1. Semasa artikel ini ditulis (7 Mei), saya baru selesai menjalani latihan menembak raifel M16 di lapang sasar tentera, kem sunggala dekat Port Dickson, ini merupakan kali pertama saya menggunakan Colt M16 sedangkan saya sudah biasa dengan Styer.
2. Dengan Styer, kumpulan yang diketuai saya menjuarai pertandingan menembak 2005 dan 2006 Hari Angkatan Tentera Malaysia.
3. Kali ini saya kecewa dengan performance saya, langsung hancur bila pakai M16 sedangkan kawan saya yang perutnya boroi dan “bermata empat”, berusia 40 an (saya 30an) telah menembak sasaran sejauh lebih kurang 150 meter dengan tepat dan mendapat pujian jurulatih. Hampehhhh.
4. Pistol lagi hancur di tangan saya, kali terakhir saya menembak adalah pada sekitar tahun 2000 di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak dengan menggunakan revolver enam butir peluru dan markah keseluruhan saya adalah 64 peratus, lawan saya seorang wanita (tapi tomboi dan bertangan kuat) menumpaskan saya dengan markah keseluruhan 89 peratus.
5. Ahad iaitu 10 Mei sekali lagi ada orang ajak saya menembak di lapang sasar Mantin menggunakan pistol automatik tetapi saya terpaksa tolak memandangkan kos peluru sangat mahal iaitu RM50 untuk 50 butir (Bulan ini saya agak sengkek)
6. Beberapa tahun yang lepas saya pernah pergi ke lapang sasar “indoor” di Kuala Lumpur, kalau tidak silap di Plaza Yow Chuan atau City Square, saya tidak pasti jika lapang sasar “indoor” berhawa dingin ini masih wujud lagi atau sudah bangkrap.
7. Bercakap pasal City Square, adakah anda tahu di sebelah pusat membeli belah itu terdapat bangunan tinggi…di puncaknya ada landing pad helikopter.
8. Beberapa tahun yang lepas, bangunan teratas menara itu merupakan “mini airport” untuk helikopter di ibunegara, saya tidak pasti jika ia masih berfungsi lagi.
9. Dengan sikit pengalaman ini sekurang-kurangnya bersedialah saya kalau keadaan memaksa kita mengangkat senjata, untuk kawan-kawan yang lain, silakan….cari BOMB SHELTER.
10.Selepas kecoh isu terowong rahsia di Putrajaya, rasa-rasanya saya berminat nak alihkan
perhatian saudara semua ke Singapura. Kali ini kita tinjau “bunker”, “public shelter” atau kubu-kubu perlindungan serangan udara bawah tanah yang kalis bom di republik itu.
11.Pertama, biar saya ulas sejarah kubu perlindungan ini untuk orang awam Singapura. Program ini diperkenalkan pada tahun 1983 dengan mendua fungsikan stesyen-stesyen Mass Rapid Transit (MRT) sebagai stesyen keretapi bawah tanah dan pusat perlindungan.
12.Kuasa mendiri atau mengusahakan pusat-pusat perlindungan ini terletak di bawah Civil Defence atau macam Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) kita, kuasa ini bukan di bawah bomba atau tentera.
13.Pada awalnya ada 9 stesyen MRT yang terletak di bawah tanah telah dijadikan pusat perlindungan dan ada di antara stesyen ini dilengkapi dengan pintu kalis bom, kesemua stesyen ini sudah saya pergi untuk tinjau-tinjau, hari ini jumlah itu telah bertambah.
14.Pusat perlindungan untuk rakyat Singapura juga terletak di flet-flet HDB, universiti, sekolah, pusat masyarakat dan banyak lagi.
15.Jumlah kubu pelindungan serangan udara Singapura hari ini berjumlah lebih dari 500 buah di bawah tanah dan mampu menempatkan lebih kurang 900,000 nyawa (jumlah keseluruhan penduduk Singapura adalah 4.8 juta mengikut bancian pada 2008).
16.Jika anda melawat republik itu, cuba cari papantanda yang bertulis CD (Civil Defence) dan huruf SHELTER dalam rekabentuk tigasegi bewarna kuning, itulah kubu bawah tanah mereka.
17.Rakyat Singapura juga sentiasa bersedia untuk peperangan, mereka dilatih secara berdisiplin untuk memasuki kubu-kubu bawah tanah, diajar dan diberi informasi untuk hidup semasa peperangan melalui buku-buku panduan atau di laman web agensi berkaitan malahan kerajaan Singapura sudah mewujudkan sistem catuan bekalan makanan dan minuman untuk bekal semasa negara itu bermasalah.
18.Sebarang arahan latihan atau peperangan akan disalurkan melalui sisipan beberapa saat pada skrin televisyen Singapore Broadcasting Corporation (SBC).
19.Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kubu-kubu ini telah diperluaskan ke dalam unit-unit pangsapuri Housing Development Board (HDB).
20.Umum mengetahui bahawa standard rumah flet HDB mesti ada sekurang-kurang 3 bilik+1 Stor.
21.Flet sepupu saya di Singapura mempunyai lif peribadi dan lif awam, lif peribadi akan berhenti di dalam dapur rumah beliau.
22.Stor-stor ini pada waktu aman menjadi tempat simpan barang tetapi sebenarnya ia lebih kukuh dari mana-mana bilik dalam pangsapuri beliau.
23.Rakyat Singapura hanya perlu mengeluarkan belanja lebih kurang RM10,000 untuk memperkuatkan stor-stor ini sebagai kubu.
24.Kajian awal mendapati jika berlaku pengeboman, flet-flet HDB ini tidak akan runtuh kerana bom udara bukan direka untuk meruntuhkan flet dan ini terbukti dalam peperangan di Beirut serta Sarajevo di mana banyak bangunan tinggi masih terpacak.
25.Stor-stor ini walaupun bukan jaminan keselamatan yang baik tetapi impak psikologinya cukup untuk membuatkan penghuninya berasa selamat, malangnya, stor-stor ini bukan kalis api.
26.Bukan sekadar kubu, bandaraya Singapura dari Woodland sehinggalah ke Jurong mempunyai siren amaran serangan udara yang diletakkan di tempat-tempat strategik.
27.Kemudahan seperti ini terdapat juga di Manila tetapi ibukota Asia yang lain seperti Kuala Lumpur, Jakarta dan Bangkok tidak mempunyai sistem ini, mungkin KL misalnya terlalu yakin bahawa ibunegara Malaysia ini tidak akan menghadapi serangan udara.
28.Jika terjadi pun, mungkin pihak berkuasa hanya perlu menghantar SMS supaya penduduk KL mencari tempat perlindungan.
29.Pihak berkuasa Singapura biasanya menguji sistem siren amaran serangan udara ini pada minggu pertama setiap bulan iaitu tepat pada pukul 12 tengahari.
30.Saya tidak pasti jika ianya merupakan ujian atau menghantar message kerana sistem siren ini mempunyai mesej-mesej tertentu berdasarkan bunyi yang dipancarkan, ada juga sistem siren yang mampu menghantar bunyi “morse Kod”.
31.Sistem siren Singapura biasanya menghantar mesej-mesej seperti :
Signal Sound Situation What it Means
“Alarm” Signal- wailing blasts air raid threat-imminent go to shelter
“All Clear” Signal- continual blast -air raid threat over can leave shelter
“Important Message”-pulsating blast- important broadcast mesg tune into FM radio
NOTA DARI PENULIS : HEBAT SINGAPORE NI YAAA
Mana den nak lawan profil Admin! Ha ha!
lengkap atau tidak kelengkapan perang kita, hamba pasti akan menyahut seruan pertiwi apabila diperlukan nanti, tp persoalannya, adakah anak-anak cina dan india akan bersama-sama kita mengangkat senjata demi mempertahankan tanahair tercinta ini.
Pengalaman hamba di wataniah, bangsa lain join wataniah sekadar mahu mempelajari senjata, bila hamba tanya sanggup atau tidak jika tanahair memrlukan kita mengangkat senjata menentang singapura? kebanyakkanya sepi tanpa jawapan.
hamba bukan bersikap perkauman, tetapi anda fikirlah sendiri apa akan terjadi pada tanahair tercinta ini sekiranya perkara tersebut terjadi.
Hamba juga bukannya pengikut mana mana mazhab politik, hamba hanya gagah dan setia, dibawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong kerana hamba tidak mahu perpecahan diantara melayu yang masih berlaku seperti skrg akibat ketaksuban melampau mereka terhadap presiden parti politik masing-masing.
Ayuh bangsa ku, marilah kita bersatu dan bersedia menghadapi sebarang pencerobohan baik dari luar atau dari dalam negara kita sendiri, kerana saudara ku…hanya kita shj yg akan mempertahankannya…percayalah..
Ayuh…semboyan telah pun berbunyi….
Slm en shahpaskal, en Civil Defender dan iwan JPAM. Berkenaan tentang siren amaran serangan udara, apa yang saya tahu dan saya pernah ambil tahu, terdapat lima (5) unit siren berkenaan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Setakat ini mungkin saudara Civil Defender tahu bahawa siren yang masih aktif hanya tiga (3) unit sahaja. Salah satu unit siren amaran serangan udara berkenaan ada di JKR Chan Sow Lin. Manakala lagi dua (2) unit lagi terletak pada bangunan yang mungkin saudara-saudara semua sedia maklum. Saya sendiri tidak menjangka bahawa benda yang nampak usang, kelihatan seperti seketul besi yang tiada keperluan ialah siren serangan udara. Saya dapat tahu mengenai alat berkenaan setelah ‘google’ dan makluman dari sahabat saya. Saya telah maklum tentang alat ini ke JPAM WPKL. Tindakan telah diambil untuk baikpulih siren berkenaan. Terima kasih kepada pihak JPAM WPKL kerana memberi maklum balas apabila dihubungi oleh saya. Untuk makluman, siren berkenaan apabila berfungsi, bole kedengaran sehingga radius 5km. Itulah yang diberitahu kepada saya. Bunyinya ala2 siren serangan udara Perang Dunia Ke Dua. Harap pihak JPAM WPKL selenggaralah dengan baik siren berkenaan. Wassalam..
salam…smua….
Ana mmg bmnat dgn laman penulis ni…cm yg ana nk ingatkn jgn lah di laman yg “suci’ ni kta mnjual bhan2 politik smda d phak krajaan mhpn pmbgkangkang..gna kn spnuhnya laman ini demi mrungkai sgla yg mlbatkan soal kselamatan srta klgsungan agama,bgsa n tanah jawi trcinta..sdarlah whai smua dlunya kta adalah stu bgsa yg hbat ttpi hnya tgal nma sja spt sring d kaitkan dgn sstu [email protected] spt baju melayu,kretapi tanah melayu [email protected] pn dh jadi mlik jepun([email protected] jepun)…roti bggali dh ambil(roti bggali),coti canai pn ktanya ngara india dh tntut(kta mreka roti canai brasal dari Cennai,India..wlhklam)
So hrpan ana x ksah lah jka pmbgkangkang pn yg mgkn akan mmrintah Tanah Jawi(M’sia) trcinta ini..smuanya prlu mgutamakan soal keselamatan rkyat jlata..
jka pmbgkang skrg mmrntah suatu msa nnti mreka pla akan d gelar kerajaan..krajaan yg mmrntah skrg pla akan jd pmbgkang..tok gitu….gnalah sgla akal srta iman anda smua dlm mmbicarakan ssuatu hal..ikut hati..mati..ikut asa bnasa..ikut nasu…lesu…tepuk dada tnyalah iman..insyalah ..aman…jka tpuk dada tnya selera…akibatnya beselerakkk la hdup…
Spputnya smua phak dari rkyak hgga krajaan trtama yg mnghunus srta mnjulang keris keramat mngaku Melayu Islam…brmuhasabahlah diri..brlaku lh jujur smntara anda msh d angkat keatas..jgn smpai bla trsngsur mnyembah bumi..smda di trunkan [email protected] ksilapan diri anda sndri yg mnybabakan anda trpksa trun scra trhormat…buatlah sstu demi rkyat jalata…skrg2 nya ada jga jsa anda akan d kenanag olh gnerasi strusnya…harimau mati mnggalkan belang …jgn smpai anda mati mnggalkan “malang”…
Soal kselamatan rkyat n ngara spptutnya bkn d fkirkan dri skrg tpi sdah prlu d fkirkan sblum ini lg..wang rkyat prlu d blnjakan dgn pnuh bhemat dlm pmbgunan ekonomi hgga prtahanan ngara…ketepi kn dlu prdebatan soal subsidi dlm byk hal…utamakan dulu bgmana mhu mmerangi malapetaka dlm pembaziran srta ketirisan dlm prbelanjaan pntdbiran negara..jgn mnuding jari ksana kmari..mnuduh phak itu n ini yg mnyampaikan mklumat kpda rkyat..sptutnya pmimpin ini brterima ksih kpda pmbri mklumat ini krna anda x prnah mmbyar mreka utk mnjalankan “tugas” mreka…
P/s: ana skadar mnyampaikan apa yg trpndam di lubuk sanubari…maaf jka ada yg trguris…wlhklambsawab
paranoia mereka releven, mereka yahudi asia,berjiran dengan negara yang bangsa dominan negara tersebut 80% ahlul bait…bukankah yahudi akhir zaman paling takut pada ahlul bait?
Saya sokong pandangan anda, memang susah Malaysia ni nak buat sesuatu. Semuanya dibangkang. Pengkhianat negara rata2 dan terang2 menentang Kerajaan. Bila di ambil tindakan ramai yang nak jadi hero, termasuk Persatuan Peguam. Yang group Anwar dengan biadadnya tak payah kita cerita. Sebenarnya untuk memajukan sesebuah negara kita perlu satu ketua untuk membimbing dan tidak terlalu lembut kepada otrang bawahan. Seperti di Singapura, dah tentu ketuanya seorang berbangsa Cina, dan apa dia kata yang lain dengar. Tetapi di Malaysia ketua kita yang berbangsa melayu begitu bersompan satun dan terlalu lembut untuk membuat keputusan kerana terlalu bertimbang rasa. Maka dah timbul nak seorang PM yang bukan bumiputa, hak sekolah2 Cina yang dah terlebih manja dan melambak2 ini masih tak cukup. Dimana negara didunia ini yang memberi kebebasan mendirikan sekolah cina seperti di Malaysia kecuali di negara2 yang majoritinya orang cina, seperti Sinagapura. Di Amerika,Britain,Australia, France yang bebas pun tak ada. Seperti biasa mereka akan memeras ugut kerajaaan semasa hampir pilihanraya.
Saya sangat mengharap ada ramai lagi orang kita yang sayangkan nagara bersemangat seperti anda, itu satu harapan bahawa negara ini tidak jatuh kepada kaum lain.
Malaysia ni banyak lombong, kalo perang, terjun je dalam lombong… apa susah… pasal proposal yg kerap ditolak tu, ada kes yg PTD ni kebanyakan dari parti berhaluan kiri…
Kalau perang kat Singapore… mana nak lari??
kalau kat Malaysia ni,, paling tak bleh lari masuk hutan… huhuhu
sbb tu org malaysia patut masuk perkhemahan luar skolah/bandar supaya bleh la sikit2 blajar survival dlm hutan…
kalau dah lebih 10 kali buat permohonan,tapi masih tak diluluskan….cuba pakat ramai2 dengan rakan setugas buat aduan terus kar fb PM najib….kalau dah beratus2 aduan,mesti dia akan ambil perhatian..sebab aku pernah juga komplen sesuatu kat fb PM tu….tiap hari bersama kawan2…..dan memang ada kesannya…tapi mesti pakat ramai2….ambil masa sikit, tapi tak lah makan masa bertahun…..sungguh…!!
p/s…hanya sekadar memberi cadangan jer….
tapi bro, ada juga projek yg berjaya si siapkan, walaupun lambat. mungkin tidak di klang valley, tapi ditempat lain… 🙂
Saudara Civil Defender,
Saya sentiasa berhubung rapat dengan rakan-rakan dalam civil defence, masalah ini ada diceritakan kepada saya. Pertukaran uniform dari hijau ke biru juga amat mengecewakan mereka dan saya sendiri berkongsi kekecewaan itu. Civil Defence hari ini sudah kelihatan macam NGO sprt PBSM sedangkan peranan civil defense sebenarnya sangat penting sewaktu perang atau darurat
Salam semua… Kami di JPAM telah berusaha membuat dan menghantar permohonan tidak kurang dari 10 memorandum bersabit dengan Program Pemasangan Sistem Amaran Awam (Public Warning System) atau ringkasnya PWS ini. Kosnya kurang dari RM 30 juta tidaklah besar jika dibandingkan perbelanjaan aset dan logistik ATM dan sebagai prototype permohonan dibuat adalah utk Putrajaya dan Greater KL (seluruh Lembah Kelang). Namun tiap kali permohonan diajukan dlm setiap rancangan 5 tahun Kerajaan (RMK) jawapan yg diterima agak mendukacitakan kerana pihak yg membuat keputusan mengenai kewangan ini tidak meluluskan permohonan kerana pegawai berkenaan bukan lah seorang yg beruniform seperti kami di JPAM yg sentiasa mementingkan dan memberi keutamaan terhadap aspek2 keselamatan rakyat. Pembuat dasar di kebanyakan Kementerian dan Jabatan adalah dari kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yg hanya mungkin terlalu taksub ke arah penjimatan kewangan dan juga ke arah projek2 Pembangunan fizikal yg boleh mendatangkan keuntungan kepada negara dari aspek pulangan terhadap setiap ringgit yang dibelanjakan.
Perlu diingat bahawa projek2 pemasangan sistem PWS dan pusat2 perlindungan ini bukanlah sesuatu projek yg boleh mendatang sebarang hasil atau keuntungan secara langsung kepada Kerajaan akan tetapi jika keselamatan awam sentiasa diberi keutamaan sudah pasti rakyat dan negara berasa selamat dan seterusnya boleh menarik lebih ramai pelabur dtg melabur di negara ini. Inilah keuntungan tidak langsung yg boleh dinikmati oleh Kerajaan sekiranya negara aman damai dan stabil dari segi keselamatan awam nya. Sbg contoh negara yg telah mengamalkan ‘Konsep Total Defence’ seperti Singapore, Israel, Denmark, Switzerland dan bbrp negara lain telah dapat meningkatkan pelabur2 asing untuk melabur di negara2 itu.
Di Malaysia, wpun pihak ATM telah mengajukan Konsep Pertahanan Menyeluruh atau ringkasnya HANRUH sejak tahun 1986 ini kepada pihak Majis Keselamatan Negara (MKN) untuk dilaksanakan segera namun sehingga kini hanya menjadi angan2 sahaja untuk dilaksanakan kerana tiadanya keutamaan dan kepakaran untuk melaksanakan Konsep ini wpun telah dilancarkan secara rasminya sejak tahun 2006 bersempena Hari Kesedaran Bencana pada 26 Disember 2006 di PWTC. Saya sendiri hadir di Mjlis Pelancaran Konsep HANRUH yang dirasmikan oleh PM sekarang ( ketika itu beliau TPM) namun JPAM yg menjadi tunggak dalam komponen ‘Kesiapsiagaan Awam’ tidak dapat berbuat apa2 selagi MKN tidak memberikan ‘endorsement’ nya terhadap pelaksanaan HANRUH ini wpun pihak JPAM yelah menghantar Laporan Bengkel Kesiapsiagaan Awam’ melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) wpun pihak MKN telah mewujudkan Bahagian Pertahanan Menyeluruh dan mendapat perjawatan tambahan drp pihak JPA. Kekangan yg ada di pihak JPAM sebagai agensi unggul keselamatan awam ini adalah tidak diberikan peranan dan fungsi sebenar sepertimana yang diperuntukkan di dalam Akta Pertahanan Awam 1951 (Semakan 1979). Akta ini telah diwujudkan di zaman penjajahan British lagi sebagai langkah utk memantapkan program dan aktiviti ‘pertahanan menyeluruh’ di bawah kawalselia JPAM khususnya bagi komponen Kesiapsiagaan Awam.
So…kepada pegawai2 tinggi yang berada dan membuat keputusan di peringkat agensi pusat (central agency) harap dapat melihat perkara pemasangan sistem siren awam dan pembinaan pusat2 perlindungan ini sebagai sesuatu yang serius dan perlu diberi keutamaan berbanding dengan projek2 lain kerana ia melibatkan nyawa dan harta benda rakyat semua termasuklah yang membuat keputusan itu sendiri serta keluarganya.
Spini adalah sekadar pandang 20 sen saya untuk difikirkan bersama… Jangan salahkan JPAM kalau berlalu sesuatu diluar jangkaan seperti bencana besar atau peperangan yang memperjudikan nyawa dan harta benda penduduk awam di negara yang kita kasihi dan cintai ini kerana segala keperluan dan permohonan telah dikemukakan oleh JPAM kepada pihak berkenaan di atas sana.
Sekian. Terima kasih.
yang ni aku setuju dgn penulis, sebab aku penah tgk sendiri di block Woodlands airborne warning sirens yang dipasang di hampir setiap HDB flat. Setiap 5-10 HDB flat, dibawah satu flat akan ada satu kedai, kedai tu ialah pintu masuk untuk shelter. Waktu aman, digunakan untuk jadi kedai, dan biasanya mamak je yg bukak kedai.
Di Jalan Bahar, perkuburan Islam, Jews, Christain etc, ianya berdekatan dengan Army Base … so masa tgh ziarah kubur tu, memang ko akan nampak la Sg Army terbangkan UAV dia. Jalan Bahar tu pulak, tiada tiang lampu, jalannya rata dan besar, agak pelik untuk kawasan yang tiada kawasan perumahan hanya pusara. Sebab, jalan raya tu dibuat demikian untuk memudahkan pesawat pejuang mendarat.
Takda macam jalan kat Malaysia ni jalan2 raya di Singapura, semua rata, licin mcm muka awek cun.
SBC dah takde Tuan Penulis, now dah jadi TCS. Kerajaan Singapore ni setiap tahun buat War Games, so bila dia buat wargames, dia panggil balik semua National Service, Reservist..maka akan kelua kat TV…sebelah kanan nama platoon2, kat radio…kat papan tanda awam…kat radio mcm2 la. Pastu ko tengok, bus stop penuh dgn geng baju celoreng bergegas balik ke Kem masing2.
Sebab airspace Singapore terhad, maka gunship … Apache Longbow terbang diantara flat2, aku bukak tingkap tengok eh….Longbow mana pulak ni. Penah sekali, mechanical error, emergency landing kat tempat aku selalu lepak, kawasan lapang kat Causeway Point.
Setakat Johor Bharu ni, kena blizkrieg attack Singapore…boleh jatuh dalam less than 6 hours, and dalam 6 jam kemudia dah sampai Gemas dah.
Asal Malaysia ni x seperti Singapore dalam persediaan? Dalam pemilihan dan pembelian aset2 ketenteraan, dalam pemilihan manusia yang berkaliber dan jujur sebagai pemerintah Angkatan Tentera…Dalam segala2nyalah, negara bukan Islam jugak yang mempraktikan apa yang baginda Rasulallah SAW anjurkan dalam persediaan peperangan di waktu aman.
Wallahualam.
asalam… apakah benar, kubu perang dah ada di malaysia??.. cuba lihat rumah sarang burung layang-layang, kenapa ada yang di bina di tepi jalan yang berselekoh, dijalan keluar atau masuk sesebuah bandar atau kampung??..
Asalamualaikum,
Bagaimana pula dengan stesen LRT bawah tanah di sekitar KL? Ia juga berperanan sebagai kubu perlindungan walau pun tak 100% boleh muat.
siap siaga walaupun dalam keadaan aman, musuh senantiasa memerhatikan kita dari jauh dan dekat.Bersedia bila 2 masa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hebatgilo
salam,iwan JPAM.
saya merupakan salah seorg dari anggota JPAM(NS men),memang benar kata rakan2 itu.JPAM memang berfungsi untuk digerakkan apabila berlaku peperangan dan bencana,di dalam akta 221( akta pertahanan awam) telah menyatakan bahawa PA itu merujuk kepada tindakan tanpa senjata dgn kombat,bagi sebarang langkah yang apa jua diambil sebelum, semasa dan selepas peperangan serta bencana tanpa menggunakan senjata.untuk pengetahuan rakan2 PA(singkatan pertahanan awam) mempunyai 6 seksyen iaitu melawan kebakaran(kebombaan), pertolongan cemas( paramedik),penyelamat,kebajikan,warden dan ibu pejabat.memang benar JPAM ada merangka usul untuk memasang sistem amaran awal tetapi ada sesetengah pihak cuba menidakkan perkara2 baik ini dengan mengatakan kita tidak akan diserang oleh sesiapa pun.jika itu mentaliti rakyat kita maka mereka perlu lah berpijak di bumi yang nyata,dgn berfikiran rasional,jika kita diserangsudah tentu lah kehutan jawabnya.mereka lari.justeru kami ada memberi cadangan tetapi kami di tentang,dgn mengatakan JPAM hanyalah pasukan bantuan semata2 fikirlah sendiri.
([email protected])
Dengar kata JPAM telah mengemukakan permohonan Siren Amaran Awal dan Perlindungan Bunker untuk di KL, JB, dan Penang kepada Kerajaan kerana bandaraya kita berpontensi untuk diserang jika berlaku konflik dalam RMK9.tapi kerajaan tolak proposal itu.
Sbb mungkin kerajaan berpendapat kita masih aman dan tiada ancaman luar dari negara kerana kerajaan mengamalkan dasar rundingan diplomasi semasa konflik.
Dan satu lagi sebab mungkin kerajaan berpendapat negara mewujudkan situasi akan berperang dan berfikir pelabur pelabur luar akan lari kerana negara bersedia untuk berperang????
ade komen???
Sape kat kita takda siren kecemasan..? ada tapi tak meluas. Cuba check JPAM HQ kat jalan semarak.aderlahhh.
kah kah kah Hamzah, ko baca jugak blog aku, hampehhhhhh…
bro shah, utk pgetahuan saudara aku duk kat selatan tanahair iaitu johor, daerah mersing…aku tlalu byk mdgr cerita mgenai spy2 singapore yg dtg sbgai plancong disini, bilangan plancong dri singapore pun smakin rmai smenjak kem iskandar dibina disini…aku pun penah dgr mgenai spy yg bjaya dtangkap di pulau tioman (dgr2 yg dtangkap tu spy wanita), tlalu byk crita yg aku dgr, tpi kesahihan crita aku xberapa nk pasti sgt…
untuk pengetahuan penulis dan pembaca semua saya telah menewaskan penulis ketika menjalani latihan menembak raifel M16 di lapang sasar tentera, kem sunggala dekat Port Dickson baru-baru ini.
salam
tapi bukan ke peruntukan budget tahunan kte banyak disalurkan ke Kementerian Pertahanan? Tapi kelengkapan kte setanding ke ngn singapore…
Dgn kata len, kte akan menang ke lwn ngn deme??
going to be wataniah said…
kemanakah rakyat nak pegi?
Nak jawab sket .. Pergi Kubur …!
Apabila sadam Hussien melangar Kuiwat sekitar awal 90 an, ternyata sadam dah bersedia selama 40 tahun untuk berperang ..
Begitulah kerenah fahaman sosialis, sama seperti PAP sekandungan dengan DAP … mereka sentiasa mencipta musuh.
Jadi Singapore sudah bersedia untuk berperang dengan … ?
salam,
agak2 kan…katakan kalau malaysia diserang dan dalam keadaan darurat, kemanakah rakyat nak pegi? sama ada duduk di rumah yang mana kita lihat sekarang taman2 perumahan pesat membangun. yang hanya menggunakan batu blok kos rendah (sebilangan rumah teres, yang cuma grill besi je sebagai pelindung. atau balik ke kampung? mcm mana pandangan saudara shah?
Mana boleh bina bunker , karang harga mahal sangat ada orang kata rasuah !!!! Bukan nak pakai pun .
lol..
kalau di singapura Civil Defence berfungsi dengan baik ……apa sebenarnya tugas Civil defence @ JPAM di Malaysia? adakah mereka sudah menjalankan tanggungjawab yang rakyat amanah kan kepada mereka ….harap dapat di uraikan kan persoalan yang terbuku di minda
Pembinaan bunker memang penting dan wajib diperluaskan untuk kegunaan awam.
Permasalahannya sekarang adalah kewangan. Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan Singapura dalam hal ini. Malaysia terlibat dalam insurgensi begitu lama dan banyak guna wang sedangkan Singapura senang lenang dalam jangka masa sama.
Apa yang diperlukan oleh Malaysia adalah perkuatkan pertahanan terlebih dahulu. Aset dan kelengkapan ATM dan badan separa tentera (badan penguatkuasa yang mengendalikan senjata) masih banyak perlu diperbaiki. Antara paling kritikal adalah aset TLDM & TUDM.
Bunker memang penting tetapi bagi sebuah negara yang memiliki densiti sederhana rendah dan masih luas, ianya kritikal dibina ditempat yang sesah seperti KL, George Town, JB, Kuching & KK.
Singapura bersedia dari segala segi, sekiranya anda semua biasa menonton tv singapura khasnya buat mereka2 di sekitar Johor Bahru, anda boleh lihat sekali sekala latihan perlindungan yg di tunjukkan dlm berita, beberapa amaran dan arahan… latihan perlindungan dari serangan, dari peperangan senjata kimia, latihan jika sistem train MRT mereka diserang, beberapa org rakan gua juga merupakan ‘reservist’ anggota kerahan yg siap sedia bila2 masa, inilah hasilnya national service mereka yg lebih kepada pertahanan kebangsaan, ketenteraan… PLKN kita perlu lebih serius?? Apa kata kawan2…?
Benar…saya sendiri bosan dengan momokan pakai wang rakyat dan masalah tender untuk kroni ini, semua hasutan dari golongan tertentu untuk meracuni pemikiran rakyat.
Sedih bila tengok wanita muslimah PAS beria-ria mempertahan dan menyokong Elizabeth Wong yang berbogel sehingga menampakkan alat kemaluannya.
Kalau sesiapa yang pernah tengok gambar full version ini, saya tidak tahulah jika anda semua masih mampu mengangkat Elizabeth Wong sebagai pemimpin anda.
Jika ini berlaku, jelas, moral kita sudah rosak.
Mereka bukan Hebat ..ntapi meraka Bijak. Tambahan pula kelebihan kuasa politik memberi kelebihan terhadap perlaksanaan2 agenda kerajaan tanpa bantahan terbuka.
Di Malaysia ni ramai sangat nak jadi Hero. Konon nya nak bela rakyat, nak jaga duit rakyat tapi duit masuk pocket sendiri. Asal ada pelaburan drpd kerajaan, ada jer nak tentang tanpa memikirkan kesan positif. Nasib baik Zaman Tun M dulu .. Tun M kental.. kalo tak .. Putrajaya, KLIA, Track Sepang, KLCC .. etc.. semua takde
Hebatnya Singapura.Bilalah kita akan jadi seperti mereka
mungkin selepas negara kita berjaya menewaskan PKM, kerajaan dan rakyat tidak lagi merasakan pentingnya peruntukan untuk pertahanan negara.
apa saja cadangan ATM ke arah peningkatan upaya, selalu dicantas dan dibahas secara terbuka serta dibangkang sekeras-kerasnya. kata mereka itu semuanya PEMBAZIRAN!! mungkin juga rakyat dan orang-orang yang membangkang itu mempunyai AGENDA yang tersendiri ataupun mereka tidak dapat membezakan diantara PELABURAN dan PEMBAZIRAN??
langkah-langkah yang telah diambil oleh negara jiran kita itu seharusnya dijadikan panduan dan bukan nya untuk ditiru 100%. yang baik dan praktikal dijadikan contoh manakala yang sebaliknya dijadikan sempadan ataupun peringatan. saya setuju dengan apa yang telah saudara katakan, kita jangan memandang perkara ini dengan fikiran yang sempit dan kolot. bukalah minda seluas-luasnya dan fikirkanlah sebaik-baiknya.
jangan lah kita melatah apabila “nasi dah menjadi bubur”…
langkah sediakan payung sebelum hujan yg diamalkan ini membawa kesan psikologi kpd rakyat. ini menunjukkan, kerajaan menitik beratkan keselamatan rakyat ketika mempertahankan negara. Paronoid itu adalah perasaan, perasaan itu timbul dari tindakbalas yg kdng2 membawa kesan negatif, atau positif.
Mungkin Singapuran lakukan itu sebagai persediaan mental dan fizikal kepada rakyat dan tiada kaitan dgn sesiapa. Jadi, kita di Malaysia sepatutnya harus bersedia dgn semua kemungkinan itu.
Malangnya di negara ini, tekanan politik bercampur dgn kepentingan melebihi kepentingan keselamatan negara dankebajikan rakyat. Perbelanjaan ketenteraan lebih dilihat sebagai keuntungan peribadi (walaupun, sebenarnya byk yg silap faham) dari kepentingan awam.
maka jadilah negara ini sentiasa mengeluarkan berbagai tahap kenyataan, tapisan dan mcm2 sesi-sesi soal-jawab dari kedai kopi hinggalah ke parlimen – semata-mata untuk membeli helikopter.
Walhal yg berdegar2 bercakap,hanyalah ahli politik yg tak tau apa2pun kecuali batu loncatan utk kepentingan politk mereka.
Sepatutnya, negara ini dah lama ada bunker, shelter dan rakyat dilatih ke arahnya. Dgn tanah yg luas dan muka bumi yg pelbagai, bunker, shelter ini sepatutnya dah di bina 20 tahun lalu.
Melatih anak2 muda dlm PLKN sebenarnya tak memberi apa2 kesan jika mereka tiada tmpat perlindungan diri dgn keluarga jika berlaku sesuatu. Kita kena ketepikan soal kos kecuali yg extreme, kerana ia utk kepentingan bersama jua.
…tapi tak taulah pulak, bunker/shelter memang dah ada, tapi utk mereka yg top gun sahaja, dan rakyat dibiarkan hancur berkecai untuk dibom…
Persediaan macam ni perlu, memang orang kata paranoid…tapi satu hari berguna juga……………
persoalan
adakah ready for everything atau hanya paranoia?