1. Pameran Defence Service Asia 2012 (DSA) semalam sudah pun berakhir.
2. Hari ini saya bertemu dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi dalam satu majlis di Kementerian Pertahanan dan semasa sesi soal jawab, sempat juga saya bertanya tentang status perolehan kereta perisai Anoa.
3. Beliau mengakui bahawa pasukan tentera darat sedang menguji beberapa model 6×6 termasuklah Anoa dari Indonesia tetapi sehingga sekarang belum ada keputusan kenderaan mana yang terpilih.
4. Apa yang menjadi berita pelik bin ajaib ialah media alternatif pembangkang telah pun memainkan isu itu dan mendakwa Kementerian Pertahanan sudah “kantoi” kerana terdapat laporan media dari Indonesia bahawa Malaysia telah bersetuju membeli 32 buah kereta perisai Anoa dengan harga US80 juta di mana, ianya sangat murah berbanding dengan program kereta perisai AV8, kerjasama Malaysia dan Turki.
5. Zahid sendiri hairan kerana tidak pernah kerajaan membuat keputusan untuk membeli Anoa tiba-tiba blogger pembangkang membuat tuduhan begitu hanya berdasarkan khabar-khabar angin dari media Indonesia.
6. Blogger pro pembangkang juga menuduh kerajaan tidak cekap kerana memperkenalkan dua jenis kereta perisai untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
[Read more…]