PENGALAMAN NAIK KD JEBAT
1. Sudah bermacam-macam kapal perang milik Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) sudah saya naik dan belayar dan yang paling kerap adalah dari kapal sokongan KD Mahawangsa dan KD Seri Inderapura.
2. Kapal selam Scorpene milik negara saya belum pernah masuk apatah lagi belayar tetapi saya sudah pernah memasuki kapal-kapal selam jenis Agosta milik Peranchis dan Pakistan.
3. Semasa di Langkawi waktu pameran LIMA dahulu, saya berpeluang belayar dengan KD Jebat dan subuh lagi saya sudah berada di jeti Awana Porto Malai (boleh bangun pagi pasal den semalaman tak tidur).
4. Di jeti, saya lihat KD Tun Abdul Razak sudah mula bersiap dan kedatangan saya ke kapal friget KD Jebat disambut oleh XO kapal tersebut, namanya lupa pulak…
5. Setengah jam kemudian KD Jebat mula bergerak perlahan dengan kelajuan di antara 8 hingga 12 knots untuk mengiringi Scorpene keluar, yelah kapal selam mana boleh bergerak laju dan sepanjang pelayaran, KD Razak hanya belayar di permukaan sahaja kerana keadaan laut di sekitar Langkawi sangat cetek.
6. Perkara pertama saya cari ialah “port” hisap rokok, ada dua, satu di dek misil yang menempatkan peluru berpandu Exocet dan kedua, di bawah dek pendaratan helikopter.