Sistem yang efisen, memastikan para rekrut mempunyai cukup masa untuk bersahur |
Setiap hari pakai Baju Kebangsaan untuk bersahur dan solat subuh |
Suasana di dewan makan |
Suasana bosan berbaris terhilang dengan senyuman cik kak ini |
Disiplin tidak pernah hilang, janganlah jadi macam den bila time mengadap makanan |
Pilihan pelbagai jenis air, SUP SAYUR+DAGING, AYAM KARI (BYK ISI PUNYA), IKAN, SAYUR DAN BUAH_BUAHAN (tidak ada dalam gambar) |
1. Saya harap tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa pada bulan Ramadhan.
2. Tidak ada apa yang menarik untuk artikel kali ini cuma saya berkesempatan bersahur bersama perajurit muda (dulu-dulu kita panggil rekrut) dari Siri 168.
3. Mula-mula nak sahur di rumah tetapi ada kawan telefon mengajak saya sahur di dewan makan, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di Port Dickson.
4. Pukul 3 pagi, kami bergerak dari Seremban menuju ke PUSASDA di Port Dickson dan selepas menunjukkan surat kebenaran masuk, kami akhirnya bersantai bersama perajurit-perajurit muda ini yang segak berpakaian kebangsaan berwarna hijau dan bersongkok.
5. Saya suka makan dengan tentera kerana makananya sedap-sedap belaka kecuali masa operasilah, hari ini walaupun tidak diminta, pelayan mencedokkan sepinggan nasi, seketul ayam besar perisa kari dan seketul ikan bersambal di samping pelbagai pilihan minuman panas termasuk air sirap yang tidak sejuk langsung.
6. Bila makan ayam ini, teringatlah saya bertapa geli gelemannya tekak ketika menelan ulat hidup masa satu latihan tentera dahulu, saya hampir muntah kerana ulat yang gemuk ini bergerak-gerak dalam mulut (pesan komandan, kalau nak selamat, gigit kepala bagi putus dulu, lepas tu telan).
7. Satu lagi menu yang terpaksa saya hadap ialah, katak rebus, rasanya boleh tahan tapi saya makan dengan memejamkan mata.
8. Rasa katak rebus ini macam daging ayam tetapi apabila ternampak tulang atau kaki katak ini,perut terus mual rasa macam nak muntah, sebaik-baiknya pejamkan lah mata dan anggap sahajalah ianya ayam rebus
9. Menu ular, okk sedapp, daging ular sawa ini pun macam ayam rebus, kalau masak gulai, saya fikir, saya tidak ada masalah untuk habiskan seekor.
10.Yang ini memang buat saya terus termuntah, ikan keli salai….bau dia busuk, salah sendiri masa kena paksa makan tak tutup hidung. Sekian sahaja, cetusan menu untuk juadah berbuka….
anakkomando says
Jauh berbeza dah PUSASDA dari era zaman 90 an dulu. Dulu makan tak la semewah sekarang ni. Persekitaran pun macam best jer… Shah Paskal makan masa training PASKAL tu.. Masa aku training komando aku makan beruks…darurat masa tu…
mr. kurien says
rasa macam ayam
cik fiza says
kwn sy pun kata ular sedap.. huhuhu~~ ngeri jek dgr makan ular…
shahpaskal says
Memang seram cerita hantu kapten John milik Acinetobaxter, siapa nak baca boleh pergi ke laman blog beliau di :
http://acinetobaxter.blogspot.com/
Acinetobaxter says
kerana x puas hati, aku menyiasat, siapakah tuan punya taik tu? sebab aku nak mandremkan taik tu biar punggung tuannya pecah…CSI berjaya…kami berjaya mengetahui siapakan tuan punya taik itu…jengjengjeng….biarlah rahsia dulu
kalau nak tahu kisah hantu kapt john, ada aku kisahkan dalam blog aku, www. Acinetobaxter.blogspot.com/cerita hantu
mr. kurien says
sapalah yg baik hati tinggalkan najis tu ye? hehehe… menarik cerita hantu kapten john tu. boleh cerita detail lg tak?
Call Of Duty says
Acinetobaxter,
Tergelak aku dgr coretan ko psl taik tu,mmg lucu tol pengalaman tuh haha….
Anyway,syabas brader…u are the great warrior…
Acinetobaxter says
kenangan ku di PUSASDA…hah!
1. hantu Kapten John..entah ada lagi entah tidak..dia duduk kat bangunan lama Blok Delta, atas bukit, belakang padang kawad. Aku pernah tanya dengan komadan PUSASDA masa tu, 'kenapa tak halau atau hantu tu?' Dia jawab, 'Sebagai latihan! Kalau dengan hantu dah takut, musuh lagilah takut!'…tapi real punya hantu, aku memang seram dan gerun dengan Kapten john yang takde kepala tu…sampai bergema2 suaranya dan memancut2 darahnya..
2. Sambal belacan dan petai sebungkus 20sen. memang laju makan nasi dengan sambal belacan yang staf jual.
3. kayu balak yang bernama ELLA dan ERRA FAZIRA. aku dok pikul kayu tu dari hujung kem sampaila ke padang kawad. memang ku peluk dan ku cium, kayu balak bernama ERRA dan ELLA itu, satu ketika dulu.
4. Sirkit rempuh halangan yang ada taik. Dengan bersemangatnya aku masuk dalam kolong dengan target nak capa 13 halangan dalam masa bawah 12 minit, keluar2, badan penuh taik. memang celaka siapa yang berak kat situ.
5. berbaris depan arm skot nak ambik senjata. Sempat tidor la nak sampai giliran, kecuali jadi incahrge…boleh ambik yang mula2 sekali, pastu tidor tepi jalan.
6. mendengar rintihan hantu Kapten John dari pukul 12mlm sampai kul 5.30 pagi. Azan pun tak lari. Tak tido aku satu malam, esoknya, pagi2 dah rempuh halangan.
banyak lagi…panjang sangat nak cite
PUSASDA…oh…PUSASDA
AyUnE_SaM says
nice blog n entry mr shah.
shahpaskal says
Saya bukan wartawan TV3, saya tidak masukkan menteri pertahanan atau PAT kerana mereka sudah pun dihighlightkan oleh akhbar berulang kali.Artikel ini hasil dari pemerhatian saya sendiri, lagipun blog ini bukan berita.
camo37 says
gambar no 7 mmg terbaek berserta captionnya…
hilang sebentar rase penat/tension bro2 askar kite bile tgk gadis2 penyeri majlis nie..hehe
SugarBrain says
oo..yg ni dalam rancangan Singgah Sahur TV3 ni..
aku igtkan bro Shah boleh akses masuk-keluar kem tentera senang2 je..ade pass masuk skali krew penggambaran+wartawan la kan..
Bro Shah..adalah lg elok kalau bro dapat buat liputan skali tentang aktiviti Menteri Pertahanan, Panglima Tentera Darat dan Dato' Farid masa program berkenaan.
Atau..at least mention la sikit pasal tu..xde pun saya tengok…
Siti Nurhuda Husna Zulkarnain says
Nampak meriah sahur ramai-ramai. Bestnya!
risik says
ular ngan katak tu sembelih tak? ahak! selamat berpuasa!
mr. kurien says
mr. akuromeo,
bab tu aku memang setuju. kurangkan minum air batu dan selalulah buat senaman rimau tiap kali bangun tido… hehehehe
Akuromeo says
alahai
hebat sebenarnya di atas ranjang
beb..baru hebat namanya… kalau IQ
hebat tapi yang dibawah punai tu kantoi Era Fazira lari sama Yusri KRU wkkwkwkw
kalau tak caya cubalah Tongkat Ali gua
CT nurhaliza jatuh ke bahu Dato K
sebab ape.. sebab Dato K..
Hebat diatas R______G
makan Tongkat Ali gua..
Hidup Tongkat Hidup Ali
Hidup Shah Hidup Paskal
mr. kurien says
hehehehe…
nak tunjuk hebat tak perlu tunjuk bab makan kera, ungka, ular sawa. kehebatan datang dari kemahiran dan akal fikiran.
mr. shahpaskal,
aku ternanti gak gambar hang keluar dalam singgah sahur tadi tp takde. hehehe… pandai hang ngelak ye.
Akuromeo says
alahai
baru makan ulat bro.. tu pun
nak heran kat Taman TanMing Balakong anjing liar mana ada
sekarang dok dimakan oleh mat2 vietnam lagi hebat.. takkan dia orang pun dikategorikan komando kut wkwkkwkwkwkwwww kat indon orang biasa tanah liat pun dia orang makan wkkwkwkw tapi yang sedihnya kat Palestine kanak2 palestine makan kucing gantikan ayam… nangis ni bro.shah
kesimpulannya Askar Malaysia belum hebat lagi lah …ade faham
Hidup Shah Hidup Paskal
Hidup Tongkat Hidup ALi
shahpaskal says
mann bravo,
Saya sudah ke sana, kalau pergi mesti singgah ke titik tempat seorang pegawai British mati kena tembak komunis (ada tugu kecil dibina) tetapi lupa pula namanya Templer ke Henry gurney.
Jalan nak ke sana pun dah berubah dengan sebahagian kawasan Kuala Kubu sekarang sudah berada di paras air apabila terbina satu empangan air.
Kalau nak adventure, pergilah ke Jeram Toi kat Jelebu. Masuk ke kawasan tapak askar selalu buat training (4wd atau motor dirt bike boleh lalu), kadang-kadang time boring, saya dengan member akan ke sana untuk buat unggun api. Sekarang sedang dalam perancangan untuk kebas sedikit kayu dari tapak perkhemahan tentera untuk dibuat pondok kecil atas pokok.
mr. kurien says
lama tak makan rangsum ATM. ingat time big boss balik dari operasi, 1st thing kejar… rangsum dia. mungkin bagi sesetengah orang tak sedap makan makanan dalam plastik, tapi bila perut lapar masak kayu campur lada pun sedap. sekarang ni dah takde opportunity nak makan rangsum…
Call Of Duty says
Baru korang tau askar malaysia cmne,bukan koman beb… Bukan calang2 org bleh jd askar hehe…
mann bravo says
teringat pada masa masa kecik dulu di bukit fraser (aku kecil lagi masa tuh .. antara tahun 1981 – 1988)… tempat army (pangkat besar) holiday kat sana …. rumahnya cam pattern british .. sekarang tara tahulaaa .. maybe dah moden …
ada sorang brader army tuh suruh aku amik skit lauk … bila aku dah makan dia kata "itu daging ular" … hahaha …..nasib masa tuh kanak kanak lagie .. jadi tak ambil port sangat aaa … teringat juga pada masa itu .. setiap malam anggota bawa senjata masing masing ….. ancaman komunis + binatang liar … terutamanya babi aaa)
bro shah … jika ada kelapangan … cubalaaa jejalan kesana, tempatnya nyaman, berkabus … sejuk ooo … leh cari petai …, berehat sambil minum kopi panas … mulut leh berasap oooo … cam obersea … heheheh …. disambil g mandi manda di sg chiling tuh (on the way dr kkb ke bukit fraser, jika saya tidak silap ….) … cuma nak kena tahan pening kepala jer aaa … sebab jalannya ber"ular" …
ashesyereck says
boleh ke makan ular??
Slamat menyambut Ramadhan!!
shahpaskal says
gg, saya sendiri tidak tahu tetapi rasanya pada bulan 10 nanti…anda boleh hubungi Kementerian Pertahanan, bahagian perhubungan awam untuk mendapatkan tarikh itu.
gg says
Salam shahpaskal? boleh saya tanya sikit? bila hari tamat latihan perajurit siri 168? sebab saya berminat untuk menyaksikan hari tamat latihan Perajurit dekat PUSASDA..
Akuromeo says
bro shah
gua biasa makan BATU,BESI,BOM,TONGKAT
lagi hebat…
jambu BATU
belimbing BESI
kuih BOM
TONGKAT ali
hehehee
Hidup Shah Hidup Paskal
HIdup Akuromeocun
aMyErInAiMiE says
heheh.xde la single pun..double gk la ni.:P
btol ckp u..jgn masuk ni nyesal plak la yer.sbb org yg dh masuk je tau ape rase die ek?:P
shahpaskal says
ibnuzailan,
x tahu pulak pukul berapa tetapi pada pukul 3 pagi, mereka sudah berbaris.
Man Kunchai,
Jangan menyesal pulak bila dah join tentera. Setiap intake ada sahaja askar yang AWOL atau melarikan diri dari tugas, kadang2 sampai berbelas orang.
Man Kuchai says
Salam
Kuat betul disiplin angkatan tentera…mmg segak…nyesal tak masuk tentera dulu…huhuhuhu…
IbnuZailan says
diorg bgn kol bpe? smpt plak tu nk pkai smping smart2…woow….wooow
kudabesi says
haha ular sawa rasa ayam?
respek la askar-askar nih 😉
Salam Ramadhan..selamat beramal
cikkiah says
wweeerkkk!!! gila kentang mkn owh…huuhuh
shahpaskal says
EX??? wah single ke, jeng jeng…
memang eksotik, kadang2 sengaja di buat gulai, jadi bila lepas training, bantai makan. Lepas tu tak le rasa geli, ini orang cerita lah…betul ke tidak tak tahulah
aMyErInAiMiE says
wah!entry pertama yg wt sy rase nk komen jugak2!huhu..mcm ni rupenye rupe suasana makan kt pusasda ek.bukan pe.my ex dlu siri 165 kt sane.bole la rujuk entry2 ni kalau rajin..berkaitan pusasda ni.:D
1. http://eringilegambar.blogspot.com/2009/06/gambar-gambar-perbarisan-tamat-latihan.html
2. http://eringilegambar.blogspot.com/2009/04/tamatlah-riwayat-kesan-degil.html
btol ke kene mkn makanan2 eksotik tu??eee..xsanggup~~