NOTA PENULIS : OKLAH SAYA MALAS NAK SENTUH PASAL PROJEK DI KELANTAN KERANA CERITA DAH TERSEBAR KE AWAM (BIARLAH ORG LAIN KEMBANGKAN CERITA KAT KELANTAN TU, YANG PALING PENTING, SAYA DAH LETUPKAN MAKLUMAT TU DULU, YANG SAYA BOLEH LETUP, SAYA LETUP, YANG DITANDA SEBAGAI “SENSITIF” ITU, SAYA TAK BOLEHLAH NAK LETUP LEBIH-LEBIH.
NEXT ARTIKEL SAYA AKAN DIDIK SAUDARA PEMBACA MENGENAI KOMPLEKS-KOMPLEKS JEPUN INI MELALUI ILMU YANG DICURAHKAN OLEH SAHABAT SAYA IAITU SI FAIZAL YANG SAYA STOR NAMANYA DALAM HP SAYA SEBAGAI “FAIZAL TREASURE HUNTER” HEHEHE,,,,
DI SINI SAYA MENGAMBIL KOMEN DARI TUAN MEGAT PANJI ALAM, SAYA KIRA APA YANG BELIAU TULIS SANGAT-SANGAT TEPAT DAN RUGI KALAU SAYA BIARKAN IDEA DAN ILMUNYA DALAM KOTAK KOMEN BEGITU SAHAJA, JADI SAYA ANGKAT MENJADI SEBUAH ARTIKEL.
1. Buat pertama kali saya membeli akhbar Utusan Melayu pada tahun 2012 kerana ada berita menarik yang menyentuh mengenai latihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan negara jiran dan juga permintaan rasmi dari Presiden Mesir kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk Malaysia campur tangan dalam konflik di Gaza.
2. Yang menghairankan, mengapa permintaan rasmi ini dibuat kepada Malaysia sahaja tetapi tidak kepada negara-negara Islam yang lebih besar dan kuat angkatan tenteranya seperti Indonesia dan Arab Saudi (Komen Shahpaskal : Permintaan ini dibuat pada 17 Nov lepas melalui panggilan telefon dari Presiden Mesir Mohamed Morsi kepada Najib)
3. Mungkin jawapannya ada pada dasar pertahanan Malaysia dan sejarah lampau penglibatan tentera serta komando kita di Bosnia Herzegovina pada tahun 90an dahulu (Komen Shahpaskal : Pembaca sila rujuk kepada artikel-artikel lama saya)
4. Komando kita, pasukan GGK ada di Bosnia Herzegovina tetapi operasinya?
5. Keywords kepada artikel ini adalah Dasar Pertahanan Negara (DPN) dan mereka yang tidak tahu atau memahami DPN pasti sukar untuk mengetahui dan membaca malah meramal tindakan Malaysia dan ATM sendiri apabila berlaku sesuatu konflik luaran mahupun dalaman yang melibatkan Malaysia dan tetangga.