Military of Malaysia

Military Analysis & News

  • Utama
  • Arkib
  • Hubungi
  • Pengenalan
  • Produk Military
You are here: Home / Darat / DEFTECH PAMER DUA PROTOTAIP AV8 DI DSA 2014

DEFTECH PAMER DUA PROTOTAIP AV8 DI DSA 2014

April 14, 2014 by Admin 82 Comments

rsz_img_20140414_124531
1. Defense Service Asia akhirnya tiba di Kuala Lumpur bermula hari ini hingga 17 April, pameran yang ditunggu oleh industrialis yang terlibat dalam hal-hal sekuriti negara dan serantau.

2. Seperti biasa, saya akan berkunjung ke pameran tersebut walaupun saya menjangkakan tidak ada apa-apa yang signifikan pada pameran kali ini kecuali penyiapan prototaip dua kenderaan perisai bertayar 8×8 AV 8 yang disediakan oleh Deftech, pemaju alat pertahanan Malaysia yang mempunyai kilang kereta perisainya di Pekan, Pahang.

3. Terus terang, pertama kali menyentuh badan Av8 yang bersaiz raksaksa berbanding kereta kebal PT91 yang terletak di sebelah, saya berasa amat kagum dengan ketinggian, panjang dan saiz keseluruhan.

4. Sebanyak dua prototaip AV8 berjaya disiapkan untuk DSA iaitu versi pengangkutan infantri dan versi untuk pasukan amour.

AV8 versi infantri dengan turret 25mm Sharpshooter

AV8 versi infantri dengan turret 25mm Sharpshooter

IMG_20140414_114653

IMG_20140414_114850

5. Untuk pengangkutan infantri, kenderaan ini dijangka mampu membawa lebih kurang 14 penumpang termasuk pemandu dan mampu menahan tembakan langsung dari 7.62mm Perobek Amour serta cebisan letupan berskala Stagnag Tahap 4.

6. Kenderaan versi infantri 8×8 yang dicadangkan untuk Malaysia seperti di pameran DSA dipasang dengan meriam 25mm Sharpshooter Turret dan juga berkemampuan berenang di permukaan air kerana dilengkapi dengan sistem dorongan jet air.

Versi Armour tidak ada sistem dorongan air

Versi Armour tidak ada sistem dorongan air

 

 

Sistem dorongan air untuk AV8 versi infantri

Sistem dorongan air untuk AV8 versi infantri

7. Untuk prototaip armour, ia tidak dipasang dengan sistem dorongan jet air tetapi sistem senjatanya terdiri dari meriam 30mm.

8. Saya difahamkan kilang untuk pemasangan AV8 ini sudah pun dibina di Pekan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka akan memesan sebanyak 257 kenderaan Av8 dalam 12 variasi untuk menggantikan kereta perisai lama seperti Condor dan Sibmas.

Meriam 30mm untuk AV8 versi Armour

Meriam 30mm untuk AV8 versi Armour

9.Av8 versi yang lebih ringan iaitu 6×6 juga diperkenalkan Deftech di pameran itu.

Av6 (adik kepada AV8 turut diperkenalkan)

Av6 (adik kepada AV8 turut diperkenalkan)

 

TYPHOON

Bahagian dalam AV6

Bahagian dalam AV6

10.Pasukan Polis DiRaja Malaysia juga menerima kenderaan perisai kalis periuk api yang dinamakan Typhoon.

11.Saya tidak tahu berapa banyak kenderaan ini yang dibeli untuk pasukan polis.

12.Kenderaan buatan Amerika Syarikat ini saya jangka untuk menggantikan kenderaan armour polis yang semakin usang dan rata-rata dibeli di antara tahun 60an hingga 70an.

 

Typhoon MRAP kini dalam perkhidmatan polis

Typhoon MRAP kini dalam perkhidmatan polis

Bahagian bawah Typhoon dengan V Shape hull (Tidak kelihatan dalam gambar, malas nak tunduk)

\ Bahagian bawah Typhoon dengan V Shape hull (Tidak kelihatan dalam gambar, malas nak tunduk)

 

IMG_20140414_115838

 

 

Typhoon kini dalam perkhidmatan PDRM

Typhoon kini dalam perkhidmatan PDRM

 

Related

Filed Under: Darat

About Admin

A philosopher, well-trained CQC master, pinpoint marksman, tactical genius and firearm expert. Finished Special Ops close quarters training course in 17.23 seconds. Experienced physical, electrocution and burn torture training to prevent information leak. Broke fall 20m from helicopter. Gold medalist in Dormitory-level boxing.

Your argument is invalid.

« THUMBS UP UNTUK PERTANDINGAN MENEMBAK TENTERA DARAT
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA PERLU PEKA DENGAN TINGGALAN EMAS »

Comments

  1. captain zozo says

    June 3, 2016 at 18:17

    semangat tu…

    Reply
  2. zaskia says

    July 11, 2014 at 16:51

    thanks sob untuk postingannya…
    article yang menarik,saya tunggu article berikutnya yach.hehe..
    maju terus dan sukses selalu…
    salam kenal yach…
    kunjungi blog saya ya sob,banyak tuh article2 yang seru buat dibaca..
    http://chaniaj.blogspot.com/

    Reply
  3. comellote says

    May 11, 2014 at 11:22

    av8 kita nie dapat lawan leopard revolution indon yang besar badak tu tak?

    Reply
    • azrul says

      June 8, 2014 at 13:19

      tak lah tank leopard indon ada proteksi ads/amap 360°…missail dah meletop lebih dulu tak kena perisai besi tank…missail anti tank takde gune lawan leopard

      Reply
  4. Viper says

    May 7, 2014 at 21:32

    Navy punya ASW heli tak ada ke kat DSA?

    Reply
  5. Yaminz says

    May 5, 2014 at 19:12

    Da pegi DSA2014, boleh tahan… esp kmunculan versi mockup penuh AV8 (2 biji skali dtg) & AV6… Lg tbaik kalo Deftech letak AV8 versi armor letak anti tank missile… 😀 😀 😀

    Perasan versi IFV 25mm armor tidak sama dgn versi masa hari tentera kat PD…

    Anyway, xdpt guddies dr Deftech… ekekeke

    Reply
  6. juju says

    April 29, 2014 at 17:27

    bila la tuan admin nak keluar artikel pasal konspirasi emas pulak? layan jugak

    Reply
  7. lalala says

    April 28, 2014 at 11:05

    test

    Reply
  8. Tanggo Battery says

    April 23, 2014 at 20:02

    hurmm benda alah ni boleh mod utk bawak 120mm mortar tak ? or add weopon anti tank missile ker?

    Reply
  9. afill says

    April 21, 2014 at 15:53

    test.

    Reply
  10. remyzero09 says

    April 21, 2014 at 11:21

    Ada je rakan-rakan saya yang boleh masuk contohnya bos kilang, pensyarah etc. Kalau ada kena mengena dengan industri pertahanan lagi baik sebab sasaran utama penganjur ialah ‘trade visitor’. Cuma harapnya kerajaan kena sokong betul-betul industri pertahanan negara. Jangan asal menteri bertukar je , hala tuju dan dasar industri pertahanan makin malap pula. Negara kita dah ketinggalan jauh dengan Singapura dan Indonesia yang mampu eksport produk mereka ke luar berbanding industri kita yang terlalu bergantung kepada kontrak kerajaan. Jangan ulangi kesilapan Steyr & Meko yang mana banyak duit yang dilaburkan tapi hasilnya tidak seberapa.
    Setuju BRIM dimansuhkan. Tambah dengan duit GST , banyak dana yang boleh disalurkan untuk mantapkan aset pertahanan negara..

    Reply
    • sugar says

      April 27, 2014 at 13:44

      aku TAK setuju BR1M dimansuhkan. Malah aku harap kerajaan tambah lagi, boleh tolong ramai org.

      Reply
  11. maha says

    April 19, 2014 at 22:42

    ada video av 8×8 nak tengok tak

    Reply
  12. cun says

    April 19, 2014 at 11:06

    tahniah…

    Reply
  13. afi says

    April 18, 2014 at 11:36

    good.

    Reply
  14. salvo says

    April 18, 2014 at 11:07

    untuk akan datang punya dsa….. av 8 kena ada display mock up versi untuk stand alone punya airdefence atau boleh bawak meriam 30mm ,missile2 vshort or short sebagai payung kepada perisai av yang lain( seperti (system tunguska or pantsir)

    Reply
  15. cun says

    April 17, 2014 at 13:37

    nice

    Reply
  16. bla says

    April 17, 2014 at 00:47

    good.

    Reply
  17. Commodore says

    April 16, 2014 at 19:40

    Saya baru pulang dari DSA sebentar tadi.

    Perghhh! besau nye AV8 tu dah mcm bas sekolah saiznya. Saya rasa c-130 tak boleh muat kot.
    Mungkin A400 boleh angkut.. Nak dekat 30 tan beratnya kata wakil Deftech tu.
    Typhoon untuk PDRM tu pun bagak jugak saiznya. Dibuat oleh UAE pakai enjin Cummins dan gearbox Allison dari USA.

    Apapun tahniah penyertaan dari jiran seberang semakin hangat dan ada beberapa stand yg merangkumi perusahaan pertahanan dibawah papantanda “INDONESIA”. Walaupun aku selalu bergaduh dgn kamu tapi aku amat terperanjat dgn penyertaan kamu kali ini jika dibandingkan dgn DSA2012. Syabas. Yg baik dan bagus harus kita akui.
    Satu lagi aku perasan stand syarikat Indonesia yg buat pakaian tentera sungguh sesak dilawati terutama dari anggota tentera M’sia. Kenapa eh? mungkin murah kot? Tapi tak kiralah yg penting bisnes kamu maju dan aku tumpang suka.

    Satu lagi aku tengok Bell membawa mock-up cockpit AH-1 Zulu attack heli mereka. Diaorg sungguh serius dgn tawaran ni termasuk UH-1Y utility/scout yg berganding dgn Zulu. Yg uniknya cockpit Zulu dah tak pakai WSO. Kedua2 crewnya adalah pilot belaka dan mereka boleh pileh nak duduk depan ke atau kat belakang sbb kedua2 cockpitnya adalah sama. Dua2 pilot boleh pandu dan boleh tembak.. Itu kata test pilot dia la! Cuma aku tengok kalau nak masuk cockpit dia memang susah skit sbb sempit. Tapi kalau diaorg boleh masuk takkan kita org Asia tak boleh.

    Penyertaan dari Turli juga hebat dan diaorg dah mula nak tolak attack heli buatan mereka dgn Agusta iaitu ATAK (derivative Mangusta). Kenderaan armor dan patrol boat mereka juga hebat2.

    Lepas tu aku dah tak larat nak jalan lagi dgn sakit pinggangnya lagi. Foooh! sampai kat sini aje yg boleh aku kongsikan. Harap2 bermanfaat untuk korang.

    Sekian.
    Wassalam

    Reply
    • maha says

      April 17, 2014 at 00:06

      AH-1 Zulu cobara attack helicopter aku tak berapa suka sangat bila mendarat terpaksa lihat batang besi sama ada stabil atau tidak helicopter itu mendarat, seoleh-oleh sama dengan jet fighter Harrier mendarat terpaksa lihat batang besi stabil, tapi ramai cakap ya sesuai dengan unit merines sebab malaysia kawasan laut dan darat kalau malaysia nak beli lah aku pun setuju

      Reply
  18. totenkopf says

    April 16, 2014 at 17:12

    Sasaran mudah…..kepada musuh….siting duck.jangan sekadar beli tetapi perlu juga fahami kelemahanya. Saiz yang besar serta permukaan perisai yang rata dan menegak mungkin menjadi faktor yang perlu di kaji.design ini lebih sesuai untuk open battlefield.kenderaan ini mesti bergerak pantas untuk mengelak dari menjadi sasaran musuh.kaji dan kaji.

    Reply
    • muhendis says

      April 17, 2014 at 11:19

      role av8 ni lebih kepada reece dan troops transport… bukannya duduk di barisan hadapan. perisainya direka mengikut ketahanan kehendak pengguna… maka tidak ada masalah samada ianya rata atau menegak. permukaan yang condong cuma akan mengecilkan ruang dalam kenderaan.

      Reply
      • totenkopf says

        April 18, 2014 at 22:13

        Perghh…tranport group aku boleh terima. Tapi…recce….common ler brader….8 tayar tu….besar bagak..ko biar betul….tokyah ler nak klentong….syarikat ko ke yang promote benda ni. Macam mana pun aku masih setuju lah kalau malaysia pakai benda ni. Aku cuma cakap fahami kelemahan…okey.

        Reply
  19. Anonymous says

    April 16, 2014 at 15:07

    Sya nk tnye,adakah msih trdpt kilang pertahanan di malaysia selain Deftech??

    Reply
    • Admin says

      April 16, 2014 at 20:28

      Ada banyak kilang pertahanan selain Deftech seperti SME, Hicom, Pestaka Astana, Boustead dan banyak lagi

      Reply
  20. Rahman says

    April 16, 2014 at 15:05

    Sya cme nk tnye,kilang prtahanan di malaysia ade wujud x slain deftech??

    Reply
  21. comelnyer says

    April 16, 2014 at 12:40

    cam mana cuma tengok dan host militery belaka??please la najib buat real contrak…macam isu heli attac tak beli juga,….indon pulak tambah 17 blackhawk(battle hawk)+ 3 chinook temani apache guardian mereka……please la atm buat real pembelian,hutang hutang jadi la,asal syiok

    Reply
  22. naza says

    April 16, 2014 at 11:09

    saya musykil kenapa tangki minyak spare di letakk betul betul di pintu keluar. tidakkah ini akan menjadi advantage untuk musuh menyasarkkan tangki minyak untuk melumpuhkkan pergerakkan keluar troop?

    Reply
    • Commodore says

      April 16, 2014 at 22:00

      minyak disel tak brape bahaya sangat. tapi kalau letak kat dalam lagi naya kot?
      atau itu hanya sekadar tangki air je. hehehehe!
      pendapat.saya la!

      Reply
    • maha says

      April 17, 2014 at 14:13

      belakang av 8×8 itu bukan tangki minyak tapi tangki air untuk padam api nampak gambar bagi pada tanki itu ditulis wat selebih tulis di halang tali sebenar tanki water

      Reply
    • faisal 9w2wbt says

      April 24, 2014 at 22:00

      sebab kalu letak tangki tu kt dalam, nnti badak tk muat nak masuk.. naza…

      Reply
      • naza says

        April 27, 2014 at 13:11

        oooo…. gitu rupenyer…… 🙂
        pstttt…. badak tu `memenuhi ruang` gak ke?

        Reply
      • naza says

        April 27, 2014 at 13:12

        oooo…. gitu rupenyer…… 🙂
        pstttt…. badak tu `memenuhi ruang` gak ke?
        badak gi perang gak ke?

        Reply
  23. bla says

    April 16, 2014 at 10:22

    test

    Reply
  24. celcom says

    April 16, 2014 at 09:10

    gadjet n tool yg canggih-manggih..commee..
    di tambah lagi dg line perisikan tahap ‘dewa’ hardcore..
    mantop.

    Reply
  25. abc says

    April 16, 2014 at 03:40

    AV6 ni betul2 amor car ke mock-up je admin??

    Reply
  26. KUNTA KINTE says

    April 15, 2014 at 17:01

    Perghhhhhhhh. .pelik la pulok..ngapa ruang dlm AV6 tu tak ada lapik ngan papan….mcm satu produk 6×6 yg dipamer pd DSA 2012 dulu…..hihihi. ..

    Reply
  27. KUNTA KINTE says

    April 15, 2014 at 16:37

    Perghhhhhhhh. ..tungguuuuiuu…gua turun Khamis nnti…..aku nk lepak kat ruang pameran Indo. Nk tanya ngapain anoanya ngak ikuttttt….

    Reply
  28. opocot.online says

    April 15, 2014 at 16:19

    nice..AV8 hensem!! alamak ai bro..ni je ke gambir2an nye…belanja gambir lebih sikit..tehehehe…

    Reply
  29. mohamad noordin bin nasarudin says

    April 15, 2014 at 12:21

    Harap kemampuan persenjataan ATM setanding dgn negara luar. Kita perlu menambah aset ketenteraan yang mana perlu mengikut peredaran masa, agar tidak ketinggalan jauh dari mana mana sudut.
    syabas n terima kasih Tn. Hj Shahpaskal, tanpa rencana sebegini orang awam takkan tahu perkembangan serta keupayaan pertahanan negara

    Reply
  30. satkajams says

    April 15, 2014 at 10:16

    Ganas rupa Typhoon yang PDRM ambik…

    Reply
  31. rete says

    April 15, 2014 at 10:04

    lumayan bagus juga av8 milik atm

    Reply
  32. camo says

    April 15, 2014 at 08:31

    alhamdulillah…entry kali nie sungguh menarik perihal DSA 2014..memang ternanti2 laporan DSA tn haji…terus menulis….

    Reply
  33. anakwaran1 says

    April 15, 2014 at 07:35

    Tahniah Tn Hj….

    Deftech akhirnya menunjukkan kemampuan anak watannya membina AV8 dan AV6,hebat sungguh…

    Harap ATM boleh membuat pembelian kedua-duanya…tunjukkan keyakinan ATM atas pembuatan anak watan….

    Medan ujian Lahad Datu….itulah tempat menguji kelasakan,ketahanan dalam situasi sebenar..tengok macamana Deftech punya produk mampu menempuhi cabaran dalam situasi sebenar…..

    Sekadar pendapat saya yang amat berbangga dengan produk negara…biar sikit tapi kualiti terbaik…..

    Reply
  34. Boku says

    April 15, 2014 at 00:08

    Rasanya AV6 nant akan digunakan untuk misi pengamanan di lubnan..

    Reply
    • Admin says

      April 15, 2014 at 14:39

      Saya tidak tahu jika AV6 ini akan digunakan di Lubnan kerana isu penggantian APC Condor di sana sudah selesai apabila enjin-enjin kenderaan itu telah diganti baru.

      Reply
  35. faisal 9w2wbt says

    April 14, 2014 at 22:53

    tn hj….
    tringin sgt sy nk pi….. apa kan daya….
    err…. produk produk seperti alatan komunikasi ada ke DSA kali ini?
    kalu dpt tn hj bg pic kee…. sy nk tengok. lah…

    Reply
    • Admin says

      April 15, 2014 at 14:39

      Peralatan comm memang ada, sesiapa yang kaki radio mmg berbaloi dapat tengok.

      Reply
  36. Admin says

    April 14, 2014 at 19:50

    emmm..

    Reply
  37. shahpaskal says

    April 14, 2014 at 19:46

    test

    Reply
  38. wangsit says

    April 14, 2014 at 18:46

    bolehlah syahpascal mampir ke stand indonesia .ada 15 industri pertahanan ikut berpartisipasi.

    Reply
    • Admin says

      April 14, 2014 at 19:49

      Ya sudah pasti kerana perusahaan senjata dan pertahanan Indonesia menjadi favourite saya

      Reply
      • wangsit says

        April 16, 2014 at 06:47

        syahpaskal kabarnya malaysia tidak jadi ambil anoa karena ada protes dari prancis.sebab prancis juga ingin menawarkan panser ke malaysia.sedangkan anoa menggunakan mesin renault buatan prancis seperti yang malaysia minta.

        Reply
        • Admin says

          April 16, 2014 at 20:25

          Saya tidak mendengar ada protes dari Peranchis disebabkan tawaran Anoa yang dibuat Indonesia kepada Malaysia. Setahu saya antara sebab Anoa tidak terpilih adalah kerana masalah ketiadaan wang oleh pihak pemerintah dan juga kualiti Anoa yang tidak sesuai untuk medan pertempuran konvensional.

          Reply
  39. naza says

    April 14, 2014 at 18:40

    nampak hebat av8. dah guna jet propulsion untuk amphibious attack. dan kalau boleh, jangan tukar ke digital camo. camo yang ini lagi realistik untuk kita… selain kalis infra red….

    Reply
    • Admin says

      April 14, 2014 at 19:49

      Benar…i hate digital cammo

      Reply
  40. Amirul Asyraf says

    April 14, 2014 at 18:16

    Terbaik ATM. nampaknya kita memang ada rashia iaitu Av-6.Hehe sebab Av-6 tak pernah disebut selama ni, agaknya ada lagi tak admin aset baru ATM?

    Reply
    • maha says

      April 14, 2014 at 22:59

      av 6×6 macam aku perna tengok sama pars 6×6 vesi baru, adaakah ia juga kerjasama dengan turkis ia keluarkan pada jan 2014, shah cerita dan boleh tak dapat maklumatnya, kita nak tahu adakah versi sama dikeluarkan oleh tukis pada jan 2014

      Reply
      • muhendis says

        April 17, 2014 at 11:03

        yup.. av6 tu memang pars 6×6 turki pun. deftech baru nak promote pada atm

        Reply
  41. Padan Muko says

    April 14, 2014 at 18:00

    Oh ye satu lagi Shah, aku lupa pulak.
    Kalau waris tu bagi sikit emas dia untuk pertahanan negara kita aku rasa ATM akan lalui zaman keemasan dgn pembelian alutsista yg sungguh luarbiasa Hehehe!
    Aku tetap mendoakan semoga berjaya.
    Kalau camtu BRIM tak payah ditangguhkan malah ditambahkan lagi. sbb tahun depan aku dah layak menerima BRIM.
    Hehehehe!

    Reply
    • naza says

      April 16, 2014 at 11:51

      tahun depan, depa akan tuko self defend mende ni ke mini gun gatling, sebab baru sama standard dengan styker buatan U S, walaupun ia lebeh beso dari stryker

      Reply
  42. Mi-D says

    April 14, 2014 at 17:54

    Nice

    Reply
  43. azMan says

    April 14, 2014 at 17:53

    dah bukak utk orang awam ke hari ni?

    Reply
    • shahpaskal says

      April 14, 2014 at 19:46

      DSA ini tidak dibuka pada orang awam kerana pameran senjatanya lebih realistik dan padat berbanding LIMA

      Reply
      • Oghangkuale says

        April 17, 2014 at 19:12

        Isu ini yg teman agak confused.. kalau tanya pd askar kat sekeliling tu , ramai yg kata org awam boleh masuk.

        Tapi bila tanya kat registration tu pulak..si cina ‘staff’ tu kata org awam masuk atas jemputan..

        teman teringin bebenor nak masuknya..frust..

        Reply
  44. Kota says

    April 14, 2014 at 17:44

    Terbaik!!

    Reply
  45. Padan Muko says

    April 14, 2014 at 17:43

    Salam Shah, menarik ni, nanti kita boleh jumpa kat DSA kalau dizinkan Allah.

    At last benda (AV8) yg selalu diketawakan oleh org seberang dah menzahirkan dirinya. Alhamdulillah.. Inilah masa nak ambik order plak!
    Tetiba ada pulak adiknya AV6 tumpang sekaki. Cemana lah agaknya nasib AFV yg dipromosikan oleh jiran kita tu bila si adik ni muncul. hai nasib badan la.
    Apapun gomen kita jgn asyik bagi alasan takde bajet untuk pertahanan. Peristiwa Lahad Datu dan MH370 harus dijadikan teladan. Jgn sebok nak popular je (bagi BRIM) sampai pertahanan negara diabaikan.. 3 billion habis untuk BRIM boleh cover pembelian Tiger Attack heli.dan beberapa pesawat MPA.. Kalau 3 tahun tak bagi BRIM kita dah boleh dapat AEW/ new radar / air defence missile dan Kedah upgrade.(anggaran aku je abt RM9 billion)
    Utamakan defence dulu., BRIM boleh tunggu sekejap.

    Reply
    • Admin says

      April 14, 2014 at 19:50

      Rasanya AV6 ni tak terpilih kot, tak akan lah semua Deftech nak sapu

      Reply
      • ragnar lothbrok says

        April 14, 2014 at 22:25

        tapi berbanding beli dari luar, baik biar je depa sapu.

        kecuali la beli dri luar lebih murah, or ade option lain yg lgi murah

        tu tkpe la.

        Reply
      • Pahat says

        April 15, 2014 at 10:33

        Tuan
        Ada ke versi full amphibia AV8 dibangunkn sebagai kenderaan pendaratan pantai utk kegunaan pasukan marine force sebagaimana tumasek lakukan!?

        Reply
        • Admin says

          April 15, 2014 at 14:38

          Saya tidak pasti jika AV8 ini boleh digunakan sebagai kenderaan amfibia untuk kegunaan marin mengharung ombak.

          Reply
          • maha says

            April 16, 2014 at 04:20

            aku pun nak tahu water jet av 8×8 berapa kuat hadapi ombak sebab water jet kita pakai dari perancis, sedangkan water jet temasek pakai dari us, water jet termasek lebih besar dia pakai dari Lockheed Martin , mungkin kita tengok horsepower av8x8 pakai baru kita tahu dia jenisnya adakah Marine Personnel Carrier (MPC)

            Reply
            • Admin says

              April 16, 2014 at 20:26

              Saya tengok Terrex pakai water jet yang lebih kurang serupa saiznya dengan AV8 tetapi mampu menjalani ujian merendah ombak untuk tender kenderaan perisan US Marin, saya tidak tahu jika Terrex Singapura sudah dimodifikasi untuk tujahan dari kipas yang lebih besar.

              Reply
            • Tanggo Battery says

              April 27, 2014 at 00:16

              Takpe boleh modified letak 2 biji engine bot sangkut replaced system dorongan jet air tu..kihkihkih

              Reply
          • muhendis says

            April 17, 2014 at 11:10

            av8 tidak direka untuk meredah ombak.

            Reply
            • maha says

              April 18, 2014 at 15:38

              bagi aku boleh ia kena ubahsuai sama patria 8×8 jadi jadi patria 8×8 havoc mpc, sebab itu aku tanya wetarjet berapa horsepower (hp) dan rekabentuk boleh redah ombak

              Reply
          • maha says

            April 24, 2014 at 17:18

            shah saya rasa ini versi mpc av8x8 kita, sebab ada (foam) pelampung pada av 8×8 kita ia lebih besar, dan tinggi

            http://www.youtube.com/watch?v=KZKdsUlhpd4

            Reply
    • maha says

      April 15, 2014 at 15:42

      negara jiran kita pun terpaksa beli Tarantula 6×6, ada tak kena pada anoa dia orang ini,kalau ikut versi vab 6×6 lebih baik dari anoa dia mungkin ada perkara dia orang rahsiakan tak

      Reply
      • kapalselamaltantuya says

        April 29, 2014 at 12:05

        belajar pasang turret dan stabilitynya untuk anoa lah pakcik……tak der ilmu gratis ler….

        Reply
  46. ulumudaku says

    April 14, 2014 at 17:37

    terbaik bro..

    Reply
  47. Azman Ismail says

    April 14, 2014 at 17:22

    Sayangnya orang awam tak dibenarkan masuk… bertuah Haji Shah 🙂

    Reply
  48. ZK says

    April 14, 2014 at 17:18

    tahniah atas artikel terkini tn haji..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jammer

ELITE FORCES

  • ASKAR SETIA
  • Bekas Komando
  • Blog Makcik Cleaner
  • Blog Orang Dewasa
  • Cikgu Selam
  • Freedom of Association (F.O.A)
  • IBU SEPARUH MASAK
  • Ondscene

Post Terkini

  • THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY
  • THE UNKNOWN WAR
  • MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA
  • EKONOMI : TIDAK ADA PEROLEHAN BESAR UNTUK ATM
  • TERUSAN SEGENTING KRA – SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU..

Kategori Bacaan

  • Advertorial (4)
  • Analisis (50)
  • Antarabangsa (30)
  • Darat (23)
  • Fictions (13)
  • Laut (20)
  • Misil (2)
  • Notis (22)
  • Patriotisme (12)
  • Pengalaman (26)
  • Risik (7)
  • Sejarah (23)
  • Udara (24)
  • Undang-undang (2)

DEFENCE RADAR NETWORK

  • A Secure Malaysia – Malaysia Militarium
  • Malaysia Military Power

© 2023 · Hakcipta Terpelihara · Military of Malaysia · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK