NOTA PENULIS : TAHNIAH PASUKAN KITA MENANG BOLA MELAWAN INDONESIA 3-0
1. Anda hendak jadi pilot jet pejuang? Anda fikir, terbang dengan Mig-29 adalah sama dengan membawa pesawat Airbus A300? Genggam joystik, semudah main PS2?
2. Hari ini saya akan kupas topik yang saya tengok tidak pernah disentuh langsung oleh akhbar, majalah mahupun forum-forum pertahanan kita.
3. Jadi biarlah saya memecah rekod, dahulu sekitar awal tahun 2000, saya pernah bertemu dengan seorang doktor (tentera darat) di pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) di Subang.
4. Pertemuan saya dengan beliau disyorkan oleh seorang kenalan saya kerana saya sedang membuat kajian mengenai sindrom-sindrom merbahaya yang mempunyai potensi untuk meragut nyawa pilot pesawat pejuang kita.
5. Doktor yang saya maksudkan ialah Pengarah Institut Perubatan Penerbangan TUDM iaitu Kol Dr Zahari Jusoh.
6. Sekarang beliau sudah berpangkat Brig Jeneral dan menyumbangkan tenaga untuk membantu Agensi Angkasa Lepas Malaysia.
7. Beliau merupakan doktor dari perkhidmatan tentera darat tetapi bekerja di pengkalan TUDM Sungai Besi dan pakar pula pasal penyakit-penyakit juruterbang atau pilot ini.
8. Kolonel Dr Zahari pada mulanya berat hendak bercerita dengan saya kerana beliau mahu saya mendapatkan “clearance” keselamatan dari Kementerian Pertahanan tetapi saya kata, semua sudah beres.
9. Saya bertemu dengan beliau kerana saya syak ada sesuatu yang tidak kena pada nahas-nahas maut pesawat Pilatus dan jet-jet pejuang TUDM.
10. Topik yang saya mahu bualkan dengan beliau adalah sindrom “G-Loss of Conciouness” (G-Loc – G merupakan graviti) dan satu lagi sindrom ialah “Spatial Disorientation”.
11. Kedua-duanya merupakan sindrom utama yang mengancam pilot tidak kira dalam pesawat tentera mahupun awam.
12.G-Loch merupakan satu keadaan di mana seorang pilot mengalami masalah penglihatan akibat aliran darah gagal mencapai ke otak.
13.Masalah G-Loch ini mungkin tidak berlaku dalam penerbangan biasa tetapi dalam keadaan “Dogfight”, pertukaran arah dan altitude akan berlaku secara tiba-tiba dan ini akan memberi tekanan serta beban kepada mental dan fizikal pilot.
KORBAN SINDROM INI PADA PIHAK TUDM
14.Daripada data yang saya kumpulkan, sejak dari 1978, lebih dari 42 pesawat berenjin jet TUDM yang terdiri dari Tebuan, Aermacchi, F-5E, Skyhawk, Hawk and Fulcrum sudah terhempas.
15.Daripada jumlah itu, 21 pilot termasuk juruterbang pelatih gagal melenting keluar sedangkan pesawat mereka tidak meletup di udara malahan mereka ini mempunyai masa yang cukup sebelum muncung pesawat menjunam ke bumi atau lautan.
16.Kecuali satu kes yang melibatkan sebuah Hawk kita, di mana saya difahamkan apabila pilot tersebut keluar menggunakan kerusi lenting, beliau eject dalam keadaan kapal terbang sedang berpusing akibat hilang kawalan.
17.Ketika itu, Hawk tersebut sedang berpuncing 360 darjah di mana ruang atas menghadap bumi, apabila pilot tersebut eject, kerusi lenting dengan kelajuan tinggi terkena pada pokok kelapa sawit dan menyebabkan pilot tersebut terbunuh akibat tengkuknya patah.
18.Berbalik pada persoalan di atas, mengapa pilot-pilot ini gagal keluar dari kokpit mereka kerana hampir kesemua pesawat dilengkapkan dengan kerusi lenting. Adakah mereka pengsan di dalam kokpit pesawat? Saya ingatkan semula, sejak enjin jet diperkenalkan ke dalam TUDM, kita tidak pernah melatih pilot kita mengatasi sindrom ini sehinggalah pada tahun 2004.
19.Menurut cerita Dr Zahari, ada pilot TUDM yang terselamat ketika sedang mengalami sindrom ini dan bergegas untuk mengawal pesawatnya semula.
20.Juruterbang itu menceritakan pengalamannya kepada beliau, semasa mengalami sindrom ini, darah dirasa mula tertumpu ke kaki dan muka akan menjadi pucat.
21.Ketika ini mata akan menjadi kabur dan penglihatan akan menjurus ke arah satu terowong iaitu “Tunnel Vision” dan seterusnya pitam.
22.Pilot itu seterusnya memberitahu, semasa pitam itu beliau terdengar-dengar suara Allahyarham ibunya memanggil-manggil namanya dan serentak itu beliau terus tersedar, menarik joystick untuk mengangkat pesawat ke altitude yang lebih tinggi ketika pesawat berenjin jet yang sedang beliau terbangkan sedang menjunam ke bumi.
SAAT-SAAT TERAKHIR SEORANG PILOT
23.Kata Dr Zahari, seorang pilot hanya mempunyai beberapa saat untuk tersedar dari pitam dan bayangkan pesawat sedang berada pada ketinggian 23,000 kaki, juruterbang pula pengsan, dalam masa 10 saat, pesawat akan menjunam kepada 8,000 kaki.
24.Itu pada masa aman di mana juruterbang boleh terbangkan pesawatnya tinggi-tinggi tetapi dalam perang, misi dan pertempuran udara berada pada jarak yang lebih dekat dengan bumi dan pilot terpaksa membuat manuver-manuver ketat sehingga memberikan beban tekanan kepada pesawat dan juga tubuh pilot itu sendiri.
25.Bayangkan pilot tersebut terkena sindrom G-Loc ini ketika sedang dikejar oleh peluru berpandu dan juga jet pejuang musuh.
26.Kalau dia terselamat dari misil tadi, dia mungkin tidak selamat dari terkena sindrom G-Loch dan pilot tersebut pitam, 2 saat kemudian dia tersedar tetapi dia memerlukan 15 saat lagi supaya keadaan otak beliau benar-benar normal dan dalam masa 15 saat itu, pesawat musuh sudah pun menghampiri dan menembak beliau dengan menggunakan meriam atau mesingan.
KETAHANAN MANUSIA DAN PESAWAT TERHADAP DAYA G
27.Tekanan daya G pada manusia yang sedang berdiri di permukaan ialah 1G dan kalau kita menaiki lif dari tingkat bawah sehingga ke tingkat teratas di menara berkembar KLCC, kita akan rasa tekanan daya G ke atas badan kita sebanyak 1.14 sahaja dan kalau turun kita dengan lif dari KLCC, kita akan merasa tekanan daya G pada tahap 0.86.
28.Seorang manusia biasa boleh menahan daya G sehingga ke tahap 4 dan dengan menggunakan jaket anti-G yang selalu di pakai oleh pilot pesawat pejuang, pahlawan udara ini boleh menahan tekanan G sehingga ke tahap 5.4 atau 7.
29.Pesawat TUDM seperti F-5E (teknologi tahun 60an) boleh menahan daya G sehingga ke tahap 8 sedangkan sebuah peluru berpandu seperti Sidewinder boleh menahan daya G sehingga ke tahap 9 atau 12.
30.Saya percaya pesawat-pesawat terbaru milik TUDM seperti MIG-29 dan seterusnya mampu menahan daya G lebih dari tahap 12.
LATIHAN G-LOCH
31.Negara kita baru sahaja mempunyai simulator Human Centrifudge Chamber dari jenis ATFS 400 yang terletak di pengkalan TUDM Subang.
32.Alat ini akan berpusing 360 darjah dengan pelbagai variasi kelajuan, bakal pilot akan duduk dalam satu kapsul khas dan cuba menahan dari pitam ketika kelajuan ditingkatkan.
30.Alat ini sangat penting untuk meningkatkan daya ketahanan G seseorang pilot, latihan menggunakan simulator penerbangan hanya untuk membiasakan pilot dengan sistem avionik serta instrumental pesawat, bukan meningkatkan kecekapan pilot.
33.Selain alat Human Centrifudge Chamber, satu lagi alat penting untuk melatih seseorang pilot pesawat pejuang ialah alat ACMI yang sehingga kini tidak dimiliki oleh negara.
34.ACMI ini yang mendedahkan pilot mengenai taktik peperangan dogfight dan buat pada masa sekarang, kita menumpang menggunakan alat ACMI yang dimiliki oleh Thailand.
SINDROM SPATIAL DISORIENTATION
35. Mengantuk pula….(ini bukan masalah G-Loc tetapi kerana asap rokok berkepul-kepul dalam bilik yang sempit, masuk mata dan hidung).
36.Saya tidak pasti jika ada pilot TUDM yang mengalami kecelakaan akibat masalah Spatial Disorientation.
37.Keadaan ini berlaku apabila pilot gagal mengenalpasti horizon yang tepat kerana berlaku percanggahan dalam realiti penglihatan, otak dan graviti badan (graviti badan manusia ditimbulkan oleh beberapa saluran atau organ kecil dalam telinga dalam).
38.Keadaan ini juga bertambah buruk apabila helikopter atau pesawat terbabit tidak mempunyai peralatan atau instrumen yang sesuai, kecelakaan sebenarnya lebih banyak berlaku pada pesawat latihan tentera atau pesawat kecil milik peribadi seperti yang menimpa adik Presiden Kennedy iaitu John F. Kennedy Jr dalam nahas Cessnanya pada 1999 di perairan kepulauan Martha Vineyard.
39.Senarai pesawat awam yang mengalami kecelakaan akibat Spatial Disorientation adalah : Pesawat Air India Flight 855, AeroPeru Flight 603, Atlasjet Flight 4203 dan Birgenair Flight 301 (sumber Wikipedia).
40.Dalam bahasa mudah, keadaan ini sering berlaku dalam penerbangan di atas permukaan laut dan dalam cuaca buruk.
41.Permukaan air akan memantulkan cahaya bulan dan visual ini akan menipu juruterbang apabila beliau menyangka bahawa permukaan laut itu adalah langit sebenar.
42.Pilot akan membetulkan kedudukan pesawat sebelum terbang menuju ke permukaan lautan yang disangkanya langit (Bussshhhhh….pesawat pun berkecai terhempas ke permukaan air).
SEKIAN SAHAJA WASSALAM…
UNTUK MELIHAT BAGAIMANA ALAT ATFS BERFUNGSI SILA COPY LINK INI :
http://wn.com/ATFS-400__Royal_Malaysian_Air_Force
ade dua jenis g-force..positif G n negatif G..roughly pilot will face a BLACKOUT starting with the tunnel vision at 4 to 5 +G..but if their have G suit and practice AGSM ( anti G straining manouvre ) can make it to 9 +G..the simple explaination of G,let say ur weight is 70kg..if ur experience +2g that’s mean there are a force of 140kg impact to your body..just imagine how about +9 G..630kg impacting ur body..how to stay concious..???…
try la tok mat..selection 2 minggu.aku dlu fail minggu kedua.time selection tu ,aku lower 6..kalo ko dpt pi selection,baik jgn bgtau org..bkn ape,takut fail pastu balik kampung sengih2 kt org sambil berambut botak..hehe..aku da kne dlu..
kalaw aku la cnfirm da lena! haha
Saya pernah mengalami situasi ni masa buat penerjunan free fall dari ketinggian 13 ribu kaki, mula nampak banyak bintang, nasib baik boleh control hansem lagi, pada mula nak buat base dgn kengkawan tapi disebabkan penyakit ni saya alert je kalau collapse mungkin saya sempat tarik payung keluar. Alhamdullilah selamat mendarat tapi visual nampak sekerat-sekerat je, pastu muntah
Boleh crash jugak sebab pilot senang nak lolap dan ngingau
Bukan Arab Saudi, Mesir (Ex-Fighter Pilot)
‘throttle stick’ untuk full/low speed pesawat
kenapa ‘joystick’? rasanya benda tu boleh ditala kesemua arah
habis apa gunanya anti air missile?
china boleh serang melalui laut ajalah.
nak masuk vietnam pon sekerat jalan aja.
jangan lah terlalu membanggakan seteru n merendahkan ATM.
nak menang perang bukan setakat tembak2 missile.
sekuat2 dinasti china pon dah berapa kali tumbang. rakyat berjuta2 jadi pelarian. selekeh2 kita pon dulu xdanya nak lari @ diangkut ke luar asia tenggara. xmungkin dalam masa terdekat china akan mengisytiharkan perang. dengan taiwan pon china teragak2. korea utara yang kecik tu pon lg la teragak2. bukan nak memperlekehkan kekuatan china. tp mampukah china berperang dlm medan tempur yg banyak sekaligus.
Perlumbaan Senjata Atau Kerjasama Tentera?
Saya tergerak untuk mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa Malaysia tidak perlu berlumba senjata dengan negara jiran terutama di rantau ASEAN, sebaliknya harus memperkukuhkan kerjasama ketenteraan untuk menjaga keamanaan sejagat. Beliau berkata demikian pada 2 Ogos 2010, ketika menerima kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera Singapura, Lieutenant General Neo Kian Hong, Setiausaha Pertahanan Timor Leste Dr Julio Pinto dan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei Kolonel Yusof Abd Rahman.
Kenyataan oleh Menteri Pertahanan itu dianggap amat bertepatan dan “very timely” ekoran timbulnya dakwaan penganalisis politik dan pertahanan tentang berlakunya fenomena perlumbaan senjata (arms race) di kalangan beberapa buah negara Asia Tenggara akhir-akhir ini.Kenyataan tersebut sekaligus menjelaskan kedudukan Malaysia di dalam kancah perlumbaan senjata, yang boleh dimaksudkan sebagai satu saingan atau perlumbaan di antara 2 atau lebih negara dengan matlamat untuk mencapai keunggulan ketenteraan melebihi saingannya.
Perlumbaan senjata berlaku antara lainnya kerana, “we always live in fear and distrust of one another in a dark world of our own making. Where there is no threat we will create one to legitimise a strong military capability. Where there is indeed a credible threat, we will magnify it if need be to suit our own interests. We will arm ourselves to the teeth many times over when we can afford it, and oblige others to do the same to the best of their ability”. Kenyataan ini dipetik daripada ucapan perasmian 15th Asia Pacific Roundtable 2002 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Perlumbaan senjata di kalangan negara-negara yang berkonflik boleh menimbulkan ketegangan yang berakhir dengan peperangan (terhad atau terbuka) khasnya apabila pihak yang berkonflik secara sewenang-wenang menggunakan arsenal ketenteraan ke atas pihak musuh mereka. Kejadian seumpama ini pernah berlaku di rantau Asia Timor dan Asia Selatan.
Kerjasama ketenteraan bukanlah alternatif kepada perlumbaaan senjata kerana tidak ada hubung kait antara keduanya. Namun, seperti kenyataan Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam 14th Asia Pacific Roundtable 2000, kita perlu melakukan anjakan daripada “adversial security to cooperative security” dan anjakan daripada ” a focus on a narrow military security to a focus on a wider, comprehensive security” jika sekiranya kita menghendaki keadaan keselamatan yang lebih “durable” di peringkat nasional, serantau dan juga global.
Kerjasama ketenteraan di kalangan negara-negara serantau memang telah lama di laksanakan, sama ada secara dua hala mahupun secara pelbagai hala. Ia mencakupi ruang lingkup yang amat luas: antaranya termasuk program pertukaran pegawai/anggota, tawaran kursus/latihan, pertukaran maklumat, latihan dan operasi bersama. Tidak dapat dinafikan bahawa menerusi kerjasama ketenteraan ini dapat memberi “nilai tambah” kepada pasukan tentera yang menyertainya dalam bentuk peningkatan tahap profesionalisme ketenteraan. Namun, apa yang lebih penting ialah kerjasama ketenteraan ini mampu untuk menjalinkan hubungan silatur-rahim di kalangan mereka yang terlibat, membolehkan mereka untuk berkomunikasi sesama mereka dan akhirnya meningkatkan tahap keyakinan (confidence level) di kalangan pucuk pimpinan tentera yang menyertai kerjasama ketenteraan berkenaan.
Dalam konteks diplomasi ketenteraan, pentingnya hubungan ini adalah untuk memudahkan sebarang bentuk perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu-isu dua hala yang berbangkit. Keakraban hubungan ini menjadi pendokong kepada usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kepimpinan negara. Disebabkan inilah, Malaysia sentiasa menjadi keutamaan lawatan pimpinan tentera di kalangan negara ASEAN.
Sememangnya, apa yang sedang diusahakan secara individu mahupun secara kolektif oleh setiap negara anggota ASEAN adalah ke arah membentuk suasana keselamatan yang lebih bersifat bekerjasama dan komprensif (cooperative and comprehensive security) dan bukan sesuatu yang bersifat bermusuhan (adversary).
*di ambil drpd blog http://bestmanword.blogspot.com/
terima kasih
Untuk melihat jendela tentang analisis alutsista TNI sila buka di
http://analisisalutsista.blogspot.com/
Moskit, ramai juga orang Malaysia termasuk yang bekerja sebagai tentera juga yang percaya bahawa KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak lebih hebat dari USS New Mexico dan USS Texas. Mereka juga percaya KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak boleh menyelam lebih dalam, belayar lebih laju dan berada di bawah air lebih lama berbanding dengan USS New Mexico dan USS Texas.
Kurang baik bro psiko2 orang mcm ni…kalau ada point yg relevan boleh jugak kita kongsi dan bincang kt sini….
I like this blog…mind boggling!
china mmg dilihat bsungguh2 mengatasi u.s dlm hal ekonomi dan military.
Now tgh dvelop stealth fighter j20 pun u.s tgh pantau.
Serang msia akan drag china to 3rd world war. It wil hapen jka ikut ramalan prophecy china n nostradamus.masa saja menentukan.
semoga pemimpin x leka. Panama port telah d ambil alih oleh company berteraskan military china dan dpercayai dari situ akan d lancarkan serangan misile ke u.s.
Pendekar Gunung, ramai yang tidak percaya tentera Republik Rakyat China mampu menghentam sasaran-sasaran mereka dengan mudah walaupun dengan menggunakan pesawat H6 yang dilengkapi dengan peluru berpandu kruis. Mereka fikir pesawat SU30 Malaysia boleh menghalang serangan itu dengan mudah. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa pesawat-pesawat H6 tentera Republik Rakyat China hanya perlu terbang kira-kira 1000 km ke selatan Pulau Hainan untuk melepaskan peluru berpandu kruis mereka. Kawasan itu di luar jangkauan pesawat SU30 Malaysia. Percubaan Malaysia untuk memintas serangan dengan menggunakan SU30 akan menjadi satu mimpi ngeri. Apakah jumlah 18 buah SU30 Malaysia boleh menghadapi beratus-ratus buah SU30 pelbagai versi tentera Republik Rakyat China? Sekiranya J20 pula digunakan oleh tentera Republik Rakyat China, SU30 Malaysia akan pupus dalam masa beberapa minit sahaja.
ko yakin ke malaysia akan pupus dalam berapa minit,ko pernah tengok ke
ko pernah rasa pupuske,china tu ada beritahu ko missle tu boleh sampai sini
nampaknya mamat ni betul2 percaya pada kapal terbang h2 and cruise missile dari pada tuhan dan doa + tawakal orang mukmin adalah segalanya mengatasi misille cruise…..nampak sangat mamat ni tak matang intelek dia….malang sungguh.
Please comment;
http://www.cnn.com/2011/WORLD/asiapcf/01/05/china.us.fighter.jets/index.html?eref=mrss_igoogle_cnn
mengenai Spatial Disorientation memang berlaku pada sesiapa pun wlaupun yang bukan pilot.dah memang sifat manusia dah memang bercelaru dengan macam2 masalah dari tekanan hidup,kerja,gaji,rumah tangga macam macam lah dan di burukan lagi dengan tekanan g force membuat pilot tu bertambah brcerlaru (Spatial Disorientation)
dan dalam ptempuran dogfight pilot2 akan merasa seksanya g force ni walau pun tahap 4 ke 5g belum sampai 9g entah apa pula rasanye.walaupun apa rasenye pilot2 ni kena hadapi jugak situasi ni-bagi aku dah tak peduli berapa impak g force ni dan kesan pada frame pesawat (penting nya pesawat berciri2 dogfight)kerana di saat ni hanya ada satu perluang saja ‘kill or be kill” siapa yang dulu..
ini lah yang terjadi pada pada perang korea tahun 50an dulu dimana ace pilot f 86 sabre dan mig -15 bertembung di mig alley atau lembah mig dimana pilot mig(tarrant) ni lansung tidak mepunyai g suit sering saja pitam2 sewaktu dogfight bah kan ada yang pitam kemudian sedar masih lagi masih mampu mengawal pesawat yang menjunan ke bumi yang tingal hanya tingal berapa meter saja nak terhempas. ….
shah’
boleh ko cerita lepas ni plak pasal
perisitiwa september 9 atau 911 satu pembohongan hairan bt ajaib
seperti- kapal terbang saiz boieng 737 boleh masuk kesemua kedalam bangunan world trade centre dan pentagon tanpa tingal bahagian ekornya sedikit pun mengikut hukum fizik(melalui bukti gambar dan video yang ada)
tentang hoax misi Apollo 11 moon landing-meragukan mendarat di bulan .tapak kaki astronut kelihatan jelas tapi kenderaan Lunar Roving Vehicle yang berat dekat 1 tan tu tak meningalkan tayar track.. pelik……
Gila ko nak isap rokok bidi tu,bau busuk siot…
Tahniah Uncle Shah..Entry yang jarang-jarang sekali diungkit.. Mengenai daya G, lumrah bagi seseorang manusia mengalami situasi tidak normal bergantung pada sesi latihan.. Seorang pilot Boeing 737-800 dan pilot TUDM SU-30MKM adalah tidak sama daya gravitinya..
Tambahan pula,sebuah jet pejuang dgn kelajuan 1.6-2.2 Mach dgn manuever ketat utk mengelakkan diri dari peluru berpandu menyumbang kpd bahaya yg mendatang pd pilot berkenaan seperti ‘pitam’ dan kapilari darah boleh terkeluar dari lapisan kulit atau tertumpu pada satu bahagian anggota badan…
comment from [email protected],
http://strengthofmalaysiamilitary.blogspot.com/
p/s : sementara tunggu entry terbaru shah,jom lepak blog sy pula ya..
hi,
tp kbykan kmalangan disebabkan oleh Human Error sama ada Pilot Error or Technician Error….
Sebab jarang berlaku failure yg boleh buat crash..even engine failure pun aircraft still bole glide till ground…
Aircraft is built with safety measurement yg tinggi, semua equipmnt mesti ada backup…
Faktor-faktor pesawat terhempas
1. pesawat usang
2. alat ganti tidak menepati spesifikasi
3. alat ganti rosak
4. sistem tidak berfungsi (elektronik, mekanikal)
5. sengaja dilakukan oleh pihak berkuasa untuk menakut-nakutkan orang ramai
6. pilot mabuk atau mengambil dadah sebelum berlepas
7. kecuaian juruteknik yang menyelenggara kapalterbang
8. cuaca
9. masalah komunikasi
10.sabotaj dan sebagainya
80 peratus kes pesawat terhempas ialah semasa berlepas dan mendarat.
Kira benarlah Shah apa yg aku dgr sendiri berkenaan g loc…di mana keadaan pandangan menjadi blank atau mata jd putih jika tekanan daya G yg terlampau,cerita seorang mejar pilot mig 29 berkenaan pengalaman yg dilalui oleh seorang rakan seperjuangan beliau…
Sebenarnya pilot2 jet kita ni lasak,tahap training yg agak agresif dan extreme,membuat manuever2 yg sukar hingga ke tahap maksimum,tu sbb situasi2 yg yg ko ckp Shah tidak mustahil boleh terjadi…Bro,mmg dorang ni gila beb tp beranai!!! respek aku,respek…….
Cerita bab rokok plak,ni yg wat aku pening sampai skang Shah… Ko pikir le 5 tahun ke 10 tahun akan datang,harga dah tentu lbh mahal dari minyak itam motor,cmne le ms tu…aku ingat aku isap rokok daun je la x pun gulung suratkhabar lama yg tak pakai,bakar n jadikan mcm rokok…janji ada asap haha…
-Captain ‘Soap’ MacTavish-
Kerajaan tidak mungkin naikkan harga rokok sampai RM20 sekotak kerana kalau orang sudah tidak mampu beli rokok, kerajaan akan hilang wang cukai.
Rokok seludup pula berleluasa, kilang rokok akan tutup dan ribuan orang hilang pekerjaan.
Aku isap rokok seludup jenama League, hang cuba pergi kedai runcit mamak atau cina tanya pasal jenama tu. Murah beb RM2.50 sekotak, satu lagi kalau nak jimat sangat isap rokok keling…harga RM1.60 utk 20 batang, kau pergi kedai runcit India atau mamak dan tanya pasal rokok Bidi (Rokok Keling).
Kalau kaya sikit, kau beli paip…aku pun isap paip dari jenama Dr Plump, harga satu set RM300. Macam popeye lah jawabnya tapi besttttt..tembakau untuk stok 2 minggu, harga RM15.00, set filter untuk sebulan harga dalam RM15.00, dapur dia harga RM0.50 satu.
Shah! aku penah isap rokok murah, tak silap taxes 5. tapi tak leh tahun, hisap 2 batang terus kene 3 hari punya demam, siap muntah2 lagi. lepas tue terus isap rokok standard sikit. hehehehe..
lari topik lak
Texas 5 ni dia taruk ubat gegat banyak sangat….bukan lipas je mati, orang pun boleh mati.
apa2pun…merokok merbahayakan kesihatan dan org2 keliling u…
salam….
entry baru yg menarik….
ada cita2 gak nk jadi pilot….
bgs la kalo ko ada cita2 nak jadi pilot..
f ko nak, try apply KTU pas dapat result SPM..insyaAllah..
tp kalo xdpt jadi fighter pilot, jadi la commercial pilot pon xpe..
tgk jek iklan airasia or mas..mcm skrg, airasia ada bukak untuk kadet pilot..
just guna result SPM..english, math, physic and Bahasa Malaysia.
kalo airasia, xsure mcm ana tp experience dgn mas, dorg akan panggil utk pyschomotor test..mmg enjoy abes..aku fail coz aku bukan dak kaki game coz test ni more to test collaboration antara otak untuk tasfir maklumat dgn keputusan yang akan dibuat melalui tangan..test die, just main game!!! sgt2 bes..walaupon aku fail, tp ok..test paling enjoy penah aku amik dlm hidup..hehehe
so, gud luck.
thank bro….
hope tercapai impian…
sape2 yang cita nak jadi fighter pilot yang boleh tahan g force boleh tengok ni
http://www.youtube.com/watch?v=wl54J_PToII
boleh tengok muka seorang2 bila kena g semua jadi cun2 belaka..ha ha
nice article ni..
Toleransi G ni banyak berkait rapat dgn badan kita semakin sihat semakin bagus tinggi G boleh tahan..
dengan latihan menahan yg mcm dalam toilet tu dapat mnyekat pengaliran darah ke kaki dan ke kepala..
kalau tgk redbull air race boleh tgk muka pilot dorang mcm mane..
spartial disorientation ni..
bole berlaku di laut dan udara..
sebab tu ada sesetengah orang mabuk laut dan udara..
sebab confusion dgn organ tlinga dan mata..
cecair dalam tlinga bergerak dan menghantar signal ke otak lain dan mata antar signal lain..
so clash n end up mabuk laut n udara..
that why pilot slalu kene trust instrument terutama bila masuk dalam awan sebab takde horizon sebagai rujukan…
my 2 cent…
Salah satu cara untuk memaksimunkan ketahanan pilot menentang daya G ialah dengan menyusun semula design kokpit, pilot akan berada dalam kedudukan meniarap. Ini merupakan kajian saintis barat
syabas…artikel yg membuka minda kita semua…teruskan usaha gemilang saudara…
artikel yang menarik…
rata2 skrg ni, based on pembacaan sy pasal neh, now kebanyakkan pilot untuk jet ni didedahkan dengan at least, 9G..tapi masih ada lagi pilot senior yang kadang2 xley nak tahan pada 9G dalam maneuver yang extream. kalo nak tau cmne effect G Force neh, try masuk youtube, search blue angle team..carik la pilot blue angle ni kenakan pilot lain dalam maneuver F-15 dorg (kalo xslp la).
then, saja nak kongsi fakta, pilot yang mempunyai ketinggian yang xbrape tinggi or bahasa mudah, agak pendek lebih tinggi keupayaan untk face G Force berbanding pilot2 tinggi. Ini ada kena mengena dengan blood circulation dalam badan orang yang pendek dan orang yang tinggi apabila daya G ni dikenakan.
Just nak kongsi info pasal G force nie.Aku baru tengok documentary ari tuh.Dalam sejarah, ada sorang insan pernah di”experiment”kan dengan daya G ni dengan menaiki rocket train.Rocket itu cecah 1000km/h in 5 sec pastu dengan menggunakan water brake, rocket itu diberhentikan dalam masa lebih kurang 2 sec, basically dia dikenakan lebih kurang 40G. Orangnya hidup tetapi buta temporary dan dalam masa 1-2hari matanya kembali pulih.
Tubuh manusia memang mampu menahan daya G ketahap tersebut tetapi macam saudara shahpaskal huraikan, badan manusia takleh fuction secara normal(pitam).
Semasa re-entry rocket Soyuz TMA-11, Dr Muzaffar dan crew lain mengalami 8.2G
Penjawat Awam,
Tak tahu pulak kalau TUDM sewa dari Aerothree pasal kali terakhir yang saya dengar, pembelian/penyewaan ACMI tertangguh kerana ia sedang disiasat oleh SPRM.
Terima kasih kerana prihatin terhadap kesilapan saya, bukan MIG 29 tetapi Hawk yang berlaku di sekitar Gua Musang tahun 1998. Kesilapan sudah saya perbetulkan
salam. bro shah, ttg ACMI tu, bukan mindef dah sewa dari company aerotree ke? sebelum sewa tu mmg kita tumpang facility dari thai, kt korat kn? lg 1 bro, mig29 yang terhempas tu mmg terbunuh ke pilot dia? ada 2 crash kan? yang kt kuantan, mej. fahim.. dia selamat time tu.. lg 1 crash tak igt plak.. dah lame benor..
Salam,
Dalam bahasa mudah, daya G ni saya faham sebagai perbezaan tekanan akibat perubahan ketinggian. Try panjat Gunung Kinabalu, memang boleh faham pasal daya G ni. Subuh sampai ke puncak gunung dan turun ke kaki gunung dlm hari yang sama, memang akan faham apa yang dikatakan sebagai perbezaan tekanan akibat perubahan altitud.
35. Mengantuk pula….(ini bukan masalah G-Loc tetapi kerana asap rokok berkepul-kepul dalam bilik yang sempit, masuk mata dan hidung). KOMEN: Bro, aku kadang-kadang cakap dengan geng lepak masa lunch – kalau rokok tu elok, bagi ler pulak kat anak-anak. Tak gitu, kalau dah mende baik?
42.Pilot akan membetulkan kedudukan pesawat sebelum terbang menuju ke permukaan lautan yang disangkanya langit (Bussshhhhh….pesawat pun berkecai terhempas ke permukaan air). KOMEN: Hukum adat/fitrah (?) Kalau menjunam kita rasa badan akan membongkok ke hadapan, dan kalau menaik-menjulang maka badan akan rasa seperti tersandar melekat pada kerusi. Tak gitu bro?
Code = 7B7A? Kalu SPM dulu dapat cam ni, harus sekarang aku jadi pilot kot.
Betul….tapi itulah yang dipanggil Spatial Disorientation (SD) Pesawat sedang bergerak ke bawah dalam keadaan kita SD pun x sedar. Nampak mcm tak logik tapi bacalah mengenai Sindrom SD di web site lain untuk benar benar memahami fenomena ini.
saya pasti kejadian sebegini ini pernah didokumenkan dalam Nat Geo untuk siri kemalangan di udara (penerbangan komersial). Tak silap pilot tidak dapat mengesan kedudukan sebenar walaupun amaran diberikan mengatakan kedudukan pesawat sebenarnya menjunam ke laut bukan naik ke udara. Pesawat komersial aran saudi tak silap.
42.Pilot akan membetulkan kedudukan pesawat sebelum terbang menuju ke permukaan lautan yang disangkanya langit (Bussshhhhh….pesawat pun berkecai terhempas ke permukaan air). KOMEN: Hukum adat/fitrah (?) Kalau menjunam kita rasa badan akan membongkok ke hadapan, dan kalau menaik-menjulang maka badan akan rasa seperti tersandar melekat pada kerusi. Tak gitu bro?
bro..kalau kita yg duduk di muka bumi ni memang ler bongkok bila menjunam..tersandar bila menaik..cuba dalam aircraft yg flying inverted..then kita pull up..agak2 tersandar ke terbongkok?dan aircraft tu sebenarnya menaik ke menjunam?hehe
g-force can create mock gravity at certain point.tak pelik la kalo pilot dengan extensive flying hours pon boleh confuse dengan XY axis.
contoh mudah: terjun dalam kolam sedalam mungkin kemudian buat berpusing/putar sebanyak mungkin dalam air sambil pejam mata.pastu cari arah ke permukaan air…
Good info bro….lama tunggu posting baru
oohhhh…mcm tu rupanya.
p/s : tak tahan siot item no 35….
bagus juga bro buat artikel tentang tekanan g ni, cuma satu je tak sedap bila dibaca ‘joystick’ rasanya istilah lebih sesuai yang digunakan untuk pesawat pejuang adalah ‘throttle stick’
Askm,
Rasenye “Spatial Disorientation” pernah berlaku pada pesawat Hawk TUDM yang terhempas disekitar Mersing sekitar 2005 atau 2006 yang dalam pernerbangan dari Kuching ke Kuantan.
Pilotnya hanye dijumpai kalu tak silap 6-7 hari selepas tu dan beliau masih duduk di kerusi lentik beliau dalam pesawat tersebut.
akhirnya ada juga update thx bro.dlm pilem stealth ada contoh fenomena g loc ni.
bahkan sy jg pernah merasakan spt nk pitam ktika pesawat air asia buat pusingan tajam ketika nk landing d bandung.pilot tu berangan nak jadi fighter ke apa xtau le.
sy mmg minat fighter jet smpai nk bli rc jet,tp try simulator pun da kekok so bli replika je le.
bile le tudm nak bli 2nd mrca sqdrn. kat chanel history byk program crita realiti dogfight israel vs egypt zaman dulu dasyat2 manuver depa ni. But stil key menang adalah awacs, latihan yg intensif n kcekapan ground crew.
msia patut anta pilot train d negara maju.
baru saya tau sbb punca pilot terbunuh setiap kali berita pesawat terhempas..
kalu helikopter pon sbb yang sama juga ke?
kalau dah diketahu apa yang menyebabkan punca pilot gagal melentingkan kerusi keluar, saya rasa pihak TUDM perlu buat ujian simulasi(betul ke pkataan ni?) untk keadaan spt yg dinyatakan oleh shahpaskal..
saya pernah tgk dlm tv, simulasi yang dibuat di negara barat utk angkasawan,,,
ataupun ujian utk payung terjun,,,
buat byk kali…biar pilot kita dah biasa dgn keadaan tsb..
kita rugi bila ramai pilot kecundang disebabkan poerkara sebegini.