GAMBAR DATUK LAKSAMANA
1. Tahun lepas semasa pameran Defence Servise Asia (DSA), saya ada bertemu dengan Panglima Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) iaitu Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar, dalam sembang-sembang selama 40 minit (separuh dari masa itu banyak diganggu oleh tetamu VIPnya), beliau ada menceritakan Malaysia memerlukan peluru berpandu baru.
2. Bersama saya adalah teman sepejabat, Umi (cucu kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba), kedatangan kami disambut oleh Kolonel Fadzlette Othman Merican (skrg bos kat Kementerian Pertahanan, ada blog kata dia ini dah pencen tapi bulan Jan?Feb? lepas, masa saya call, ada lagi di pejabatnya…pelik!!).
3. Saya menghubungi Kol Fadzlette ini untuk memaklumkan pada beliau bahawa terdapat penjualan ration tentera dari Kem Syed Sirajuddin secara haram di pasar-pasar mini sekitar Gemas.
4. Berbalik pada soal tadi, kata-kata laksamana itu beerti negara sedang meninjau peluru berpandu (surface to air missile) jarak sederhana dan bukan dari jenis VSHORAD (Igla dan Starbust).
5. Ini bukanlah berita baru, rasa-rasa sebilangan rakyat Malaysia sudah mengetahui hal ini dari majalah, akhbar atau internet.
6. Cuma saya mengambil langkah untuk mengulasnya semula kerana ada satu atau dua fakta taktikal yang mungkin boleh memahamkan segelintir pembaca yang tidak mempunyai pengetahuan dalam persoalan keperluan persenjataan.
7. Kata laksamana itu, sistem peluru berpandu Starbust yang diguna untuk mempertahankan pengkalan-pengkalan TLDM sudah lama dan lapuk.
8. “Kita tidak mahu peluru berpandu jarak pendek (VSHORAD) macam Starbust. Sekarang
pun pesawat musuh boleh buat serangan dari jauh dengan jarak optimum 25 kilometer dan ada yang boleh melepaskan peluru berpandu dari jarak 60 kilometer,” kata beliau.
9. Radar yang diletakkan di bawah Sistem Pertahanan Udara Nasional (SPUN) pun boleh
mengesan pesawat musuh dari jarak ratusan kilometer jadi peluru berpandu yang bakal dibeli mesti boleh menangani masalah di antara jarak 20 ke 40 kilometer, katanya.
10.Perbualan ini tercetus kerana saya diberitahu oleh sumber saya bahawa TLDM akan
memilih peluru berpandunya sendiri untuk mempertahankan pengkalan lautnya tetapi hal ini telah dinafikan oleh laksamana itu.
11.Beliau memaklumkan kepada saya bahawa urusan pembelian dan penilaian akan dibuat
oleh Gerup Artileri Pertahanan Udara (GAPU) yang terletak di bawah penguasaan tentera darat.
12.”Peluru berpandu itu tidak akan dinilai oleh TLDM kerana kita beri kepercayaan kepada GAPU. TLDM tidak akan mempunyai sistem peluru berpandu pertahanan darat yang berlainan jenis, kita mesti integrasikan peluru berpandu kita di bawah SPUN. Jadi, ketiga-tiga cabang ketenteraan akan memakai sistem yang sama,” katanya lagi.
13.Beliau memberitahu, pembelian itu akan dibuat pada RMK 10 atau 11 dan dengan jumlah yang banyak kerana ia akan dipakai oleh ketiga-tiga cabang perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
14.Katanya, beberapa projek TLDM yang tertunda seperti frigate Lekiu Batch II dan kapal pengangkut akan dibuat selepas perolehan helikopter untuk TUDM iaitu EC725.
15.Ada khabar-khabar berkata, bahawa Malaysia berminat untuk memperolehi peluru berpandu dari China kerana negara besar itu menawarkan kita teknologi membuat peluru berpandu terutama dari jenis VSHORAD atau MANPADS (Khabar saja…Betul atau Tidak, Tak Tahulah).
16.Umum sudah pun mengetahui, STRIDE sudah pun menghasilkan peluru berpandu atau roket buatan Malaysia tetapi mempunyai masalah dengan sistem guidancenya.
17.Senjata ini pernah dipertontonkan secara umum semasa perarakan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 2007 dahulu, masa tu semua orang ingat ianya adalah “Mock Up”, sebaliknya yang sebenarnya sistem itu benar-benar berfungsi dan ada letupan (Amik risiko betullah Stride ini..heheh).
OH YA…SELAMAT MENGUNDI UNTUK PENYOKONG UMNO DAN PAS
Jalak lenteng says
Aku sangat setuju jika ATM beli kornet e!
Hamba says
pasang beberapa ZPU-4,ZSU-4 atau SAM-2 CAMO sekitar perairan johor dan guna kawalan komputer dr base di johor camp kalu leh pihak ATM boleh tangkis UAV DRONE PREDATOR dr singapore.bg pihaknya gerun akan tindakan ATM ..jgn berlembut sgt nnti mereka ambil part nk intip negara ni.
boonlertpratchai.. says
biasanya sistem senjata yg diguna pakai dlm tentera kita dilupuskan kemana?..contohnya dlm isu ini,kalaulah betul dan menjadi pembelian roket2 baru ini,kemana lupusnya sistem STARBURST
Anonymous says
Setuju…takkan nak jadi palestine…lastik askar israel yg lengkap dengan senjata…siap tank merkava lagi…
Baik lagi Hisbollah…ada juga semangat nak melawan. Dapat malukan Israel….
Intifada setakat lastik..baling batu….tak sesuai.Kalau tak mahu negara dijajah, suka atau tidak, negara, rakyat perlu bersedia. Yg jutawan…lainlah..rumah kat OZ, UK ada boleh la lari.
Anonymous says
[8.60] Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
[8.61] Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah Al Anfaal ayat 60-61..
Suruhan Allah supaya umat islam bersedia sepenuhnya..
mana ada kecuali2..
mie says
aku sokong jijan.
sedara Anonymous May 19 2009 – 4:56 PM. Memanglah berkecuali itu bagus tetapi kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan. Adakah kita dah kena "ganyang" kali kedua baru terkial-kial nak cari senjata.
"Perwatakan yang kuat di tambah dengan sifat berkecuali.. adalah terbaik".
Fikirlah nak dibuli terasa takut. Nak cari sebab gaduh.. berkecuali plak tuh. Fikir banyak kali la kalau nak ganggu. Silap-silap buat kawan lagi bagus.
so, saya sokong sistem pertahanan kita diupgrade lagi dan bajet2 terlebih pada sukan tu boleh la tarik sikit kot. hehehe just joking about budget.
mohd says
betul tu jiijan..aku sokong.kan dlm alquran sendiri ada myuruh kite bersiap sedia…wlpon bukan untuk myerang,tp bertahan bila diserang…
bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan
jiijan says
sedara Anonymous May 19 2009 – 4:56 PM, saya sokong tuan ckp senjata paling canggih di dunia adalah sikap berkecuali. Memanglah kunci keamanan.
Tuan fikir balik, berbalik kepada sejarah, kenapa semasa keagungan pemerintahan Islam dari zaman Rasulullah S.A.W sehingga pemerintahan seperti Abbasiyah sangat mementingkan pemerolehan dan penciptaan senjata? Mesti ada sebab kan?? Tuan fikir laa sendiri apa sebabnya.
Anonymous says
Baca lu punya cerita macam la kamu hebat sangat pasal defance ni. Sebenarnya senjata paling canggih dalam dunia ni ialah berkecuali. Malaysia mengambil sikap berkecuali jadi tak ada musuh nak serang. Itu kunci keamanan. Duit tak habis rakyat senang negara aman.
Streak says
tak silap, saya, KS-1 China ada beberapa issue dengan Accuracy/guidance atau pun target acquisition radarnya nya. Saya tak ingat exactly apa , tetapi pernah terbaca di forum tentera.
Saya lebih gemar malaysia GAPU ambil Aster 30 dan 15.
Long Range SAM mcm S400 tidak perlu buat masa sekaranng.
ZulBahau says
Satu analisis yang sangat menarik. Masalah utama kita di Malaysia adalah orang-orang yang mempunyai banyak maklumat seperti anda terlalu low profail ditambah lagi dengan keadaan masyarakat yang tidak gemar membaca bahan yang bersifat akademik dan lebih suka bercerita hal2 sensasi menyebabkan kita terlalu mudah dipengaruhi.
Saya harap dengan adanya ‘insight’ seperti ini masyarakat memahami betapa pentingnya kita mempunyai aset ketenteraan yang berkualiti.
Terima kasih.
shahpaskal says
Terima Kasih Eddie…ramai bonar grup militan dalam blog ni..aku pun pegang senapang (styer) , joe kumbang pegang AK47, kau eddie aku tak tahu raifel apa…
Untuk kawan2 yang lain, thank u juga kerana tidak sangka, ulasan2 anda benar-benar menarik dan menunjukkan masing-masing mempunyai interest yang mendalam dalam soal militari.
Malah seorang rakan saya sendiri terkejut apabila melihat ulasan anda semua sangat-sangat analitik dan berkualiti tinggi.
Kepada rakan lain yang baru berjinak-jinak dalam dunia pertahanan, saya amat alu2kan sebarang pertanyaan…jangan rasa kita tanya soalan bodoh.
Saya percaya ramai di antara mereka di sini boleh membantu
eddie dewanaga says
cantik betul info2 dlm blog lu beb…
keep on rockin’!!
joekumbang says
Kluangman.. Brahmos banyak guna sistem dari Israel walaupun Brahmos tu usahasama India dgn Rusia.Malaysia tak mungkin beli.
Contoh yg jelas penggantian sistem Israel pada Sukhoi 30MKM.
Kalau nak beli gak, boleh jadi isu besar ni. Jadi modal pembangkang
kluangman says
Nak tumpang sembang:
Nak tahu jadi ke Malaysia beli
peluru berpandu supersonik Brahmos buatan India yang dibangunkan secara usaha sama dengan Rusia.
Malaysia tampak lebih minat dengan kelengkapan senjata Rusia hinggakan rakyat pun terikut ikut dengan membeli teropong buatan Rusia di pasar2 malam.
Peluru berpandu Brahmos, yang kegunaan utamanya sebagai peluru berpandu antikapal, berkeupayaan membawa peluru sehingga 660 paun dan mudah mengena sasaran musuh pada jarak 290 kilometer rasanya sesuai untuk melumpuhkan serangan laut.
CYBERCDO says
Bro bila discuss pasal peluru berpandu pada skala ini, Cdo tak berapa nak berani sembang laa,Cdo hanya tahu operasi khas dlm kumpulan kecil aje….paling besar senjata yang cdo bawa adalah grenade launcher….cerita pasal manpads, rocket launcher, peluru berpandu…Cdo kelabu sikit laa,,,,
emotionless_teenage says
long range air defence is a air force’s responsibilities(deployment of fighter aircraft) while manpads is useful to tackle enemy CAS aircraft/helos in battlefield
i think M-SAM is what we needed most than long range SAM(,i personally prefer aster 30,although KS-1A and BUK M1 is a good deal too)
and i bet if we acquire S-300/400,someone wont gonna sleep well at night until they have PAC-3 in hand =D)
Mohamad Taufan Mohd Yassin says
Untuk SAM system, KS-1A berbaloi kerana pihak Republik China turut tawar pindahan teknologi buat misil & MANPADS. Tetapi jika berdasarkan kemampuan, Sudah tentu sistem Buk-M1 yang terbaik untuk jarak sederhana – dekat.
Lagi bagus kalau dapat beli S-300PMU atau S-400! Jiran-jiran sure terkejut berok bila tahu ATM ada beli sistem ini.
shahpaskal says
Joekumbang, KS-1A lebih nampak popular setakat ini.
Anonymous, tak mungkin guided munition pasal bentuknya besar. Cuba tengok gambar semasa perarakan kemerdekaan dahulu. Stride terpaksa bawa dengan kenderaan pick up jenis Isuzu. Saya sendiri pernah berjumpa dengan pegawai Stride…cuma saya tidak ingat samada beliau menyebut roket atau peluru berpandu.
Sang Asura, tak dengar pulak ATM nak beli ATGM baru, rasa-rasa dah cukup. Kornet E yang Iraq pakai tu ke????, mungkin tak sesuai dengan Malaysia…jarak pertempuran kita pendek.
Sang Asura says
Keperluan tu memang dah lama, cuma tak beli-beli je. Lama sangat dah. BTW bro, anti armor missile untuk army dah decide kan ? Cuma diorang belum announce je kan ? Agak2 yang mana ? saya amat berharap agar Kornet E yang dipilih
http://www.klsreview.com/HTML/2009Jan_Jun/20090301_15.html
Anonymous says
saudara, saya rasa yang stride buat tu guided munition for artillery, neither rocket not missile.
joekumbang says
Menarik tu Shah.Memang ada khabar2 angin sejak dulu lagi ketiga2 cabang ATM akan menggunakan missile yang sama untuk memudahkan integrasi. Dulu ura2 nak dapatkan BUK-M1. Tapi senyap je. Sekarang dah banyak persaingan contohnya KS-1A, Aster 15. Tak la bergantung pada vshorad je..