraf.
pulangkan jer lar. Curi-curi tu dosa ler
LER LER…NAMPAK SGT INDON JADIAN
Langka mayat aku dahulu, sabah tak pernah berada di bawah kesultanan sulu secara keseluruhan, sebahagian kawasan sultan brunei dan pantai timur kawasan sultan sulu, manakala kawasan pedalaman adalah kawasan bebas, kenapa kawasan pedalaman bebas sebap sultan sulu takut kepala berpisah daripada badan dan dijadikan perhiasan oleh pemangal kepala
mana ada milik sulu, milik Brunei. kalau betul nak bg, bagi kat Brunei
.”Malaysia dengan ini menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang menggunakan pelantar-pelantar minyak yang dinaik taraf sebagai platform pertahanan”…………………..tak der wang nak buat base. ini je lah alasannyer
aku setuju gunakan pelantan minyak terpakai itu, kalau bina pelantan baru memakan kos tinggi kita bukan rusia, nato,kesatuan euro menempat plantan baru radar bank ballistic, anti ballistic missile tempat pelacaran roket keangkasa,tempat missile anti kapal dan pesawat…
bagi aku ada kebaik ada keburukan
jika gunakan pelantan pastikan lit dan kran sesuai turun tentera dan peralatan tak kan tentera turun guna tangga besi itu kalau guna lit laju macam klcc mungkin cepat kot, kalau kran aku jamin ia lambat ini ..
jika luar pesisiran pantai ia hanya sesuai untuk buat radar bank kita tahu musuh datang dari lawal lagi,
luar pesisiran pantai kita terpaksa pasang missile jarak dekat anti kapal, bot,pesawat dan mesingun atau senjata sesuai…
jarak luar pesisiran pelanta pantai untuk bantuan mungkin ambil lama jika darat dan laut diserang ..
pelanta pasti membabit pengunan uav dan uuv yang sesuai di gunakan untuk pelantan…
optik untuk pengwasan optik pengawasan revolusi tinggi perlu juga pasang sesuai untuk laut…
hebat nyer cakap pasal hitech. Kena serang tentera sulu pon dah overkill guna hornet. Dunia pon dah iktiraf msia yang pertama tebang pokok getah guna peluru berpandu dan hornet. Nogori maluysia ler
8.Seorang konsultan pertahanan yang dihubungi saya……………
1. Konsultan? setakat nak turun laju itu tak payah sembang pun takpa ini zaman canggih bkn pakai tangga lagi?
2. Besi karat….aii petronas gali minyak setakat 5 tahun je ke?
3. idea “penggunaan bongkah-bongkah konkrit terapung (floating concrete slan base)” ini kira menarik la…cuma base ini pakai barang terpakai petronas kira ok la …
Yang penting boleh isi 100 orang tentera baru takut lanun nak culik Polis kita…
buat lawak ker. US pun x boleh menang perang dalam hutan dekat vietnam. Bukan seanng perang dalam hutan.
Nak menang cepat, cuma bole serang dari udara guna thermal image sensor. Lock position. Tembak. Abis cerita
Nak cara kuno, lawan dalam hutan laaa.
betol ka tu abih cerite? Percaya ker kerajaan cakap? Buat ape bayar tax jika kita bayar tentera stakat pandai hantar bomb jer. Trauma ker tentera kita lihat polis kena blasah tentera lanun? Tak brani ker tntera msia bperang kat hutan? Critize ler. Jangan macam lembu cucuk hidung jer
kita tak perlu risau,, indon pon dah nak bangkrapt sampai ambulan pon tak sanggup beli hingga bangakai panser tua di modif sebagai ambulance.
http://pertahananbangsa.blogspot.com/2014/08/independent-day-run-leopard-dan-anoa.html
msia pon gune kereta perisai adnan tua. Guna kat leboh raya pon tebalek. Abih lah diperlekeh jiran sebelah. Ayouw..
abram ..merkava pun terbalik….ahahaha bungkam terus si penjilat ni
tak same ler. Tak der tembakan musoh pon adnan dah tebalek. Bodo tahap gaban ko
Petronas yg suppport …malah siapa sangka idea Petronas membantu pertahanan negara
Yang mana efektif dan menjimatkan, itulah yang patut digunakan… Kalau dalam pelantar mungkin kehidupan anggota tentera akan sedikit selesa berbanding tidur di dalam ponco..
kalau jimat sangat dia orang duduk pulau, rumah gunakan daun, itu lebih jimat nak makan suruh dia bercucuk tanam dan tankap ikan, nak air buat telaga sendiri..
macam mana tentera msia idop tak selesa? Ko tak tau ker tentera msia pegi perang guna khidmat airasia. Ransom pon dia makan ayam kfc. Boleh jadi tidok pon dah siap room kat tune hotel. Hampeh la
aku pernah dengan cerita di tv 1 dulu, kalau tahu ketika perang di iraq 2 dulu president bush sediakan tentera dengan makanan mc d, burger king, pizza hut, pizza domino dalam kem tentera di bawa masuk oleh syarikat makanan segera di masak di kontana tentera untuk memastian tentera terus berperang untuk amerika
Nak beli la pelantar minyak terpakai yg dah tak pakai utk di jadikan kelong memancing. Menarik idea yg digunakan di labuan dan sipadan pelantar minyak jd restoran dan resort.
kejap lagipon…selain memancing akan jadi tempat mencangkung dan berak…kih kih
Tahniah artikel terkini.. Teruskan lagi Tn Haji 😀
pelantar yang last tu macam robot dalam star wars je.
tapi dalam situasi semasa. pelantar minyak akan menjadi sitting duck kepada agressor… tapi jika ia di bina rendah dari 50 kaki dan mobile… memang ia akan jadi stealth fortress
uiii dalam tu ada jedi, ko tak tau…. siap light saber lagi….
isy isy isy. dia buat kat situ? nyusahkan orang je. nak kena anto makan, dobi kain baju dia, anto roti canai dia, teh tarek dia…. bukan ada kedai pun sana 🙂
ekekeke… baguih3x… dah lama hang x update shah… penat nunggu kome hapdate…
Terima kasih atas perkongsian bro. Mantap!
Cepat artikel kali ni.