NOTA PENULIS – SORRY LAMA TAK UPDATE, KALI INI SAYA PAPARKAN KOMENTAR DARI SAHABAT SHAHPASKAL, ORANG YANG PERNAH TERLIBAT DALAM ISU PANAS YANG SEKARANG MENJADI VIRAL DI INTERNET
1. Kecoh jugak sekarang pasal pemotongan kat Segenting Kra untuk membina laluan air seperti Terusan Panama dan Terusan Suez.. Ada yang kata ‘matilah ekonomi kita…”. Tapi sebenarnya banyak juga faedah kepada kita kalau kita bersedia.
2. Seingat saya perkara cadangan yang bersungguh-sungguh ni dah timbul di zaman pemerintahan Tun Mahathir Mohamad (Tun M) pada pertengahan 80an lagi, time tu saya masih belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur.
3. Saya pernah berkesempatan membaca sinopsis projek ini yang diberi oleh teman saya, seorang pegawai kanan di Jabatan Perdana Menteri yang terlibat dalam merangka benda ni dan kalau tak salahnya time tu, kos dalam lingkungan USD 30 bilion dengan jangkamasa projek lebih sepuluh tahun.
4. Serentak dengan itu, PM masa tu (Tun M) mula membuat persiapan dan mengarahkan satu projek menaik-taraf jalan keretapi dari Johor Bahru ke Padang Besar juga mesti dibuat.
5. Korek-korek jumpa baliklah sedikit dokumen yang identikal tapi dah masuk dalam perbahasan kat forum – yang mana saya percaya ia adalah dokumen telah saya tengok (linknya kat sini : https://forum.lowyat.net/topic/1279444/all).
6. Tu lah.. Bila saya ceritakan tentang hal-hal macam ni dulu, banyak yang melenting kata berangan-angan besar sangat, mimpi basahlah dan macam-macam lagi. Bila sentuh bab ghaib, kurapat lah.. Syirik lah.. Maaf cakap, kalau sayalah ilmu saya belum sampai ke situ, lebih baik saya diam, takut nanti saya jadi ‘bodo’ sendiri..
7. Sebenarnya jalan keretapi berkembar tu adalah satu projek mega merentasi Asia Tenggara ke China dan dari China disambungkan ke Eropah melalui Russia. Sekarang ini, China dan Russia sudah pun memulakan projek ni yang khabarnya bernilai lebih USD 240 bilion. Dua puluh tahun lagi kita boleh menjelajah Eropah dari Setesen KL Sentral..Tu kalau sempat dipanjangkan usialah.. So..Yang ni mimpi lagi ke..?
8. Landasan KTM berkembar tu adalah untuk pengangkutan kontena dan barangan dari selatan Semenanjung ke Padang Besar lalu dipunggah-naik ke kapal di pelabuhan di pintu Terusan Siam sama ada pintu barat atau timur, tertakluk kepada destinasinya dengan masa perjalanan separuh hari sahaja dari Johor Bahru.
9. Malangnya, pentadbiran selepas Tun M banyak kerenah. Pak Lah dan tak ketinggalan PM sekarang ini (Najib) bukanlah seorang visionaris, mereka tidak nampak kepentingan perkara-perkara ini. Mereka cuma nampak, keretapi kelajuan tinggi macam TGV atau Shinkansen – tetapi keuntungan daripada pengenalan teknologi ini dalam sudut yang lebih jauh, mereka tidak lihat.
10. Cuba bayangkan kargo perishable yang memerlukan masa perkapalan yang singkat sudah tentu boleh diangkut dengan mudah, cepat dan pada kos yang lebih murah ke destinasinya sama ada Timur Tengah / Eropah atau Timur Jauh.
11.Bagi kapal-kapal minyak mentah dari Timur Tengah ke Timur Jauh (China,Jepun, Korea Selatan) pulak terutama ULCC dan VLCC, mereka dengan mudah boleh memuat-turun muatannya di pelabuhan di pintu barat Terusan Siam dan disalurkan melalui paip ke tangki / bunker transit di pintu timur Terusan Siam untuk dimuat-naik ke kapal satu lagi.
12.Penjimatannya amat signifikan sebab tak perlu nak pusing sampai belakang Sumatera. VLCC ni adalah ‘Very Large Crude Carrier’ dan ULCC ni pula ringkasan kepada ‘Ultra Large Crude Carrier’.
13.Nak tau pasal saiz-saiz kapal, bacalah kat sini, bak kata arwah pakcik astro dulu – macam-macam ada… Al Fatihah untuk beliau yang sering minum cendol tapai kat Kg Baru dengan saya – sebab rumahnya dekat rumah sewa saya dulu… Ni linknya: http://maritime-connector.com/wiki/vlcc/
14.Kita tahu Selat Melaka hanya membenarkan kapal bersaiz sederhana kerana kedalaman minimun perairan adalah 25 meter dan dikenali sebagai ‘Malaccamax’ dan had kedalaman operasi ditetapkan pada 18 meter sahaja. Jadi, ULCC dan VLCC memang tak boleh lalu kat sini. Sape cakap boleh..? Boleh kerat jari la brader…(Nota Tambahan – ULCC dan VLCC sekarang ini mengikut laluan di luar Selat Melaka, iaitu melalui Selat Sunda)
SEBAB-SEBAB TAMBAK JOHOR PERLU DIGANTI
15.Dengan perancangan terperinci tu, makanya Tambak Johor juga perlulah diganti kepada satu jambatan yang boleh menyediakan sambungan air terus antara Pelabuhan Pasir Gudang di timur ke Pelabuhan Tanjungg Pelepas di barat.
16.Bab Singapura tu toksah pikir. Tu negara orang, kita pikir negara kita tapi malangnya ada Perdana Menteri yang lebih dengar rintihan negara orang, jadilah kita macam ni..
17.Berbalik kepada bab haulage. Sebarang kargo yang dipindah-naik dari kapal kontena mega yang menurunkan barang di Tg Pelepas terus boleh dimuat-naik ke kapal kecil yang boleh juga berlabuh di Pasir Gudang melalui Selat Tebrau tanpa perlu tawaf tiga-suku pusingan pulau Singapura – perairan orang.
PEMBUKAAN SELAT TEBRAU AKAN MENGHALANG KERJA TAMBAKAN SINGAPURA
18.Bila dah ada laluan kapal di Selat Tebrau, makanya penambakan laut oleh jiran kita di selatan menuju ke arah Johor akan berkurangan kerana pasir-pasir tambakan tadi akan terkobar diputar oleh kipas-kipas kapal yang lalu-lalang. Jadi, kurang produktiflah kerja penambakan mereka.
19.Okey.. Secara umumnya, sempadan perairan di antara dua buah negara diambil di titik terdalam (jika di air) atau titik tertinggi (jika di pergunungan). Ini kerana adanya perbatasan semulajadi yang nyata dan berbentuk fisikal.
20.Tak percaya, lihatlah Cameron Highland, Genting Highland dan Bukit Fraser. Semuanya berada di Pahang kerana cerun yang menghadap ke barat (Cameron Highland – Perak, Genting Highland dan Bukit Fraser – Selangor) curam tetapi cerun yang menghadap ke timur (arah Pahang) agak melandai dan boleh buat penempatan.
21.Makanya atas dasar inilah juga Pahang bertuah mendapat kasino tunggal di Malaysia yang mana salah satu pemegang saham utamanya adalah milik yayasan atok seorang pemimpin negara kita..! Yayasan ni jugalah yang berkongsi syer syarikat bas yang terjun gaung pada bulan Ogos 2013 dulu. Bertuah kita.. Tuah untuk mudah kita mendapat bala.
22.Berbalik kepada Selat Tebrau. Bila dah tak ada laluan kapal, maka arus air kat dasar akan lebih tenang dan pasir-pasir penambakan mudah mendap dan senanglah kerja penambakan di buat.
23.Bila ditambak dan ditambak, pasir-pasir ni akan bergerak ke arah titik terdalam dan lama-kelamaan titik terdalam ni akan cetek dan akan terganjak ke arah sebelah yang tak di tambak – dalam kes ni ke arah Johorlah.
24.Tunggu sajalah beberapa dekad akan datang, time anak cucu kita pasti akan berlaku pengukuran semula titik sempadan di dasar laut kawasan ini untuk mengemas-kini pancang sempadan (maya, di atas peta), mesti banyak terganjak.
25.Cuba bayangkan kalau keseluruhan 50km pesisir terganjak 0.5km, senang-senang jiran kita dapat 2,500 hektar @ 25 km persegi kawasan baru (bersamaan separuh keluasan Putrajaya @ keluasan Putrajaya 49 km persegi).
26.Kita sebenarnya tak cukup cerdik dan malas belajar dari sejarah. Cuba tengok balik macamana kerajaan Thai dapat kawasan penerokaan minyak di JDA (Joint-Development Area) di Teluk Siam.
27.Bagi yang tak biasa dengan persempadanan perairan antara dua negara yang dipisahkan oleh sungai (Sungai Golok). Sempadan kat tengah laut didefinasikan secara garis lurus tepat kepada garis-lurus dua titik tebing kuala (tebing kuala Sungai Golok sebelah Thai dan Tumpat) di titik sempadan terdalam muara. Macam tangen la..
28.Awal-awal kita merdeka, kita seronok sangat berpolitik hingga lupa bahawa jiran kita kat sebelah Takbai (Thailand) telah menambak dan menonjolkan tebingnya ke arah laut atas alasan nak buat padang.
29.Dengan anjakan ni, bila dibuat persempadanan semula laut (pasal jumpa telaga minyak kat luar pantai), titik tebingnya dah teralih.
30.Masalahnya masa dia orang buat, kita tak bantah, macamana nak bantah sebab kita tengah hangat berpolitik macam cerita pak kaduk bergumbira sampai lupa telaga minyak kita tergadai.
31.Jadinya bila dibuat ukuran sempadan… Nah..! Tu dia.. Telaga minyak tu dah terbelah dua.. Serong setakat dua-tiga minit, bukan darjah pun di pangkal (muara) mungkin kita kata kecik, tapi kat tengah laut dah berpuluh-puluh km makan ke dalam kawasan kita.. Last-last kita beralah.. Kongsilah…
32.Sebab tu juga sahabat kita kat Kelantan tak dapat royalti. Alasannya tu kawasan JDA, bukan Petronas sepenuhnya. Tapi ada alasan lain, kalau Petronas bagi kat Kelantan, saudara kita kat negeri Yala-Pattani-Nara akan mintak juga dgn alasan Kelantan dapat… At the end – perang… Ni bila potong kat Segenting Kra, tak taulah macamanan sebab Selatan Thai dan terpisah dari Utara.. Mau perang besar lagi kot..
33.So, kesudahan dua-dua (Patani dan Kelantan) pihak gigit jari.. Dan di Kelantan pulak,bermulalah gerakan menuntut hak negeri yang dirompak “R” – royalti… Tapi sebenarnya terlupa nak mengaku dah silap dari awal lagi – alpa dengan membiarkan persempadanan ni berganjak.. Rezeki terpihak untuk orang Thai kot…
34.Namun kita belajarlah jugak.. Akhirnya JPS buatlah satu rumah hantu (galeri) kat pantai kuala Sungai Golok kat sebelah kita tu semata-mata nak bagi tau kehadiran kita.. Nasi dah hangit… Kalau setakat jadi bubur masih boleh dimakan.. Jelasnya, banyak yang tersirat berbanding tersurat.. Dan terbaik buat masa ni, redha lah saja, tak perlu diungkit-ungkit cerita lama.
35.Tak percaya, gogellah lokasi rumah JPS ni.. Saya tak payah gogel, dah naik pun rumah tu dengan linangan air-mata.. Ingatkan sedara Kelantan ni cerdik sangat, ada tuan guru politik ternama tapi tak kasyaf bab-bab kepentingan rakyat.
36.Maaf bercerita diluar konteks biasa… Wallahualam..
Harap Tuan Blog update selalu. Sejak jumpa blog ni mmg tertunggu-tunggu.
PakZam : Saya SETUJU dengan anda.
>>mengenai emas di tanah melayu dan di tanah arab:
salam…
hmmm, ada satu lagi saya nak kupaskan bro syah… ada sungai di semenanjung arab, namanya pishon, bukan pisang….
sungai pishon ini adalah sungai syurga (eden), dulu sungai ini mengalir di semenanjung tanah arab (dipanggil havilah dalam alkitab), tapi kering sekarang, tapi kemudian pada masa depan, sungai ini akan kembali mengalir semula,
sungai pishon ini disebut dalam alkitab, (genesis 2:10-12.) seperti berikut:
10 A river flowed out of Eden to water the garden, and there it divided and became four rivers. 11 The name of the first is the Pishon. It is the one that flowed around the whole land of Havilah, where there is gold. 12 And the gold of that land is good; bdellium and onyx stone are there.
haa?? emas begitu bagus di semenanjung arab?? ye ker?? are you noticing something interesting about arabia when people see nothing valuable in this land?? interested about this topic now??
nak kata tanah melayu ada emas, tanah arab pun ada emas jugak, jgnlah kita terlalu menghentam bangsa arab, memang saya tahu bangsa arab ini kasar dan masih jahiliyah, tapi adakah mereka begitu selama-lamanya di dunia ini? Satu lagi, saya juga tahu bangsa melayu adalah bangsa yang bertamadun, tapi adakah mereka begitu selama-lamanya di dunia ini? Fikir2lah masak2…
kita patut berterima kasih pada bangsa arab yang membawa islam ke bumi nusantara, tanpa mereka, kita ini tiada nilai…
btw, cuba letak topik pasal tanah arab jadi hijau daripada asyik nak menghentam bangsa arab hingga dpt dosa kering…nauzubillah min zalik…
p/s: imam mahdi lahir kat madinah, imam mahdi orang arab, bukan melayu, seperti yang didakwa oleh sesetengah melayu islam…
Korang baca balik artikel ni “MH370 : BERSEDIA UNTUK MENERIMA KETAKJUBAN”. And then baru korang taw mamat yg menulis ni orang jenis apa. Isap byk ni hahahaha.
Aisberg kat Artik pon dah mula cair dah…..dalam masa 2 dekad selat melaka n singapore akan tinggal sejarah je…..Laut Artik bakal jadi laluan kapal utama dunia di masa depan…sumber2 laut,minyak,gas yg belum terusik akan jadi rebutan negara2 kuasa besar….Russia pon dah mula kuatkan navy dia kat sana….Ais kat alaska pon dah mencair….kapal2 dari asia timur boleh gunakan lautan artik ke eropah lebih cepat berbanding laluan sekarang….Malaysia nih lembab sangat, masa tuh nak gantikan tambak johor pon dah terlambat…..kutub utara pon dah makin berganjak dari posisi asal dia, negara arab tak lama lagi akan kembali subur,menghijau dengan sungai2 yg mengalir, kiamat pon makin dekat…..
aku tahu masud yg ancam terusan kra di thailand bakal kurangkan lualuan kapal di selat melaka , china sanggup bagi wang pada thai, maaf zahir batin pada tuan punya blog shan
salam tuan, korek balik sungai yg menghubugkan sg. melaka da sg,pahng ,ada laluan lama disitu. besarkan sg tu kapal dapat lalu……………byk masalah akan selesai………..
Salam tuan,
utk post aknn Dtg Boleh Tak selitkn topik solution, cadangan ttg bgaimana Kita sbg individu dpelbagai peringkat mampu memperkasakan bangsa Melayu atau bangSa berbilang Kita utk membaiki segala kelemahan Kita spt yg pernah dbincangkn PD topik2 yg sblmnya? supaya negara semakin kuat dn tidak takut lg dgn negara2 lain?
terima kasih.
amalkan Al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan, sentiasa berhusnuzon , dan jika banyak berbalah berbeza pendapat…kembali balik kepada peringatan dari Al-Quran dan As-Sunnah. perangai buruk umat terdahulu yang Allah SWT cerita dalam Al-Quran jgn le dok ikut… insyaaallah Allah SWT akan redha dan kasih pada hambanya yang berfikir akan iktibar untuk beringat dalam bertaqwa supaya mencapai kebahagiaan serta kejayaan di dunia dan akhirat..
artikel yg sangat bagus…banyak info.. jujurnya kak suka baca blog kamu ni..
Ada beberapa kesalahan fakta dan tuduhan melulu dalam artikel Shahpaskal ni. Contoh:
35.Tak percaya, gogellah lokasi rumah JPS ni.. Saya tak payah gogel, dah naik pun rumah tu dengan linangan air-mata.. Ingatkan sedara Kelantan ni cerdik sangat, ada tuan guru politik ternama tapi tak kasyaf bab-bab kepentingan rakyat.
Semua sempadan Malaysia dengan negara jiran ditentukan oleh MKN di bawah kerajaan persekutuan. Bukan kerajaan negeri. Jadi yang tak cerdik di sini adalah kerajaan persekutuan. Harap Shahpaskal betulkan fakta ini.
Setuju pendapat tuan tapi agak kurang tepat. Bab tanah adalah hak negeri, benda ni berlaku sebelum MKN ditubuhkan lagi. Bila kita terlalu ikut buku, ni lah jadinya. Sila ke tapak dan pergi ke sebelah Takbai, berjalanlah kat atas tanah mereka yang ditambak tu yang asalnya adalah muara sungai. Saya adalah ‘orang’ yang terlibat mereka-bentuk aspek mekanikal dan fasiliti cadangan pelabuhan tu (Tumpat Supply Base). Selepas rebabentuk siap dan piling works dah nak dimulakan, Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Laut mintak tengok balik kesesuaian kerja-kerja mendalam laluan sungai sebelah Malaysia, dikhuatiri akan mengubah sempadan (titik terdalam). MKN tak campur apa2 pun dan ia adalah urusetia saja. Kemudian pelabuhan altenatif dibina di Tok Bali, Pasir Putih dan pernah digantung operasi sekejap kerana masalah perlesenan. Rekabentuk asalnya juga saya ada terlibat. Sekian.
tak kesah terusan tu…singapork akan ade strategy nak serang marahsie hingga makin luas tanah….tentara singapork pula punya senjata lebih power berbanding marahsie
kita lupa, sebagai mukmin kita mempunyai senjata rahsia yg tak terkalah. syaratnya… iman, amal serta taqwa.
ps- orang fasik dan munafiq dapat istijraj ….kih kih kih..
Bagi aku sebab apa najib tak nak bina jabatan bangkok sebab najib tak nak bergaduh dengan singapore, tun m gagal siap projek jabatan bangkok itu kemudian suruh pak lah tapi pak lah cuba berbincang tapi gagal dengan sinagapore, kedua2 negara penting diri saling nak rebut ekonomi, cuba pergi dekat sinagpore tak pun dah tak ada sampaikan jalan 2 lorong pun mahu bina tol itu sikap mata duit presiden mereka, aku ingat lagi dua tahun sebelum dia mati lee kuan yew menyesal sebab tak dapat jadi pm malaysia dah gagal takbir siangpore semua boleh di kata semua bukan orang asal siangpore akan jadi negara tak ada indentiti sendiri cuba tengok lagu kebangsaan bahasa melayu, bercakap bahasa inggeris tak rasa pelik ke, bila suruh orang sinagpore cakap bahasa melayu pun tak boleh ini menyebab aku lagi pelik lagi ajab.
Aku sendiri tahu atok pemimpim siapa itu yg paling kaya di johor dan pahang zaman tun ku lagi,peminpim ada saham di genting dan bekas ketua polis pun ada saham dekat genting dulu tapi ketua polis di tembak mati oleh pengganas dah semua milik peminpin dan ketua polis dah saham jual sebab benda haram ,malas aku dedahkan sebab semua dah meninggal dunia pun tak guna kita dedahkan keburukan orang, cuma bodoh sekarang peminpin kita di kerajaan selangor masih pengang saham genting itu walaupun tahu benda haram tetap nak saham judi genting itu
assalamulaikum hj shah..
lama menyepi dan akhirnye terbit jugak artikel yg lama ditunggu-tunggu.
Terima kasih kerna masih sudi menulis.
Terbaek…
Kalau terusan kra ini dibuat Singapura akan kehilangan sebagian besar pendapatannya
32.Sebab tu juga sahabat kita kat Kelantan tak dapat royalti. Alasannya tu kawasan JDA, bukan Petronas sepenuhnya. Tapi ada alasan lain, kalau Petronas bagi kat Kelantan, saudara kita kat negeri Yala-Pattani-Nara akan mintak juga dgn alasan Kelantan dapat… At the end – perang… Ni bila potong kat Segenting Kra, tak taulah macamanan sebab Selatan Thai dan terpisah dari Utara.. Mau perang besar lagi kot..-
Tuan shah,……saya nak wat pembetulan sedikit pasal kawasan minyak kelantan. .JDA tu memang kawasan bertindih antara malaysia Kelantan dan Thailand. Tetapi yg NGO R royalti tu area persisiran pantai kelantan yg mana terdapat kalau tak silap saya ada lebih kurang 3-5 telaga di perairan kelantan….Husam musa sendiri dengan bebarapa Exco kelantan pernah pergi sendiri meninjau telaga minyak yang di tuntut kerajaan kelantan sebagai ROYALTI………….bagaimana pun kawasan JDA tu kelantan tetap berhak sedikit royalti sebab ia perairan kelantan…….
Artikel ni memang menarik…
Sabahat Shahpaskal jika saya lihat artikel terdahulu..gaya penulisan yang bersahaja, padat dan informative. Kira cerita yang asli, dan ada yang baru pertama kali tahu.
Andai diterbitkan dalam bentuk buku, akan menambahkan perkongsian ilmu dan pengalaman tu.
Syabas, satu lagi kisah yg pedih untuk ditelan tapi sejarah sebagai peringatan cabaran dalaman dan luaran Negara.
Biasa penjawat awam, org yg terlibat di belakang tabir ni, banyak kisah yg menarik. Ceritakanlah…
fuh..banyak giler dapat ilmu baru hari ni, hanya dalam satu artikel.
terima kasih bro shahpaskal..kipidap 🙂
salam tuan tanah, lama x menaip, payah nak jumpa tulisan2 membina dari tuan.. Segenting kra menjadi semenanjung sinai … jika tsunami, teruk kena pada org islam. kenapa perlu di pisahkan dua tanah ini.
Tak payah lah nak visionaris2 sgt la klu majoriti rkyt masih merana.. Majoriti rkyt miskin terutama melayu seperti pendlm sabah swk.. Semuanya nk berkembar berkembar sajaaa.. Nk nk buat landasan berkembar, klcc berkembar..
Tak payah lah nak visionaris2 sgt la klu majoriti rkyt masih merana zaman mahatir .. Majoriti rkyt miskin terutama melayu seperti pendlm sabah swk.. Mahatir… Semuanya nk berkembar berkembar sajaaa.. Nk buat landasan berkembar, klcc berkembar.. Semua serba serbi berkembar
Sepang Circuit klu bole nk buat berkembar berkembar jugak ahknya… Yg jadi presiden nya anak mahathir.. Apa yg rkyt dapat keuntungan drpd hasil keuntungan yg mahatir buat tu?
Sampai skrg sampah!
Zaman ds najib nie barulah rkyt Nmpk sgt dibela… Zaman Tun m rkyt dpt apa? Rkyt dibela tentang mana..? Baru skrg mahatir nk bela rkyt…? Dulu sebok mempropaganda melayu mudah lupa.. Tapi Skrg dia yg dah lupa.. Lupa nk perjuangkn melayu.. Skrg nk cerita bab perjuangan rkyt konon… Dia sudah pusing dari melayu ke rkyt pulak… Spin 360.. Masa mahatir Cuba ckp rkyt dpt apa? Dia buat klcc berbillion guna duit rkyt, tapi kbnykn Melayu tak boleh berniaga disana? Berbillion bhabis buat klcc, harga minyk ttp naik jugak.. Apa faedahnya? Rkyt dpt apa? Melayu dpt apa? Dia buat SIC sepang International Circuit beratus ratus juta guna duit rkyt, Melayu dpt apa? Apa faedah pada rkyt dn Melayu daripada circuit tu? Skrg nie Tun m bole pula nk mempersoalkan segala pentadbiran ds najib.. Kenapa?
Dia (mahatir) buat klcc,sepang,Putrajaya semua tu adakah dapat dari persetujuan dari semua rkyt? Sdngkn rakyt Sabah swk bertapa punya susah nk dapatkn air bersih, bertapa punya susah nk melalui jalan raya kat pendlaman yg teruk berlumpur, berlopak sana sini dgn air, ank anak org Sabah swk pula dengan daif bersusah payah mengharungi lumpur berjam jam utk sampai ke sekolah Sdgkn mahatir sewenang wenangnya membelanjakan duit rkyt utk buat klcc,sepang yg anaknya Jd pengurusi di situ… Mana pergi pemikiran otaknya yg visionaris tu? Ini yg dikatakn visionaris? Visionaris atau berlagak? Nk berlagak guna duit sndri takpe….
Tapi ini berlagak guna duit rkyt utk mencipta namanya sdri supaya org sana sini julang sbg negarawan, wira kononnya.. Org yg berpandangan jauh takkan membiarkn rkyt hidup merana… Rkyt tanpa sedari mereka merana tapi masih menjulang nama si mahatir… Sbbnya rkyt pada masa tu hnya disajikn media pengampu 100 peratus nama mahatir… Pasal itu rkyt berterusan di dipropagandakn di gula gula dgn ayt manis mahatir dgn kebaikn mahatir tanpa dpt info seperti skrg yg di banjiri dgn media sosial dn blog blog.. Klu zaman mahatir dah wujud media alternatif nie semua, lama dah tumbang belum sempat buat 2 biji batu nisan tu pun..
apa yg visionaris sgt mahatir? Apa kebaikan yg mahatir buat? Mesti org ckp dia telah menyelamatkan negara dari soros, dgn memperkenalkan tambatan mata wang tu… Sini saya nk kata.. Lembu punya susu sapi yg dpt nama.. Sebenarnya pakar2 ekonomi negara yg mengajar mahatir tentang tambatan matawang pada masa tu… Klu tak mahatir blank…
Visionaris sgt kah mahatir atau dia syiok sdri? Sepatutnya dia membelanjakan duit rkyt utk mendatangkan faedah balik kpd rkyt tapi dia pegi habiskn pegi buat 2 biji batu nisan klcc, sepang circuit yg tak berguna langsung kpd pembangunan rkyt dn negara… Skrg org langsung tak heran pon dgn 2 biji batu nisan dan sepang yg jarang digunapakai tu…. Dn sdikit masa lagi tinggal nama saja… Bukan kah ini satu pembaziran.. Bygkn Klu duit rkyt yg buat klcc, sepang tu digunakn utk disalurkn pd rkyt terutama di pendalaman ada jugak manfaatnya… Visionaris apa kebendanya klu pergi mengejar buat bangunan berkembar dn sepang yg tak berguna tu sdgkn rkyt dilupakn dibiarkn bersusah payah seperti mengejat monyet di hutan utk disusukn, anak biarkn mati kebuluran… Membangunkan klcc, sepang utk keuntungan tokey cina, dn pelancong selesa sdgkn rkyt bergelumang dgn lumpur di pendalaman dn kehausan air yg bersih.
Tapi skrg Zaman dato seri najib nie barulah Nmpk rkyt Malaysia dibela.. Ade perubahan, ada pembelaan.. Dibatu dgn brim, PRIMA,KRIM, UTC,RTC… serta mcm mcm lg… Dn rkyt sabh,swk pula baru lah dpt merasa ada lebuhraya pan borneo.. Zaman mahatir…? Apa dpt? Buat klcc berbillion boleh..
Nape buat jalan di pendalam sbh swk, penyaluran air bersih dn memperbanyakn perumah rkyt kos rendah tak boleh? Rakyat hnya telan air liur tgok klcc, sepang sambil mengharung lopak air dn minum air sungai kat kwsn pendlm kerana bekas perdana menteri yg visionaris terlalu ghairah mengejar yg berkembar kembar saja… Sampaikn tak nampak atau mmg sengaja buat buat tak nampk jerih perih rkyt di pendalaman sabah dan swk.. Tapi bila time PRU brulah sebok…. Sebok menjaja mempropaganda dialah wira melayu dn bumiputera..
hmmmm……setuju
Saya sebenarnya amat berbangga dengan legasi kepimpinan yang tuan bangga-banggakan itu. Malah legasi hutangnya yang menimbun bakal diingati anak cucu saya dan rakyat marhein yang lain demi melunas kembali hutang dimaktubkan tangan beliau dengan keringat dan air mata. Sekian.
setuju 100% komen tuan.
Cuba kita tengok korean ada ke bina bangunan tertinggi dunia ini sumsung dan syarikat korean lain bina ada ke bangunan tertinggi dunia ini, jawapan syarikat mereka penting pretasi dan buat produk kegunanan orang ramai dari bangunan tertinggi, aku tengok klcc itu hanya untuk orang kaya dan orang miskin di campak keluar tak ada lagi barang murah dapati di kLcc itu, bagi aku najib dah ke landas rancangan asal jika sejarah untuk bina lebuhraya pan borneo dah 50 tahun baru sekarang binanya. tun m gagal kembali ke rancangan bina lebuhraya pan borneo walaupun sibok dengan klcc dia, cuba tengok korean tak salah aku lah malaysia dulu rancang bina keretapi laju tapi kenapa korean siapkan dulu keretapi laju mereka, mereka lebih penting rakyat dari politik yg ada tak kesudahan, bagi aku selapas siap lebuhraya pan borneo najib kena ada rancangan besar untuk rakyat, sabah dan serawak cuba tengok sistem keretapi mereka angak uzur ada masih gunakan arang batu dan kayu api macam keretapi perang dunia kedua, kalau boleh di moden balik, kalau boleh bina keretapi laju pan borneo ke, ada keretapi biasa moden ke, untuk melangkah maju kena ada perubahan tak kira masuk ke rancangan malaysia ke berapa pun .
Aku jarang nk komen pakai nama betul ni., tapi komen ni aku nk jawab direct.. siap email pun aku letak..
Tanpa visionari yg ko dok kutuk ni.. – tiada aku kerja skarang ni..! malah berjuta peluang pekerjaan yang di wujudkan dalam bidang IT dan multimedia ni adalah dari pemikiran jauh visionari ini. Aku bekerja bidang IT., belajar bidang IT menyahut saranan wawasan 2020, anak aku kini pun sedang belajar bidang jurutera IT.., adakah aku nk sanggah lagi sumbangan nya?
Dia dah nampak ekonomi malaysia takkan slamanya nk bergantung kepada komoditi.. getah.. sawit.. dan sektor perkilangan? ini semua akan pergi ke tempat baru. Untuk jadi negara maju.. tahap pemikiran dan intelektual rakyat harus di majukan! rakyat harus di sediakan dgn ilmu IT dan multimedia..! – itu di buat universiti multimedia dulu! dan di sediakan bandar cyberjaya.. tempat aku bekerja sekian 15 tahun ni.
– jgn cakap dgn aku lah.. anak kau tak suka tgk upin dan ipin? mana datang tu? graduan IT dari mmu… universiti yg di ilhamkan oleh orang tua tu lah.
– f1 ? – apa salah dgn f1? aku dulu pun tak nampak.., tapi setelah sekian lama menjadi tuan rumah., tidakkah kau nampak faedah nya dari segi kedatangan pelancong.. dari segi sebutan nama malaysia di setiap tv seluruh dunia.., cuba sebut negara2 asean yg lain selain singapore.? Filipina? kemboja? myanmar? mereka tak segah malaysia. Banyak faedah tidak langsung yg ramai pengkritik tidak nampak.
– menara berkembar KLCC? – membazir? tidak.. ini masih lagi menjadi mercu tanda penting negara.., para ekspatriate berlumba tinggal di sekeliling klcc.. membuat hartanah sekeliling naik berkali ganda.. tiada salah nya menara KLCC.., hanya orang tak faham akan terusan mengutuk.
– rakyat mana yg merana? hanya rakyat yg leka.. tidur dan malas akan terus merana! yang rajin.. sedar akan masa tidak menunggu mereka., tongkat tidak akan sentiasa bersama melayu.. akan berusaha utk jadi setanding dgn bangsa lain.. – so aku tak setuju utk mengatakan rakyat merana di sebabkan projek2 mega sosok visionari ini.
– sekarang? ada kah aku bangga dgn pemimpin sekarang? kecewa ada lah! tiada idea yg bernas dari orang selepas visionari ni.., semua dia ingat boleh settle pakai gula-gula dan duit.! br1m sana.. brim sini! oh.. kau penerima BR1M kan? patut laa kata dulu zaman dulu merana.. kini dapat br1m…! kesian orang macam ni. , kurang bersyukur nampaknya.. peluang dan cabaran ada depan mata tidak di sambut..! bila tertinggal mengaku diri merana! aku harap kau tidak ber-reproduksi.., kerana bimbang kau akan tinggalkan legasi merana lagi.
biasalah pemakan DEDAK nie bila DEDAH dah kurang menyalak lah salakkan org lain..Yg pemberi DEDAK tue dia [email protected] bagai nak manpus…dia lupa ka sapa yg wujud kan GST n sapa yg naikkan hutang negara..SAPA–SAPA..tolong jawab sikit???Zaman Tun x ada BRIM,BRIM tue bukan nyer dpt setiap bulan tp pimpinan BIJAN nie kerah duit rakyat melalui GST tue hari – hari n semua golongan kena..Bukak sikit minda tue n jgn makan DEDAK tue banyak sangat sampai perut dah x boleh tampung dedak terpaksa kepala otak pun kena tampung dedak yang ko makan tue..
apa bnd yg ko membebel pnjg2 ni?
malas aku nak baca komen ko yg tade isi ni,
Kpd bukan penjilat; kalau nak bagi orang berdikari cari makan, jangan bagi ikan. Bagi pancing. boleh tangkap ikan sendiri bila nak. Tun M bagi pancing. N pula bagi sekadar bagi ikan. habis ikan minta lagi. sampai bila nak suap.
Mmg setuju dgn tuan…
Gang2 najib mmg mcm tu pun.. Bkn nampak benda yg jauh.. Stkt boleh fikir benda yg remeh temeh n budak2 pun boleh buat…
Betul. Dr segi peribadi Dr M tu terpulang masing2, tapi disebabkan vision dia jugak kita dapat melonjak ke depan. Org Melayu sendiri yg kena BUKAK MATA DAN JADI RAJIN! Sampai bila dah disuap subsidi?! Ada anak, didik la betul2, suruh belajar rajin2, ada duit simpan, buat belanja anak pi tuisyen, bljr mcm bangsa asing yg generasi sebelumnya sanggup hidup susah utk generasi skrg depa idup senang. Tp mak bapak melayu ramai x sedar diri, gaji kecik pun modi kereta tak ingat akhirat, anak2 jadi mat rempit mlm2 pun buat dono je. Pastu harapkan mulut kena suap duit BRIM dan salahkan orang, salahkan orang atasan, salahkan takdir sedang diri sendiri MALAS!
maka gerakan memerdekakan selatan thai pun akn bergerak rancak
32.Sebab tu juga sahabat kita kat Kelantan tak dapat royalti. Alasannya tu kawasan JDA, bukan Petronas sepenuhnya. Tapi ada alasan lain, kalau Petronas bagi kat Kelantan, saudara kita kat negeri Yala-Pattani-Nara akan mintak juga dgn alasan Kelantan dapat… At the end – perang… Ni bila potong kat Segenting Kra, tak taulah macamanan sebab Selatan Thai dan terpisah dari Utara.. Mau perang besar lagi kot..-
sy tertarik dgn kupasan ini,ini 1st time dengar..agak menarik.tapi masih boleh dibahaskan..apapun good job.
ASM Hj.
Kalau betul artikel saudara mengenai terowong purba di banjaran titiwangsa yang dalamnya mempunyai kuasa dan teknologi luar biasa…. kita boleh buat teleportation port aje. Export barang guna teleportation port.
Terima kasih Sdra JohorMali
Bab akta persempadanan tu saya tak nak komen. Cuma tertarik juga macamana nak kuatkuasakan akta ni sedangkan Batu Putih yang dah terang-terang dalam perairan jajahan Johor pun berjaya dimiliki sahabat kita tu. Hemat saya, kes menambak laut ni analoginya macam kita berjiran. Tiba-tiba jiran kita ternak ayam dan dibuat reban betul-betul kat garis sempadan tanah (tepi rumah) kita. Buka tingkap, nampak reban ayamnya sejarak sedepa dua dan lalat langau pun menerjah masuk kat rumah kita. Time dia buat reban kita alpa, tak apalah, tu tanah dia, lagipun kalau bab duit dia kaya, kita ni kayap. Lama-lama kita pun tak tahan, pakat pindah atau paling kurang nya ganjakkan rumah kita menjauhi sempadan tu. Lama-lama… “hello bro, aku sewalah sikit tanah ko kat sempadan tu.. Nah.. Ni duit aku pajak tanah ko selama 50 tahun..’ So, apa komen kita..? Berguna lagi tak garis sempadan tu..? Apakah senario ni akan jadi kat Pulau Pisang – bergerankan kita tapi bertuankan ‘kawan’ tu – pulau rumah api kat belah-belah Pontian yg femes tu la..
Bab laluan air.
Kalaulah ada kecemasan atau dharurat keselamatan kat sebelah barat Semenanjung dan kita memerlukan bot dan kapal dari sebelah Pantai Timur (atau sebaliknya), apakah kapal APM, Polis Marin, Navy boleh digerakkan dengan cepat merentasi dua perairan ni tanpa melalui negara asing..? Jawapannya tentu tidak..! Kena pusing bawah Singapura. Kalaulah perairan Selat Tebrau boleh dilalui oleh kapal-kapal kecil dan sederhanana ni tanpa perlu melalui perairan orang (Singapura) barulah dikatakan kita berdaulat dan tak lah berdaulat sekerat-sekerat. Ni macam kita ada sekeping tanah bergeran tapi terbelah dua. Kat tengah tanah geran milik orang. Nak lintas pun kena mintak permisi… Nak lalu perairan lautan ni sama macam kita melalui ruang udara. Kena mintak permisi pak.. Kalau udara ada menara kawalan dan radar, laut pun sama. Ia dikenali sebagai ‘Automatic Identification System’ atau ‘AIS’. Kat Malaysia ni, ia di bawah Jabatan Laut dengan dibantu angkatan laut kita. Syarikat yang memasang dan menyelenggara sistem ni adalah kepunyaan rakan baik saya berpejabat di Ampang, Selangor. Carilah kat internet, banyak perinciannya.
Bab Sungai Golok tu.
Lima tahun dulu nak dibangunkan satu pelabuhan bekalan (Tumpat Suplly Base) kat kuala Sungai Golok yang mempunyai check-point kastam, bungkering (storan minyak diesel kapal) dan lain-lain untuk memenuhi keperluan industri minyak dan gas di kawasan JDA. Dah siap kerja-kerja tapak tapi Jabatan Laut kemudiannya terpaksa menyemak-semula kelulusan kerana masalah persempadanan. Takut kita korek mendalamkan dasar sebelah kita, titik sempadan berganjak yang boleh merugikan kita (Malaysia). Untuk info, sayalah yang membuat rekabentuk mekanikal termasuk bungkering, kebombaan, bekalan air dan lain-lain. Kemudian setelah ditangguhkan, maka rekabentuk berkenaan sebahagiannya diadaptasikan ke satu lagi projek (Pelabuhan Tok Bali, Pasir Putih) sebelum saya mengundur diri. Jadi, secara peribadi saya mengetahui dan terlibat dalam segala selok-belok penceritaan yang dipaparkan. Maaf sahabat2 Kelate..
Mengapa kita terlepas memiliki Pulau Batu Putih?
Mudah saja jawapan nya- akibat “cerdik nya” seorang pegawai Melayu Johor yang terang terangan declare Johor tidak tuntut hak keatas pulau itu!
Saya selalu fikir mengapa terjadi demikian.
Jika kita imbau zaman pra Merdeka., pentadbiran Malaya, Singapura dan Borneo hampir semuanya di kuasai oleh penjajah British.
Mungkin pegawai Melayu itu “didesak” oleh “majikan” nya untuk tanda tangan surat itu.. Wallahuaklam
Salam…
Nice artikel,bro… Sangat bermanfaat…
Keep up the good job,bro!!!
Sedih…! malaysia dpt PM mcm sekrg…Jet baru bole beli…helikopter tempur utk sabah tinggal angan2 aje…
Aslmkum. Well done, good insight. Syukran Alhamdulillah
Lama menyepi. Ingatkan dah join IS
Terima kasih tuan Shahpaskal, artikel yang dinanti-nantikan.
Projek ni turut disabotaj singapore kerana ia akan turut melingkupkan pelabuhan mereka
Kan spore dah warning lama dulu kalau korek juga segenting kera…perangla. jawapnya.Sbb tu siam batalkan.spore siap hibah lagi F16 10 biji kat siam tanda terimakasih.
Apa nak jadi lah negara kita nie??
Takkan takde sorang pun yang boleh berfikiran jauh….. kiri dan kanan masing2 hanya memikirkan survival masa singkat……
bahagian selatan thai akan di tinggalkan kepada negara yang diputuskan jalan darat…….
Tun M pemikiran ingin meningkatkan pelabuhan Selatan, tapi datang 2 PM yang sgt longgar pemikiran……….
Ingin melihat lanjutan tulisan yang””bermutu” mengenai keperkasaan bangsa melayu yang selama ini disembunyikan ….
Sdra,
Sebagai saorang Jurukur Tanah saya ingin menyentuh bab 23 dan 24 pengamatan saudara mengenai sempadan antarabangsa Msia Singapura di Selat Johor.
Sempadan itu telah termaktub di bawah perjanjian Johor Water Territorial Act 1927.
Sempadan tidak akan berubah walaupun keadaan fizikal rupabumi berubah, misalan, jika tanah besar Johor bercantum dengan Singapura, sempadan tetap sama..
Wallahuaklam
Artikel anti Najib
Banyak yg kena diselongkar apa huraian Shahpaskal!
Tuan Komodor,
Meh kita mengeteh…
Boleh aje tuan, anytime, tunggu panggilan je!
Auta.
Sedih bila pemimpin baru tidak dapat melihat visi besar pemimpin hebat seperti Tun Mahathir.
Puh, puh. tiup habuk…………… tapi artikel power
nice articles
1st. hehehe. nanti kang baca.
Ini sebenarnya yang kita tak nampak.
first
TAHNIAH AKHIRNYA ADA ARTIKEL TERKINI DAN BERMUTU TINGGI! TERUSKAN!!
hehehehe….