1. Terima Kasih dan selamat sejahtera kepada kawan-kawan dan para pembaca blog saya yang tidak seberapa ini, ialah blog orang kampung.
2. Nampaknya saya malas nak buat artikel baru tetapi oleh kerana pihak Defence Service Asia 2012 (DSA) dah booking blog saya untuk tujuan promosi dan iklan, terpaksalah saya keluarkan artikel baru ini sebelum DSA bermula.
3. Blog kekampungan ala ala kampung Malaysia macam saya ini pun ada juga pihak kerajaan dan gergasi korporat ambil tahu, terima kasih banyak-banyaklah, dapek juga saya menyambung nyawa dalam bisnes Forex dan mampulah saya membeli peralatan untuk aktiviti pengembaraan dan ekspedisi saya nanti.
5. OKlah, nampaknya ada perkembangan terkini tentang Tentera Laut Di Raja (TLDM) yang saya sentiasa kagumi dan paling saya hormati dalam ketiga-tiga cabang perkhidmatan lain.
6. Perkembangan yang saya maksudkan ialah adanya ura-ura untuk mendapatkan helikopter dan pesawat kepak kaku anti kapal selam.