Military of Malaysia

Military Analysis & News

  • Utama
  • Arkib
  • Hubungi
  • Pengenalan
  • Produk Military

Archives for 2014

TUDM CIPTA SEJARAH DI ASIA TENGGARA MELALUI MISIL RUSSIA

September 25, 2014 by Admin 122 Comments

 

Foto dari Kementerian Pertahanan Malaysia

Foto dari Kementerian Pertahanan Malaysia

 

NOTA PENULIS : ARTIKEL INI DIUBAH SUAI DARI KENYATAAN KEMENTERIAN PERTAHANAN YANG DI EMEL KEPADA PENULIS
1. Selepas insiden serangan penceroboh ke atas Lahad Datu, Sabah, negara kita berkali-kali membuat membuat “Power Projection” melalui latihan-latihan ketenteraan sama ada yang dibuat secara bersendirian atau dengan negara sahabat.

2. Pada 20 Sept lepas, untuk pertama kalinya dalam sejarah ketenteraan di Asia Tenggara dan negara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan latihan tembakan  persenjataan yang bersifat strategik seperti misil KH31A (anti kapal) dan misil jenis KH31P (Anti Radiasi).
3. Dalam konteks ketenteraan yang melibatkan Singapura, Filiphina, Indonesia dan Brunei, ini merupakan kali pertama dalam sejarah yang mana inventori negara-negara ini didominasi oleh  misil anti kapal jenis Exocet dan Harpoon, pelancaran KH31A menarik minat negara-negara tersebut.

4. Ini disebabkan misil tersebut bersifat supersonik berbanding misil anti kapal negara jiran yang rata-rata berada dalam kelajuan sub sonik, tambahan pula, platformnya merupakan SU30 MKM.

5. Kebanyakkan misil anti kapal super sonik dibawa oleh kapal-kapal perang, setiap satu harga misil KH31A adalah dalam lingkungan USD500,000.

6. Ini menunjukkan bahawa dalam sebarang konflik, kapal-kapal perang musuh hanya mempunyai masa beberapa saat sahaja untuk mengambil tindakan sebelum kepala peluru berpandu tersebut menambrak keluli kapal.

7. Akhbar-akhbar Vietnam terutama suratkhabar Tuoi Tre, yang memetik laporan daripada jurnal pertahanan Jane’s Defence serta sumber para pegawai tentera Vietnam melaporkan, latihan tersebut yang dibuat di sebuah lokasi rahsia masih lagi jauh dari kawasan tuntutan bertindih kepulauan Spartly.

8. Sumber tenteranya pula menyebut, Malaysia telah menduduki beberapa kepulauan secara
tidak sah di Spratly.

9. Penembakan misil anti radiasi, yang pertama di rantau ini turut mencipta sejarah, kehadiran rantau anti radiasi yang mampu memusnahkan rangkaian sistem pengesan radar dan pesawat amaran awal musuh serta jaringan peperangan elektronik (EW) merupakan sesuatu yang baru dan pembeliannya oleh TUDM terletak di luar jangkaan kebanyakkan komuniti pertahanan di Asia Tenggara.

Foto dari Kementerian Pertahanan Malaysia

Foto dari Kementerian Pertahanan Malaysia

10.Sehingga ke hari ini, hanya Malaysia dan Singapura sahaja mempunyai kemampuan
mengoperasikan misil anti radiasi dan serangan SEAD (Suppression of Enemy Air Defences) secara maksimal.

11.Indonesia baru sahaja mempunyai kemampuan operasi SEAD apabila membeli KH31P untuk pesawat Sukhoinya sekitar tahun lepas.

12.Sejarah peperangan menunjukkan bagaimana semasa Desert Storm, tentera Iraq tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menutup rangkaian radar mereka untuk mengelakkan dari terkena serangan peluru berpandi anti radiasi tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat (AS).

13.Dalam konteks ini, pengesanan hanya boleh dibuat melalui sensor pasif, sebarang pemancar yang aktif pasti mengundang serangan dari misil tersebut.

14.Sensor pasif ini pula hanya dipakai oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Filed Under: Misil, Sejarah, Udara

  • 1
  • 2
  • 3
  • …
  • 15
  • Next Page »

Jammer

ELITE FORCES

  • ASKAR SETIA
  • Bekas Komando
  • Blog Makcik Cleaner
  • Blog Orang Dewasa
  • Cikgu Selam
  • Freedom of Association (F.O.A)
  • IBU SEPARUH MASAK
  • Ondscene

Post Terkini

  • THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY
  • THE UNKNOWN WAR
  • MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA
  • EKONOMI : TIDAK ADA PEROLEHAN BESAR UNTUK ATM
  • TERUSAN SEGENTING KRA – SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU..

Kategori Bacaan

  • Advertorial (4)
  • Analisis (50)
  • Antarabangsa (30)
  • Darat (23)
  • Fictions (13)
  • Laut (20)
  • Misil (2)
  • Notis (22)
  • Patriotisme (12)
  • Pengalaman (26)
  • Risik (7)
  • Sejarah (23)
  • Udara (24)
  • Undang-undang (2)

DEFENCE RADAR NETWORK

  • A Secure Malaysia – Malaysia Militarium
  • Malaysia Military Power

© 2023 · Hakcipta Terpelihara · Military of Malaysia · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK