Military of Malaysia

Military Analysis & News

  • Utama
  • Arkib
  • Hubungi
  • Pengenalan
  • Produk Military
You are here: Home / Laut / KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM

KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM

February 12, 2010 by Admin 56 Comments

NOTA PENULIS : BERIKUT MERUPAKAN BERITA DARI BERNAMA YANG MELAPORKAN KEROSAKKAN BERPUNCA DARI MASALAH TEKNIKAL YANG BERLAKU PADA 17 JAN 2010 DAN PIHAK KEMENTERIAN PERTAHANAN TIDAK MENYEMBUNYIKAN CERITA INI LANGSUNG.


SEDANGKAN ADA AHLI POLITIK YANG MENYEBARKAN TOHMAHAN PADA OKTOBER 2009  BAHAWA KAPAL SELAM INI MEMANG LANGSUNG TIDAK BOLEH MENYELAM DAN PIHAK KERAJAAN DIDAKWA MENYEMBUNYIKAN FAKTA ITU.


MASALAH TEKNIKAL PASTI AKAN BERLAKU KERANA IA TIDAK SEMPURNA HASIL DARI KERJA TANGAN MANUSIA.

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) — Panglima Tentera Laut Jen Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.

Beliau berkata kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Jan lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

“Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) di sini Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris Rabu yang melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.

Abdul Aziz berkata berikutan kerosakan itu,kapal selam yang tiba secara rasmi di perairan negara pada 3 Sept tahun lepas dinasihat untuk tidak menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.

“Kerosakkan itu hanyalah kerosakan kecil dan kini sedang dibaik pulih oleh kontraktor yang dilantik, alat gantinya sudah diperoleh dan kerja menyelenggara sedang dilakukan,” katanya.

Abdul Aziz berkata KD Tunku Abdul Rahman turut mengalami kerosakan sebelum Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima) akhir tahun lepas yang melibatkan kerosakan kecil di bahagian sistem penyejuk air laut.

“Kerosakan yang dialami tidak mengganggu sistem utama kapal selam itu, bagaimanapun kami tetap memandang serius perkara itu,” katanya.

Beliau berkata kontraktor yang dilantik memberi jaminan ia akan pulih minggu depan dan sebaik selesai, kapal itu akan memulakan latihan ujian perairan tropika pada 18 Feb ini.

KD Rahman atau Scorpene merupakan kapal selam jenis tempur konvensional yang berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 pemusnah periuk api itu, mampu beroperasi mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter.

Antara kelengkapan Scorpene ialah enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak iaitu peluru berpandu anti kapal permukaan dan torpedo anti kapal selam.

nota penulis : Nak repair kapal bukan macam nak baiki enjin kereta. Berbulan lamanya kapal selam Malaysia dibuat ujian selaman sebelum ini tetapi itu di negara luar. Masuk bulan Feb, belum sampai enam bulan kapal selam berada di laut tropika. Kapal selam Singapura, Australia dari kelas Collins sendiri mengalami pelbagai masalah. 


Yakinlah pada diri sendiri…anak-anak muda kita dalam angkatan laut mampu mengatasi masalah ini. Lagipun Scorpene ini buatan orang puteh, kalau kapal selam ini dibuat oleh tangan anak-anak Malaysia, Insya Allah, susah nak jumpa defect. Yakinlah, satu hari nanti orang puteh akan beli kapal-kapal yang dihasilkan oleh anak tempatan negara ini.

Related

Filed Under: Laut

About Admin

A philosopher, well-trained CQC master, pinpoint marksman, tactical genius and firearm expert. Finished Special Ops close quarters training course in 17.23 seconds. Experienced physical, electrocution and burn torture training to prevent information leak. Broke fall 20m from helicopter. Gold medalist in Dormitory-level boxing.

Your argument is invalid.

« BERBALOIKAH MALAYSIA BELI KAPAL SELAM ATAU PATUT TAMBAH KAPAL PERANG LAGI
TAMBAHAN MAKLUMAT KEPADA KEROSAKKAN ENJIN JET SUKHOI »

Comments

  1. Izoo says

    January 26, 2013 at 23:53

    Boring….

    Reply
  2. john says

    September 26, 2012 at 13:59

    dengar kalu tak silap yang masuk perairan amerika tu sub jenis KILO le ni….

    Reply
  3. john says

    September 26, 2012 at 13:58

    gengster mane boleh gi KOMANDO ,nanti dia mengamuk habis semua dia tembak nya…….dengar dulu juru latih pun kena tibai ngan anak buah………….

    Reply
  4. john says

    September 26, 2012 at 13:55

    emmmmmm……ade gak dengar……..hopefully if it really happen…….why dont we ask SPRM to get involve…….ia nya bersangkutan dengan keselamatan negara nie….kalu perang nie…naya tentera kita…….

    Reply
  5. john says

    September 26, 2012 at 13:48

    orang kita PEMALAS…tengok budak motor dah tau dah….kerja nak senang…..tengok pion tu majority nya melayu……..rempit,kaki betina……tang pompuan nya lak …nak sedap aje…nak salah kan sape….mak,bapak pun tak main peranan……termasuk le jabatan agama,penguatkuasa……semua lepas tangan…….

    Reply
  6. john says

    September 26, 2012 at 13:43

    hello bro …..u punya cerita macam orang tak sekolah…….ambil tahu le sikit hal pertahanan negara…..ini takde……kapal tu kalu nak menyelam laut nya kena dalam …….bukan suka2 selam merata,kang langgar lak kapal2 yang lalu lalang tu….jangan terikut2 dengan komen orang yang tak berakal……tuhan tu bagi otak ,suruh kita berfikir…..bukan ikut2 komen orang…silap2 u pun tak tau apa yang u nak tahu….

    Reply
  7. SESTER says

    June 10, 2011 at 17:33

    Hmm. Saboteurs. Inside people/double agent sabotaging the equipment from inside…who knows.

    Reply
  8. sukhoi says

    February 6, 2011 at 17:15

    Bro, scorpene tu malaysia beli 1st hand.. bukan secondhand.. bagi maklumat dgn tepat.. yg second hand tu kapal selam latihan Augosta, bukan scorpene..

    Reply
  9. Abg HiJAu says

    September 19, 2010 at 14:27

    salam aidil fitri, rileks sume..kita sume bukan pakar dlm bidang kpal selam ni…mcm mane pun ni adlah aset negara utk pertahankan negara…adat la beli barang secondhand biase la tu….ala yg dok bising kritik yg x elok pasal kapal selam tu mmg jenis x suka kerajaan pun, bg org mcm ni suka politikan isu mcm ni….walhal rosak x leh selam biase la nti baiki ok la…itu aje….ala ni isu remeh temeh je…opsssss..tq pd tuan blog kluar kan tajuk ni…..bleh tgk sape yg x suka dan x suka( umpama dok kutuk kreta sendri tp x sedar yg kreta tu la yg die nk pakai dr x kena hujan, standart la secondhand dh rosak baiki la)

    Reply
  10. shafeeq says

    September 18, 2010 at 17:16

    slm aidilfitri pd semua & slm prknln dr aku..

    syabas & tahniah pd tuan blog kerana menulis blog seumpama ni utk tmbh info aku yg jahil ni. pd mrk yg rasis sila blah, jgn cemarkan kemurnian blog ni.

    t. ksh & wslm.

    Reply
  11. A2 says

    September 7, 2010 at 11:36

    Betulkah Kapal Selam TLDM tak boleh menyelam…….?
    mungkin ianya tak logik sebab :
    1) ianya buatan Perancis (negara yg memang pandai buat kapal selam….)
    2)waktu belayar balik ke Malaysia dulu tak kan KD TAR tak menyelam langsung..
    3)baru2 ni kan KD TAR dah tembak SM-39 (kalau tembak takkanlah semasa dipermukaan laut….menyelam dulu…..!)

    Reply
  12. Navy World says

    September 6, 2010 at 16:50

    Just information..
    In September 2007, it was announced that Indonesia had placed an order for two Kilo Type 636 submarines, plus options to purchase up to eight more..damn.. how about malaysia?..

    //www.naval-technology.com/projects/kilo/

    Reply
  13. Fishing World says

    August 16, 2010 at 14:47

    Kecoh plak johan tu..mcm la bagus sgt. Poyo je lebih..blah la lu…

    Reply
    • T-rex says

      September 19, 2010 at 12:24

      Saya rasa Johan ni mamat yang terencat akal ni…sembang ntah pa..merapu banyak..lau hg hebat sangat pasai scorpene tu..kejela kat MINDEF..ni menyalak menuduh orang ja..dasar mentaliti tahap cipan…

      Reply
  14. Anonymous says

    July 9, 2010 at 09:43

    ko ni Jiohan bukannya askar pun..
    kalau btul dh gengster sgt join komando la..

    Reply
  15. Johan says

    July 8, 2010 at 20:06

    oi shah-sampah, kalau ko anak jantan, ko publish comment aku ni.

    Cukup-cukup la tu ko jadi fanboy dan anjing UMNO-Najib, nak cerita pasal submaribe konon.

    Sejak habisnya proses tender dan DCN yang masuk last minute dipilih, memang ramai dalam TLDM sendiri dah menjangkakan projek ini bermasaalah, dari segi kewangan, latihan, hardware, maintainence etc.

    Ini semua berpunca apabila CN Laksmana ABJ, pada saat2 akhir membuat keputusan menyokong DS Najis dan KSU Subhan Jasmon memilih DCN, dari Kokums Sweden.

    Ha, sekarang, sendiri mau ingat, apa yang diberitahu umum x boleh menyelam is just the tip of the iceberg. The fire control system, balast etc dan KD Tun Razak bermasaalah.

    STRIDE? LOL. Do you know who actually joins STRIDE? Ko ingat STRIDE ni macam DARPA ke, STRIDE is a cold storage for imbecille government servants, not bright scientist. Bodoh la ko ni.

    Like I said, if you're born a man by your mother, than publish this. If I don't see this publish, you were born a faggot all this while, and your dad probably resented you.

    Reply
  16. rem58 says

    June 21, 2010 at 18:43

    hint: dalam pada masa kita repair scorpene tu,bolehke ditambah senjata dengan peledak nuklear secara rahsia?

    Reply
  17. Anonymous says

    March 22, 2010 at 22:58

    Lepaih ni, jangan tak boleh timbui sudah laa..hahaha..sungguh cerdik hampa no, beli barang tak boleh guna..lepaih tu kena repair sendiri pula..

    Reply
  18. Anonymous says

    March 17, 2010 at 17:13

    -KEKAR MALINDO-

    OUR MUTUAL ENEMY IS EYEING ON OUR SPECIAL VAST RELATIONSHIP( NEEDLESS TO ELABORATE). IF THEY CANT SEE BENEFIT FROM OUR PARTNERSHIP ( AS A ONE SIDED SELF DECLARED ENEMY WILL ALWAYS BEHAVE), THEY DONT JUST SIT DOWN!

    DEAR MY INDONESIAN BROTHERS, DO U AWARE ABOUT THE ENEMY EXISTENCE…

    ….MEKARLAH MALINDO SELAMANYA…

    Reply
  19. Anonymous says

    March 8, 2010 at 02:59

    Bung Goceng..

    Tenang aja Mas, cuman kebawa emosi aja deh… 😀

    kami masih mahu hidup aman damai bersama seluruh rakyat Nusantara..

    kita hidup saling memerlukan satu sama lain, perang berarti membunuh diri dan memusnahkan negara, yang perlukan darah dan keringat jutaan manusia untuk dibangunkan semula..

    damai aja yuk!

    Sarjan Hassan

    Reply
  20. Goceng says

    March 3, 2010 at 15:05

    rekan2 di malaysia, saya dari Jakarta (Indonesia) tetapi salah satu penggemar blog ini. sudah, tak usahlah kita bergaduh. ini blog militer, seharunsnya untuk menambah wawasan kita semua. meskipun saya sering sedih dan kecewa jika ada selisih paham Indonesia dan m'sia, tak perlu saling benci berpanjang panjang. betul kata orang masing2 negara ada kelebihan tersendiri. semoga kekuatan TNI dan TDM nantinya dapat membuat ASEAN lebih damai.

    Salam

    Reply
  21. Anonymous says

    March 1, 2010 at 00:59

    baru last week nmpk kapal selam tu dkat perairan sekitar pulau gaya…mau pulang ke teluk sepanggar kali tu….

    Reply
  22. Anonymous says

    February 25, 2010 at 12:07

    Xyahla gaduh2. M'sia & I'sia masing2 ada kekuatan tentera.

    KOPASSUS I'sia ranking ketiga terbaik wolrdwide, SWAT US pun kalah.

    Skrg kedai runcit pun rata2 kat M'sia adalah org Acheh I'sia. Kedai kain lg, kedai makan, kontraktor, tomyam dll. Sy org M'sia & berniaga, tp rs malu ngan situasi ni. Mana org2 kita?

    Reply
  23. anonimus says

    February 24, 2010 at 22:25

    apara…. duit krajaan pon duit rkyt gak,,,, ko bli spender pon ada caj cukai lor walaupon sikit…. <– tak abis2 ngan duit rakyat…org kerajaan pun rakyat gak…gaji mamak kat restoran 24jam tu pun duit rakyat gak…gaji pekerja tol tu pun dikira dari duit rakyat gak…KFC & MacDonals to pun dari duit rakyat gak.kalu kita tak g mkn kat sana, mana dia nak dpt duit, betul tak.. so tolong la jgn diikutkan sangat emosi. term duit rakyat ni dicipta oleh org politik yg sengaja nak mengelirukan rakyat.

    -peace no war-

    Reply
  24. Awan Pawaka says

    February 24, 2010 at 01:23

    Patut la masa LIMA 09, masa dalam fly ke Langkawi nampak kapal selam kat bawah, dok terfikir gak naper x selam jer… sedangkan Langkawi jauh lagi

    Reply
  25. Anonymous says

    February 23, 2010 at 15:53

    Orang yang mengajak permusuhan itu pastilah bermental YAHUDI !!

    Aku juga orang Indonesia,dan teman Indonesia di atas sudah beritikat baik pada orang Malaysia,Mengapa tidak disambut dengan hormat & hati ikhlas.

    Wassalam
    Peace !

    Reply
  26. Anonymous says

    February 23, 2010 at 15:48

    u said INDON BANGSA BODOH ??
    Siapa yang menjadi guru sekolah orang Malaysia tahun 1960an kalau bukan orang Indonesia ??
    LUPA KAU YA ??
    Sombong banget kamu monyet !!!

    Tapi sudahlah ! Saya yakin orang Malaysia tidak sesombong kamu !

    Tak guna saya melayani cuap2 tak berguna seperti itu,Saya melihat Indonesia-Malaysia adalah 2 negara yang saling butuh. Seandainya kita bisa seperti Inggris-Perancis yang hidup damai.Saya yakin kita akan menjadi sahabat baik !

    Reply
  27. nusantara says

    February 23, 2010 at 03:21

    Sabar..sabar,jangan lah emosional sangat.Rasanya sahabat yang seorang dari indonesia itupun menyeru untuk berbaik2.

    Tak perlulah bermusuhan berpanjangan.Jangan dilayan blog2 atau website2 atau forum2 yang sengaja mengapi2kan pertikaian yang remeh-temeh dan kebudak2an itu.Kita sekarang di blog military.Biasanya blog military lebih matang dan munasabah.Jangan terbawa2 dengan sikap permusuhan dan benci-membenci.

    Ingat siapa yang paling beruntung dengan permusuhan 2 negara serumpun?Kita semua tahu tapi tak perlulah disebutkan di sini.Rasanya isu pertikaian ini pun sudah reda tapi ada pihak2 tertentu atau boleh kita panggil the hidden hand yang sentiasa cuba meniupkan api kebencian dari masa ke semasa.

    Peace

    Reply
  28. Anonymous says

    February 22, 2010 at 12:56

    TNI terntera yg berkualitas..???..berkualitas kepala butoh bapak ko…nak masuk TNI aja perlu disuap 30 jta rupiah kan..hahaha..mahu mampus aja perlu disuap di INDON ya….

    daripada .. INDON BANGSA BODOH.

    Reply
  29. Amir Al-Amr says

    February 21, 2010 at 21:02

    huahuahuaa..

    pe dah jd?.. lu pk la sndiri.. bila kuasa dijadikn permainan dan bahan dagangan serta utk meraih populariti..

    kau kejar la dunia fatamorgana ini dan kelak kau akan merangkak meminta belas.. hahahaarr

    peringatan sudah diberi masih berdegil.. terimalah kutukan dr kami seluruh kehidupan.. harharharrr

    Reply
  30. Anonymous says

    February 20, 2010 at 16:18

    sudahlah teman2.antara indonesia & malaysia kini adalah sahabat suka & duka.ketika tsunami,malaysia juga yg banyak bantu indonesia.

    yang bikin gedung2 di KL kebanyakan orang Indonesia.aq yakin tak ada niat malaysia untuk mengganggu indonesia,dan aq yakin malaysia pun tak ada niat memusuhi indonesia.

    kami orang indonesia sedang gusar karena keinginan TNI AL untuk mendapatkan sub marine baru belum datang juga.bila tiba saatnya tentu kami akan menemani Scorpene anda dengan Kilo kami.Sub marine ini bukan untuk menyaingi sub anda,hanya keseimbangan yang harus dijaga karena kami punya laut yang berpuluh kali luas laut anda.

    untuk urusan Kapal Selam,siapapun di South East Asia tahu,KAMILAH KAKEK BUYUTNYA !! Ini Fakta.Tapi kami tidak akan menjadi congkak dan takabur.Yakinlah saudaraku Malaysia !

    Apabila Scorpene ingin mengajak berlatih & tukar fikiran tentu kami sambut dengan sebaik-baiknya.

    Seperti kata pepatah: Jika dua panglima bertemu,mereka bicara persahabatan.Bila dua politisi bertemu,mereka bicara perseteruan !

    SALAM dari Indonesia

    Reply
  31. Anonymous says

    February 19, 2010 at 18:10

    dah atu takde hasil marilah kite bersatu..bersatu tegakkan islam..biar semua rakyat m'sia 28 juta nie menganut islam barulah kite makin kuat..

    bab defect tu bukan perkara pelik..s'pore punye kapal selam pun ade mcm2 masalah mase mule2 dulu..

    Indon pulak ko ckp tak berlagak..yg dlm internet tu mcm2 duk crite tu ape benda?tak berlagak namanya..

    Indon dapat kapal selam pun sebab belanda yg sedekah..

    Bab2 rosak nie tak payah nak kecoh2..ini sepatutnya rahsia kerajaan..dlm kerajaan sendiri ramai pengkianat..kalo tak camne nasoidin tu leh tau..
    pengkianat2 inilah yg selalu rosakkan rancangan baik kerajaan utk bantu rakyat..

    bulan2 duk ambik gaji..sendiri pikirla..

    kalo pembangkan tadbir m'sia nie negara akan makin hancur..
    DAP celaka tu akan tuntut seme keistimewaan melayu selama ni yg diaorg tak dapat..cthnya robert kouk jutawan gula tu..dapat jd kaya sbb kerajaan tlg dia dulu2..tapi skrg dia dah kaya abis seme harte dia dia pindah ke s'pore dan Hong kong..terus jatuh rizab negara..celaka punye kapir..

    tu aku ckp si kapir2 nie bile berlaku ape2 kat m'sia diaorglah org pertama akan berpaling tadah..

    tapi melayu2 bodoh nie duk agung2kan DAP celaka tuh..turutama PKR bangang nih..PAS lak buta tuli percaya..

    Reply
  32. paeh says

    February 19, 2010 at 16:00

    Gomen ngan pembangkang sama saje..
    2 X 5, sume nak jaga punggung masing2! tak yah la nak ckap gomen bagus @ pembangkang bagus, sume same!

    Bagi aku Nasarudin tue lebih2 saje, dan gomen pulak nak cover up!

    aku rase kerosakan kapal selam tue tak la seteruk yang Nasarudin kecohkan, tapi lebih teruk dari gomen warkan!

    Perangai pembangkang nie mamang nak cari silap gomen, pastu besarkan silap 2, perangai gomen plak tutup silap tue..

    Tak payah nak gaduh, tak de hasil pun.

    Reply
  33. Anonymous says

    February 19, 2010 at 11:12

    Kpd anon di atas,

    Bila masa kami angkuh dengan kapalselam kami?Atau memang sifat tipikal indon yang selalu dengki dengan jirannya?

    Ini kes kerosakan mekanikal bukan pasal tak tahu 'mengoperasikannya'.Kalau ada pihak yang patut dipersalahkan,salahkan pengeluar scorpene bukan TLDM.

    Rasanya TLDM tak ada masalah untuk belajar dengan sesiapa termasuk dengan indonesia.Jadi apa masalah kamu?

    Reply
  34. Anonymous says

    February 18, 2010 at 16:44

    Semestinya banyaklah belajar dari TNI AL yang sudah berpengalaman operasional 12 kapal selam sejak 1960. Jangan merasa angkuh dengan kehadiran senjata modern tetapi tak pandai mengoperasikannya, lalu mengejek jirannya Indonesia dengan ungkapan-ungkapan keangkuhan.

    Contohlah TNI, tentara yang berkualitas tapi tak pernah arogan atau merasa paling kuat.

    Wassalam
    Jiran Selat Malaka.

    Reply
  35. Anonymous says

    February 18, 2010 at 03:44

    kalu smua brg xde yg akn rosak,kilang hnya perlu buat satu jer r,pstu org bleh pakai smpai kiamat,sbb xrosak kn…xde bende yg sempurna dl dunia ni melainkan ALLAH S.W.T..ni kn pulak hasil tangan manusia…

    Reply
  36. Anonymous says

    February 17, 2010 at 16:52

    Yang ada bodoh komen pasal duit rakyat duit kerjaan tu kenapa? Kalu nak cerita pasal politik sempit dengan isu pembaziran senjata tu merupakan pembaziran baik kau berambus. Ni mesti anak saifudin nasution. Tau komplen je. Mesti keturunan komunis.

    Reply
  37. vandal says

    February 15, 2010 at 13:41

    Charles de Gaulle (R91), kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear Peranchis tersadai sejak Mac 2009 disebabkan masalah teknikal..kerja2 baikpulih dibuat oleh pihak pembekal..& berita tu masuk dalam media cetak & elektronik..adakah itu suatu masalah besar..?? adakah pihak Perancis kelam-kabut pasal berita kerosakan tu tersebar luas..?? perlu ke kita susah hati bila orang tau kapal selam kita ada masalah teknikal..?? yg ini biar la pihak pertahanan yg menjawabnya..

    pasal masalah scorpene nih, itu adalah adat barang baru yg tak pernah diguna sebelum ni..defect mesti ada..sedangkan negara moden lain pun menghadapi situasi unexpected faulty pd aset yg betul2 baru, mcm yg kita kena..its normal..& scorpene kita masih dalam warranty, jd apa nak risau..??

    nasib baik tau awal2, masa tgh baru..kalo dah 2 tahun baru tau, amacam..??

    lain la kalo kapal selam kita rosak disebabkan masalah pengkalan kapal selam kita tak ikut spec pasal kontraktor takde pengalaman..kalu jd camtu mmg betul2 kita semua kene tepuk dahi ramai2..

    Reply
  38. Anonymous says

    February 15, 2010 at 08:09

    apara…. duit krajaan pon duit rkyt gak,,,, ko bli spender pon ada caj cukai lor walaupon sikit….

    Reply
  39. Anonymous says

    February 13, 2010 at 23:03

    Senjata canggih manggih, tapi kalau tak solat, tak posa, minum arak, rogol sana sini..apo gune nye?

    Sepatutnya kerajaan tak patut sebarkan yang submarin rosak kepada rakyat, rakyat tidak perlu tahu…kerana semua peralatan keselamatan ni dibeli semata-mata dengan duit kerajaan…bukannya duit dari cukai rakyat yang miskin lagi kepapa kedondong ni…

    Hidup Wan Malaysia….hehe

    Reply
  40. lol says

    February 13, 2010 at 03:12

    @malay think tank

    hah elok sangat la tuh , biar terbuka habis sampai bogel rahsia2 ketenteraan negara.
    @bobdylan

    cakap boleh ,tapi ko duk pakai gak barangan buatan malaysia.

    Reply
  41. Malay-ThinkTank says

    February 13, 2010 at 01:21

    @bobdylan

    Haha sy sokong anda. Kejadian ini mengingatkan Malaysia supaya polisi pertahanan lebih terbuka lagi dlm coming year, bukan keje nk beli brg org je.

    Reply
  42. Abu Amir says

    February 12, 2010 at 17:28

    Salam,

    Ketelusan amat penting,kalau tak diperbaiki dan tiada tindakan diambil jadilah spt kapal KD Indrapura dah terbakar pun tak tahu nak buat apa!!!

    Masalah yg kecil terus sapu bawah karpet dah terbarai baru nak istiharkan.Kalau ianya masalah kontraktor tak ikut spec dll kena ambil tindakan saman mereka semula.Jadi spt kapal Nahoda Ragam yg dibeli oleh Brunei dari UK.

    Kalau dah tamat jaminan pengeluar nanti macam2 masalah pula keluar.
    Kita perlu menghasilkan kapal selam mini spt dibuat oleh Iran & Korea Utara.Bila ianya berjaya baru bina yg canggih pula.

    Pekara ini bukan semuanya rahsia sehingga ia tidak boleh beroperasi dan terbarai pun rahsia negara.Rakyat perlu tahu dan yakin dgn sistem pertahanan negara.Spt kecanggihan senjata milik Singapura dlm iklan di tv mereka.Rakyat mereka bangga dgn tentera mereka walaupun ianya mungkin propaganda sahaja.

    Jangan biarkan negara kita ditertawakan oleh negara jiran spt yg belaku kpd Indonesia sebelum ini.

    Sekian

    Reply
  43. ondastreet says

    February 12, 2010 at 14:51

    Saya setuju dengan komen pertama, iaitu seharusnya laporan kerosakan Kapal Selam KD Tunku tidak seharusnya diumum kepada awam.

    Keterbukaan informasi ada hadnya. Isu keselamatan negara bukan boleh diumum secara sesuka hati..

    ~ OnDaStreet

    Reply
  44. CicitPanglimahitam says

    February 12, 2010 at 12:58

    salam

    kerosakan sistem adalah perkara biasa pada mesin ..

    apejenis mesin pun ada problem..
    hatta software pun leh rosak..hehehe

    atau kapal selam ni x sama darisitem mesin yang len..heheh

    cume ni masalah pertahanan negara, so kene pantas perbaiki thats all..

    kite kene yakin dengan mereka..

    lagi satu saya menyeru semua pemuda kita menyertai ape-ape jenis cabang pertahanan negara..walau kita bekerja tetap kita boleh sertai kem wataniah, rejimen air, komunikasi, tenaga etc..

    tertarik saya pada :-

    bobdylan said…
    "kalau kapal selam ini dibuat oleh tangan anak-anak Malaysia, Insya Allah, susah nak jumpa defect."

    kah kah kah

    macam proton kan!!

    mungkin betul juga kita kena minta bantuan specialist cam jurutera rusia, saya rasa kita leh lakukan..

    jika saya cakap harap tunjuk ajar..

    Reply
  45. Farizal Razali says

    February 12, 2010 at 12:32

    Melalui DEFENSE STUDIES blog, di khabarkan kerosakan tersebut ialah "Defect to the high pressure air blowing system inside submarine's ballast tank" bermaksud terdapat kecacatan disebabkan tekanan tinggi sistem sedutan/lepasan udara dalam tangki ballast kapal selam. Kiranya sistem ni boleh dikatakan kritikal jugak sebab untuk melakukan selaman (udara dikeluarkan)dan apungan (udara disedut), tekanan yang terlalu tinggi atau berlebihan boleh menyebabkan dinding ballast dan dinding hull kapal akan mengalami keretakan (micro crack strain/stress). Mungkin sistem tu lupa convert Tropical water punya viscocity kot? Huh susah kena rujuk pakar Solid Mechanics ni

    Reply
  46. Anonymous says

    February 12, 2010 at 11:38

    lupa dengan post kamu tentang issue KD TAR x boleh menyelam (november 2009) ???

    LOL

    Reply
  47. Anonymous says

    February 12, 2010 at 11:31

    Bodek jgn tak bodek!!!!

    Reply
    • Anonymous says

      September 17, 2010 at 22:11

      bodek kepale otak ko bahlol.. ni usaha anak jati negara sendiri..
      kalau org sendiri tak sokong.. shut your ass out of M’sia..

      Reply
  48. Snuze says

    February 12, 2010 at 10:32

    Nak repair Lamborghini pun amik masa, inikan pula kapal yang berpuluh (ratus?) juta harganya.

    InsyaAllah satu hari nanti kapal selam buatan kita akan mengharungi laut dalam untuk mengkaji dasar laut dan mempertahankan ibu pertiwi kita cintai ini!

    Reply
  49. -thethinker- says

    February 12, 2010 at 09:51

    bersyukurlaa kita semua :
    “Our submarine can’t dive” is good news compare to “Our submarine can’t surface”.

    Reply
  50. bobdylan says

    February 12, 2010 at 03:48

    "kalau kapal selam ini dibuat oleh tangan anak-anak Malaysia, Insya Allah, susah nak jumpa defect."

    kah kah kah

    macam proton kan!!

    Reply
  51. thomas says

    February 12, 2010 at 02:38

    Dua buah cukuplah sebagai deterrent
    maklumlah running kos tinggi,yg saya tak faham,org politik kita, kenapa takut sangat org tau,kalau nak rosak apa boleh buat,mesin mana yang tak pernah rosak.

    Reply
  52. 2Lt Peh Hoo Guan says

    February 12, 2010 at 02:29

    yesh!! mmg harap suatu hari nanti kita boleh hasilkah subs sendiri, nuklear subs lagi gempax ..

    Mmg STRIDE kena kick start with this project.

    haha..but bro, not only anak melayu laa..dengan akal, keringat dan tangan anak melayu, anak iban, anak bidayuh, anak kadazananak india n anak cina, senang cerita usaha anak2 Malaysia semua!!!

    Reply
  53. aha says

    February 12, 2010 at 02:19

    Betul tu,, nak baik pulih sebuah kapal bukannya mudah, memerlukan masa yang lama. Perkara seperti ini adlah biasa terjadi dan pastinya dapat diatasi. Hanya orang yang tidak mengetahui ilmu perkapalan saja akan memainkan isu ini supaya menjadi isu politik.

    Reply
  54. Anonymous says

    February 12, 2010 at 01:17

    salam kulaanku…
    sepatutnya kenyataan begini dinafikan pihak Kem.Pertahanan..
    (maklumat perisikan).-rahsia besar negara-

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jammer

ELITE FORCES

  • ASKAR SETIA
  • Bekas Komando
  • Blog Makcik Cleaner
  • Blog Orang Dewasa
  • Cikgu Selam
  • Freedom of Association (F.O.A)
  • IBU SEPARUH MASAK
  • Ondscene

Post Terkini

  • THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY
  • THE UNKNOWN WAR
  • MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA
  • EKONOMI : TIDAK ADA PEROLEHAN BESAR UNTUK ATM
  • TERUSAN SEGENTING KRA – SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU..

Kategori Bacaan

  • Advertorial (4)
  • Analisis (50)
  • Antarabangsa (30)
  • Darat (23)
  • Fictions (13)
  • Laut (20)
  • Misil (2)
  • Notis (22)
  • Patriotisme (12)
  • Pengalaman (26)
  • Risik (7)
  • Sejarah (23)
  • Udara (24)
  • Undang-undang (2)

DEFENCE RADAR NETWORK

  • A Secure Malaysia – Malaysia Militarium
  • Malaysia Military Power

© 2023 · Hakcipta Terpelihara · Military of Malaysia · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK