KESIMPULAN ISU PATRIOTIKAN KAUM BUKAN MELAYU
1. Selepas artikel Patriotikah Kaum Bukan Melayu? Saya dapati ada pihak yang tidak membaca artikel saya dengan berhati-hati. Saya rasa mereka ini cuma baca tajuk sahaja tetapi tidak baca isi dalam dan mereka mentafsirkan artikel saya mengikut acuan mereka sendiri.
2. Ada tiga bahagian dalam artikel itu : 1. Saya buat tafsiran bahawa Zahid mahu menyampaikan mesej atau cabaran, 2. Pengalaman saya sendiri apabila melihat segelintir kaum bukan bumiputera terlalu manja (saya tidak kata mereka tidak patriotik tetapi manja) 3. Pengalaman saya sendiri yang mempunyai rakan dan kenalan yang bukan bumiputera tetapi mereka patriotik.
3. Artikel saya juga menyatakan masalah tidak patriotik ini bukan sahaja membabitkan kaum bukan bumiputera tetapi orang Melayu sendiri.
4. Kalau anda mengikuti komen-komen saya sejak dari awal penubuhan blog ini, saya sendiri mencantas dan menolak pendapat-pendapat bahawa orang bukan bumiputera ini tidak patriotik.
5. Semua pendapat pembaca saya baik dari pihak yang pro pembangkang mahu pun yang pro kerajaan mempunyai kebenaran masing-masing cuma saya tetapi cuma segelintir pembaca yang mendedahkan masalah sebenar.
6. Sebagai contoh, saudara Mumuchi telah memberikan link kepada artikel yang menyatakan mengapa mereka tidak menyertai ATM diĀ : http://img593.imageshack.us/img593/4788/newstraitstimesnonmalay.jpg