Nyala
Rooikat
Pandur (kesemua gambar di atas dipetik dari internet dan tidak menggambarkan versi yang akan dibeli oleh Malaysia kerana saya sendiri tidak tahu versi apa yang akan dipilih)
KERETA PERISAI BARU UNTUK TENTERA DI LEBANON
1. Pilihanraya kecil Bagan Pinang makin dekat, maka dengan itu macam-macamlah isu dan tuduhan yang dikeluarkan dan ini termasuk penggunaan kereta perisai Condor dan Sibmas yang dikatakan tidak selamat untuk anggota tentera kita yang sedang berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
2. Tuduhan termasuklah kerajaan sengaja membahayakan nyawa anggota tentera kita dengan
membiarkan mereka menggunakan kenderaan yang sudah berusia lebih dari 30 tahun dan tidak sesuai dengan senario ancaman hari ini, apa lagi untuk berhadapan dengan kekuatan kuasa tempur tentera Israel dan gerila-gerila Hamas.
3. Saya jarang menyokong tuduhan pembangkang, tetapi mungkin isu kali ini mempunyai kebenarannya. Saya seperti biasa menyemak perkara ini berkali-kali dengan menghubungi
kawan-kawan saya yang terlibat secara langsung dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menyiasat dan mengulas isu sebenarnya yang berlaku.
4. Sebenarnya dari apa yang dimaklumkan kepada saya, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa melawat tentera kita di Lubnan pada Julai lepasu telah melihat akan masalah ini dan berjanji untuk membeli kereta perisai baru bagi menggantikan Condor serta Sibmas.
5. Pembelian kereta perisai baru ini akan didatangkan dalam Bajet Kecemasan, sama seperti apabila kerajaan membeli sebanyak 111 buah K-200 KIFV kereta perisai runut dari Korea Selatan untuk tentera kita yang berkhidmat di bawah PBB di Bosnia Herzegovina (pembelian K-200 menggunakan bajet kecemasan).
6. Untuk kegunaan tentera Malaysia di Lebanon, saya difahamkan buat masa sekarang dua syarikat antarabangsa sudah pun menghantar tender untuk pembelian 30-35 buah kereta perisai bagi menggantikan Condor dan Sibmas di Lebanon.
7. Syarikat-syarikat itu adalah Styer Daimler-Puch Spezialfahrzeuge (SSF) yang mengeluarkan kereta perisai PANDUR serta kereta perisai di bawah syarikat Denel (Afrika Selatan), kemungkinan jenis ROOIKAT 76 atau 105.
8. Kesemua kereta perisai baru ini bersifat 6X6 atau 8X8.
9. Saya difahamkan, tentera Malaysia di Lebanon ada menggunakan sejenis kenderaan perisai dari jenis NYALA yang dikeluarkan oleh Afrika Selatan dan diberi “pinjam” oleh PBB sendiri dalam jumlah lebih kurang 6 buah tetapi perkara ini tidak dapat disahkan dan apakah status kenderaan itu dalam inventori tentera Malaysia di Lebanon.
10. Jika kesemua maklumat yang disampaikan kepada saya itu benar, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Pertahanan yang baru itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana benar-benar prihatin dan mengambil berat dengan isu-isu kelengkapan tentera kita walaupun beliau masih “bertatih” dalam dunia pertahanan.
11. Kereta-kereta perisai baru dan moden ini diharap dapat membantu tentera kita di Lebanon, kerana walaupun mereka diletakkan dalam zon selamat tetapi konflik boleh tercetus pasa bila-bila masa sedangkan kereta perisai lama tentera seperti Condor belum tentu dapat menahan robekan peluru AK47 Hezbollah (peluru AK-47 ada dikeluarkan bentuk amour piercing), RPG atau senjata-senjata milik tentera Israel dan dari serangan jerangkap samar di sana.
MASALAH CONDOR DAN SIBMAS
12. Untuk memberi pandangan yang lebih adil, di sini saya ingin mengupas mengenai isu kereta perisai Condor dan Sibmas dan saya harap, jika ada pihak yang mahu menggunakan artikel ini, gunakan keseluruhannya termasuk bab 1 hingga 11.
13. Kedua-dua kereta perisai di atas sudah pun berusia lebih dari 30 tahun ketika ATM membeli secara besar-besaran kenderaan ini melalui program PERISTA pada tahun 80an dahulu (Condor sebanyak 460 buah dan Sibmas 184 buah).
14. Sebelum isu kelemahan kereta perisai ini dikeluarkan oleh laman-laman blog pembangkang, saya ada dengar juga masalah Condor dan Sibmas ini.
15. Condor misalnya merupakan sebuah kenderaan yang sukar dikendalikan pada kelajuan tinggi dan mudah terbalik (Ini orang ceritalah, saya sendiri tidak pernah berbual dengan pemandu kenderaan kereta perisai Condor atau Sibmas) tetapi memang ada gambar-gambar kenderaan itu terbalik dalam blog pembangkang.
16. Kelemahan Condor misalnya nyata dan jelas apabila gagal melindungi tentera Malaysia yang berada di dalam kenderaan itu seperti yang terjadi dalam peristiwa Battle of Mogadishu di mana seorang perwira kita gugur akibat terkena hentaman peluru RPG dan kenderaan itu seterusnya terbakar.
17. Saya ada dengar, sebagai tindakan standard, kesemua kenderaan yang rosak dalam serangan itu dimusnahkan dengan letupan oleh tentera kita dalam satu operasi khas pada hari-hari berikutnya. Kesemua diletupkan di “situ”.
18. Bagaimanapun, kita janganlah panik dengan kelemahan-kelemahan ini kerana kegunaan kereta perisai seperti Condor dan Sibmas di sana sesuailah dengan tugas pengaman tentera Malaysia.
19. Saya tidak rasa tentera Malaysia akan terlibat secara langsung dengan pertempuran secara berhadapan dengan tentera Israel atau Hezbollah.
20. Tugas mereka adalah mengawal keamanan dan kereta perisai Condor serta Sibmas amat sesuai dengan tugas-tugas ini iaitu rondaan.
21. Walaupun ATM sudah dilengkapkan dengan kereta-kereta perisai tempur yang lebih baik seperti K200 dan Adnan tetapi sifat mereka yang merupakan kenderaan armor berunut akan merosakkan permukaan jalan raya.
22. Kerajaan Malaysia sudah tentu tidak mahu membayar kos ganti rugi dan baik pulih pada permukaan jalan milik negara Lebanon jika kereta perisai Adnan dihantar untuk rondaan di sana.
23. Masalah kenderaan Condor dan Sibmas ini bukan sahaja terletak pada rekabentuk armor yang lemah, saya difahamkan enjinnya juga mengalami masalah dan kerana itu, amat-amat tidak berbaloi untuk dinaiktaraf dan lebih baik ATM membeli terus kenderaan baru menggantikan mereka.
24. Saya berharap, pembelian 30-35 buah kenderaan perisai baru bagi menggantikan Condor di Lebanon akan menjadi langkah permulaan untuk pembelian besar-besaran kenderaan itu di dalam inventori ATM.
komando75 says
pembangkang mulut bangkai tahu kongkek bini saja……….apa tau tentang pensenjataan
g-gun says
bila agaknya malaysia nk mengorak langkah utk mengimport teknologi ketenteraan dari china.kita beli teknologi mcm kapal selam peluru berpandu,kereta kebal dan jet pejuang dari china.dengar citer harga teknologi china lebih murah dari rusia,eropah dan usa.ni mengulas psl kekuatan singapura.mereka canggih dari segi teknologi dan lebih banyak aset ketenteraan berbanding malaysia tapi mereka tiada satu yg kita ade.pengalaman.tentera melayu mempunyai pengalaman dari perang dunia kedua hinggalah ke zaman komunis.igat amerika yg banyak aset dan lebih canggih pon kalah ditangan vietnam.jd faktor itu perlu diambil kira sekirannya ingin bandingkan tentera malaysia dgn tentera singapura
Anonymous says
salam to all guys…
kalo nak beli amoured vehicle yang baru kos dia agak mahal..sedangkan buat masa sekarang ni gawat sket ekonomi kita..tapi at all aku memang setuju kalo beli baru. negara kita dah terlalu lama sangat guna kenderaan sibmas, condor, scorpion dan ferret tu..sejak dari zaman sebelum merdeka dan awal awal penubuhan negara kita…kalo nak orang awam join tentera (chinese and indian), kita kena up to date peralatan dan juga kelengkapan kita..mowag piranha pernah ada offer kat ATM versi 6×6 dan 8×8. FMC Nurol turki pun pernah offer, siap ngan pertukaran teknologi lagi..lu pikir la sendidi…
Anonymous says
1st time jumpe blog membincangkan hal ehwal pertahanan.Aku galakkan korang baca buku majalah Tempur dan Perajurit semuanya tentang industri pertahanan dan angkatan tentera kita khususnya ATM bukak minda sikit..kita tahu tentang pertahanan di rantau negara kita.
Anonymous says
Ape ni rooikat dengan nyala pun tak boleh bezakan…
remyzero09 says
Dulu ada terdengar ura2 Finland menawarkan Patria 8 x 8 AMV kepada TDM. Rasa cemburu dengan Singapura dan Indonesia yang mampu menghasilkan APC buatan sendiri. Sampai bila kita hendak memasang tanpa berupaya mencipta sendiri?
Anonymous says
(Pembetulan) Salam semua,
Just nak berkongsi pandangan, mungkin saudara2 ada yg dah tau, kekuatan ketenteraan Malaysia di rantau asia tenggara adalah antara yang paling lemah dari segi bilangan anggota dan kekuatan aset. Malah jauh ketinggalan berbanding negara kecil seperti Singapura. Bayangkan kekuatan tentera darat mereka 3 kali ganda kebih ramai dari TDM dan kereta kebal utama mereka berjumlah kira2 162 buah berbanding kita sbnyak 48 buah. Tak dpt disangkal, kemajuan ekonomi mereka membantu kekuatan ketenteraan mereka, tetapi antara sbb musabab kita masih gagal menyediakan keperluan tentera yang cukup adalah kerana wujudnya 'middleman' yang mengaut untung yang 'gila' di celah2 transaksi pembekalan ini. Sukar untuk menghapuskan amalan ini kerana mereka ini bergerak atas panji politik (sori jika menyentuh bab politik) dan penyumbang utama kempen2 pilihanraya. Dlm erti kata mudah, jika Singapura memperolehi 10 buah kereta kebal pd harga RM100 juta, kita hanya mampu mendapat 3 atau 4 buah pada harga yang sama.
Anonymous says
Salam semua,
Just nak berkongsi pandangan, mungkin saudara2 ada yg dah tau, kekuatan ketenteraan Malaysia di rantau asia tenggara adalah antara yang paling lemah dari segi bilangan anggota dan kekuatan aset. Malah jauh ketinggalan berbanding negara kecil seperti Singapura. Bayangkan kekuatan tentera darat mereka 3 kali ganda kebih ramai dari TDM dan kereta kebal utama mereka berjumlah kira2 12 buah berbanding kita sbnyak 48 buah. Tak dpt disangkal, kemajuan ekonomi mereka membantu kekuatan ketenteraan mereka, tetapi antara sbb musabab kita masih gagal menyediakan keperluan tentera yang cukup adalah kerana wujudnya 'middleman' yang mengaut untung yang 'gila' di celah2 transaksi pembekalan ini. Sukar untuk menghapuskan amalan ini kerana mereka ini bergerak atas panji politik (sori jika menyentuh bab politik) dan penyumbang utama kempen2 pilihanraya. Dlm erti kata mudah, jika Singapura memperolehi 10 buah kereta kebal pd harga RM100 juta, kita hanya mampu mendapat 3 atau 4 buah pada harga yang sama.
Anonymous says
Dah patutpun kena tukar,tapi tu lah,selagi ada mail polin tu duduk kerusi PTD,jawapnya kita pakai 8×8 dari Turkey,dengar cerita masa trial dulu terburai/patah one of its components.dengar cerita system nak pakai sistem lain,tak pakai sistem sediada dlm 8×8 turkey tu,biasalah tu,beri kawan2 PTD cari makan sama.tengoklah apa dah jadi dgn pembelian assault rifle M4,allies amerika pun dah tak nak pakai,kita baru nak beli,cuba cari senjata yg mantap.dengar cerita masa buat trial senjata tu,drop test pun terburai.so camna.cadangan akule,nak beli tunggu PTD bersara and buat tender dan cari 8×8 yg ada value for money.
Anonymous says
Bila nak update nie?
Ahmad says
Bro, Jarak hentaman RPG yang berlaku di Mogadishu, Somalia amat dekat dan mana ada terbakar. Condor berkenaan di musnahkan oleh Unit udara Amerika kerana ada lagi bom dan amunisi di dalamnya. Jangan pakai hantam saja. Buat research.
Ex-UNOSOM
Anonymous says
Alpha, pandangan awak masuk akal. Kalau tak silap engine KIFV yang kita pakai sekarang datang dari german (berdasarkan sipri). Pakistan pun a copy of M113 selain dari Turki.
Melencong sikit, saya agak pasal tu PT91M jadi pilihan (apart from other factors). Yelah, asas dia T72. Banyak negara keluar copy T72 dari serbia sampai ke China (in some form). Kalu ambil Le Clerc ke, M1 ke, mainly parts dari US and france aje (kalau ada embargo, out langsung)
Alpha says
Kilang KIFV kena tutup? Ni macam cerita kilang Avibras kena tutup jugak ke? Setahu saya Daewoo Heavy Industries cuma bertukar nama!
Bagi saya la, kecuali MIFV kita telah dimodify sehabis gila oleh Daewoo, kalau kilang tutu pun, kita masih boleh source parts dari sumber lain sebab pada asasnya, Adnan dan MIFV cumalah M113!
PakDing says
sbnarnye sy skong gak en. anonymous sorg tuh .
sy rse ptut gak klu FNSS Pars ad dlm list tender nih lgpun producer yg wat apc nih producer yg sme wat adnan
hilmi says
saya sokong…tp biarlah xde unsur2 rasuah dalam pembelian kali ini
Faizal says
shahpaskal, apsl kita x produce sendiri jek keta perisai baru? bukan kite dah boleh produce keta perisai ke? mcm adnan tuh? aku x tau sgt…so hopefully ko leh explain…thanx
Anonymous says
jgn jd cam heli dah la,smpai skrg asyk tunde je..tuggu heli jtuh dlu baru nk riuh blik…
mlysia pon hrus mbli kapal pngakut yg baru m'gantikan kapal KD Sri Inderapura yg terbakar…bli dlm 5-6bji utk serang indon..ha3
Anonymous says
Berdasarkan keadaan kewangan semasa dengan defisit perbelanjaan menghampiri 7.6% GDP (lebih kurang) dan ura2 yang peruntukan pembangunan RMK10 yang mungkin dikurangkan RM20 billion kepada RM180 billion, maka mungkin pilihan pembelian mungkin terhad kepada APC/AIFV buatan blok timur, sama ada Russia, China, Ukraine etc.
Kalau saya tak silap, kos pembelian APC/AIFV dari barat adalah dalam lingkungan USD 3-USD 5 million sebuah berbanding dari blok timur yang berharga antara USD1-USD3 million sebuah. Namun kualiti dan kos penyelenggarra APC dan AIFV dari blok barat mungkin jauh lebih murah.
Jika nak berkata tentang rasuah dalam pembelian senjata, bukan kerajaa Malaysia sahaja culprit. Baru-Baru ini BAE mungkin disiasat kerana potensi rasuah dalm pembekalan peralatan senjata di Saudi, Tanzania, Chezch dan Hungary.
Det. James Doakes says
Sebenarnya dari dulu lagi V150 dan V100 daripada dijadikan target elok diberikan kepada GOF, FRU, wataniah, RELA, JPAM…….(Tapi GOF masih mengekalkan V150 dalam inventori mereka)………
Atau diberikan kepada IPT tempatan untuk diorang evaluate teknology seperti yang dilakukan oleh JPJ dengan memberikan kereta2 rampasan kepada IPT2 sebagai alatan bantu mengajar mereka………….
Taklah membazir katak je….
emotionless_teenage says
and we need extensive test on such platform too
we gonna buy this stuff en masse(300+ just to replace some of sibmas and condor.500+ to replace whole of them).we should take lessons from thailand,who opt for untested stingray light tanks in the 80's.many problem plagued the tanks
Det. James Doakes says
Zulhimi;
Please speak in Malay, because were Malay, and our Govt now promoting to use the Malay…..
Sorry for my false vocabulary……..
Zulhimi:
Atas dasar apakah saudara mengatakan saya menyokong setiap dasar kerajaan yang 'vodoh' seperti pembelian M4, MIG dsb?
Mohamad Taufan Mohd Yassin says
1. Mohon para pembaca kurangkan perkara berkaitan politik. Ini laman pertahanan. Memang berkait tapi biar bincang disaluran yang betul.
2. Aku setuju sangat Condor & Sibmas kena tukar. Lagipun memang ada bajet (dari tabung PBB). Tapi pembelian biarlah telus dan bersesuaian kerana kenderaan yang akan diperolehi mungkin akan jadi kenderaan standard ATM akan datang.
3. Paling bagus kalau pemasangan dan sebahagian dari kenderaan memanfaatkan teknologi tempatan seperti tayar, BMS etc…
4. Condor & Sibmas boleh bagi kat 2nd line (Wataniah, GOF, Reserve etc..). Tak bazir. Bagi jugak kat universiti, sebahagian dari hadiah untuk R&D (especialy Sibmas 90). Disamping tak yah nak revise pasang kontrak MRO (tak le CEO tu poning kepala).
5. Pendapat aku,Patria AMV paling sesuai tapi kena beli banyak (more than 300 unit). Kalau beli banyak boleh kilangkan sendiri (macam Poland). Beli dari Russia pun molek (BTR-90). Tapi paling penting biarlah dipasang sendiri serta TOT yang besar.
shahpaskal says
Anonymous,
Terima kasih di atas ingatan dan keprihatinan saudara,
Saya akan mengamalkan dasar langit terbuka. Tidak ada halangan kalau pengkomen hendak selitkan unsur politik as long ia tidak keterlaluan.
Saya rasa tidak adil untuk menapis komen pembaca di sini, malah komen yang menghentam saya pun saya tidak tapis as long tidak ada maki maki hamun.
Anonymous says
Blog nie dah mix ngan politik oleh anasir2 luar, tu la jadinye…Harap2 bro Shahpaskal dpt filter bende2 nie dari merebak. Salam dari peminat blog saudara….
Dee says
Salam Smue. .
Dlm soal penambbaikan aset ketenteraan yg melibatkan pembelian peralatan baru,bagi saya amat diperluka.n selaraskan dgn perkembangan semasa.
Lagi pn masa skg dan masa mendatang memang mencabar.tngk saja insiden buluh runcing tuh. .sediakan payung sebelum hujan. .beli saja peralatan kereta perisai baru tuh biar lebih gagah ATM. .Go Go Malaysia. .
Kpd yg menyelitkan diri utk promote parti tuh. .Parti Apa tadi?Macam terdesak saja. .Disini bkn tmptnya. .
Wasalam
Zulhimi says
Det. James Doake,
You always seem to defend the military top brass no matter how stupid their decisions can be right from the M4 rifle issue, our MIGs and now this armor procurement…….. what's your stake in all of this? Don't mind me asking pls…..
Saya diajar dari kecil untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.
kraznaya says
Aku setuju, mmg kena tukar baru.Walau pun jarang-jarang pengaman kita jadi sasaran puak bertelagah. Tapi bersedia la dengan kelengkapan yang baik takut terlibat dalam crossfire.
Wan says
saudara rosman…kita discuss 'military element' sahaja di sini..so bab2 undi pos ke undi antu ke jgn di bawa ke sini.. terima kasih.
rosman says
bro shah, bila nak cerita tentang 'undi pos' ? pro, con, betul atau tidak apa pembangkang cakap, perlukah undi pos, adalah negara lain juga ada undi pos ?
Keris says
memang kita patut beli APC baru kenderaan yang ada kini memang tak cukup ampuh jika terpaksa bertahan serangan bertubi-tubi musuh..
Sebelum isu ini dihangatkan pembangkang pun, meman dah ada pihak yang menyuarakan supaya kenderaan ini ditukar baru..
Bagus jugaklah, sekiranya pembangkan atas dasar perihatin membangkitkan isu ini.. tapi jangan dipolitikkan sudah la..
saya berkenan rooikat atau pandur type II.. tapi kenderaan 8×8 sesuai ke dengan muka bumi kat Malaysia.. saya tak mahir bab ni.. ada komen?
Anonymous says
saya setuju kita beli apc baru..sibmas/condor diganti dan diserah pada wataniah..merasa la wataniah kor armor sendiri..jadi 2nd line armor….
Anonymous says
Sesape yg nak berdebat ttg politik, kroni, parti,ape jadah tu, sila ke blog politik. Ini blog ketenteraan, bincang hal berkaitan sahaja. Kekadang aku naik meluat membaca ayat korang.
joekumbang says
Shah,blog kau da jadi blog politik..
Saudara2 semua boleh melihat posting yang lama sebelum menghuraikan fakta isu scorpene dan EC-725
Det. James Doakes says
Anak Perelih…
dah jadi macam Skyhawklaah ni…separuh beli separuh wat spare parts………..
Anonymous…
Nak buat sendiri macam Indon, bukan kita tak mampu, tapi adelah faktor2 lain yang menghalangnya (cuba2lah kita fikir..)
Dan kalau nak beli lesen pun, syarikat pengeluar lesen kena tengok kemampuan frasarana kita boleh nak maintenance atau tidak, abang ipar saya beritahu sebab apa Indon dapat lesen nak keluarkan pesawat CASA kat sana sebab mereka ada kemudahan itulah…………
Dulu kita (AIROD) ada kemampuan untuk maintenace pesawat C130 (diberi kepercayaan dari syarikat Boieng) bukan sahaja pesawat kita, bahkan dari luar seperti US sendiri, tapi kita tak nak bayar royalti, last2 kepercayaan tu ditarik balik………….
Anonymous says
kerajaan nak gantikan kereta perisai ntuk perajurit Malaysia kat beirut… ok… tapi yang masalahnya pembelian kelengkapan tentera tersebut nanti dianasir dgn politik dan tali barut kapitalisme… asyik nak ambik kesempatan je mengketadarah duit rakyat… itu yang tak ok nya… like scorpene…
harga tak sampai 1 Bilion Euro tapi mencanak naik dek kerna manipulasi politik tamak… makan sana sini… tu yang rakyat marah… duit yang songlap tue boleh dah belikan replace new helikopter for army tue… serius… sampai laa nie perajurit kita terpaksa berkorban nyawa sebab guna kelengkapan basi xpired nie… recycle dah berapa lama… bila laa nak tukar heli nuri nie?… sykorsky nie jentera lama… beli laa baru gantinya… fikirkan keselamatan perajurit kita jangan terlalu tamak kutip songlap harta rakyat…
Harap2 PR menang pilihanraya next term… lihat camne pengurusan pro uruskan Army… takde laa asyik umno pelahap duit rakyat… yang perajurit kita mati sia sia je…
Anonymous says
aku rse baik la wat sndri cam indon..xpon kite bli lesen n bina di negara kita…ni dok bli je sampi bli nk mju,sia2 je jurutera kt negara kita klu xleh nk bina sbuah keta prisai…
Anak Perelih says
separuh dari K-200 KIFV dudah dijadikan stock spare part kerana syarikat di korea dah tutup kedai…
BTW yang pembangkang bising adalah cara peralatan itu dibeli.. lebih komisyen kat kroni daripada peralatan utuk tentera… contoh terbaik… razak baginda…. dan Adib Adam…
Sukhoi = rm400 juta komisyen kat Adib Adam
Scopene = rm500 juta komisyen kat Razak Baginda…
RM900 juta ni kalau beli peralatan utk ganti sibmas dan condor… dah lama boleh beli… tanpa perlu budget kecemasan…
begitu juga wang yang boleh dijimatkan dari komisyen pembelian heli pengganti nuri.. duit tu boleh beli peralatan lain or boleh beli lebih dari yang dirancang…
BTW.. kalau Zaman Mahathir.. Malaysia mungkin beli Russian products utk tentera… but bila zaman Najib… mesti beli western products punya… itu beza Najib dan Mahathir… Najib is more pro US/UK/west dan mahathir pernah sebut tentang ini…
Det. James Doakes says
Lagi satu, kenderaan tentera rata2nya mempunyai gravity clearance yang tinggi untuk pergerakan rentas desa, sebab itulah kalau laju je, tak ye2 boleh terbalik….
Kalau lowered macam kereta lumba, memang graviti clearencenya rendah, tak mudah terbalik, tapi bolehke nak harungi lumpur, paya dsb….???
Berbalik juga kat Ops. Sikap…sikap pemandu APC tulah yang jadi sebab Condor tu terbalik….
Biasanya kenderaan TD yang terlibat dalam kemalangan jalanraya dipandu terlalu laju berbanding dengan fizikal kenderaan tersebut…………
berbalik kepada kisah APC nih kan…ada juga yang dicipta dengan lowered profile seperti BMP,kerana menyukarkan operator ATGM menembakkan senjatanya tetapi dengan rupa yang rendah itu, menyebabkan askar mereka yang rata2 berbadan besar untuk duduk dengan selesa dalam BMP tersebut………
kalau askar malaysia ni rata2nya kecil maybe boleh selesa dengan keadaan BMP tersebut……….
Det. James Doakes says
Sampai masanya untuk Kerajaan menggantikan atau menaik taraf perkakasan ketenteraan yang usang….
Apa salahnya jika kita memilih perkakasan ketenteraan dari negara Islam seperti Indonesia atau Turki…??? Hasil kerja mereka setara dengan negara barat…….
Atau kita boleh beli perkakasan dari Russia atau dari negara bekas persekutuan USSR??
Mungkin lebih murah, atau lebih baik kualitinya?
Manalah tahukan………….
Kalau kita ambik Stryker dari US macamana?
Det. James Doakes says
Salam semua….
Setuju jugakkan kalau ditukar, kalau upgrade mahal tak kosnya?
Lepas ni bolehlah tengok bangkai2 condor dan Sibmas senasib ngan V150 Commando….huhuhuuu……
Anonymous says
Salam. FNSS Pars mungkin masuk dalam list. Sebab thn 2006 ATM dah test. Tp x tau result ATM sesuai atau tidak. APC nie mmg feveret sy coz iras2 APC Alien 2…..
shahpaskal says
Kereta perisai baru ganti condor, Sibmas-dipetik dari utusan online
SEREMBAN 4 Okt. – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan sedang mengkaji pembelian kereta perisai baru untuk menggantikan Condor dan Sibmas yang kini digunakan oleh tentera Malaysia di Lebanon.
Katanya, kerajaan sedang memilih kereta perisai baru atau Armour Personnel Carrier (APC) dari jenis pacuan 6×6 atau 8×8.
"Sekarang ini, APC kita adalah 6×6 (jenis Sibmas) oleh kerana ini adalah merupakan peralatan keselamatan maka adalah munasabah ianya tidak dibuat secara tender terbuka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Ke-56 PBTM di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tuduhan pembangkang kononnya kerajaan sengaja membahayakan nyawa tentera yang berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lebanon dengan melengkapkan mereka dengan kereta perisai Condor dan Sibmas yang sudah berusia lebih dari 30 tahun.
Katanya, pembelian kereta perisai baru itu akan menggunakan peruntukan khas yang diberi oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) kepada Malaysia.
"Kita akan cadangkan supaya tender terpilih dilakukan untuk menilai sama ada 6×6 atau 8×8 sesuai di situ, rupa bumi dia adalah kecil tetapi saya fikir APC yang ada itu adalah bersesuaian dan tanpa ada seruan dari pembangkang pun memang kita berhajat untuk menggantikan yang ada kepada yang lebih terkini teknologinya," katanya.
KEBETULAN PULAK, ZAHID JAWAB SELEPAS BLOG INI BUAT PENDEDAHAN MENGENAI KERETA PERISAI BARU
Wan says
My father ex army, he was deployed to Somalia pada 1999, kalau nk ikutkan cerita2 dia, condor ni byk jgk menyelamatkan nyawa diorg semasa membuat rondaan atau pun escort kenderaan bantuan makanan..cuma 1 unit jer terpaksa di musnahkan itu pun sbb terkena RPG..dan sorang dr rakan diorg terbunuh..itu pun dpt bls dendam blk..the best part bila sampai dekat kem, diorg ni akan kire la..siap kira bekas tembakan pada body kondor cari yang mane paling byk kena tembak..
Anonymous says
MAF should go for the best value for money, with the current economic crisis. Interim measures, yes MAF could consider Rooikat or whatever they deemed necessary to safe guard our peacekeepers.
Obefiend Weiland says
http://mt.m2day.org/2008/content/view/27462/84/
sila baca nukilan bangsat ni
memperkecilkan keupayaan askar negara sendiri
bodoh punya non malay.
emotionless_teenage says
they successfully postponed EC-725 procurement
yeah opposition really don't know a thing about military
about not-transparent procurement,look at philippines.they are so corrupt even with USD3 billion budget they still can't go nowhere
and deftech AV4 is also 4×4.our r&d is still in infancy but that is no excuse to axe it.
Anonymous says
Jgn nk poyo la tuduh pembangkang mcm2, dah cukup bagus pembangkang ambik tahu pasal pertahanan negara, sape kata pembangkang x setuju pembelian ketenteraan? Diorg x setuju dgn cara pembelian yg x telus, ambik kes NGPV Amin Shah Omar tu, berapa BILLION kerajaan rugi dan si mangkuk hayun tu kenapa sampai skrang x kena tangkap? Cuba jawab? Klau utk misi peace keeping je, napa xnk pakai local product? Deftech AV4 tu nk buat apa simpan je? Hantar la kt Lebanon, klau Gomen sendiri xnk pakai local product baik xyah buat RnD, research juta2 last2 beli product luar juga, aku x faham la military planner Msia ni, byk sgt tangan yg nk msk campur
Anonymous says
Saya tak ada masalah dgn kenderaan perisai keluaran DENEL. Bagi saya, Rooikat memang mantap & pilihan yg terbaik buat TD kita di Lebanon serta utk inventori TD. Sudah terbukti lasak, mantap & berkemampuan ketika SADF menggunakannya ketika "Border War aka Bushwar" di sekitar tahun 80an. Ratel pun ok jugak, tapi, versi terbaru (iKlwa) masih dalam bentuk prototaip. Apa pun, saya amat bersetuju bahawa Sibmas & Condor perlu digantikan dgn kenderaan perisai yg lebih baik.
Sedikit rujukkan :
1) http://www.youtube.com/watch?v=9VbEFSVJPGA&feature=PlayList&p=2356356CD57115F7&index=68&playnext=2&playnext_from=PL
2) http://www.youtube.com/watch?v=UNQoa36Mw8w&feature=PlayList&p=2356356CD57115F7&index=71
3) http://www.military-today.com/apc/iklwa.htm
BTW, Shahpaskal, excellent blog. Keep it up!!
>> FaisalT2.
anakphg says
salam semua mmg la condor ngan sibmas dah berusia lebih 30 tahun
tetapi kite tgk pada kelebihan kenderaan tersebut sy pernh bertanya pada beberapa org anggota tentera yg mengunakan kenderaan jenis ni diorg kate diorg lebih suka guna condor dan sibmas kerna senng bawa dari kenderaan lain lg satu sebenarnya perisai condor utk menampung peluru 7.62 tp bila perisai itu disengetkan ia boleh melantungkan kembali mana2 peluru kerna ia mempunyai ketebalan 2 kali ganda
cuma kelemahan kenderaan 2 adalah pada enjin je itupun anggota tentera kan ada pasukan jutera diorg sendiri
kalo masalah kenderaan terbalik 2 perkara biasa la kalo kereta pun boleh terbalik inikan pula kenderaan tentera
condor dan sibmas ni dibeli adalah faktor kesesuaian bentuk muka bumi negara kite
apa pun sy setuju kalo kenderaan ni digantikan tp biarlah kesesuaian macam condor dan sibmas ni
trooper knife says
adakah pembangkang kini mengambil kesempatan. rasa2nya, klau kerajaan umumkan utk peruntukan pertahanan, selalu kena cantas dan cakap pembaziran. dalam hal ini lain pulak capap.
neway, memang patutpun sibmas dan condor ditukarkan kepada amoured car yg lebih berkemampuan dgn persenjataan yg terkini serta low maintenance.
Anonymous says
jgn salahkan pembangkang je…
retorik,rasuah & penipuan nampak sgt bro…
sape xnk peralatan canggih..
Anonymous says
sekarang ni buat issue kenapa tak ganti
— kubai
Anonymous says
pembangkang ni belit2.
bila nak beli komplen macam2, tak perlulah, elok pakai duit untuk benda lain, tak telus (bila ada orang komplen kalah tender) dll.
— kubai
ikansadinmknorang says
tukar saja…kalu x tukar bila lagi…
emotionless_teenage says
to whoever who said that BMP is only good as target need to check his fact back.newest version of BMP is used currently serving from various countries worldwide(hellenic army bought tons of them BMP-3 to replace M113.)besides BMP is tracked
about future armoured procurement,i'd like if we bought LAV-25.i'd would said BTR-90 as well but it is kinda heavier than LAV-25
Anonymous says
sampai sekarang pengkalan sarawak tak ada,sedangkan sarawak merupakan kawasan luas dari semenajung malaysia,,,tak sabar aku nak tunggu pengkalan baru di sejingkat…
joekumbang says
Rooikat lebih sesuai ganti Sibmas yang diperanankan untuk AFV(bantuan tembakan).
Condor pula lebih sesuai digantikan dengan AMV Patria yang terbukti efektif penggunaannya oleh Tentera Poland di Afghanistan
L-kick says
rooikat tu ok gak tapi aku suka patria….ade kabar angin kata kita nak beli VAB dr France??? (macam PINDAN ANOA, lisenesi renault kat indon)…betul ka???
Webmaster@Echam says
1st time aku komen. hehhehhe…
Pada aku memang aku setuju sangat kalau peralatan ketenteraan Malaysia ni sentiasa di upgrade. Teknologi makin hari makin canggih dan biarlah apa yg kita ada seiring dgn teknologi….
Anonymous says
Betul tu dulu kata nak buat kat Sejingkat tapi sampai sekarang takda pun.
azlie77 says
lupa nak tanya kat korang semua,bila ada pengkalan baru untuk TLDM disarawak nie,
azlie77 says
alhamdulillah…sekurang2nya kerajaan malaysia dapat beli yg baru..uhukkk
CYBERCDO says
Anonymous said…
MUSTAHIL nak gantikan Condor/sibmas…tahukah anda syarikat yang diberi konsesi maintainance dan upgrade sejak 30 tahun lalu?
tanpa Sibmas…bagaimanakah syarikat ini dan CEO nak menyara keluarga mereka?
—lebih baik tak usah komen, tak baik ada buruk prasangka—-
Anonymous says
See, it's very hard to segregate between war tactics and politics.
jiijan says
Emmm…. Xblh la berfikiran mcm tu. Sepatutnya MINDEF perlu laa telus bg kontrak maintenance tu. Lagi satu, kalau SIBMAS/CONDOR ditukar dan kalau MINDEF puas hati dengan kerja yg dijalankan syarikat tu, syarikat tu perlu la bersedia utk paradigm shift utk maintenance peralatan yang baru nnt tu…
Anonymous says
MUSTAHIL nak gantikan Condor/sibmas…tahukah anda syarikat yang diberi konsesi maintainance dan upgrade sejak 30 tahun lalu?
tanpa Sibmas…bagaimanakah syarikat ini dan CEO nak menyara keluarga mereka?
Obefiend Weiland says
about time pun
dah terlalu lama pakai condor.condor dah sama taraf dengan BMP. useless. baik jadi target parctice untuk Pendekar aja! HAHA
masalahnya masih ada orang yang tak setuju bila kerajaan upgrade sistem senjata. bagi mereka buat apa beli senjata kalau tiada perang. tak paham konsep deterrence. kalau kita tak upgrade nanti jiran sebelah pun mengalir air liur nak menganyang.