“Manusia perlu menamatkan perang, atau perang yang akan menamatkan manusia”… (John F. Kenedy.. Ucaptama di PBB 1961)
“ Perang adalah seburuk buruk kejahatan, tetapi ada satu kebaikannya, ia mengusir ketakutan dan membangkitkan keberanian”….(Mahatma Ghandi)
1. Salam bahagia, berjumpa lagi saya bersama tuan tuan pembaca blog yang budiman. Di saat saya sedang menulis artikel ini, tahniah dan syabas kepada semua warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kita yang sedang bertungkus-lumus mempertahankan tanah air kita dari penceroboh durjana.
2. Seperti biasa, terdahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Hj. Shah Paskal (admin) kerana menyiarkan artikel terbaru dari saya.
3. Kebelakangan ini saya amat sibuk dengan tugasan operasi dan pendakwaan di jabatan saya, namun tidak sesekali saya melupakan blog ini dan permintaan dari admin untuk artikel artikel seterusnya bagi merancakkan lagi perbincangan ilmiah antara forumer sekalian.
4. Sejak sebulan ini, ramai dikalangan anggota jabatan saya mula meminati blog ini walau perbezaan tugasan yang amat nyata dari ketenteraan. Namun kes pencerobohan ini telah menyebabkan saya di tanya bertalu talu oleh rakan setugas sehinggakan menjadi topik perbincangan hangat antara kami.
http://i1316.photobucket.com/albums/t601/shahpaskal/fc4ddea1-dcea-431f-9846-5336ecba6992_zps36b2f6a2.jpg
5. Apalah yang saya boleh jawab, hanyalah andaian andaian dan saya tidak berani untuk mengulas tentang apa yag terjadi kerana terlalu banyak versi penceritaan dari pemberita pemberita tidak bertauliah. [Read more…]