Nota Penulis : Untuk beberapa purnama ini, tidak lah saya dapat menulis tentang ketenteraan secara langsung disebabkan beberapa hal yang menutupi keamanan dalam hati kita semua lantaran sikap fanatik sesetengah dari rakyat kita terhadap politik sehingga tertutuplah hatinya kepada kebenaran dan terpinggirlah dirinya dari apa yang dituntut agama.
Sebagai orang kampung yang duduk di ceruk bandar, menumpang kasih Allah mencari rezeki pagi dan petang maka tergerak lah hati saya untuk menyumbang sebarang dua buah pemikiran supaya boleh dijadikan “escapism” dari masalah politik yang semakin hari semakin rumit untuk ditangani.
1. Selama ini kita selalu baca dan buat kajian tentang Tanah Ophir dari penyelidik Melayu tetapi kali ini saya bawa saudara semua sekelian melihat tanah tersebut dari kaca mata barat berdasarkan dokumen-dokumen terbitan Iluminati yang disampaikan kepada saya.
2. Kalau ikut kajian barat dan bukti-bukti gambar yang saya lihat, Ophir sebenarnya merujuk kepada Filiphina di mana aktiviti perlombongan emas berkualiti tinggi masih dijalankan di negara itu.
3. Ophir juga merujuk kepada nusantara itu sendiri di mana rantau ini kaya dengan galian emas, dari Semenanjung Malaysia hinggalah ke Kemboja.
4. Tidak ada disebut bahawa secara spesifik Ophir itu adalah Gunung Ledang, kerana jika Ledang itu adalah Ophir, sudah tentu sehingga ke hari ini, kerajaan kita sudah pun mengali emas di situ. Kewujudan Ophir dinyatakan dalam Bible Perjanjian Lama.