NOTA SHAHPASKAL : BAHAGIAN DASAR ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) TELAH PUN MENGHUBUNGI SAYA MEMINTA SAYA MEMBAIKI BEBERAPA KESALAHAN FAKTA YANG TERDAPAT PADA ARTIKEL MALAYSIA CONNECTION IN AFGHAN 2.N
PENJELASAN DARI BAHAGIAN DASAR ATM MENGENAI ARTIKEL ITU BERBUNYI :
“The shifting of MALCON ISAF from Bamyan to Afghan capital, Kabul is not due to US instruction but our engagement to Afgan from provincial level to national. US got nothing to do with us being anywhere in Afghan and we certainly wont’be sending our troops to Kandahar. Malcon ISAF is being determined by us in KL and no influences from USA or NATO”
INI ADA SATU WABAK BARU PULA, TUDUHAN YANG MENYATAKAN SAYA INI RASIS KERANA CUBA MENAIKKAN SEMANGAT ANAK BANGSA. YA AKUI, SAYA MEMANG RASIS TAPI RASIS SAYA TIDAK MENJURUS KEPADA PENGANIAYAAN TERHADAP KAUM LAIN DAN AGAMA LAIN.
TUDUHAN INI PALING BANYAK DATANG DARI BANGSA…MAAF !!! BANGSA SAYA TIDAK TAHU TETAPI MEREKA CAKAP MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU, NAMA PUN SERUPA DENGAN MELAYU DAN SAYA YAKIN, NAJIS MEREKA COMFIRM ADA MOLEKUL SAMBAL BELACAN, CENCALOK ATAU BUDU.
JADI ADAKAH MEREKA MELAYU? SAYA RASA MUNGKIN YA, MUNGKIN TIDAK. MEREKA ADALAH MANUSIA YANG TIDAK ADA IDENTITI, TIDAK ADA JATI DIRI DAN TIDAK PERNAH KENAL TENTANG BANGSA-BANGSA YANG HILANG
IDENTITI SEHINGGA GAGAL MEMPERTAHANKAN AGAMA SENDIRI IAITU ISLAM.
KERANA APA? KERANA GOLONGAN INI TIDAK PERNAH BERJALAN, TIDAK PERNAH MELIHAT RANTAU ORANG DAN KURENGGGG MEMBACA BAHAN BERILMIAH (SAYA INGAT HARAKAH PUN DEPA TAK BACA, APATAH LAGI UTUSAN).
DALAM KEPALA MEREKA, KALAU SAYA TULIS PASAL JATI DIRI MELAYU, SAYA DICOP SEBAGAI PENULIS UPAHAN UMNO TAPI YANG ANEHNYA, BILA SAYA SELITKAN SEMANGAT AGAMA KITA, TIDAK PULA MEREKA KAITKAN SAYA DENGAN PARTI PAS HE,,HE,,HE
——————————————————————————————————-
Karangan dari sahabat yang saya gelarkan, Faizal National Treasure (Dalam artikel kali ini, mesti dia aktif dalam ruangan komen, dia moderator jadi silalah berhubung dengan beliau)
“ Dengar sini kawan kawanku sekampung, aku berharap, janganlah hendaknya, ada manusia seperti ini di tanah air kita, kerana, manusia yang seperti inilah yang akan merosakkan keturunan kita, ya… memang bangsa kita masih muda dan masih lemah, aku tak peduli itu semua…harapan ku hanyalah, kita sesama bangsa, bersatu padu lah hendaknya… “ P.RAMLEE… (SARJAN HASSAN) 1958.
1.Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim, jika disebut akan namanya ini, pasti ramai generasi muda kita tidak berapa kenal dengan nama agung ini, tapi jika disebut P.Ramle, dari tokwan sehinggalah ke cicit wan pon semua kenal akan insan agung teristimewa ini.
2. Tentu para pembaca hairan, kenapa dan apakah sebabnya artikel ini ditulis. Apa kaitannya dengan blog Military of Malaysia ini?
3. Di sini tuan tuan pembaca sekalian, saya ingin mengajak tuan tuan semua mengkaji dan menilai setiap lakonan dan penceritaan seniman ini yang pada hemat saya kebanyakan penonton peminat P.Ramlee ini hanya untuk menonton dan menghiburkan diri sendiri atau keluarga.
4. Tetapi sedar atau tidak, seniman ini sebenarnya mengajar kita pelbagai erti rencah hidup yang sememangnya kita hadapi pada zaman sekarang ini. Apa yang tersurat dan tersirat dalam mesej yang disampaikan kepada kita khususnya bangsa Melayu telah lama di kaji oleh beliau dan terbukti pemikirannya ini mendahului zaman!
5. Pelbagai versi berkenaan dengan seniman ini telah di perkatakan oleh pelbagai peringkat dan komuniti. Namun ia tetap penuh misteri, mistik sehingga mengangkat insan ini terus di puja di sanjung hingga kini.