Gambar 1 merupakan warga GGK
Gambar 2 memperlihatkan dua anggota PASKAU dengan alat LTD
Semua gambar merupakan sumbangan jurufoto pertahanan tempatan
1. Sebenarnya saya menerima banyak permintaan untuk membuat cerita tentang kehebatan pasukan khas Malaysia (komando) dan di antaranya ialah Paskal. Masalahnya maklumat tentang operasi-operasi pasukan ini seperti PASKAL, PASKAU dan GGK biasanya amatnya sulit.
2. Yang ada pada saya sangat sedikit. Marilah kita tinjau kisah yang saya garap ini untuk menjadi satu analisis berdasarkan ilmu dan maklumat yang sangat minima yang saya ada.
3. Saya sebenarnya sangat patriotik pada negara ini walaupun dilahirkan di sebuah negara lain (bukan Indon atau Bangladesh yaaa).
4. Tujuan saya membuat blog ini juga adalah untuk memupuk semangat patriotik kepada negara ini tanpa mengira sebarang latar belakang dan pegangan parti politik.
5. Memang rata-rata saya banyak mengaitkan dengan Melayu dan Islam tetapi sumbangan dari bangsa lain sebenarnya banyak juga terutama dari kaum-kaum bumi dari Sabah dan Sarawak.
6. Seperti yang kita tahu, kebanyakkan anggota pasukan khas kita ramai yang terdiri dari anak-anak muda Sabah dan Sarawak malah dalam satu operasi Pertubuhan Bangsa-bangsa (PBB), reputasi tentera Malaysia yang mengamalkan “ngayau” (potong kepala) menjadi satu mitos yang digeruni musuh.
7. Bercakap tentang negara, saya melihat bangsa Malaysia sekarang ini amat tertonjol di pentas dunia dan negara ini sangat dikasihi ramai.
8. Inilah pengalaman yang saya kutip semasa pergi ke kawasan bencana dan perang di Myanmar, Filiphina, Pakistan, Afghanistan dan Iran.
9. Sebut sahaja Malaysia, serta merta orang yang menerima saya berubah wajah, berkaca-kaca sinar matanya serta senyuman panjang terukir dan bibir tidak lekang menyebut nama Mahathir dan Putrajaya.
10.Raifel AK-47 yang diacukan kepada saya mula bertukar tangan, siap boleh timang-timang dan posing gambar lagiii..semua pasal saya orang Malaysia (Gambar tak scan…lain kalilah apabila saya bukak cerita, bagaimana saya menceroboh masuk ke sempadan Afghanistan masa Amerika Syarikat bom Taliban selepas serangan 11 Sept).
11.Rupa-rupanya terlalu banyak sumbangan besar yang dibuat oleh negara kita ini kepada masyarakat Islam antarabangsa yang kita sendiri pun tidak tahu.
12.Ada sebab mengapa kita tidak tahu, ada beberapa perkara yang terlalu sulit untuk dihebahkan kerana ini bakal mendatangkan masalah kepada negara dan rakyat.
13.Lagi pun siapa nak percaya kalau saya katakan Tun Dr Mahathir Mohamad ada terlibat dalam mesyuarat sulit atas kapal Sultan Brunei di perairan antarabangsa untuk membekalkan senjata dan dana bagi pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia. ANDA PERCAYA KEE??????
14.Tak akanlah Presiden sebuah parti sekular (orang katalah, bukan saya kata) buat kerja-kerja “amal” demikian.
BOSNIA-PERANAN KOMANDO MALAYSIA
15.Inilah negara yang agama rasminya Islam seperti yang tercatat dalam Perlembagaan dan pemimpinnya menyahut rintihan derita dan penindasan masyarakat Islam lain seperti di sebuah bekas republik bernama Bosnia Herzegovina.
16.Dari 40 negara Islam, hanya 12 yang mengangkat Islam sebagai agama rasminya, hatta Arab Saudi sendiri tidak mengangkat agama rasmi itu ke tempat tertinggi.
17.Dan dari jumlah itu, hanya lima negara Islam yang menghantar tenteranya di bawah operasi Joint Endeavour yang dipimpin oleh North Atlantic Treaty Organization (NATO).
18.Dari 31 buah negara yang menyertai operasi itu, hanya satu yang menghantar pasukan khas atau komando mereka untuk menyertai misi yang paling berbahaya dalam sejarah kemanusiaan iaitu Malaysia.
19.Malang pertama berlaku sebaik sahaja Angkatan Tentera Malaysia berada di bumi Bosnia pada 1993, seorang askarnya terbunuh akibat terpijak periuk api dan ramai lagi yang akan menyusul kemudian.
20.Saya ada mendengar cerita mengenai pasukan komando kita membantu jet-jet pengebom NATO untuk menyerang sasaran tentera Serbia yang banyak menyembelih umat Islam Bosnia ketika itu.
21.Cerita ini saya dengar ketika menyambut kepulangan Malcon dari Bosnia di Subang lama dahulu, entah betul entah tidak saya sendiri pun tidak tahu tapi bacalah analisis saya.
22.Ketika tentera kita dihantar untuk melindungi masyarakat Islam di Bosnia, negara pada masa itu baru sahaja membeli 18 Mig-29 Fulcrum dan 8 pesawat F/A 18D Hornet.
23.Hornet yang kita beli pada masa itu tidak dilengkapkan dengan pakej senjata (beli pesawat sahaja, pakej senjata beli kemudian).
24.Umum mengetahui pesawat Hornet ini dilengkapi dengan sistem penerimaan laser dan berkemampuan untuk melancarkan bom-bom panduan laser ke arah sasaran, bom-bom jenis ini termasuk dalam kategori “Precision Guided Munition” yang menjanjikan ketepatan sasaran hampir 90 peratus berbanding dengan bom jatuhan bebas “free fall bomb”.
25.Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sebelum ini tidak pernah mengoperasikan bom-bom panduan laser kerana pesawat sedia ada seperti F-5E, A4 Skyhawk dan MB-339 tidak ada alat penerimaan pantulan laser dan sudah tentu pesawat-pesawat yang dibina dengan teknologi 50an serta 60an ini tidak dapat mengadaptasi teknologi persenjataan terkini.
26.Ini merupakan teknologi yang sanggat canggih. Persoalannya sejauh mana kecanggihan bom ini dan bentuk pemakaiannya dalam peperangan, inilah yang mahu diuji perancang TUDM dalam mencorakkan keupayaan tentera udara kita pada masa akan datang.
27.Cuma ada satu tempat di dalam dunia, di mana perancang pertahanan negara boleh menguji senjata tersebut dan satu-satunya kawasan sesuai ialah di medan konflik Bosnia-Serbia.
28.Yelah, sistem panduan laser ini amat sensitif (ia harus diuji kerana bukan semua negara mahu berkongsi maklumat dengan Malaysia)…ia boleh diganggu dengan pancaran infra red, kelembapan udara malah bom jenis ini dilaporkan tidak sesuai dipakai untuk sasaran di padang pasir kerana kristal pasir boleh menyerakkan pancaran laser itu.
29.Ini terbukti apabila taktiksyen tentera udara Israel memutuskan untuk menggunakan bom “free fall” bagi memusnahkan reaktor Iraq satu ketika dahulu dan tidak menggunakan bom panduan laser.
28.Sesuai pula dengan senario pada masa itu, NATO memang ada rancangan untuk menyerang Serbia tetapi siapa pula yang nak bantu mereka?
29.Bagus, nasib baik kontingen Malaysia ada bawa sekali pasukan khas mereka iaitu dari Gerup Geruk Khas (GGK).
30.Ini juga merupakan peluang yang baik untuk Malaysia menguji senjata berkenaan.
31.Maka padam malam hari, sepasukan empat anggota GGK berpakaian serba hitam bergerak pantas dengan membawa alat terpenting untuk misi itu iaitu gajet “Laser Target Designator” (LTD).
32.Alat canggih ini diguna untuk menanda sasaran dengan pancaran laser yang ditembak beberapa kali dalam beberapa saat, ia bertugas membantu bom panduan laser mengelungsur mengenai sasaran.
33.Sasaran biasanya merupakan aset yang tidak bergerak seperti pos pemerintah, radar, bunker kerana cahaya ini tidak boleh “LOCKED” pada sasaran yang sedang bergerak seperti kereta kebal.
34.Sebaik sahaja sasaran ditanda, kontek pun dibuat dengan pesawat NATO (F-18 Hornet dari kapal pengangkut Amerika Syarikat) dan pesawat itu terbang pada altitud 20,000 kaki (jarak optimum) untuk melancarkan bom panduan laser.
35.Kejayaan misi komando ini telah memungkinkan negara kita mencipta sejarah…tidak lama kemudian bom-bom panduan laser seperti PAVEWAY II mula dipakai oleh TUDM dan beberapa alat LTD yang lebih baik mula terlihat dalam inventori pasukan khas lain khususnya Pasukan Khas Udara atau PASKAU.
36.Hairan ya…mengapa Malaysia menghantar komando ke Bosnia.Mungkin banyak lagi operasi khas dilaksanakan oleh pasukan ini untuk membantu askar Muslim Bosnia yang serba kekurangan berbanding gerila Serbia yang jauh lebih canggih…malah lebih canggih dari kontingen Malaysia sendiri.
PENULIS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS TULISAN INI KERANA TIDAK DAPAT MENYATAKAN BUKTI. KISAH
INI PENULIS TAHU LAMA DAHULU SEMASA MENYAMBUT KEPULANGAN ASKAR MALAYSIA PULANG DARI BOSNIA. IA
BAGAIMANAPUN MEMPUNYAI KAITAN DENGAN PEMBELIAN HORNET DAN BOM PANDUAN LASER PERTAMA NEGARA.
TAK PAYAHLAH CARI KAT INTERNET PASAL KISAH INI TIDAK ADA ORANG TAHU PUNNNNN..SAYA CARI PUN TAK JUMPA.
nyamuktiruk says
da tau ni rahsia krajaan yg ko g dedahkn pesal..kalu stiap ops ko tu sulit yg ko duk canangkan kat blog ko ni npe.komando pe cmni xleh simpn rahsia gov.
puii sembang lebat
dey tambi says
dey tambi..yg tuan tanh citer ni asas saje…bukan citer detail..tak suka baca, pegi la lepak dekat forum artis2..jangan lepak sini.. coiii
watt says
silap lagu tu. GREEN BERET. bukan MAROON BERET. yang maroon beret tu pun belajar dgn green beret kat tempat Green beret – Cawangan Payung Terjun(PULPAK). Bg anggota green beret kursus payung terjun ni hanyalah kursus wajib dan bukan kepakaran. Sebab tu diorang tak bangga dgn wing payung terjun.
ann says
salam..
ttg citer troop kita kena serang tu mmg betul.Salah seorang ustaz ni pernah pi misi keamanan kat sana.now dia kat sungai petani.Bila dengar jer dia cerita ttg bakhara market,memang meremang.
TheMalayMale says
Mungkin kecekapan dan keberanian kaum daripada Kepulauan Melayu semasa peperangan diserata dunia telah dikaji dan diselidik untuk kesahihan bahawa betullah kita ini ‘The Lost Tribe’ daripada ‘The Promised Land’ oleh puak-puak Zionis (baik Yahudi mahupun Nasrani termasuk Illuminati). Mereka berasa teruja dan gementar pada masa yang sama kerana telah berjaya bertemu dengan satu-satunya kaum yang boleh menumpaskan mereka didalam semua segi (sekiranya mahu).
They’ve seen what made us tick and kick, dan ini amat menggerunkan mereka. Ya, bangsa ‘The Lost Tribe’ (asal usulnya daripada Lemuria dan kemudian Atlantis) ini amat merendah diri, lemah lembut dan nampak tak garang langsung. Rupa macam pemalas pun ada…tapi bila kena dengan trigger nya (ala2 Hulk gitu) mereka boleh berubah menjadi the most fearless killing machines, tak kiralah ada senjata ke tidak ditangan, sesah tetap sesah.
Bangsa kita mungkin kerdil daripada segi saiz tapi daripada segi lain, seniri mau ingatla…
p.s. saja nak tengok kot2 ada respond
art says
aku takut ko ni rakyat indon yg menyamar.
art says
klu ko seorg yg berani…jom kita berjumpa. ada brani?
dfaf says
rasanya ko yg terlalu berfantasi .anjing PR ..makan suap punya tukang kebun. kalo ko setakat jaga kebun .dan seorang pondan takyah tulis kat sini. seolah benci sangat pada semua dlm kerajaan bn.
Najib Bin Atang says
cerita Hayalan Je..
Fantasi tiada Batas..
sama Penceroboh SULU dibelasahh..
GGK Tiada Kualiti..
Pejjuang BN pun lebih pandai perang..
Haq says
kenapa pula xada paskau? cuba tgk kat link dibawah ni…
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Khas_Udara
megat.kembara says
http://excdo.blogspot.com/2011/08/siri-1-tim-aden-djibouti-here-i-come.html
asmawi says
aku pernah p bosnia …… aku dari elemet mekanis 2,malcon 2 di bandar kupres.. aku pernah masuk pertandingan menembak senjata bantuan ,NATO disana, dan mendapat pujian dari Bgd Jen Pullaver (british) klau tak silap aku, aku juga pernah belajar radar alsesan askarat,..malah aku belajar memandu KIFV.. dan byk terlibat dlm rondaan yg hampir meragut nyawa aku.. alhamdullih aku masih panjang umur… dan aku ada byk kenalan dari psk komando kita disana.. tapi dr perbualan,kekariban dan pergaulan kami disana , aku byk mengetahui kerja mereka , kerna aku juga adalah dari psk termpur hadapan seperti mereka.. cuma mereka adalah golongan elit dan aku dr psk infantri mek.. tapi kisah mereka semua nye adalah rahsia dan sulit dan demi negara ,bangsa dan agama… aku juga kena berahsia…tapi aku tak nafikan kisah diatas….!!!
Izoo says
Hina sgt lah bro nak disamakan Komando dgn anjing….sgt2 xsetuju dan xbersesuaian sgt dgn perumpamaan bro. Sila rujuk semula statement anda.
Izoo says
saje je bagi panas kan….
Zulheimy Maamor says
Sebenarnya selain Force 136 semasa Perang Dunia Kedua… ada satu lagi unit Elite yang pernah dianggotai oleh anggota Malay Navy iaitu OSS 404 (US Army)… salah satu nama yang saya ingat ialah POSM Johari…namun kehebatan mereka terkubur begitu sahaja…
V.E says
well done use araya…. we all missing u. dun forget sumpah perajurit commando..
pijo says
Pergh..teringat aku akan cerita jurulatih aku dulu. Pengalaman beliau di somalia..dua laras gpmp merah dek kerana beliau dan anggota membalas serangan pemberontak masa tu..kalau x salah ada diberitahu oleh beliau cerita sebenar digarap dalam buku 16 RAMD DI SOMALIA.
Tabik aku pada jurulatih aku, SJN mansor
Intan says
Bangger dgn ATM Msia… dr dulu hingga kini… smpi cr jodoh pun nk cr yg pki loreng…huhuhu…
Mahadher Cucu Tok AWang says
~ Azan subuh di Surau Darussalam dan Masjid Salahuddin Al-Ayubi… ~
Bro Shah…
Nanti tolong kirim salam kat sahabat baik hang tu, boleh?
Tidak memberatkan lah,,, jika teringat…
Terima kasih .
🙂
raziq says
nak tanya,dulu betul ke mahathir pernah cakap yg hukum hudud tu buatan ulama,bukan hukum al quran?
pai says
Salam bro, gambar atas skali tu pixelate dia kena besar lagi supaya muka2 dia tak boleh cam. kalo kecik2 mcm ni bila tgk dari jauh boleh cam skit.
;D
Ki Gaman says
kehebatan Komando , pelik dan gilanya Komando hanya jadi cerita dan pujian manusia ditahap kita , jika kita dipelawa masuk Komando , berapa ramai yang sanggup angkat tangan ?
yang terbaik dari yg terbaik , tak kenal erti sakit atau derita , dengan bahasa kasarnya mereka ibarat ‘anjing’ , bawalah kemana saja …suruhlah apa jugak , cabarlah kemana pun , pasti akan berjaya ! langit adalah had sempadan mereka ,
tapi pernahkah kita memikirkan bagaimana mereka sanggup dan mampu menjadi ‘anjing’ yg terbilang ? pernahkah kita memikirkan sakit pening mereka , lapar haus mereka , gaji bulanan mereka , anak isteri mereka yg ditinggalkan hanya jumpa sekali sekala ,
seharusnya kita menghormati dan memuliakan mereka , kerana merekalah kita dpt nama yg baik , kerana merekalah kita aman , kerana merekalah kerajaan mampu melaksanakan pelbagai misi sulit dipelbagai negara ! jangan sesekali kita perlekeh unit GGK kita , atau anggota ATM amnya , sebenarnya kita terlalu banyak terhutang budi dengan mereka tanpa kita sedari .
aku bangga dengan ATM , aku amat berbangga dengan Komando Malaysia
shayrzrin says
Komando KITA MEMANG BERTARAF DUNIA, setakat singapork bila2 masa jer kita boleh tawan dan musnahkan mereka dlm bila2 waktu. so KOMANDO KITA BERTARAF ELIT DAN DIGERUNI BNYK NEGARA KAT RANTAU BLOK BARAT DAN TIMUR. MALAYSIA MILITARY NEVER AFRAID OF OBSTACLES “HIDUP DAN GEMPUR PERWIRA”
Kota MSH says
SALAM utk semua pasukan KHAS Malaysia. Untuk jadikan KOMANDO pasukan yang dikenali dan disegani tuan harus banyakkan promosi dan mendedahkan kelebihan dan kebolehan luarbiasa keupayaan pasukan ini.. tidak payah terlalu berahsia kerana takut nanti akan jd macam guru silat melayu.. terlalu berahsia dan merendah diri ahkirnya silat itu sendiri hilang dan terhakis dengan sendirinya.. tidakkah kita terfikir mengapa teakwando, kung fu . thai boxer.. dapat tempat di nusantara dan dunia kemana pergi silat apa silapnya…. Jangan pasukan Khas juga akan menerima nasib yang sama.. kerana terlalu berahsia.. kita akan hilang bersama angin.. KEBOLEHAN DAN KEKUATAN PASUKAN BUKAN RAHSIA tapi yang rahsia itu misi pasukan.. fikir2kanlah.. komando teras ANGKATAN TENTERA.
anak komando says
ni pantun beb. dalam rangkap pantun tu aku guna nama bekas komando rgk. diorang tu bapak kawan-kawan aku masa kat kem sg udang. ada nama betul ada nama gelaran. bapak aku? heee.. tak payah lah. nombor skot aje dah cukup buat org kenal.
bapak aku = 14520
aku pulak = 64452
anak komando says
betul tu azhar. masa tu bapak aku wat SAR mangsa gubir. baru nak naikkan mayat dalam nuri CT tembak dari bawah. anak buah bapak aku arwah pakcik suandi cedera ditembak….
Fiqh says
sorila klu sya menyampuk… aku ni org sabah… dlu sblm ‘ubah karier’ sejak kecil mg minat dgn tentera, smpikn waktu isi borang skola rendah bahagian bab2 cita2, mesti aku pilih nk jadi askar dlu smpikn adik aku sdri pn ikut serta. Bila meningkat dewasa, aku & adik koleksi buku Tempur & Prajurit sbg ‘imbuhan’ utk layan impian kmi yg tdk tercapai. Psl apa, da takdir tinggi x menepati kehendak ATM, tangan plak patah dua kali tapi ‘aura2’ tentera tu smpi skg wlupn skg ni da keja sng. Gitu juga dgn adik. Cuma yg nk sya luahkn di sini adalah ada SEGELINTIR merendah2 keupayaan org2 sabah & swak dari segi. Ya mgkn aggapn segelintir dari mereka mengganggap kmi ‘tidak tau apa2’ pdhl klu la mereka di bagi peluang, cuba tanya golongan manakah yg ramai serta elit terutamanya Paskal. Majoriti ank2 dari sabah manakala dari kalangan GGK plak ‘both’ sabah & swak. Nah! kita bole lihat sdri jika ATM perlukn operasi2 khusus, org2 dari mna kah yg ‘pergi’ dlu klu bkn dari kalangan 2 negeri ni, btl tak? apa yg sya luahkn adalah bkn kerana ingin komplen2 negatif cuma luahan ‘tersingung’ jak. Harap kmu semua fhmla ok. Kita 1 negara, lain org lain kelebihannya. Keramaian org2 sabah itu bila nekad masuk tentera, percayalah bole katakan 60% akn masuk elit (komando). Ini diakui sdri ole anggota Tentera (jiran sya dari sjung) sdri. Bila hari raya, yg ramai blk kt kampung masing2 adalah dari kalangan beret hijau (GGK) & merah hati (Paskal). Sikit sekali beret maroon (PAC). Ini menunjukn kita sma2 rasai keamanan bkn kerana etnik2 tertentu akn tetapi perpaduan yg kita sma2 kecapi. Peace No War!
anuar safian says
Hmm cerita ini belum diketahui kesahihannya.. LUPAKAN AJE LAHHH
pst... says
Salam tahniah bro Rojiei Jalil,
Segala puji dan syukur kita panjatkan kepada ‘dia’ RabbilAlamin…
Dengan kehendaknya,dengan izin dia dan dengan gerak dia…
jgn lupa bro.
Rojiei Jalil says
As Salam. Sangat terharu dengan keperihatinan saudara-saudara ku semua. Sebak dada dengan perasaan yang sangat terharu ni, selama ini saya tidak sedar rupanya ramai juga warga awam yang mengikuti perkembangan GGK ni, Tahniah, anda semua warga yang sangat patriotik.
Saya adalah bekas warga GGK dan telah berkhidmat di dalam ketiga-tiga rejimen Komando ni bermula di Rejimen 21 Komando kemudian di Rejimen 11 Gerak Khas dan yang terakhir di Rejimen 22 Komando.
Terlalu banyak pengalaman pahit getir yang telah dilalui dan bersesuai dengan tajuk posting kali ini iaitu ” MISI SULIT DI BOSNIA” maka ingin sekali saya berkongsi sedikit kebanggaan dengan saudara sekelian. Di Bosnia kami banyak melakukan pelbagai aktiviti routine dan non-routine yang sangat sulit. Pengalaman yang nak saya kongsikan ni tidak lah sulit dan hanya berkisar kepada latihan biasa kami bersama Tim Komando Italy, Perancis dan Merin Amerika didalam latihan menyelamatkan tebusan dengan menggunakan peluru hidup. Dari segi Skill dan teknik serta peralatan sama sahaja. Hanya dengan sekali warm up saja kami dan lain-lain anggota komando dari Pertubuhan NATO dah boleh joint training. Menggunakan Peluru Hidup beb! kalau tak ada sefahamam peluru tu boleh makan diri.
Apa yang membanggakan saya disini ialah kemampuan Komando kita mencapai standard dan keupayaan latihan yang setaraf dengan Komando dari negara maju ini, ini diakui sendiri dari kalangan anggota dan pegawai mereka dan perasaan proud ini sangat terserlah apa bila Jeneral Sfor sendiri menyatakan kekaguman beliau apabila melihat kami melaksanakan latihan tersebut. Kemuncak kepada kepuasan diri saya sendiri ialah apabila Commanding Officer dari Merin Amerika meminta kepada HQ Malcon V meminta kami untuk melatih anggota mereka melaksanakan latihan menyelamatkan tebusan dan kami telah melaksanakan dengan begitu baik sekali. Kenapa mereka memilih kita… kenapa tidak dari Komando Italy atau Komando Perancis…… Very Proud
By: WO1 GE
AZHAR says
aku ingat lagi bapak aku ckp pasal bukit mentago nie… pagi-pagi buta lagi kalo tak pi belari ke bukit tu tak sah…huhu.
bapak aku citer.. dia geram sangat dengan komunis..bapak aku tak citer operasi aper.. tapi diorang dihantar dengan 2 buah Nuri.. satu ke kemah helen(cameron highland) satu lagi ke Gubir.. bapak aku ke cameron highland selamat sampai…tapi, kawan-kawan yang ke Gubir abis gugur.. Nuri kena tembak dengan komunis guna RPG.. sampai sekarang kalo citer pasal komunis.. marah tul bapak aku…
AZHAR says
Tn Dul ari tu dia masuk sapura, skrg aku da tak tau mana dia..
anak jawa bgn datoh says
salam
bangga, terharu dll perasaan pas aku baca semua komen, sekadar satu cadangan, mohon dibuatkan satu memoir kalau tidak pun novel berkenaan misi-misi sulit yang pernah dibuat oleh semua komando kita, baik dari zaman komunis ke zaman skang nih.. gunalah fakta yang tidak lagi diklasifikasikan sbg OSA lagi.. bro shah boleh la mulakan dan since mejarizan pun dah setuju nak collaborate dgn u.. so ini peluang yg terbaik agar generasi muda dan akan datang faham dan menghargai pergorbanan yang dibuat oleh anak bangsa, tambah2 yg tlh gugur sbg bunga bangsa. Ini tidak, komunis juga yang dicari dan dianggap sbg bunga bangsa.. Kalau tgk youtube berkenaan kampung muhibbah di selatan thai tu, wah depa siap buat bisnes lagi dan menunjukkan taktik2 dan kubu2 mrk semasa tempoh berkonflik dgn ATM dan tntu sahaja infonya berpihak kpd mrk.. buat permulaan buatla berkenaan di somalia dulu.. tegak bulu roma saya membaca perihal jeneral aboo samah dan anak2 buahnya memasuki kawasan farah aidit.. dan perihal ggk kita yg terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir.. manatau kalau2 ada produser filem yg mampu mengangkat buku tsb menjadi filem spt Black hawk down..
mmg kita faham ttg adanya sedikit sekatan maklumat guna utk memelihara rahsia negara tapi pasti ada maklumat yang boleh dikongsi dan tidak tertakluk di bawah OSA kan.. dan disbbkan oleh OSA jugalah ramai yg tidak tahu Tun M pernah mengadakan dialog rahsia dan menghantar komando kita utk diseludup ke Bosnia.. dan antara kesannya ialah Tun M sampai skrg dicop sbg tidak islamis dll label yang kalau saya kena pasti saya melenting dah.. tp Tun M ttp menjaga rahsia dan penglibatannya. dia ttp cool.. yg mmg dia hebat dan semua wira negara yang dok vbuat covert ops ni hebat.. aku salute korang semua.. salam
-kundur-
p/s: penah apply mcm2 sejak SRP, mta perantis putera tak dapt, pas SPM minta kadet tak dpat, masa kat ITM nak masuk ROTU tak dapat walau semua ujian lulus kecuali temuduga jer tak lepas, pas Diploma mta lagi pegawai kadet, tak dapat.. aku rasa ini takdir aku, utk menjadi seorang pendidik kat Universiti.. tp aku puashati sbb dapat menyumbang tenaga sbg sukarelawan di Batt 2 Rej 502..
vega says
rsm saya pernah berkhidmat disana
Mat Kental says
Pasal Tun M atas kapal tu, memang betul. Sebabnya, orang bawahan saya ( inggeris), semasa masih pelajar, menjadi ‘waiter’ di atas satu yacht. pengawal2 atas kapal tu semua perancis. memang di perairan antarabangsa.
Tentera Islam says
weh!! apasal industri tempatan tak nak buat filem pasal atm dan cabang perkhidmatan mengisahkan musuh menyerang negara ker? walaupun ia tiada dalam sejarah tapi sebagai kisah keberanian dan semangat patriotik angakatan tentera Malaysia khususnya..huhu
kepala2desa says
ASW..
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas semua pejuang yang gugur demi menegakkan syiar Islam..
Tahniah syabas dan di doakan semoga Allah memberikan kelapangan dan di permudahkan kehidupan anda pahlawan semua samaada di dunia maupun di akhirat..
Sebak rasanya mengenang nasib dan perjuangan kalian semua dikala kami ketika itu bersenang lenang dalam kamar tidur bersama isteri..
Hanya Allah yang berhak memberi RahmatNya kepada yang dikehendakiNya..
Teruskan dan tingkat usaha dan perjuangan saudara semua..
Jihad demi mempertahankan akidah dan kesucian Islam..
kepala2desa
Anonymous says
okay bro…tp lu tentera ke….klu lu tentera..nk bg gerun musuh ni senang jer…kita perang…br la org tau mcm mna semangat tentera malaysia ni…x pernah luntur beb…wa gerenti ar…smpai ketitisan darah yg terakhir…pantang ajal sebelum maut….biar putih tulang jgn putih mata…pantang undur…pantang menyerah….
salam dr mujahiddin afghanistan…
Anonymous says
okay bro…tp lu tentera ke….klu lu tentera..nk bg gerun musuh ni senang jer…kita perang…br la org tau mcm mna semangat tentera malaysia ni…x pernah luntur beb…wa gerenti ar…smpai ketitisan darah yg terakhir…pantang ajal sebelum maut….biar putih tulang jgn putih mata…pantang undur…pantang menyerah….
salam dr mujahiddin afghanistan…
Anonymous says
salam … aku bangga sb de blogger melayu malaysia yg menceritakan tntang dunia ketenteraan kita,selama ini kte sering dihidang dgn tyangan hebat unit2 khas tntera ngare luar s'hingga kte lupa akan k'hebatan tentera kita..bagi aku x slah kalo blogger tau member lain nk curahkan pngalaman n citer tntang kehebatan pewira kita,bia ngare luar n rkyat kita tahu akn khebatan tntera kita..bru dtg rsa gerun, tkut,gugup,goyah,lemah pda dri msuh yg mgetahui akn kehebatan tntera kita scare x lngsung menaikkan smangat patriotik pd ngare dlm dri rkyat…
blog ni bleh d'katakan sbgai perang psikologi t'hadap msuh ngare..
truskan usaha..
..AKU..
Keluarga Tentera
Anonymous says
hebat memang hebat….congratulations to all malaysian army…..wa cuma nk bg peringat kt lu all yg bg komen kt atas….cuba lu all sume hayati ape makna ayat yg wa nk bg kt sini….MENYIMPAN RAHSIA NEGARA DENGAN SEKETAT KETAT NYA……renung renungkan dan selamat beramal utk lu all sume….arios….
nyamuktiruk says
nk tgelak kwn baca komen komando ni(konon la)..komando mne blh bocor rahsia gov..haha ini sume poyo
Ahmad says
Tahu kah anda sebelum Nato dan UN masuk ke Bosnia seramai 680 tentera malaysia berada di Turki dan menunggu masa utk di seludup masuk ke Bosnia. Baru 2 minggu di turki AFP dapat tahu dan berita terpampang di media barat. Kerajaan Malaysia terpaksa nafikan dan menyatakan kita buat joint ex. So, ada tentera yg hardcore sebelum ggk masuk bosnia dibawah NATO.
Gonzales says
Konon latihan musim sejut.Awal sangat pemberita dapat tangkap gambar.
Azrul says
salam…
sy Azrul from uitm shah alam..
sy mang salute gler la kt komando ATM n unit yg lain..
skang ni sy palapes or ROTU..
insyaaalah..pas tauliah nk join G.O..graduate officer…
cm ner nk msuk komando darat lak?
Anonymous says
…sempat Orentasi je kat PULPAK siri Nov 87..bab lain2 boleh, nak long march asyik pengsan yo..den pilih kojo lain lah..tahniah pd yg berjaya..ikhlas dan yg menuang…congrat comrade!!!
Anonymous says
Mej Rizan,
Sy Kat Malbatt Bosnia, masa offensive Bosnia-Serb, fresh ration tak masuk dekat 2 minggu sbb asyik kena bombard dek serb.. ikut hati muda nak kluar je g cari gun tu but xdpt green lite lee..During that time fwd SpecOp only lead by Sjn je..ingat Satria? pernah dengar crita sblm dia ada jen bosnia mintak kita punya Operator jd pers instructor sbb xsengaja dah ajar askar bosnia buat area ambush and they won the battle…
Anonymous says
Hidup 22 kdo( yankee Alpha,Zulu alpha)….
Hidup Pulpak(SWTC-caw kdo)….
Peace,
Capt use……..
Gonzales says
Tuan DUL Nga,`cik Tobias masih dalam baris ke?
araya says
As-salam semua…
Aku pernahla ambik basic siri 3/98…lulus,lps tu berkhidmat dlm kdo…satu2nya perkara yang paling best dlm hidup aku adalah berkhidmat dlm GERAKHAS..
untuk mereka2 yang mengenali aku,terima kasih kerana semangat yang telah diberikan kepada aku….
Capt Use……
Anonymous says
bro..ada lagi x cite pasal komando ni…gua saspen nak dengar lagi
shahpaskal says
ni laguu ke sajak ni
anak komando says
bukit mentago tanjung laboh
bangga sungguh bapakku komando
kem segenting kem sungai udang
kudrat dibanting agar tak kecundang
tuan lias cek ripin
latihan tak culas tinggi disiplin
zainal pay tuan minhat
tinggal yang dikasih curah keringat
new zealand tujuh puluh satu
ketepikan kepentingan arahan digenggam padu
kemah helen(cameron highland) kole kubu(kuala kubu bharu)
aku tak heran itulah bapakku
z squadron quarter master
setiakawan dikendong akur pada ketua
tuan borhan hasbullah bond
sedikit cetusan sekadar bagi respond
AD3757 MK3904
bapakku komando pasti sentiasa kuingat
Zalis @ Zulian bin Maznee says
Hai anak Harimau Pertama rupanya? tapi macam juga 22.
Anonymous says
Karut la kau orang tak tau apa main chong aje. Komando dulu sekarang Gerup Gerak Khas (GGK) bagi Tentera Darat, Pasukan Khas Laut (PASKAL) bagi TLDM dan Pasukan Khas Udara (PASKAU) bagi TUDM (dulu HANDAU). Beb, mana-mana rahsia negara tak payahlah cerita dalam siber. Peganglah ikrar saudara pada perkhidmatan
Anonymous says
Ya setuju…dan ramai juga mungkin tak sedar atau terlupa bahawa GGK adalah pasukan yg mempunyai 2 entiti berbeza iaitu rejimen komando dan rejimen gerakhas.Inilah yg saya rasa membezakan mereka dengan PASKAL dan PASKAU yg mana setiap warga GGK wajib menganggotai rejimen komando terlebih dahulu sebelum layak menyertai rejimen gerakhas.
wassalam
hantu_perang
kem-renjer says
Ya..GGK ni sebenarnya memang hebat. Mungkin ramai yang tak tahu GGK ni ada banyak fungsi. bawah GGK ni ada lagi grup-grup lain. contoh pasukan perahu senyap. Bertindak utk melakukan penyusupan. Banyak lagi spt counter-terrorism Unit. Macam Counter-Strike la plak…
Anonymous says
Biasalah bang, GGK kan hebat. Tu pasal ramai yg minat ngan GGK agaknya, walaupun GGK skang nie x sepopular Paskal atau Paratrooper, tapi diorang nie tetap jadi KEBANGGAAN negara kita
wassalam,
hantu_perang
kem-renjer says
Banyak betul hit atau komen tajuk GGK ni. Agaknye ramai yang berminat dengan Pasukan GGK ni ye…komen saya ni yang ke50 dah. Saje nak jadikan 50…
Anon kat atas aku ni – memang keperluan KAGAT amat penting. Sudah banyak negara yang mewujudkan pasukan seperti KAGAT ni. Contoh negara jiran Indonesia.
Tp aku selalu naik kuda free. Aku ada kuda persendirian kat rumah.
Anonymous says
Assalamualaikum.
Cerita berkaitan aneh dan meremangkan yang berlaku kepada anggotax ATM di Somalia dan Bosnia adalah berkat keikhlasan dan semangat juang fi sabilillah. Aku ada kat Bosnia masa tengah perang tu dan Ustazx sibuk baca yasin tiapx malam dan sembahyang hajat. Tulah sebabnya banyak bom jatuh dekat kem tapi tak letup ataupun minggir. Tapi kini sepatutnya KAGAT mesti cuba terapkan semangat fi sabilillah kepada anggota ATM, bukan sibuk main golf dan usrah berbayar. Kat Bandar Sungai Besi dan sekitarnya tu ada lebihkurang 10 tempat judi kuda illegal dan kat Sg Buluh dan kawasan berdekatan ada lebihkurang 20 tempat judi kuda illegal. Ini tak masuk Alongx sah/taksah dan amat mudah dapat duit koperasi/gratuity untuk dilaborkan kat kuda.
eddie dewanaga says
shah paskal,
terdapat satu buku bertajuk ‘biar putih tulang’ gua penah baca (tulisan siapa gua lupa) terdapat cerita peristiwa kalabakan tu…
mengenai komunis yg ambush anggota2 kita ketika mereka sedang solat subuh… Allahu Akbar!!
ramai yg gugur ketika sedang mengadap Tuhan Yg Maha Agung…
Anonymous says
Salam kengkawan,
Komando kita mmg hebat…kalu nak cerita, aku rasa sampai tahun depan pun x abis cerita..hahahahahaa. Apa yg penting adalah kerjasama pihak kerajaan untuk membekalkan sufficient amount of money to provide our commandos with good training and good equipment. Dan lagi satu, jgn sebok nak pertikaikan latihan komando
Sebg seorg anak bekas komando, aku tabik spring kat korang pasal korang mmg giler best.
wassalam
hantu_perang
leo says
teruskan usaha ini.. ia membuatkan jantung saya berdegup kencang dan satu perasaan yang tak dpt diungkapkan dalam dada saya. Mungkin inilah dipanggil ‘Semangat Patriotisme’.
thanks 4 info
Jebat says
@Obi
OIC..I see your points now,you’re right!
@Kem-Renjer
Bro, ko betul, aku setuju gak kalau PLKN tu dinaiktaraf sbg N.S, org sekarang baik dari cabang kerja apa pon, ramai yg tak berkualiti dan tak berdisplin..
boleh jadi ke cadangan aku ni?
Obefiend says
@jebat
kamu salah paham.. aku tak kata depa tak wujud. they want you to believe they dont exist. kamu salah baca komen aku.
kenapa aku kata diorang tak mahu kamu tahu diorang wujud?
diorang ni macam ninja. misteri
kalau ade gambar pun muka kena sensor
kamu paham skang
Obefiend says
kepada current dan bekas army men malaysia
i salute you guys
real heroes..
kem-renjer says
Bro shah, teruskan menulis cerita seumpama ini untuk membakar semangan patriotisme dikalangan belia dan golongan muda. Saya percaya ramai lagi yang tak menghayati dan tak mengenal kerjaya dalam tentera ni..
Malah ada juga yang takut dengan askar :). Ada yang dengar je bunyi lori di tengah jalan terus bersembunyi ketakutan. Depa ingat bunyi tu bunyi tank askar. macam di zaman penjajahan jepun plak…
Jebat says
@Mejar Izan
TQ
aku cucu seorang sarjan yg menerima pingat dari queen elizabeth masa zaman merdeka dulu, tapi sayang pingat tu dah hilang.. kena curi sebenarnya..
Ya,kita hidup hari ini sebab darah dan keringat perwira terdahulu, tak didendang dan tak dikenang..
Artis berbekal ##### boleh dapat AMN baru2 ni, hairankan?
Anonymous says
Kita memang juara menembak di Australia…di China (ASEAN+3) dan banyak lagi…
Pasal bendera UMNO tu…tak payah la sesapa ulas panjang…kita ketepikan dulu ideologi politik masing masing, apabila kita sedang berbicara tentang ‘patriotisme’. Demi negara…kita sekalian harus bersatu !!!
Kanang anak Langkau…sememangnya perajurit kepetangan dari Sarawak…dan sebenarnya, ramai lagi perwira Askar Melayu yang tidak didendang…rata rata mempunyai asas agama dan kebatinan yang tinggi…sila cari buku 50 Tahun Askar Melayu tulisan A Samad Ismail(kalau tidak silap saya).
Untuk menghormati Tuan Rumah, saya cadangkan…isu isu yang ingin diketahui para bloggers sekalian, bolehlah dirujuk kepada Shah Paskal…manakala mana mana cerita yang saya ketahui…insyaAllah saya akan berhubungan dengan Shah…
wassalam,
mejarizan
p/s: Teruskan mengikuti blog ini, kerana ianya membuktikan ada darah satria di dada anda…
Jebat says
@Obe – bro, dorang yg dalam defend field ni taulah ape yg dorang maksudkan, aku tak setuju bila ko kata dorang tak wujud..sorry to say ;D
@Shah Paskal –“Apabila naik kereta, kami terpaksa menggantikan bendera Malaysia dengan bendera Umno atau Indonesia kerana bimbang ditembak oleh puak2 yang menyangka kereta kami milik Amerika Syarikat.”bro, ni aku pelik kenapa nak letak bendera umno mase tengah perang tu? lagi pelik kenapa nak pakai bendera jiran? harap boleh diterangkan..@Mej.Rizan,Tuan,aku selalu dengar askar kita ada kt sana, ada apa ye?
thn lepas kita menang pertandingan menembak, ramai lg team2 “ganas” yg lain, tp kita gak yg menang,betul ke?
Yup,aku respect Tuan Kanang sbg wira negara,org Sabah/Sarawak ni yg selalu jadi “Ayam Tambatan” dlm ATM,Iban Tracker etc..
Salute dari anak Semenanjung!!
Yussof Maz (ex Sig) says
Tentera Malaysia agak kecik kecik tapi gile gila.Bosnia 1996/1997.1XLRover kita main randuk sahaja salji.Sekarang saya terfikir,org kecik kecikpun otak kecik ke?
shahpaskal says
Terima Kasih, Mejarizan….sekurang-kurangnya ada juga tambahan maklumat mengenai operasi komando kita di Bosnia..
Mejarizan, kan best kalau Tuan cerita semua kat saya, boleh saya buat satu posting baru mengenai pengalaman Tuan.
Yang sensitif tu tak yah cerita…cerita pada permukaan sahaja. Kita dahagakan cerita-cerita macam ni.
Anonymous says
Salam,
Penglibatan komando kita di Bosnia pula…sebagai Combat Rescue Team (CRT) untuk pasukan NATO…saya ulang…NATO. Saya sendiri tak faham, dalam banyak banyak pasukan NATO, kenapa komando kita yang terpilih…kenapa bukan Seal, GIGN ataupun SAS sedangkan pasukan besar mereka ada di sana….jadi, saudara saudar fikir fikirkan sendiri ya.
Saya teringat, semasa taklimat untuk latihan menyelamatkan tebusan oleh CRT, pilot helikopter British membantah cara penarikan keluar dari kawasan serbuan…dan mengatakan komando kita gila hehehe
wallahualam,
mejarizan
p/s: Apa yang dicoretkan di sini hanyalah sekadar peristiwa yang pernah dialami bertujuan membakar semangat anak bangsa…betapa hulubalang Melayu sedari dulu tidak pernah membuang baka…yang patah, kan tumbuh berganti.
Justeru untuk membina Negara Bangsa yang berjaya…marilah kita kuatkan perpaduan, tingkatkan jatidiri serta rasa yakin dan boleh!
Jangan sesekali kita lupa betapa senangnya hidup kita hari ini adalah dari darah, airmata dan keringat pahlawan kita…samada yang zahir mahupun yang tak didendang
Ezim T says
Tuan,RGK kita gila macam 1 MSSR ke? CO dulu sama gila dengan RSM dia.Saya salute CO dan “Attention” dengan RSM.
Salam
shahpaskal says
wow gempak juga saudara2 ni…tak sangka ada bekas komando, tapi u all mesti enggan ditemu bual.
Kalau boleh ditemu bual, teringin saya nak buat masuk paper. Kita boleh bincang dari sudut boleh dan tidak. Emel saya [email protected]
Streak says
Salam,
Memang hebat pasukan khas ATM. Saya ada dengar beberapa cerita sebelum ini mengenai Operasi Sulit oleh Special Forces malaysia. Tetapi tak sangkat banyak dah hebat operasi2 sulit yang di jalankan oleh ATM.
Pada pandangan saya sebagai orang awam, Dari segi kualiti personell ATM ini memang bagus. Tetapi dari segi Peralatan masih kekurangan, terutama peralatan untuk Conventional Warfare.
Tetapi asymetric warfare kita saya rasa amat bagus.
Walauapa apun, itu pandangan saya sebagai orang awam. Harap-harap selaps tamat ijazah dapat masuk TD atau TLDM ataupun pun dalam industri pertahanan.
Anonymous says
Baru balik…awal tahun ni
mejarizan
kem-renjer says
Mohd Taufan. Terima kasih…
kem-renjer says
Tn Rizan, Hang kat australia ke ni?
Anonymous says
MEMANG HEBAT….TABIK BUAT SUME KOMANDO MALAYSIA
Anonymous says
Salam….
Pak Ya…hehehe apa khabar dia sekarang…dia tentu kenal dan ingat saya…
Baguslah…teruskan berjuang sebagai blogger…11 RGK memang terunggul…dulu, kini dan selamanya
mejarizan
CYBERCDO says
Tn Rizan, during the incident, I was in 11 RGK, one of the victim, Sjn Zakaria (Pak Ya Hitam 22 Cdo), who was shot and wounded on the hip, told me about the incident. Unfortunately, the real story were never been told to the public on how they fought gallantly there .
Anonymous says
Cyberdo….saya berada di Somalia ketika kejadian tersebut…kejadian ini melibatkan aruah ‘colour’ azman…dan seorang lagi anggota komando(sekarang pegawai)…
Pada masa itu…konvoi aruah ada berhenti di Hunter base dan mempelawa ‘colour’ robbani(bersara RSM) dan saya untuk menyertai mereka…
Apabila diserang…hanya komando kita yang melawan dan enggan menyerahkan senjata…hinggalah mereka tidak lagi berdaya melawan…sambil tidak berhenti henti menyebut ‘ya Allah’…
Mereka dibebaskan setelah Jeneral Aboo Samah memberi amaran, tentera Malaysia akan ‘amuk’ kubu kuat Farah Aidit jika mereka tidak dilepaskan dalam masa 24 jam..
Peristiwa lain….bagaimana keberanian Jeneral Aboo Samah (Pemerintah UNOSOM 11) yang cuma diiringi oleh sekumpulan kecil (kalau tak silap seramai 7-10 orang) escort dari komando…bertemu empat mata dengan Jeneral Farah Aidit, di kubu kuat Farah Aidit…masih terngiang ngiang di telinga saya betapa mendengar cerita komando kita yang kerdil berbanding saiz orang Somalia itu, menguak dan merempuh barisan pengawal Farah Aidit….hebat dan beraninya mereka itu hanya Allah yang tahu
wallahualam,
mejarizan
CYBERCDO says
wandisini…cerita itu memang benar, ia berlaku disomalia, dalam serangan hendap itu, kita bersama tentera italy, mereka menyangka kita tentera Amerika, selepas serang hendap, mereka menghampiri askar kita dan mereka terkejut kerana anggota yang cedera menyebut nama Allah, dua rakan kita gugur, salah seorangnya adalah anggota komando. setelah mengetahui mereka dari Malaysia, yang cedera telah dibantu dan dilepaskan dengan segera…untuk mendapat rawatan…
shahpaskal says
sebenarnya ada juga unsur negatif yang saya tahu…tapi saya tak nak dedahkan. Buat apa bukak pekung di dada sendiri kan.
Biarlah saya cerita yang baik-baik sahaja, kalau ada komen negatif dari blog ini kepada ATM, anggaplah ia sebagai teguran yang membina.
Tentera Selempang Merah ini mmg benar berlaku tetapi sejarah cuba menyembunyikannya, mungkin kerana ia ada kaitan dengan ras macam 13 Mei.
Kalau saudara-saudara semua patriotik, carilah PERISTIWA KALABAKAN
Anonymous says
Saudara Taufan…terima kasih…lama saya cari…nanti saya cuba analisis…
Tuan rumah…tahniah…blog ni bagus…ada kisah benar…ada kisah separuh benar…hehehe. Terima kasih kerana ada setitis semangat patriotisme dalam jiwa anda.
Kita memang sedang dan akan terus mengkaji unsur kerohanian Islam, yang menyebabkan tentera Islam dahulukala hebat…tentera kita pun dah lama guna warcry “Allah Akbar” semasa bertempur dengan komunis dulu….dan unsur lain “amuk” semasa peristiwa “Bakhara Market 3rd October-Blackhawk down”…juga tidak dapat dinafikan. Elemen entangible ini merupakan sebahagian daripada “Combat Power”, iaitu, Firepower, Maneouvre dan Morale. Moral, kita boleh kaitkan dengan ‘entangible factor’ seperti yang tersebut.
…pernah kaji Tentera Selempang Merah, Penghulu Salleh? Saya sarankan kita boleh kaji dan buat analisis juga sebab peristiwa ini tak berapa jauh dengan zaman kita sekarang.
wassalam
mejarizan
eddie dewanaga says
gua adalah anak kepada seorang anggota tentera, abah gua dulu dari unit task force semboyan (gua penah tgk logo dia ada tulis, pasukan petugas VII, PHV) base dekat kem seberang takir… gua bangga dengan ATM. zaman remaja gua pula habis dalam kem terendak, kat situ gua kenal PW1 Kanang a/k Langkau… dan ramai lagi budak2 iban.
apa yg saudara Syah buat ni, cukup menerujakan hati gua, biasanya kita dengar kehebatan US Army, dengan beret hijau dan Delta, dgn Marine Recon dan Navy Seals… ATM juga ada kehebatan yg serupa, ada sejarah yg tinggi nilainya… bangsa melayu cukup berani terutama dalam mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanah air.
Apa saja tulisan mengenai kehebatan ATM, gua tabik!
shahpaskal says
Ni sebenarnya ustaz dan seorang ahli tasawuf (sahabat baik) aku bagitahu, kami memang suka bincang tentang kebangkitan Melayu sebagai satu kuasa baru.
Dalam banyak2 isu, kami sembang pasal tentera Islam. Masa Perang Badar (kalau tak salah), dari ribuan sukarelawan yang mahu menyertai Rasulullah. Baginda tapis hanya tinggal 300 orang sahaja. Yang terpilih merupakan anak yatim, dan orang yang benar-benar mengenal diri.
Kualiti ini tidak ada pada kita sekarang ini pasal tu masa Desert Storm, umat Islam kalah.
shahpaskal says
Thank You MT…kang aku download, macam gempak je buku ini. Kau ni bagus lah, banyak benda2 kau tahu…ada je benda baru kau kongsi dengan kita orang.
Mohamad Taufan Mohd Yassin says
mejarizan,
1. Apa yang tuan bicarakan memang benar. para Think Tank Zionis telah sedaya-upaya menelaah punca kekalahan mereka semasa Konflik Selatan Lubnan 2006 dan telahpun membina satu kawasan khusus untuk latihan. Serangan ke atas Gaza merupakan satu praktikal ke atas taktik tersebut tetapi gagal. Tentera Zionis diberi tempoh 1 minggu untuk lenyapkan Hamas di Gaza tetapi gagal laksanakan.
2. Berkaitan taktik perperangan tentera Islam silam, memang ada tercatat dan dibukukan. Rakan2 bolehlah mencarinya di toko2 atau download dari internet. Tulisan bertajuk The Sword of Allah : Khalid bin al-Waleed tulisan Lieutenant-General A.I. Akram, Tentera Pakistan tahun 1969 (harap link berikut dapat membantu : http://www.grandestrategy.com/2007/12/sword-of-allah-khalid-bin-al-waleed.html).
Anonymous says
hmm apa yang anda sebutkan di atas dipanggil’chivalry’…yang sememangnya tinggi dalam jiwa Saladin.
‘Complex Warfighting’ yang kini menjadi doktrin utama pakatan sedarah (anglo-saxon) ABCA (Amerika, British,Canada dan Australia) adalah dijangka menjadi fokus peperangan masa akan datang. Peperangan yang terkeluar dari norma konvensional sebegini terbukti memberi masalah besar kepada pemikir ketenteraan ABCA. Kelicikan pejuang Chechen di Grozny yang berjaya mematahkan serangan 4 Divisyen Tentera Rusia…dan kehebatan pejuang Hizbollah mengalahkan serangan konvensional Tentera Israel kini menjadi kes studi yang penting.
Fikir fikirkan….
salam,
mejarizan
kem-renjer says
Salah satu cerita orang tua tempat aku cakap walaupun pada saya ianya hanya mitos sahaja, puaka dalam hutan borneo (sabah/sarawak)tu sudah berjanji tidak akan mengapakan kaum pribumi kat sana. Sebab tu ada omputih yang naik gunung kinabalu boleh hilang.
kem-renjer says
mejarizan, memang teknik peperangan hari ini sudah banyak berubah dan lebih kepada konvensional. dunia sudah melalui banyak evolusi yang menjadikan teknik peperangan juga semakin canggih. dan bezanya dengan perang dahulukala dan sekarang sangat besar spt dulu guna pedang dan sekarang dah pakai rifle malah laser pun ada, dulu mana ada.
tapi asas teknik dan panduan ketika perang dalam islam masih relevan bagi kita sbg islam. cumanya saya pun tak pernah jumpa lagi perincian teknik2 perang islam ni. dan sebab tu sy tak boleh nak terangkan. cuma pernah dengar cerita sahaja tapi tak detail. sebenarnya memang ada. tapi kena cari dulu la.
Salah satu sebab saya suka pada sistem ketenteraan islam dahulukala ni, ialah keadilan dan kebijaksanaan mereka. malah ada orang barat sendiri yang mengesahkan keadilan pemimpin islam. contohnya seorang penulis barat namanya Lane-Poole mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau juga menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah.
Sedangkan Tercatat dalam sejarah pada ketika itu bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat. Umat islam juga dibunuh beramai-ramai.
Saya percaya salah satu sumber kekuatan umat islam dahulukala ialah kekuatan dari segi kerohanian dan jiwa mereka. ‘Jihad fisabilillah’ adalah sumber motivasi mereka. menyebabkan mereka tidak pernah takut pada kematian. kerana keyakinan mereka bahawa selepas mati allah sudah menjanjikan syurga yang tertinggi bagi orang yang mati di jalannya.
Kalau tak silap kisah ketika zaman salahuddin Al-ayubi, askar-askarnya diwajibkan sentiasa bersembahyang pada tengah malam (Qiamullail/Tahajud). Sesiapa yang diketahui oleh Salahuddin tak sembahyang pada malam sebelumnya, mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk turut serta dalam operasi perang keesokan harinya. Sampai begitu sekali.
Sebagai seorang pemimpin tentera, package masih tak cukup sebenarnya jika hanya adil dan bijak. Kegarangan dan ketegasan juga ada pada salahuddin. Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.
Kita bakal dan sedang menempuh perang dunia ke3. Justeru, pada pandangan dan tekaan anda, apakah yang bakal dipertahankan antara musuh dan pihak lawan? Saya rasa anda tahu kerana sekarang ini perang sering berleluasa. jawapannya ialah jawapan pada soalan siapakah yang diserang itu? dan apa motifnya? Fikir saja la..
Anonymous says
Selepas baca kisah bro-bro di atas ini, korang pikirlah sendiri bahawa bukan senang nak cari tempat tinggal macam Malaysia.
Aku pun dah banyak merantau…apa lah yang korang kecoh sangat pasal tanahair kita. Sesengkek2 kita pun, masih boleh berniaga burger tepi jalan, Cuba kalau kau duduk kat Singapore, kalau kau kena buang kerja??? apa yang krang nak buat. Jual kuih pun tak boleh pasal mencacatkan pandangan.
Anonymous says
Salam semua…
aku ni askar…pernah berkhidmat di Somalia dan Bosnia…kiter memang perasan terer…sebab kita memang terer pun….sapa nak bangkang?
semangat patriotik? ada betul dan ada tak betul seperti komen saudara taufan…kita tunjuk kat orang satu jari…”napa awak tak masuk askar?”…tapi 4 jari lagi tuding kat diri korang sendiri…ada apply ke masuk sukarela wataniah? hehehe 😛
kem renjer komen…suka tengok filem islam…filem perang…tapi dalam buku sirah islam…jarang jarang ada data dan butiran terperinci tentang teknik, taktik dan prosedur….serta ‘operational art’ pahlawan islam dahulukala….natijahnya….kita akan belajar evolusi peperangan konvensional dari misalan peperangan orang putih…sebabnya…contoh peperangan orang hitam, orang kuning dan orang cokelat…tak detail
ok la kengkawan….saya bleh dihubungi di [email protected]
salam
shahpaskal says
Tak sangka bro Cyberdo ni orang Malcon..Salute. Saya amat bangga kerana perjuangan saudara diteruskan ke dunia penulisan.
Kalam Jauhari….mmg benar tapi kita masih tertanya-tanya, kandungan rahsia ini bertahan berapa lama?
Macam US, selepas 50 tahun, maklumat rahsia boleh dibuka…tapi kita???
KALAM JAUHARI says
Sewaktu saya menjalani latihan dikawasan sg udang pd pertengahan 80an saya banyak bergaul dengan bekas2 komando yang didalam peralihan (nak pencen). banyak cerita2 yang sangat menarik untuk diceritakan tetapi lebih elok tidak ditulis. Ada perkara-parkara yang lebih elok didiamkan kerana kelansungan kita sebagai sebuah negara harus menjadi rahsia.
Mohamad Taufan Mohd Yassin says
Guys,
1. Memang ATM banyak buat jasa dalam tugasan baik di dalam mahupun di luar negara, yang terang mahupun sulit.
2. Aku pernah dengar pasal Force 136 (filem Sarjan Hassan adalah sebahagian perihal Force 136). Kebanyakan anggota Force 136 terdiri daripada sukarelawan. Tapi sayang cerita pasal Force 136 kurang di ceritakan secara formal. Harap2 rakan2 yang ada sumber sahih dan meyakinkan boleh buat cerita ini.
3. Bila cerita pasal Pasukan Khas, ramai akan refer kepada Delta Force, SAS, SEAL etc…Tapi hakikatnya, kebanyakan ilmu yang diorang dapat sebenarnya hasil tunjuk ajar dan pengalaman bekerjasama dengan Komando kita! Tak percaya?? Korang carilah kisah pasal Iban Tracker etc..Aku pernah dengar cerita (tak tau betul atau tidak) bagaimana anggota pasukan khas Commanwell sesat dalam hutan kat Sarawak sebab tak nak bawa anggota Iban Tracker dalam misi.
4. Pasal Patriotisma & imej ATM tu aku tak nak komen. Secara jujurnya memang tahapnya amat rendah, tak macam dulu-dulu. Sampai nak cari anggota baru pun kena buat karnival. Zaman dulu orang berebut2 nak jadik soldier (dan jadik jawapan paling common bila cikgu tanya "Besar nanti nak jadi apa?").
5. Pasal filem lak, aku suka tengok cerita MONGOL (arahan Servei Bodrov, tahun 2007). Kisah kehidupan awal Temujin aka The Great Khan aka Gengzis Khan sehingga menyatukan puak-puak mongolia dibawah satu kerajaan. Berbanding cerita dari Barat ataupun China, jalan cerita ini dibuat dengan teliti, merujuk kepada tulisan sejarah (Teks Purba) kehidupan Temujin dan selepasnya.
CYBERCDO says
Saya terlibat sebagai kumpulan pertama yang berkhidmat di bawah MALCON 1, di bawah NATO, dan memang sejarah di dalam ATM , sebelum itu tidak pernah unit GGK di hantar di dalam satu tim yang agak besar…but less then a company. Apa yg u tulis saya tidak mahu komen secara terbuka…tetapi saya nak kata…PERCAYALAHH…Pasukan Khas kita,baik GGK atau PASKAL dah banyak kali membuat kejayaan kepada negara cuma , ia tidak pernah disebarkkan.
Tentang penerimaan rakyat asing tentang Malaysia tu, memang benar..semasa saya disana (BOSNIA), bila mereka lihat aje tentera Malaysia, ada yang menangis, memeluk kita dan mencium bendera Malaysia…dan mereka kenal Mahathir,
Saya pernah ditahan atas kesalahan lalulintas semasa memandu di Rep Chec, bila saya tunjukkan passport Malaysia…polis dia kata…no problems…Malaysia good country and u are my friemd…depa lepas kami begitu sahaja….
Cuma saya sedih sekarang nie , rakyat Malaysia sendiri yang pandang rendah dengan ATM…
Zalis @ Zulian bin Maznee says
11 RGK,21 dan 22 Komando ada meninggalkan bekal tapak kaki diBosnia,begitu juga di Somalia.Begitu juga PASKAU dan PASKAL.Mereka semua anak jantan.Tolong jangan pertikaikan.Masih adalagi Ex RGK ini di Kota Belud (jadi pendiam dan cukup jarang bercakap).
Kalau masih ingat kejadian di Somalia semasa menyelamatkan US Rangers? Ada anggota GGK yang gugur.Ada sesiapa menitiskan air mata? Melain anak anak dan isteri SSjn XXX ini sahaja.
Mereka ini tidak pernahpun minta disanjung atau diagung agungkan.Apa sumbangan kamu pada negara ??? Mereka ini telah lama memerah keringat,air mata dan darah.
Ex WO 1 Gonzales
shahpaskal says
Thank U kawan-kawan semua, cerita pasal bendera ini bukan perkara baru dan pernah dialami saya sendiri semasa masuk ke afhganistan.
Apabila naik kereta, kami terpaksa menggantikan bendera Malaysia dengan bendera Umno atau Indonesia kerana bimbang ditembak oleh puak2 yang menyangka kereta kami milik Amerika Syarikat.
belia Watan Waja-apa yang saudara katakan mmg benar, cuma saya tidak tahu pulak sejarah mendalam pasukan Force 136 ini kecuali melalui buku sejarah semasa bersekolah dahulu.
BELIA WAJA WATAN says
Dalam mencerita kehebatan Komando kita, saya rasa tertarik untuk memperkatakan tentang Force 136 Division Melayu ” Harimau Malaya”, merekalah sebenarnya komando pertama yang dilatih Britan (SAS) dalam semasa WWII dahulu, mungkin secara simbolik emblem GGK menggunakan kepala Harimau …
TG Mahmood Mahyideen (Harimau Malaya) anak kepada Raja Pattani bersama Skuadronnya antaranya Gen (B) Tan Sri Ibrahim pernah terlibat dengan operasi penyusupan darat laut dan udara … di Tanah Melayu ini.
tetapi sejarah mereka cuba dipadamkan kerana di kuatiri kehebatan anak Melayu, lalu di timbulkan cerita Cina di negara jiran selatan.
Sebab itulah di siri 500 AW pernah cuba dihidupkan kembali semangat Harimau Malaya dengan mewujudkan Pasukan Simpanan Paratrooper (Elite) namum birokrasi, kehendak dan tuntutan dan doktrin menyebabkan ia hilang begitu sahaja.
Antara yang menarik tentang force 136 Division Melayu sebahagian darinya pernah digugurkan dengan Parachute HALO di kawasan Gerik Perak bagi melatih Gerila Askar Wataniah tempatan.
Lansung dari itu di Rej 512AW Trg, sekitar awal 2000 ada usaha untuk mewujudkan Skuadron / Kompeni simpanan Para Zone timur dilakukan, Peg yang terlibat masa itu Mej Yaakop b Jaafar dari Caw Payung Terjun PULPAK dan juga bekas 2IC BN 9 PARA. Namun seperti dikatakan tadi ia terbengkalai walaupun hampir 20 anggota SUK AW telah berjaya memakai sayap penerjunan.
Hari ini ia telah berada dalam lipatan sejarah,dan ia akan bangkit kembali ketika pasukan tetap mengundurkan diri …
Tg Mahmood Mahyideen … Hanyalah seorang “Askar Simpanan”
FIGHTING SOLDIER FROM THE SKY … FEARLESS MAN WHO JUMP AND DIE …
MAN WHO MEAN WHAT JUST THEY SAY THE BRAVE IN MAROON BERET …
AIRBORNE NIGHTMARE IN THE SKY – APT6/2000 PULPAK.
([:wandisini:]) says
salamz tuan rumah
menariknya citer pasal pahlawan2 hebat kita ni kan. semangat patriotik aku mula meninggi lak. semangat untuk menjaga negara.
nak jadi asakr dah lambat, lagi pun stamina tak cukup kuat. tapi alhamdulillah la dlm famili aku ada sorg tentera.
ramai rupanya komando kita dari sabah serawak eh.
bro, nak minta kepastian boleh tak?
memang negara kita terkenal dlm banyak misi menyelamat.
pasal bendera malaysia. aku pernah dengar org bercerita, dlm satu operasi malaysia kat mana ntah jadi tentera pengaman.
troop kita pernah diserang kerana melihat bendera malaysia yang disangka bendera amerika
betul ke?
kayrolldin says
memang tak ragu lagi kehebatan malaysia..
saya pun patriotik!
kem-renjer says
Hebat juga Pasukan Khas kita ni. Gagah Berani.
kem-renjer says
Nanti aku download dulu la 13th warrior tu.
shahpaskal says
Aku dah tengok Kingdom Of Heaven..best juga, kalau kau suka tgk film2 macam ni ko tengok 13th Warrior (orang islam jadi Hero)…woittt nanti dulu, aku akan buat entry filem…awal sangat bincang pasal filem ni
kem-renjer says
Filem omputih yang saya maksudkan bila berkenaan dengan perang yang membabitkan islam.
kem-renjer says
Aku suka kingdom of heaven. mengambil semangat perjuangan dan kebijaksanaan serta kepintaran salahuddin al-ayubi. tp kebanyakan filem omputih dah ditukar ceritanya dan kadang2 tipu. Sebanarnya aku suka mengambil Pejuang islam dulu sebagai idola dalam kepimpinan contoh Umar al-khattab dan salahuddin al-ayubi. Sungguh bijak dan adil. Dan bukan bermakna melupakan perjuangan orang kita. contohnya leftenan Adnan dan ramai lagi..berani dan ikhlas berjuang.
shahpaskal says
Yuppp…aku tengah buat entry filem perang paling best. Next week aku post.
My recommendation to u, try Letter From Iwo Jima (but before kau kena tengak Flag Of Our Father) pasal both movies related, same director..Clint Eastwood
Obefiend says
mana ada paskau, GGK dan paskal
kamu membebelkah?
itu semua rekaan semata-mata
kidding. teringat motto pasukan DELTA FORCE. we dont exist and it never happened. pelik juga bila aksi difilemkan dalam Black Hawk Down. tapi legend behind Delta dan SOG mmg terkenal seantero dunia
maybe kalau buleh buat filem untuk wira2 kita bagus juga. last good film yang tunjukkan kesatriaan aku rasa Bukit Kepong. Lepas tu ada Darah Satria tapi filem tu lebih kepada filem chenta. we need our own bad ass army filem. takkan nak letakkan bangga pada sarjan hassan sahaja
tak begitu syah?