Military of Malaysia

Military Analysis & News

  • Utama
  • Arkib
  • Hubungi
  • Pengenalan
  • Produk Military
You are here: Home / Analisis / KESIMPULAN ISU PATRIOTIKAN KAUM BUKAN MELAYU

KESIMPULAN ISU PATRIOTIKAN KAUM BUKAN MELAYU

December 2, 2010 by Admin 56 Comments

KESIMPULAN ISU PATRIOTIKAN KAUM BUKAN MELAYU

1. Selepas artikel Patriotikah Kaum Bukan Melayu? Saya dapati ada pihak yang tidak membaca artikel saya dengan berhati-hati. Saya rasa mereka ini cuma baca tajuk sahaja tetapi tidak baca isi dalam dan mereka mentafsirkan artikel saya mengikut acuan mereka sendiri.

2. Ada tiga bahagian dalam artikel itu : 1. Saya buat tafsiran bahawa Zahid mahu menyampaikan mesej atau cabaran, 2. Pengalaman saya sendiri apabila melihat segelintir kaum bukan bumiputera terlalu manja (saya tidak kata mereka tidak patriotik tetapi manja) 3. Pengalaman saya sendiri yang mempunyai rakan dan kenalan yang bukan bumiputera tetapi mereka patriotik.

3. Artikel saya juga menyatakan masalah tidak patriotik ini bukan sahaja membabitkan kaum bukan bumiputera tetapi orang Melayu sendiri.

4. Kalau anda mengikuti komen-komen saya sejak dari awal penubuhan blog ini, saya sendiri mencantas dan menolak pendapat-pendapat bahawa orang bukan bumiputera ini tidak patriotik.

5. Semua pendapat pembaca saya baik dari pihak yang pro pembangkang mahu pun yang pro kerajaan mempunyai kebenaran masing-masing cuma saya tetapi cuma segelintir pembaca yang mendedahkan masalah sebenar.

6. Sebagai contoh, saudara Mumuchi telah memberikan link kepada artikel yang menyatakan mengapa mereka tidak menyertai ATM diĀ  : http://img593.imageshack.us/img593/4788/newstraitstimesnonmalay.jpg

7. Saudara Ujang Baguang memberikan pendapat bahawa kerajaan perlu membuat kempen yang menarik yang mengangkat ATM sebagai sebuah badan profesional bagi mengikis sikap prejudis kaum bukan bumiputera.

8. Saudara Gafaro yang menyatakan sifat patriotik tertonjol di bahagian lain bukan semata-mata untuk memasuki ATM sahaja.

9. Wassup yang melihat sendiri sifat patriotik orang bukan bumiputera di alam siber, mungkin melalui forum-forum yang beliau sertai.

10. Tomc4 yang bekerja di institusi akademik milik ATM yang mendapat respon bahawa program PLKN telah menarik minat bukan Melayu menyertai tentera.

11.Perang, walaupun pelik kedengaran komennya tetapi menarik juga minat untuk saya kaji.

12. Skuad42, pengalaman beliau hampir sama dengan saya, beliau melihat kebanyakkan non bumi generasi hari ini tidak menyertai tentera bukan disebabkan mereka tidak patriotik tetapi manja dan saya rasa masalah ini berlaku pada generasi Melayu juga.

13. Sniperz, yang membukti non bumi mempunyai minat untuk memasuki Palapes tetapi hilang pula minat ini selepas lulus dari universiti.

14.Awas yang melihat isu patriotik ini dari segi tingkah laku

15.Blacknwhite yang melihat isu ini menjadi masalah perkauman kerana tidak ada perbincangan di antara ketua kaum non bumi dengan kerajaan.

16. Gempurwira yang menyatakan mereka yang masuk askar sendiripun bukan bermakna mereka ini patriotik kerana ada yang menjual maklumat kepada negara lain (Ya saya setuju sangat).

17.Ibnuzailan yang melihat isu ini sebenarnya adalah untuk kepentingan politik menteri dan kerajaan mengamalkan double standard terhadap kaum bukan bumiputera tetapi pada masa yang sama menuntut taat setia kaum-kaum ini.

18. Anak Bekas Tentera DiRaja Malaysia dan OrgMuda yang mengaitkan mentaliti rakyat dengan kerjaya tentera yang berada pada kelas ketiga, ini disebabkan kegagalan kerajaan mempromosikan kelebihan yang ada dalam tentera itu sendiri (saya sangat bersetuju dengan pendapat mereka)

19.Helang yang menyatakan sikap orang kita juga yang sentiasa syak wasangka terhadap kaum lain.

20. penditabebas mungkin memberikan pendapat yang agak kontroversi tetapi jawapan beliau adalah kesinambungan pada “sikap manja” kaum bukan bumiputera.

21.Ko-karp yang memberitahu sejarah non bumi dalam perkhidmatan tentera sejak bermulanya darurat dahulu.

22.bebas yang mengaitkan masalah patriotisme dengan sejarah Rasulullah di Madinah

23.Saya mengharapkan dapat komen lebih ramai dari yang bukan bumiputera tetapi hanya sorang sahaja tampil iaitu mmuurrlly, tetapi bro, u pun silap, bila masa pulak saya kata orang bukan bumiputera tidak patriotik, Dont Just Read The Title (The title is for attraction only), baca the whole thing and in my case, i got non Malays freind who are patriotic to this country and i mention about them in my article HAHA, (No Hard Feeling Bro).

24.Semoga input-input yang kita dapat akan dibaca oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan saya sangat berharap kementerian itu akan mula mempromosikan bidang ketenteraan dengan cara yang lebih glamour lagi seperti yang kita lihat melalui iklan-iklan yang sangat menarik seperti yang dibuat oleh Angkatan Bersenjata Republik Singapura.

Related

Filed Under: Analisis

About Admin

A philosopher, well-trained CQC master, pinpoint marksman, tactical genius and firearm expert. Finished Special Ops close quarters training course in 17.23 seconds. Experienced physical, electrocution and burn torture training to prevent information leak. Broke fall 20m from helicopter. Gold medalist in Dormitory-level boxing.

Your argument is invalid.

« PATRIOTIK KAH KAUM BUKAN MELAYU ?
G LOC DAN SPATIAL DISORIENTATION »

Comments

  1. Hafiz Alyas says

    August 25, 2012 at 03:20

    Assalamualakum dan Salam Sejahtera..
    biar sy jelaskan d sini..walau pun kaum bkn Melayu kurang b’minat mnyertai pasukan tentera itu bkn b’makna mereka x patriotik..terlalu bnyk kaum bkn Melayu mnyertai agensi2 keselamatan yg lain spt PDRm & sbgnya..

    Reply
  2. chow weng hong says

    April 3, 2012 at 22:12

    saya ingin tengok gambar itu boleh tak?

    Reply
  3. kimi says

    April 3, 2012 at 19:32

    Pada pendapat saya, salah satu sebab mengapa kaum lain kurang berminat untuk menyertai ATM adalah kerana ‘monopoli’ orang bumiputera sendiri. Sebagai contoh, mengapa ramai orang Melayu tidak berminat untuk menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolah atau universiti? Jawapannya kerana PBSM telah di’monopoli’ oleh kaum Cina. Oleh itu, ramai orang Melayu terutamanya lelaki kurang berminat kerana tiada rakan (atau istilah orang muda, takde geng). Oleh itu, mereka lebih rela untuk menyertai Pengakap, Kadet Remaja (di sekolah), Palapes, Silat (di universiti) dll. Begitu juga sebaliknya orang Cina dan India, kerana persatuan-persatuan ini dikuasai orang Melayu, takut ‘takde geng’, liat untuk sertai persatuan-persatuan tersebut, sebaliknya lebih suka cari geng di PBSM, Taekwondo dll.

    Saya pernah menyertai sukan Taekwondo, bola keranjang dan PBSM, oleh itu, saya faham benar perasaan terasing apabila berada di kelompok bukan Melayu. Berdasarkan pengalaman saya, saya rasa bukanlah kaum Cina dan India sengaja mengasingkan orang Melayu dalam aktiviti-aktiviti ini, tetapi kerana kurang rakan-rakan Melayu, perasaan itu timbul sendiri. Atas sebab itu, saya percaya orang Cina dan India enggan menceburkan diri sebab takut ‘takde geng’.

    Oleh itu, saya cadangkan agar rekrut baru ATM bagi orang bukan Bumiputera dikumpulkan di beberapa kem sahaja (bersama rekrut Bumiputera yang lain), supaya bilangan bukan Bumiputera di satu kem pada satu-satu masa dapat ditingkatkan, sekaligus mengurangkan rasa terasing dan menarik minat orang bukan Bumiputera menyertai ATM. Setelah kehadiran kaum bukan Bumiputera dalam ATM meningkat , secara otomatiknya dasar pengumpulan ini boleh dimansuhkan.

    Reply
  4. Syz says

    December 14, 2011 at 13:21

    slm,bagus komen diatas…sangat sokong…patriotik bukan bermakna jadi askar dan polis sahaja,kerja dengan amanah pun kira patriotik jugak…

    Reply
  5. baby zira says

    March 24, 2011 at 14:56

    alahai abang hati kering.
    kering betul hati u ni.
    itu hanya ‘bidalan bahasa’,pusaka moyang2 kte dlu..buat tatapan cucu cicitnye.
    maksudnye tersirat dan dalam bang..
    mata pene tajam..sangat tajam sifatnya.
    sama2 belajar mengenal “usul dan asal” ye.

    Reply
  6. hati_kering says

    March 24, 2011 at 13:24

    kpd akudiadiaaku:
    ko nie pon bonggok gk aek..
    klu ad kayu jek tnpa mata kapak yg dibuat dr besi pon xbleh gk nk potong kayu kn…

    Reply
  7. killer cocoon says

    March 24, 2011 at 10:40

    Penambahan:
    Sahabat,sila betulkan jika ada salahnya.

    Berjuang untuk membela yang “haq” kerana ALLAH,RAJA,BANGSA dan NEGARA hingga titis yang terakhir.

    Reply
  8. akudiadiaaku says

    February 24, 2011 at 03:20

    bukan mempertikai yang 10% tapi yang 90%

    umur 60 tahun lahir di sini membesar disini tapi kenapa cakap bahasa kebangsaan masih tegagap-gagap bukan yang 10% tetapi yang 90%

    buat sekolah kebangsaan kenapa masih juga mempertahan yang lain..bukan tiada subjek bahasa ibunda bukan mempertikai yang 10% tetapi yang 90%

    cakap semangat kebangsaan tapi kenapa masih lagi ada yang mempertikaikan rukun negara bukan mempertikai yang 10% tetapi yang 90%

    bercakap cintakan negara tetapi kenapa masih juga mahu merosakannya bukan mempertikai yang 10% tetapi yang 90%

    tiada yang dahulu tiada yang sekarang tetapi mengapa masih tidak berubah..

    “” Mata kapak yang dibuat daripada besi tidak boleh memotong kayu, tetapi kayu juga yang boleh memotong kayu kerana mata kapak tanpa kayunya tidak boleh memotong”

    Reply
  9. ZULKIFLI BIN MAHMOD says

    January 25, 2011 at 21:27

    BERJUANG UTK NEGARA HIGGA MATI

    Reply
  10. markus gonzales says

    December 27, 2010 at 21:52

    bro shah’
    kenapa malingsia ngak punya etika mnyuluh in laser ,jagaan kalian di gelora bung karno bisa di hancurkan 6-0

    Reply
    • markus kus semangat says

      December 28, 2010 at 08:18

      tenang dong,…jangan bikin ribut di sini…ape ko ingat sini porum citer bola ke???

      itula perangai Indon..dia suluh laser pada orang takpe…bila orang balas balik, dia bising..baca di bawah ni..
      http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

      sorii out of topik jap…

      buat markus, kalu nak citer pasal bola, pergi tempat yg betul..bukan di sini ok..

      kalau nak berporum cara baik, rasional,, amatlah dialukan..

      kalau nak provok, berperangai macam budak2 kecik, mohon undur diri anda dari sini…

      Reply
    • Sang Pujangga says

      January 11, 2011 at 00:33

      emm 4-2?

      Reply
  11. Green says

    December 27, 2010 at 19:05

    Lama x update bro,.. apa citer. Lama dok tunggu ni.

    Reply
  12. Call Of Duty says

    December 25, 2010 at 18:36

    Update,update n update…………………….!!!!!!!!!

    Reply
  13. MacJay says

    December 25, 2010 at 01:16

    apa komen penulis berkaitan kedudukan Malaysia dalam ranking pertahanan dunia? http://www.globalfirepower.com/

    Reply
  14. M1 says

    December 22, 2010 at 16:02

    akhirnya bro shahpaskal keluar juga dr dlm air…lama benor dok menyelam…sibuk sungguh ke kebelakangan ini???

    tertunggu-tunggu artikel baru dr bro shahpaskal machaalani…..

    Reply
    • combat green says

      December 22, 2010 at 19:58

      tertunggu-tunggu update bro shahpaskal….blog no.1 pilihan saya, belia berusia 21tahun..pleaseeeeee…tolong buat artikel baruuu…..

      Reply
  15. Zuha says

    December 21, 2010 at 23:29

    Shah Paskal tolong beri butiran lanjut mengenai dakwaan owner blog ini mengenai isu pembelian barang pertahanan..mana tahu shah paskal kenal owner blog ini.

    http://beritasemasa.com/pembelian-sistem-pertahanan-negara-acmi-diragui#more-13964

    Reply
    • shahpaskal says

      December 22, 2010 at 13:24

      Zuha,

      Artikel itu ditulis oleh saya sendiri. Tuan empunya blog terseput telah mengambilnya dari blog saya.

      Seperti biasa, penyokong pembangkang dan kerajaan akan memetik artikel dari blog saya mengikut kesesuaian mereka. Ini adalah lumrah, sebagai seorang yang profesional, saya tidak bias pada mana-mana pihak

      Reply
  16. Sniper says

    December 19, 2010 at 16:17

    Update?

    Reply
  17. syed_sharul says

    December 17, 2010 at 11:32

    Bro shah comment sikit psl wikileaks….
    sbb pndadahan pihak wikileaks ni m’libatkan negara kita jga…
    pls up-date la Bro Shah….

    Reply
  18. syed_sharul says

    December 17, 2010 at 11:29

    Bro shah bila mhu up-date ni…..

    Reply
  19. astomahawk14 says

    December 17, 2010 at 10:39

    to djoe black and information for all
    ada fakta yang anda utarakan kurang tepat:
    1. kini ATM telah menggariskan keperluan kemasukan rekrut pada tahap pendidkan SPM tetapi permohonan PMR bagi tentera darat masih dipertimbangkan atas sebab-sebab tertentu. Sekiranya ada individu yang masuk dengan tahap PMR sekalipun ATM membuka peluang yang amat luas utk menyambung pelajaran cuma ianya selalu disia-siakan oleh individu.
    2. sambung khidmat memang dibuka tetapi ianya bergantung kepada reputasi seorang tentera tidak kira pegawai atau peringkat bawahan.
    3.veteran benefit memang amat banyak adakah anda telah lihat tangga gaji terkini ATM terutama peringkat bawahan? anda dapat bayangkan sekiranya anda mempunyai tahap pendidikan SPM pada usia pencen anda 21 tahun anda mampu mendapat pencen lebih kurang RM1800? dapat duit baki cuti , simpanan paksa lembaga tabung melebihi RM60000 dan anda turut diberikan latihan peralihan sebagai persediaan menghadapi suasana awam? tapi yang menjadi isu sekarang di TV ada sesetengah veteran cuma berkhidmat 10 tahun kemudian mohon yang bukan2 anda perlu berfikir sampai bila kerajaan perlu suap?
    4. tempoh khidmat memang 21 tahun tapi ianya ada tahap bagi rekrut ianya pada tempoh 10 tahun jika layak dia boleh sambung lagi 5 tahun seterusnya 3 tahun dan last sekali 3 tahun/4 tahun so maksimum 21 tahun/22 tahun. terdapat sesetengah kes perlu meneruskan sehingga 25 tahun(amat jarang).
    5. soal lanjutan kemasukan ATM telah memikirkan beberapa faktor antaranya pada usia 30 tahun ianya terlalu berusia untuk melatih anggota baru dengan latihan yang agak keras. Sebabtulah usia permohonan masuk agak muda.
    6. intramovement antara service telah mula dilaksanakan sekian lama dan kini kewujudan angkatan bersama tetapi ianya sukar untuk menukar individu untuk bertukar perkhidmatan kerana ianya menyebabkan kesukaran dari segi dokumentasi, kesan jawatan atau pangkat yang disandang kerana kursus-kursus diantara perkhidmatan atau kor itu sendiri amat berbeza. Saya beri contoh andaikata dia seorang infantri mendapat kursus infantri apakah kelayakan yang sesuai untuk menukar perkhidmatan kepada tentera laut selaku pelaut?
    6. intermovement antara agencies pula ianya melihat kepada konsep atau peranan tugas. PDRM dibawah KDN manakala Tentera dibawah MINDEF . Polis tugas dalaman negara manakala tentera bersedia untuk ancaman luar, Walaubagaimanapun kerjasama antara agensi telah dilaksanakan sekian lama anataranya apabila ianya melibatkan tugas-tugas risikan melibatkan BSPP, bukit aman dan interpol, pertahanan awam, bencana dan pengawasan sempadan. Dulu pernah diwujuddkan HANRUH atau pertahanan menyeluruh yang bermaksud semua komponen terlibat dalam apa-apa aspek tidak kira semasa aman atau konflik. Tapi kini ianya kurang kedengaran mungkin ramai yang lupa.

    harap maklum andaikata ada silap sila perbetulkan

    Reply
  20. kuku says

    December 17, 2010 at 01:10

    bukan hang rakyat singapore ker?? tak patriotik utk singapore ker??????

    Reply
  21. Razman Hakimi Abdullah says

    December 15, 2010 at 21:15

    Bro

    what are your comments on the recent article by Kua Kia Soong, published in Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/150543 with regards to the spending of the Defence Ministry.

    Reply
  22. patriotikkan kita.... says

    December 15, 2010 at 17:11

    betol gak kate pok heng 2 bro shah…..perbezaan grup gerak khas ngan vet69….dua2 berciri komando…tp satu dr PDRM n satu drATM….

    mcm sy kate dl….non-bumi yg menunjukkan dier x patriotik n bumiputera yg byk menunjukkan….2 je beza…sbb kalo sebot psl patriotik….mesti yg terlintas lam fikiran..psl pertahanan…politk dan ketenteraan x boleh di pisahkan…peperangan pon berlaku akibat masalah politik jgk..demokrasilah..komunismelah..dan mcm2 lg….non-bumi leh perkuatkan ekonomi supaya negara bole beli perkakasan ketenteraan yg lg canggih..amacam..cara???:P

    Reply
  23. pokheng says

    December 15, 2010 at 14:12

    Artikel menarik…teruskan menulis bro shah..

    saya sangat berminat untuk mengetahu mengenai pasukan komando kita..
    ada banyak team saya rasa tapi tidak banyak maklumat yg saya tahu..
    paskal, paskau, komando 69…itu je ..

    harap bro shah boleh buat artikel mengenai kisah komando…
    sejarah, kejayaan, dll..
    dulu saya ada bercita2 nak jadi komando tapi dilarang keras oleh ibu..
    nak wat camne..redo je la..
    bila dapat baca di sini, rasa seronok..
    byk info yg saya dpt..
    tq bro shah

    Reply
  24. pejuang muslim says

    December 14, 2010 at 16:11

    ni bila nak update ni bro…

    Reply
  25. garfield nazi says

    December 14, 2010 at 15:53

    Patriotik tidak mengenal bangsa,agama,negara dan kerjaya..
    ia bergantung kepada diri setiap warga sebenarnya..

    Reply
  26. djoe black says

    December 13, 2010 at 15:50

    to
    sambal ikan bilis… well spoken
    zakzak… we really need those ideas… apart from the tv infomercial, we still need to revamp our archaic recruitment drive… we really need to move forward… tak boleh nak harap belia zaman sekarang berfikir seperti zaman 70an dan 80an… byk yang MINDEF perlu ubah untuk tarik minat anak2 muda cthnyer:
    i. umur mula khidmat (16tahun – bukan skim askar susu i.e. lepas PMR trus jadik sojar betul , last aplication naikkan jadi 30 tahun, utk GO jadikan 35 tahun for masters and 37/38 for PHD holder)
    ii. sambung khidmat(must be very flexible)
    iii. tempoh khidmat (21 tahun terlalu lama, maybe 3 tahun, 5 tahun)
    iv. veteran benefits (tertiary levels and up, pencen, rumah mesra rakyat dll)
    v. intramovement between armed forces (too much birokrasi)
    vi. intermovement between security agencies (i.e. PDRM, MKN – let individual decide)

    dan banyak lagi… nak malaysia maju dari segi ekonomi tapi bab recruitment drive armed forces semua diam(biar MINDEF ngan ATM jer buat) …lepas tuh naik angin bila isu dibincangkan… mmg susah lah cam tuh…

    Reply
  27. AWAS says

    December 13, 2010 at 15:29

    Syabas bro on the summary…well done!!!

    Bila nak expose pasal Wikileaks…?seems they claim & “proven” that they have a lot of TOP CLASSIFIED FILES & DATA… how true is their informations?

    Who behind it?..

    Reply
  28. sambal ikan bilis says

    December 13, 2010 at 11:09

    Dear MacJay and Sam.

    Basically I agree with you about the annihilation of corruption practice in MINDEF. However I beg to differ on the arm’s race policy. In Malaysia, we are in the situation that we cannot rely on diplomacy tactic anymore. Did you see how South and North Koreans engaged themselves in minor bombings . They are from same root. Technically, there is no justification for the furies. Yet still they can be manipulated by the third party (leaders, medias and international communities).

    Similarly, Malaysia is in the situation that everyone wants to see our downfall. Perhaps due to our religion or location or history. We cannot undermine our security though. Did you read history how French army lost to Nazi ? Similarly we cannot this thing to happen here. In fact, I really support Malaysia to go to nuclear weapons, for the sake of our own security. Why US, Russia, China , Israel and so forth are allowed to possess nuclear weapons. And they simply threat other nations about their nuclear capabilities.

    Please don’t question our arm’s purchase. Because we really need it. Not to invade, but to protect ourselves

    Reply
  29. Orangkampung says

    December 13, 2010 at 10:24

    Hmm..nak tumpang mencelah..

    Patriotik tu secara definisi bermaksud satu elemen/penyemaian minda untuk menyayangi dan setia kepada negara yang diduduki dengan melaksanakan tindakan-tindakan yang berseseuaian dengan semangat patriotik tu sendiri. Pada saya, istilah ‘patriotik’ tu sebenarnya adalah ‘hala tuju’ atau bahasa mudahnya ianya adalah satu ‘konsep’. Sedangkan konsep tu sendiri adalah collection of teknikal aktivities yang menjana sifat patriotik tu sendiri. Oleh itu, pada saya konsep atau hala tuju patriotik tu sendiri sangat meluas dan pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk mencapai objektif patriotik tu sendiri dimana setiap elemen (orang, organisasi mahupun kepimpinan) bertanggungjawab keatasnya.

    Objektif patriotik tu pula secara lahiriahnya membentuk kepada negara yang bebas, merdeka, selamat dan lain-lain elemen positif termasuklah selamat dr peperangan, kaya dari segi ekonomi, menjaga kemerdekaan negara, bebas dr penjajahan dll. Biasanya, setiap negara tu akan hilang kemerdekaan dgn step terakhirnya ialah berperang..sebelum tu ada la sign2 lain seperti kepincangan dlm kepimpinan, keruntuhan institusi kewangan dan sebagainya..

    Maka merujuk kepada definisi dan objektif patriotik tu sendiri, pada pendapat saya setiap orang mesti menjalankan tindak tanduk dalam negara ni dengan sifat patriotik sesuai dengan tahap yang mampu dilakukan. Dalam erti kata lain, kalau seorang peniaga mesti jujur dlm timbangannya, tidak mengambil keuntungan yang berlebihan. Begitu juga kalau seseorang tu anggota tentera, ianya mesti memperkuatkan diri dan kemahiran dalam ilmu peperangan dan menjaga kerahsiaan ketenteraan negara tu sendiri. Isu memasuki ATM untuk menunjukkan patriotik kita sebenarnya adalah subjektif, ianya bergantung kepada keadaan dan suasana disertakan dengan kecendurungan minat, peluang dan ruang. Ini adalah kerana untuk memiliki dan mempertahankan negara berdaulat, ianya mesti dipertahankan dalam seribu satu segi. Dengan ketenteraan sahaja tidak mencukupi kerana sifat peperangan tu sendiri boleh diatasi dengan dua cara iaitu menghindar (melalui kuasa ekonomi, pelaburan, sosio politik, hubungan antarabangsa dll) dan menghadapi secara berhadapan iaitu berperang tu sendiri. Tentera secara khususnya adalah persediaan untuk menghadapi peperangan (peperangan nyata) sementara kita yg golongan awam ni berjuang untuk memperkuatkan ekonomi, keamanan dll aspek subjektif bagi mengelak berlakunya peperangan dan maka dengan secara tidak langsungnya kita saling lengkap melengkapi. In fact, dgn kekayaan ekonomilah pasukan ATM akan memperolehi senjata yang lebih canggih sesuai dgn kekayaan negara kita. Ekonomi lembab nanti nak bayar gaji tentera pun payah. Vice versanya, dengan kekuatan tentera yang bagus akan menjadi sumber deterrent/rintangan negara lain yg nak offensive negara kita dan secara tidak langsung juga mewujudkan kemakmuran yg akan memberi peluang kekayaan ekonomi dijana..so, memang semuanya saling kait mengait.

    Isu kemasukan non bumi ke ATM bukan masalah patriotik, tetapi bersifat masalah penyertaan bukan bumi sahaja..not more than that. Pada saya, kemasukan non bumi boleh membantu kita dr segi risikan, menambah bilangan infrantry, menambah tenaga profesional sprt jurutera, pilot dll dan secara umumnya ianya adalah untuk membina keseimbangan kapasiti kaum dlm negara untuk dizahirkan dlm ATM (sesuai dgn jumlah kaum melayu, bumiputera, cina, india dll yg ada di Malaysia). Oleh itu, saya sokong pendapat Shah dlm blognya ni, ‘patriotik’ spt yg dikatakan hanya untuk memancing lebih ramai penyertaan bukan bumi untuk menyertai ATM..

    p/s – Kita berjuang dlm bidang memasing2, dengan satu matlamat, kerana agama, bangsa dan negara..semua tu adalah patriotik, patriotik pada agama kita, bangsa kita dan juga negara kita.

    Reply
  30. Jalak Lenteng says

    December 12, 2010 at 22:28

    Kepada Sam dan McJay,
    Sekiranya anda mahu komen atau penjelasan mengenai artikel itu, saya cadangkan anda masok ke link blog diatas “A Secure Malaysia – Malaysian Militarium” Disitu ada diterangkan oleh penulis mengenai rasional pembelian AV8 itu serta respon terhadap buku yg ditulis oleh Dr Kua Kia Soong itu. Mungkin anda dapat jawapannya disana.
    Sekadar membantu.
    Since anda bertanya pada Shah, saya nak menyelit sikit disini, sekadar pendapat saya saja.Tajuknye berkisar pada perbelanjaan pertahanan. Dr Kua ini mempersoalkan kononnya banyak benda lain boleh ditambah jika kita tak beli senjata seperti sekolah,hospital dll. Dia lupa ke kalau terjadi konflik atau perang adakah jam tu baru kita nak beli senjata dan mula berlatih menggunakan senjata? sempat ke kita nak defend negara kita jam tu? kita adalah negara yg cukup berdiplomasi kerana inilah cara terbaik untuk menyelesaikan masaalah tetapi kita tidak boleh mengharapkan diplomasi semata2 kerana org yg nak hentam kita akan tengok samada kita kuat atau tidak. kalau kita kuat mereka takkan berani nak jentik kita tetapi kalau kita lemah? anda tahu jawapannya. kita tak perlu persoalkan bajet pertahanan kerana ia telah di bentangkan dan diluluskan di parlimen. Apa pulak bazir wang rakyat? Yg approvekan kat Parlimen tu kan rakyat yg pileh?Jadi itulah dia keputusan rakyat. Disamping itu bajet untuk pembangunan lain juga telah diambil kira malah bajet defence hanyalah sekadar ave. 3% of KDNK. Jadi sekolah, jalanraya, hospital dll semua telah dibajetkan, apasal pulak bajet pertahanan nak di salurkan ke sekolah,hospital dll lagi? saya setuju sekiranya rasuah atau selewengan mesti dibanteraskan dlm pembelian senjata tapi pertahanan negara tak boleh dibateras hanya atas alasan membazir. Kita sanggup menggadai nyawa yg tidak ternilai untuk mempertahankan negara inikan wang berbilion ringgit yg boleh diganti atau dicari semula. Apakah setelah kita dijajah semula nanti wang berbilion ringgit dapat membebaskan kita semula? Kalau ye pun mana nak dapat wang berbilion itu untuk kita jadi bebas. Org lain nak tolong? Fikir2kan lah.
    Sekadar pendapat saya saja.

    Reply
  31. MacJay says

    December 12, 2010 at 13:45

    Salam,

    Apa komen penulis berkaitan artikel ini { http://www.malaysiakini.com/news/150593 }? Saya minta janganlah penulis menyebelahi mana-mana pihak dalam memberikan sebarang ulasan, kerana rakyatlah yang bertanggungjawap membina sebuah kerajaan. Tanpa rakyat tiadalah kerajaan, tanpa wang rakyat tiadalah menteri ber’gaji’…

    Reply
  32. SAM says

    December 12, 2010 at 03:09

    Salam.Tuan , mohon ulasan tentang berita ini.Terima kasih

    http://www.malaysiakini.com/news/150553

    Reply
  33. zakzak says

    December 11, 2010 at 20:45

    dulu masa blog ni masih di blogspot dan baru je dibuka, ada saya mengusulkan yang tuan rumah ni buat artikel sedikit mengenai promosi angkatan tentera singapura yang selalu buat iklan recruitement yang hebat2 di kaca tv singapura. their tv commercials are way better and definitely makes the army,navy and air force look cooler.

    Reply
  34. astomahawk14 says

    December 10, 2010 at 01:14

    to Sniperz and all freinds
    Dalam blok ni saya kadang-kadang meluat bila org bg amaran “jgn berpolitik dalm blok ini” masalahnya apa yang politik? Dunia ketenteraan adalah sebahagian dari jaringan politik. Isu non Melayu tak join askar juga sebahagian isu politik? so harap-harap anda semua memahami dulu sesuatu istilah agar anda semua tidak sewenang-wenangnya menyalah ertikan niat peminat lain blok ini. Kadang kala teguran atau idea yang agak agresif atau berhaluan kiri tak berniat buruk sekadar cetusan minda untuk membaiki kelemahan sesuatu pihak… itu saja.

    Reply
  35. djoe black says

    December 9, 2010 at 04:44

    dear all ,
    just my 2 cents, harap2nyer tidak menyinggung perasaan sesiapa…
    bottom line is taat setia, if and i say it again if we were to be in a war now, would all this self proclaimed patriot stand in the frontline to destroy the opps force… we never know ,right? maybe just maybe 90% of this so called patriots would just left the battlefield and seek a greener or better place elsewhere… cuci tangan n angkat kaki… jadi, sesiapa yang ngaku dia mmg patrotisme kpd negara tapi x nak ambil tahu pasal keselamatan dan pertahanan negara well… that’s totally bs, y’all(bumis & non bumis included)
    so, tepuk dada tanya la diri sendiri…
    L&G, sorry yer ter’emo’ sikit… geram bila ramai cuba menegakkan benang yang basah…

    Reply
  36. AhmadK89 says

    December 8, 2010 at 01:35

    patriotik itu sendiri luas pngertian n skopnya. Yg pntg ketepikn agenda politik n terapkan nilai patriotik didlam jiwa stiap warga malaysia.

    bro shah,
    pe kate ulas sket tntg krisis smenanjung korea yg agak hangat skrg ni, dri aspek ptahann, psenjataan, kmammpuan military msg2.. msti best hehehe..

    Reply
  37. Helang says

    December 7, 2010 at 21:01

    Thanks Bro Shah,

    Saya rasa Bro kena buat satu disclaimer macam kata artic_sniper tu.

    Tak boleh masuk tentera, kalau nak pegang pistol pun pergi masuk kelab Menembak

    Reply
  38. Papa Gomo says

    December 7, 2010 at 03:04

    salam ziarah…artikel mantap dan orang lama rupanya….steady

    Reply
  39. semper fi says

    December 6, 2010 at 23:16

    http://kisahdengananak.blogspot.com/2006/09/look-at-those-three-sets-of-dates_03.html

    Reply
  40. astomahawk14 says

    December 6, 2010 at 20:25

    Assalamualaikum
    Patriotik atau hampir istilah cintakan negara. Apa itu negara? masyarakat, kerukunan, persekitaran, agama dan sebagainya. Sebenarnya kita belum lagi sepenuhnya bersifat 1 Malaysia dalam aspek sebuah negara. Sesetengah dari kita masih menganggap bangsa dan agama telah memberi jurang perhubungan sosial. Semua perkara tersebut memerlukan penekanan dari rumah sejak kecil. Acuan kerajaan memainkan peranan penting. Bagaimana non bumiputera nak join askar yang mejoriti dikuasai bumiputera sedangkan alam persekolahan mereka sendiri telah terpisah yang melayu dengan sekolah bantuan penuh kerajaan dan bangsa lain dengan SJK nya? Kita lihat saja dengan kawasan perumahan terutama dibandar melayu mencari kawasan melayunya dan org cina dengan kawasan cina , tamil dengan kawasan tamil. Cuba anda buat soal selidik berkenaan non bumiputera yang masuk tentera. saya percaya jawapan mereka anataranya adalah bapa saya dulu tentera, saya duduk dengan orang melayu, saya dulu sekolah asrama dengan melayu dan sebagainya. Pokoknya adalah kesatuan masyarakat dari awal. Kita perlu wujudkan kerjasama dan hubungan sosial tidak mengira masyarakat. PLKN satu langkah bijak tapi perlu sedikit anjakan dari segi modul agar ianya menjadikan individu lebih dewasa dan tidak menganggapnya sekadar aktiviti riadah. Jika perlu dikerah sebagai tentera adalah lebih baik… Non bumiputera pula terutama yang berkeluarga perlu memberi tumpuan usaha sama di dalam membantu kerajaan. Kebanyakan dari mereka hanya memikirkan soal ekonomi.

    Reply
  41. MT Yassin says

    December 6, 2010 at 17:52

    Patriotisme tidak terletak pada bangsa atau keturunan tapi dari hati & minda dan patriotisme tak boleh diukur hanya dengan penyertaan dalam khidmat ketenteraan & keselamatan tetapi pengamalan rukun negara, pematuhan undang2 dan sikap yg baik.

    Syabas kepada Bro Shah bab bbuat artikel nie.

    p/s : tukar link tu….

    Reply
  42. Sarge says

    December 6, 2010 at 12:59

    Cara penyelesaian paling baik dlm isu ni walaupun tak disukai ramai ialah military service. boleh jadi patriotik dan dlm masa yg sama mampu mengangkat senjata kalau apa2 terjadi kpd negara.

    Reply
  43. HITAM PUTIH says

    December 4, 2010 at 15:09

    Assalamualaikum……. Pada pandangan saya yang pertama, soal semangat PATRIOTIK negara didalam diri setiap warganegara berbilang kaum di malaysia memang ada dan tidak perlu dipersoalkan lagi tetapi yang perlu diketengah sekarang adalah soal minat didalam kerjaya angkatan tentera. Jadi bagi saya Datuk Zahid bukan mempersoalkan PATRIOTIK kaum lain tetapi ingin mencabar semangat PATRIOTIK kaum lain yang selama ini dipendamkan terlalu lama dalam diri mereka, kesimpulannya adalah “MECETUSKAN PATRIOTIK DAN MEMBAKAR SEMANGAT” itulah maksud tersirat Datuk Zahid sebenarnya. Saya ingin katakan didalam 2 kata-kata perumpamaan untuk Rakyat Malaysia ialah “SUNGAI YANG TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA” dan “JANGAN KEJUTKAN SINGA YANG SEDANG TIDUR”. Kata-kata saya ini sesuai untuk Rakyat Malaysia keseluruhannya kerana kehidupan rakyat sekarang begitu aman dan tenang dalam menjalani kehidupan tetapi sangat berbahaya sekiranya ia diberi ancaman. Percayalah Rakyat Malaysia keseluruhannya adalah begitu unit dan berkebolehan tetapi ianya sentiasa dipendamkan begitu saja kerana tiada ruang untuk ditonjolkan. Kesimpulannya adalah Semangat Patriotik Rakyat Akan Bangkit Bila Negara Di Ambang Perang Dan Negara Memerlukan Kekuatan Rakyat, keadaan ini sajalah yang sesuai untuk Rakyat Malaysia menunjukkan Patriotik mereka…. Tuan-tuan sekalian Rakyat Malaysia Bukan Penakut dan Bukan Lemah. Pandangan saya yang kedua adalah berkaitan dengan Kerjaya Angkatan Tentera Malaysia, ramai orang yang tidak tahu seratus-peratus sepenuhnya tentang Kerjaya Angkatan Tentera Malaysia dan tidak ada sokongan dari ahli keluarga yang tidak tahu apa-apa tentang tentera.Jikalau kita tanya orang awam seperti Makcik Pakcik yang yang lebih tua dari kita pun mereka pasti akan jawap ” makcik pakcik mana tahu awang wehhhh……” kita tanya lagi “pasal apa makcik pakcik tak tahu”??? mereka jawap “makcik pakcik nie bukan askar dan memang takder orang bagi tahu pun, al-maklumlah makcik pakcik dah tua.. kubur kata mari, rumah kata pergi… dah tua tak perlu bagi tahu”. Tuan-tuan sekalian inilah realitinya termasuk saya sendiri yang banyak tidak tahu cerita dari A hingga Z tentang Kerjaya Angkatan Tentera Malaysia pada hal Malaysia sentiasa menyambut HARI KEMERDEKAAN, HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA, HARI ANGKATAN TENTERA DARAT, HARI ANGKATAN TENTERA LAUT DAN HARI ANGKATAN TENTERA UDARA dan Malaysia berjaya menyambutnya dengan pertunjukan yang hebat didepan mata Rakyat Malaysia tetapi GAGAL DITUNJUKKAN DIDALAM HATI RAKYAT, perkara ini sudah berterusan dengan begitu lama. Saya ingin katakan yang tentera adalah dari rakyat dan harus dikembalikan pada rakyat untuk diceritakan iaitu :
    1) Kerjaya seorang tentera
    2) Tugas-Tugas yang dilakukan oleh tentera
    3) Latihan yang dijalani secara terperinci
    4) Keistimewaan sebagai seorang tentera (harus ditambah)
    5) Gaji dan Elaun tentera (harus ditambah)
    6) Faedah untuk ahli keluarga tentera (sekiranya perlu di tambah)
    7) Peraturan dan disiplin seorang tentera

    Kerajaan harus mengubah cara untuk meraikan hari angkatan tentera keseluruhannya dengan mengadakan ROAD SHOW secara serentak di seluruh negeri dan mengadakan pameran serta ceramah serba sedikit tentang dasar dan strategik, pengalaman tentera malaysia didunia khasnya. Saya percaya dengan cara ini dapat menarik minat rakyat untuk menyertai angkatan tentera tetap dan sekiranya tidak pun dapat menjadi tentera simpanan tetap, harapan saya adalah rakyat malaysia menjadikan angkatan tentera sebagai kerjaya yang kedua dalam hidup, maksudnya rakyat malaysia sudah pun mempunyai kehidupan yang biasa dan pekerjaan tetap sebagai USAHAWAN/PENIAGA KECIL-KECILAN, KAKITANGAN KERAJAAN, PEKERJA SWASTA DAN PELAJAR(18 TAHUN KEATAS), TETAPI MEREKA ADALAH TENTERA DALAM DIAM. Sekiranya perkara ini menjadi realiti, masalah-masalah jenayah dan sosial dikalangan rakyat negara ini pasti akan turun pada tahap yang paling rendah sekali didunia dan mampu mematangkan pemikiran rakyat dalam menangkis apa jua cabaran pada masa depan.

    Reply
  44. ikansadin says

    December 3, 2010 at 23:40

    i`ve read ur last post…

    interesting…

    the only thing is..i felt that joining the armed forces or raising our national flag every year during Merdeka is not the only way of showing our patriotisme towards a nation…

    i mysefl being a civillian had the patriotisme…the only thing is the media were expressing it…the same thing ur doing by posting all the military related issues in this blog…i call this “patriotisme bawah sedar”…coz without us knowing…we are being proud and had a sense of patriotisme on whatever we are doing for the nation best interest…

    i myself…under the national ensign flown on a vessel registered in Port Klang..named after flower written in national language…together went across the world with multi racial crew from Malaysia…carrying national commodities to propelled the nation economy…im proud of it…my master and mates…who consist of bumis and non bumis are also proud of it…and were not even in the armed forces…and we did give something to the nation best interest…

    the thing is…it the consciousness of an individual….by not being a soldier…airmen or a seamen in the military forces does not mean that the person had a lower patriotisme spirit…

    consciousness adn the media of expressing it is different….that is…

    yes..no doubt there is a lot of other factor which had been explained by other readers..some of it i agree…some of it…not at all…

    anyway…just my one cent…a good read by the way..nicely done and keep it up bro shah…

    Reply
  45. patriotikkan kita.... says

    December 3, 2010 at 19:04

    sy mmg minat hal2 yg berkaintan patriotik…baik dlm segi agama atau negara…sesuatu yg mmpu mmbt sy berfikir…..bg sy..tentang patriotik pd negara..ada yg kata subjektif…ye..mmg betol…tp…kalo patriotik..konfem..org akan terfikir pasal hal2 pertahanan dan tentera…dr zaman beribu tahun dahulu smpi la sekrg….mungkin ade yg menidakkan..tp sy rs..ni la logiknya…..even usa pon..kalo ckp psl patriotik..dlm kepala rakyat diorg akan pk yg sm..mn2 negara pon..itu la yg terdetik lam minda..yg 1st sekali….sy berminat menyertai tentera atau polis..yg dua tue selalu akan terbit bl soal patriotik keluar…..polis kalo ade nk pertikai..perang di tanah melayu lps 2 malaysia..malah kat iraq skrg nie pon…polis ade join sm..nmpk berat kerja polis walau ade yg kate anjing ke ape..terpulang lah….ape yg menunjukkan non-bumi kurang patriotik..sebab diorg jarang nmpk lam polis atau tentera..x salah kita org melayu..sbb itu yg kaum itu tunjukkan..sama mcm melayu..ramai yg miskin(mf kalo ade yg terase atau sy x betol la ye :p)…..sbb itu yg melayu tunjukkan…itu logik sy la…logik anda sy x tahu…..gaji dan pangkat x timbul dlm soal patriotik…kalo anda patriotik tunjukkan..ape cr sekali pon…sy nak sgt msk tentera atau polis..tp x dpt..sebab pernah terbabit dlm kemalangan yg membuatkan sy x mmpu nk mengikuti latihan dan mungkin memudaratkan sy…..ini cr sy…tunjuk patriotik..ambil tahu mslh negara..tentang agama,poltik dan pertahanan..sekian
    harap pd kedamaian sumer pihak…..

    Reply
  46. artic_sniper says

    December 3, 2010 at 15:42

    nice one bro Syah.
    lain kali kena letak reminder besar2 ‘BACA DAHULU SAMPAI HABIS’ utk setiap artikel kalau x ada yang main redah nak condemn org. Anyway sepatutnya sekolah satu aliran perlu diwujudkan. barulah perpaduan dapat dibentuk dengan baik sekaligus melahirkan bangsa Malaysia yang patriotik. Budak2 sekolah senang sket nak diajar

    Reply
  47. Aminlife says

    December 3, 2010 at 15:19

    mungin juga mindef ada pelbagai cara untuk menarik minat ‘Non-Bumi s’ untuk sertai ATM.
    Saya pasti ramai anggota ATM bukan bumiputra punyai bakat ‘public speaking’ dan ‘Penyampai berita’. Kumpulan ini juga lebih memahami cara bagaimana untuk mendekati rakyat1malaysia ini. Pertunjukan kerjaya ATM bukan shj perlu tertumpu di institusi IPTA/S. Seperti umum ketahui, Sekolah di Malaysia ni agak unik, antaranya SJKC SJKT. Murid-murid ini sudah tentu berminat untuk mendekati bidang ketenteraan. Cuma masa dan peluang kadang kala agak tipis untuk hadir Adalah baik promosi kerjaya ATM pada kali ini (2011) tertumpu kawasan penduduk yang kurang masyarakat bumiputra. ( ini pun melalui ketua KG. atau wakil penduduk ). Idea lain.. rakyat1malaysia yang sudah mencapai 18thn wajar dipilihan wajib sama ada menyertai PLKN atau Askar Wataniah ( AW siri 500 ).

    Reply
  48. wassup says

    December 3, 2010 at 14:50

    seorang bekas anggota TDM bukan melayu, Major (B) D. Swami menulis artikel ini. those pakatan supporters are making this thing even worse

    http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/from-around-the-blogs/36237-in-the-military-the-non-malay-is-ridden-like-a-horse

    Reply
  49. Sniper says

    December 3, 2010 at 00:24

    Kurangkan komen2 berbaur politik kat sini..

    Reply
  50. Jalak Lenteng says

    December 2, 2010 at 20:13

    Salam Shah,

    Satu rumusan yg bagus dari anda yg mungkin juga dapat memberi input pada pihak yg berminat ttng sesuatu issue. Juga ia memberi gambaran kasar tentang pemikiran / pandangan dan mentaliti para2 posters yg memberi komen diblog anda ini.
    Saya tidak beri komen sgt dlm topic ini mungkin kerana kebanyakan pendapat yg nak saya utarakan telah disebut oleh para posters disini, jadi saya lebih banyak membaca
    dari membuat komen. Cuma kalau komen pun adalah sekadar nak menghentam posters yg nak membodohkan org lain atau yg out of topic or yg ada agenda lain nak dimasokkan kedlm blog ini. Bagi saya kita perlu objektif dlm perbincangan sesuai dgn tajuknya, barulah syok tanpa ada unsur2 yg takde kena mengena.
    Memang saya minat sgt issue ketenteraan, lebih2 lagi dlm blog saudara ini dan dah banyak info dan ilmu saya dapat dari analisa anda serta komen posters disini. Lama jugak saya jadi silent reader disini. Keep up the good work, saudara ada peranan yg nak dimainkan disini.
    Apa kata saudara buat ringkasan seperti diatas selepas setiap topic yg dibincangkan dlm blog ini sebelum saudara proceed to new topic. Agak interesting jugak bila kita dapat lihat rumusan tntg sesuatu issue yg dibincangkan.
    Tahniah.

    Reply
  51. OrgMuda says

    December 2, 2010 at 15:54

    Salam,
    Thx bro for the summary. Teruskan usaha untuk memberi input. Kalau x ada yg mulakan saya percaya org ramai pn x akan tergerak nak buka blog anda.
    Dari blog ini saya dpt link kan pada blog2 yg lain yg membuatkan saya rasa kerdil dgn pengorbanan saudara2 kita dlm mempertahankan tanah air. Kami generasi muda berhutang pada mereka.
    All the best~

    Reply
  52. mmuurrlly says

    December 2, 2010 at 15:35

    tengah rushing nak reply saya tak baca habis, just scan through jer. anyway thank you for the summarize.

    Reply

Leave a Reply to markus kus semangat Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jammer

ELITE FORCES

  • ASKAR SETIA
  • Bekas Komando
  • Blog Makcik Cleaner
  • Blog Orang Dewasa
  • Cikgu Selam
  • Freedom of Association (F.O.A)
  • IBU SEPARUH MASAK
  • Ondscene

Post Terkini

  • THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY
  • THE UNKNOWN WAR
  • MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA
  • EKONOMI : TIDAK ADA PEROLEHAN BESAR UNTUK ATM
  • TERUSAN SEGENTING KRA – SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU..

Kategori Bacaan

  • Advertorial (4)
  • Analisis (50)
  • Antarabangsa (30)
  • Darat (23)
  • Fictions (13)
  • Laut (20)
  • Misil (2)
  • Notis (22)
  • Patriotisme (12)
  • Pengalaman (26)
  • Risik (7)
  • Sejarah (23)
  • Udara (24)
  • Undang-undang (2)

DEFENCE RADAR NETWORK

  • A Secure Malaysia – Malaysia Militarium
  • Malaysia Military Power

© 2023 · Hakcipta Terpelihara · Military of Malaysia · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK