Motor Kapchai tidak ada di Mesir. Kebanyakkan saiz moderate buatan China (CC kecik lee bawah 250cc)
Apartment di Cairo, penduduk di sini baik kaya atau miskin akan tinggal di rumah pangsa. Setinggan dia orang pun duduk rumah pangsa tapi buruk lagi lah daripada yang anda lihat sekarang ini
Awek Palestin yang cunnnnn yang ditemui di Hospital Palestin, Heliopolis, Cairo
Gambar baru lepas isap rokok, lepas tu tengok orang isap sisha. Nak try geli, pasai nak dekat 5 orang isap bergilir-giir. Naya kanggg kena H1N1. Gambar diambil depan Malaysia Hall.
Saya bersama Tan depan Piramid, rokok yang saya hisap adalah dari jenama Cleopatra. Best bebbb dapat pijak padang pasir, harga rokok pun murah. Marlboro dalam 4 pound, iaitu lebih kurang RM3.50.
Dua anggota polis Mesir, perhatikan uniform mereka yang serba putih macam baju St John Ambulance. Memang selekeh gila polis Mesir…di sebelah tepi adalah blogger ondscene.via.my dan dihimpit oleh awek paling cun (Cun kat Mesir lah pasal takde awek Melayu lain hehehe) Shuhaida Elis dan tepi sekali, awek cun jugalah (pasal takde awek Cina kat Mesir) Tan Siang Hui (dia ni pun blogger jugak, tapi blog dalam bahasa Cina, den tak paham…link beliau ada pada blog ondscene.via.my).
Kumpulan kami baru tiba di Cairo, jeket PBSM itu saya beli dengan harga RM70, saya baru sahaja mendaftar menjadi ahli PBSM Malaysia pada 17hb Julai lalu
1. Saya baru balik dari Cairo, Mesir. Tak jadi masuk Palestin kerana pintu sempadan tertutup rapat dan banyak Check Point tentera sehinggakan surat jaminan dari kedutaan Malaysia di sana tidak laku pada mata tentera Arab.
2. Tak banyak cerita yang boleh saya buat, cadangan saya hendak ke muzium PANORAMA, iaitu sebuah muzium yang menceritakan kemenangan tentera Mesir mendapatkan Semenanjung Sinai semasa Perang Oktober dahulu.
3. Cadangan itu bagaimanapun tinggal idea semata-mata kerana kawan saya yang lain asyik nak bershopping, rancangan saya hendak ke muzium tentera Mesir juga gagal.
4. Senario ketenteraan di Cairo sangat hebat malangnya, kesemua tempat itu diletakkan notis larangan mengambil foto.
5. Tetamu blogger Ondscene yang datang ke hotel penginapannyamendapat pengajaran apabila pihak tentera hampir sahaja menangkap beliau selepas ternampak kilaiaun camera dari tempat beliau menginap beberapa hari sebelum saya tiba di Cairo.
6. Dunia tentera di sana sangat sukar dilihat, kem-kem dibina di belakang tembok tinggi dari batu dan di setiap penjuru terdapat menara tempat askar berkawal, tidak seperti kem tentera kita yang hanya di kawal pada pintu masuk dan keluar sahaja.
7. Uniform dan kelengkapan tentera Mesir boleh dikatakan hebat juga, malangnya saya tidak boleh mengambil gambar.
8. Polis Mesir agak menyedihkan, lawa lagi pakaian seragam pengawal keselamatan hotel saya menginap.
9. Gaji mereka sangat kecil dan rasuah dilakukan terang-terang, mereka bagaimana lengkap bersenjata mesingan, pistol tak mainlah.
10.Dalam pada itu saya sempat juga berbual dengan rakyat Mesir serta pemangku duta kita di Cairo mengenai sebab-sebab Mesir menutup pintu sempadannya di Palestin.
11.Pemangku Duta Malaysia di Cairo Mohd Puzi Dahman memberi alasan bahawa Mesir terpaksa menutup pintu sempadan kerana ada perjanjian. Jawapan beliau, saya tidak perlulah kupas kerana tidak menarik.
12.Seorang sahabat saya, Ustaz Abu Syamah, rakyat Malaysia yang sudah menetap di Mesir selama enam tahun pula memberitahu, Mesir terpaksa menutup pintu sempadan kerana survival politiknya.
13.Mesir sudah tidak percaya kepada jiran-jiran Arabnya yang telah menikam belakang Mesir semasa Perang Oktober atau Yom Kippur War.
14.Ketika itu Mesir telah merancang untuk menyerang Israel dan merampas kembali Semenanjung Sinai.
15.Jiran-jiran Mesir sudah berjanji akan menyerang Israel, Syria yang kehilangan Bukit Golan dalam satu peperangan sebelum itu turut berjanji untuk menyerang Israel bagi mendapatkan Bukit Golan.
16.Sampai sahaja waktu serangan, negara-negara jiran ini tidak menyerang Israel dan Mesir bertindak sendirian, nasib baik menang.
17.Kemenangan itu bagaimanapun mendatangkan kesan ekonomi yang sangat teruk ke atas Mesir dan sehinggakan sekarang, Mesir gagal pulih dari kemelut ekonomi dan matawangnya yang satu ketika dahulu hampir sama taraf dengan Dollar Amerika, kini tersungkur teruk.
18.Kemudian saya bertemu dengan wakil penjual kereta Proton di Kompleks Otomotif Ezz-Elarab.
19.Bangga juga tengok kereta Proton di Mesir, ramai anak mudanya suka kereta Gen 2, golongan berkeluarga pula minat Waja.
20.Wakil itu, encik Habib Ibrahim Habib agak radikal sikit, Mesir terpaksa menutup pintu sempadannya kerana pejuang Hamas menggunakan Mesir sebagai platform untuk melancarkan serangan ke Israel.
21.Itu tidak mengapa, masalahnya, Hamas cuba membabitkan Mesir apabila memasang bom di tempat-tempat pelancongan negara itu dan membunuh pelancong barat.
22.Sebagai langkah keselamatan, Mesir terpaksa menutup pintu sempadan dan hanya membenarkan terak bantuan kemanusiaan sahaja yang masuk keluar.
cold says
silent warrior adalah manusia bertaraf ”wali ALLAH”..
cylone says
August 5, 2009 8:09 PM
Amran said…
saya pun tak setuju ISA dihapuskan tapi majoriti ahli jwtnkuasa nak mansuhkan. sepatutnya hanya dipinda agar kuasa pada menteri berkenaan tak terlalu besar. sebagai contoh dlm tahun 1970-an, seorg menteri dalam negeri mengambil kesempatan atas pelajar yg berdemo (termasuk la saya) untuk penduduk baling untuk menangkap dan menjatuhkan musuh politik nye. tak silap saya nama nye TS Ghazali mcm tu la..die ni bercita2 sgt nak jadi PM. Tun Hussein Onn pun nak die jadi PM, Lee Kuan Yew PM Singapore pun nak die jadi PM. tapi masalah nye TS Ghazali ni bukn naib presiden umno dan pelantikan TS Ghazali sbgai Tmbln PM mendapat tentangan dari Dr M, T. Razaleigh, Tun Ghafar. Tun Hussein berpakat dgn TS Ghazali melantik Dr. M menjadi Tmbln PM.
*BARU AJE ARWAH TS GHAZALI NI…
kaspi says
aku memang tak setuju kalo ISA dimansuhkan..
kepada yang tidak mahukan ISA,nasihat aku,pegila baca akta-akta ISA.jangan maen hentam jak..
kalo xpuas hati,meh kite debate..
jangan terpengaruh dengan politik kotor malaysia..
poli=banyak
tick=helah
banyak tipu helah
shahpaskal says
Syahiddmilikku
Aisey, tidak ada rezekilah. Memang kamilah yang makan di rumah Perlis tempohari.
syahiddmilikku says
assalamualaikum,
inilah pasukan pbsm yang saya jumpa ketika makan di restoran rumah perlis di mesir tempoh hari. Saya nak tegur sebab saya memang ahli PBSM tapi segan dan anda semua nampak letih. eheh..tapi saya perasan penulis blog ini..
kayrolldin says
sy tumpang gembira blog tuan makin glamor. sy antara terawal jumpe blog tuan secara kebetulan… tahinah…
lol says
ade ke nak samakan bantahan malayan union dengan bantahan isa hari tu , nice try la bai . Punya nak amik simpati orang melayu yang tak terpengaruh . camni la orang malaysia gila kuasa .Sapa makan cili dia rasa pedas ar kalau2 ada orang nak tanya post aku ni tuju kat sapa.
BELIA WAJA WATAN says
Happy birthday back to u Singapore
… Be part a brother dont be part a enemy ….
Anonymous says
Anyways happy birthday Singapore to Belia Waja Watan 🙂
BELIA WAJA WATAN says
vandal said…
please get ur fact right…betul ke dakwaan tuh…???
Give ur identity …. "Singaporean"
Anonymous says
Negri yg x lawan British antar Resident je. Negri yg Lawan terpaksa hantar bala tentra utk Jajah.
Penjajahn terhadap Tanah Melayu adalah paling Murah drp segi kos ketenteraan drp kaca mata penjajahan British.
Sebaliknya Kos ketenteraan yg tinggi utk Jajah balik MAlaya drp Tentera Jepun yg amat Mudah Jajah Tanah Melayu.
Malah kos yg tinggi terpaksa digunakan utk mempertahanankan Melayu dijajah oleh Komunis yg nak jajah Melayu.
vandal says
Belia Watan Waja wrote;
"Siapa yang mencubai akan mendapat Tulah, British tahu hakikat itu lalu mereka hanya hantar Residen dan penasihat, bukannya penjajahan total."
…British bijak, diorg belajar dari kesilapan diorg…diorg belajar dari kegagalan diorg kat India..diorg tau aper itu amok…thats why…syukur la kite dijajah British yg mmg guna otak, dari portugis & belanda yg cuma nak rompak hasil bumi jer…nak patriotik pun biar la realistik…
Belia Watan Waja wrote;
"Patriotisme adalah mengolah isu rakyat kepada antarabangsa. Yang pasti majoriti rakyat singapura merepat, miskin dan hina."
please get ur fact right…betul ke dakwaan tuh…???
Belia Watan Waja wrote;
"Jika Kamu mahu melihat Hukum Dewata Mulia Raya terhadap kamu, lakulah, nanti negeri kamu akan di tengelami air dan hilang dari peta dunia"
nih byk sgt bace komik Dewataraya nih…hehe
vandal says
kan bagus kalau Malaysia nih takder ….DEMOKRASI…..
no political party, no election….
yang ade HANYA KERAJAAN…tunggang terbalik camana skali pun org2 dalam kerajaan tersebut, tetap kerajaan yang sama…x payah pening2 pasal bangkangan dari parti2 pembangkang, tak payah pening2 pikir pasal trojanhorse dari parti pembangkang, betul tak…?? setuju tak kalau negara kita ni autokratik…?? hanya ada satu parti aja dlm malaysia…???
kadang2 aku x tahu, kenapa marahkan sgt dgn DAP, kalau dah tau DAP tu parti serpihan PAP…
dah tau DAP sekongkol dgn PAP, apsal x HARAMKAN…??? komunisme adalah HARAM di dlm Malaysia, jadi…???
kenapa diwujudkan parti2 politik kalau dah tau parti2 politik hanya akan cetuskan huru-hara…???
hanya orang yang mengkaji apa itu ISA sahaja yang akan faham apa itu ISA, dan hanya orang yang sertai perhimpunan aka demo sahaja yg tau apa itu demo…RM10 juta kerugian…??? bagus….tolong sertakan sekali rekod2 jualan sepanjang bisnes berjalan sebelum ini, tolong tunjukkan dgn bukti paling jelas tang mana yg RM10 juta tu….orang yang tak join demo boleh la cakap byk, senang2 nak tunding jari, yang join mmg tau la kisah sebenar…
kalau nak disebutkan, dalam parti kerajaan pemerintah sendiri ada trojanhorse, korg pun tau antara yg terkenal, KJ….tu yg terkenal, belum lg yg low profile…singapore nih pandai…diorg akan makan dua2 kaki…sebelah kiri (pembangkang) & kanan (pemerintah)…either one, they still win…jgn ingat dlm kerajaan tuh semuanya 'saint'…
sebab tuh jgn pandang negatif sahaja demo ISA tempohari…mmg dlm demo arituh ade pengacau, trojanhorse…sebab tuh PAS hantar Unit Amal PAS, sekurang-kurangnya utk mengawal kalau pun x dpt mengekang kemungkinan kekacauan yg dtg dari pihak pendemo…Polis…??? haih…kalau la Polis Malaysia bijak macam Polis Britain, kan bagus…
demo biasa terjadi kat mana2 negara, satu proses bantahan dari rakyat kpd pihak pemerintah…ade demo yg bertujuan baik, ade demo yg bertujuan jahat…kalau la demo tuh mmg x bagus, Malaysia nih sepatutya dah jadi Malayan Union…nasib baik orang2 melayu dlm UMNO buat demo dulu, DEMO YANG PERTAMA DALAM SEJARAH MALAYSIA…dan british sgt bijak dlm mengangani demo…dan wujud la Malaysia…TERIMA KASIH KEPADA PENDEMO MELAYU DALAM UMNO (UMNO dulu, bkn UMNO sekarang)..
jd, biler orang ramai berdemo, ader sebab…jangan main tuduh serkap jarang, kaji la dulu kenapa diorg berdemo…dptkan maklumat dari kedua-dua belah pihak…jangan cerita pasal rugi RM10 juta tu salah pendemo la, orang2 yg turun demo, orang2 yg ade kat situ je yg tau kacau-bilau tu berpunca dari saper…mmg sayang polis kite x bijak macam polis britain…
sori bro shah, lari topik plak, aku xder niat nak rosakkan blog bro, cumer nak bg buah fikiran aku jerk…jgn luper cerita lagik kisah bro kat mesir nun…
Anonymous says
Ini silent warrior mcm pakai JIN je ni. memang bomoh Negara ni.
BELIA WAJA WATAN says
Sebenarnya kita mempunyai 'silence warrior' yang tidak dikenali oleh penduduk bumi tetapi di kenali oleh penduduk langit … mereka di tugaskan melaksana pengawalan di atas bumi ini.
Sepanjang sejarah bumi ini mendapat keamanan dan keselamatan dari segala bencana walaupun pelbagai cubaan dilakukan.
Kerana bumi ini, bumi yang dijanjikan, sebab itu negara selatan yang merupakan proksi Zionis sentiasa mencari jalan untuk menguasainya.
Siapa yang mencubai akan mendapat Tulah, British tahu hakikat itu lalu mereka hanya hantar Residen dan penasihat, bukannya penjajahan total. Belanda dan Portugis tidak mengerti ….
Sekarang kesan dari pembelajaran British di atas perkara tersebut British mula memberi Polis Wanita Islam Britan memakai Hijjab …. pelikkan?
Kehebatan tersendiri, semua kekuatan fizikal akan hancur, negara selatan menggerakkan kakuatan meterial military adalah untuk menutup ketidak adilan sosial dari kemiskinan dan penindasasn.
Patriotisme adalah mengolah isu rakyat kepada antarabangsa. Yang pasti majoriti rakyat singapura merepat, miskin dan hina.
Mereka mengawal minda generasi muda supaya sentiasa melihat isu luaran dan melupai isu dalaman tentera meraka umpama cyborg tiada perasaan kemanusiaan.
Hasil dari doktrinisasi Sosialisme aka komunisme.
Jika Kamu mahu melihat Hukum Dewata Mulia Raya terhadap kamu, lakulah, nanti negeri kamu akan di tengelami air dan hilang dari peta dunia.
Anonymous says
hehei. off topik kejap. apa komen korang semua bila marin indonesia dikelaskan ke 3 terbaik dunia? bagaimana dengan pasukan kita? renjer?para? tahap operasi ok ke? musykil jugak sebab dari apa yang sy dgr, asyik buat fatigue je bersihkan kem. latihan jarang dipaparkan di media. xsperti indosia, latihan yg dijalankan mendapat liputan besar media mereka
Keris says
tq tn blog sebab berkongsi pengalaman baru di Mesir bersama kami.
Berkenaan sekatan ketat dan halangan di pintu sempadan ke Palestin. Ada banyak faktor yang kita di sini boleh timbulkan selain dari menuding jari menyalahkan pihak berkuasa Mesir.
Saya sendiri tak dapat nafikan kemungkinan sekiranya wujud warga Palesti(tak semstinya dari Hamas) yang menggunakan Mesir sebagai platform untuk menentang Israel. Juga tidak mustahil juga untuk agen Israel diatur gerak ke Mesir untuk menimbulkan kekecohan lantas imej buruk itu dituju kepada Palestin. dan tidak dinafikan juga ada kemungkinan perasaan cinta Dunia yang tebal dikalangan pemimpin Mesir khususnya dan Arab amnya.
ianya sedikit sebanyak akan dapat selesai bilamana Kesatuan Jajahan Muslim (Khalifah) dibentuk tak lama lagi. =)
Anonymous says
Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.
Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:
Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;
Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Anonymous says
Bagus juga demo bg tutup kilang wat arak & nombor. Yg bg Lesen buka pun org Islam. Drp zaman penjajah sampai lepas kena jajah masih bg Lesen. Jepun je x pasti bg lesen tu arak masa kena Jajah.
penggubal dasar says
dan juga demo tutup kedai nombor ekor yang bersepah tu. itu lagi baik.
ada jugak yang berhormat BN pernah kena tahan dlm ISA, tapi diorang tak berdemo sekali pun..
Lt harry says
yg peliknya kenapa demonstrator ramai org2 melayu berketayap..betudung labuh turut serta..(malu ooo tgk kt tv)..nape tak buat demo tutup kilang arak kat shah alam nuh??trpampang tepi highway…
aku mmg tak sokong demontrasi macam nie..
kpd kwan2 sume truskan dgn penulisn yg sgt berinformasi nie..
penggubal dasar says
ye, DAP mmg parti pecahan dari pemimpin Singapore. dan DSAI menggunakan kesempatan ini utk tumpang kenderaan bagi menebus matlamat politik peribadinya. manakala pas adalah mangsa keadaan.
GMI selaku pengajur demo, mmgla akan disokong oleh pemimpin pembangkang sebab mereka ni (pembangkang) hendak melihat ekonomi lumpuh, kacau bilau. style komunis ni.
sayangnya, pelajar-pelajar dan remaja belia kita tak paham. tak tau sejarah. lebih banyak baca buku sejarah pemimpin komunis berbanding sejarah nasional. tu yang makin ikut je. padahal selak muka depan ISA pun tak pernah. sayang, sedih, tgk kakak2 tudung labuh, pak pak berketayap lebai ditangkap.
saya selalu membaca buku biografi pemimpin komunis, memang cara mereka bercerita tu blh jatuh simpati. tapi klu kita ada akal, kita buat analisis. mmg mereka ni salah dan jahat. takde agama.
so, tak kisah la biasiswa ke, PTPTN ke, tu memang duit rakyat. so klu anda yang berdemo ni kata kerajaan makan duit rakyat, anda mcmana pula?
demokrasi? adakah tuan tuan yang berdemo menghormati demokrasi dan hak kami yang nak pergi shoping dgn aman ahad tu?
demkrasi hanya wujud di mata anda, tapi tidak pada hati kami.
sekarang, bayar balik 10 juta kerugian peniaga air di Jalan Tar.
Det. James Doakes says
Belia Waja Watan….
DAP ni kawan masih syak meskipun dia sudah bersama2 dalam PR….begitu juga dengan PKR, biasalah, kalau orang tiada panduan agama, memang mata mudah gelap kalau nampak duit berjutaaa…..
Mengenai PEKIDA pula, kawan boleh katakan mereka tersasar dari matlamat asal, lebih kepada MAFIA MALAYA sekarang ni…..
Benar mereka bantu Melayu? Benar mereka beramar makruf nahi munkar?
Tuan2 boleh jawab…..
Det. James Doakes says
Bro Shah,
Pada pandangan saya, ISA masih relevan sekiranya aktanya digubal semula….
ISA sebenarnya berkesan digunakan untuk:-
1) Militan (Komunis dsb).
2) Pemimpin/pengikut ajaran sesat.
3) Murtad
4) Pengedar dadah
5) Pemilik senjataapi dalam kuantiti yang besar.
6) Perasuah (terutama dari kalangan kakitangan kerajaan).
Sebab apa, kita ambil contoh ajaran sesat, sekiranya tiada detention camp, maka mereka masih lagi boleh sebarkan ajaran mereka, kalaupun ketua mereka dibicarakan, mereka masih ada kader2 mereka untuk menyebarkan ajaran mereka.
Contoh perasuah, mereka terang2 khianat kepada negara. Sekiranya mereka dibicarakan dalam mahkamah terbuka, kerana sedikit ksilapan, buang kes…mereka akan balik kepada kerja asal dan silap2 buat lagi tu…..
Contoh murtad, sama dengan ajaran sesat tadi.
Pemilik senjata api dalam jumlah yang besar, boleh dikaitkan dengan gerakan militan….nak2 kalau ada senjata2 canggih seperti RPG dsb….
Det. James Doakes says
Itu yang biasiswa, yang PTPTN tu camana? Kan ke dana dia diambil dari KWSP, akaun persaraan orang yang bekerja di Mlaysia?
INGAT AMANAH ANDA!!!! Sekiranya anda buat yang tak betul maknanya anda mengkhianati amanat orang2 yang mempunyai dana dalam KWSP!!!!
BELIA WAJA WATAN says
Campur tangan CIA … ada logiknya … !
Tapi bagaimana pula campur dengan tangan Security and Intelligence Division (SID) Singapore yang lebih banyak kecenderuman terhadap negara ini … Teoh Bean Hock adalah mangsa 'scape goat'bagi melindungi bossnya Ean Yong Hian Wah dalam kes salah guna kuasa (DAP) kerajaan Pakatan Rakyat (Sosialisme aka Komunisme).
Seperti semua sedia maklum penyatuman Malaysia ke dalam Singapura akan dilakukan DAP selaku parti serpihan PAP (Singapore)di atas konsep Malaysian Malaysia,Jika mampu menguasai Malaysia, dan pastinya ia akan berlaku.
salah laku tersebut akan memburukkan imej DAP, satu konspirasi terancang digerakkan…
Pertama menyelamatkan dan menegenlamkan isu penyelewengan YB Ean Yong Hian Wah dan Ronnie Liu
Kedua membangkitkan kemarahan rakyat di atas ketidak adilan kerajaan (Taktik Komunis dan Pre Emptive strike)
Keseluruhannya melumpuhkan ekonomi negara sebagai sebahagian dari kerja-kerja subversive, dengan mudah negara ini akan diambil alih kuasa.
Sama seperti kes altantuya, kenapa yang meletupnya dari UTK Bukit Aman, dan bukan dari 11 GGK yang mempunyai kepakaran sama dengan Bukit aman.Kerana Dato najib Menterinya masa itu, jika penglibatan bunuh itu adalah beliau.
Jelas jawabnya untuk mengaibkan dan menjatuhkan PM Dato najib dengan kes tersebut, boleh rujuk kenyataan beramaran tertuduh sirru:
http://www.akubetul.com/2009/04/hukuman-gantung-kepada-azilah-dan-sirul.html
______________
Kerana Pakar bunuh dari UTK boleh meninggalkan kesan – "KENAPA" … untuk dijejaki ( Rujuk CSI)
Adakah sebenarnya Razak Baginda mengarahkannya … atau ada orang di balik tabir melakukan lain dari di rancang. Ia adalah kes berprofail tinggi.
Tetapi miripnya menyabitkan PM, dan ia sentiasa di ucapkan AN-War sebagai Najibtantuya … (Anwar Pasti..!)
PM semasa itu menteri pertahanan, Pak Lah Menteri dalam negeri … UTK bawah Pak Lah … dan Khairy banyak mengambil kesempatan di atas semua ….
Beliau dirujuk sebagai "Silence Singaporean aka 007" oleh sebahagian blogger …
dalam 'permainan perang' untuk capture seseorang pemimpin mesti mewujudkan alibi … dengan kata lain laluan Dato Najib ketika itu ke tapak PM adalah sukar.
Jasa Tun Mahathir memperbetulkan keadaan. Walaupun begitu … kemenangan Khairy sebagai ketua pemuda UMNO adalah 'under control', sepatuknya Dato' Mukhris.
KJ terlalu ligat mengatur politik Malaysia … bermula mengawini Nori sebagai 'Gateway' politik, membebaskan An-War serta menyerahkan Passport Antarabangsa ke An-War, menentukan tarikh keramat PRU 12 pada angka '13' pada 13 Februari 2008, jam 12.38 petang.
13 adalah angka sial bagi freemason zionist, untuk menjahanankan seseorang khairy menasihati Pak Lah nasibnya BN kerugian besar dalam PRU 12.
Mengatur pertemuan Pak Lah di penghujung persaraannya dengan DSAI secara 'kebetulan'.
Menguasai PEKIDA selaku 'Gengster Melayu' menjadi alat perimeter politik beliau. Membawa temasek Holding (GLC Singapore) melakukan penawanan Malaysia melalui ekonomi.
Membocor maklumat negara jatuhnya pulau batu Putih ke singapura.
dan akhirnya memenangi jawatan politik selaku Ketua Pemuda UMNO, laluan kepada menguasai Malaysia.
dan sebagai ramalan politik …. Khairy akan bersama An-War dalam Pakatan Rakyat setelah Tumbangnya BN nanti.
Besar kemungkinan KJ terlibat secara 'proksi' mewujudkan suatu isu dengan alasan menjaga politik Pak Mentua Beliau (Godfather) dalam masa yang sama beliau sendirimasa itu.
Yang pasti lihatlah bagaimana SID memain peranan di sebalik semua perkara tersebut … Kestabilan negara telah musnah, kebodohan tindakan mengatasi kebijaksanaan pemikiran …
Kenapa perlu demontrasi … tiadakan jalan diskusikah …?
atau mengikut rentak komunisme mensabotaj kestabilan negara, dan dalam masa yang sama 'agen-agen SID' dalam kerajaan mewatakkan peranan kejahatan kerajaan Malaysia supaya rakyat bangkit memberontak.
"DAN TIDAK AKU UTUSKAN ENGKAU (MUHAMAD) MELAINKAN MEMBAWA RAHMAT KE SEKALIAN ALAM".
YA ALLAH SELAMATKANLAH MALAYSIA
penggubal dasar says
saya setuju dengan semua pendapat tu. ISA perlu dipinda kepada satu bentuk akta yang lebih fleksibel dan tidak terletak kepada kuasa menteri semata-mata.
tapi fungsi ISA sebagai satu kaedah pencegahan segera amat perlu diteruskan.
dan, demonstrasi jalanan klu saya tgk di UK, mereka dengar cakap polis. berbaris dan berjalan kaki secara tersusun tanpa menghalang lalu lintas.
tapi apa yang berlaku di Kl tempohari, kebanyakannya remaja yang datang suka-suka, nak seronok, nak happening dan nak jadi sebahagian cerita. sebabtu GMI tak dapat kawal gerak geri kumpulanni. padahal klu katakan semua yang datang tu mmg di bawah GMI, senang nak kawal.
selain itu, perlu lihat kesannya kepada masyarakat majoriti. jangan salahkan polis klu ada org membeli belah terperangkap, jalan sesak, org awam terkena gas pemedih mata. itu memang tugas polis. tapi yang salah ialah puncanya. puncanya ialah pendemontrasi.
apa tujuan demo haritu diadakan? untuk menyampaikan memorandum kan? so tak salah klu dibuat di stadium, tertutup, pemimpin GMI bagi ceramah sikit kemudian pegila hantar memorandum. tapi apa yang berlaku tempohari bukannya nak hantar memorandum, sebaliknya tunjuk perasaan. sebabtu penuh dgn emosi, nak marah, nak mengamuk, xnk dgr cakap polis, tak fikir keselamatan org lain.
tuan tuan dalm GMI, tolonglah fikir pada rakyat yang lain. klu betul kerajaan harini menindas dan tidak adil kepada rakyat,satu negara akan meras kesannya. bukan tuan2 sahaja. tapi kenapa hanya tuan2 sahaja yang berdemo? sebab kami tak nak keadaan menjadi lebih buruk. kami nak gunakan jalan yang betul.
fikirlah, klu porak peranda, org luar senang nak ambik kesempatan.
kesian anak cucu kita. sekarang peniaga mintak ganti rugi 10 juta, kan dah jadi masalah..
para pelajar dan mahasiswa yang ikut sekali demo tu, sedarlah.anda tak tau sebenarnya tugas anda. tiga tahun ni duduk la diam2, belajar. org dah bagi biasiswa tu.belajar je. nanti dah kerja, gaji banyak, gunakan duittu untuk membantu rakyat yang susah klu btl kerajaan gagal membantu. then bila u jadi org senang, u terkenal, gunakan platform tu sebagai kaedah mengubah bangsa malaysia.
ok, tolongla.klu asyik berdemo je, pelabur tak masuk,kita pun tak g kerja, ekonomi jatuh. tolong ye, tolong…
Amran says
saya pun tak setuju ISA dihapuskan tapi majoriti ahli jwtnkuasa nak mansuhkan. sepatutnya hanya dipinda agar kuasa pada menteri berkenaan tak terlalu besar. sebagai contoh dlm tahun 1970-an, seorg menteri dalam negeri mengambil kesempatan atas pelajar yg berdemo (termasuk la saya) untuk penduduk baling untuk menangkap dan menjatuhkan musuh politik nye. tak silap saya nama nye TS Ghazali mcm tu la..die ni bercita2 sgt nak jadi PM. Tun Hussein Onn pun nak die jadi PM, Lee Kuan Yew PM Singapore pun nak die jadi PM. tapi masalah nye TS Ghazali ni bukn naib presiden umno dan pelantikan TS Ghazali sbgai Tmbln PM mendapat tentangan dari Dr M, T. Razaleigh, Tun Ghafar. Tun Hussein berpakat dgn TS Ghazali melantik Dr. M menjadi Tmbln PM.
apabila Dr. M mnjd TPM, TS. ghazali mnggunakan ISA utk menangkap org2 yg berkaitan dgn fahaman sosialis menggunakan ISA. byk org dari parti soasialis malaysia, kelab sosialis um ditahan dgn atas nama penahanan perancang demo pelajar untuk penduduk baling dn komunis.kebetulan pd masa itu jg setpol dr. M ditahan krn disyaki ejen KGB. dan makin ramai lagi ditahan termasuk saya psl berdemo (dlm lokap je tak masuk ISA tp rmai kena ISA psl dituduh komunis pdhl die kwan saya dlm PMUM). byk lg kisah2 salahguna ISA oleh menteri yg bernafsu kuat. lg 1 contoh, operasi Lalang. boleh rujuk sendiri di internet.
kuasa ISA perlu dipindahkan dari tgn seorg menteri ke satu jwtnkuasa yg bebas.
kpd en. YONTAIFIB, saya faham ISA dan saya pernah hampir ditahan. nasib baik je saya ni muka tak ganas dlm lokap, boleh cakap jawa dgn polis. kalau tak, mesti dicap komunis, masuk ISA.
*dah2 jgn gaduh2..en. shah buka tmpt komen ni utk berbincang memberi pendapat. en. Anon tak pyh la nak provok.
YONTAIFIB says
btol tu bro shah…
sokong sma skali…ISA sepatutnye tidak harus dihapuskan…tetapi harus dipinda mengikut perederan semasa n zaman…dan yg saya benci skrg, ISA cube dipolitikkan oleh sesetengah individu utk kepentingan politik mereka…
amek contoh pd kes bukit jenalek(Jemaah Islamiah) pnye kes…semua yg terlibat ditahan di bwah akta ISA, dan semua rakyat sedar semua yg ditahan itu dianggap ancaman kepada negara.. xde sape pon yg menentang ketika itu kerana sedar bahwa ISA yg dikenakan bertepatan pd kesalahan yg dilakukan…
dan lg satu, rata2 yg mengadakan demo GMI itu xpernah membuka apatah lagi melihat dan memahami akta dan sejarah ISA itu sendri…sy tahu bahsa yg digunakan utk akta ISA adlah bahasa law yg sukar di fahami oleh org2 biase sperti saya…jd perlukan seseorg yg fham dgn bahsa law utk menterjemah dan menerangkan ISA ini….
di bwah ini saya sertakan sekali URL akta ISA yg digembar-gemburkan…baca dan fahamilah…
kredit to >>>>
http://exception2008.blogspot.com/2009/08/siapa-bilang-isa-tahanan-tanpa-bicara.html
aku tau blog yg aku sertakan ni blog politik dan menykong sebelah pihak, tp aku mmg xske politk dan xsokong mne2..aku cume membaca dan memahami akta ISA itu sendri….dan yg aku pentingkan sekarang keslematan negara, xkan negra kite hendak jd kucar kacir seperti iran skrg akibat fanatik sgt utk berdemo???? walhal Iran sebelom ini dihormati sbgai kuasa islam yg berani menentang dasar2 barat dan Amerika….
shahpaskal says
Tapi saudara Amran, percayalah ISA tidak akan dihapuskan. Kalau PR berkuasa sekali pun, ISA tetap tidak akan dihapuskan kerana ia senjata cegah rintang yang paling perfect sekali.
Ia mungkin memberi masalah kepada sebahagian kecil rakyat Malaysia tetapi pada masa yang sama, ia juga jaminan yang paling ampuh untuk sebilangan rakyat Malaysia yang lain.
Perhatian sepatutnya diberikan kepada soal-soal kehidupan. Kan bagus kalau ada perhimpunan yang menentang kenaikan harga, kemiskinan, perhimpunan di hadapan Jalan P.Ramlee untuk menentang anak-anak Melayu dari masuk pusat disko.
Sebenarnya banyak isu yang boleh dijadikan alasan untuk berhimpun tetapi kita terlepas pandang.
Bagaimanapun, setiap orang ada pandangan. Saya amat menghormati orang yang percaya pada perjuangan mereka tidak kira mereka pembangkang atau penyokong kerajaan. Pandangan peribadi saya, ISA masih perlu…cuma ia perlu diubahsuai supaya tidak dijadikan senjata politik.
Bagi saya, demokrasi kena ada kawalan. Kita tidak mahu demokrasi ala Amerika Syarikat, setakat ini, apa yang kita ada sudah cukup baik.
Anonymous says
SALAM..
1.Apa rasionalnya DI BUBAR @ DI PINDA ke atas ISA?
2.Siapa individu yg ingin mansuhkan @ suarakan ke atas ISA?
3.Kenapa golongan tertentu TAKUT @ TRAUMA ke atas ISA?
4…….?????????????????????
BERI KOMEN SELANJUTNYA WAHAI BLOGERX BUDIMAN SEKELIAN. TERIMA KASIH.
Anonymous says
SALAM..
1.Apa rasionalnya DI BUBAR @ DI PINDA ke atas ISA?
2.Siapa individu yg ingin mansuhkan @ suarakan ke atas ISA?
3.Kenapa golongan tertentu TAKUT @ TRAUMA ke atas ISA?
4…….?????????????????????
BERI KOMEN SELANJUTNYA WAHAI BLOGERX BUDIMAN SEKELIAN. TERIMA KASIH.
Anonymous says
SALAM..
1.Apa rasionalnya DI BUBAR @ DI PINDA ke atas ISA?
2.Siapa individu yg ingin mansuhkan @ suarakan ke atas ISA?
3.Kenapa golongan tertentu TAKUT @ TRAUMA ke atas ISA?
4…….?????????????????????
BERI KOMEN SELANJUTNYA WAHAI BLOGERX BUDIMAN SEKELIAN. TERIMA KASIH.
Amran says
saya setuju dgn en. shah. mmg polis pun tak akan luluskan permit..cadangan untuk adakan demo di petaling street @ bukit bintang insya-Allah saya akan cadangkan dlm mesyuarat kerana saya sendiri ahli jawatnkuas GMI.
kpd Hazrey, mungkin ade org yg akan ambil kesempatan atas demo ini yg mcm en. shah cakap tapi mmg niat kami hanya untuk menarik perhatian masyarakat dan kerajaan mngenai ISA..tp saya agak kecewa krn PM kurg mengambil perhatian pd desakan kami.
*Blog ni bagus..En. Shah byk kan lagi info2 penting mengenai ancaman terhadap negara terutama nya dari org dalam
Hazrey says
Aku tergelak dengan reply kau kat Amran tu.
Tersengih sengih aku baca. Itulah apabila hakikat tidak dilihat oleh peserta demo. Pada mereka, yang lebih penting ialah sahutan dan jeritan mereka tetapi tidak tahu motif sebenar penganjur.
Anonymous says
Bangsa Melayu pernah berdaulat,Terbilang merata, kesultanannya hebat,
7 bangsa penjajah cuba menempat,Dengan kudrat semua dihambat.
Bangsa Melayu bangsa keramat,Nabi(SAW) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berkat,Di akhir masa, ramai wali hebat.
Bangsa Melayu bangsa hikmat,Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi(SAW) pernah beri alamat,Raja Melaka mendapat hidayat.
Bangsa Melayu tak makan saman,Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,Karamah, barakah, jadi laziman.
Bangsa Melayu penuh daulah,Halusi sahaja kisah sejarah,
‘Wa’ad’ Melayu jangan disanggah,Sanggah ‘wa’ad, mendapat ‘tulah’.
Tanah Melayu pernah berkat,Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak sangat dihormat,Bumi bertuah, terbilang sejagat.
Bumi Melayu pernah berkat,Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah, pondok merata tempat,Menjana insan unggul dan hikmat.
Tanah Melayu intinya hebat,Bumi zuriat Nabi(SAW),itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,Pancaran Nabi(SAW), penuh keramat.
Bumi Melayu pernah terbilang,Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.
Melayu pernah berilmu dan berbudaya,Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana dunia,Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.
Bangsa Melayu halus seninya,Hayati warisan persuratanya,
Syair seloka sungguh indahnya,Pertukangan, sulaman, tiada taranya,
Berkurun Melayu junjung agama,Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,Rahmat Allah dimana jua.
Orang Melayu usah alpa,Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu 6 kurun lamanya,Menyimpan sejarah nenek moyang kita.
Orang Melayu usah goyah,Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,Strategi musuh menebar fitnah.
Sejarah Melayu sebenarnya hebat,Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,Namun Melayu termasuk jerat.
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,Silap rajanya membuang muafakat.
Bukan baru musibah Melayu,Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhya bertalu-talu,Sehinga bangsa menjadi terkelu.
Melayu mula ditimpa musibah,Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,Akhirnya Melayu mendapat ‘tulah’.
Sekian lama Melayu jadi sasaran,Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,Mungkinkah tersirat suatu ramalan?
Melayu kini resah gelisah,Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,Melayu pencetus kebangkitan ummah?
Ingatlah pesan junjungan Rasulullah(SAW),Panji hitam dari timur,
bumi karamah,Bangsa Melayu usah menyerah,Cari kekuatan dari sejarah.
Sejarah Melayu sebenarnya hebat,Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,Umarak ulamak kuncinya terletak.
Laksamana Hang Tuah gagah orangya,Berguru, bertarikat,
berisi dirinya,Jangan perlekeh riwayat firasatnya,
“MELAYU TAKKAN HILANG DI DUNIA!!”
shahpaskal says
Benar Amran,
Saya bukan anti demontrasi. Kalau kita tengok, setiap kali ada demontasi, pasti akan ada kesesakan jalanraya dan pasti ada sekatan polis.
Dalam hal ini, perhimpunan tempoh hari tidak mendapat permit polis. jadi kenalah terima hakikat kalau polis ambil tindakan.
Dalam hal ini, rakyat Malaysia bersyukur kerana masih boleh buat demontrasi samada demo itu mempunyai permit atau secara haram.
Kalau di Singapura, jangan haraplah. Silap-silap haribulan, anda akan DIBANGKRUPKAN. Ya dibangkrupkan di mana harta anda disita atau perjalanan anda ke luar negara dibataskan.
Saya tidak membicarakan hal kesesakan lalu lintas. Saya mempersoalkan keberanian peserta demo menerima risiko.
Lagi satu pasal chemical water ini, mana ada water cannon di dalam dunia ini yang tidak ada chemical????
Semua water cannon ada chemical. Saudara Amran, jika saudara seorang pejuang, tidak wajarlah pertikaikan chemical di dalam air pada water cannon itu kerana kita sendiri maklum polis akan mengambil langkah terbaik atau efektif mungkin untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Itu cara mereka dan peralatan kerja mereka.
Saya sendiri pernah ditembak oleh water cannon semasa zaman reformasi. Siap airnya dicampur dengan pewarna lagi, confirm tak boleh lari pasal dah ada tanda kuning heheheh (kena mark).
Bagi saya, mustahil polis akan beri kerjasama. Polis bukan badan kebajikan atau patut diberikan tarafnya seperti Pengakap atau Boy Scout. Mereka adalah agensi penguatkuasa dan biarlah mereka menjalankan kerja mereka.
Sama ada perhimpunan ini pro atau anti kerajaan, kenalah terima hakikat bahawa pasti akan ada polis
Dalam hal ini, bagi saya, siapa nak demo pun boleh tapi kena ambil risikolah. Nasiblah kena tembak dengan water cannon atau kena belasah. Itu semua risiko yang perlu anda ambil.
Apa-apa pun, next demontrasi, buatlah di Bukit Bintang atau Petaling Street. Lagi ramai orang, dan polis pun susah nak tangkap pasal banyak tempat nak lari. Lagi satu, sekali sekala, kita bagilah peniaga di Bukit Bintang dan Petaling Street mendapat sedikit kerugian.
Amran says
en. shah, kalo perhimpunan diadakan di stadium, impak tak sampai kpd masyarakat psl stadium tempat yg tertutup. sbb tu demo diadakan di jalan raya. pengalaman saya berdemo sejak dari 1970-an lagi, peserta demo selalu nya hanya akan berarak dan berkumpul di suatu tempat yang telah ditetapkan TANPA melakukan vandalisma dan provokasi. kesesakan lalu lntas bukan disebabkan oleh demo tp polis membuat sekatan jalan. dari 3lane jadi 1lane (contoh mase demo BERSIH). sepatutnya pihak polis mengawal lalu lintas untuk kelancaran lalu lintas dan juga demo.ini tidak, polis menembak gas pemedih mata dan chemical water kpd peserta. polis jgk membelasah peserta demo dan menimbulkan huru hara serta kacau bilau..ape yg en. shah ckp ni mungkin kes terpencil dan ade benarnye tetapi yg penting skrang ni polis perlu memberi kerjasama untuk mengelakkan kemalangan dan huru hara.
*tak smua gerakan kuasa rakyat kita boleh kaitkan dgn CIA/agent asing
shahpaskal says
Perhimpunan haram bukan sesuatu yang baru di negara ini. Bagi saya tidak salah untuk berhimpun, cuma kita kena tengok sebab-sebab perhimpunan.
Saya sendiri sering mengikuti perhimpunan haram tetapi atas dasar menentang adu domba Amerika Syarikat.
Perhimpunan tersebut ada yang dianjurkan oleh Umno atau Pas, sesiapa yang pernah sembahyang Jumaat di Tabung Haji pasti akan terlibat dengan demo anti AS di depan kedutaan AS sendiri.
Perhimpunan baru-baru ini saya lihat lebih kepada survival politik individu tertentu. Bukan kerana nak hapuskan ISA. Ramai dari kita bercakap tentang ISA, tapi pegang helaian artikel akta ISA atau lihat kandungan ISA pun tak pernah.
Seorang rakan saya baru sahaja membawa satu maklumat yang agak meremang bulu roma bila saya di perdengarkan.
Polis berjaya menahan lima lelaki yang yang mempunyai niat yang tidak baik. Lelaki-lelaki iini dipercayai mempunyai bertujuan mencedera atau mengorbankan peserta yang mengikuti perhimpunan tempohari bagi menghuru harakan suasana, mereka berlima kini ditahan di bawah ISA.
Jika ada yang terkorban nyawa semasa perhimpunan tempohari, impak yang diterima oleh negara ini sangat besar dan akibatnya sangat buruk.
Siapa yang akan mengatur agenda ini jika dari kalangan talibarut CIA. Saya sendiri tidak dapat mengesahkan sama ada maklumat ini benar atau tidak atau hanya omong-omongan kedai kopi.
Saya ingin menarik perhatian saudara-saudara semua kepada perhimpunan haram di Iran selepas Presiden Mahmoud Ahmadinejad menang pilihanraya.
Perhimpunan yang digerakkan oleh kuasa rakyat (kononnya) dilancarkan untuk memburukkan Mahmoud dan kerajaan Islam Iran.
Seorang wanita berusia 26 tahun, Neda Agha Soltan ditembak mati semasa perhimpunan. Dunia barat dengan cepat menunding jari kepada polis Iran.
Yang anehnya, wanita ini ditembak dari arah belakang. Polis pula di depan.
Jadi siapa yang menembak Neda? Polis? Bodohlah kalau siapa yang tunding jari pada polis Iran, kenalah faham bagaimana polis beroperasi dahulu sebelum kita memberikan pandangan.
Akhirnya selepas diteliti, CIA didapati terlibat.
Saya sarankan supaya anda semua kaji bagaimana CIA memainkan perananan dalam perhimpunan dan Gerakkan Kuasa Rakyat atau reformasi di Iran.
penggubal dasar says
sori..stasiaum=stadium, emorandum=memorandum
penggubal dasar says
bukan tak kuat pengaruh, tapi keadaan tak selamat. so apa2 jaminan pun tak boleh terima sebab mmg mcm2 akan berlaku. jalan terbaik dan berlaku adil, semua org tak bleh masuk.
haah shah, bagi komen pasal demo GMI haritu. then sama2 la kita bagi pandangan pro dan kontra.
rasanya cadangan utk buat demo kat stasium pun ok gak. senang kawal, kurang kerugian. pastu cuma sorang dua naik kereta hantar emorandum tu ke parlimen. tak payah ramai2.
kesian penjual air mata kucing tu balang pecah. sapo nak ganti.
sogo dengan mydin tutup takpe, dah untung banyak.
anyway, selamat kembali.
Lt harry says
bro,selamat kembali ke tanah air…truskan penulisan bro yg sgt berinformasi tuh…
tapi yg peliknya tu surat kedutaan kita pun mesir tak pandang…nampaknya negara kita belum kuat berpengaruh disana…
Obefiend says
bila mahu pulang boss?
apa apa pun…….. mana mana isap rokok. nampak macam jejaka marlboro!
artikel ini agak santai dari kebiasaan. maka aku nak melawak sikit boleh shah?
ada gambar gadis palestin lagi? 🙂
Anonymous says
Bro shahpaskal, Cdo ingat kalau ada masa mungkin kita boleh kena teh tarik sambil sembang pasal isu keselamatan semasa.apa pandangan you tentang kes rusuhan ISA hari tu ? my email [email protected]
Anonymous says
sorry, daparu* = dapati
Anonymous says
Kalau Bro Shah tinggal lebih lama di Mesir, Bro akan daparu:
a) Polis Mesir ada 2 jenis uniform, satu musim panas (warna putih) dan satu musim sejuk (warna hitam).
b) Kebanyakan polis di Mesir muda gilaa. Macam sebaya dengan peserta PLKN di Malaysia. Yang tua biasanya menjawat jawatan pegawai.
c) Tentera Mesir memang hebat dari segi saiz badan mereka (besar, tegap dan tinggi). Memang benar, gambar anggota, kem dan sebagainya memang dilarang keras.
d) Kalau pergi ke tempat tertentu, ie. padang pasir atau lapangan, sebenarnya mereka cukup aktif pergerakan bawah tanah (terowong). Saya pernah melihat suatu tempat bekas gempa bumi yang mematahkan terowong tersebut hingga menjadikan sebahagian terowong terdedah, Memang besar. Setakat kereta kebal, memang boleh bergerak laju.
Anonymous says
not bad bro…
have a nice day!!
zorro79//
BELIA WAJA WATAN says
Di harapkan selamat kembali ke tanah air … kerana perjuangan baru sedang bermula …
" SENYAP DAN BERKESAN "
—Skuadron Perahu tempur. AMFIBI
emotionless_teenage says
i got friend in egypt(mara sponsored medic student lol)
and about their personnel equipment,i say we're better than them
and i was hoping to see some IDF dudes in palestine…
mohammad fikri says
tak usah gi jauhlah kalau berlaku umat islam sedar sebangsa kita di selatan thai tu di tindas oleh tentera thai ade ke malasyai nak beri perlindungan kat warga selatan thai? paling tinggi pun hanya hantar nota bantahan ajer, gitu jga apa yg berlaku dipalestin dan mesir…mampukah malaysia negeri melayu beri kan pertolongan warga melayu singapura taraf PR sedangkan singapura import pendatang cina masuk ke singapura
Anonymous says
salah tu bro..perang kali pertama (1967)banyak negara arab join (egypt, syria, lebanon, jordan, iraq).israel hancurkan airforce egypt dgn pre-emtive strike dan seterusnya airforce negara arab lain. syria hilang bukit golan, jordan tebing barat, egypt gurun sinai.kemudian tahun 1969 egypt lancarkan perang bersama2 syria dengan objektif untuk merampas smula gurun sinai dan bukit golan. oleh kerana egypt masih tu baik dgn soviet, so soviet masuk campur bile israel mcm nak menang. so amerika cepat2 tawarkan gencatan. kemudian perjanjian kem david, egypt dapat gurun sinai, israel dapat gaza strip dan bebas menggunakan suez canal..kuang2 rase aku mcm ni la kot..tgk history channel
shahpaskal says
siot ko hazrey….
Hazrey says
Aku gelak bukan sebab cerita kau, tapi aku gelak sebab kau tutup mata kau. Hahhahahah.. masuk pasir ker, atau tengok awek Melayu paling cun banyak sangat? Hahahaha.. nakal ehh kau.. babat nanti..
shahpaskal says
kalau pakai spek, tak censored…yang tak pakai spek je censored, tapi dah ko cakap ni, terpaksalah aku censored hahahahaha
ahmadalijusoh says
hehe bro shah..muka dah tak censored ke??
Anonymous says
salam..bro shah amacm kat mesir..seronok tak?ke pening kepala ngan keadaan mesir..lupa plak nk bitau kat mesir kem2 atau apa2 yg bersangkut paut ngan tentera atau pihak keselamatan tak le amik gambo..klu amik gmbo pastu kantol ngan pihak keselamatan,bole kene masuk penjara bawah tanah..ssh nk lepas…wah merasa jugk cleopatra..rokok kayu. panorama bese2 je mcm bro shah cakap..cite pasal perang mesir- israel..pastu ada pameran senjata2 yg digunakan masa perang tersebut..ada lagi muzium tentera selain panorama tapi bukan kat cairo..kt iskandariah..huhuh..apa2pun selamat berehat…klu ada rezki dtg la mesir lagi..
Anonymous says
tu yang leceh bwk org pompuan ni…dlm pale otak mikir shopping memanjang…
eddie dewanaga says
satu perjalanan yg menarik walaupun beberapa agenda anda terbengkalai…
walau apapun, satu pengalaman yg berharga utk dikongsi bersama rakan2 yg lain…