Military of Malaysia

Military Analysis & News

  • Utama
  • Arkib
  • Hubungi
  • Pengenalan
  • Produk Military
You are here: Home / Pengalaman / MELAWAT TAPAK PERTEMPURAN KAMPAR GREEN RIDGE

MELAWAT TAPAK PERTEMPURAN KAMPAR GREEN RIDGE

January 18, 2010 by Admin 23 Comments

 1. Pada awal bulan ini, saya berpeluang melawat tapak Pertempuran Kampar iaitu di antara askar British dengan Jepun di satu kawasan yang bernama Green Ridge. Satu kawasan strategik yang sesuai dijadikan kubu pertahanan.

    2. Saya pergi ke sana bersama iaitu moderator forum panggilan pertiwi iaitu Knife. Tidur di rumah beliau semalam dan berpeluang menyaksikan koleksi ketenteraan milik beliau serta satu video UFO yang beliau ambil sendiri dalam penerbangan ke Korea tidak lama dahulu.

    3. Kami sampai ke Kampar hampir tengahari. Untuk maklumat pembaca, kedudukan kubu pertahanan ini terletak di tepi jalan Ipoh-KL berhampiran Tesco Kampar, tapi susah untuk di identifikasi kerana kedudukan papan tanda yang terletak di atas bukit.

    4. Sepatutnya kami berjumpa dngan Cikgu Chye Kooi Loong tetapi beliau sakit, cikgu ini bertanggungjawab mengesan kedudukan kubu pertahanan British ini sekaligus memeliharanya sebagai kesan sejarah.

    5. Kedatangan kami disambut secara tidak rasmi oleh bekas tentera iaitu Peter Chye (adik Cikgu Chye) yang sibuk memotong rumput dan beliau memperkenalkan kami kemudian dengan seorang lagi peminat sejarah iaitu Harjad Singh (kepada peminat yang ingin membuat kajian tentang kawasan peperangan itu bolehlah menghubungi beliau melalui emel saya).

    6. Kami di bawa meneroka kawasan pertempuran yang dipenuhi dengan semak samun walaupun bekas-bekas perajurit dan penduduk sekitar saban masa cuba membersihkan kawasan itu.

    7. Memang hebat, kawasan pertempuran ini meliputi tanah semak samun dan tidak sangka tempat ini pernah menjadi medan pertempuran kepada 1,300 tentera British dan India mengatasi kekuatan askar Jepun yang seramai 4,000 orang.

    8. Saya tidak berminat untuk menceritakan kisah pertempuran kerana anda boleh membaca sejarahnya di dalam laman web.

    9. Saya agak kesal kerana tidak membawa parang, sebenarnya banyak lagi sektor yang belum dimasuki orang kecuali kawasan yang sudah dibersihkan, pelik juga saya terfikir mcm mana nak perang pasal banyak pokok dan hutan rupa-rupanya selepas dijelaskan baru saya faham, kawasan ini dahulu tidak ada hutan mcm sekarang sebaliknya hanya lalang. Jadi memang kawasan pertempuran adalah sejauh mata memandang, musuh pun kita boleh nampak…jadi fahamlah saya proses alam semulajadi ini.

    10.Antara yang boleh dilihat ialah Foxhole, parit komunikasi dan pertahanan, kawasan command centre, kawasan pemerhatian artilleri, perigi dan banyak lagi.

    11.Kesemua binaan dibuat dari tanah, hanya mereka yang berminat sahaja akan menghargai medan pertempuran seperti ini dan jika anda kurang stamina atau takut pada pacat, baik melawat sahaja kubu pertahanan Inggeris di Batu Maung, Pulau Pinang atau Pulau Sentosa, Singapura yang dipelihara untuk pelancongan.

    12.Menurut Harjad Singh yang memiliki “metal detector” buatan sendiri, beliau pernah mengesan peluru, bayonet dan helmet milik askar-askar yang terlibat.

    13.Tidak jauh dari kawasan itu di satu kampung (nama tidak ingat), Harjad memberitahu saya terdapat satu kilang yang sekarang ini tinggal menara yang menjadi tempat askar-askar Jepun membuat peluru. Yang menariknya terdapat satu macam terowong bawah tanah di sisa runtuhan kilang tersebut tetapi sudah dikunci pintunya untuk keselamatan.

    14.”Ada hantu kah dalam ini hutan, biasalah ramai org mati kena tembak sini,” tanya saya tapi Harjad senyum sahaja, beliau belum pernah berjumpa sekor pun.

NOTA  PENULIS : ORANG-ORANG BELAKANG TABIR MCM CIKGU CHYE DAN SINGH NI BANYAK MELABUR MASA DAN WANG UNTUK MENCARI SEJARAH NEGARA, TAKDE KE YB-YB INI TERFIKIR DAN REKOMEN PADA KERAJAAN UNTUK BAGI PINGAT PENGHARGAAN ???

Related

Filed Under: Pengalaman

About Admin

A philosopher, well-trained CQC master, pinpoint marksman, tactical genius and firearm expert. Finished Special Ops close quarters training course in 17.23 seconds. Experienced physical, electrocution and burn torture training to prevent information leak. Broke fall 20m from helicopter. Gold medalist in Dormitory-level boxing.

Your argument is invalid.

« Kehilangan Enjin F5-E – Tiada Apa Yang Peliknya
BERBALOIKAH MALAYSIA BELI KAPAL SELAM ATAU PATUT TAMBAH KAPAL PERANG LAGI »

Comments

  1. joe doe says

    March 18, 2013 at 14:21

    ada sape2 tau cite tentang heli terhempas area gng bujang melaka pd zaman komniss?

    Reply
  2. Rosmah Mohamad Rosni says

    November 26, 2011 at 11:20

    Salam semua,
    Alhamdulillah saya dpt jumpa page ini !

    Allhamdulillah kerana ada juga orang kita yang mempunyai impian di tempat ini.
    Saya baru dapat berjumpa dgn salah sorang askar yg pertahankan Kampar menentang Jepun. Beliau adalah Kolonel Tim Rogerson.
    Dia sungguh hampa melihatkan tempat tu jadi padang rumput. Monumen yg ada pun hanyalah separuh dari siap .
    Saya mohon sesiapa yang mempunyai impian sama seperti Kolonel Rogerson, dapat sama berkongsi idea dengan saya untuk dipanjangkan proposal kepada pihak Tourism.
    Terima kasih.
    Rosmah

    Reply
  3. alisma-Ltm(B) says

    November 10, 2010 at 23:30

    Banyak yg boleh dibuat utk menjadi tarikan di Green Ridge ni, cthnya bina semula replika kubu-kubu, lorong perhubungan, command post dan lain2 lagi mengikut kedudukan asal. lihat negara2 maju lain spt Singapura di Bkt Candu, mereka jaga & bangunkan wlwpn yg prtahanknnya org2 Melayu(Malay Regiment). Kemana prgi menteri2 atau pihak yg berkenaan utk memelihara kesan sejarah ni. F1 circuit lg boleh buat. Tp bak kata ‘ trooper knife’, depa lebih pentingkn ahli2 sukan & artis, apa nk buat. Sebenarnya tk ramai yg tahu tmpt ni, terutama generasi muda yg hayal dgn ribuan hiburan skrg. Selalu aku lalu kt sini tp tk tahu nk masuk macamana..
    Kalau tgk kn lokasi, mmg amat strategik utk buat tapak pertahanan.

    Reply
  4. Jose says

    March 23, 2010 at 12:03

    Tapak kilang peluru tu kat Kg Tanjung Bangkung bersebelahan Kg Tualang Sekah

    Reply
  5. Anonymous says

    February 15, 2010 at 11:44

    kt tg.malim pun byk…cth:pertempuran Slim River 07 JAN 1942,kematian hero British..J.P Codner ditembak..peristiwa'cuffew' 22jam oleh Sir Hendry Gurney..Sir Hendry Gurney ditembak di Kuala Kubu Bharu..

    Reply
  6. Anonymous says

    February 2, 2010 at 07:27

    shah,

    hang tulun melawat perang kat Muar punya Shah.. kat bakri tu.. ada ke lagi kesan
    sejarahnya?

    Reply
  7. Anonymous says

    January 28, 2010 at 02:09

    assalammualaikum…

    melihatkan update terbaru dari bro shah ni mengingatkan sy tempat bersejarah di tempat sy..tempat di mana pejuang2 melayu agak ramai terkorban semasa mencari kebebasan dari pihak penjajah british..tempat tersebut sepatutnya dijadikan kunjungan bg mengenang pejuang2 yg terkorban di masa itu..wlupun hanya pertempuran kecil tp sedikit sebanyak menyaksikan kebangkitan masyarakat masa pada ketika itu..wlu bagaimanapun ape yg menyedihkan..tempat tersebut seperti berkubur bersama dengan pejuang2 yg terkorban..dulu ade usaha utk menjadikan tempat itu sebagai lokasi kunjungan..akan tetapi tiada sokongan dari mana2 pihak..perkara ini lebih menyedihkan sy kerana salah seorang dari pejuang yg terkorban tu merupakan moyang kepada ibu sy..mgkn pd mata pandangan org len..itu hnya la pertempuran kecil..tp bg kami itu la perjuangan utk bangsa, agama dan tanah air..kami berbangga..

    Reply
  8. Anonymous says

    January 27, 2010 at 13:23

    camne nak buat nnt pembangkang kahasnya DAP akan kate rasuah..bangsat punye kapir..ejen s'pore…diaorg bukan ape takut nasionalisme kite semakin naik…

    Reply
  9. camo37 says

    January 27, 2010 at 11:07

    maybe sebab dulu askar british yang bertempur..tu yang tak dapat liputan…kalau Askar melayu yang act kat situ mungkin dapat perhatian kot..hehe..

    tapi apa-apapun..nie bekas tapak pertempuran dan pertahanan..kena jadi tempat peringatan ataupun kajian..mana tau dapat hind apa2 yang berkaitan dengan pertahanan kubu..

    Reply
  10. wakdanial says

    January 26, 2010 at 01:50

    salam bro, boleh bagi contact mr harjad singh x? ingat nk buat lawatan ke green ridge la…sye dari PALAPES UTM.. terima kasih..boleh letak dkt shoutout dkt blog sye ataupun hantar email di aden_frees90yahoo.com
    terima kasih.

    Reply
    • zaf says

      July 29, 2015 at 16:57

      assalam siapa yang saya boleh hubungi untuk melawat ke kawasan pertempuran di kampar ini dan menjadi pemandu arah kawasan-kawasan penting pertempuran?

      Reply
  11. Luth says

    January 25, 2010 at 23:30

    salam…

    shah..

    saya ingin bagi cadangan sikit, boleh tak saudara buat ulasan atau artikel tentang askar timbalan setia johor?

    Reply
  12. shahpaskal says

    January 24, 2010 at 05:46

    ezzanie,

    Salah laku dalam aspek pembelian peralatan tentera sudah saya dedahkan sebelum ini, cuba cari entry awal saya mengenai ACMI.

    Pensilkayu,

    Terima Kasih, saudara boleh ambil tanpa kebenaran saya dan gunakan tanpa was-was

    Reply
  13. pensilkayu says

    January 23, 2010 at 04:11

    Sy mmg minat gler dgn tntera. Boleh tak kalau sy ambik artikel dalam blog saudara untuk dipostkan kembali dalam blog sy?
    Sy x tahu kt mne nk ambik artikel tentang tentera dalam bahasa melayu la. Tp bila jumpa blog saudara, mmg best. Salute…

    Reply
  14. shahpaskal says

    January 22, 2010 at 14:01

    antik,

    x menjadi masalah, pergi je sendiri, kalau jumpa org tengah membersihkan kawasan tu, just say hai to them.

    Reply
  15. antik says

    January 22, 2010 at 13:05

    Nak tanya, kalau saya nak kesana sendirian boleh ke? atau kena ada yang mengiringi saya… berminat juga untuk menyaksikan sendiri….

    Reply
  16. Mohamad Taufan Mohd Yassin says

    January 19, 2010 at 23:38

    Tak yah bagi pingat kat orang yang pelihara, cukup bagi dana untuk pulihara tapak tu.

    Reply
  17. ezzanie says

    January 19, 2010 at 21:20

    shah,

    tak sabar nak dengar komen hang tentang entry ini.

    http://mindnoevil.blogspot.com/2010/01/100-million-dollar-man-in-our-midst.html

    satu lagi mainan politik?

    Reply
  18. [email protected] says

    January 19, 2010 at 20:52

    tahniah bro shah dan knife..satu pendedahan yang baik buat tatapan umum serta para pencinta sejarah. biarlah pendedahan ini membuka mata kepada pihak yang sewajarnya supaya memberi perhatian dgn memulihara lokasi bersejarah begini.kepada individu yang bertungkus-lumus berusaha membangunkan kawasan ini, sepatutnya di beri penghargaan atas jasa dan rasa tanggungjawab mereka.syabas skali lagi.

    Reply
  19. Det. James Doakes says

    January 19, 2010 at 06:50

    Baguslah, ini adalah usaha murni untuk mengingatkan kembali betapa berharganya keamanan dan kemakmuran negara kita….

    Teringat ada beberapa kesan sejarah WW2 yang kini sudah tiada seperti Jambatan lengkung Parit Sulong….kubu pertahanan jepun di Tongkang Pechah (orang tua2 di situ panggil Parit Jepun-kini sudah tiada digantikan dengan tanaman kelapa sawit)…kat Tanjung Pengelih pun ada jugak bunker dan di kem Mahkota Kluang ada Kubu Gurkha (tak taulah samada bunker atau pill box) tapi tak dibuka kepada umum…..

    Reply
  20. Anonymous says

    January 18, 2010 at 21:08

    Salam:
    Sudah patut dijadikan tempat sejarah untuk anak2 bangsa. Ini akan dijadikan tempat pelancongan dan sebuah industry tourism dan reperkusi adalah, pekerja2, souvenir dan kedai2 cenderamata. Harap dapat di usahakan oleh Dun YB tempatan. Itulah silapnya orang2 tempatan di DUN selalu memileh YB2 yg bengap dan bahalul dan tak punya wawasan. Hanya tahu temolok pewot kebung sendiri, kereta besau, rumah besau dan isteri besau. Samapai bila nak berubah.

    Reply
  21. trooper knife says

    January 18, 2010 at 19:41

    shah, aku tertarik dgn satu article yg telah disiarkan dalam majalah TIME (may 28, 1984) yg berkisar mengenai 40 tahun selepas D-DAY OPERATION.

    rencana ini menceritakan bagaimana dahsyatnya peperangan ketika operasi D-DAY yg dilancarkan oleh tentera berikat untuk menakluk kembalipantai negara perancis ini. pantai itu juga menjadi saksi kepada peperangan yg amat dahsyat. namun begitu, masih ada lagi tinggalan sejarah perang yg masih lagi dipelihara dengan baik (termasuklah pillbox dan kawasan perkuburan perang). berikut adalah petikan rencana tersebut:-

    few tourists come to German cemetery, but those who do often feel compelled to write a comment in the visitor's book at the entrance. a German wrote, "Nie Wieder" (Never Again), and the same message is repeated, page after page, in French and English.

    Reply
  22. trooper knife says

    January 18, 2010 at 19:12

    apa boleh buat shah. mereka lebih pentingkan ahli sukan dan artis semata-mata daripada memberikan dana untuk memulihara tinggalan sejarah ini. keadaan ini berbeza dengan negara-negara maju lain. tinggalan sejarah adalah sebagai bukti dan tanda peringatan kepada generasi muda dan akan datang supaya lebih berhati-hati agar perkara yang sama seumpana nya tidak berulang kembali

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jammer

ELITE FORCES

  • ASKAR SETIA
  • Bekas Komando
  • Blog Makcik Cleaner
  • Blog Orang Dewasa
  • Cikgu Selam
  • Freedom of Association (F.O.A)
  • IBU SEPARUH MASAK
  • Ondscene

Post Terkini

  • THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY
  • THE UNKNOWN WAR
  • MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA
  • EKONOMI : TIDAK ADA PEROLEHAN BESAR UNTUK ATM
  • TERUSAN SEGENTING KRA – SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU..

Kategori Bacaan

  • Advertorial (4)
  • Analisis (50)
  • Antarabangsa (30)
  • Darat (23)
  • Fictions (13)
  • Laut (20)
  • Misil (2)
  • Notis (22)
  • Patriotisme (12)
  • Pengalaman (26)
  • Risik (7)
  • Sejarah (23)
  • Udara (24)
  • Undang-undang (2)

DEFENCE RADAR NETWORK

  • A Secure Malaysia – Malaysia Militarium
  • Malaysia Military Power

© 2023 · Hakcipta Terpelihara · Military of Malaysia · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK