Tempur keluaran Sept mengulas mengenai kewujudan blog-blog pertahanan. Gambar blog saya turut dimuatkan. Obefeind, sekarang kita dah sama taraf, blog hang dulu kuar kat Utusan, sekarang blog aku keluar kat majalah, hahahaha.
MY BLOG, THE MAKING OF AND BEHIND THE SCENE SCENARIO
1. Pejam celik rupanya sudah setahun saya menjadi blogger pertahanan pada Ogos lepas.
2. Masa mula-mula nak buat, saya tidak bersemangat, lebih kepada ikut-ikut kawan terutama apabila sahabat saya “Sam” membuat blog http://ondscene.my lebih awal dari saya. Saya masa itu terfikir hendak buat blog mengenai misteri, hantu atau UFO.
3. Saya tidak melihat ada pembaca yang minat pertahanan kerana hampir kesemua blog menceritakan perihal politik atau hal peribadi. Sebelum menjadi blogger, saya selalu membaca blog pertahanan Asia di http://asiandeftech.blogspot.com/. atau forum Gempur Wira sebelum mereka memperkenalkan sistem password yang menyebabkan saya terhalang dari memasuki forum tersebut.
4. Cetusan membuat blog sebenarnya diutarakan oleh blogger terkenal, ROCKY (rockybru.com) ketika saya menghadiri satu kursus anjuran Celcom di JB pada April, 2008. Rocky menjadi penceramah pada masa itu, beliau mengalakkan saya membuat blog.
5. Saya sebelum ini ada beberapakali bersapa dengan Rocky di salah sebuah kelab (bukan kelab malam) di Kuala Lumpur, beliau memakai motorsikal superbike Aprillia 1,000cc berbanding saya yang menggunakan superbike jenis kecil (kini tersadai pasal saya lebih banyak pakai kereta…kalau nampak superbike naked dengan semua body di cabut dan tinggal rangka kecuali tangki minyak, berwarna hitam kusam maka itulah saya).
6. Satu hari ketika sedang bersantai di Port Dickson memikirkan poket yang kosong dan tidak berduit, Sam menghubungi saya bahawa blog saya sudah ada pengikut pertama iaitu Hazrey (http://bapak-gulagula.blogspot.com/) dari Johor Bahru. Blogger yang kena halau dari masjid pasal amik gambar Mawi dan Ekin nikah. Kami kemudian berpeluang lepak bersama di KL ketika beliau ada urusan perniagaan bersama isteri.
7. Sam meminta saya update blog segera kerana sudah ada follower. Malam itu juga, dengan rasuah 10 batang rokok lari cukai ke dalam mulut, saya menyiapkan artikel-artikel saya di tepi pantai Port Dickson terutama analisis mengenai kereta kebal.
8. Kemudian saya menerima emel dari Obefiend (http://obefiend.blogspot.com/) dan bermulalah episod hidup saya sebagai blogger.
9. Episod paling ngeri adalah apabila blog saya kena hack. Bab hack ini saya tidak minat nak cerita.
10.Saya bukan menulis blog untuk suka-suka. Saya menulis untuk memberi INSPIRASI. Jadi saya gunakan bahasa yang mudah dan tidak terlalu serius supaya mudah orang Melayu terutama anak-anak kampung membaca dan memahami message yang hendak saya sampaikan.
11.Housestyle pula yang menggunakan angka pada setiap para sebenarnya membuktikan kekaguman saya dan ditiru dari laman chedet.cc milik pejuang bangsa dan inspirasi saya iaitu Tun Dr Seri Mahathir Mohamad.
12.Untuk menulis isu pertahanan bukan mudah.Kawan-kawan saya banyak membantu terutama yang menjadi MIO dan broker senjata serta aktivis politik dari Umno dan PKR (Saya tidak pasti kalau ada kawan saya yang ahli PAS). Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hafiz, Ustaz Adam, Fairuz Library, Komander Husni, Sam, Salleh, Rozimal Malakan serta beberapa orang lagi.
14.Bab kerahsiaan, saya dikritik hebat kerana dikatakan mendedahkan rahsia kerajaan. Sebenarnya saya tahu yang mana rahsia besar, sederhana atau rahsia kecil dan mana tidak. Saya tidak mendedahkan sebarang peta, frekuensi radio atau apa-apa sahaja dokumen sulit yang di stamp dengan perkataan “SULIT” atau “RAHSIA”. Saya sudah diberi pendedahan mengenai ISA dan OSA sejak dari lama dahulu.
15.Ada artikel saya yang tidak berpihak kepada kerajaan atau Kementerian Pertahanan Malaysia. Secara keseluruhan, banyak artikel saya yang mempertahankan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menyokong hasrat serta kehendak kerajaan.
16.Isu yang diutarakan kadang-kadang memerlukan saya membuat temuramah dengan pakar-pakar yang berkaitan tetapi nama-nama mereka tidak dapat disebutkan atas sebab-sebab perundangan. Saya bertemu dengan mereka yang terdiri dari kenalan saya bukanlah semata-mata untuk blog tetapi lebih kepada minat dan bertanya khabar (sambil menyelam sambil minum air), mereka sendiri tidak tahu saya mempunyai blog.
17.Memang blog saya bukan blog pertahanan yang profesional. Kalau nak profesional, bacalah Asia Defence Journal atau Janes Defence malah banyak blog dan forum pertahanan yang lebih baik diluar sana. Anggap sahaja blog saya yang kerdil ini sebagai bacaan alternatif atau hiburan ringan.
18.Saya juga berterima kasih kepada pembaca yang rajin meninggalkan komen dan emel. Setiap komen anda saya baca sebenarnya dan setiap emel saya balas, terima kasih juga kepada pengemel saya yang banyak memberikan bantuan dari bentuk gambar dan juga informasi.
19.Saya masih bertatih dalam dunia penulisan blog dan ada kalanya tercetus perbezaan pendapat, politik dan kata-kata bersifat rasis. Mengenali pembaca ini, telah mematangkan saya dan saya berasa rendah diri apabila blog saya dibaca dan dirujuk oleh peminat pertahanan dari Argentina, Israel, Thailand, Indonesia, Singapura sehinggalah kepada kawan-kawan dari kalangan kaum Cina walaupun saya menulis dalam bahasa Melayu. Pelik memang pelik.
20.Ada yang bersusah payah menggunakan Google Translator untuk mengalih bahasa dalam blog saya ke bahasa ibunda mereka. Sekarang baru saya tahu kegunaan Google Translator, kepada pembaca lain, anda boleh membuat eksperimen sendiri dengan Google Translator untuk mengalih bahasa artikel luar negara atau dalam bahasa asing yang kita tidak faham.
20.Kesahihan fakta. Saya sebenarnya amat mengalakkan pembaca memeriksa fakta saya dua kali sebelum menerimanya bulat-bulat. Saya sendiri membuat pemeriksaan berkali-kali apabila membaca blog lain. Sebenarnya tidak ada sumber bacaan yang lebih baik dari majalah atau akhbar yang lebih kredibel kerana penulis mereka tertakluk kepada akta, etika dan undang-undang.
21.Kalau internet menawarkan bacaan yang lebih sahih dari media tempatan. Ini bukan satu pendapat yang tepat, semua orang boleh menjadi penganalisis tetapi bersediakah mereka mempertahankan pendapat mereka jika tindakan diambil?
22.Akhir sekali, selamat berpuasa. Maaflah kerana melalot hari ini, rasa tidak sedap hati pulak kerana saya telah ditugaskan untuk ke perbatasan bersama-sama dengan pasukan tentera dan polis kita di Timor Leste pada Ahad ini.
23.Bila tiba bulan puasa ini, saya sebenarnya lebih suka duduk di rumah atau opis tapi pihak polis dari Bukit Aman mahukan seseorang yang brutal, jadi saya telah dihubungi hari ini dan akan bergerak bersama mereka selama 3 hari. Nasib baik salah seorang pegawai polis yang terlibat dalam misi ini merupakan kenalan lama, nasib baikkkk..kalau tidak boringlah tidak ada member melawak.
24.Ini mesti kerja ngeri pasal tu bos hantar aku ke Timor Leste ni. Aduuu…risau risau. mesti naik kapal terbang buruk dan tidak ada pramugari cantik.
salam bro …sy slalu bce blog lu bro.. bkali2 ..sy mmg minat sstem pertahnn negara ..arp bro update all time..bro komen skt @jet perjuang..f18(tudm),,f16([email protected],singpre)'''..apa komen bro tentng aset pertahnan udra malaysia.. aset anterleri pertahanan malysia bro..k'tngalan bro ''..radar pertahanan udara kita pun lama..hee hee .bro cbe komen sistem pertahanan udara jnis BUK M11 buatan rusia..ader masa email gua gambr2 jet perjuang tudm ..sybas bro////,,,,lu mmg kreatif//…[email protected]
Rizal, aku rasa aku dah kupas perang tak semetri ini.
datomarsani,,,thanks men, mmg itulah tujuan den
Salam bro..
aku salah seorang peminat blog bro.. dah 2 bulan aku ikut.. walaupun aku cikgu, aku pun minat jugak pasal tentera2 nih..
thanx sbb byk info dr bro yg motivate aku!
GOOD JOB!
(aku akan didik anak murid aku sayangkan negara & pertahankan tanah air!)
buat rakan dari seberang.
kami memanggil indonesia sebagai 'indon' bukan 'indo'. ini lebih kepada budaya cara percakapan bukan membawa maksud yg tidak baik.
Assalamualaikum bro..
Memang sgt bagus dan stylo bro buat blog macam nih. Saya juga peminat setia bab-bab ketenteraan nih, walaupun hanya strategy and history jer… slalu gak ar tgk 'Battle plan' dan 'worst military blunder' kat astro tuh… heheh.
Tahniah dan hope bro continue terus blog nih…
Chiaow!!
p/s – Bro, harap bro bleh citerkan skit pasal urban warfare and guerrilla tactics skit utk peminat blog abg, sbb Malaysia sebenarnya boleh pergi jauh dlm tactical camni selain jungle warfare and commando tactics. Walaupun hanya mencontohi tactic-tactic 'Viet Cong', 'Iraqi Republican Guard', pejuang Hezbollah, pejuang Chechnya dan Mujahidin Afghanistan, saya percaya kita boleh pawn and destroy askar singapore walaupun diorang lagi canggih. Contoh? lihat perang 1987 Afghanistan dan perang 2006 Lebanon, di mana mujahidin boleh tewaskan Soviet Union and Israel yang memang diakui terbaik dlm teknologi peperangan nih.
Salam perkenalan,
Tidak memeranjatkan blog saudara keluar dalam majalah Tempur.
Apapun, tahniah dan teruskan usaha..
Oh ye, saya sokong cadangan Belia Waja Watan. Mungkin boleh kita perhatikan trend sekarang dan pengaruh penulisan idea dari aspek ketenteraan dan keselamatan.
~ OnDaStreet
http://ondastreet.wordpress.com
mengenai isu tarian. pihak pengurusan pelancongan malaysia patut bertanggung-jawab kerana menggunakan syarikat singapura untuk membuat iklan. tidak patriotik betul. merdeka sudah 52 tahun tapi masih minta singapura buat iklan.
Salam…
Aku memang minat pasal military, hehe.
paling suka pasal artikel kau pasal perbandingan kekuatan military MY dgn negara jiran.
dan blog kau dalm BM, lagi bersemangat aku nak baca.
Teruskan mengeblog.
p/s : apsal xleh masuk GW sekarang eh?? nak daftar pun x dapat
En. Belia Waja Watan..
Saya setuju..
Salam Nusantara dan selamat menyambut idulfitri 1430H
Bro … apabila mata pena terlebih tajam dari mata pedang …!!!
Sejarah tetap berulang, kalau dulu sebelum zaman ICT menguasai ruang massa, buku, majalah, makalah dan sebarang sebaran am penulisan merupakan senjata yang terlebih ampuh dari vital itu sendiri.
Dan itulah dikenali sebagai alat propaganda, Bro rasanya eloklah bro cuba mengupas bagaimana propaganda memainkan peranan dan 'wind of war' semejak WWII terdahulu sehinggalah sekarang.
Ini terbukti seperti perkara yang baru terjadi oleh negara selatan mempelagakan kita dengan saudara kita di seberang dalam isu hanya terlalu kecil isu Tarian. Jelas suatu senjata propaganda.
Jadi kawe rasa baik kita eksposekan apa itu senjata propaganda dan bagaimana feudamentalnya memainkan peranan sebagai aset peperangan, dengan knowledge tersebut membolehkan kita semua meningkatkan profesionalisme kita, sebagai warga negara yang mempunyai minda kelas pertama.
Satu Malaysia, daripada satu kepada yang ramai, dari yang ramai kepada yang satu, satu jalan, satu panduan, satu wawasan, satu ikutan dan Satu Tuhan, Allah Penguasa Alam.
Cap Bagde Allah dan Muhamad – Angkatan Tentera Malaysia –
SENTIASA DI HADAPAN
Simbol Keramat dan kehebatan ATM.
Salute.
bro, teruskan perjuangan mu,,, sy sentiasa mengikuti perkembangan blog ini,,, Tahniah kerana blog bro terkeluar dalam majalah.. hehehe
Bro saya minat blog u, agak-agak ada lah dua bulan follow, interesting gak, tapi warna blog kureng menarik la
lie peminat majalah tempur dan perajurit,tiap2 bulan lie beli dan peminat mana2 forum yg tentang pertahanan nie
Good work Bro,,,,info2 bermutu tinggi…senang difahamai dgn bahasa santai,,,,keep update..
salam bro..
rasa bangga pulak krn mnjadi antara pengikut terawal blog ni..hehe
teruskan usaha utk terus memberi pandangan dan analisis anda. Sememangnya stp entry dr blog ini amat di nanti2 kan..hehe
salam..nak menjemput..
http://malaysiamilitary.forumotion.net/forum.htm
baru je siap buat..kehadiran anda sumer amat dialu2kan..harap dapat sambutan daripada peminat2 isu military..
kpd bro shahpaskal : join la,nanti aku bg ko jadi mod
tahniah bro…
aku kagum tgk bro… siap kuar TEMPUR lagi.. blog bro memang 'berisi' bukan calang2 org boleh wat, maybe b'coz bro ni journalist, ayat memang goreng power punya, anyway semoga berjaya…
peace…
CABARAN KEPADA SUATU PERMULAAN
BERSEDIA 2012 ….!!!
WELCOME BRO.
Antara geng otai crime.. kau dengan Marhalim ler yang dah mantap sebagai blogger.. dua2 blog masuk Tempur!
just read that part yesterday(read,not buy : D)
anyway,congratualation on your,umm..recognition and i wish you all the best
encik penulis,
mak bapak saya tak nak saya jadik sakar. kalau tak dah msk akademi dah ni..
Teruskan dgn usaha blog ni… byk info yg kita dpt dr sini yg kita xkan dpt dr media biasa…
seperkara lg… prmugari kalo flight Timor leste lawa ke….. huhuhuhuhuhu…
salam
slamat bepose….
taniah kerana telah setahun blog ini d wujudkan..
sy pon bru gak knal blog ni dri http://www.ehoza.com
pape pon slamat pergi dan pulang….
nti bwak ole2 timor leste blik….
bgus gak xde pramugari bulan2 pose ni nti batal pose plak…
hehehehe….
k slam…
Tahniah.Aku ni silent reader blog kau sejak dulu.Blog kau ni memang bagus dan best tahap Cendol Pulut.Tahniah.
tahniah bro shah..
selamat bulan ramdhan
slamat berpuasa bro.. ur blog mmg best.. i mmg enjoy baca ur entry dan sedikit sebanyak belajar daripadanya.. teruskan usaha ya? tapi cuma satu je, kerap2 ye update content? sbb slalu bila masuk tgk posting lama, frust bro.. hahaha
salam to you brot shah. semoga selamat pergi dan selamat kembali dari bertugas di timor leste.
harap-harap, posting terbaru nanti akan lebih panas dan lebih menarik. teruskan usaha anda. 😛
Tahniah Saudara….
Walaupun ada yang kritik penulisan saudara…bagi aku ianya bukan halangan. Hasil tulisan saudara sebenarnya amat murni kerana mendedahkan kepada umum jasa, pengorbanan dan cabaran yang dihadapi oleh para perwira negara, sekaligus meningkatkan semangat patriotik yang semakin hilang terutama dikalangan anak muda.
Tahniah juga buat majalah TEMPUR kerana publishkan kewujudan blog pertahanan tempatan. Sekurang-kurangnya kewujudan blog seperti ini mampu beri alternatif kepada warga Malaysia mengenai situasi sebenar pertahanan negara.
Harap-harap saudara akan diwawancara dalam rancangan BLOG RTM 1 (tak tau masih wujud atau tidak)..
Tahniah Saudara….
Walaupun ada yang kritik penulisan saudara…bagi aku ianya bukan halangan. Hasil tulisan saudara sebenarnya amat murni kerana mendedahkan kepada umum jasa, pengorbanan dan cabaran yang dihadapi oleh para perwira negara, sekaligus meningkatkan semangat patriotik yang semakin hilang terutama dikalangan anak muda.
Tahniah juga buat majalah TEMPUR kerana publishkan kewujudan blog pertahanan tempatan. Sekurang-kurangnya kewujudan blog seperti ini mampu beri alternatif kepada warga Malaysia mengenai situasi sebenar pertahanan negara.
Harap-harap saudara akan diwawancara dalam rancangan BLOG RTM 1 (tak tau masih wujud atau tidak)..
assalamualaikum..
congratz ats kejayaan anda..
hehe..
anyway.. sy pn bru je dlm dunia blog ni..
kebanyakan hasil penulisan sy banyak berkitarkan kehidupan peribadi saya.. dan xkurang jugag penulisan saya berkenaan ketenteraan, namun kebanyakan yang saya tulis adalah berdasarkan cakap2 mulut dan ape yg saya rasa ade logika.. sy harap anda boleh singgah dan bace blog sy.. klu bleh komen2 sket.. sbb tkut2 klu salah fakta dan sebagainya.. saya suke menulis blog tentang kehidupan sebagai seorag anggota tentera.. terima kasih..
Tahniah Bro..
saya tak tau la pulak yang bro dah setahun wat blog ni. sebenarnya saya baru sahaja terserempak dengan blog ni minggu lepas.
saya sendiri akui yang memang tak ramai blogger yg nak wat kisah mengenai pertahanan nasional. Selalunya yang kita senang nampak ialah blogger politik dan kisah diari hidup sendiri.
Diharap saudara meneruskan blog pertahanan ni kerana saya dah tahap bosan membaca blog politik dan blog diari hidup.
Tahniah Sekali Lagi Diucapkan Kepada Saudara.
salam saudara izzul,
mengapa tentera di jadikan pilihan terakhir sekiranya tiada tawaran kerja lain?sekiranya anda berminat..sertai la skrang..sebab ianya akan lebih mudah dan senang utk anda berjaya jika ianya kerana minat dari kerana terpaksa "pasai tarak kerja dah"fikir2 lah..
bro. syah..
geng GW jugak ye.. same la kita.. =)
Tahniah sebab usaha bro dipandang masyarakat..
teruskan usaha.. org kita perlukan lebih banyak blog 'Pencerahan' begini untuk membuka mata seluas-luasnya apa yg berlaku disekitar kita.. dan apa tanggungjawab kita semua yg sebenarnya.. xde lah lali dan tertutup dalam politik kotak besi aje.. hehe
Bulan Berkat Ramadhan ni.. semoga bro dan keluarga dan manusia keliling bro tetap dalam hidayah dan dilindungiNya.. amin. =)
Bro Shah…good job…and congratz 🙂
Selamat Hari Raya Aidilfitri…
syabas kpd bro shah..
nampaknya blog anda sudah memasuki fasa baru yg akan membuatkan blog anda lebih terkenal kelak..
teruskan penulisan artikel yg berinfo pasal pertahan..
semoga membuka mata kepada masyarakat kita…all da best!!!
walaupun saya blogger tomoi, tapi saya minat blog pasal tentera ni, disebabkan darah perwira yang mengalir dalam tubuh ini.
Tahniah Bro! Keep up The Good Work!
salam encik penulis,
saya baru saje berumur 22 tahun tapi minat terhadap ketenteraan saya sangat tinggi. tapi untuk menyertai tentera mungkin alternatif terakhir kalau takde keje.sebelum ni memang susah nak cari bahan untuk ketenteraan Malaysia tapi lepas baca blog encik penulis, saya rase memang banyak bende yang saya tak tahu. Terime kasih kepade encik penulis untuk info yang menarik dan eksklusif. teruskan berblog, orang kate kalau tak dapat sampaikan semua, sikit pon jadi la. salam
ps: saya dapat tahu blog encik penulis pon dari MBC(Malasian Bikers)
Bro Shah,
Bolehlah bawak ole2 dari Timur Leste….iaitu gambar2 menarik dari sana…
Katanya, ATM ada menyumbangkan senjata2 yang tidak dipakai dalam inventori kepada pasukan tentera Timur Leste, antaranya HK33…betul ke cerita tu?
salam, saya follower baru blog saudara, thanks sbb atas usaha saudara saya dapat maklumat ttng sistem pertahanan negara yg jarang kita ketahui dan seterusnya mebangkitkan syukur & kebanggaan dalam diri.
boleh ke saudara ulas berkenaan PROJEK MEGA MALAYSA : JET PEJUANG ANGKASA LEPAS codename M-R2D2-X
nampak mcm menarik
a friend of mine introduced me to ur blog few months back and being inside the nation no 1 defence mags is a quantum leap..
keep em coming bro…
congrats and godspeed….
jangan lupa bawak stok gambar dari timor leste yang menarik2 jela 😀
bro shah …
aku diantara peminat peminat yang suka membaca/berfikir/menganalisa setiap artikel yg bro shah updated …. sangat sangat menarik bro shah ….
hopefully kekal sentiasa update hendaknya .. jikapun ada user komplen artkel yang dibuat bro shah …agak ke arah "politik" … untuk kebaikan negara dan menimbulkan keinsafan dikalangan warganegara .. adalah lebih baik drpd melihat negara dijajah kembali …. fakta : 446 tahun kita dijajah .. dan baru sahaja menyambut ulang tahun kemerdekann ke 52 —> jauh bezanya tuh.
Bro shah … bila dah masuk dalam majalah tuh … jangan lupa diri …. ingat kata Dr Mahathir .. melayu mudah lupa …, bukan bermaksud menyindir .. tetapi elok laa juga sentiasa mengingatkan diantara satu sama lain …
on bro … keje elok elok … beraya di timur leste ker tahun ini ??
Semoga saudara terus mendapat inspirasi untuk menulis. Bukan mudah untuk menterjemah catatan minda dan perbualan menjadi satu rencana yang bernas dan boleh diterima pakai. Ada banyak yang telah saya belajar dari penulisan saudara; yang terutama sekali bagaimana kita boleh berbangga dengan Angkatan Tentera negara kita.
Hazrey…
Kot2 tu baju bundle tak kot…..muakakakakkakaaaa……….
Teruskan menulis bro, semoga Allah merahmati orang yang menulis demi kebenaran dan membangkitkan perasaan kasih dan sayang kepada agama, bangsa dan negara……
Bro, cuba bro tulis satu part mengenai jerih payahnya anggota tentera kita menentang komunis daam era 70-80an….
Gambar2 saya ada…..
wah! wah! dah kuar kat majalah tempur ek ko nyer blog bro!
teruskan usaha bro untuk lebih rajin lagi menulis dan menaip….hehe
nak tanya nie.. bler nak sambung cerita traslate ko tur bro? lamer nie aku tunggu.. uwa… huhu
lagi satu betul ker setiap kedutaan kita diluar negara tur ader pasukan risik tentera yang di tugaskan untuk mencari maklumat demi negara……
mmm…. ader lagi nak tanya adakah negara ada atau sedang menjalankan operasi pembanggunan ketenteraan secara rahsia melalui "black bajet" yang di peruntukan……???
ok lah bro selamat menjalankan tugas di negeri orang…. bro jangan wat hal gie ngurat anak dara timor leste ek……
hahaha
SHAH
keluar TEMPUR tu! nice.. aku tak jumpa lagi bulan ni punya. masalah dengan tempur ialah sukar sangat nak jumpa stockist. Perajurit banyak la. Maybe pasal tempur "agak" Mahal bagi majalah lokal. aku suka tempur pasal banyak rare pictures. macam bulan lepas ada gambar bombing exercise dari Sukhoi sukohoi kita.WARGASAM kejap. bulan sebelumnya ada tunjuk MBT kita secara close up and the month before that dia tunjuk semua inventori TUDM! NICE GILA
congrats dengan feature article!! haha
oh dan aku still ingat emel yang aku hantar tu. pasal mmg aku tertarik abis dengan content blog ni. article kegemaran aku dekat blog ni so far ialah article insiden Kalabakan dan Bunker Bawah Tanah. Real eye opener.
terima kasih jugak pasal dedahkan Hazrey kena halau.. boleh jadi modal gelakkan dia di Yahoo Messenger dan blog dia lepas ni
Sorry hazrey…..kurang hensem engkau hari ini
HAHAHA..
Keep up the awesome work dan banyakkan update. Engkau lama sangat dekat Mesir aritu takkan takde cerita hangat?
Salam bro, taniah la skrang dah famous,sepanjang sy mengikuti blog bro ni..at least ada kelainan dr ape yg ada pada artikel dr military magazine yg ada..lebih kepada santai dan mudah utk difahami..tentang kerahsian negara tu yg mane bole di kupas sila bentangkan yg mane PNC..biar la terus menjadi rahsia..akhir kata selamat menjalankan tugas dgn selamat..kalo ade cerita menarik dr sana..tlg update dlm blog!selamat!
letak gambar banyak2 la bro…tapi mesti bab ketenteraan…
all the best bro…!
bro..mmg terbaik.aku mmg hari2 check blog ko ni kalau2 ada latest update.tahniah2.
tahniah bro.. teruskan usaha menulis dan keraplah menulis kerana setiap hari saya masuk blog anda untuk membaca berita terkini…
selamat bertugas bro…balik nanti bwk2 la cerita ngan gambar2 dari timor leste ok..
salam bro..saya mengikuti blog saudara pun melalui kawan2 tapi x pernah pun anta komen…ni pun sebab saya baca jer dah baru register maklumlah x berapa pandai guna it ni,,huhahaauahaauha
apa2 pun syabas di ucapkan pada saudara kerana menulis blog pertahanan ni memandangkan tidak banyak blog seperti ini tambahan pula dalam bahasa melayu…heheheheheh
apa2 pun teruskan menulis…ok
den pun minat gak superbike..pernah pakai zxr 250 je,pastu jual upgrade kepada superkrisss 120cc je…ehhehehehhehee
siapa ckp blog tentera tak best?
meh aku sekeh! hehehe…. semoga berkekalan…
Ak ske bce blog ni..da pnh ke mcm2 blog ptahanan lain tp ak rse yg ni the best yg ak minat bace…
Semoga maju jaya
Anyway,keep your good work,Shah.
Lepas ni boleh la kau buat blog politik pulak.Sebab dalam blog ni pun dah banyak unsur2 ke arah itu.
Salam bro,
Kalo berkesempatan, bole tolong ulas buku The Lion Defender yg pernah diharamkan oleh kerajaan Malaysia. Tq.
aku lambat jumpa blog bro..jumpe pon link dari blog hazrey..menten je bro..info² from your blog mmg best~
selamat pergi dan selamat pulang~
Dahsyat lah lu mat. Kembang hidung gua jap. Tahniah lah.
Bro, nanti kejap. Since kau pergi sana, cuba kau korek, ada bot buruk yang berulang alik dari Pasir Gudang untuk menghantar pakaian ke Timur Leste. Serious. Aku terserempak dengan bot tu masa dengan maritim last week. Amat buruk bot ni. Tapi destinasinya adalah Timur Leste. U better check that.
Tahniah!
Blog saudara dah diiktiraf ketempat yg lebih tinggi
Teruskan menulis, terapkan rasa sayang dan kagum bangsa kita terhadap negara dan ketenteraan kita, yg cukup kuat dan terlatih untuk melindungi negara
Gempur Wira!