1. Hari-hari nampaknya saya terpaksa datang ke pameran DSA 2012, walaupun sebenarnya saya malas kerana masalah kesukaran meletak kereta, kesesakkan lalu lintas dan hujan yang turun lebat pada sebelah petang.
2. Sebenarnya saya mencari kehadiran industri senjata dari Singapura atau negara-negara jiran tertangga tetapi tidak jumpa malahan PT Pindad sendiri kelihatan agak tidak bermaya pada pameran DSA kali ini, pada tahun-tahun sudah, syarikat Indonesia itu membawa masuk pelbagai laras senjata buatannya tetapi kali ini ia hanya hadir dalam bentuk poster.
3. Saya kira mungkin PT Pindad telah menghabiskan banyak wang untuk menyewa tapak termasuk membawa kereta perisai jenis Anoa atau nama jolokkanya Rimau, ia diletakkan di hadapan pintu masuk ke pameran DSA, Putra World Trade Centre. [Read more…]