Military of Malaysia

Military Analysis & News

  • Utama
  • Arkib
  • Hubungi
  • Pengenalan
  • Produk Military
You are here: Home / Notis / SELAMAT HARI LEBARAN

SELAMAT HARI LEBARAN

September 9, 2010 by Admin 13 Comments


1. Kesempatan saat-saat akhir ini, saya ingin mengalu-alukan kehadiran Hari Lebaran

2. Pada tahun ini, saya tidak menyambutnya, keluarga saya balik ke Singapura tetapi saya dan blogger, ondscene masih berada di pusat operasi kami di Ukay Perdana memikirkan  hal kerja yang tidak kunjung padam bak air terjun Victoria.

3. Tahun ini saya tidak beraya sakan kerana banyak barang saya yang hilang dan rosak, pertama, jam tangan saya dari jenama Casio Pro Trekk terjatuh dalam lubang taik di pejabat (dah tak boleh nak recover pasal sudah terpam). Kedua, superbike saya mengalami kerosakan bearing enjin dan saya menjangka kos pembaikian menelan belanja RM1,700. Ketiga, lap top saya untuk buat editing dan main game dari jenama Benq s41 sudah rosak akibat kepakaran saya membaiki komputer (seperti tikus membaiki labu). Keempat, telepon canggih saya dengan kamera 8.1 megapixel rosak terjatuh dalam air sungai ketika sibuk skodeng di air terjun Jeram Toi (sedang dibaiki oleh Ondscene).

4. Tetapi ada berita baik, pertama, saya sudah nekad untuk mendapatkan superbike baru dari jenama Yamaha Tenere 660 (jangka Dis ini). Kalau berjaya, saya dan the geng berhasrat untuk meneroka jalan-jalan hutan di Malaysia ini, buat masa sekarang saya sedang memahirkan teknik menunggang motor secara off road dan saya juga sedang merancang untuk membuka blog baru berkenaan teknik survival di hutan dan juga kecintaan saya terhadap pengembaraan dengan motor di dalam hutan.

5. Di samping itu, nikmatilah kad-kad ucapan Selamat Hari Raya yang direka bentuk oleh seorang pembaca saya iaitu [email protected] 

Related

Filed Under: Notis

About Admin

A philosopher, well-trained CQC master, pinpoint marksman, tactical genius and firearm expert. Finished Special Ops close quarters training course in 17.23 seconds. Experienced physical, electrocution and burn torture training to prevent information leak. Broke fall 20m from helicopter. Gold medalist in Dormitory-level boxing.

Your argument is invalid.

« Military of Malaysia dalam proses kemaskini
TENTERA UNIFIL INDONESIA LARI »

Comments

  1. ariff hamaru says

    September 20, 2010 at 10:47

    SELAMAT HARI RAYA,, TERUSKAN USAHA,, KAMI SUKAKAN KASIL KERJA ANDA,,,

    Reply
  2. PenjejakBadai says

    September 17, 2010 at 13:25

    Kenapa pakai Selamat Hari Lebaran bro? Paper Berita Harian haritu ada highlight pasal benda ni, Lebaran ni dipakai kat Indon je, kat Malaysia kita pakai Selamat Hari Raya Aidul Fitri, musykil aku sejak akhir-akhir ni banyak sangat yang nak terikut-ikut bahasa Indon

    Reply
  3. Fadil says

    September 15, 2010 at 08:49

    Salam Aidilfitri.Salam 1 Malaysia.
    Suda berpindah ke tempat baru nih..Domain pun cantik..Aku setuju sesangat ler nak diadakan satu laman baru untuk Jungle Survival…Enduro bike…Dan aku pun tengah bersiap²kan diri untuk kearah itu.Tenere tu kuat tu…kayu balak pun leh tarik…hehehehe..Orion tu kene tunggu untuk dapatkan info dulu.Harap² jgn tertanggal engine dlm utan lak dah ler..

    Reply
  4. cucu-bekas-RN says

    September 13, 2010 at 17:32

    disebalik kecelakaan yang kau alami, mesti ada pengajaran dan kebaikan. Bersabarlah.
    Kenapa tak balik Singapore? Kalau tidak boleh kita berjumpa, pekena sup tulang merah di Brash Basah Road. Aku ni macam kau rasanya, nasib baik tak kena National Service.

    Reply
    • shahpaskal says

      September 16, 2010 at 22:08

      perghhh kau ni buat aku teringat kelazatan sup tulang merah yang kaler dia macam darah tuuu…kat Malaysia, tidak dijual makanan ini. Roti John Malaysia pun lain.

      Aku dulu suka makan nasi ayam hailam dekat panggung wayang rex, tidak jauh dengan pasar Taipan. Sekarang dah lama aku tak balik kampung, last aku balik kampung adalah pada tahun 2000.

      Itulah last aku balik kampung aku di Singapura (yang sebenarnya dah takde kampung pun). Skrg dah 10 tahun aku tak balik, mesti banyak perbezaan di Singapura, apa pun sukses lah kau duduk kat sana tuuu,,,aku dah selamat di Malaysia, hehe.

      Reply
  5. ayun says

    September 13, 2010 at 01:58

    errr how come? masih sama ! neway selamat hari raya , maaf zahir batin 😉

    Reply
  6. lawat says

    September 12, 2010 at 21:18

    salam lebaran juga buat shah

    bagus jugak kalau ada entri berkaitan teknik survival diri…
    macam rancangan man vs wild di discovery….

    Reply
  7. ggk says

    September 12, 2010 at 16:24

    hehe tq seronok haritu dapat jumpa!

    selamat hari raya wei!

    Reply
  8. awol says

    September 11, 2010 at 20:03

    mana kad raye shah’ tak sabar nak tengok

    Reply
  9. kundur says

    September 11, 2010 at 15:46

    guna pc lain lah bro nak up load

    Reply
  10. trooper knife says

    September 11, 2010 at 07:57

    salam aidilfitri buat shah.

    kesian dengar kisah sedih tu. hehe… tak pe, lu banyak rm. boleh beli baru semua item yg dah terpam dan rosak tu. anyway, selamat hari raya. maaf zahir dan batin. jangan lupa, next week aku nak beraya kat rumah lu. siapkan juadah yang special2. :p

    Reply
  11. meriam katak says

    September 10, 2010 at 15:30

    selamat hari raye to all servisman

    Reply
  12. salvo says

    September 10, 2010 at 15:24

    apa sudah jadi bro

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jammer

ELITE FORCES

  • ASKAR SETIA
  • Bekas Komando
  • Blog Makcik Cleaner
  • Blog Orang Dewasa
  • Cikgu Selam
  • Freedom of Association (F.O.A)
  • IBU SEPARUH MASAK
  • Ondscene

Post Terkini

  • THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY
  • THE UNKNOWN WAR
  • MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA
  • EKONOMI : TIDAK ADA PEROLEHAN BESAR UNTUK ATM
  • TERUSAN SEGENTING KRA – SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU..

Kategori Bacaan

  • Advertorial (4)
  • Analisis (50)
  • Antarabangsa (30)
  • Darat (23)
  • Fictions (13)
  • Laut (20)
  • Misil (2)
  • Notis (22)
  • Patriotisme (12)
  • Pengalaman (26)
  • Risik (7)
  • Sejarah (23)
  • Udara (24)
  • Undang-undang (2)

DEFENCE RADAR NETWORK

  • A Secure Malaysia – Malaysia Militarium
  • Malaysia Military Power

© 2023 · Hakcipta Terpelihara · Military of Malaysia · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK