1. Saya baru sahaja menyertai pertandingan menembak tentera darat di lapang sasa Kem Menyala, Port Dickson pada Ahad lepas, memang penat kerana cuaca agak terik.
2. Hampir sahaja saya menolak pelawaan kawan saya untuk menyertai pertandingan itu kerana saya ada banyak urusan lain tetapi disebabkan desakan demi desakan dari kawan-kawan saya yang lain dan mengenangkan ada kawan yang mahu merasa menggunakan senjata api, jadi saya pun bergeraklah ke situ.
3. Saya hairan juga kerana tidak ada seorang anggota pun memakai pakaian seragam multi cam baru tetapi menurut seorang pegawai di situ, bahagian Markas Latihan telah mengarahkan supaya semua anggota dan pegawai memakai celoreng lama.
4. Berbalik tentang celoreng lama ini, seorang pegawai berpangkat kapten memberitahu saya bahawa celoreng lama tentera darat ini kalis infra red pada jarak 200 meter.
5. Ini merupakan pengalaman beliau sendiri yang menyaksikan pakaian itu melalui teropong infra red sebelum ini.
6. Sampai masa, berpeluanglah saya menembak dengan menggunakan raifel M4, ini merupakan kali pertama saya berpeluang menggunakan raifel terbaru itu yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan M16.
7. Dari segi tendangan atau recoil, saya fikir ia sama sahaja dengan raifel jenis “bull pup”.
8. Apa pun, pada jarak 100 meter, saya gagal mendapatkan “score” yang baik…oleh kerana cuaca yang agak panas dan saya pula menumpang kenderaan seorang pegawai dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, saya mengambil keputusan untuk balik awal sebelum terserempak dengan kesesakan lalulintas di Lebuhraya PLUS.
ANTARA YANG MENARIK ADALAH PENGGUNAAN MERIAM OTO MELARA 105MM
9. Meriam ini sudah berpuluh tahun digunakan, dulu sudah dimodifikasi oleh PSC Naval Dockyard dan dinamakan “SAKTI” tetapi saya tidak pasti jika meriam “SAKTI” ini memasuki perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau tidak.
10.Dengan keadaan negara yang bergunung-ganang, berbukit bukau dan berhutan, saya yakin meriam 105mm ini yang boleh ditanggal dan dipasang kembali sangat sesuai digunapakai untuk negara kita walaupun negara lain sudah pun beralih kepada kaliber yang lebih besar.
Lupa nak bagi tahu, pertandingan menembak individu dimenangi oleh blogger Malaysia Military Power, saudara GGK. Sebenarnya, saya rasa tidak adil kerana operatif komando dibenarkan masuk menyertai acara ini melawan orang awam. Dah tentulah komando menang.
hartioulopent.science says
Helikopter AH-1 Cobra adalah sejenis helikopter penyerang dua anak kapal yang boleh beroperasi sama ada di darat ataupun di laut. Helikopter ini memberikan bantuan serangan rapat untuk pasukan tentera khususnya di dalam peranan anti kereta kebal , iringan bersenjata dan peninjauan.
hmm says
hehe
Salem Reid says
Salam. Terlebih dahulu salam kepada Celcom April 10 2014 dan juga kepada Admin. Menarik ungkapan sair/sajak berkenaan. Panduan peluru tidak tembus tubuh mungkin. Mohon penerangan lanjut, Celcom. My email [email protected].
Untuk Admin, jangan kecewa, panjang umur, kita boleh sembang kena teh tarik di Restoran New Zealand, dekat Seri Pentas, bagaimana nak tembak m4 dengan lebih, saya boleh beri free theory tuition. Boleh tewaskan bloggers lain, insya Allah. Secara ringkas, laras m4 lebih pendek dari m16a1. Jadi kemungkinan utama, dengan barrel pendek m4, tumpuan peluru dari titik tenangan di sasaran pada jarak 100m tidak banyak berbeza dengan mengguna m16a1 dahulu. Akan tetapi pada jarak 300m, menggunakan m16a1, peluru akan bertumpu 6 ke 8 inci di bawah titik tenangan. Maka anda perlu aim ‘junjung’ di kepala target. Saya percaya dengan barrel pendek m4, peluru akan jatuh lebih jauh ke bawah berbanding menggunakan m16a1. Mungkin 2 inci lagi ke bawah. Jadi di masa akan datang anda perlu adjust tenangan anda 2 inci lebih ke atas bila menembak dengan m4. Pegangan, penafasan dan latihan juga memainkan peranan penting untuk menjadi jaguh. Secara kasar, anda boleh memicit picu selepas melepas dan menahan nafas, atau selepas menarik dan menahan nafas, mengikut yang mana selesa. Lebih baik lagi, masuk askar Wataniah.
Seperkara lagi , PSC Dockyard tidak pernah memodifikasikan meriam Oto Melara 105mm seperti tertera dalam artikel saudara Admin, tapi ada memasang dan cuba dipasarkan kepada ATM meriam L118 British kaliber 105mm juga tapi dengan jarak tembakan maksima 17,200meter, berbanding Oto Melara yang kita gunapakai sekarang yang jarak tembakan maksimanya cuma 10000 meter. Harap maklum. Wassalam.
Pemerhati Bersara RAMD
Tanggo Battery says
tikuscomey says
April 8, 2014 at 11:02
nape ye,…kita nie tak pernah menang sukan tembak sesama army asean ????
Reply
Memang askar kita kalau masuk pertandingan memang tak pandai menembak.Serius geng..Dalam live operation pun sama gak.Lagi teruk pulak tu.Bayangkan macam kes Paskal pergi tolong kapal yang kena hijack lanun somelia.Semua tembakan Paskal tak kena.Last sekali lanun somelia ditawan dengan bagi penampo sorang sedas.Sad but true !kihkhkih
Rasputin says
MH370 Revisited Part 1 – http://rense.com/general96/mh370rv.html
Muhd akmal says
As salam, yg celoreng TD baru ada keupayaan kalis infra red x saudara shah?..
sekadar bertanya…
comelnyer says
gilak gilak,…..dalam diam indon beli pesawat kepresidenan mewah macam air force one punya obama,…membazir duit betol,…pesawat nie super mewah+ ade fitur anti rudal pulak,ada alatan jaming,flare,chaf,pengecoh…….gila babun duit indon nie,belanja tak habis habis….pesawat indonesia air force one nie pon dah sampai kat indon,….najib tak buat hal sama kah???
sontoloyo says
bro sha blh ulas x pasal DSA 14 ni ade kejutan or b’ombak sepi saja…hehehe
romlah says
ape negara kita tak boleh buat sendiri
http://nasional.news.viva.co.id/news/read/436880-malaysia-pesan-seragam-militer-di-sukoharjo
Azman Ismail says
Teringin nak merasa rifle baru ni, last pegang masa kadet tentera sekolah 1989.
celcom says
Roh dan jasad diseru seru
Tertinggal diri jasad terbujur
Terlonglai badan luluh tiada tiangnya
Membisu kebodohan tiada berkata
Menggila badan meroyan ketidak tentuan
Siapa aku siapa engkau
Tersisip jati Roh Allah dalam diri
Bergabung aku di dua alam
Berbekal kalimat Allah disetiap sendi
Kata ku adalah kata Mu
Kun fayakun
Allah menjadi sempadan diri.
Terkait benang menjadi baju
Baju menjadi perisai diri
Kenal diri, kenal Tuhan Mu
Terukir Allah disetiap diri.
Rajinjkanlah amalkannya selepas solat..
mudahan time emergency,boley kuar peluru emas dari hujung jari..
akujamak says
cahaya al majid
Ameer says
Demam kononnya, alasan tu hahaha sebab tak dapat tempat pertama dalam Best 10
akulangit says
baru tau GGK ni komando…ingatkan SB
afiq hakimi says
hahahaha..
si tawel menang ek?
gagak ke ggk?
sang perba says
bermula tatkala sudah lalu lima ratus tahun tiga maka segala bedil rentaka lela dan sebagainya tiadalah terdengar lagi akan dia mudah mudahan masih tersimpan kemas dalam perbendaharaan lasykar lasykar malaya hingga tunggu masa yang sesuai guna akan dia hatta segala panglima hulubalang lasykar melayu diraja malaya datang kepada zaman sekarang barang sehari hari tiadalah pekerjaan lain melainkan bermain senjata bedil meriam akhir zaman adanya maka begitulah pekerjaan menjaga agama negara dan bangsa barang sekali kali tiada hirau akan dia untung nasib hidup mati melainkan diserahkan kepada kudrat iradatNya sahaja maka ketahuilah olehmu hai tuan tuan hamba segala rakyat kaya miskin hina dina janganlah kalian benci akan palawan palawan negara yang siang malam berjaga ganti akan nyawa taruhannya maka wahai palawan palawan melayu diraja akan hamba yang fakir lagi hina ini persembahkan barang kata ini mudah-mudahan mendapat iktibar akan diri hamba serta sekalian melayu adanya supaya kasih sesama kita saudara seagama hingga ke titisan darah yang terakhir maka dimanakah tumpahnya darah kalau bukan di bumi ini maka akan hamba ini walau dengan badik jawa berpendua parang kontot tiada terhisabkan lagi akan nyawa hamba berjuang bersama tatkala melihat akan palawan palawan negara berjuang dengan ikhlas adanya mudah mudahan dalam rahmatNya wallahuaa’lam
altantuya says
aaahhhhh……….kutu kupret!
sang perba says
hei mambang kutu atlantuya,ketahui olehmu ini bukan kandang potilik,sebenarnyalah mambang sersifat demikian,dahulu jan manjan, datang kepada anak cucu cicitnya mambang dan peri,apa tiadakah mambang kutu diajar paduka ayahanda berbahasa?
altantuya says
hoh! Dua tiga kayu lurus…mana ada urus! Weeek…
amirull says
len kali bawak kodak spare….
hahahah….
Mi-D says
org awam blh join? camne tu
faizalrsd says
Lupa nak tanya tn. aji,orang awam yang bagaimana layak join pertandingan menembak ni?kena ada lesen ke,kena amik kursus dulu ke?saya tak pernah pegang senapang betul,tapi konfiden la jugak boleh menembak.
shahpaskal says
Orang awam boleh join kalau saya yang bawa masuklah
Rojo Lele says
Beli produk kami saja, kami ada pakaian seragam berquality, macam tentera NATO/US punya. Senapan pun kami ada SS1 or SS2 tak payah beli jauh2 buatan kami battle proven, kami sll juara menembak memakai senapan kami sendiri.. Salam damai.
faizalrsd says
filem habis?hehe! blekberi kan adooo.
rai says
Pertandingan terbuka kepada orang awam?
NMA says
aku pun tringin nk merasa menembak nieh…
Paya jaras says
Org Awan pun boleh joint pertandingan menembak. best nya. Mcm mana nak joint?
tikuscomey says
nape ye,…kita nie tak pernah menang sukan tembak sesama army asean ????
fazlisan says
hahaha..sabo jelah..kira ok la tu kalah dgn komando
naza says
sebbek tak lawan ngan sniper….. 🙂
Kowloon says
filem dah abisss..eh?
yo says
Tuan blog masih pakai kamera pakai filem ?
kampungku says
yea… comando menang hehehe
wank says
good. kembali pembahasan militer. bukan pembahasan merapu
din says
Kenapa malaysia tak nak pakai AK47 sebagai senjata untuk tentera darat..?
anak kota says
bang…baru lepas keluar dengan taliban ker?…senjata dah lama bang…buat sakit urat je kena hentak kat urat tangan
Joelabi says
dari pakai AK47 baik guna balik je SLR tu….
system baru says
rusia tak pakai ak 47 itu, rusia pakai ak74 bakal di tukar pada ak 12
Ameer says
AK-47 memang tahan lasak. Peram seminggu dalam lumpur buat pekasam pun masih boleh tembak lagi. Drawback-nya ialah AK-47 agak besar dan berat especially in tight corner and small rooms. Selain itu, ia tak mampu tembak dengan berapa tepat dan velocity pelurunya agak lambat berbanding M-16 walaupun mempunyai tumbukan yang lebih kuat.
maha says
bagi aku pendapat aku, kita kena kekal meriam 105mm ota melara ini sebab senang buka dan pasang balik, mariam sakit kena ada kebolehan macam meriam ota melara, ini amerika dan korean selatan masih kekal meriam 105mm mereka memoden balik meriam jenis keliber 105mm ini ia kecil senang di letak kawasan bukit,
ini meriam korean evo 105mm yg dimoden balik=
http://www.youtube.com/watch?v=P1Fn3SIqqp8
ini meriam us baru cipta untuk 105mm masih r&d
mie says
ayat filem kamera dah habis macam tak leh blah jerr…hahahahah
faisal 9w2wbt says
errr.. tn hj… mcmner nak join? tk penah rasa menembak besi real… tembak air songkran penah laaaa… heheheh 13 april ni… ahaks…
Mat says
Tembak air songkram tu kita tak boleh main. Tu kan upacara agama Buddha. Orang Islam janganlah lagi sibuk dengan ritual agama lain. Mufti Perlis dah beri nasihat; kita jaga aqidah.
ali says
nice
IH says
masuk dulu..
KUNTA KINTE says
Perghhhhhhhh. ..