Military of Malaysia

Military Analysis & News

  • Utama
  • Arkib
  • Hubungi
  • Pengenalan
  • Produk Military
You are here: Home / Laut / PEMBINAAN KAPAL PERANG TERBARU MALAYSIA DIMULAKAN TAHUN INI

PEMBINAAN KAPAL PERANG TERBARU MALAYSIA DIMULAKAN TAHUN INI

July 17, 2014 by Admin 123 Comments

 

Gambaran LCS Malaysia dari kelas Gowind (GAMBAR DARI INTERNET)

Gambaran LCS Malaysia dari kelas Gowind (GAMBAR DARI INTERNET)

1. Impian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menyaksikan kapal perang berkonsepkan Littoral Combat Ship (LCS) sudah hampir menjadi kenyataan apabila kontrak pembinaan kapal itu ditandatangani pada bulan ini.

2. Kontrak bernilai RM9 bilion itu ditandatangani antara TLDM dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.

3. Mengikut kontrak tersebut, Boustead perlu merekabentuk dan membina kapal perang LCS sebanyak enam buah kepada TLDM.

4. Walaupun butiran kontrak masih lagi misteri, saya menjangkakan kapal pertama akan dibina pada tahun ini dan dijangka siap sekitar tahun 2018.

5. Tempoh pembinaan dan penghantaran keenam-enam buah kapal akan mengambil masa lebih kurang 10 tahun (perghh lama gila)

6. Jika mengikut butiran awal, TLDM telah pun memilih rekabentuk konsep baru yang diperkenalkan Peranchis iaitu Gowind.

7. Kapal perang Gowind ini apabila memasuki perkhidmatan TLDM akan menjadi kapal perang terbaik dalam kelasnya dan mampu menandingi keupayaan kapal jenis Delta milik Singapura.

8. Ini disebabkan Gowind direka untuk menandingi kapal-kapal perang lebih besar dan canggih milik kuasa-kuasa besar yang menunjukkan minat mereka terhadap rantau ini.

9. Dengan berat sehingga 3,000 tan, keupayaan frigate kelas Gowind ini sudah menandingi mana-mana kapal milik negara jiran tertangga seperti Indonesia-Sigma (1,692 tan), Singapura-Delta (3,200 tan).

10.Berbanding dengan saiz negara yang berkeluasan 329,847 kilometer persegi (darat) dan kawasan maritim sepanjang 2,607 kilometer, ternyata kemasukkan enam buah kapal perang ini akan menjadikan Malaysia sebagai kuasa maritim yang disegani.

11.Sehingga sekarang TLDM mempunyai empat buah kapal frigate dalam perkhidmatannya iaitu dari Kelas Lekiu (dua buah) dan Kelas Kasturi (dua buah).

12.Saya tidak mempunyai butiran secara terperinci pemindahan teknologi yang diperolehi oleh Boustead selain dari pembinaan sebahagian daripada kapal-kapal perang tersebut akan dibuat di limbungan Boustead di Lumut.

13.Serentak dengan itu, Rancangan Malaysia ke 11 (RMK 11) yang akan berjalan mulai tahun 2015 juga akan menyaksikan kapal-kapal perang Meko 100 sebanyak enam buah yang terdiri dari KD Kedah, KD Pahang, KD Perak, KD Terengganu, KD Kelantan dan KD Selangor akan dinaik taraf.

14.Butiran naik taraf untuk kapal-kapal ini juga masih kabur selain daripada cadangan pemasangan senjata-senjata yang lebih berkeupayaan untuk kapal jenis ini.

 

LCS milik US, Gowind Malaysia kecil sedikit dari kapal ini

LCS milik US, Gowind Malaysia kecil sedikit dari kapal ini

 

CIRI-CIRI GOWIND TLDM

15.Gowind telah pun memenangi tender kapal perang TLDM dan menewaskan dua lagi pesaing iaitu Meko A100 dan Kelas Sigma.

16.TLDM menggariskan beberapa spesifikasi untuk frigate Gowind yang ditempahnya.

17.Ia akan berada dalam kategori frigate dan sedikit kecil dari kapal Littoral Combat Ship milik Amerika Syarikat.

18.Berat 3,000 tan dengan kelajuan maksima 38 knots dan mampu meronda sejauh 5,000 nautika batu dengan kemampuan untuk beroperasi selama 21 hari atau 3 minggu.

19.Kapal frigate tercanggih milik TLDM ini akan dipasang dengan hangar yang berkeupayaan untuk menerima helicopter terbaru TUDM dari jenis EC725.

20.Ia akan menggunakan sistem combat SETIS dan koleksi senjatanya terdiri daripada meriam 57mm, misil MICA (vertical launch), Exocet Block 3 dan meriam kawalan jauh MSI 30mm.

21.Sebenarnya belum ada gambar atau model yang menepati ciri-ciri Gowind yang dikehendaki TLDM kerana ia merupakan kapal yang direka bentuk semula mengikuti ciri-ciri khusus yang dimahukan oleh tentera laut kita.

 

Related

Filed Under: Laut

About Admin

A philosopher, well-trained CQC master, pinpoint marksman, tactical genius and firearm expert. Finished Special Ops close quarters training course in 17.23 seconds. Experienced physical, electrocution and burn torture training to prevent information leak. Broke fall 20m from helicopter. Gold medalist in Dormitory-level boxing.

Your argument is invalid.

« ANGKATAN TENTERA MALAYSIA PERLU PEKA DENGAN TINGGALAN EMAS
KEDAULATAN TANAH MELAYU LAWAN SIHIR »

Comments

  1. Ryu says

    July 18, 2016 at 14:09

    Aneh, kok malaysia buat fregat malah dibandingin sma korvet indonesia??

    Admin, Indonesia tuh punya 6 fregat kelas Ahmad Yani, berat benaman 3000ton

    Tuh udah di kasih tahu,,

    Reply
  2. ndzoboz says

    February 2, 2016 at 17:48

    hebat malaysia rancang detroyer

    Reply
  3. yahudi durhaka says

    November 11, 2014 at 04:35

    bang nak tanya apasal british dulu mati2 tak mau bunuh rakyat melaya ?? padahal diorang dah bunuh berjuta rakyat afrika …. awat rakyat malaya ni dikekalkan apakah konspirasinya ?? ntah aku dengar melayu ni yahudi sebab tu british (firaun) tak mau hancurkan sebab lambat laun bangsa melayu ni yang sendiri akan menghancurkan bangsa yahudi israel …. betul ke??? apepon saya memang sokong yahudi .

    Reply
    • the fighter says

      January 27, 2015 at 11:01

      elokla..ko boleh la masuk neraka sekali dgn yahudi yg ko sokong tu

      Reply
  4. Amiruddin bin zamil says

    August 26, 2014 at 13:35

    Malaysia lebih baik buat sendiri lgi bagus,

    Reply
    • Arie says

      January 18, 2015 at 07:03

      Kau ni tahu membaca ka tidak?

      Reply
  5. mie says

    August 21, 2014 at 18:31

    Alhamdulillah.. rekabentuk hasil anak tempatan.. menerima sokongan dari pihak DCNS..

    thousands mile of journey start with first step..

    doakan semua berjalan dengan lancar..

    Reply
  6. shaif says

    August 17, 2014 at 08:50

    Ramainya komen..ade yg positif…ada yg negative….ada yg cita2 tak kesampaian…tu yg keluar komen pun tak membina langsung..ayat mcm org tak reti membaca pun ada.
    Artikel ni menunjukkan perbelajaan pertahanan Negara digunakan untuk mendapatkan impak semaksima mungkin bukan sahaja pada pertahanan, tapi yang penting mendapatkan kemahiran teknologi kelas tinggi untuk anak watan. Bila ramai yang bekerja dalam projek ni, limpahan ekonomi akan membangunkan Bandar Lumut, Baru Aeon Manjung maju….ramai orang berduit dan berbelanja. Mak pak kt kampung pun senyum je terima duit dari anak..
    Daripada Haji Osman dok harapkan duit BRIM je..apa lah haji ni…..nak duit kena usaha..kena kerja…..setakat melepk kat kedai kopi pung pang hentam kerajaan..tp bila duit BRIM tak sampai..pandai kecoh satu kampong.

    Reply
    • gilameroyan says

      August 20, 2014 at 12:54

      korang baru sadar kah???pertahanan kite nie memang tahap maharaja lawak….apa lu mauuuu???

      Reply
  7. maha says

    August 13, 2014 at 01:14

    korang tengok tak kenderan infantry russia yang baru GAZ-3344 rekaan seoleh sama macam Hägglunds Bv206, https://www.youtube.com/watch?v=7CLiRGFscNk

    Reply
    • gilameroyan says

      August 20, 2014 at 12:51

      korang tak nak tengok produk asli deftech yang tempek stiker ka???

      Reply
  8. maha says

    August 12, 2014 at 10:47

    sekarang baru aku tahu isreal negara menipu, isreal guna optix dari syarikat sony untuk buat peluru berpandu padan boleh dikata jepun 10 syarikat terbaik dalam pertahanan

    Reply
    • gilameroyan says

      August 20, 2014 at 12:50

      menipu????…..ko hina sekutu msia nie ka????msia sekutu yisroel…lewat apco tak tahu ka???

      Reply
  9. trim bulu phubis says

    August 6, 2014 at 12:05

    wow dahsyatnyer….discovery channel tayang kehaibatan 12 comando marehsia….diorang lakukan spesial mission,…ambil blackbox mh17…..setelah terjadi tembak menembak dengan rebel….12 comanndo msia berhasil kalahkan ratusan rebel ukraine

    Reply
    • beb says

      February 11, 2015 at 21:51

      apa title video tu?

      Reply
  10. ATM Officer says

    August 5, 2014 at 15:49

    Contoh betapa hebatnya tentera mulayu ….
    ——————
    Operasi Rahsia Pasukan Khas Malaysia Membawa Keluar Blackbox MH17- THE DOZEN

    Kesemua mereka hanyalah 12 orang dan tugas mereka kedengaran mudah. Mereka hanya perlu bawa keluar BLACKBOX MH17 keluar dari Ukraine.

    Seorang koresponden Panggilan Pertiwi yang bertugas di ‘Bilik Operasi’ mereka memberi tahu aku. PP terserempak 12 anggota pasukan ini yang lengkap bersenjata memasuki KLIA melalui pintu berbeza dari tim penyelamat. Operasi apakah yang akan di laksanakan?

    Pasukan Khas Malaysia sangat berpengalaman dalam situasi perang sebenar dan walaupun operasi mereka diselubungi kerahsiaan.. kita semua pernah mendengar desas desus exploit mereka di OP Daulat, dan banyak lokasi panas di seluruh dunia.

    Kini pasca OP Daulat, one of the most secretive black-ops in Malaysia suddenly found its mission in the public spotlight. Operasi menyelamatkan Blackbox MH17.

    Operasi ni bukan bermula out of the blue.. ia melibatkan pelbagai risikan dan contact dengan sumber2 di dalam wilayah pemisah.. tapi aku tak perlulah tulis tu di sini.

    Pasukan ini terdiri dari 11 anggota pasukan khas dan seorang pakar komunikasi GIRN. Mereka travel selama 9 jam dari sempadan Donetsk ke Karkiv dalam malam yang pekat di dalam hutan dan memanjat gunung merentasi medan pertempuran Antara tentera Ukraine dan Puak Pemisah Pro Russia.

    Sebaik sahaja Blackbox di serahkan .. pasukan ini mula merangka langkah bagi mengelirukan pihak2 yang ingin merampas blackbox tersebut. Mereka menyimpan blackbox didalam beg galas dan tiada siapa tahu di beg yang mana satu black box tersebut tersimpan.

    .. dan kebetulan sebaik sahaja penyerahan di buat Donetsk di serang oleh tentera ukraine. Pertempuran yang sangat sengit berlaku dengan tembakkan roket berganda dan menuver kereta kebal t-72 dan BMP bertali arus.

    Bermula mimpi ngeri pasukan ini.

    Dipendekkan cerita (haha tak boleh cerita oi) Blackbox Berjaya dibawa keluar dan tiada sebarang bayaran dan pampasan di beri kepada pemisah pro Russia.. dan mereka tak minta pun.

    Terkini lokasi nahas dah jadi medan pertempuran di mana kedua2 pihak berbalas2 tembakan artileri. Pasukan penyiasat Malaysia gagal memasuki tapak nahas.

    Reply
  11. Commodore says

    August 4, 2014 at 21:50

    Tak kira apapun yg dikritik oleh mangkok hayun ni, sila ambil perhatian!

    Iklan dah keluar yg Boustead Heavy Industry memerlukan 300 tenaga kerja mahir untuk projek SGPV dan lain2 di Lumut, KK, Penang & Langkawi..
    Sesapa yg ada adek atau sedara mara yg ada diploma mekanikal, elektrik, elektronic atau sijil kemahiran MARA dlm bidang diatas silakan mohon.

    Sila email cv/resume ke [email protected]. (ini betul2 tau bukan cobaan)

    Ha! kalau kita beli terus aje Gowind tu dari Peranchis, takde la peluang untuk anak watan nak cari kerja. Nah, ini lah salah satu manfaat projek TOT sebegini.
    Yg pandai mengutuk tu tak payahlah suruh adek/sedara mara kau apply sbb itu hipokrat namanye., maruah korang kena jaga jugak, barulah betol!

    Apa tunggu lagi, sila hebahkan.

    Reply
    • sokmo sundiri says

      August 10, 2014 at 11:23

      part apa yang murni bina kat msia nie????pasang screew+tempek stiker tempatan???

      Reply
    • kucai says

      August 19, 2014 at 21:14

      perghh.. tp xde peluang. tengah study lagi…

      Reply
  12. faisal 9w2wbt says

    August 2, 2014 at 11:36

    hmmm lama dah tk masuk page ni… ramai muka muka baru ekk… selamat berkenalan semua.

    Reply
  13. crack says

    August 1, 2014 at 15:48

    http://m.harianaceh.co/read/2014/07/29/33981/astagamh17-ternyata-mh370-yang-hilang?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

    Benarkah tuan haji?

    Reply
  14. Haji Ahmad Osman says

    July 26, 2014 at 20:37

    Nampaknya aset tentera lah yang baham Bantuan Rakyat Malaysia. Lebih baik bantu rakyat dengan wang seperti itu.

    Reply
    • kritik says

      July 31, 2014 at 10:52

      Assalamu’alaikum haji, nak komen guna akal Jika keselamatan tak diperkasakan. Musuh baham haji dan keluarga haji.

      Reply
    • Pahat says

      July 31, 2014 at 11:34

      Cukup berbulu btol aku bace komen Haji” bahalul nie!!! Tembolok jer di pkir siang mlm! ……

      Reply
    • nizam says

      July 31, 2014 at 12:18

      Pakcik sebaik-baiknya gunakanlah akal untuk berfikir dengan sebaik-baiknya bukanya secara emosi dan DANGKAL, adakah salah bagi sebuah negara bernama MALAYSIA untuk memperkuatkan armadanya? Bantuan rakyat apa lagi? semua kemudahan sudah kerajaan sediakan cuma ada sesetengah MANUSIA saja yang tidak TAHU BERSYUKUR umpama mereka sajalah yang terbaik dan pandai mentadbir negara dan ekonomi. Sekiranya terjadi peperangan yang kita sendiri tidak terduga adakah pakcik sanggup mengangkat senjata dan berjuang bersama? tambah-tambah lagi di tengah lautan? jangan asyik dengan propoganda politik saja fikirlah keselamatan anak cucu kita… fikirkanlah wahai PAK HAJI..

      Reply
    • Din Rambo says

      August 3, 2014 at 18:55

      yang ni bukan nak membantu rakyat ke haji ?? nanti kena attack dgn mana2 negara bukan haji yang nak pergi kat depan berperang …jgn nk pikir kenyang perut je haji..cakap bodoh marah cakap bangang suka..

      Reply
    • maso0140 says

      August 22, 2014 at 22:07

      bagus la tuh musuh pakai m16 pak aji pakai keris je pi lawan

      Reply
    • mohd.zureh b pandak taib says

      September 6, 2014 at 22:46

      hoi haji,kau tk payah mnyamar la, klau kau komunis atau barua pap. kurag ajar kau.kau pkai nama haji utk hina melayukn.kurag ajar kau komunis.

      Reply
  15. phulisela says

    July 26, 2014 at 11:38

    pertanyaan sikit,kapal nie ada enjin tak???senjata apa??(jangan jawab rahasia ye)….terus when siap???10???15 tahun????kena tipu lagi laaaaaa….haku rase senjata kapal kita nie tak akan kemana,jauh bawah indon/singapork

    Reply
    • sokmo sundiri says

      August 10, 2014 at 11:27

      apa la ko nie….memangpon comando msia paling haibat kat dunia….mossad,sas,navy seal pon comando msia yang melatih…..apa ko mauuuu

      Reply
  16. Zahar says

    July 26, 2014 at 07:47

    Salam… Bru frst time comment setelah bbrpe buln mengikuti blog nie… Keliru dengan price tag kapal class Gowind nie.
    Brdasarkn webpage
    http://www.defenseindustrydaily.com/egypt-becomes-2nd-customer-for-gowind-corvettes-022465/
    http://www.defenseindustrydaily.com/malaysia-becomes-dcns-1st-customer-for-gowind-ships-07272/
    Kontrak antra DCNS dan Mesir untk 4 buah kpal bernilai $1.38 billion, $345 juta sebuah pada 3 June 2014
    Manakala DCNS dan Malaysia untuk 6 buah kapal $2.8 billion pada Oct 2010 dan terkini RM 9 billion bersamaan $2.84 billion berdsarkan prtukran mata wang RM1=$0.32 yang meletakkan hrga sbuah kapal $473 juta.
    Persenjataan utama kedua jnis kapal adlah sama iaitu VL-MICA air defense missile dan Exocet MM40..
    Perbezaan adalah pada hull kapal dimana Mesir adalah 2,200t manakala Malaysia 3.000t dan perlatan lain2… Dengan perbezaan price tag, $128 juta (RM406 juta) sebuah, sbgai rkyt prihatin risau jikalau peristiwa pmbelian kapal selam berulng kmbli.
    Jst a humble oppinion, knpa tidak duit lebih tu dilaburkn untuk aset lain seperti pesawat peronda maritim dsbbkan perairan Malaysia luas dan pesawat mampu cover coverage lgi bsar brbanding kapal.

    Reply
    • MAHA says

      July 30, 2014 at 21:46

      BRO KAU TENGOK FUNSI PERALATAN DIGUNAKAN…
      hull lebih besar boleh helicopter letakan EC725 Multimission maritime dan akan datang kita tambah helicopter elektronik war (ew) tak kita tak nak gunakan helicopter jenis kecil sampai bila2 macam super lynx

      Reply
      • Zahar says

        July 31, 2014 at 16:39

        bru tgok kt wiki… http://en.wikipedia.org/wiki/Second_Generation_Patrol_Vessel ad org bru publish artkel.. mse wat komen nie based on maklumat yg saya dpt cri time tu. EW tu untuk jamming radar kn?

        Reply
        • maha says

          August 6, 2014 at 00:07

          apa kau punya bodoh maksud ew electronic warfare, apa bodoh aku tak cerita pasal jamming radar faham tak, kesan kapal pakai radar itu pun panggil electronic warfare…
          ada berapa jenis electronic warfare=
          1)system or weapons control system pangil electronic warfare,
          2)radar ada kapal panggil electronic warfare,
          3)sonar panggil electronic warfare,..
          4)missile emp panggil electronic warfare,..
          5)jamming radar pun panggil electronic warfare,
          6)radio pun panggil electronic warfare,

          bro jammin bom bukan panggil electronic warfare,..ha..ha.. lain kali banyak menbaca ia jangan suka tengok blog bukan2 macam asd..
          http://en.wikipedia.org/wiki/Electronic_warfare

          Reply
      • sokmo sundiri says

        August 10, 2014 at 11:28

        helicopter nie ada enjin tak???

        Reply
    • MAHA says

      July 31, 2014 at 00:04

      meriam apa digunakan mesir bro sila jawab ia… meriam kita jenis Stealth boleh simpah kedalam .. tak semua kapal gowind sama bro.. aku dah bagi video bawah kau tengok jenis meriam kita gunakan itu, sedangkan singapore tak ada meriam jenis stealth yg dipakai dalam kapal mereka,, kita negara pertama asia pertama pakainya jenis stealth….

      Reply
      • Zahar says

        July 31, 2014 at 16:32

        xtau meriam pe untuk kpal mesir… tpi yg malaysia nyer BAE’s 57mm Mk.3 naval gun dalam stealth cupola….

        ‘

        Reply
    • bererbiru says

      September 5, 2014 at 19:29

      Perlu ambil kira bahawa kita ambil lesen buat dlm negara..sama kes dgn av8

      Reply
  17. zahar says

    July 26, 2014 at 06:12

    keliru… dri info website nie…
    http://www.defenseindustrydaily.com/egypt-becomes-2nd-customer-for-gowind-corvettes-022465/ http://www.defenseindustrydaily.com/malaysia-becomes-dcns-1st-customer-for-gowind-ships-07272/
    kontrak antra mesir dan DCNS untk 4 buah kapal class nie adlh (dalm $1.38 billion), $345 mill sebuah…. manakala malaysia pulak 6 buah class sama untuk $2.8 billion (RM 9 billion), $466 mill sebuah…. xknlh disebabkn perbezaan sistem persenjataan dan prlatan menyebabkn hrge melonjak lbih $100 mill sebuah… mohon pencerahan… risau isu kpal selam scorpene berulang kmbli huhu

    Reply
    • Zahar says

      July 26, 2014 at 07:49

      cmne nk buang cmmnt lepas nie T,T

      Reply
    • MAHA says

      July 30, 2014 at 22:54

      singapore letak helicopter Sikorsky SH-60b Seahawk di kapal La Fayette-class frigate faham tak..kapal gowing kita boleh ada peralatan uuv, usv, drone uva faham tak

      Reply
    • MAHA says

      July 31, 2014 at 01:07

      kapal gowing ada 4 jenis..jenis mana satu harga berbeza-beza tau,
      jenis nya
      F120
      F170
      F200
      FMM04
      mana satu mesir punya? pasti kau sendiri tak boleh jawab ia

      Reply
      • Zahar says

        July 31, 2014 at 16:24

        sorry x tau jnis hull… cme tau size hull dia je.. mesir nyer 2.200 tan dan malaysia 3.000 tan

        Reply
    • maha says

      July 31, 2014 at 10:20

      ingat kes dulu, ada orang kita suruh beli kapal selam agustar b itu jenis lama lah, system dia lapuk, orang tak tahu kapal selam jangan bercakap nanti orang ketawakan

      Reply
      • Zahar says

        July 31, 2014 at 16:51

        kpal agosta yg untuk wat training crew tldm tu ke?
        emm saya budak mentah lgi tpi minat bab ktntraan… dan trus trang x tau ttg kapal kcuaili mncri info dan maklmat dalam internt. emm, ingtkn cni leh wat shring mklmat n bebas brbncang sperti dlm forum lowyat. sorry

        Reply
        • maha says

          August 6, 2014 at 00:33

          itu kapal agosta b dah jadi bahan pertunjukan di melaka kanak2 macam kau harus tengok nya ya

          Reply
    • StarWar says

      August 1, 2014 at 10:55

      memang harga beza yang mesir oder tu corvette, yang malaysia oder frigat, panjang dan berat dah tak sama..

      Reply
      • trim bulu phubis says

        August 6, 2014 at 12:09

        fregat dengan fitur senjata macam hazab….apa ciws senjata ngpv kita nie????jangan cakap rahasia ye…kih kih

        Reply
  18. Spirit of Freedom says

    July 25, 2014 at 21:46

    Tak heranlah jika Gowind akan bernasib sama dengan project-project lainnya yang direncanakan oleh pihak kerajaan UMNO ….

    Duit RM 9 billion akan habis dimakan kroni … sedangkan tak ada satupun kapal yang selesai ….

    Malaysia Boleh …..

    Reply
    • MAHA says

      July 30, 2014 at 23:03

      nak percuma nak tot tak ada negara dunia ini bagi percuma tot ia, belajarlah dari kesilapan negara jiran kita ia disebab mahu murah tot bagi 5% aje ia

      Reply
  19. AJ says

    July 24, 2014 at 13:14

    Artikel yang ditunggu sekian lama. Terima kasih Haji Shah. Selamat menyambut Hari Raya.

    Reply
  20. kraken says

    July 23, 2014 at 17:12

    mampu beri saingan kepada delta singapura ?
    peluru berpandu air defence 15km range.
    exocet block 3 ( sama mcm SG )
    UAV sbg sistem organik Gowind cancel .
    killer range langsung takdak, tapi kapal paling latest dr SG.
    top speed 28 knot saja.

    masa canang nak buat heboh nak letak sistem yg paling advance.
    dengar pun takut.
    last sekali semua kena tipu.
    kapal paling latest konon tapi sistem lebih kurang macam kapal navy lain yang dah operasi.
    yang paling tak tahan harga letak sampai ceiling RM9 billion siap-siap.
    silap hari bulan naik jadi 12 billion – jangan terkejut !!!

    Reply
    • orgasmeklimak says

      July 25, 2014 at 11:42

      tak hairan pon…soal songlap kita nie memang champion,…contoh,..mbt pt91 pendekar….rega berlipat ganda berbandin indon leopard punya….berbanding new fregat sigma indon pon…senjata jangan kata la….project msia nie tak ada ciws macam indon milenium gun….tapi harga macam hazab……paham je la,…krony cop duit raya nak berbini 100

      Reply
      • nizam says

        July 31, 2014 at 12:25

        Dasyat la anda lebih pandai dari pihak ATM…mungkin anda sepatutnya menjadi sebahagian Tim Projek PT91M…kerajaan Malaysia telah silap kerana TIDAK MEMILH anda mungkin next time anda mungkin boleh dipilih

        Reply
        • maha says

          August 1, 2014 at 10:14

          pak kena sedar leopard bekas harus tahap usia nya mungkin di sengkat kan besi cepat berkarat,tank badan perlu besi baru, pasti ada badan tank harus tukar untuk jamin ketahanan nya, leopard bagus pertahan badan tank ia, fire power tak menbanggakan 2km aje jika guna peluru pin aje leopard tak ada missile kecuai beli boleh di lancarkan dengan missile lahad isreal, jika bertempur di padang pasir ia pasti kalah, ia perlu jarak jaul tembak nya kau tengok perang dunia dua nazi kalahkan tentera bersekutu dengan gunakan fire power, leopard belum penah berperang tank vs tank, dibandingkan p91 adik pt72, ia t72 penah hadapi tank merkava telah musnah merkava

          Reply
    • Ameer says

      July 27, 2014 at 10:30

      Tak terkejut pun, yang aku terkejut kat ko yang dah boleh ramal masa depan, hebat. Kiamat bila? 9 Billion tu untuk apa agak-agaknya? Boleh bagitau tak? Nampak macam ada inside source.

      Reply
    • MAHA says

      July 31, 2014 at 01:23

      kita bukan macam arab suadi ia’ beli peralatan banyak tapi tak berjaya bawa masuk tot ia, sudah bertahun-tahun belanja ketenteraan top 1o di dunia tapi gagal bina senjata canggih, bagus lagi iraq pada zaman sadam husin berjaya bawa masuk tot kereta kebal dan missile, lihat ketenteraan singapore 2kali ganda dari kita,
      maklum jika belanja lebih nanti ada aje orang politikan

      Reply
      • trim bulu phubis says

        August 6, 2014 at 12:11

        memang pon kita nie tak setaraf arab saudi….kita nie level timor leste or zimbabwe wekekeke

        Reply
        • Commodore says

          August 10, 2014 at 12:46

          memang pon level kau camtu, kotaorang tak.

          Reply
        • maha says

          August 16, 2014 at 17:07

          ha…ha.. jangan bagi aku gelak timor leste nak buat buat senjata pun tak mampu timor leste beli lori tentera dengan kita zimbabwe peralatan tentera pun ketinggalan zaman , ia lain bercakap biar ada fakta ia… itu orang kurang membaca

          Reply
  21. hanzar melayu ss says

    July 23, 2014 at 08:30

    rencana in agak kureng menarik…………

    sekarang heboh ttg perang gaza antara yahudi laknutullah dng al-qassam.

    ada apa-apa yg nak nak dikongsi ttg apa yg berlaku disana. maksud saya perkara yg x disebut dlm media spt kemunculan tentera berbaju serba putih yg tiba-tiba menyerang yahudi dan sebagainya.

    Reply
    • Ameer says

      July 27, 2014 at 11:07

      Cebisan info, tengok tak corak serangan Al-Qassam dulu dan sekarang? More strategic and guerrilla tactics. Yang peliknya, siapa yang ajar diorang semua tu? UAE memang tak la.

      Reply
      • MAHA says

        July 31, 2014 at 01:40

        hamas ini hanya dibantu negara iran, korean utara dan sudan dan senjata bekas libya hanya senjatan ini mereka pergi berperang tapi itu aku tahu dari media, negara islam lain ada menbantu tapi mereka merahsiakan sebab faktor keselamatan..
        cuba lihat apa dah jadi negara sudan yg membantu hamas’ isreal hantar pesawat untuk bom kapalnya senjata sampai ke sudan dan us cuba huru harakan sudan tapi gagal, us cuba huru hara kita tapi gagal juga

        Reply
      • Pahat says

        July 31, 2014 at 15:25

        He he he da kuar berite !!!!!!!! …… Paracutttttttt!!!!! Kecuh satu donia weeeiiiiii!!!

        Reply
      • maha says

        August 2, 2014 at 18:54

        sebenar aku tertarik taktik latihan al qassam taktik penyamaran mereka… mereka boleh berkumpul 7 orang satu tempat satu kumpulan ia kelihaan pokok jika lihat jarak jauh lihat taktik gerila al qassam..

        Reply
  22. sharko says

    July 23, 2014 at 07:35

    First time komen sejak 2 tahun jadi pembaca senyap….. kali ni tak nampak komen 1st, 2nd, 3rd….
    Teruskan abg shah, banyak lg tajuk2 yg masih tergantung…………

    Reply
  23. tes says

    July 22, 2014 at 21:55

    tess

    Reply
  24. sugar says

    July 21, 2014 at 16:46

    Salam tuan,
    nak dengar ulasan MH17. tq

    Reply
  25. JAKA says

    July 21, 2014 at 16:02

    harap jgn la komisyen beratus2 juta mcm isu scorpene. kita bukan marah berbelanja utk pertahanan tp mereka yg bertanggungjawab jgn menyelewenglah.

    Reply
    • Ameer says

      July 27, 2014 at 10:01

      Tak habis-habis Scorpene dengan harga dia. Kalau nak tahu sebab apa pi facebook Malaysia Military Power pastu tanya la apa yang patut.

      Reply
  26. vincent says

    July 21, 2014 at 03:09

    http://pertahananbangsa.blogspot.com/2014/05/gandeng-belanda-pt-pal-bikin-kapal.html

    Reply
  27. bolero says

    July 20, 2014 at 22:23

    lupakan politik kepartian..yang penting malaysia gagah di samudera demi spartly

    Reply
  28. Chop says

    July 20, 2014 at 21:34

    Apasal tinggal 2 komen saja Shah????

    Reply
  29. Amir Fikri says

    July 20, 2014 at 20:42

    Kelas KASTURI dikategorikan sebagai korvet.mohon shahpaskal buat pembetulan.

    Reply
    • trim bulu phubis says

      August 6, 2014 at 12:15

      salah tu…kasturi tu kelas destroyer…sokmo hi hi

      Reply
  30. force136 says

    July 20, 2014 at 00:11

    Selepas gagal menyeret malaysia untuk menjadi sekutu melawan china dalam kes kehilangan Mh370, Us sekali lagi mengatur langkah untuk menyeret malaysia ke dalam kancah lawan bloknya,

    setelah berjaya meredam perangkap Us dalam misteri kehilangan mh370, sekali lagi malaysia diseret ke dalam paksaan untuk bersekutu dengan Usa apabila mereka menggunakan taktik samseng jalanan iaitu memprovok hubungan malaysia-rusia.

    mujur kewibawaan ds Najib untuk tidak terus bertindak melulu menuduh siapa yang melancarkan serangan ke atas mh17 masih memberi peluang kepada malaysia utk mengatur strategi.

    #note# Usa memerlukan malaysia sebagai sekutu di asia tenggara apabila konflik laut china selatan benar2 berlaku pada 2015-2017………..harap2 malaysia tetap bebas menjadi negara non blok….

    …………………………………khayalan penulis sahaja……………………………………

    Reply
    • fairus says

      July 30, 2014 at 10:06

      dia dah ada singapor….

      Reply
    • MAHA says

      July 30, 2014 at 23:30

      aku sendiri percaya in kerja us, kita kena berhati-hati, obama cuba main cara halus, mari tengok pemdapat media rt news

      Reply
  31. Chop says

    July 19, 2014 at 22:29

    Salam Ramadhan Shah dan sahabat2. Mungkin ramai tak tau pada era 70″an Tun Datu Mustapha
    yang telah ditawarkan menjadi Menteri Pertahanan telah buat special tour ke Negara2 sahabat di Timur Tengah dan berjaya mendapat persetujuan dari Raja Malik dari Saudi dan Muamar Ghadafi bagi membantu Malaysia sebanyak RM10 Billion (ingat, ini wang tahun 70’an) bagi membeli kelengkapan perang.
    Beliau telah pergi ke Negara2 barat bagi mendapatkan butiran kelengkapan yang dicadangkan,antaranya: Jet Pejuang Mirage dan Phantom, Kapal Pembinasa, Kapal selam serta kapal pengangkut pesawat!
    follow this link untuk butiran lanjut http://dusunbukit.wordpress.com/2012/02/28/the-people-loves-me/

    Reply
  32. zaskia says

    July 19, 2014 at 18:14

    thanks sob untuk postingannya…
    article yang menarik,saya tunggu article berikutnya yach.hehe..
    maju terus dan sukses selalu…
    salam kenal yach…
    kunjungi blog saya ya sob,banyak tuh article2 yang seru buat dibaca..
    http://chaniaj.blogspot.com/ dan situs kesayangan kami http://oliviaclub.com
    serta sites.google kebanggaan kami https://sites.google.com/site/pokeronlineterpopuler/

    Reply
  33. Free Sabah Sarawak says

    July 19, 2014 at 15:41

    In the light of the fact :

    that France Occupied Algeria for 132 years and they call it French Algeria

    the fact that British Empire Occupied India for 334 years and they call it jewel of the British Empire

    the fact that Persekutuan Mulayu Occupied Sabah and sarawak for 47 years and they call it East Malaysia …l

    for how long you expect Malaysia will exist ?

    A. another 5 years

    B. another 10 years

    C. Another 15 years

    Sabah and Sarawak patut dan pantas merdeka or bergabung dengan In donesia … Hehehehe

    Reply
    • Commodore says

      July 24, 2014 at 22:35

      Nak tanya lah sikit,

      Dulu masa suruhanjaya Cobbold buat pungutan suara kenapa orang Sabah/Sarawak pilih nak masuk /bersatu dgn Malaysia? The minute kau merdeka je Sukarno/Macapagal will attack you all, you know that?
      Bila tersepit pilih nak masuk Malaysia, bila dah senang tuduh Malaysia macam2. Kenapa korang tak pilih nak merdeka dulu drpd buang masa aje bersatu dgn Malaysia? Kau tahu apasal terjadi Konfrontasi dgn Indon?
      Malaysia occupied Sabah/Sarawak? Get yr facts right first.
      Kau ingat kalau kau merdeka ke, gabung dgn Indon ke Malaysia rugi ke? Kau ingat Filipin nak biarkan kau merdeka ya?
      Selamat mencuba.

      Reply
    • Labulabi says

      July 25, 2014 at 00:36

      Aku nak kata satu je, pala butuh hang

      Reply
    • nase says

      July 26, 2014 at 15:36

      Pembetulan… Bukan ‘occupy / menjajahi’ tetapi menyertai… Menyertai adalah secara sukarela melalui mekanisma tertentu spt pungutan suara, menjajahi pula adalah secara paksa macam di Gaza. Apakah ramai orang sarawak yg berkahwin dgn orang semenanjung dikira terpaksa kahwin..? Ramai keluarga saya (ipar2, ada lelaki ada perempuan) dari sabah dan sarawak, tak pernah pun pertikai hal dia org kena kahwin paksa (dijajah). Sila jangan salahkan nenek moyang kita yang buat keputusan dahulu, melainkan nenek ni bodoh piang..

      Reply
      • faisal 9w2wbt says

        August 2, 2014 at 11:34

        bubuh lagi tuan nase…..

        Reply
    • Ameer says

      July 27, 2014 at 10:04

      Tak tahu la sama ada sarcasm atau tertanam peluru Sulu dalam kepala otak.

      Reply
    • anoy says

      July 29, 2014 at 09:47

      Berapa lama pula kamu fikir indonesia & Malaysia akan wujud? 10, 15, 20 tahun? Aku fikir keduanya akan jatuh ketangan Daulah Islam dengan mudah. He he he..

      Reply
  34. terinzal says

    July 19, 2014 at 02:24

    haku rase project kita nie tak berbaloi,…kena songlap kuat2…..fregat sigma indon,cost lebih murah,senjata lebih powerfull…bijak kah kita nie???indon pulak ada keuntungan bina sendiri fregat sigma kat kilang sendiri sampai 20 bijik harga pulak lebih murah….comisyen lagi lah nie ceritanye….songlap….jangan tak songlap

    Reply
    • CintaPertiwi says

      August 4, 2014 at 04:24

      20 buah??ambil info daripada mane ekk..??

      Reply
      • romlah says

        August 8, 2014 at 13:47

        pt pal bangun 20 biji sigma
        http://dan-oleh.blogspot.com/2013/11/pemenuhan-kebutuhan-kri-tni-al-oleh-pt.html

        Reply
  35. bukitkuin says

    July 18, 2014 at 20:43

    alhamdulillah..moga segala perancangan berjalan lancar…cuma kelajuan maksima 38 knot tu betul ke atau 28 knot..wassalam…

    Reply
  36. hydroman says

    July 18, 2014 at 15:38

    alhamdulilah…

    Reply
  37. black says

    July 18, 2014 at 14:52

    lamo menyepi dehh..

    Reply
  38. Mat says

    July 18, 2014 at 10:59

    Lari sedikit daripada tajuk. Boleh ke admin ulas konflik Ukraine/Russia yang menyebabkan Malaysia sendiri terheret menjadi mangsa dalam kes MH17 ditembak jatuh. Lagi satu, isu ini akan menjadi besar sehingga menenggelamkan isu Israel menyerang Gaza menjadi isu kecil. Betapa dalam isu MH17, kuasa besar begitu cepat bertindak merespon termasuk dengan PBB.

    Reply
    • anoy says

      July 29, 2014 at 10:03

      Saya fikir..DaulahIslam dibiarkan menawan Syria supaya kapal perangrusia tidak dapat berteduh lagi di syria pada musim sejuk. Ketika itulah perang dunia ketiga bisa terjadi. UncleSam&Sekutunya bisa menyerangrusia pada musim sejuk. DaulahIslam pula akan menentang Parsi. Selepas keduanya menang, keduanya akan berebutkan negara yang hujungnya ada tan-tan. Sementara itu negara2 asia tenggara perlu bersedia untuk menghadapi uncle chong.

      Reply
  39. rakyatmarhain says

    July 18, 2014 at 10:53

    setuju

    Reply
  40. zaidi says

    July 18, 2014 at 10:50

    Tahniah TLDM
    Moga Malaysia terus gagah di samudera raya

    Reply
  41. Hakim says

    July 18, 2014 at 09:52

    Yahoooo!!!!! akhirnya bro kembali.

    lama sgt kapal nak keluar 6 kapal… 10 tahun lagi

    Reply
    • ijoo says

      July 22, 2014 at 12:20

      yo lah….nak buat kapal bukan senang mcm buat keta..

      Reply
  42. smt28 says

    July 18, 2014 at 08:21

    selamat kembali haji shah, Yang di tunggu2

    Reply
  43. kampungku says

    July 18, 2014 at 07:00

    terbaik

    Reply
  44. Commodore says

    July 18, 2014 at 06:03

    Salam Ramadhan semua,

    Akhirnya akan ternyatalah sebuah impian. Tapi jgn la ambil 10 tahun nak siap semua. By the time yg ke 6 siap silap2 teknolojinya dah outdated.
    Kedah upgrade? pakai Tacticos/ESSM/NSM.
    Apapun congrat TLDM, next, MRCA pulak!

    Reply
    • WAN says

      July 23, 2014 at 11:04

      Hanya pendapat dari saya… mencantumkan badan kapal tidak mengambil masa yg begitu panjang… cuma untuk integrasi sistem2 yg berada dalam kapal… mengambil masa yg agak lama… memandangkan kapal perang agak menitikberatkan ‘redundancy’ bg setiap sistem… iaitu untuk vital dan mission critical equipment….

      Reply
      • WAN says

        August 4, 2014 at 09:24

        xbyk berubah… bahagian MCG akan fully enclosed (bertutup) dan dimuatkan dgn 57MM MK3 MCG with stealth cupola… sama seperti Visby class corvette….

        Reply
    • Ameer says

      July 27, 2014 at 10:22

      Dan juga direka bentuk mengikut kemahuan TLDM, agak-agak outcome dia macam mana? Custom made belake

      Reply
  45. memory says

    July 18, 2014 at 05:55

    Syabas malaysia

    Reply
  46. rakuti says

    July 18, 2014 at 04:29

    malaysia boleh…moga bukan mimpi je…peace 😀

    http://bit.ly/1smCb5f

    Reply
  47. maha says

    July 18, 2014 at 04:17

    tak salah aku, aku dah dengar youtube di ling NavyRecognition cerita dari tahun lepas lagi aku tahu apa berkembarnya mungkin blog ini kot

    Reply
  48. zk says

    July 18, 2014 at 02:48

    alhamdulillah.. ade artikel baru

    Reply
  49. Mohd Basri says

    July 18, 2014 at 00:05

    Salute…

    Reply
  50. altantuyascorpene says

    July 17, 2014 at 23:11

    typical malaysian. All overprice. Dimakan umno. But projek gagal

    Reply
    • kesiananda says

      July 22, 2014 at 03:25

      get a life

      Reply
    • Ameer says

      July 27, 2014 at 10:21

      Not a blog for politics but I’m sure you ate shit for breakfast so run along now, nobody’s wanna hear a 5 year old whining like a baby.

      Reply
    • nizam says

      July 31, 2014 at 12:37

      dasyat la ko…mungkin tahap otak ko tak berkembang lagi kot…ko p minum susu yang wardina bagi anak dia minum ala macam dalam iklan susu tu…baru tak nampak DANGKAL

      Reply
    • CintaPertiwi says

      August 4, 2014 at 04:29

      emm..berfikir gune otak ye jgnla berfikir mgguna lutut..xbaik utk kesihatan diri sendiri..politik yang dianuti skrg ni xkemanapun..jgn sentiasa membawa politik masuk kedalam isu sensitif seperti ini..

      Reply
  51. Azli says

    July 17, 2014 at 22:53

    Terbaek bro…..

    Reply
  52. Kunta Kinte says

    July 17, 2014 at 22:34

    Tidak semua RM 9 billion ke kapal..BHIC gunakan sebahagian utk beli tools dan mesin utk pembinaan hull. .
    Kedah Class pakai NSM digandingkan ngan sea sparrows kot….
    salam ramadhan utk semua pengikut MOM. ..

    Reply
    • Commodore says

      July 18, 2014 at 23:40

      Bro, apa citer? takde jeng! jeng! jeng! ke?
      Share la skit kat kengkawan ni.
      Hehehehe!

      Reply
    • WAN says

      July 23, 2014 at 10:19

      Sebahagian juga digunakan untuk upgrade shipyard facilities…. dan BNS cuba mencari local supplier yg capable utk supply certain equipment utk lcs……. anyway duit tu ade jgk masuk ke tabung LTAT….

      Reply
  53. Faisal 9w2wbt says

    July 17, 2014 at 22:10

    wow..

    Reply
  54. Anak Sabah says

    July 17, 2014 at 21:51

    Salam.

    Thanks for the new article,bro Shah…

    Reply
    • tes says

      July 21, 2014 at 02:21

      tes

      Reply
  55. azkramm says

    July 17, 2014 at 21:50

    terbaik..!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jammer

ELITE FORCES

  • ASKAR SETIA
  • Bekas Komando
  • Blog Makcik Cleaner
  • Blog Orang Dewasa
  • Cikgu Selam
  • Freedom of Association (F.O.A)
  • IBU SEPARUH MASAK
  • Ondscene

Post Terkini

  • THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY
  • THE UNKNOWN WAR
  • MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA
  • EKONOMI : TIDAK ADA PEROLEHAN BESAR UNTUK ATM
  • TERUSAN SEGENTING KRA – SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU..

Kategori Bacaan

  • Advertorial (4)
  • Analisis (50)
  • Antarabangsa (30)
  • Darat (23)
  • Fictions (13)
  • Laut (20)
  • Misil (2)
  • Notis (22)
  • Patriotisme (12)
  • Pengalaman (26)
  • Risik (7)
  • Sejarah (23)
  • Udara (24)
  • Undang-undang (2)

DEFENCE RADAR NETWORK

  • A Secure Malaysia – Malaysia Militarium
  • Malaysia Military Power

© 2023 · Hakcipta Terpelihara · Military of Malaysia · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK