NOTA PENULIS : SAYA MOHON MAAF KERANA TIDAK UPDATE BLOG DISEBABKAN KESUNTUKKAN MASA DAN JUGA KERANA BLOG SAYA MENGHADAPI MASALAH TEKNIKAL SELEPAS UBAHSUAI THEME. SELEPAS INI SAYA AKAN UPDATE BLOG SEPERTI BIASA
1. Walaupun sudah banyak penjelasan di dada akhbar, majalah dan blog-blog pertahanan tempatan, saya perhatikan masih ada lagi pembaca yang percaya bulat-bulat bahawa kapal selam pertama negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman dari jenis Scorpene telah rosak dan tidak dapat menyelam.
2. Lebih buruk lagi apabila ada yang menyangka bahawa kapal selam tersebut merupakan bahan terpakai dari Tentera Laut Peranchis sedangkan Malaysia telah menghabiskan wang sebanyak RM7.7 bilion untuk membeli dua buah kapal selam terbaru dan tercanggih di rantau ini. Sejumlah RM359 juta lagi dihabiskan untuk membeli kapal selam terpakai dari jenis Agosta.
3. Orangramai diprogram untuk percaya serta yakin bahawa kapal selam TLDM tidak dapat menyelam dan sedang mengalami kerosakkan besar.
4. Mereka juga dipaksa tanpa sedar bahawa pembelian kapal-kapal selam ini melibatkan isu pembunuhan seorang wanita, bagaimanapun kebanyakkan tuduhan dibuat tanpa asas, bukti dan sekadar cakap-cakap. Ia melibatkan beberapa orang individu yang bukan dalam lingkungan Kementerian Pertahanan Malaysia.
5. Hanya mempunyai kenalan seorang atau dua pegawai tentera, ramai sekali muncul sebagai penganalisis ketenteraan tidak bertauliah berdasarkan maklumat yang longgar dan “hear say”.
6. Bukan saya hendak menyalahkan pembaca sekalian, tetapi itulah senario politik di Malaysia, di mana persepsi memainkan peranan yang penting sedangkan parti-parti politik yang bertelagah ini sebenarnya tidak memberi manfaat yang berguna kepada rakyat kecuali kesedaran dan minat yang terlebih-lebih kepada perkhabaran angin.
MASALAH KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM
7. Kapal selam yang dikatakan bermasalah iaitu KD Tunku Abdul Rahman telah selamat tiba pada Sept 2009 dan terus menjalani beberapa ujian laut tropika selepas itu sehinggalah kapal itu didakwa tidak boleh menyelam oleh sekelian jentera propaganda parti-parti politik ini.
8. Sebenarnya sebelum dan selepas menerima kapal selam itu, TLDM secara intensif telah pun menguji aset perang negara ini mengikuti piawaian dan standard antarabangsa termasuklah ujian Final Sea Acceptance Trial selama 10 hari yang memaksa kapal selam tersebut membuat selaman ke dasar yang paling dalam (sejauh mana kedalaman itu tidaklah boleh saya dedahkan di sini kerana ia mengandungi maklumat sulit ketenteraan).
9. Ujian ke atas kapal selam terbabit bukan sekadar dibuat di Lautan Atlantik tetapi juga dilakukan di Lautan Mediterranean, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut China Selatan (kawasan di mana kerosakan pertama dikesan).
10.Untuk maklumat para pembaca sekelian, sehingga ke Mac 2010, anak-anak kapal selam dan KD Tunku Abdul Rahman telah membuat selaman dan pelayaran di dasar laut selama 31 hari dari 43 hari (tempoh perjalanan kapal dari Peranchis ke Lumut).
11.Ini bermakna sejumlah 72 peratus pelayaran kapal itu dilakukan di bawah permukaan laut dan ini sekaligus menyangkal tuduhan kononnya kapal selam itu dibawa pulang secara berlayar di atas permukaan.
12.Perkataan “Tidak Boleh Menyelam” ini sebenarnya muncul dari langkah berjaga-jaga yang diambil oleh TLDM apabila masalah teknikal dikesan berlaku di atas kapal.
13.KD Tunku Abdul Rahman sebenarnya boleh menyelam tetapi arahan telah dikeluarkan oleh pihak tertinggi TLDM supaya kapal selam itu dilarang membuat selaman sehingga masalah kerosakkan dibaiki oleh pihak pembekal iaitu DCN International.
14.Untuk pengetahuan pembaca, aset kerajaan tersebut dilindungi oleh perjanjian dalam kontrak yang ditandatangani di antara TLDM, DCN dan IZAR.
15.Proses pembelian aset ketenteraan sama sahaja dengan kontrak saudara pembaca ketika memberi kereta atau rumah kecuali ada sedikit perbezaa, setiap aset yang dibeli mempunyai jaminan pengedar untuk beberapa tahun dan jangan lupa bahawa kerajaan Malaysia adalah negara pengguna.
16.Sehingga ke hari ini, aset strategik yang termahal milik negara ialah kapal selam dan kos penyelenggarannya sahaja menelan belanja sehingga RM270 juta setahun.
KEMENTAH TIDAK KAWAL MAKLUMAT
17.Saya benar berharap supaya pembaca saya terutama di kalangan pelajar untuk mengambil inisiatif mengkaji sesuatu perkara dengan dalam sebelum membuat keputusan untuk menerima maklumat secara total. Dalam kemudahan internet hari ini, tidak ada sebab anda ketinggalan dalam arus teknologi maklumat.
18.Saya sendiri mempunyai laporan kapal selam Scorpene milik TLDM setebal beratus-ratus muka surat tetapi tidak ada yang menarik untuk dipaparkan, masalah yang berlaku pun kecil sahaja tetapi telah diperbesarkan sehingga ke persada antarabangsa.
19.Masalah juga melanda kapal selam Singapura dan Indonesia tetapi maklumat seperti ini tidak pernah sampai ke tangan orang awam kecuali dalam rangkaian mereka yang terlibat dengan perisikan serta kontrak perkapalan sahaja.
20.Dalam senario Malaysia, saya lihat Kementerian Pertahanan agak linear dan longgar terhadap pengaliran maklumat ketenteraan pada masyarakat awam berbanding Indonesia dan Singapura.
21.Perkara ini diakui oleh sahabat-sahabat saya dari Singapura yang menyatakan bahawa media negara ini bebas mencungkil maklumat ketenteraan berbanding Singapura yang seboleh-bolehnya akan mengawal maklumat militari republik itu secara ketat.
LANGKAH TLDM TEPAT
22.Langkah TLDM untuk tidak membenarkan kapal selam miliknya yang mengalami kerosakan mekanikal adalah sangat tepat dan merupakan satu prosedur yang biasa.
23.Sekali lagi saya ingatkan, kerosakkan tidak ada kaitan dengan masalah rasuah atau pembinaan yang sub standard oleh DCN dari Peranchis.
24.Mana mungkin sebuah syarikat perkapalan terkemuka seperti DCN mahu membina sebuah kapal selam yang sub standard untuk pelanggannya kerana ini sebenarnya memberi risiko kepada nama baik syarikat itu.
25.Walaupun ada pilihan yang lebih murah dari Russia misalnya seperti kapal selam Kilo dan Amur tetapi reputasi negara besar itu sebagai pembina kapal selam sebenarnya sudah cacat sedikit kerana rekod-rekod kerosakan dan kemalangan yang dialami oleh kapal selam miliknya.
26.Selain dari tenggelamnya kapal selam Kursk pada tahun 2000, kapal selam Russia dari jenis Akula pada tahun 2008 ditimpa petaka apabila berlaku kebocoran gas sehingga menyebabkan hilang 20 nyawa dalam insiden yang berlaku di Laut Jepun.
27.Insiden itu berlaku semasa kapal selam terbabit yang mahu dijual kepada India sedang menjalankan UJIAN PELAYARAN dan gas yang bocor sebenarnya datang dari SISTEM PEMADAM API.
28.Jika kita lihat dalam insiden kapal selam Akula ini, sekecil masalah seperti kebocoran gas pemadam api telah menyebabkan kehilangan nyawa dan risiko seperti inilah yang menyebabkan TLDM tidak membenarkan kapal selam Scorpene menyelam walaupun kerosakan mekanikalnya kecil.
29.Saya berharap penjelasan ini mampu mencerahkan minda pembaca mengenai kapal selam pertama milik negara kita dan tidak perlu membuat komentar sehingga memalukan ibu pertiwi kita dalam forum antarabangsa mahupun milik jiran.
30.Orang luar tidak tahu apa itu UMNO, sebaliknya yang dimaki dan dicerca adalah negara kita, ibu pertiwi kita, MALAYSIA.
last2 kapal selam jadi muzium….jual kat kerajaan negeri melaka….
Tak apa, kalau rosak kita ada warranti ….
Dimana keadilan untuk bekas tentera dan kepada tentera yang bakal jadi bekas? Kalau jeneral tak mengapa- boleh jadi pengarah syarikat. Bekas tentera mesti bertanya- kerajaan hendak bantu bekas tentera susah, tapi belanja untuk pemimpin UMNO yang tipu rakyat dan balun harta rakyat, boleh. Ratusan ribu bekas tentera tidak mempunyai pencen dan kerajaan tidak membantu mereka. Walhal ada keputusan cabinet yang menjanjikan pemberian 20 ekar tanah seorang. Tapi setakat hari ini, hanya felda lembah bilut sahaja yang melakukan keadilan kepada bekas tentera.
Ratusan ribu kena cari sara hidup melakukan pelbagai kerja termasuklah jadi peniaga pasar malam, jaga dan bodyguard. Itu pun banyak kerja keselamatan mereka kena bersaing dengan orang Nepal dan Bangladesh.
Tidak ada lansung dasar bersepadu yang dilakukan oleh kerajaan UMNO untuk membantu tentera. Tentera kena fikir perkara ini. bekas dan bakal bekas. kamu mempunyai ibu dan bapa, adik beradik dikampung yang berdepan dengan kos hidup yang kian meningkat. Mereka hidup susah. Bersama samalah dengan mereka lakukan tindakan yang wajar yakni menumbangkan kerajaan yang dipimpin oleh lanun dan perompak.
LTAT yang kaya raya boleh belanja RM160 juta untuk menyelamatkan seorang pemimpin wanita UMNO, tapi berdiam diri bila berdepan dengan isiu menolong bekas tentera. Apa yang kamu, individu bekas tentera yang berbakti kepada negara telah dapat? Setelah 55 tahun kamu diberi bayaran one-off RM1000? Atau RM18 setahun atau 5 sen sehari?
Bandingkan nasib kamu dengan nasib Raja Ropiah. Pengorbanan Raja Ropiaah berbanding dengan pengorbadanan kamu bagaimana? Pusat Penyelikan RM 100 juta belum pun di buat, dia telah dapat jutaan Ringgit. Deepak bayar RR RM13 juta, bayar RM72.5 juta bond tanah, bayar RM8 juta sumbangan politik. Raja Ropiah sapu lagi 18 juta dari Guppyunit dan nah sekarang, LTAT suruh Boustead bayar RM130 juta kepada nya. Kamu mahu melihat dokumen pembelian shares oleh Boustead pun tak dapat!
Bekas tentera dan tentera- tanya sama Zahid, dimana Puspahanas. 223 ekar tanah milik kerajaan diberi kepada Raja Ropiah. Sekarang tanah yang diberi sebagai tukaran kepada PUSAPahanas , dibeli oleh LTAT kamu dengan harga RM130 juta.
Apa yang dibuat oleh Raja Ropiaah bukanlah perkara baru. Kita akan selidik perkara yang serupa berlaku dimana mana sahaja. Ia sudah pasti melibatkan semua tanah2 milik kerajaan, kementerian dan ejensi kerajaan. Pasti ada songlap dan samunan. Semua ini kita bongkar satu persatu bila kerajaan PR ambil alih. Biar orang Melayu tahu apa yang pemimpin UMNO buat. Dihadapan kita bermuka muka- dibelankang kita bermukah.
more in sakmongkol ak47
http://sakmongkol.blogspot.com/2013/01/98-hari-lagi-kita-laung-ini-kalilah.html
saje je nak tanye…rumah ko ade pasang grill tak? atau pintu rumah ko ade pasang kunci yang terbaik tak? or pakai mangga je…
nie le orang awam…makan, tidur ,komplin…..ape dia tulis pun dia tak tau…sembang lebat…..nie dok dengar cakap orang le nie…kalu orang makan TAIK,KAU PUN MAKAN JUGAK lee …from now on start using your BRAIN bro….kapal pengangkut pesawat mahal bro,lagi mana pesawat kau nak taruk…kapal easy/clear target kalu nak banding kapal selam more cheaper dan susah nak di kesan. yang paling utama nya kapal selam mendatang kan masalah kepada tentera laut /negara musuh . lain x kalu nak tulis jangan le menunjuk kan KEBODOHAN diri sendiri. berlagak tahu,tapi sebenar nya tak tahu….nie terpedaya dengan POLITIK lee nie…..bab tak boleh selam /rosak itu perkara biasa……kereta .motor pun rosak gak….
wats terhebat di rantau ini?bagaimana pula kapal selam indonesia? ha bagaimana pula vietnam? ..hahaha dari beli scorpene baik beli kapal pengangkut pesawat aje…dah tentu negara ni JADI YANG terkuat! bagi aku ia TETAP SATU PEMBAZIRAN BESAR KERAJAAN!!!!!!!!!!
Isu pertahanan ni penting..bkn pembaziran..klau nk yg murah..kau guna kapal nelayan la nk buat jaga perairan negara..baru tak membazir..kebodohan tu jgn ditunjuk sgt
hahahha dasyat ah shah dasyat….kalau aku paste artikel ko kat blog pakatan yang tak tau haram tu atau yang suka dabel mendabel konfirm dorang kata blog ni bn yang bayar ahahahaha
anyway congrats to u bro, memang betul2 berilmiah, serius terkejut aku baca blog ni dan juga komentar2 yang lain..really mature, kritik dan cadang, kritik dan cadang..hebat…kalau lah blog politik macam ni…
betul pakcik uav isreal yang dipakai tudm juga ada
Perolehan tak dapat disembunyikan. Semuanya tersenarai dalam Jane’s Weapons. Senarai seluar dalam aja yang tak ada.
ASKAR KENA DERA!
assalam mualaikum saya dah lama mengikuti blog ini dan sudah membaca berulang kali mana mana rencana yang menarik minat saya. Terima kasih atas info yang ada. Saya masih ingat bila mak saya membeli set pinggan berjenama disimpannya dalam almari sebagai hiasan dah le harganya mahal, takut pecah bila diguna.Pada logiknya barang mahal semestinya berkualiti begitu juga ngan KAPAL SELAM TLDM.Kan tujuan direka dan dibina untuk menyelam tapi menghabiskan usianya dipermukaan untuk tujuan mengelak kerosakan tak dinafikan barang baru boleh rosak tapi kan ada geranti/ jaminan ini menunjukan KAPAL SELAM TLDM TAK BERKUALITI baru beli dan terima dah mengalami masalah.Apa KAPAL SELAM TLDM sama macam set pinggan mak saya hanya untuk pameran dan tujuan menunjuk nunjuk tapi tak boleh guna sepenuhnya dan tak tahan lasak. Amat dikesalkan duit cukai rakyat dibazirkan ingat membazir itu sifat syaitan apakah TLDM BEGITU sifatnya
Standard lah propaganda…tu pon salah satu perang saraf dlm warfare
Heh..aku sebnarnya ROFLMAO baca komen pemantau secara dekat ni…dah la fakta salah..ekor Jerman? Rasa aku 100% KD TAR to Perancis (KD TR pula 100% Spanish – kalau ekor berlainan pun masih samada Perancis atau Spanish! ). Dan walaupun kedalaman selaman sebenar KD TAR adalah rahsia (rahsia besar?) tapi penyelaman sedalam 200 meter @ 600 kaki adalah tahap penyelaman ‘biasa’ bagi kapalselam diesel…..peluru takde tu biasa la….cuma ferry journey aje bukan combat sortie…apa kalau ko pi LIMA, nampak ke semua pesawat tu usung senjata?
bio lha..
“rakyat tertindas kerana inflasi? tak baca report d surat khabar ke yg inflasi malaysia masih terkawal?” bro,bac surat khabar?pper ape?utusan?berite harian?hahaha…mmg lawk ko ni..da tentu pper ni sume support govmnt,kalo buruk pon jadik cntek..com’om la..bukak minda sket..BN mmg suke kalo sume rakyat msia mcm ko..isu kapal selam xjadi masalah..masalah ketare ble ade org mati,duet yg dbzirkn kt org tgh dalam deal tu..itu yg jadik isu..nk beli?beli la..tp jgn dlm mase yg same kaup untung lebey msuk poket plak..tu je,ko tgk sidang parlimen 2011 x?laporan ketua audit negara,duet msia lesap rm28 bilion xtau gi mne?haa..kt sini la peginyer~bkn sala submarine,tp sala org yg deal tu,msuk poket plak~
satu lagi masalah…berapa byak budget yg digunakan utk pertahanan bang oiii, kita mmg bukan sbuah negara militer, dari dulu smpai skrg x pnah PM kita blatarbelakang militer, klau dkaji sjarah hanya baru skrg kita berbelanja lebih sesuai dgn kmmpuan n pmbangunan negara, slah ke, ingatx ko la, musuh tu akan bgitau ke bila dia nk serang ko? mmg kita aman dmai..skrg..slpas ni? ko berani gerenti ke? bnyak isu pok, spratly n ambalat pun x tenang lagi pok…ko kaji la balik, fikir-fikirkan….
klau camtu kenapa spore yg sciput tu boleh beli kapal selam smpai 6 biji? nk buat pameran je ke bang oiii, tahu brapa biji jet dia ada? so kita x pyah beli snjata tu, pkai panah n lembing je ke. atau pkai skyhawk je smpai smua jatuh? mcm tu yg ko nak? ingatlaaa ckit…tu smua adalah insuran kita bang oii, bukan stakat nk mnunjuk yg kita ada tpi yg pting deterrence force….cukup la kt ctu. bab politik aku malas nk ulas
My Integrity Is Not For Sale……Mencari Jati Diri….sila kunjung Utuh Paloi Banjar Blog….very interesting…i really like this guy…..
Harap pengunjung blog ini dapat melawat utuh paloi banjar blog bg mendapat gambaran sebenar ttg RMN……..terlalu banyak cover-up…xtelus…ada juga cerita terbaru ttg blogger upahan mindef utk tulis yg muluk2 ttg armed forces…hrp2 shahpaskal xterlibat….
U-BOAT
http://manjongmari.blogspot.com/2011/09/gambar-kapal-selam-malaysia-yang-ketiga.html
Saya setuju dengan keterangan bro Ahmad tentang kuantiti dan TOT itu. Keep it up bro.
Kilo kalah dalam pengadaan kapal selam bukan karena nggak cocok, tapi lebih karena paket ToT yang ditawarkan rusky sangat sedikit , hampir ndak ada. Serta harganya mahal. Yg berani ngasih paket ToT besar itu Korsel. Kelebihan kilo salah satunya mampu melakukan proyeksi serangan ke darat, orang TNI AL mungkin melihatnya kemampuan ini belu dibutuhkan.
Karena kelihatannya untuk urusan kapal selam ini indonesia lebih mengutamakan kuantiti dan ToT. Mungkin kejadian tenggelamnya kapal korea sama kapal selam korut yang dianggap primitif jadi inspirasi. Coba kita bayangkan kalo ToT itu berhasil, maka dunia luar tidak akan pernah tahu seberapa banyak kapal selam yg diiliki TNI AL, sama seberapa hebat kemampuannya. Ingat quantiti has own quality
bro aku copy hg punya artikel masuk dlm satu forum ni sbb nk membetolkan tanggapan sesetengah org yg xabis2 gunakan isu ni.
Siapa yang buat MLM bro? Si Amien tu ke bro? MLM = Merakah La lu Mat!! Tapi kelihatan sangat pengetahuan masih rendah manakala komennya dilontarkan berdasarkan emosi dan kecenderungan politik..
kah kah tipu tak agak2 dah la buat MLM,… tipu lagi
Kamu ada dalam team repair ni ya bro… Krew TLDM ye atau wakil firma bro? Bagi ID sini. Bahagian ‘ekor’ dari German. Haha. Jangan nak tipoooola bang. Peralatan dalam sahaja yang baru? Jadi hull dia terpakai la ye? Selain kita dan Chile siapa lagi yang mempunyai kapal selam kelas ini pada waktu itu? Peranchis? Memangla masa sampai dulu dia kat permukaan. Takkan nak berlabuh baru mengapung bro dan kedalaman laut di perairan negara pula jarang yang mencapai 200 meter. Kamu faham tak keupayaan kapal selam diesel elekterik? Kapal selam kelas ini tidak mampu utk menyelam dalam tempoh masa yang sama seperti SSN dan perlu timbul ataupun snorkling bagi mengecas sel baterinya. Nampak sangat hoaxnya kamu ni bro……..
pembetulan untuk amien….bahagian kepala KD TAR dr perancis dan bahagian ekor dr sepanyol bukan jerman…ko ni tak tau apa2 la….SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG pernah menyelam bersama KD TAR sehingga Maximum Operation Depth (MOD) bulan Mac 2011. KD TAR juga sukses dlm penembakan misil surface to surface jarak 48 km….ko ni tak tau apa2……….perbanyakan fakta yg betul dalam kepala otak ko supaya ko tak mudah ditipu dgn diri sendiri okeh…..
insanbaru…best ke keje kat CIA??
mane pulak ko tau, x sesuai….. memandai betOL la. Ko lagi pandai daripada geng2 ATM tu ke??
ceh maknanya ATM dah tau dah.
ceh igat ke dah smpi berlatih guna m16 dan msk hutan .setakat promosi je buat pe.
tengok perang balkan, camne bosnia dilanyak serbia kaw-kaw. dahlah kurang senjata, kena sekatan lagi langsung tak leh nak beli senjata. yang ada senjata ketinggalan zaman, nak pertahankan diri pun tak boleh. serbia pakai tank, roket, meriam, mortar artilleri, bosnia pakai raifel, senjata ringan. maka jadilah tragedi mangsa pembunuhan beramai-ramai di srebenica, sarajevo. sampaikan olimpik stadium jadi mass graveyard. nak harapkan nato, amerika, PBB? … samalah cam ko nak harapkan pada FPDA nak bantu kita kalau berlaku perang. (agak2nya malaysia ni banyak sangat minyak tak sampai depa nak campur tangan?) lagi satu ko tengok zaman WWII, pertahanan malaya bergantung sepenuhnya pada british, pabila tenggelamnya 2 kapal perang kebanggaan british – repulse & prince of wales… abis hancur, mudah aje jepun menakluk semenanjung.
kesimpulannya apa yang aku nak cakap ialah pemikiran ko ni ialah pemikiran pak pandir. slogan gagal merancang, merancang kegagalan pun boleh diaplikasi untuk pemikiran orang seperti ko nih.
moyang mak we aku kate,
asokar kite,TLDM laa..dah ada berlambak-lambak kapal solam ni ye,dummy pon ade..
banyok betul katenyer.
pergh! dahsyat betol,tak sangka kwn….
1*4*
atuk aku pun pantau gak scorpene ni kt sepanggar.dia cakap dia jumpa ko aritu..dia dah halau ko kluar dr kem sbb ko ni curi2 masuk..pastu melalak cm orang gila..da kne sepak terajang pun nk masuk lg coz minat yg mdalam..haha..
janganla nk tipu, kapal selam KD Tunku Abdul Rahman ni memang rosak, memang boleh menyelam, tp beberapa ratus meter je. keadaan fizikal pn teruk. janganla nk tipu. sewaktu kerja2 pembaikan kapal selam ni kt limbungan kapal TLDM Sepanggar, Kota Kinabalu aku memantau secara dekat. KD Tunku Abdul Rahman ni ada dua bahagian, bahagian kepala dari perancis, bahagian ekor dari german. peralatan dalam kapal selam ni aja yang baru. janganla nak tipu. aku tau awak tu ex-service. so nak jaga nama baik. cuma jangan tipu2. tak baik. kapal selam ni tiba dulu pun, naik ke surface, n menyelam x lebih 200meter, itupun jangkamasa tertentu. dari perancis belayar smpi malaysia, peluru xda. aku ada dalam team repair kapal ni. last sekali, janganla nak tipu.
member aku pegawai tldm untk kapal selam scorpene ni..member training 8 thn kat spain and france dari screw kecik sampai la ke alat2 besar utk kapal selam ni..dia kata dia bawak balik dari france selambee je menyelam.. skg ada station kat kk sabah… org kalau nak buat cerita ..certia babi terbang pun jadi..keh keh keh..kelaka tgk org yg taksub ngan politik…percaya bebulat auta ketua ketua mereka yg hati hitam penuh hasad dengki iblis..perangai macam lakahanat…khooik tuii..
A Submarine cannot dive? HOW IT COULD BE?
That thing is new right? But why it cannot dive? Malaysia might have been fooled… Oh How poor you are malaysia :-s
wahai saudara..pembelian aset ini adalah mesti,bkn sbb nak abiskan duit rakyat (kau paham tak apa duit rakyat) we owe our country by paying our taxes,ok? kau ingat spore je musuh malaysia.kalau cm tue, penat je general2 letak ribuan tentera mgahadap pulau seciput tue.abiskan beras n minyak je.adoi2
yup, memang kita nak menunjuk2 ATM ada senjata canggih. sbg bargain chip dlm sebarang isu yg akan timbul d masa depan. kalau kita ada armed forces yg kuat, kita akan mdpt upper hand dlm pbincangan konflik.nak aku bg cth? north korea.kau google search la sendiri.
smua negara secara langsung n tak langsung memang tlibat dlm plumbaan senjata la bro..whether u like it or not..we already in it.
malaysia beli jet bkn nak penuhkan ruang airport dan hangar, tpi ada sbb..kau nak tau? aku sarankan kau join tentera dan cpt2 naik smpai pangkat general..haa, time tue baru kau tau..sbb kau org awam, kau main teka je n buat2 tau..
btw, x pyh bandingkan malaysia dgn AS.mcm langit dan bumi je aku tngk.politik dorang lagi la jauh.issh2,kalau nak buat pbandingan.cari la contoh terdekat.mcm spore,thailand or indonesia.sejarah n latarbelakang pun nak dekat sama.jd sila2 la yea bandingkan.
kalau nak buat perbandingan pun..jangan samakan pembelian aset ATM dgn kes PKFZ tue..sistem tak sama..kau ingat ada general 4 bintang dtg meeting sewaktu pembelian hartanah dlm skandal PKFZ tue? adoi2
dlm artikel nie blambak dh org explain mcm mana prosedur dan kaedah ATM utk membeli aset. abis tue ATM beli PT 91 M tue suka suka je?
btw..SUPPORT OUR TROOPS!
semua benda perlu maintainence la..kalau dh kereta pun perlu, apa lagi kapal selam nie..belanja memang tinggi..ingat kapal selam tue mcm kereta hyundai sonato tue yg “maintenence free” konon..tak de2..
*rakyat tertindas kerana inflasi? tak baca report d surat khabar ke yg inflasi malaysia masih terkawal?
*kita mbazir duit menentang msuh tak kunjung tiba? sapa kata musuh blm tiba.dh tiba dh.kau tue je yg x perasan.adoi2
*kita bukan lubnan,sudan atau jiran israel? jd kau nak tunggu kita jd mcm syria,mesir n libya, sekelip mata je berubah dlm krisis bersenjata?
*negara aman damai? yea memang aman damai so? kalau aman tak boleh tambah aset tentera utk memastikan keamanan kita nie kekal? tak gitu insanbaru?
bab kebajikan rakyat tue..erm,memang malaysia ada rakyat yg kurang bnasib baik. tpi setakat nie yg aku baca newspaper, keadaan rakyat mlaysia tak la kebulur tahap ultra.dlm erti kata lain, kebajikan rakyat masih terjamin lg (selagi BN yg memerintah la, x pasti plak kalau parti gile yg lain memerintah) pembangunan negara plak mampan dan maintain je aku tngk..tak kan kau nak malaysia semaju AS kot..tunggu je la 100 tahun nie mungkin dpt capai taraf AS nun..
CIA? ermm kau nie mcm ejen AS plak..tau2 je pasal CIA..knapa, kau penah kena rekrut CIA ke? share2 la kt cni..sharing is caring ..LOL
people who keep asking why government should spent their money on defence must b silenced. they do not know the reason for this spending spree. they thought by reducing the armed spending can help Malaysia to become welfare state. pls dun show hw stupid u r. defence is part of building a strong nation beside focusing on welfare, education, etc. witout a strong defence, we r easy target for the warmonger nations. so pls, whenever or whoever u r. support our government policy in defending our sovereignity. this small budget n sacrifice will proven vital if one day malaysia involved in armed conflict.
SUPPORT OUR TROOPS!
ooo…..rupanya kapal selam kilo tk sesuai.harap malaysia terus tambah bilangan kapal selam.nk lg murah hasilkannya didalam negara.beli teknologi je.
Kapal selam kelas kilo tidak sesuai untuk untuk perairan Malaysia bro. Indonesia pun telah menggugurkan kelas ini dari tender perolehannya… Besar dan murah tidak semestinya bermasud lebih baik. Kita perlu juga melihat kepada teknologi dan kaedah bayaran yang ditawarkan…. Seperti kes Sukhoi Malaysia. Hardware Russia tapi avionik daripada block barat..
apasal agaknya malaysia tk beli kapal selam kilo russia yg lebih murah beebanding scorpene.kapal selam kilo diakui sbg kapal selam diesel elektrik tersenyap di dunia.
Pemikiran mcm ini adalah tidak tepat. Sebab bila baru ancaman baru nak beli. Pembelian peralatan tentera buukan mcm beli barang harian, ia perlu maintainance, latihan dan cara pengendalian. Bila perang baru nak beli alamak jadi mcm tikus tgk bsi la
to those who keep using the everyday object as analogy to malaysian military acqusition programme,bear in mind that your grocery items(or cars,computers,etc) is not responsible towards malaysian sovereignty and integrity
so stop likening the purchase of the subs to purchasing your car,bike,tv,whatever.
if people really think there’s something wrong in the military,than enlist and do something about it
Salaam,
Susah bro nak citer kat puak2 yang terlalu idealistic di dalam politik…. Dier tak nak musabahah diri kalau dier duduk ditempat orang yang dier kutuk tu macam maner approach dier.
Kalau nak ikutkan idealistic sangat, kerja tak jalan la jawabnyer!
Wallahu a’alam
kalau boleh nak malaysia setanding ngan singapura dalam bab ketenteraan ni
Mmebeli senjata semasa krisis seperti menjerat leher sahaja..sudah tentu harga meningkat gila gila….ketelusan pembelian confirm boleh dipertikaikan..pembelian aset memerlukan kajian dan latihan teliti..agak agak nya masa aman kita buat kajian sahaja ke..sebulan nak perang kita gi beli kapal..ingat kapal tu boleh buat dalam masa sebulan ke…… confirm cara tu boleh membantu rakyat miskin…. rasa nya tak jugak..tak tau la kalau saudara kata camana…agama kita pun suruh kita bersiap sedia dengan pelbagai senjata untuk mempertahankan ummah…………….nak kata kerajaan tak turun padang membantu org miskin bohong sangat la………..
betul. mengikut perundangan, semua kapal selam yang melalui perairan sahabat harus menimbulkan diri ke permukaan
hahaha…wayau, perkara macam itu tak mungkin berlaku. Biasanya fighter akan escort pesawat penceroboh keluar sahaja (yang terbabas jauh)
artis masuk wataniah tu dia duduk dalam platun seni, dia poi latihan selama 29 jam sahaja. Harap maklum
hahaha…mmg mcm mossad, sama ada dia ni mmg agen mossad atau seseorang yang rasa nama mossad tu sedap, apa pun terima kasih
terima kasih aloya, den pun rindu dengan komen pembaca yang mcm mcm
terima kasih saudara. menteri bukan melayu yang tertangkap itu sudah pun didakwa. Saya boleh ulas cerita2 mcm ni tapi sensitif. saya tidak mahu blog ni jadi medan politik pula.
jangan sempitkan fikiran saudara insanbaru…negara tetap buat kebajikan pada rakyat tetapi kalau jiran sekampung kita kebulur. Tak akan itu pun nak tunggu kerajaan bantu sedangkan kita yang duduk sebelah rumah, pakai kereta (paling cikai pun Kancil) masih tetap nak bertegas bahawa ini tanggungjawab kerajaan. Habis itu tanggungjawab kita sebagai jiran dan umat Islam macam mana? Saban hari dalam suratkhabar, disiarkan kisah2 orang miskin dan menteri dan pemimpin parti pembangkang serta kerajaan akan turun membantu.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/mindef-says-rm-493.3m-additional-budget-necessary-to-maintain-scorpene-subs/
rakyat tertindas akibat inflasi, kita pula membazir duit menentang musuh yang x kunjung tiba…fikir2 kan. kita bukan lubnan, sudan atau jiran israel. kita negara yang aman damai. prioriti waktu aman damai bukannya menambah aset2 pertahanan negara tetapi membangunkan negara dan menjaga kebajikan rakyat. jangan sampai rakyat kebulur sampai terpaksa jadi ajen CIA.
Kalau pesawat Amerika, mereka mungkin tumpang lalu, seperti B 52 yang lalu dari pengkalan di selatan asia balik ke amerika.
Saya tak menyokong mana-mana parti politik, tapi setiap 5 tahun sekali, saya mengundi. Mungkin kali ini saya akan mengundi kerajaan semula jika pembangkang pun sama perangainya.
Pasal ada seorang menteri itu gila publisiti. Apa la nak jadi negara ini, menteri polis, lidah kontot dan hilang akal.
opocot mak kau!!
ada harimau MENGAUM atas bumbung flet aku!…
*maka akan tercatatlah dalam sejarah dunia selepas itu,
si sang singa ni boleh BERKOKOK rupanyer….
wakaka…..
hehe . . i like this articel . . lepas tu kita tengok mcmmana diaorang punye respond ek . .
nak buat camne syah..melayu dan politik tidak dapat dipisahkan..
dalam tentera pon kuat juga berpolitik..tak caya cuba baca blog excdo, komando kodai kopi..mcmane sesetengah orang atas buat aniaya pada orang bawah sesuka hati..yang ada kabel selamat..mujur masih ada yang boleh berfikir secara rasional seperti excdo dan lain2…hidup jangan buat aniaya pada orang lain..
aku cadang bro shah buat teguran skit pada pihak militari…memandangkan aku percaya bro shah kenal baik dengan pihak atasan militari..ko pun mesti tahu ada juga berlaku ketidakadilan di dalam tentera..
berani kerana benar..harap bro shah boleh buat teguran.tq
pandangan pembelian kapal selam/menggantikan aset2 lama kpd yg baru adlh cukup konservatif. org seperti ini ckp seolah kita memepunyai musuh yang nyata. cukuplah semua taktik fear-mongering. cold war sudah tamat, apatah lagi ancaman komunis. singapura bukanlah musuh kita sebaliknya rakan dagang paling akrab. kita juga menyertai perjanjian pertahanan lima negara. sebarang tidak puashati diselesaikan cara diplomatik.
fighter jet yang dibeli pada 90an ingin pula diganti. see, jet tu pun tak pernah menyertai any combat malah enjin pun boleh hilang. pihak tentera memang lah seronok ada kelengkapan baru, boleh menunjuk2 kpd jiran. tapi, ini hanya menyebabkan impak negatif, yakni perlumbaan senjata.
Republikan di AS pun sama camtu. Mereka x suka Demokrat potong bajet ketenteraan, padahal US dah memang advanced. Mereka ckp Islamic terrorist/China/Russia lebih handal dan bermacam2 lagi utk takutkan rakyat mereka sendiri. yang untung, capitaist/big company mcm Lockheed dan Northrup. Kapal selam tu biar berpadalah,
kalau x kerana pembangkang, sebrang pembelian dibeli scr membabi buta dan tidak berhati2. ingat kes PKFZ sudah lah, ade menteri penipu dan PM tertipu. berbilion2 lesap. bukan nak tuduh ATM x amanah, tapi fikirlah orang kat Malaysia kerja siang malam, gaji ciput, inflasi lagi, cukup tahun bayar cukai. duit cukai tu awak kena guna sebaik2 nya. kami bukan orang senang.
at last..muncul juga abg shah kita…tahniah artikel penjelasan yang cukup membuka minda..bring it more please…hehe
dekat yahoo.com aku baru taip “militaryof” terus keluar militaryofmalaysia…
selalu org tengok maknenye tu…
jage2,jgn cite maklumat yg boleh bahayakan negara…
x payah nak citer pasal membe ko pegi minum, enjoy sane cni dgn client la.. aq sbg engineer pon da byk kali wat gitu dgn client aq. tp setiap perbelanjaan ad resit. samada kitorang claim akhir bulan @gune kad kredit. sume atas persetujuan company dan xde staff lain yg bising @ kecoh kalu blanje client byk2 @ mhl2 sbb kompeni da stuju n bos2 pon x kesah. x kecoh pon kat mahkamah, sprm. tp ni apehal kecoh kat luar negara? siap mauk mahkamah lg. x pyh la lu nak backup sgt.. geli dgn ayat lu..
Bro Shah, aku rindu ngan blog ni..Selalu2 la update k. tks
baca la hansard parliment ni.. muka 151 dan seterusnya..
http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-23062011.pdf
salam bro shah …
dulu pernah bg link yg ini …., tetapi cuba laa usha/semak lagi … tgk lokasi cam dekat dengan sendayan jeee, nama sykt dah laaa lain macam, tetapi nama klien dia tuh … lagilaaa leh buat buruk sangka
http://www.jobstreet.com.my/jobs/2011/7/default/20/2650629.htm?fr=J
maaf kalau nyusahkan ….
ape kate pasni tudm lak wt2 tebabas kt singapork..ps 2 pilot tudm wt2 je tetekan butang lepaskn bom..=D
Janganlah kita menjadi hamba kepada ahli2 politik. fikir dan kaji dulu sesuatu perkara sebelum mempercayai sesuatu. jangan hanya dengar cakap sebelah pihak.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Polis_%26_Tentera&pg=te_01.htm
Idham ZB… sila rujuk post saya di atas untuk mandptkan apa jenis kapal yg tldm bakal beli dan jga jenis2 persenjatan yg di gunakan…..
sebelum nie pernah terjadi bot nelayan melaporkan kepada TLDM Lumut kerana ternampak kapal selam USA tumbul di permukaan. Jgn katakan TLDM lumut tak dapat kesan tp satu ATM gagal mengesan.
Bukan tu saja, ruang negara pernah diceroboh oleh lima pesawat USA. Kita hanya sekadar follow belakang.
Tak tahulah kerana takut, lemah atau diplomasi. Adakalanya saya rasa ATM perlu tunjukkan ‘taring’ tunjukkan aset yang benar2 gentar kepada musuh neraga untuk menceroboh negara.
Peh,aku ingat blog ni dah tutup.Ade lagi rupanya.cantik bro shah.Sekarang cerita pasal ATM senyap sikit kt parlimen or akhbar kecuali artis masuk wataniah. kelakar je aku tengok.takpelah,maybe strategi baru.
Salam Shah….Boleh Ulas Atau Posting Sket xpasal OPV/LCS SGPV baru kita???basis mane pkai,kelebihan,senjata dan lain2… tq…
bro.. kes tu tgh brjalan.. xde angin xkan pokok brgoyang
ok gak tu green,
alasan diberi, tertembak semasa latihan.. =D
dont worry ,..nanti kita suh abng scorpene kita tembak pakai torpedo kat tambak johor 2.. settle masalah.
Salam Shah..lama tungu artikel baru..walaupun isu kapal selam ade disiarkan dalam akhbar, malah majalah Tempur juga telah mengulas mengenai latihan tembakan torpedo yang menunjukkan gambar torpedo keluar dari laut. Saya percaya bahawa kapal selam yang di beli boleh menyelam, dan alasan teknikal masih boleh dipercayai. Setuju bahawa tidak semua maklumat berkaitan ketenteraan perlu diceritakan. Mungkin disini perlunya kebijaksanaan pihak berawajib dari Menteri hingga mereka yang terlibat dalam menjaga rahsia negara. Tidak semua soalan perlu dijawab dengan jawapan, mungkin dengan soalan.
Saudara Wayau, sebagai jiran tetangga, dasar dan polisi hubungan antarabangsa Malaysia dari PM yang pertama Tengku Abdul Rahman hingga lah sekarang adalah dasar berbaik-baik dengan semua. Dengan negara China Komunis pun, Malaysia masih bertoleransi..inikan jiran sebelah Singapura (kecuali Israel Malaysia tiada hubungan diplomatik).
Mengalah bukan bererti kalah. dalam hal ini, hubungan luar negara, biarlah peringkat Menteri selesaikan. Rakyat tidak perlu terpengaruh dengan provokasi sebegitu.
Bila la kerajaan nak gantikan tambak Johor dengan jambatan; bahagian Malaysia sahaja? Patutnya kapal selam kita boleh lalu melalui selat Tebrau sama ada menyelam atau timbul. Kalau dapat lalu selat secara timbul tu oklah tu biar jiran selatan nampak. Kurang le berani dia nak provokasi kita.
Lagi satu, boleh tak Shah ulas pasal pencerobohan pesawat jiran selatan ke dalam ruang udara Malaysia, tak kira le terlajak ke, latihan ke atau saja-saja nak uji. Kenapa kita tak nak lepaskan tembakan amaran? Apa implikasi jika ada pesawat yang terbang rendah ke atas kampung-kampung sehingga boleh nampak jelas juruterbang dia, kemudian ada le orang kampung yang pancar laser ke, lastik ke atau yang pandai buat mercun roket tembak ke arah pesawat tersebut?
Salam bros,
Persoalan yang tengah dok main dalam kepala aku…
beriya-iya sangat c.buk [email protected] [email protected] hingusan DAPig pi lantik peguam kat roti ‘perancis’ tu untuk ape? ISU scorpene ni menjurus pulak ke dalam KEMENTAH!!..sepet! lu berhajat ker?
Kementerian lain yang ‘berdedai’ dan lagi gedabak BUDGET,’dia’ org tak pulak di sentuhnye…ape dah sempurna sangat ke ministry yg lain tu??..
Tapi yg aku intai2,rasanya mcm btul la ni…
bak kata tersurat Pak Den…’espionage’…’espionage’…
Dapat jer memang sedap diTITIK bebudak ni..
…
pembelian kapal selam yg canggih dan hebat perlu disertakan dengan pembangunan keupayaan ASW (anti-subs warfare)
pembelian lebih bnyk helikopter yang mpunyai kemampuan untuk Search n destroy kapal di bawah permukaan amat penting..
ada artikel tentera mendakwa yang ada kapal selam yg beroperasi d laut china selatan telah timbul d permukaan laut yg hanya beberapa kilometer dari malaysia military base d Pulau Layang2..
kes ini menunjukkan pertahanan negara masih boleh dibaiki..
pertambahan aset yg mlibatkan ASW perlu ditambah dengan pembelian heli spt Super Puma n Super Cougar bg tujuan mjaga kudaulatan laut negara.
**Seperkara lagi,malaysia masih bdiam diri disebalik pertelingkahan di antara vietnam,china dan Filipin yg mlibatkan isu pemilikan Spratly dlm beberapa bulan kebelakangan ini.
mungkinkah malaysia hanya ingin melihat dari jauh sahaja, iaitu ‘play safe’ atau sudah merangka pelan bg mengukuhkan lagi tuntutan malaysia atas kepulauan Spartly ini.
YES YES…. at last ada jugak kaum yang ada akai. thank you ACE. bernas sunggoh pandangan anda. nak hidup kena la ada akai, jangan cakap ikut sedap jer. pandangan orang kena jugak ambil kira. ni tak. asyik kondem hak sendiri aje. betol jugak kata pepatah orang puteh. `grass on the other side always green`.tahu kah anda bahawa negara kita sudah pun mempunyai teknologi yang membuatkan pesawat stealth jadi sia sia…….
tambahan kita klu beli brang mestila nak yg terbaik, value for our money. nak install itu ini. semuanya demi matlamat nak memantapkan barisan pertahanan negara. kadang 2x technology tu disekat takut anak murid melebihi guru. mana ada guru nak bagi semua kat anak murid nanti kena sepak kepala. harap maklum.
salam.
beli kapal selam bukannya macam beli gula2. klu harga gula2x tu 10 sen untuk dua biji kita bayar 10 sen klu ambil dua kat nenek pekedai tu.
untuk projek mega seperti kapal selam mestila ada bidding. apatah lagi klu ianya melibatkan asset elit tentera. bak kata pepatah dinding pun ada telinga. kadang2 untuk menjaga maklumat kerahsiaan ada banyak benda yg kita kena buat. maklumlah sahaja negara2 barat ni bukannya suka negara asia + islam maju. kadang2 ada unsur sabotaj. pihak luar bid untuk sabotaj projek mega kita.
so untuk menjaga hati dan mulut sesetengah pihak ni kadang2 kenala ajak minum kopi kapal berapi makan roti canai ke. janganla straight sangat bro rasuah itu ini. klu bro nak kata ini semua rasuah dalam ilmu accounting providence of allowance tu pun boleh kira rasuah le. allowance for entertaiment untuk client2x dari syarikat besar. kawan sy muslim, tapi nak jaga hati client kadang2 dia terpaksa bawa client tu pergi makan2 kadang2 client tu nak pergi clubbing dia kena ikut. nak buat mcm mana? orang order arak dia mintak air soda. minum dari botol bukan cawan najis bekas arak.
dalam perkara ni kita kena faham 1 + 1 tidak semestinya = 2. boleh jadi 3, 4 d.s.b. harap maklum.
Salam bro.. Aq prcaya yg kpl selam ni da bole mentelam skang. Tp aq nk tanya pendapat lu tntng kes rasuah dlm pembelian kpl selam ni yg tgh hangat di mahkamah Perancis.
pendek kata ada maklumat yang boleh dilepaskan bagi tujuan manipulasi informasi ada maklumat yg sulit yg tak perlulah didedahkan kepada umum. tak gitu?
sy pun dah nak naik tumbuh cendawan atas kepala menunggukan shah ni nak update blog dia. hari2 click takda hampa. xD
tulah yg terjadi dengan isu kilang lynast.
baru kilang nadir bumi, belum lagi loji nuklear generasi baru untuk penjanaan tenaga. berapalah kerajaan habiskan duit untuk jelaskan benda tu kepada rakyat? sumbang untuk orang fakir miskin dan anak2 yatim kan lebih baik.
klu tanah belakang rumah aku besar melaut aku suggest diaorang buat je loji nuklear tu kat belakang rumah aku. bil eletrik makin melambung, bahan api fossil dah nak makin habis. mana tahu buat loji nuklear tu tahun 20++ kerajaan kurangkan bil elektrik? sebab kita dah tak bergantung kepada import boleh hasilkan sendiri. kan best erk?
pada pandangan sy isu2 yg melibatkan kerahsiaan ketenteraan baik dari segi perolehan asset ataupun hal2x lain seperti kerosakkan peralatan ketenteraan negara tidak perlulah dihebahkan kepada umum.
masalahnya senario dinegara kita, apa2 maklumat juga boleh diperolehi melalui perdebatan di parlimen, berpanjangan hingga ke kedai kopi atas tiket cukai yg dibayar oleh rakyat. rakyat berhak untuk tahu.
ahli2 politik yang entah apa2 boleh pula menjadi pakar ketenteraan mempersoalkan perolehan asset ketenteraan sedangkan dipihak atm sendiri mempunyai lembaganya sendiri. untuk sampai ke final end purchase itu pun perlu melalui komuniti audit bagi mengelakkan berlakunya salah laku pengaliran wang yg tidak cekap, dan sebagainya.
nak ganti helikopter nuri dulu pun bermasalah. pilot nuri sendiri yg dah bertahun pandu helikopter tu pun setuju perolehan asset terbaru perlulah memiliki kemampuan untuk ‘csar’ ada plak yg nak bantah. sy rasa inilah yg terjadi apabila kerajaan mengambil tindakkan untuk mengenakan akta kerahsiaan kepada misil taming sari. takut banyak sangat pakar2 tidak bertauliah agaknya. sy andaikan sahaja.
cuba bayangkan hal2 dalam kain kita sendiri boleh terhidu oleh pihak luar, kapal selam malaysia tak boleh menyelam. perisik negara china pula terhidu maklumat ni. ok kita hantar kapal peronda terbesar kita, kapal selam malaysia tak boleh selam jom cuti2 malaysia kat terumbu layang2x. masak klu gitu.
klu maklumat tu tak bocor kan boleh mendatangkan kegerunan kepada pihak musuh atau pihak yg bertikai kena jentik ngan torpedo kd abdul rahman kang masak. sy andaikan sahaja. tak gitu?
setahu sy dulu belajar pentadbiran malaysia berpecah menjadi tiga cabang dibawah payung perlembagaan dan yang dipertuan agong. bahagian executive yg mengawal administration (politik), kehakiman (undang2x), dan yang terakihir apa ye military erk? ada sebab kenapa kita tak campurkan tiga bahagian tu. segregation of duties commit to transparency activities. kredibiliti dah ada untuk apa perlu penjelasan bagi hal2 yg sulit.
pandangan amatur sahaja. harap maaf.
dengarnya kata sudah dibeli dan disimpan dilokasi strategik di daerah k***. Kem kategori last defence.
info yg bgus…tpi agak terkilan lg sbb tldm xbeli sub dr jerman…-__-
Fuhh..berapa lama tunggu bro Shah kita update. Aku ingatkan dah kena ISA ke kena culik ke…syukur sihat lagi dia ni. Teruskan bagi kuliah kat rakyat malaysia yg perlukan info pasal pertahanan ni..
sepatutnya kerajaan tidak membiarkan perbahasan yang keterlaluan berkenaan asset ketenteraan negara… biarla ianya menjadi rahsia negara…tangkap dan ISAkan mereka2 yang membocorkan maklumat ketenteraan ini.
Bagi saya pembangkang wajib dan harus dipersalahkan.
Ini bukan soal Media, media ada tanggungjawab dan mereka jalankan tanggungjawab itu dengan mengikut akta2 tertentu.
Saya dah muak bila dengar akan pembelian aset pertahanan negara dikaitkan dengan pembaziran wang rakyat. Di dalam soal pembelian aset pertahanan Negara tiada istilah pembaziran.
Kita perlu lebih melihat akan perkara yang betul2 berlaku.
Sebab itu saya katakan Pembangkang harus disalahkan.
Cuba lihat akan kenyataan seorang anak pemimpin parti politik, dimana sewaktu beliau berada di negara asing turut menceritakan bahawa kapal selam Msia tidak boleh selam pada media di negara asing itu, apakah motif beliau sampai sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu di negara asing?
Begitu juga dengan seorang cina bernama tony pua yang tidak mempunyai apa2 pengetahuan tentang bidang2 aset2 ketenteraan juga membuatkan kenyataan bodoh tentang benda yang dia sendiri tidak tahu.
Malah terdapat bekas MP pembangkang berbangsa cina menulis sebuah buku yang berbaur niat jahat dengan menghentam kerajaan dan ATM atas segala pembelian aset2 pertahanan, itu semua untuk apa?
Kita harus sedar, negara kita negara membangun, bukan negara yang telah kukuh dari pelbagai aspek dan sektor, disebabkan itu proses itu menjadikan negara kita kukuh setanding dengan negara2 maju yang lain haruslah disertaikan dengan pertahanan yang kuat dan moden.
Kita bukan negara pengeluar, kita negara pengguna, untuk mencipta sesuatu benda yang berkaitan dengan aset pertahanan, berbilion – billion ringgit harus dikeluarkan hanya untuk program R&D.
Lihat negara jiran kita, singapura, rakyat mereka tidak bising apabila kerajaan mereka mengeluarkan wang yang banyak hanya untuk memastikan pertahanan mereka kuat, mengapa tidak kita rakyat malaysia mengambil contoh akan sikap rakyat singapura? ehem..
Pahamilah akan kata2 dari Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz B, Hj Jaafar ini,
“Setiap Kenikmatan Ekonomi yang di perolehi oleh rakyat Malaysia ini harus di Janjikan dengan Keselamatan yang berpanjangan.”
Siapa lagi yang harus menyokong dan memberikan kepercayaan sepenuhnya pada pasukan keselamatan yang bertungkus lumus memastikan kita dapat tidur dengan nyenyak di atas katil yang empuk tanpa perasaan takut kalau bukan kita rakyat Malaysia sendiri.
setuju! quote yang terbaik!
setuju sangat bro dengan artikel ni, baru hari in saya faham kenapa kapal selam “x boleh menyelam”, bukan kerana kualiti tapi disebabkan mekanikal kecil dan arahan dari komander, tapi isu ini diperbesar besar kan, apa nak jadi kepada rakyat yg mudah terpengaruh
jalak lenteng,
semua teknik dan tektik yg diperkatakan tu semua betul. tapi teknologi yang ada sekarang membuatkan teknik yang di sebutkan itu umpama teknologi zaman perang dunia kedua dulu. kita takde AWACS. tapi beechcraft yang kita ada pun cukup meyakinkan teknologinya apalagi benda yang direka semata mata untuk detection. anyway thanks for the opinion. bak kata bro shahpaskal teknologi lama yg kita guna tu pun meupakan kelebihan strategi pertahanan kita
Scorpene is currently one of the best sub in the world, its a hunter/killer subs if i’m not mistaken. The design is based on the French nuclear attack subs. Apasal mahal? Sebab TLDM ada tambah benda lain yg kita tak tahu dan tak boleh diberitahu. Saya pun tak tahu ape kebendanya, tapi saya suspek ada. TLDM bukan nak kalahkan musuh aje tapi nak hancurkannya cukup2. Tahukah anda missile Exocet SM39 yg dibawa oleh Scorpene itu adalah senjata strategik? Ia hampir serupa dgn Tomahawk US Navy cuma range dan ledakannya aje kurang sikit. Kita aje yg ada benda ni di Asia Tenggara.
Naza,
Betol cakap black horse tu. Sub adalah satu force multiplier dimana kehadirannya boleh menyebabkan satu fleet/armada musuh mengelabah.Teknoloji yg ada skrg ni maseh belum begitu efektif untuk menjejaki dan memusnahkan sub. Samping tu Laut China Selatan (LCS) dan Selat Melaka adalah laluan perdagangan dunia yg amat sibuk dan strategik, maka dgn kehadiran sub ini akan mengkucar-kacirkan pertahanan dan ekonomi negara yg bergantung kpdnya contoh S’pore, China, Jepun, India malah timur tengah.Bayangkan betapa peritnya ekonomi negara2 ini sekiranya ada hostiliti dilaluan perdagangan ini walaupun mereka tak terlibat dlm apa2 konflik dgn negara kita. Biar harganya mahal asalkan pertahanan negara terjamin. Dengar aje ada sub kat kawasan tu kapten kapal dah mula nak terkencing dlm seluar. Seluruh aset armada musuh dikerahkan untuk menjejak dan musnahkan sub itu hingga mengganggu mission sebenar mereka. Bayangkanlah!!!
salam bro..aku rasa submarines russia lebih tahan lasak n low maintanence
sesuai utk diguna ketika krisis or tekanan embargo senjata antarabangsa..
buktinya..Iran n korea utara operate russian subs smpai skrg..wlaupun dikenakan embargo dan sekatan antarabangsa
india,china n brazil pun pkai russian subs..
so,kalau nak elakkan blaku kemalangan mcm yg bro shah kata tue,
bina je kapal selam tue di malaysia..lg senang TLDM n ATM nak pantau pembinaanya agar selamat n menepati piawaian antabangsa..
laz skali..beli jangan tak beli..nanti makin naik plak harga subs nie..makin bsing la pembangkang di parlimen tue..
salam bro..malaysia beli kapal selam bkn utk nyelam 20 batu nautika dari pantai malaysia je..tpi nak nyelam smpai 200 batu nautika utk jaga ZEE negara..tak kan la mcm dolphin kot..jd la mcm jerung..baru gentar bunyi nye..sbb tue la nama torpedo KD TAR tue, Black Shark..LOL.
sorry tak paham la ayat last tuu ???
satu lagi apa latest news pasal kes rasuah yg heboh kat PARIS skrg, betul ke ada kaitan?
thx
hai bro, at last, muncul jugak. kepada yg mencadangkan supaya kita tambah fleet sub tu, rasanya tak payah lah tambah. sebab, 1. mahal. 2. laut malaysia tak dalam. bila nyelam pun nampak macam dolphin je. kalau tak pecaya, cuba cross laut dari kuantan ke kuching. nampak segala di bawah (dari udara)
bro, akceli gomen dah menjawab persoalan ni dalam Dewan Rakyat.. Kerajaan melalui Menteri Pertahanan dah menjawab soklan2 ni semua dan dah terangkan apa masalah yang jadi. So, akceli mmg atas rakyat la nak amik tau or x.. tp kebanyakkn org, lebih suka dengar ckp org daripada amik masa utk carik maklumat drpd sumber yang boleh dipercayai..
“30.Orang luar tidak tahu apa itu UMNO, sebaliknya yang dimaki dan dicerca adalah negara kita, ibu pertiwi kita, MALAYSIA.”
Like quote terakhir… quote of the day…
Menarik. banyak maklumat dan berinfo…
salam bro shahpaskal,
tahniah kepada saudara kerana dapat menjelaskan keadaan sebenar isu “kapal selam yg tak boleh menyelam ni.” Rata-rata ramai pihak yang menanggap isu kapal selam kita yg mendatangkan masalah dari segi kerosakan dan konon terpaksa menelan belanja berjuta-juta ringgit untuk membaik pulih dan entah dari mana ramai yang membuat gosip liar dengan mengatakan kapal selam kita adalah jenis terpakai dan kerajaan Perancis sendiri dah tak nak guna sebab outdated sangat-sangat. Kelakar..
Sebenarnya begini, saya kaitkan isu kapal selam dengan apa yang pernah jadi kat saya sendiri baru-baru ini. Situasi hampir sama. saya mebeli sebuah kereta baru dengan harga 100K ke atas. kereta yang saya beli adalah kereta import dan saya mmg berbangga memilikinya. Ketika baharu sahaja sebulan saya guna, kereta tersebut mengalami masalah elektronik dan mengalami sedikit masalah mekanikal. Ikutkan hati, mmg saya marah, geram dan rasa kecewa kerana terpaksa memperbaiki kereta saya yg belum mencecah 5000km. Tambahan pula pihak pengeluar menasihatkan saya agat tidak memandu kereta saya sehingga terpaksa menunda kereta saya ke pusat servis. padahalk kereta saya boleh dipandu cuma pihak pnegeluar tidak mahu sebarang risiko aspek keselamatan dan kerosakan lain akan bertambah.
Tapi dengan atas dasar sikap profesionalisma yg ditunjukkan oleh syarikat pengeluar dan jaminan waranti, kereta saya diperiksa, diperbaiki dan dipandu uji sepenuhnya secara percuma sekali lagi sebelum menyerahkan kepada saya. Sikap profesionalisma dan kesungguhan pusat serives mereka membuatkan saya berasa berpuas hati dan berbaloi selepas diperbaiki.
Senario kapal selam kita mungkin berlaku sebagaimana yg terjadi terhadap kereta saya. Syarikat DCN dan Izar tidak akan melepas tangan sekiranya sesuatu produk mereka yg dijual masih dalam jaminan berlaku kerosakan terutamanya aset yg mereka pasarkan bernilai berbilion ringgit. DCN dan Izar adalah syarikat multinasional dan bertaraf antarabangsa sebaris dengan Boeing, Airbus dan Raytheon. Apakah kerosakan yang berlaku sama sekali menyebabkan mereka akan membiarkan begitu sahaja?
Kita harus akur dan faham sesuatu aset yang dibeli mungkin akan mengalami sedikit masalah dan bukan kerosakan besar. Kapal selam tidak boleh menyelam bukan bermaksud secara total ia gagal untuk meneyelam, tetapi berdasarkan kerosakan tersebut, ia dinasihatkan untuk tidak menyelam agar tidak mengambil risiko keroasakan lain akan bertambah. harus diingat iadalah sebagai langkah awal dan berjaga-jaga sahaja.
Satu lagi, saya tidak menyalahkan pihak pembangkang yang membuat ‘bising’ dan beberapa individu yang tersalah persepsi. Apa yang mereka concern ialah mungkin duit rakyat yang dibazirkan dengan istilah ‘beli mahal macam nak rak tetapi tak boleh menyelam’. Cuma bila concern terhadap duit rakyat, tak perlulah sampai tersasar dari fakta sebenar dan cerita sebenar. Sebenarnya mungkin isu kapal selam ni adalah kecil tetapi bila berita tersebut disalah tafsir dan diracun berlebihan oleh pihak tertentu ia menjadi besar dan seolah-lah menjadi serius seperti mana kapal selam Kursk. Sepatutnya isu tersebut tidak perlu diwar-warkan ke pihak media sebagai isu besar dan ‘buat ramai’. Sebab bagi saya secara peribadi, sistem sosial dan masyarakat di Malaysia lebih kepada mengembar gemburkan sesuatu berita sampai cerita sebenar ditambah dan di edit.
berfikir secara positif, mungkin masalah teknikal ini akan membuka mata pihak Kementah untuk mempelajari sesuatu yang baru. dari aspek menyelenggara dan bagaimana kita mengatasi masalah terhadap aset yang baharu. saya percaya isu kapal selam tersebut sudah berjaya diatasi oleh semua pihak.
untuk bro shahpaskal, anda adalah sependapat dengan saya. Sepatutnya isu ini tidak perlu diperbesarkan dan tak perlu dipolitikkan sehingga ada pula tanggapan yg pelik dan persepsi yg tak logik akal akan lahir dari masalah yg tak besar mana. bak kata orang tempat saya..’jgn dok buat ramai’ 🙂
counter lagi skit nak dekat ngan 2 juta hit tahniah tahniah hahaha
akhirnya Bro shah update jga blog ni……
tak sabar tggu posting yg sterusnya…….
akhirnya update pun. lame den tunggu 🙂
Tu diaa lame tol menunggu brader shah update. Harap TLDM tambah lg scorpene. Dalam 2-3 bijik lg ke. Kali ni bagi yg ade AIP plak. Ahak!
Jangannnnnn beliiiiii russsiiaaa .mcm shah paskal ckp kalau Russian submarine is NOOOOO… better GERMANY. Terbaik dalammm dunia. Apa namanyer..Type U class kan.
tahniah bro..satu entry yg memang dinanti-nantikan oleh rakyat malaysia yg cintakan ketenteraan ni..
aku tabik TLDM bab2 menjaga kedaulatan perairan negara kita..
btw, bro boleh bagi info tentang peluru berpandu yg dilancarkan dari KD TAR ketika menjalani latihan menembak yg lepas..kalau tak silap aku dr jenis exocet blok II,
saje je nak tau sbg info ..
nota tambahan..aku rasa 2 kapal selam tak mencukupi utk mjaga perairan negara. di harap dlm tempoh 5 tahun nie,TLDM akan menambah aset kapal selam nya kepada 4 buah..kalau boleh beli la Russian made..i prefer Oscar II class or Sierra II class!
keluar jugak yang baru…
setelah sekian lama menunggu…
bro saya ada copy artical bro yang bertajuk persedian untuk perang…
dan saya da sebarkan kepada ramai orang…
terima kasih bro orang kat opis saya pun da cube pratikan ape yang bro tuliah tu…
saya harap bro tak mara…
dan bro dapat masukan lagi entery yang berguna…
macam ada krusus yang boleh orang awam sertai…
pameran-pameran dan apa saja yang berguna…
terima kasih
YEaHHH!!finally…
ye..baginda tuanku telah mencemar duli dengan menaiki sukhoi 30 mkm kita juga..
semasa baginda tuanku menaiki kapal selam, baginda dibawa menyelam ke kedalaman yang paling maksimum oleh scorpene..
ini menunjukkan kesiapsiagaan operator kapal selam dan kemampuan aset TLDM kite..
berapa kedalaman maksimum itu? biarlah rahsia~
11/03/2011 dipetik dr utusan malaysia..
Tohmahan kapal selam tidak benar – Abdul Aziz
KOTA KINABALU 10 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini mencemar duli menaiki kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman (TAR) di perairan Laut China Selatan.
Seri Paduka yang diiringi Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menghabiskan masa kira-kira dua jam setengah melakukan pelayaran ulung bermula di Markas Angkatan Kapal Selam di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sepanggar.
Dalam pelayaran itu, Tuanku Mizan turut diiringi aset-aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti KD Lekiu, KD Kedah, Helikopter Super Lynx, helikopter S70 Black Hawk dan Helikopter Nuri.
Abdul Aziz berkata, dengan keberangkatan Seri Paduka, sekali gus membuktikan segala tohmahan negatif sesetengah pihak mengenai kapal selam negara selama ini adalah tidak benar.
Malah, katanya, ia jelas menunjukkan kesiagaan kapal selam negara sentiasa berada pada tahap yang tertinggi.
“Hari ini, TLDM telah mencatat sejarah dengan melakukan penyelaman bersama Yang di-Pertuan Agong termasuk melakukan selaman ke kedalaman yang maksimum bagi kapal selam jenis Scorpene.
“Jadi, segala tuduhan yang tidak berasas ke atas kapal selam negara yang mengatakan kapal selam tidak boleh menyelam adalah tidak benar dan satu pembohongan kepada rakyat Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, semasa pelayaran, Seri Paduka telah berkenan menyaksikan pelbagai demonstrasi seperti demonstrasi melawan kebakaran dan ‘water shot’.
“Demonstrasi tersebut menunjukkan keupayaan kapal selam mengesan sasaran dan pada jarak yang jauh sebelum dikesan oleh musuh.
“Dalam demonstrasi yang telah ditunjukkan kepada Yang di-Pertuan Agong, jelas menggambarkan kapal selam KD TAR berkeupayaan mengesan sasaran dari jarak jauh dan telah melakukan simulasi penembakan seakan-akan menembak torpedo ke atas sasaran,” katanya.
Tambahnya, Tuanku Mizan juga berpuas hati dengan keupayaan yang telah ditunjukkan oleh kapal selam negara dan anggota kapal selam.
Sebelum ini, katanya, KD TAR juga telah berjaya melancarkan misil dari bawah permukaan ke permukaan air di perairan Laut China Selatan pada 26 Julai tahun lalu.
“Misil tersebut telah mengenai sasaran berukuran 40 meter panjang di permukaan laut pada jarak 40 kilometer selepas dilancarkan dari kedalaman 550 meter yang mana ia sukar dikesan oleh sistem penderia bawah air mana-mana kapal di permukaan,” ujarnya.
Salam Shah,
Good article. Tapi kalau ada yg tak percaya lagi, saya cadangkan TLDM suruh Saifudin Nasution dudok atas sofa then letakkan sofa tu atas KD TAR kemudian berlayar lah kat Laut China Selatan lebih kurang 3 hari ke! Kalau tak boleh selam, selamatlah dia, dan benarlah dakwaan dia tapi kalau boleh selam, Innalillah la Saifudin. Itu aje caranye nak test KD TAR boleh menyelam ke tak? Lepas tu suroh TLDM buat pakej berlayar camni percuma aje untuk mereka2 yg masih lagi mempersoalkan keupayaan KD TAR ni. Saya berani cakap takde sape nak try.
Ada brannn?
Kalau tak buat camni selagi tu lah ada org yg mempersoalkan issue ini despite segala penjelasan yg diberi, Kenapa tak diterima aje penjelasan yg diberi n then move on!!!. Tak habis2 dgn teori konspirasi, fitnah, penipuan, zalim, rasuah dan mcm2 lagi. Tu lah padahnya kalau dah terlebih sangat berpolitik sampai saudara Shah sendiri pun dikatanya pencacai.
Sabor je lah Shah, itulah namanya perjuangan. Saya nasihatkan Shah tak payahlah komen pasal himpunan bersih 2 tu. Banyak lagi topik ketenteraan dan persenjataan yg boleh dibincangkan dlm blog saudara ini.
Keep up the good work!!!
tahniah bro shah psal update terbaru nie..sy nk tmbh sikit lg,klu xsilap dlm tahun nie,dah keluar paper pasal Yang Dipertuan Agong mencemar duli menaiki kapal selam mnuju ke teluk sepanggar sabah..nie mnunjukkan kapal selam ktr dh lama boleh mnyelam dan kerosakkan teknikal yang berlaku sudah dibaiki…
well done bro..
akhernya ko kembali~hehe
info yang bagus walaupun ade yang sudah mengetahuinye..
tapi aku suke nak ingatkan kepada diri aku dan pembaca2 sekalian..
ingat ye, pembelian aset ketenteraan bukan macam beli baju beli selipar..
kita nak pakai lama..sampai 10-20 tahun..
jangan cube2 nak politikkan isu2 ketenteraan ataupun aset2 mereka.
sedarlah, kehidupan yang aman harmoni kat negara kita nih siapa yang jaga kalo bukan perajurit2 kita..the unsung heroes~
jangan pandang rendah ATM yang diiktiraf dunia!:D
shah..update selalu..hehe
sambung la cerite pasal 600 komando kite siap sedia utk berjihad bantu Bosnia~
Terima kasih saudara Shah. Kupasan yang begitu menarik dan berinfo. Sedang menunggu entry yang seterusnya.
Betul juga kata abe, apa pandangan saudara Shah tentang kejadian 9/7 hari tu? Saya pasti byk maklumat yg boleh dikongsikan dengan kami di sini… TQ.
Assalamualaikum saudara shah, semoga saudara shah sihat dan diberkati oleh Allah s.w.t
Ingin saya bertanya jika tidak keberatan, tidak inginkah saudara menulis artikel berkenaan peristiwa sabtu lepas, 9 julai 2011 mengikut pandangan saudara sendiri yang tidak mempunyai kepentingan politik, tapi mempunyai kepentingan sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kestabilan?
Selamat Kembali bro
kerosakan tersebut sudah diberitahu sebelum ini iaitu masalah mekanikal pada valve tekanan air tinggi dan sudah dibetulkan oleh jurutera DCN di bawah kontrak waranti yang sedia ada. Sistem kapal selam adalah kumpulan kejuteraan yang kompleks dan sensitif,
sekarang nie anak2 muda kita telah dibasuh dengan pemikiran liberal yang diajar oleh agensi2 asing kepada segelintir pemimpin ‘itu’…dan jika ditanya pada anak muda kita…mereka berbangga jika Amerika serang negara Malaysia contoh boleh lihat di forum.cari.com…ada forumer yang bangga jika negara ini diserang oleh Amerika….
sepatutnya kerajaan mendedahkan lebih detail mengenai masalah tersebut. walaupun sy bukan pro kerajaan tapi saya yakin kerajaan buat yang terbaik untuk pertahanan malaysia.
Terima kasih. Ini masalah minda bangsa Melayu yang suka merendahkan bangsa sendiri dan kurang keyakinan diri. Ingatkan minda ni sebelum merdeka ajer. Rupanya masih kental sampai sekarang.
Satu lagi ada parti politik chauvanist bangsa China yg sangat tidak suka dgn Angkatan Tentera Malaysia. Itu tak campur lagi dgn agen berbayar dari Serambi Israel di Asia Tenggara.
Menurut sumber TLDM kedua2 aset ini dah operational.
NO 3 ……..
Rakyat sbnrny tidak mendapat maklumat yg tepat berkenaan perkara ini. Apabila timbul isu seperti ini kerajaan sepatutnya menerangkan kepada rakyat tentang apa yg terjadi kepada kapal selam tersebut agar rakyat tidak mudah percaya dengan maklumat yg tidak tepat yg disebarkan oleh pihak2 yg tidak beranggungjawab. Apa pun tahniah kepada bro shah kerana menjelaskan perkara sebenar yg terjadi terhadap kapal selam milik negara kita.
Bro well written , short and sharp…congrats.