MAAF, SUDAH LAMA SAYA TIDAK MUNCUL LANTARAN KESIBUKAN DAN JUGA DEMAM (BUKAN H1N1). BANYAK ISU SAYA SUDAH TERLEPAS UNTUK DIULAS TERUTAMA SEKALI PERLANTIKAN SEORANG PANGLIMA TENTERA UDARA SEBAGAI PANGLIMA ANGKATAN TENTERA. INI AMAT BERSEJARAH, NAMPAKNYA CABANG TUDM KITA SUDAH DIIKTIRAF BUKAN SEBAGAI PASUKAN SOKONGAN TETAPI MAMPU MELAKSANAKAN OPERASI SENDIRI.
HARI INI NEGARA KITA MERDEKA TETAPI SAYA SENDIRI TIDAK YAKIN APAKAH PENCAPAIAN KITA AKAN KEKAL UNTUK 10 TAHUN LAGIMELIHAT KEPADA PERPECAHAN BANGSA KITA SENDIRI DI DALAM NEGARA INI. SAYA JUGA MENERIMA EMEL DARI PEMBACA SAYA, SAYA AMAT BERTERIMA KASIH KEPADA PEMBACA SEKELIAN TERUTAMA KEPADA PEMBACA ASAL YANG SUDAH MENJADI FOLLOWER SEJAK BLOG INI DITUBUHKAN.
BLOG YANG ASALNYA DIBUAT UNTUK PEMINAT TENTERA…YA ADA KOMEN YANG MENYOKONG DAN ADA JUGA YANG MEMPERTIKAIKAN SAYA. TAPI ITU HAK MASING-MASING, CUMA SAYA MINTA ANDA KAJI SEMULA. BANYAK YANG SAYA BOLEH TULIS TAPI SUKAR ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK PERLU SAYA NYATAKAN.
SEKADAR BERKONGSI, ADA PEMBACA YANG MAHU SAYA SIARKAN LAMAN BUKU THE MARINES (TERBITAN 1996), TULIS TOM CLANCY YANG MENGAMBARKAN SECARA FIKSYEN SERANGAN MALAYSIA KE ATAS BRUNEI. SAYA RASA DARI SAYA MENGIRIM TERUS KEPADA PEMBACA2 INI, SAYA FIKIR ADALAH LEBIH BAIK SAYA TERJEMAHKAN TULISAN ITU KE DALAM BAHASA MELAYU, JADI RAMAI YANG AKAN DAPAT MEMBACANYA.
CERITA INI DIPETIK DARI BUKU THE MARINES, BEBERAPA RATUS HELAI MUKA MENCERITAKAN ASAL USUL DAN PERSENJATAAN TENTERA MARIN AMERIKA SYARIKAT TETAPI PADA AKHIR BUKU ADA DUA CHAPTER YANG MENGAMBARKAN MISI FIKSYEN TENTERA MARIN IAITU KONFLIK DI LAUT CHINA SELATAN YANG MEMBABITKAN MALAYSIA SERTA KONFLIK DI IRAN YANG MENGAMBARKAN SERANGAN MEREKA KE ATAS REAKTOR NUKLEAR IRAN.
SIRI OPERASI TROPIC FURY INI AKAN DISIARKAN MINGGU DEMI MINGGU, IKUTI EPISOD PERTAMA….DAN JANGAN BANYAK SONGEH, PENAT DAN PENING KEPALA SAYA TERJEMAHKAN BUKU TERSEBUT HEHEHE.
OPERATION TROPIC FURY : THE LIBERATION OF BRUNEI, SEPT 2008
Limbang Valley, Brunei, 2 Sept 2008
1. Pagi ini, Sultan Brunei akan merasmikan sebuah klinik untuk satu suku kaum di kawasan LembahLimbang. Helikopter Di Raja yang dinaiki baginda, Sikorsky S-76 terbang menyusuri lembah yang dipalu seperti ular itu dari kawasan Laut China Selatan untuk bergerak ke kawasan pergunungan hutan hujan di utara Borneo.
2. Ia hanya memakan masa 20 minit penerbangan kerana trafik udara di kawasan itu telah diarahkan ke tempat lain.Kadang-kadang Sultan itu yang memang berkemahiran tinggi dalam mengendalikan pesawat terbang mengemudi pesawat itusendiri, hari ini beliau memilih untuk berehat di tempat duduk penumpang dan membaca naskah elektronik Wall StreetJournal melalui komputer riba terbaru, Toshiba.
3. Secara kebetulan, akhbar itu menggunakan tajuk utama mengenai hasrat baginda untuk membangunkan kawasan minyakyang baru sahaja diterokai Brunei di kawasan Laut China Selatan. Kawasan itu terletak berhampiran kepulauan Spartly, boleh dikatakan penemuan minyak oleh Brunei kali ini merupakan antara yang terkaya dan terbesar setandingdengan penemuan minyak di kawasan Laut Utara pada tahun 1970an dahulu.
4. Malangnya, negara-negara yang mempunyai kepentingan di kepulauan rebutan itu tidak sediplomatik dengannegara-negara yang terlibat dengan masalah di Laut Utara seperti Britain dan Norway. Lebih dari 12 buah negara sedangmenuntut kepentingan masing-masing di kepulauan Spartly dan hanya segelintir sahaja bersedia untuk berkongsi.
5. Di sebelah timur kepulauan Spartly terdapat Filiphina, di mana penemuan telaga minyak di kawasan itu pastiakan menyelesaikan masalah kemiskinan negara itu. Di sebelah barat, terdapat China komunis dan Vietnam yangmenukarkan aliran minyak kepada tunai untuk membangunkan ekonomi mereka. Di sebelah Utara, Taiwan masih mengakuisebagai “China sebenar” merasakan mereka patut mendapat perkongsian mereka di kawasan itu.
6. Masalah utama bagaimanapun terletak di kawasan Selatan di mana, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Bruneimasing-masing mempunyai tuntutan bertindih dan separuh dari mereka sanggup berperang. Brunei yang kecil, yang menghasilkan minyak mentah di Utara Borneo merupakan negara yang terkaya di dunia dan ini mendatangkan perasaancemburu pada negara jirannya seperti Malaysia.
7. Malaysia sendiri dilanda masalah dengan ledakan populasi, ketegangan kaum dan kekurangan sumber minyak mentah.Kaum Melayu memang penuh dengan ancaman dan satu sidang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan memutuskan nasib pelan pembangunan di Laut China Selatan yang kaya dengan telaga minyak. Malaysia sudah menyertai Indonesiadan sedang memujuk Singapura untuk menyertai pakatan itu, pujukan yang sama ditujukan kepada Brunei tetapi Sultan Brunei menolak pelawaan Malaysia dengan cara yang baik.
8. Sultan itu sebenarnya mempunyai rancangan baginda sendiri, baginda mahu membentuk satu organisasi bukanbersifat keuntungan yang melibat banyak negara yang akan melaburkan hasil minyak di kepulauan terbabit untukmembina sekolah, jalan dan pelbagai kemajuan yang amat diperlukan oleh penduduk di rantau ini. Sultan itu tahu,niat baik baginda tidak dikongsi oleh negara-negara jirannya dan perasaan ketidak puasan hati itu lah yang menjadi tajuk akhbar Wall Street Journal yang sedang dibaca itu.
9. Akhbar yang sama juga melaporkan Singapura, Taiwan dan Filiphina menyokong idea baginda tetapi Malaysia dan Indonesia menolaknya. Dari jauh sebaik sahaja kelihatan selekoh sungai, sudah kelihatan tanda H yang dikelilingibulatan, untuk pendaratan helikopter. Juruterbang helikopter itu merupakan bekas komander bersara tentera udaraBritish dengan pengalaman beribu jam penerbangan. Dia juga dilatih untuk evasi kecemasan dan tiba-tiba melihatsatu percikan api di permukaan bumi.
10.Beliau cuba mengelak dengan menukar haluan helikopter secara drastik menyebabkan komputer riba jenis Toshiba yang sedang digunakan oleh Sultan tercampak. Evasi juruterbang itu sebenarnya sudah terlewat, kepala peledak misilsudah pun mengunci sasaran ke injap enjin helikopter itu dan pada masa yang sama, satu lagi misil dilancarkan dari satu lagi bukit di lembah itu. Peledak berkuasa tinggi misil itu menghancurkan sama sekali, injap hidraulikdan tiub bahanapi pesawat malang itu. Jika helikopter itu menerima sekali hentaman dari sebuah misil, harapan untuk selamat mungkin ada tetapi tujahan misil kedua melenyapkan kesemua harapan.
11.Sekumpulan VIP dan kakitangan perubatan dari klinik rakyat yang sepatutnya dirasmikan oleh Sultan bagai tidakpercaya dengan apa yang mereka lihat tetapi bergegas menuju ke bangkai helikopter yang sudah jatuh berkecai ke bumi. Sultan Brunei, lelaki yang terkaya di dunia kali ini hanya mampu dikenali melalui rekod pergigian baginda.
The Palace, Bandar Seri Begawan, Brunei, 2 Sept 2008.
12.Putera Mahkota, Omar Bolkiah, 26 tahun sedang bermain tenis dengan jurulatih baginda apabila pegawai istanamenghampiri baginda dan memaklumkan kemangkatan ayahanda baginda. Omar tidak pasti di antara putera-putera ayahanda baginda, siapa yang tergamak melakukan perbuatan keji itu dan baginda sendiri mengetahui campuran kuasaasing dalam kemelut politik di rantau itu sejak kebelakangan ini. Omar juga tahu, nyawanya bakal menjadi tidakmenilai jika baginda terus berada dalam kawasan 50 ekar istana ayanandanya.
13.20 minit kemudian, Omar yang diselebungi pakaian tudung wanita diseludup ke dalam sebuat bot yang menunggu disungai oleh pelayan-pelayan setia kakak baginda. Sejam kemudian, beliau bertukar pakaian putih pegawai tentera laut selepas menaiki bot penyerang laju misil kelas Pejuang yang sudah lama tetapi masih boleh dipercayai. Bot itu bergerak dengan senyap meninggalkan pelabuhan Muara untuk ke lautan lepas.
14.Putera yang masih muda itu kemudian berfikir “Tidak, aku ini kena berfikir seperti seorang Sultan…”, beliau tidak boleh menunjukkan kesedihan dan kebimbangannya.
British Embassy, Washington, 5 Sept, 2008.
15.Satu bungkusan sulit yang disamarkan dengan taraf diplomatik Perkhidmatan Luar Baginda Ratu tiba kedutaan ituhari ini melalui penerbangan dari Singapura. Ia kemudian dikutip oleh agen perkhidmatan rahsia British dandiiringi dengan begitu ketat. Suasana agak luar biasa, lelaki-lelaki yang mengelilingi bungkusan itu merupakanpegawai-pegawai perisikan, perhubungan diplomatik dan pegawai tentera. Bungkusan diletakkan di atas meja.
16.Meja itu sendiri sejarahnya dibuat dari kayu yang ditebang dari hutan berhampiran dengan kawasan kemalanganhelikopter Sultan Brunei, bungkusan dibuka dan kelihatan kepingan besi yang berwarna hitam akibat terbakar,barang itu bertukat tangan dan diperhatikan oleh setiap pegawai yang mengelilingi meja itu.
17.”Komando Special Air Service kita mengutip sisa ini selepas kemalangan. Banyak perkara celaru berlaku,” salahseorang pegawai berbangsa British bersuara.
18.”Tidak syak lagi, ini merupakan cebisan peledak dari misil Stinger, acuan China,” kata seorang pegawai risikAmerika Syarikat (AS).
19.Pegawai AS itu menyambung, memang sukar untuk mengesan pemilik sebenar misil ini kerana ia boleh dibeli di mana-mana pasaran senjata dunia ketiga dengan harga beberapa ribu deutschmarks. Soalan berikutnya ditanya oleh Penasihat Presiden untuk Keselamatan Kebangsaan terhadap duta besar British. “Tuan duta, bagaiman dengan pendiriankerajaan Britain mengenai perkara ini”. “Seperti yang anda tahu, Perdana Menteri kami berada dalam keadaan yangsukar. Shell British dan Lyods sudah membuat pelaburan trillion pound di Malaysia dan Brunei. Keuntungan yang kamidapat dari kedua-dua negara itu pasti berganda. Pihak syarikat ini sudah pasti akan memberi tekanan kepadakerajaan jika tindakan kami ini bakal merugikan mereka.
20.”Bagi saya ini serupa dengan penjarahan oleh sebuah negara besar ke jirannya yang kecil sama seperti penaklukanIraq ke atas Kuwait pada tahun 1990. Atas sebab-sebab ini, kerajaan kami tidak boleh menunjukkan pendirian sebenaratas kepentingan pelaburan syarikat British tetapi kami akan menyokong apa jua tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan AS,”
Off Louisa Reef, South China Sea, 0400 Hours, 6 Sept 2008.
21. Komander Chu Hsiang-Kuo menaikan periskop kapal selam Hai Lung (milik Taiwan) dan memeriksa horizon. Dari jauhkelihatan sebuah bot peronda Brunei dan Chu sememangnya menanti ketibaan bot itu. “Halakan haluan ke 180 darjah,kurangkan kelajuan kepada 5 knots dan bersedia untuk naik ke permukaan”. Chu menekal punat jam tangan jenis Rolexyang dipakainya untuk mendetik masa, jam itu merupakan hadiah dari pakcik Chu yang memiliki sebuah kilang elektronik di Taiwan. Beliau berhasrat untuk naik ke permukaan setakat selama 3 minit sahaja, sudah beberapa harikrew kapal selam itu belayar dengan menggunakan pelbagai taktik untuk mengelakkan dari dikesan dari pesawat sonarChina.
22. 2 minit dan 29 saat kemudian, pintu kapal selam terbuka dan masuklah Putera Mahkota Brunei sebagai tetamu diatas kapalselam Hai Lung. Omar memeluk komander itu sebagai tanda terima kasih. Baginda akhirnya terselamat dan krew bot Brunei turut mengikuti pemimpin baru mereka dan tinggal bersempitan dengan krew kapal selam Hai Lung.Bot dari kelas “Pejuang” sengaja dibocor untuk ditenggelamkan, memasang letupan pada bot itu mungkin akan memberi sesuatu maklumat kepada negara China, China sudah berjaya memasang pelbagai alat pendengaran sonar di seluruhLaut China Selatan pada masa itu.
BERSAMBUNG