Nota penulis : Kalau ada sesiapa yang tidak tahu, Osama Laden sudah meninggal dunia ditembak oleh komando US
1. Bosan betul bila sudah ramai puak-puak politik dalam blog saya, kita sentuh politik sikit sahaja kerana ada artikel yang ada kaitan dengan politik semasa tetapi mereka ini terlalu emosional, tidak boleh ke bersederhana dalam berpolitik. Boleh berbeza pendapat tetapi tidak perlulah sampai memaki hamun.
2. Jadi untuk mengurangkan elemen politik, saya akan delete sahaja komen-komen tidak berkualiti tinggi dari blog saya. Kalau berhujah, sila bagi hujah yang baik. Kalau tidak tahu apa yang berlaku dalam dunia ketenteraan dan keselamatan negara, diam sahaja.
3. Dari artikel yang lepas, saya dapati, ada pembaca yang suka mempolitikkan keadaan secara berlebihan. Ini juga memberi petunjuk bahawa masanya tidak sesuai untuk saya terbitkan artikel mengenai operasi komando kita di Vietnam dan juga sebuah video yang dananya disumbang oleh CIA untuk menjatuhkan seorang pemimpin di negara kita. Cara yang sama, CIA pernah pakai terhadap pemimpin Indonesia tahun 60an dahulu iaitu Soekarno.
4. Sikap puak politik yang berlebihan ini merugikan kita semua, tidak kira sama ada mereka ini puak penyokong kerajaan atau puak penyokong pembangkang.
5. Blog saya bukanlah blog politik, saya tidak pernah delete komen puak pembangkang atau kerajaan (kecuali ada pembaca yang komplen pada saya) malah saya tidak buang komen yang mengutuk dan menghina saya tetapi bertimbang rasalah sikit terhadap pembaca lain. Anda mungkin lebih bijak dan cerdik pandai dari orang lain tetapi fikirkan juga, blog saya dibaca oleh pelajar sekolah dan para remaja. Hormatilah mereka ini.
6. Kepada mereka yang menuduh saya sebagai pencacai Umno, saya perlu ingatkan, saya tidak mendapat upah dari parti Umno, blog saya pun kerdil sahaja untuk Umno gunakan sebagai senjata propaganda. Artikel saya pun diguna oleh parti pembangkang, ada yang keluar dalam Harakah lagi. Artikel saya pun diguna oleh Umno. Semua dapat peluru masing-masing.
7. Dahulu, pembaca saya mahupun dari pihak penyokong kerajaan dan pembangkang, membicarakan isu-isu ketenteraan dan politik dengan sihat, saya tidak nafikan ada perbezaan pendapat tetapi semua profesional kerana mereka ini peminat tulen dunia ketenteraan.
8. Sejak kebelakangan ini, sikap politik yang berlebihan ini terlalu ketara sehingga ramai pembaca saya mengeluh dan saya pun garuk kepala kerana terpaksa edit komen pembaca atau kalau malas, delete sahaja komen mereka.
10. Kalau rasa, saya mereka-reka dalam blog, terpulang, saya tidak paksa anda percaya. Pembaca yang lama-lama ini, yang mengikuti blog saya dari setiap halaman artikel, mereka lebih tahu. Kadang-kadang saya memang selalu ketawa bila ada orang mempertikaikan isu dalam blog saya. Terpulanglah, saya boleh kata bergini, sama ada anda “Lebih tahu” atau “Tak tahu apa-apa”.
11. Yang mengaku orang mindef gelakkan blog saya, tolonglahh…jangan buat saya ketawa. Memang ada artikel yang sengaja saya tulis untuk buat orang gelak dan boleh dipertikaikan terutama yang tidak ada nombor pada paragraf (kan lain dari stail kebiasaan saya).
12.Yang menyindir saya, memberi teguran, menyokong seperti Ikhmal, Amir96, Cdo, aku, jusoren, saya ucapkan terima kasih. Teguran yang baik itu kadang-kadang pahit tetapi kita kena telan kerana ada kebenaran.
13.Ingat senang ke buat blog, habis satu dunia saya kena serang. Dari Indonesia sampailah ke rakyat negara sendiri, saya pun tidak tahu apa yang menarik dalam blog saya. Cerita top secretkah? cerita analisis kah? cuma saya akui saya tekankan soal analisis dalam blog saya. Hasil pergaulan saya dengan pihak tentera dan mereka yang terlibat dalam hal-hal pertahanan. Kalau nak bercerita tentang senjata, berapa jauh dia boleh tembak, dalam Youtube pun banyak.
14.Ada artikel yang saya buat sengaja ditulis dalam keadaan tertentu, demi untuk menjaga rahsia negara atau pun menyampaikan mesej tersembunyi.
15.Mengenai soal kredibiliti…ada artikel saya yang menggunakan sumber beserta nama malah, Panglima Tentera Laut pun saya petik nama dia dalam blog ini kerana saya ada berjumpa dengan dia. Ada juga artikel yang maklumat saya perolehi dari sumber saya sendiri, saya tidak mahu bercerita tentang soal ini kerana kalau bercerita pun, orang tidak percaya. Anda percayakah, saya pernah minum semeja dengan Panglima Angkatan Tentera. Kalau nak ada kredibiliti, sila lah baca suratkhabar. Saya jamin, anda tidak akan berjumpa isu yang sama di akhbar. Satu lagi, percayalah, saya sudah baca kebanyakkan blog pertahanan di rantau Asia ini.
16. Terus terang, blog pertahanan terbaik majoritinya milik rakyat Malaysia kerana mereka mempunyai sumber terus dari pihak tentera atau pihak industri pertahanan. Kebanyakkan mereka saya kenali. Blog pertahanan negara kita tidak “copy and paiste” terus dari laman berita online seperti yang dibuat oleh kebanyakkan blog pertahanan negara lain.
17.Kepada puak pembangkang. Terus terang saya tidak menolak kepentingan pembangkang tetapi saya memang tidak sokong DAP. Itu sahaja, dan tolonglah hormati pendirian orang lain.
18.Moralnya tidak perlu berlebihan dalam politik. Ia cuma memecah belahkan kita. Kita boleh berbeza pendapat tetapi janganlah sampai satu hari nanti, kita tidak boleh langsung duduk semeja pekena kopi o. Orang Melayu dan orang Islam juga yang rugi.
19. Ada 178 komen pada artikel Agensi Perisikan Malaysia, tidak sampai 30 peratus pun yang membincangkan artikel itu dari sudut positif dan ilmiah kerana itulah artikel pertama yang mendedahkan bagaimana agensi perisikan negara berfungsi. Belum pernah anda baca hal ini dari majalah mahupun akhbar. Saya andaikan kesemua pembaca saya sudah tahu mengenai hal ini.
20. Nampaknya semakin kronik pemikiran rakyat Malaysia dalam berpolitik.
Saya suka dan akan selalu mengikuti blog Tuan.Saya faham mesej yang ingin disampaikan memandangkan saya ada kawan tentera (bahagian risikan).Malangnya ramai pembaca artikal tuan ‘belum matang’ mindanya untuk mencerna fakta dan mesej yang ingin disampaikan.Abaikan sahaja…
Setuju sangat tu,,kdg2 komen2 politik dlm nie..adoiii..bek dia org dlm forum politik. Saya salah seorg yg minat artikel ketenteraan dan juga suka menulis maklumat ttg hal ketenteraan baik dlm negara atau luar negara…kalo ada maklumat .tapi nak copy paste mentah2 tu tak ler..tapi yg penting letak kredit kpd yg empunya… biar kita selidiki dan korek sendiri lagi ummpp. plus artilkel dalaman dan luaran serta artikel sahih dr luar..baru dpt m’perbanyakkan ilmu. Blog ini mmg saya minat..sebab keturunan keluarga Ak pun yg suka pegang senjata dan ada yg meninggal di Gua Musang zaman komunis..Ada masa nanti saya akan ceritakan.kisahnya. Teruskan dgn blog militer ini..AK sokong
Salam kunjungan… Saya, eXception dengan ini menyokong sepenuhnya blog Military of Malaysia… Blog ini telah dimasukkan ke dalam bloglist sebagai tanda penghargaan terhadap informasi yang sangat berguna dalam blog ini… Tahniah buat tuan empunya blog… Teruskan usaha anda…
saya stuju.. patut tapis dulu baru siar dlm blog ni. Anda tak sokong DAP? hehhehe okeh no problem.
politik……politik…..politik!!!!!!!!!!! last2 rakyat gak jd mangsa…….sy SOKONG SHAH spnuhnye…..jgn la smpai ALLAH S.W.T mnurunkan bala di negara kita bru nk sdar…..x bleh ke MELAYU DAN MELAYU, ISLAM DAN ISLAM duduk satu meja bncang mcm mne nk majukan dan harmonikan negara……ni x sesama bngsa dan agama bergduh….seriously mcm bdk kcik……musuh2 yg len knfm2 tpuk tgn dan tgh brpesta pcl mrk BERJAYA MEMECAH BELAHKAN KITA……..
pemikiran orang kita skang terlalu naif…well,mungkin itu fahaman yang da disuap sejak dulu fahaman yang diambil tanpa ditapis dan tanpa disahkan dengan keadaan sekarang…sepatutnye isu pertahanan negara tidak boleh disentuh oleh mana2 parti politik atau individu yang join politik…mereka mungkin boleh kondem macam2 tapi adakah mereka berani berada di barisan hadapan pertahanan??sama ada dari parti politik yang pro @ kon malaysia masih tetap perlu di pertahankan,bukan hanya tugas tenter kita untuk pertahankan negara ini…sifat berlebih-lebihan dalam politik nie biasanya hanya terdiri dari pengikut2 yang taksub,yang tak cuba untk berfikiran jauh…
bro ggk . . betul betul betul.
Siapa kata projek kerajaan hanya untuk orang kerajaan ?
kroni pembangkang pun dapat jugak, malah bukan kecik-kecik anak, project juta-juta tu. tapi tetap jugak nak sokong pembangkang, DASAR TAK TAU MALU !
Memang benar bukan semuanya merupakan penyalahgunaan tetapi jika terlalu banyak maka penyalahgunaan maka ianya perlu diperbetulkan. Tiada manusia yang perfect.. kita tidak boleh menghapuskan tetapi boleh mengurangkannya.. maka teguran merupakan satu2nya cara. Bukan untuk kerajaan semasa malah kepada semuanya.
Ulang tayang “SEDIKIT TEGURAN KEPADA PUAK POLITIK”
Si pemimpin politik boleh bersalaman sesama sendiri
Siap bergelak ketawa di lobi Parlimen
tp yg jd masalanya ialah penyokong-penyokong parti politik yang kepanasan mcm orang hilang handphone
Langsung tak boleh duduk semeja
Apa kes ni???
Cuba kalau tanya ada kenal Nik Aziz? Kenal!!!
Ada kenal Anwar? Kenal!!!
Ada kenal Najib? KENALLL!!!
Tp jika ditanya adakah mereka yg disebut td kenal dgn penyokong tegar ni?
Haha sendiri jawabla ye PEACEE bro admin
agenda perolehan peralatan pertahanan memang menjadi kegemaran mereka, sebab nak tunjukkan mereka perihatin terhadap wang rakyat yang dibelanjakan, tetapi hujah mereka tentang peralatan pertahanan uang dibangkitkan …langsung tak masuk akal kerana mereka cetek ilmu ketenteraan….apa yang saya rasakan mereka langsung tidak pentingkan permodenan angkatan tentera, seolah-olah janji ada cukuplah atau pakai je yang ada selagi boleh pakai. dan mempolilimikkan isu wang untuk meraih sokongan politik….tak taulah kalau mereka ini jadi pemimpin semua kapal opv tldm ….pakai bot nelayan je kot.
ingatlah apa yang terjadi pada bosnia,palestin…negara yang lemah pertahanannya…mudah diperkotakkatikkan.
military [email protected]
tebalkn tlinga law ada kata2 y xsedap d dgr,,,biaselah tu suma nk tegakkn pendpt sendiri law kt bg pndpt pla itu slh ini slh suma serba x kena ngn di0rg,,, so abaikan jela suka aty di0rg la nk trima atau x ,,, pantang d jentik skt dah sensitif,,,, :)sbr sparuh dr imn
kesian admin,, sabar jela,,, y bek2 je awk ambik y x bek abaikn jela,,, pedulikn mereka2 itu hehehe,,,
politik adalah seni dalam mengorganisasi manusia yang hidup dpm komuniti dan masyarakat. politik telah memungkinkan manusia utk hdup bdasarkan kod atau etika yg telah dipersetujui secara kolektif. politik memberi manusia suatu hak atau kebebasan utk melaksanakan sesuatu tanpa halangan selagi tidak melanggar kod dan etika yg telah dipersetujui. politik telah melahirkan banyak manusia yang hebat dan bjaya sepanjang zaman. semenjak zaman presejarah sehingga zaman moden ini.politik menyatukan manusia dan menjadikan apa yang kita lihat skrg ini. sebuah dunia yg diduduki oleh beratus negara.sesuatu yg mustahil pada 500 tahun yg lepas.
yg mbuatkan politik dibenci, adalah isi nya..iaitu manusia. politik hanyalah alat, namun manusia yg mengoperasikannya. oleh kerana politik ini unik tingkahlakunya, sesetengah indivudi menggunakan politik sbg alat utk menjustifikasikan sesuatu yg berniat jahat dan negatif. ada individu cuba utk menghalalkan sesuatu yg haram dan ada individu cuba utk mensucikan dosa demi kepentingan diri. istilah ‘matlamat menghalalkan cara’ adalah cth kes bgaimana manusia telah memutarbelit politik.
politik adalah seni yg perlu dilaksanakan secara betul dan berhemah, kerana politik memberi bnyk manfaat dari mudarat. selagi alat ini diguna secara baik oleh manusia, tidak mustahil politik akan menjadi amalan yg dihormati oleh masyarakat massa.
Salam Bro Shah
Ada info AV8 tak ? dah keluar prototype ke belum ? rasanya hari tu pak zahid hamidi kata bulan nie nak keluarkan. Tak sabar rasanye nak tengok mcmmanalah agaknya AV8 versi Malaysia . . . ke sama mcm Pars yang asal ?
Playstation Socom 4 bukan bermaksud untuk menghina negara kita. Tetapi mereka memberi isyarat kepada organisasi Illuminati bahawa Perang Dunia Ketiga sudah semakin hampir. Tulisan Cina tersebut bukan bermaksud DAP menjadi PM. Tetapi sebaliknya bermaksud Negara China akan menjajah negara kita ketika Perang Dunia Ketiga tercetus nanti. Kemudian pasukan NATO, Australia, Jepun dan Korea Selatan akan datang ke sini untuk melepaskan negara kita daripada cengkaman Negara China. Tentera NATO bukan menembak rakyat Malaysia. Tetapi sebaliknya menembak tentera Negara China.
Sudah menjadi adat resam Illuminati, sebelum sesuatu rancangan besar akan berlaku, mereka akan membuat alamat-alamat di tempat-tempat yang kita tidak perasan.
Sekiranya anda pernah menonton filem Matrix, anda boleh tahu serba sedikit tentang cara pergerakan organisasi dajjal Illuminati.
BRADER,
TLG HURAIKAN APA YANG DINAMAKAN POLITIK???…
RAMAI YANG TAK FAHAM MAKSUD.
POLITIK = SENJATA PERANG
Apa nak jadi orang Malaysia skrg. Cakap pasal apa2 topik mesti nak libatkan politik. Cakap pasal bola pun nk libatkan politik.
“Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam.” – erti sebahagian dari doa iftitah yang diikrarkan berjuta muslimin di seluruh dunia di dalam solat.
Berita ringkas! :- Penerbit video game dari Amerika telah menggunakan Malaysia sebagai medan perang!. Cuba wiki atau cari ‘SOCOM 4’ (www.socom.com-cuba tengok imej background, ‘KL Sentral’? Logo PLUS?) dan tengok dan perhatikan betul betul YouTube di mana Teksi KL dan KLCC turut ada cuma tulisan bahasa Melayu di hapuskan dan di ganti dengan bahasa Cina (DAP masa tu dah berkuasa kot?), kita akan tengok ‘hero-hero’ barat dan Korea selatan berperang dan membunuh orang-orang kita dan Malaysia di takluk oleh pihak NATO. Dulu video game ‘Hitman’ juga ada level yang memerlukan kita membunuh di KLCC tapi tiada respon pun dari pihak media
(sebaliknya anime/manga jadi kambing hitam sebab keruntuhan moral).Satu persoalan yang timbul. Tak cukup-cukup lagikah negara kita di hina?..Dulu filem Entrapment,Police Story 3, Zoolander, Black Hawk Down secara terus menerus kutuk Malaysia sebagai negara lemah. Kenapa sampai sekarang tiada respon dari puak media dan politik?
salam 1 Malaysia semua..
kesian la korang kat bro Shah ni…..
Politik tu boleh gak cakap sikit tapi jangan berjela-jela…..
satu lagi kita perlu budayakan amalan bercakap berdasarkan fakta…. siapa-siapa yg nak bagi komen juga perlu melampirkan fakta sekali. Jangan bercakap diatas cerita orang so peminat blok ni pun kadang-kadang meluat sebab ada cerita yang disensasikan…. idea saya mudah bila nak bagi komen kat sini mesti kita pasti fakta itu benar agar isu itu lebih realistik….
aku tengok sekarang ni kita belum cukup kuat mendesak /menyokong kerajaan utk meningkatkan belanjawan dalam bidang pertahanan,klu kita sepakat hentam pihak2 yg membantah di parlimen pasal peruntukan pertahanan,kita mesti mampu lihat kerajaan memperuntukkan lebih dari sekarang.
pasal projek 6 kapal perang terbaru pu,.aku tengok dah ramai melayu yang terikut2 denga DAP ,kononnya kapal tu terlalu mahal….tapi yg aku kesalkan adalah sikap kerajaan yg terlalu berlembut pada saat ini,dan itu dilihat pula oleh sesetengah orang sebagai kelemahan yg mula terjadi dalam kesatuan orang melayu.
salam shah.. mohon diberi perhatian ke atas saranan ilyushin.. bahkan chedet nyer blog aritu pun ada org letak malware dan spyware.. aku nyer firefox memang tak kasi masuk blog chedet sampai skang..so terpaksa guna IE, mujur gak ada IE..tp risiko kena spyware dan malware tu terpaksa tanggung la, tak tau la samada kaspersky aku cukup bagus atau tak..
-kundur-
Salam…
teruskan berblog ilmiah nie…
abaikan anasir2 rendah pemikiran…
satu lagi, backup data2… info2 dalam blog nie… mana tau ada pencacai gila yg ambush satu hari nanti… banyak blog dah kena ddos semenjak 2 nie…
keep it up dude… u r awesome… wassalam…
Aku pun pengikut setia blog ko ni bro…klau boleh jgn bg ruang langsung la kt komen bab2 politik yg melampau tu…bosan bila nk baca komen semernya lari dr tajuk
yo bro,
r u moslim or not?
u know abt ‘syirik’?
luk n c u ‘syahadah’…
alhamdulillah… teguran yang berani.. selagi tuan tidak wat teguran sebegini.. saya rasa blog ni dah tak jadi blog analisis ketenteraan.. jadi blog politik gaduh jika tiada perubahan..
klu ikowt kerajaan…
bab pertahanan memang di utamakan tp kes rasuah n komisen x abis2
klu ikowt pembangkakng
pantang mahal sket sume x leh
makkan duit rakyatlah
membazir 2 yg x leh trima 2…
tp 2 kan invesment tok pertahankan negara n bangsa…..
isu pertahanan memang x sesuai dpolitikkan
blog nie bgs sbb rata2 sye tngk perbincngannyer x meyebelah spe2
btol2 kpd realiti….
tros an usaha abg shahpaskal….
blog abg hampir menjadi salurah informasi tepat ketenteraan
assalamualaikum, ni aku nak komen sikit….apa mentaliti rakyat malaysia terhadap pertahanan negara? apakah kita mahu lihat bila perang nanti satu persatu perajurit kita tersungkur sembah bumi akibat tak mampu lawan kekuatan aset negara musuh??.apa ada dengan politik dan diplomatik? perlukah kita pertikai pembelian senjata dan aset komnbatan oleh ATM? sedangkan ia satu perlaburan dan mendatangkan kebaikan untuk malaysia?. kita pegang prisip defensif tapi mampukah selama lamanya ATM berjaya dalam konsep cegahrintang?….kita dalam blok usang dimana kawasan lambakan barang lusuh barat dan blok timur!kita perlukan aset buatan made malaysia dan aset import baru so mana mana yang cepat antara dua adalah perlu bukan?so sini aku nak tanya korang apakah sebab pembelian aset2 oleh ATM nak di pertikaikan?apakah para politik itu pakar peperangan atau seorang askar? faham kah kita akan dokrin peperangan? kenapa singapura?kalau nak tahu singapura bukan musuh malaysia tetapi indonesia…….cuba baca buku teks sejarah SMA tingkat 3 indonesia,kamu akan fahami…….perlu ingat singapura adalah saudara malaysia dalam pertahabnan 5 negara dan apa sahaja teguran singapura terhadap malaysia adalah untuk kebaikan malaysia!singapura banyak aset tempur tetapi malaysia miliki angkatan tentera yang hati kering, jika bergabung maka indonesia akan kalah!sesiapa nak komen aku sent email di alamat [email protected]
aku sanggup mati demi negara dan DYMM dipertuan agong!
pendapatan negara bukan 100 % datang dari cukai. Salah guna macam mana? kamu baru saja bagi gross generalisation yang kononnya semua pendapatan tu di salah guna.
Tapi zahirnya tidak kan?
Bukan semua yang salah guna dan yang realitinya bukan semua penjawat awam tu kerjanya menyeleweng. Tergamak kau kata bapak aku tu cikgu menyeleweng? Berapa peratus penjawat awam yang menyelweng sangat ni sampai ko rasa seluruh WANG RAKYAT tu terseleweng?
Kau baru lepas fitnah hampir 2 juta penjawat awam yang kebanyakkan mereka kerja dengan ikhlas kerana Allah taala jugak. Kalau yang menyeleweng tu sebahagian kecil kenapa kau cap semua?
Boleh ke aku panggil semua ahli DAP, PKR dan PAS tu gay cuma kerana seorang je dalam Pakatan Rakyat Gay? Tak adil kan?
Majoriti pendapatan negara di habis kan sebaik mungkin. MALAH LEBIH BAIK DARI KEBANYAKKAN NEGARA DI DUNIA NI. Memang ada orang melayu dalam kerajaan yang seleweng duit, untungkan kroni, naikkan orang bawahan, bantu sedara mara dan juga kayakan kawan-kawan.
Minta maaf lah kalau kau ni buta, tapi kaum lain buat macam tu juga untuk berjaya. Minta maaf lah [erkara ni memang berdosa tapi berdosapun ,…. kita dapat lahirkan ahli korporat yang tahu macam mana naik main kotor dalam dunia korporat dan politik.
Minta maaf lah mereka orang melayu ni terpaksa guna cara yang sama seperti kaum cina untuk berjaya… tapi kalau tak guna negara kita masih lagi di takuk lama kan? Sempadan antara Moral, Agama dan yang BAtil sangat blur.
Tapi sapa kau nak kritik JIKA KAU LIHAT NEGARA KITA SEKARANG LEBIH MAJU DARI KEBANYAKKAN NEGARA DI ASIA TENGGARA?
SAPA KAU NAK KRITIK BILA BANGSA MELAYU RAMAI YANG BOLEH DUDUK SAMA TARAF DENGAN CINA?
anda berkata perkara yang benar…
alhamdulillah masih ada yang celik mata hati walaupun ada yang tak suka dengan kebenaran yang sudah tentunya pahit ditelan..
– Kebenaran itu satu jua tiada berbilang2-
Bravo Shah…. nak mintak tolong sikit nih..
Hang ada x info2 berkenaan acara LIMA 2011 yg akan berlangsung ujung thn ni,klu ada share2 le sikit…aku nak gi tp information kurang le..
wah cayalah blog ni..KERA pon dah masuk and pandai komen..syabas2!!
nak pisang? 😀
nyang ingsun mata kaji semar ngi seng.
salam… aku sebenar dah lama ikut blog ni.. tp diam je sebab aku tak tahu nak komen apa… Apa2 pun blog ni mmg best dan menarik… Good Job Bro Shah… kadang2 aku heran dgn pencacai2 ahli politik ni… semua tempat depa nak main politik… Aku pun jadi ahli parti politik gak tapi taklah ekstrem macam sesetengah org…. Baik pemimpin UMNO, PAS, PKR, DAP, MCA atau MIC semuanya belit2… kalu yang salah aku akan kutuk semua tapi kalu yg baik aku akan sokong…. sebagai contoh masa Tun Pak Lah jadi PM dulu aku sgt marah dia pi jual MV augusta.. aku siap maki2 lagi dan Isu sekarang yg terkini MB kedah berbelit2 pasal rebat tanah UUM… aku juga maki2 tapi aku maki dalam forum politik……
Kalu blog ni pasal ketenteraan buat apa kita nak timbulkan isu politik dalam ni… berlambak2 forum atau blog politik kat luar sana yg korang bleh komen atau bincangkan… kadang2 aku meluat baca komen pasal politik dalam blog tak tak berkaitan …. Harap Bro Shah.. dapat menapis komen politik yang tak tentu arah dalam blog ni…
semoga maju jaya untuk semua….
p/s: maaf kalu ada yg terasa….
nak reply ke tak? hmmm… cakap kang marah, meleret-leret lak jadinya. baik aku respek ngan permintaan tuan punya blog..
mulanya ku ingat pelajar afrika… tapi ada plak bahasa melayunya. betul bro lu punya BI tunggang langgang sama cam klu pakai google translate
Mari kita cerita politik tentera dan pertahanan…..Ada bran ker..huhhuhuuu
aik bro marah penuh emo mcm pencacai politik plak. saje nk check, klu owg m’sia susun kata ayat tu xde la mcm tu. agk berbeza. mcm korean pon ade. org india je suke ckp SIR neh..
nasib baik bro syah lakukan cegah rintang..kalo tak,abis keturunan pencacai politik aku maki hamun..btambah dosa aku..to bro syah,tengkiu so much..
Bro, aku rasa semua kemelut politik ni pengaruh dari media terutamanya television dan akhbar. kalau diaorang tak bincang politik cacamarba tentu la rakyat tak kecoh. Memang sudah lumrah kan manusia ni mudah je salahfaham. cuba jangan siarkan. bagi sikit2 tak pa la.
kalau sesengal mane pn die, xperlu rsenye nk sebut kaum di situ…
ha ha, hello first time komen, nak cakap sikit .Orang yg terlalu politik ni memang langoi. Dia x kira ketua dia salah dia tetap sokong membabi buta baik kerajaan atau pembangkang. X payah jadi followers yg turut sahaja cakap orang lain. Sendiri berfikir lebih baik.
Kalau tak sekolah, jangan lah kate org lain guna google translate. Adoi org melayu yang sengal!
bro shah…lama tak jengok la……wa pon dah malas dgn puak2 politaik ni, kita as a military nuts ni tak la campur adukkan politaik dgn military ibaratnya memasukkan komen udang dgn ikan tapi pengetahuan military tak dak….anyway thumbs up to u bro…
setuju!
Sebab tak sedar duit itu duit rakyatlah kata wang kerajaan. Bila kata wang kerajaan ikut suka dialah nak belanja ikut mana dan membazir sebagainya. Di US mereka panggil wang pembayar cukai( tax payer money) sebab bila kerajaan tiada wang dia akan naikkan cukai dan pelbagaikan cukai, yg bayar siapa?
Bila ada pilihanraya suka-suka pemimpin berikan pelbagai bantuan dan peruntukan, adakah ianya dari belanjawan negara? Wang itu bukan dari poket pemimpin tetapi dari belanjawan negara yg diselewengkan utk kepentingan peribadi dan golongan tertentu. Sebab itu banyak projek yg terbengkalai dan tak dapat dilaksanakan kerana wang belanjawan telah di salah gunakan.
Keamanan yg kita miliki adalah salah satu nikmat yg Allah berikan yg patut kita syukuri. Selagi ada Ulamak pewaris nabi yg menyeru kita kepada berbuat baik dan mencegah mungkar, insya-Allah kita selamat………
Teguran bro ada asasnya memandangkan ulasan politik sudah banyak diluar sana. Biarlah blog ini jadi ruangan untuk peminat militari mencari dan meneroka maklumat yang tak keluar dalam mana-mana media.
Apa pun gua memang peminat kipas mati shahpaskal….two thumbs up bro.
BI ko ni mcm guna google translate je.
Kite bako je.jadik x semangat nak bace komen kalau masuk politik neh.aku follow diam2 jeh blog neh.komen sikit2 je.bro,dh lama aku baca ko on the way buat analisis, lama lagi ke nk post.aku tunggu post2 macam ni bro..
negara penjajah memang memerlukan musuh.yg takde pun dia boleh kata ada.berkait rapat dengan kepentingan strategik
bagus juga sapa-sapa yang tak reti untuk ‘sayangkan darah sendiri’ dan ‘tulis merapu’ di grounding trus..kurang skit emosi -ve..
saya sokong bro shah 4ever…kuatkan military kita…parti2 sperti dap adalah musuh dlm selimut…
HAA, NI LAH BARU BEST, TAK ADA PASAL MENDEBAT POLITIK UDANG, EHHH, AMBA NI ORANG SEBERANG LAH, BEGITU AWAK SUMA CKAP PASAL POLITIK DISANA, MANA HALA AMBA FAHAM KAN, BAIK MAKLUMAT NI DI BUALKAN NGAN CARA YANG SANTAI LAH , SAMBIL TEGOK KOPI HEHEHE, USAH SERANAH HAMUN SUMA KELUAR BOH, OK…
HEHEHE
salam dari Sumatera
NAKBUAT CAMNE SHAH………… KITA ORANG MELAYUNI TAKSUB SANGAT NGAN POLITIK SAMPAI POLIS, TENTERA DAN SEGALA BAGAI PUN NAK POLITIK BAIK KERAJAAN MAHUPUN PEMBANGKANG.
HANYA POLIS DAN TENTERA AJE SEKARANG NI KENA JARAK PROFESSION DIA ORANG DARI POLITIK, MAKSUD AKU ADE BANYAK PERKARA YANG BERLAKU SKG MANAMPAKAN KETIDAK CEKAPAN POLIS DAN TENTERA DALAM MENGHADAPI SESUATU ISU. CONTOH HENJEN JET HILANG, MATA LEBAM ANUAR DAN BANYAK LAGI.
BETUL GAK CKP KO BENDA NI BERKAIT TAPI POLIS & TENTERA KENA PANDAI MAIN PERANAN LE NAK ASINGKAN BENDA NI. NAK HARAP ORANG POLITIK MALAYSIA……….. SAMPAI KIAMAT PUN TAK LEH NAK SELESAI.
AKU NASIHAT,KO AYAT2 POLITIK TU NEXT TIME KARANA BLOG KO NI HIT BKN PASAL POLITIK ATAU HIBURAN TAPI PASAL MAKLUMAT. SAHIH ATAU TIDAK ITU TERPULANG PADA PEMBACA, CIA PUNYA INFORMATION PUN MELALUT GAK!
GUA SUPPORT LU BRO!
aku sokong mereka yang bersikap patriotik dan sanggup mati untuk negara, agama dan perpaduan kaum tak kira la dia tu politik pro atau kon. mempertahankan negara adalah tanggungjawab kita semua. bukan pada bahu mereka yang dipanggil askar.
oppssss….. silap bro…. bukan duit rakyat, tapi wang negara, sbb lepas kite bayar, duit tu bukan milik kita lagi tetapi wang negara kerana iadigunakan utk kepentingan bersame…. 😛
p/s:peace no war….
kapal tu bleh menyelam…. tpi biase la , mcm kreta jgak walaupun bru tpi lau dh brgrak jauh kne la hantar gi servis…….
Saya sokong KERAJAAN PERPADUAN UMNO-PAS…
nk kne bro shah tegur baru ad perubahan cket..shah ko nie mmg berkarisma pnyr org..thniah shah,aku mmg follow artikel ko ad awal lg,tp mlas nk komen coz komen politik byk sgt..
Keamanan negara ini bukan bergantung kpd kerajaan semata, pihak pembangkang juga ada peranannya utk keamanan. Kita jgn taksub tak tentu pasal kalau pembangkang kita jenis ganas spt di Sri Langkar dll pasti negara huru hara. Dari pemerhatian saya apabila ada perhimpunan oleh pembangkang secara aman pasti dicemari dgn kekecohan. Kekecohan ini adalah hasil dari provokasi oleh anasir2 subversif terutama s..s.. Perkara ini memang telah di ketahui oleh umum dgn tujuan supaya pembangkang dilihat ganas dan mengancam keselamatan. Kenapalah mereka yg bekerja sbg kakitangan kerajaan yg dibayar gaji dgn duit rakyat digunakan utk kepentingan pihak tertentu utk mengekalkan kuasa………..dan menimbulkan huru-hara.
Negara kita aman kerana semua pihak ada peranannya sendiri bukan pihak tertentu sahaja.
aku sendiri pon naik menyampah ngan politik, sbb dgn politik skit2 nak gaduh, tu yg aku x suke tu, kalo ckp pasal politik, xde kutuk2 xde maki-hamun xpe jugak, awek aku yg amik Law ckp kat aku undang2 Malaysia kebanyakannya selfish dan hanya lebih mementingkan politicians ni, kire mcm diorang nak kaut untung la, tp nasib baik awek aku ckp undang2 teras masih lagi OK
salam..
abg shah…maaf klu ni care kasar ke x sopan..
tp mohon sesgt update pasal osama tu..
x slap ader bace dlm blog ni y osama tu x —–
salam semua
kecekapan pihak kerajaan menangani ancaman anasir asing memang patut dipuji. kapada puak2 pembangkang yg tak tau meghargai jasa org, sedarlah diri dan nilai sndiri apa sumbngan anda? nak gn senjata pn tgagap. Kutuk org jer pandai. Renung2kanlah…….
masalahnya nya amir96 kapal selam tu boleh menyelam…. yang orang kata dia tak boleh menyelam tu fitnah je.
bukan tak boleh cakap pasal politik, boleh tapi kalau dah lari tajuk, tak bestlah…semua org boleh cakap politik, tapi beri hujah yang boleh semua org baca. Ni dok maki-maki sesama sendiri dalam komen, tak eloklah.
ASKM SHAH! SILAP KO GAK SHAH…………… GI API2 KAN BEBUDAK NI DENGAN AYAT BERBAU POLITIK…………….
video ehem2 tu ker…?
kelucahan 1malaysia..malu ler wei…
ooopps! no pilitic here
Teruskan menulis, tapi pohon berhati-hati..
Ini juga memberi petunjuk bahawa masanya tidak sesuai untuk saya terbitkan artikel mengenai operasi komando kita di Vietnam dan juga sebuah video yang dananya disumbang oleh CIA untuk menjatuhkan seorang pemimpin di negara kita. Cara yang sama, CIA pernah pakai terhadap pemimpin Indonesia tahun 60an dahulu iaitu Soekarno.
nak tau pasal ni bleh tuan tanah….aku ada la cek web dab tanye kawan2 pasal usaha tangan2 luar negara yang nak jatuhkan pemimpin…tapi tak kemana sangt sebab dorang kate jangan masuk campur sangat…nanti susah…tapi berminat la….tolong…
http://defensetech.org/2011/05/03/secret-helo-may-have-been-used-in-bin-laden-raid/
Syabas kerana mampu menjadi moderator yang baik Shah. Ayuh kawan2 kita rapatkan saf.Saya akui saya juga terlanjur membuat komen politik,walaupun tanpa tulisan yang keras.Ini kerana setelah komen saya supaya komen2 politik dielakkan di sini masih ramai yang memberi komen2 yang tidak ilmiah.Tentunya setiap tindakan ada tindakbalas (action,reaction).Saya cukup faham isu2 yang diutarakan Shah,harus diingat,saya mengulangi post saya yang dahulu, membincangkan isu2 pertahanan tidak dapat lari dari mengaitkan isu2 geografi,sejarah,budaya,politik,ekonomi,sosial dan banyak lagi.Tanpa keterlibatan aspek2 ini akan mewujudkan lompang (void) di dalam perbincangan ilmiah pertahanan. Cuma Pendapat saya,betulkan kalau saya silap Shah dan sahabat2.
heli yg terhempas ketika raid compound Osama dipercayai dilengkapi dgn teknologi stealth.
http://www.aviationweek.com/aw/blogs/defense/index.jsp?plckController=Blog&plckBlogPage=BlogViewPost&newspaperUserId=27ec4a53-dcc8-42d0-bd3a-01329aef79a7&plckPostId=Blog%3a27ec4a53-dcc8-42d0-bd3a-01329aef79a7Post%3a275902dd-e7a2-40fd-ab78-d46e3bf922b1&plckScript=blogScript&plckElementId=blogDest
top secret nie
aku setuju!!!!luahan komen yg bersifat brutal tue kekadang bukan apa pun,tapi luahan rasa TAK PUAS HATI KAT KERAJAAN yg tidak telus kepada rakyat yg berabis duit bayar cukai..tau2 dengar crita duit yg dibayar diselewengkan..agak2 sapa yg tak marah???aku rasa ORANG BANGANG jer yg buat2 tak tau apa2 yg berlaku..so sekurangnya2 dorang maki hamun kat sini kira ok la,dari dorang letupkan diri (protes) kat mana2 yg bleh ganggu ketentraman awam..kira dapat pahala gak bro shah menahan diri dihina org..sy harapkan artikel2 bro, jangan ada skit sentuh pasal gov ker,parti ker,politik ker,memang kompom kena belasah pasal org malaysia dah kena brainwash pasal hal2 politik nie tak kira dari side gov atau pembangkang..2×5 jer semua..baik tumpukan hal2 ketenteraan sahaja bro..
no politics here!!!
ada juga org percaya dgn al-qaeda/Osama… penah dgr tak ttg Tim Osman???
“dunia lebih aman tanpa Osama” – kenyataan dari siapa agaknya?
Adakah dunia akan lebih aman dengan kewujudan amerika dan ISrael?
Fikir2 kan lah. Jangan jd mangsa brainwash media.
Watch TV and listen to liars that’s what the whole world do everyday.
Peace.
adakah termasuk diri awak sebab awak pun komen gak kat sini…:-)
sejak osama dikatakan mati saham2 ngan dollar US lonjak naik semula selepas beberapa minggu meleset…skarang ni pun dollar ngah power up balik…mungkin cara selamatkan ekonomi diorang maybe…heheh
Salam Bro Shah,
Cerita pasal perang Vietnam, boleh Bro Shah dapatkan info atau kebenaran tentang sebuah kem latihan rahsia untuk melatih askar2 Vietnam yang di uruskan oleh ATM{KorRisek}yang terletak lebihkurang di BT 28/29 [KAHANG] jalan KLUANG/MERSING.
satu2nya blog yg aku suka baca kat bahagian komen, kecuali sejak ade komen2 politik ni. nak berpolitik gi kek tompek lain la yo
abang shah nak komen 1 ja.awat entry jarang2 sangat.
selama mengikuti blog ni,banyak analisis ketenteraan malaysia dgn singapura.
sebelum ini saya tak ambil kisah sangat hubungan malaysia dgn singapura.
tapi skrg baru saya tahu betapa bahayanya singapura di rantau ini.
dulu saya hanya nampak indonesia sebagai ancaman utama. tapi singapura lebih berpotensi..
dan lebih2 lagi bila bca buku baru Tun M, doctor in the house.
rasa geram dan betapa bodohnya kita yang terpaksa mengikut telunjuk mereka.
terima kasih.
Salam abang shahpaskal yang dikasihi,
Semoga sihat dan tabah menulis. Untuk pengetahuan abg shahpaskal, saya dan beberapa kawan saya merupakan peminat blog abg shahpaskal.
Terus terang saya katakan blog militaryofmalaysia banyak berkisarkan kepada military dan saya tidak nampak isu-isu politik seperti dalam blog pro-Umno. Sebenarnya peminat militaryofmalaysia ini kebanyakannya remaja. Dan entri abg shahpaskal banyak memberi input dan kesedaran terutamanya kepada remaja yang belajar dalam bidang yang ada kaitan dengan military.
Saya memohon abg shahpaskal supaya janganlah mudah mengalah dengan komen2 pengikut ghuluw politik. Teruskan menulis dan semoga dengan penulisan abg shahpaskal memberi kesedaran seterusnya menyuntik semangat cintakan negara di kalangan anak2 muda. Saya berminat tentang military bermula daripada membaca satu entri dari militaryofmalaysia.
Semoga terus setia menulis. Janganlah takut dengan penyokong2 politik. Kami sentiasa di belakang abg shahpaskal.
Mohammad Fikri bin Mohammad Nasri,
http://www.murabi6.wordpress.com.
dear author,
I as a student of a university, deeply hunger for ur post, its really useful for me to know many things about our government role in military, and the function of our military. its really encourage me to learn more in engineering. i hope that u can continue with ur good effort sir, i really2 appreciate that. i hope that in future come, u would be able to share more information on military in this blog. i beg u, please dont give up and keep it up. i like it so much. Semoga dengan maklumat yang diberikan dapat memberi manfaat kepada setiap yang membacanya. InsyaAllah, kelak tuan akan dapat manfaat dari ilmu yang dikongsi.
p/s: saya ada berpeluang berborak dengan beberapa bekas tentera, and i’m proudly to say, ur story is 100% genuine, sama macam yang diorg cerita. Please ignore those who are envy with your effort sir. Salam perjuangan.
betol bro..tepat sekali.. saye salah sorang.. haha.. malas nak masuk campor pon ye gak..
yaaa.stuju 100%.kito bako je smue komen berbau politik tu.
dharap abg shah akan tulis cite psl misi komando kite kt vietnam tu.cu cite2.
dan juga video psai CIA membiayai kos utk mnjatuhkn pemimpin kite.
saya pun sokong abang Shah … jangan cakap2 poitik tau nanti Papaku Hebat pun marah
Salam.. saya tertarik baris 3… video dari pihak asing. Kalau ia demi kebaikan negara… boleh la publishkan. Then.. nak gak tau operasi komando kita di vietnam.
Diharap tak keberatan.
emel tak valid.
Terus tulis next article shah. banyak tunggu ni bro.
Hidup Shah!! hahahakz..nice one bro 🙂
kepada penyokong DAP…
aku akan terus komen anda dengan ‘MEMBINA’…
kata ‘demokrasi media’…haha
Salam Shah,
Saya sokong tindakan anda, patutnya dah lama kau buat camni tapi takpe sbb kau ada sebab tersendiri. Dah lama aku tak komen sbb mamat2 politik ni lah yg menyemak buat aku bosan je. Tapi skrg ni harap2 takde lagi, barulah sedap sikit nak bermuzakarah. Sekurang2nya hati tak panas. Aku akui ramai posters dlm blog kau ni yg berilmu dan mempunyai banyak info, tu pasal aku kok macamana pun mesti bukak blog kau ni. Aku juga akui yg kau punya cable pun kaw2 jugak, tu pasal aku enjoy blog kau. Aku ada ramai contact jugak kat ATM tapi dari Rejimen Tukang Masak je! Setakat top secret pasal resipi masakan boleh lah aku bocorkan. Apapun teruskan usaha murni anda ini.
saya suka baca komen yang mencetuskan kembali idea, menambah fakta atau memberi referen.. bangkang secara tenang dengan memberi hujah yang best bersiap contoh..
masing-masing yang fanatik politik gamaknya dah berumur, kalau boleh berwaspada lah sikit bila menulis tu.. pasal abang2 lar budak2 bwh 25 thn taknak daftar undi.. (malu, kata mereka)<- ni takpayah bukti, abang2 bleh tanya anak2 jiran abang kenapa diorang tak minat politik.. jadi kesimpulannya, orang muda yang tinggal dalam dunia politik suatu hari nanti ialah kaki ampu dan kaki rebel (diupah oleh kaki ampu).. dan kita semua yang melampau2 memperjuangkan politik tanpa arah menghancurkan dunia anak2 kita sendiri.. chantekkkk!!!!!
tahniah ar kepada yang emosi melampau bincang pasal politik sampai kebodohan sampai kepada orang2 muda..
-saya orang tak pandai dan sering diperbodohkan.. sedih ar tengok adik2 saudara saya jadi macam saya.. sampai bila dunia tak berubah kalau macamtu..
SAYA SALAH SEORANG YG MENGUNDI DELETE SAHAJA KOMEN2 YANG BERSIFAT NEGETIF………….
kurangkan politik ~
tingkatkan prestasi ~
p/s “bro bila nak on video and article tuh 🙂
Salam Bro2 semua.. saya dah muak dengan politik malaysia.. sory bro semua.. pembangkang ke kerajaan bagi saya sama je.. yang nih cakap ni salah yang tu plak ckp ni salah.. dua2 same je perangai.. hari2 berita politik malaysia gadoh sane sini.. makin hari politik makin kotor.. kan bagos sama2 majukan negare.. tak perlu gadoh2.. lg satu.. sini blog pertahanan tak payah la nak komen2 politik.. letih kot nak melayan..
Syah:> lg setuju..kasi blacklist jer org2 x6pak 2..
urkolog said :>yup2..setuju sngt..
yesssssssssssssssssssss…………..Alhamdulillah and finallly. Saya mmg dah tunggu lama En.Shah tulis entry mcm ni.
Bestlah .Kita serupa – Minat military , nak PAS + UMNO = bersatu dan – DAP (Komunis).
kalau ada vote bagi saya Entry + komen yg nampak semua berfikiran matang ialah
http://militaryofmalaysia.net/2010/11/mampukah-tudm-hadapi-ancaman-udara/ (WALAU ADA SIKIT2 GADUH LA )
Very informative
Congrat and tahniah
Teruskan usaha murni tuan..
Would love very much to see
the directive of our defense agency and its policy.
Thank you
Salam bro shah….
Jangan pening kepala bro. Teruskan perjuangan pada landasan yang Bro telah pilih,
biarkan mereka. Kerana mereka2 tu dah terpengaruh dengan hasutan dari ‘tangan2 yang tak nampak’.
Pandangan dan Pemikiran mereka sama seperti berdiri melihat kedalam sebuah terowong yang panjang. Apa yang mereka nampak dihujung terowong hanyalah satu bulatan kecil . Sebab tu mereka takut untuk masuk kedalam terowong dan pergi kehujung terowong supaya dapat melihat satu pemandangan yang luas dan bebas..
Salam Tuan
Hasil nukilan dan idea yang cukup baik, terbukti dengan pembaca yang ramai, keep it going… For political extremist, please buzz off. I am sick to listen to all your political argument. Huuuuwwweeek…. You stank…. “Politik ni macam kita buang air besar, busuk… tapi sedap kerana ia melegakan so kalau nak melepas pergi lah cari blog politik…”
Bukankah White House tak publish lagi gambar mayat Osama?
k shah back to d business..cukuplah pasal politik.
saya sokong sangat entry kali ni….semua orang politik ni ada kepentingan masing2…dan terpulang pada kita untuk percaya dari mana belah pihak sekalipun kerena itu adalah hak kita tapi sebagai seorang yang d kurniakan akal fikiran yang waras,guna lah untuk mendengar dari kedua belah pihak,bukan sebelah pihak sahaja..baru lah keadilan sebenar dapat d cari….
lagi satu saya menyokong penuh mejoriti apa yang d tulis saudara shah…
contoh nya sebagai seorang anak terengganu..sy ada pergi ke kenyir untuk mengetahui mengenai satu dari artikel shah lebih lanjut,dan saya temui kebenarannya..
dan banyak lagi matlumat shah berikan yang benar dalam erti kata lain menjadi realiti sebelum dari pengumaman org yg terbabit tapi telah d tulis terlebih dahulu oleh shah,sperti perolehan SGPV,Eurocopter dan sebagainya…
kepada shah…teruskanlah menulis..kami amat memerlukan nukilan pendapat dan wacana dari orang seperti anda….
Tahniah bro shah..
teruskan entri psl ketenteraan yang lebih mantap selepas ini.
looking fwd for ur next entri..
Salam Selasa.
Yeah, Hail To You Tuan Shah. Teruskan Usaha Murni Tuan Dalam Menyalurkan Informasi-Informasi Dunia KeTenteraan Tanah Air Kita Yang TerCinta Ini Khususnya Dan Isu-Isu KeSelamatan Global Umumnya. Al-Kidali Stick Close By Your Side.
Dan Kepada Para Komentator Di MOM Ini, Silalah MemBeri Komentar-Komentar Yang MemBina BeSerta BerNas, Bukan Komentar-Komentar Yang MenCela BeRasa Pedas, Komentar-Komentar Yang IntiPati-IntiSarinya Padat Menambah Teguh, Bukan Komentar-Komentar Yang IntiPati-IntiSarinya Cacat MenCambah Keruh.
Salam Sentosa.
Kritikan membina adalah perlu utk menjadikan kita lebih baik. Terdapat banyak kes berkaitan keselamatan negara ditutup daripada pengetahuan rakyat utk kepentingan golongan tertentu. Saya lebih setuju dgn artikel2 didlm majalah Tempur yg adakalanya mengkritik pembelian senjata dan peralatan perang yg bermasalah spt projek NGPV dahulu dll. Supaya kita mengambil pengajaran dan perkara tersebut tidak berulang lagi. Keupayaan senjata yg kita miliki perlulah telus kecuali peralatan yg sensetif kpd keselamatan negara.
Sebagai cth. kapal selam Tunku Abd Rahman tak boleh menyelam, ianya menjadi bahan ketawa bukan sahaja oleh rakyat kita bahkan negara jiran tetangga ASEAN. Saya percaya ianya dpt diselesaikan dgn baik dan telus sekiranya ada perkongsian maklumat serta penerangan kpd ahli parlimen tentang masalah tersebut. Bila ianya cuba ditutup tetapi telah bocor ianya akan jadi bahan tertawa kpd umum. Masalah memang teknikal boleh diselesaikan oleh kontraktor terutama ia dibawah jaminan lagi. Kita tidak mahu ianya terjadi spt kapal selam Australia jenis Collins yg bermasalah sehingga banyak yg tidak boleh beroperasi dan dilupuskan.
Masyarakat Malaysia semakin maju dan berpelajaran tinggi, mereka mahukan ketelusan dan jaminan bahwa negara kita selamat dari ancaman luar. Wang mereka hasil cukai pendapatan dan cukai tidak langsung digunakan utk menjamin keselamatan diri serta harta mereka. Bagaimana bila mengetahui wang tersebut diselewengkan? mereka akan kecewa dan rasa tidak selamat lagi? Salahkan jika mereka mempertikaikan apa yg dilakukan dgn wang mereka? Kita adalah negara demokrasi bukan negara komunis atau kuku besi!!!
salam…
hal politik tak mau dah aku komen…
pasal notes yang paling atas tu boleh komen sikitkesahuhannya bro shah??
slogan DAP ialah CAT.
Cuai . Angkuh . Teruk
Careless . Arrogant . Terrible
Tak kesah sokong UMNO atau PAS. Yang penting, hancurkan DAP proksi PAP kat Singapore tuh..
Tu diaaa…keluaq juga luahan hati hang shah.Selama ni aku merajuk (kononnya) nak komen dalam blog ko sbb rasanya terlalu ramai org pramatang yang bagi komen.Kkdg rasa sakit hati je baca komen dlm blog ni.Lain tajuk yang diberi lain plak komennya.Lepas ni shah ko kena tapis le komen2 yang x berfaedah, yang boleh cetuskan provok.
salam…pasal osama aku pun tak percaya dia wujud ( aku bukan pro kerajaan @ pro pembakang – UNDI ADALAH RAHSIA)
1. Orang pakistan rileks je…
2. kat malaysia ( kecoh-kecoh sebab mereka dibutakan HASIL PENULISAN dengan agenda mereka oleh “Tangan-tangan yang tak nampak “)
3. SHAH aku paham benor kata ko tu.. bermoral dalam politik…AKU SETUJU BENOR!
4. “BACALAH” itu yang diseru oleh malaikat kepada NABI kita… BACALAH SEJARAH-SEJARAH… dari pelbagai sumber dan buat rumusan dpd permerhatain yg berilmiah…harap tidak menjadi mangsa mereka ( “Tangan-tangan yang tak nampak”)
5. Negara kita TERPAKSA!! perlu ada ISA…. ( kalau takda habis!! lagi sekejap negara MALAYSIA HURU-HARA!!!!) kemudian hari akan ada org berani melantang dan pertikai HAK RAJA-RAJA! HAK ORG MELAYU!! DAN sebagainya… mereka semua tu adalah BONEKA mereka bertopeng bangsa MELAYU!! ( sama seperti kisah KAMAL ARTAKTUK)- mengangkat Al-Quran bersorak pada semua org Islam untuk menentang InGGEris sedangkan peperangan itu dicipta bagi menaikan boneka mereka!!! dan boneka mereka akan disanjung dan akan disebut-sebut di mimbar MASJID-MASJID, KUTHBAH-KUTHBAH! dan akhirnya tembelang itu pecah , dan ahli ULAMA-ULAMA dipersalahkan oleh rakyat!!! apa nak buat ketika itu NASI DAH JADI BUBUR!!!!
Salam bor shah..timer kasih atas teguran tersebut..walaupun xbrkaitan dgn aq..yag pasal osama..klu btul osama tu wujud dan dah mati..ape plak yang akan jd dgn propaganda peperangan seterusnya..adakah masih diteruskan atau pun berakhir mengikut jejak osama..hanya ALLAH sj yang maha mengetahui apa yang akan terjadi..
Haha, penulis penulis komen ni yang tinggalkan komen tanpa akal semuanya taraf dungu Shah. Hahahaha. Aku gelak baca luahan hati kau. Jarang dapat baca luahan hati kau ni. Apapun, kita sanggup berpecah belah demi nak memuaskan hati ‘pemimpin’ yang dipuja, dilambung walhal kita digelakkan orang. Dan ya, aku pun tak sokong DAP. MCA pun.
Osama mati ke tidak, yang pasti gamba tu dah diedit..
Di mana osama sekarang, mgkn diculik amerika, mgkn beliau sydah lama mati, wallahua’lam.
Sila ambik pengajaran, bagaimana ISI pakistan telah bekerjasama dengan US dalam hal ini, untuk kepentingan tertentu..tanpa pakistan sedari faedah yang diterima hanya sementara, sedangkan US akan membelot pada bila2 masa sebagaimana Iraq di masa Saddam dulu..
Malaysia pun sama, jangan teruja sangat kerjasama dengan kerajaan US / Israel, skit hari lagi mereka akan belot.
Peace.
setahu aku,osama nie adalah boneka us yang direka untuk propaganda menjatuhkan ISLAM…so aku tak pedulik dia hidup ker atau mati..semuanya adalah 1 konspirasi terancang…
assalamualaikum Bro Shah,
terima kasih kerana selama ini sudi berkongsi maklumat pertahanan negara kepada kami semua.
ia amat berharga dan sangat berguna.
semua maklumat dan ilmu tersebut memberi kesedaran kepada orang awam ttg kenapa dan bagaimana negara kita MASIH boleh selamat sejahtera sehingga kini disaat negara2 lain bergolak dgn masalah masing2.
tapi satu yang pasti – tanah melayu si jantung hati ini semang sudah sangat lama diidamkan oleh banyak kuasa2 besar dunia. realitinya kita sedang diperhatikan sama ada kita mahu menerima hakikat ini atau sebaliknya.
Bro Shah – saya harap Bro akan kongsikan cerita ttg operasi komando kita kat vietnam dan video yg dapat dana dr CIA tu. kami tungguuuu…….tolong publish utk kita orang yek!
semoga Bro Shah sihat sejahtera selalu dan terus berkongsi pengalaman dgn kami semua.
tabik shah..dari dulu aku ikuti blog ni..memang politik sedap diulas..dari kedai kopi hinggalah ke cyber…
anyway,teruskan MOM..Dalam fb,ko tak tau nak apa diupdate..
Tujuan MOM ialah membicarakan militari malaysia secara terperinci.Jadi berbanggalah dengan blogini..Macam di indonesia diorang bangga dengan kaskus,alutsista..
betul tu bro shah, keep it up….. delete je mne2 coment yg berbaur politik (trmasuk la komen sye :P)….
p/s: cegah sebelum bertmbah parah…..
idup shah paskal……….!!!!!!!!!!!!!!!!
Alhamdulilah. kan senang kalau awal2 dah buat macam ni. lega. 🙂
Satu mesej yang jelas kepada puak-puak pelampau politik. Kalau semua benda nak dipolitikkan, habis lingkup. Contoh: Pembelian kapal selam. Perlu ke kita persoalkan pembelian aset pertahanan negara sebab tak sebulu dengan kerajaan? Sudara shah, saudara bersalah kepada saya kerana menyebabkan saya addict dengan blog ni dan juga info2 yang pada saya amat menarik sekali…keep it up and selalu la posting…
hmmm… politik tak bersalah sebenarnya, yg bersalah orang yg berpolitik melampau tu..
so, POLITICIANS MAKES MALAYSIA SUFFER
ntah la…
politik? ahh sy x amik peduli lah.. pasal osama bin laden tu.. sy langsung x pernah percaya yg osama tu wujud.. mungkin hanya propaganda AS aje utk menjatuhkan umat islam.. osama hanya utk menimbulkan ISLAM FOBIA..
Shah, aku sokong ko…delete je komen2 berbaur politik..aku mmg x suka baca..x tahu apa2 mau kasi hentam..seruis bodoh..Kerajaan bagi belajar tinggi2 bagi ubah nasib keluarga pastue balik2 hentam kerajaan balik..Mmg Kacang Lupa Kulit…orang-orang mcm nie laa kudis dan kurap dalam Negara kita…Aku sama mcam ko..aku x suka DAP..teruskan usaha mulia ko Shah…
salam bro shah…sy nak tanye ni betul ke osama laden tu memang dh mati atau sekadar lakonan sahaja..heheh…terima kasih…
good one………..terbaek..no politic!!
salam bro.. sy setuju sgt dgn pendapat bro tentang politik di negara kita yg semakin kronik. Pada sy politik yg dibawa mereka ni mcm sampah. Lagi dilayan lagi makin haprak. komen orang² mcm ni KITO DELETE JO, XDO KOMPROMI! hahaha..
Sepanjang blog ini wujud tak pernah sy miss artikelnya dari entry pertama sampai sekarang. Kandungannya mmg terbaik! keep up the good work bro!
thanks bro shah coz ade hati lagi nk update blog ni.rajin2 la update ye bro.thanks a lot
terima kasih atas nasihat di atas…terbaik…..
Dah tulis dari duuuluuu lg. Takde sapa suruh pecaya. Yang paling penting, takde sapa suruh BACA. Tak suka jangan baca.
Setuju…..Bak kat Encik Yusuf dari Kampung Pisang “KITA BAKO JE!!”
skrg byk betoi komen merapu dh malas nk bace komen. . delete jer komen y xde kaitan dgn blog n. . blog n byk info pentingnye ATM, cbaran2 peperangan konvensional. . pnting tuk org2 krang ilmu pasal military mcm sy. . truskan menulis shah. .
kito sokong shah tuan!!:D
abg shah, abaikan je puak2 politik tu, semua menda nak dipolitikkan.
trust me, kalo perang ke, konfrontasi melanda, puak2 ni la yg akan first lari ke blkg…
terbaik…kasi belasah dak2 yg asyik merapu jer comment2 nyer
ya..betul tu…semangnya tahap pemikiran politik rakyat malaysia sudah semakin kronik..kalau suruh bertumbuk antara penyokong parti politik y dengan x sudah tentu mereka melakukannya..
(5.Anda mungkin lebih bijak dan cerdik pandai dari orang lain tetapi fikirkan juga, blog saya dibaca oleh pelajar sekolah dan para remaja. Hormatilah mereka ini.)
benar,delete shj comment tidak berkualiti..menyakitkan mata dan hati saya sendiri sebagai pembaca yang merupakan seorang remaja muda..Tahniah En. Shahpaskal..Teruskan menulis..!!
Salam… pada kwn2 dlm blog MOM ini, saya sdirinya scara pribadi agak terkilan dgn kwn2 yg mberi comment kat blog ni, sperti yg kwn2 ktahui ini adalah blog militery jadi klu ia pun nak bpolitik dlm blog ini biarla yg mambina dan yg berkaitan dgn military sahaja.
scara pribadinya juga saya sdiri tahu pati yg mna patut saya sokong demi kemakmuran negara ku yg tercinta ini, so pada kwn2 yg membari comment kat blog ni tak payah la gunakan hal2 politik kat blog ni klu bole bincang la hal2 ketenteraan yg sperti Bro Shah inginkan.
Buat Bro Shah teruskan usaha anda kerna saya amat sukakan blog anda ini, bnyk maklumat yg saya tahu dari blog anda scara tak lancung membarikan saya ksdran akan hal2 pertahanan negara dan bertapa besarnya tangungjawap yg saya pikul sbagai sorang rakyat melaysia demi mjaga keamanan negaraku yg tercinta ini.
saya sokong sangat entry kali ni….semua orang politik ni ada kepentingan masing2…dan terpulang pada kita untuk percaya dari mana belah pihak sekalipun kerena itu adalah hak kita tapi sebagai seorang yang d kurniakan akal fikiran yang waras,guna lah untuk mendengar dari kedua belah pihak,bukan sebelah pihak sahaja..baru lah keadilan sebenar dapat d cari….
lagi satu saya menyokong penuh mejoriti apa yang d tulis saudara shah…
contoh nya sebagai seorang anak terengganu..sy ada pergi ke kenyir untuk mengetahui mengenai satu dari artikel shah lebih lanjut,dan saya temui kebenarannya..
dan banyak lagi matlumat shah berikan yang benar dalam erti kata lain menjadi realiti sebelum dari pengumaman org yg terbabit tapi telah d tulis terlebih dahulu oleh shah,sperti perolehan SGPV,Eurocopter dan sebagainya…
kepada shah…teruskanlah menulis..kami amat memerlukan nukilan pendapat dan wacana dari orang seperti anda….wslm..
Shah…Den setuju sangat dongan artikel ini. Sobonarnyo Den memang suko berpolitik, tapi kat blok kau Den maleh nak bercerito politik…Tapi kat blog-blog politik memang Den komen…Lopeh ini kau tuleh laa cerito-cerito yg menarik..Den akan support kau..Den banyak bondo nak cerito kau ..tapi kau pun faham kan…tapi Den janji akan boritahu kau mana-mano yg Den ghaso boleh dibuek tatapan umum…Den pun ghisau jugo sekarang nie…bukan apo sojak kematian Osama bin LaDen..puak-puak Amerika tu Dok sebok lak cari Den..dulu Den no 2.Osama no 1..bilo Osama dah tak ado…Den lak jadi target no satu dio org…nie yg Den nak kono berhati-hati la sikit…..laa ini mano Den poie Den ghaso ado ajo org yg “stalking ‘ Den….huhu ghisau Den dibuek nyo….!!!! Shah satu lagi kau tolong sangkutkan blog Den kat blog kau nie…bukan apo..blog Den tu baru bukak..Den nak buek publisiti sikit…bukan publisit murahan yo..ini kalau dikampung Den di panggil publisit tompangan…Apo-apa pun terimo kasih Shah…sobab berani buek blog macam ini untuk pengetahuan rakyat jelata….
salam bro. memang tak dinafikan politik menentukan siapa yg berkuasa di sesuatu tempat. tapi pernah terfikir tak puak2 yg emisional tu, lagi 50 tahun, mana penduduk pulau tu nak duduk? tempat tu dah sesak. ndak tak hndak kena lah ambil negeri ini. cara pengambilan…. pikir la sendiri,sebab itu lah saya anggap tak akan ada perang dengan mereka, sebab dorang nak gunakan kemudahan yang ada kat sini.
bro shahpaskal..
trime kaseh atas teguran bro untuk sume yang terlalu taksub dengan hal politik..
saye pembace tegar blog ini secara peribadinya tak pernah menidakkan kekuatan dan kehebatan ATM kita, baik cabang Darat, Udara mahupun Laut.
siapa lagi yang nak memandang tinggi kekuatan umat Islam dan bangsa Melayu kalo bukan dari penganutnya dan bangsanya sendri? tepuk dada, tanya selera..
ade sebuah permintaan untk bro shahpaskal..
boleh tak bro shah kuarkan artikel pasal Prinsip Peperangan Tun Perak dan perbezaannya dengan The Art Of War: Sun Tzu..
nak sangat tau pasal prinsip Tun Perak..
Orang kita dipengaruhi dengan taksub politik yang melapmpau sehinggakan sanggup berpecah belah sesam sendiri bagi menegak benang yang basah… apapun teruskan ushana anda tuan tanah..mana mana komen yang melebihkan politik delete terus..kalau boleh penkomen tu didaftar supaya senang nak black list…
as salam…tuan teruskn perjuangan..saya syorkn mana2 komen yg lari dr tajuk kasi delete terus la..xyah layan..wat semak kepale ja..
Salam,
Saya adalah pembaca tegar blog ini. Tapi tak pernah sekali pun rasa nk baca comments dari pembaca-lain. Saya sangat kagum dengan blog ini sehinggakan saya meletakkan blog ini sebagai salah satu references dalam assignment saya (transfer of technology). Entri kali ni telah membuatkan saya rasa hampa, sebab tiada input yang saya harapkan.
Saya percaya entri selepas ini lebih padat dan hebat. 🙂
POLITICS MAKES MALAYSIAN SUFFER!!!
Assalam.
lama dah tak komen.memang menarik artikel sebelum ni. tapi komen2 yang pedas dan beracun agak melunturkan keharmonian blog ini dan juga menyebabkan fokus utama artikel tersebut hilang di tengah2 kebobrokan komen hanyir.
saya ada promote blog ni kepada kawan saya dan saya berpesan yang blog ni blog ketenteraan dan keselamatan negara. what ever your political stance is, never compromise malaysia’s independence.
Teruskan usaha tuan, saya tak sabar untuk membaca entri seterusnya. 🙂
Salam, setiap kali tuan membina entri baru saya pasti akan memunculkan diri untuk membacanya. Benarlah kata tuan, cukup banyak yang menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengutuk antara satu sama lain mengenai fahaman politik masing-masing.
Bagi saya yang membacanya saya hanya tersenyum dan menggeleng-geleng sahaja. Saya lebih suka memilih untuk mendiamkan diri, lagipun apalah saya untuk membincangkan mengenai hal politik kerana saya pun tak punya banyak ilmu dalam bidang ini.
Walaubagaimanapun, terima kasih diucapkan kepada tuan kerana sudi berkongsi ilmu dan kajian tuan mengenai angkatan tentera kita, bangga saya setiap kali membaca entri tuan. Untuk membahaskannya juga tidak sampailah saya, tak punya ilmu pun dalam mendebatkan entri tuan.
Satu sahaja yang mampu saya ucapkan, teruskan dengan usaha tuan ini, semoga orang seperti saya akan perolehi maklumat berguna dan bermanfaat.