MAAF, SUDAH LAMA SAYA TIDAK MUNCUL LANTARAN KESIBUKAN DAN JUGA DEMAM (BUKAN H1N1). BANYAK ISU SAYA SUDAH TERLEPAS UNTUK DIULAS TERUTAMA SEKALI PERLANTIKAN SEORANG PANGLIMA TENTERA UDARA SEBAGAI PANGLIMA ANGKATAN TENTERA. INI AMAT BERSEJARAH, NAMPAKNYA CABANG TUDM KITA SUDAH DIIKTIRAF BUKAN SEBAGAI PASUKAN SOKONGAN TETAPI MAMPU MELAKSANAKAN OPERASI SENDIRI.
HARI INI NEGARA KITA MERDEKA TETAPI SAYA SENDIRI TIDAK YAKIN APAKAH PENCAPAIAN KITA AKAN KEKAL UNTUK 10 TAHUN LAGIMELIHAT KEPADA PERPECAHAN BANGSA KITA SENDIRI DI DALAM NEGARA INI. SAYA JUGA MENERIMA EMEL DARI PEMBACA SAYA, SAYA AMAT BERTERIMA KASIH KEPADA PEMBACA SEKELIAN TERUTAMA KEPADA PEMBACA ASAL YANG SUDAH MENJADI FOLLOWER SEJAK BLOG INI DITUBUHKAN.
BLOG YANG ASALNYA DIBUAT UNTUK PEMINAT TENTERA…YA ADA KOMEN YANG MENYOKONG DAN ADA JUGA YANG MEMPERTIKAIKAN SAYA. TAPI ITU HAK MASING-MASING, CUMA SAYA MINTA ANDA KAJI SEMULA. BANYAK YANG SAYA BOLEH TULIS TAPI SUKAR ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK PERLU SAYA NYATAKAN.
SEKADAR BERKONGSI, ADA PEMBACA YANG MAHU SAYA SIARKAN LAMAN BUKU THE MARINES (TERBITAN 1996), TULIS TOM CLANCY YANG MENGAMBARKAN SECARA FIKSYEN SERANGAN MALAYSIA KE ATAS BRUNEI. SAYA RASA DARI SAYA MENGIRIM TERUS KEPADA PEMBACA2 INI, SAYA FIKIR ADALAH LEBIH BAIK SAYA TERJEMAHKAN TULISAN ITU KE DALAM BAHASA MELAYU, JADI RAMAI YANG AKAN DAPAT MEMBACANYA.
CERITA INI DIPETIK DARI BUKU THE MARINES, BEBERAPA RATUS HELAI MUKA MENCERITAKAN ASAL USUL DAN PERSENJATAAN TENTERA MARIN AMERIKA SYARIKAT TETAPI PADA AKHIR BUKU ADA DUA CHAPTER YANG MENGAMBARKAN MISI FIKSYEN TENTERA MARIN IAITU KONFLIK DI LAUT CHINA SELATAN YANG MEMBABITKAN MALAYSIA SERTA KONFLIK DI IRAN YANG MENGAMBARKAN SERANGAN MEREKA KE ATAS REAKTOR NUKLEAR IRAN.
SIRI OPERASI TROPIC FURY INI AKAN DISIARKAN MINGGU DEMI MINGGU, IKUTI EPISOD PERTAMA….DAN JANGAN BANYAK SONGEH, PENAT DAN PENING KEPALA SAYA TERJEMAHKAN BUKU TERSEBUT HEHEHE.
OPERATION TROPIC FURY : THE LIBERATION OF BRUNEI, SEPT 2008
Limbang Valley, Brunei, 2 Sept 2008
1. Pagi ini, Sultan Brunei akan merasmikan sebuah klinik untuk satu suku kaum di kawasan LembahLimbang. Helikopter Di Raja yang dinaiki baginda, Sikorsky S-76 terbang menyusuri lembah yang dipalu seperti ular itu dari kawasan Laut China Selatan untuk bergerak ke kawasan pergunungan hutan hujan di utara Borneo.
2. Ia hanya memakan masa 20 minit penerbangan kerana trafik udara di kawasan itu telah diarahkan ke tempat lain.Kadang-kadang Sultan itu yang memang berkemahiran tinggi dalam mengendalikan pesawat terbang mengemudi pesawat itusendiri, hari ini beliau memilih untuk berehat di tempat duduk penumpang dan membaca naskah elektronik Wall StreetJournal melalui komputer riba terbaru, Toshiba.
3. Secara kebetulan, akhbar itu menggunakan tajuk utama mengenai hasrat baginda untuk membangunkan kawasan minyakyang baru sahaja diterokai Brunei di kawasan Laut China Selatan. Kawasan itu terletak berhampiran kepulauan Spartly, boleh dikatakan penemuan minyak oleh Brunei kali ini merupakan antara yang terkaya dan terbesar setandingdengan penemuan minyak di kawasan Laut Utara pada tahun 1970an dahulu.
4. Malangnya, negara-negara yang mempunyai kepentingan di kepulauan rebutan itu tidak sediplomatik dengannegara-negara yang terlibat dengan masalah di Laut Utara seperti Britain dan Norway. Lebih dari 12 buah negara sedangmenuntut kepentingan masing-masing di kepulauan Spartly dan hanya segelintir sahaja bersedia untuk berkongsi.
5. Di sebelah timur kepulauan Spartly terdapat Filiphina, di mana penemuan telaga minyak di kawasan itu pastiakan menyelesaikan masalah kemiskinan negara itu. Di sebelah barat, terdapat China komunis dan Vietnam yangmenukarkan aliran minyak kepada tunai untuk membangunkan ekonomi mereka. Di sebelah Utara, Taiwan masih mengakuisebagai “China sebenar” merasakan mereka patut mendapat perkongsian mereka di kawasan itu.
6. Masalah utama bagaimanapun terletak di kawasan Selatan di mana, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Bruneimasing-masing mempunyai tuntutan bertindih dan separuh dari mereka sanggup berperang. Brunei yang kecil, yang menghasilkan minyak mentah di Utara Borneo merupakan negara yang terkaya di dunia dan ini mendatangkan perasaancemburu pada negara jirannya seperti Malaysia.
7. Malaysia sendiri dilanda masalah dengan ledakan populasi, ketegangan kaum dan kekurangan sumber minyak mentah.Kaum Melayu memang penuh dengan ancaman dan satu sidang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan memutuskan nasib pelan pembangunan di Laut China Selatan yang kaya dengan telaga minyak. Malaysia sudah menyertai Indonesiadan sedang memujuk Singapura untuk menyertai pakatan itu, pujukan yang sama ditujukan kepada Brunei tetapi Sultan Brunei menolak pelawaan Malaysia dengan cara yang baik.
8. Sultan itu sebenarnya mempunyai rancangan baginda sendiri, baginda mahu membentuk satu organisasi bukanbersifat keuntungan yang melibat banyak negara yang akan melaburkan hasil minyak di kepulauan terbabit untukmembina sekolah, jalan dan pelbagai kemajuan yang amat diperlukan oleh penduduk di rantau ini. Sultan itu tahu,niat baik baginda tidak dikongsi oleh negara-negara jirannya dan perasaan ketidak puasan hati itu lah yang menjadi tajuk akhbar Wall Street Journal yang sedang dibaca itu.
9. Akhbar yang sama juga melaporkan Singapura, Taiwan dan Filiphina menyokong idea baginda tetapi Malaysia dan Indonesia menolaknya. Dari jauh sebaik sahaja kelihatan selekoh sungai, sudah kelihatan tanda H yang dikelilingibulatan, untuk pendaratan helikopter. Juruterbang helikopter itu merupakan bekas komander bersara tentera udaraBritish dengan pengalaman beribu jam penerbangan. Dia juga dilatih untuk evasi kecemasan dan tiba-tiba melihatsatu percikan api di permukaan bumi.
10.Beliau cuba mengelak dengan menukar haluan helikopter secara drastik menyebabkan komputer riba jenis Toshiba yang sedang digunakan oleh Sultan tercampak. Evasi juruterbang itu sebenarnya sudah terlewat, kepala peledak misilsudah pun mengunci sasaran ke injap enjin helikopter itu dan pada masa yang sama, satu lagi misil dilancarkan dari satu lagi bukit di lembah itu. Peledak berkuasa tinggi misil itu menghancurkan sama sekali, injap hidraulikdan tiub bahanapi pesawat malang itu. Jika helikopter itu menerima sekali hentaman dari sebuah misil, harapan untuk selamat mungkin ada tetapi tujahan misil kedua melenyapkan kesemua harapan.
11.Sekumpulan VIP dan kakitangan perubatan dari klinik rakyat yang sepatutnya dirasmikan oleh Sultan bagai tidakpercaya dengan apa yang mereka lihat tetapi bergegas menuju ke bangkai helikopter yang sudah jatuh berkecai ke bumi. Sultan Brunei, lelaki yang terkaya di dunia kali ini hanya mampu dikenali melalui rekod pergigian baginda.
The Palace, Bandar Seri Begawan, Brunei, 2 Sept 2008.
12.Putera Mahkota, Omar Bolkiah, 26 tahun sedang bermain tenis dengan jurulatih baginda apabila pegawai istanamenghampiri baginda dan memaklumkan kemangkatan ayahanda baginda. Omar tidak pasti di antara putera-putera ayahanda baginda, siapa yang tergamak melakukan perbuatan keji itu dan baginda sendiri mengetahui campuran kuasaasing dalam kemelut politik di rantau itu sejak kebelakangan ini. Omar juga tahu, nyawanya bakal menjadi tidakmenilai jika baginda terus berada dalam kawasan 50 ekar istana ayanandanya.
13.20 minit kemudian, Omar yang diselebungi pakaian tudung wanita diseludup ke dalam sebuat bot yang menunggu disungai oleh pelayan-pelayan setia kakak baginda. Sejam kemudian, beliau bertukar pakaian putih pegawai tentera laut selepas menaiki bot penyerang laju misil kelas Pejuang yang sudah lama tetapi masih boleh dipercayai. Bot itu bergerak dengan senyap meninggalkan pelabuhan Muara untuk ke lautan lepas.
14.Putera yang masih muda itu kemudian berfikir “Tidak, aku ini kena berfikir seperti seorang Sultan…”, beliau tidak boleh menunjukkan kesedihan dan kebimbangannya.
British Embassy, Washington, 5 Sept, 2008.
15.Satu bungkusan sulit yang disamarkan dengan taraf diplomatik Perkhidmatan Luar Baginda Ratu tiba kedutaan ituhari ini melalui penerbangan dari Singapura. Ia kemudian dikutip oleh agen perkhidmatan rahsia British dandiiringi dengan begitu ketat. Suasana agak luar biasa, lelaki-lelaki yang mengelilingi bungkusan itu merupakanpegawai-pegawai perisikan, perhubungan diplomatik dan pegawai tentera. Bungkusan diletakkan di atas meja.
16.Meja itu sendiri sejarahnya dibuat dari kayu yang ditebang dari hutan berhampiran dengan kawasan kemalanganhelikopter Sultan Brunei, bungkusan dibuka dan kelihatan kepingan besi yang berwarna hitam akibat terbakar,barang itu bertukat tangan dan diperhatikan oleh setiap pegawai yang mengelilingi meja itu.
17.”Komando Special Air Service kita mengutip sisa ini selepas kemalangan. Banyak perkara celaru berlaku,” salahseorang pegawai berbangsa British bersuara.
18.”Tidak syak lagi, ini merupakan cebisan peledak dari misil Stinger, acuan China,” kata seorang pegawai risikAmerika Syarikat (AS).
19.Pegawai AS itu menyambung, memang sukar untuk mengesan pemilik sebenar misil ini kerana ia boleh dibeli di mana-mana pasaran senjata dunia ketiga dengan harga beberapa ribu deutschmarks. Soalan berikutnya ditanya oleh Penasihat Presiden untuk Keselamatan Kebangsaan terhadap duta besar British. “Tuan duta, bagaiman dengan pendiriankerajaan Britain mengenai perkara ini”. “Seperti yang anda tahu, Perdana Menteri kami berada dalam keadaan yangsukar. Shell British dan Lyods sudah membuat pelaburan trillion pound di Malaysia dan Brunei. Keuntungan yang kamidapat dari kedua-dua negara itu pasti berganda. Pihak syarikat ini sudah pasti akan memberi tekanan kepadakerajaan jika tindakan kami ini bakal merugikan mereka.
20.”Bagi saya ini serupa dengan penjarahan oleh sebuah negara besar ke jirannya yang kecil sama seperti penaklukanIraq ke atas Kuwait pada tahun 1990. Atas sebab-sebab ini, kerajaan kami tidak boleh menunjukkan pendirian sebenaratas kepentingan pelaburan syarikat British tetapi kami akan menyokong apa jua tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan AS,”
Off Louisa Reef, South China Sea, 0400 Hours, 6 Sept 2008.
21. Komander Chu Hsiang-Kuo menaikan periskop kapal selam Hai Lung (milik Taiwan) dan memeriksa horizon. Dari jauhkelihatan sebuah bot peronda Brunei dan Chu sememangnya menanti ketibaan bot itu. “Halakan haluan ke 180 darjah,kurangkan kelajuan kepada 5 knots dan bersedia untuk naik ke permukaan”. Chu menekal punat jam tangan jenis Rolexyang dipakainya untuk mendetik masa, jam itu merupakan hadiah dari pakcik Chu yang memiliki sebuah kilang elektronik di Taiwan. Beliau berhasrat untuk naik ke permukaan setakat selama 3 minit sahaja, sudah beberapa harikrew kapal selam itu belayar dengan menggunakan pelbagai taktik untuk mengelakkan dari dikesan dari pesawat sonarChina.
22. 2 minit dan 29 saat kemudian, pintu kapal selam terbuka dan masuklah Putera Mahkota Brunei sebagai tetamu diatas kapalselam Hai Lung. Omar memeluk komander itu sebagai tanda terima kasih. Baginda akhirnya terselamat dan krew bot Brunei turut mengikuti pemimpin baru mereka dan tinggal bersempitan dengan krew kapal selam Hai Lung.Bot dari kelas “Pejuang” sengaja dibocor untuk ditenggelamkan, memasang letupan pada bot itu mungkin akan memberi sesuatu maklumat kepada negara China, China sudah berjaya memasang pelbagai alat pendengaran sonar di seluruhLaut China Selatan pada masa itu.
BERSAMBUNG
Salam,
Bro Shah, bila nak sambung cerita ni?
bilo nak smbg nih tuan hj shah?
hmm… bila nk keluar smbungan ni abg shah??
any links nak baca online x buku ni? thnxie. saya gemar literasi nya.
kenapa buku ni direka??utk mengeruhkan hubungan malaysia-brunei???supposely
Mustahil Malaysia nak serang Indo, dan lebih mustahil malaysia nak serang Brunei.
tapi kalau diserang lain ceritalah plak. =)
tp untuk itu pun mmg mustahil jugak, sebab walau nampak kita mcm gaduh tapi ibarat air dicincang takkan putus.. adik beradik.
mcm hubungan kita dengan melayu Patani dan melayu Mindanao jugak la.
nama pun novel, dah tentu hasil kreativiti penulis tu sekadar imaginasi semata-mata.
tapi tak mustahil kalau kita tukar nama brunei tu kepada nama Pulau kecik hujung tambak tu.. =P
kecoh2 kat indo tu pun, aku rase ade anasir luar Indo yg menyusup masuk suruh diorg baran dgn kita kat sini..kena plak org indo ni ramai yg x dpt pendidikan berkualiti setaraf warga kita. maka mudahlah ditarik hidung oleh anasir-anasir jahat di hujung tambak dan dr negara yg mengaku masih Eropah walau letaknya di Asia.
huhuu..wlaupun fiksyen tp provokatif jg..kn baik klo yg d fiksyenkn tu pulau kecik kat selatan johor…hidup malaysia+brunei+indonesia!!!
cerita ini menarik namun boleh menimbulkan perasaan kurang senang kpd mereka yang tidak faham..teruskan menterjemah..kami kat sini menunggu tulisan anda
kan bagus kalo novel ni di translate ke BM…kn suma org ley bce, lg sng faham…
Biasalah tu, bukannya nama Yahudi kalau tak mengadu domba…penulisnya pun Yahudi….
kaspi …
aye ni mai la dumoh ambe,kole ganu tu jer,ahahha!
Sedia makan banyok seket puak kawe ni ramai silap penuh rumoh tu … apa pun tq welcome, Insya Allah.
Belia Waja Watan,
raye ni mai la dumoh ambe,kole ganu tu jer,ahahha!
to some comentators,
im not surprise if malaysia military industry are not develop well till today even in in future..as belia waja watan said, we are mahathir generation,filled with mahathirism,a generation of peace,because we going to survive in big world path..
but we were aware the importance of military technologies..dont worry, u wont dissapointed with us..
hehehe..
sounds like a big talk..
but carried with a big heart..
worthy than nothing!
Bro mati-mati kawe ingat deme kena wipe dah …, Macam kawe dalam kes itu hari rekreasi tentera negara selatan dalam blog kawan telah kena warning oleh Suruhanjaya Komunikasi, atas aduan mungkin orang sana.
Kita dah kira berada dalam keadaan teramat bahaya. Kes cerita Malaysia Serang Brunei ni sekadar adu domba aje … Apa ke hernya Malaysia nak serang negara orang … Tun dah ajar kepada anak bangsa negara ini dalam puisinya:
Nasib kita genggam
dengan tangan sendiri dan segala kudrat kurniaan
kita jalin kekuatan sulaman kasih bangsa
kita didihkan dia dengan tradisi semangat juang
maruah bangsa kita julang ke mercu alam
kita bangunkan suatu tamadun cinta damai
di sini kita ajar anak-anak kita erti sayang
di sini kita tawarkan dunia menaja kemanusiaan
dan bukan alat peperangan
Kan unit generasi baru hasil didikan Tun, yang cintakan pendamaian dan kedamaian, kalau negara seberang tu memang munasabah ….
Walau apa pun selamat kembali … kami menunggu tulisan anda.
Selamat menyambut Idul Fitri 1430H
ingat lagi buku ni…tunjuk sejarah marin as dan doktrin & peralatan yang dipakai..pasai citer ni last last malaysia kene bantai. artikel yob shspaskal amt informatif.
bro shah mmg hebat..
lepas keluar bertapa, terus jadi penulis
selamat kembali bro shah…
seronok betul ar bile bro shah kembali menulis nie… terubat gak aku nak dapat bahan ilmiah ketenteraan nie dalam bahasa melayu.. hehe.
camner pon betulah kater bro shah… syer terkilan betul ngan industri pertahanan kiter nie… sedih wooo….
biler ar lagi agak nyer kiter leh berdiri di kaki sendiri…..
emotion_teenage,
teruklah defence industri kita, 20 tahun akan datang pun belum tentu maju. Saya tak rasa industri pertahanan kita akan sampai ke satu tahap yang boleh dibanggakan dalam masa terdekat.
Dulu Airod dapat maintenance C-130. Dari US sampai ke Jepun, semua C-130 dihantar ke Subang untuk maintenaince but see what happen. Airod tak bayar royalty pada Lockheed Martin. Sekarang kemudahan dan kepecayaan itu ditarik balik.
Kompeni di sini melihat bidang pertahanan sebagai satu pasaran yang lumayan dan sanggup menipu. Dulu Hicom kononnya buat kereta perisai pertama buatan Malaysia, tapi sebenarnya design dan enjin diambil dari sebuah syarikat di luar negara. Ramai orang tertipu dan mempertikaikan kerajaan mengapa tidak membeli kereta perisai itu.
sudah sehat ke bro?patut la lama tak muncul..harap bole sambung cerita ni lg..
welcome back
@shaspaskal:i'd like to see your review on our defence industries.as far as i'm concerned,we do lag behind our neighbor(especially singapore,and even indonesia) and that really bothers me
cerita KUDETA tu ada sipi2 mcm citer Tom Clancy tu..
cuma dalam KUDETA yang kena tembak tu pesawat pejuang Singapore, ditembak di Selatan Mindanao masa dorang latihan bersama
saudara shahpaskal, first of all, sorry if my posting tu repeating. tak tau apa pasal. dulu sya ada posting pasal buku ni dalam Gempur Wira. but pasal saudara shahpaskal, i will email especially to you about the book. please check your email. tq.
aku ada buku ni
seriously agak bosan dari siri Ryanverse beliau.Sama bosan macam buku SSN dan OP Center yang juga karangan beliau
aku lebih gemar projection clancy yang china dan india bakal mengambil semula south china sea dan indian ocean dari america. macam dalam buku Debt of Honour. good books.. tapi in order nak follow Ryanverse kena la khatam semua buku dalam siri ni. kalau tak bingung…
selamat pulang
lama tak mengarang shah!
hazrey, pendek kata sebenarnya aku malas update blog heheheheh….hari2 melepak kat luar, masa bila nak menulis
Tom Clancy memang penulis yang baik. Banyak tulisannya diadaptasikan ke filem, banyak yang dilakonkan Harrison Ford.
Memang best.
Welcome back bro. Sibuk sangat ker kat sana?
KNIFE…
APA BENDA KUDETA INTRO DAN KLIMAKS TU, BOLEH ELABORATE KE?
satu kisah yg menarik… bravo shah!!
welcome back brot. sudah lama saya menunggu tulisan saudara. teruskan. tulisan fantasi tom clancy tu macam jugak novel KUDETA INTRO dan KUDETA KLIMAKS tulisan saudara Khairul Nizam. saya akan terus menunggu sambungan posting saudara
welcome back brot. sudah lama saya menunggu tulisan saudara. teruskan. tulisan fantasi tom clancy tu macam jugak novel KUDETA INTRO dan KUDETA KLIMAKS tulisan saudara Khairul Nizam. saya akan terus menunggu sambungan posting saudara
welcome back brot. sudah lama saya menunggu tulisan saudara. teruskan. tulisan fantasi tom clancy tu macam jugak novel KUDETA INTRO dan KUDETA KLIMAKS tulisan saudara Khairul Nizam. saya akan terus menunggu sambungan posting saudara
welcome back brot. sudah lama saya menunggu tulisan saudara. teruskan. tulisan fantasi tom clancy tu macam jugak novel KUDETA INTRO dan KUDETA KLIMAKS tulisan saudara Khairul Nizam. saya akan terus menunggu sambungan posting saudara
welcome back brot. sudah lama saya menunggu tulisan saudara. teruskan. tulisan fantasi tom clancy tu macam jugak novel KUDETA INTRO dan KUDETA KLIMAKS tulisan saudara Khairul Nizam. saya akan terus menunggu sambungan posting saudara
wow, menarik cite ni, ok bro, pape hal pun kasi habis ini cerita ok…