1. Saya pada 17hb Sept lalu, saya mengikut Komander Pasukan Gerakan Khas Datuk Fuad Abu Zarim (Boss UTK dan SB polis daaaa) dan Timbalan Komander PGA Briged Tengah ACP Azizan terbang ke Dili, Timor Leste dalam perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 15 jam. Rombongan kami sebenarnya berjumlah 7 orang tetapi 4 pegawai polis dari Bukit Aman terpaksa diturunkan di Senai, Johor kerana tidak mendapat perlepasan Kementerian Dalam Negeri.
2. Kira best jugalah misi kali ini walaupun penat gilaa sebab terbang dengan pesawat kecil yang baru dibeli polis (saya akan buat posting baru memperkenalkan pesawat itu dan ianya tidak pernah dipertontonkan kepada awam sebelum ini). Baru saya tahu bertapa susahnya abang-abang polis kita menyambut Ramadhan dan Hari Raya di rantau orang. 24 jam duduk dalam kem, mereka ini sebenarnya merupakan pasukan polis dari MAL-FPU (Malaysia-Formed Police Unit) yang ditugaskan untuk membuat rondaan di sekitar Dili. Masa bulan puasa ini, kem polis Malaysia sering dikunjungi oleh pasukan polis beragama Islam dari Singapura. Mereka merupakan pengunjung tetap ke kem itu selain dari kakitangan Petronas di sana. Timor Leste amat kaya dengan minyak. Untuk membodek kerajaan Timor Leste, China misalnya membina istana Presiden Timor Leste secara percuma.
3. Paling best saya diajak untuk menyertai rondaan mereka. Gambar diatas saya dalam jip (jenis apa tak tahu), meronda dan memeriksa kawalan polis Malaysia di bangunan-bangunan penting kerajaan Timor Leste. Ketika ini keadaan sudah aman dan tidak ada pertempuran berlaku, namun begitu saya tetap cuak kerana saya seorang sahaja yang tidak diberi sebarang senjata. Mereka ini semua lengkap dengan pistol jenis Styer di pinggang.
4. Sungai apa tah nama dia…tetapi kering kontang. Penduduk sangat miskin rata-rata suka makan khinzir hehehe.
5. Kereta perisai yang dibeli dari Korea Selatan. Ada dalam 4 buah, kalau ada demontrasi, kereta ini akan keluar. Demontrasi memang lumrah penduduk Timor Leste. Rasa-rasa kalau diperhatikan macam ada kamera infra red atas bumbung.
6. Anggota polis Malaysia mendapat kepercayaan tinggi dari kerajaan Timor Leste. Kerajaan itu meletakkan tanggungjawab yang tinggi kepada polis Malaysia dan polis Portugal bagi menjaga bangunan strategik mereka. Polis di atas mengawal rumah Perdana Menteri Timor Leste…yang bentuknya lebih kurang macam rumah banglo di Malaysia. Anjing Perdana Menteri Timor Leste tidak ada dalam gambar ini, anjing tersebut mengejar saya kerana saya tidak memakai uniform. Anjing itu pun kenal mana satu polis mana satu orang awam berdasarkan uniform berbanding orang awam di Malaysia yang tidak menghormati langsung petugas beruniform kita.
7. Kawad, nyanyian Negaraku dan Sang Saka Biru…terpaksa den nyanyi lagu polis bersama-sama.
8. Seorang anggota tentera Timor Leste. Dari segi kelengkapan individu, saya tengok memang hebat dia orang ini setaraf dengan unit pasukan khas kita. Kekuatan adalah pada sekitar 1,500 orang dan banyak dilatih oleh tentera Portugal serta Australia.
9. Dua anggota polis bersenjatakan MP5 dan pistol Styer di pinggang. Mereka tidak dibekalkan dengan raifel M16 kerana jika terjadi kekacauan, MP5 lebih efektif untuk pertempuran dalam bandar. Penggunaan MP5 menyebabkan polis tempatan dan luar negara menyangka, mereka ini merupakan pasukan polis elit Malaysia.
10. Oleh kerana kekalutan kerja dan rondaan, saya tidak sempat makan nasi briyani di Kem MAL-FPU di Inap Comoro. Selepas join abang-abang polis ini meronda dengan diketuai oleh Chif Inspektor Mohd Yusoff Tahir, saya pekena roti canai 2 keping dan segelas teh tarik di sebuah cafe. Harga makanan sangat mahal kerana mereka menggunakan mata wang dollar. Segelas teh tarik bersamaan Satu Us Dollar.
11. Gambar di atas merukan hotel terkemuka di Dili. Kontena ini sebenarnya kamar tidur dan ia merupakan bekas kem askar yang dijadikan hotel. Tidur saya terganggu ketika ini kerana helikopter Blackhawk tentera Australia sibuk menjalankan penerbangan taktikal iaitu penerbangan helikopter tanpa sebarang cahaya lampu. Memang saya sendiri tidak nampak helikopter tersebut walaupun terbang rendah. Saya percaya juruterbang helikopter dibekalkan dengan alat pandang malam. Pasukan polis kita turut dibekalkan dengan alat pandang malam yang baik, tetapi banyak yang rosak apabila ada anggota yang terbuka penutupnya pada waktu siang..jadi rosak lah.
salam , saya ziarah blog dan tidak terlambat ingin mengucapkan selamat hari raya
salam ziarah buat bro shahpaskal,
satu blog yang unik dan cukup menarik.
Teruskan usaha tuan!
Izinkan saya link kan blog tuan ke blog saya dan izinkan saya link kan artikel-artikel menarik dari tuan ke blog saya!
wassalam!
salam ziarah buat bro shahpaskal,
satu blog yang unik dan cukup menarik.
Teruskan usaha tuan!
Izinkan saya link kan blog tuan ke blog saya dan izinkan saya link kan artikel-artikel menarik dari tuan ke blog saya!
wassalam!
Sungai yang kering tuh masa aku pegi sana pun memang sentiasa kering.. tiap kali ada kekacauan kat kampung berhampiran.. APC M113 Ozzie siap main kejar-kejar lagi kat dalam sungai tuh… Tapi org Lorosae-Loromonu tak takut dengan APC Ozzie, dari jauh dah tahu nak datang.. kalau pakai Condor TDM lain cerita.. tetiba jer muncul tanpa disedari sebab bunyi dah macam kenderaan biasa. Shah kau tak pegi ke kat Akademi Polis yang pernah jadi markas Tentera Darat Malaysia?
baik baling batu daripada baling slipar
baik baling batu daripada baling slipar
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua…..
Aik, ada cerita hanjing ngan selipar???
Asasnya ialah hanjing akan takut jika dibaling dengan selipar…balingan kenalah menyerong terus ke kepalanya….
huhuhuhu………..
"9. Dua anggota polis bersenjatakan MP5 dan pistol Styer di pinggang. Mereka tidak dibekalkan dengan raifel M16 kerana jika terjadi kekacauan, MP5 lebih efektif untuk pertempuran dalam bandar. Penggunaan MP5 menyebabkan polis tempatan dan luar negara menyangka, mereka ini merupakan pasukan polis elit Malaysia."
Setuju dengan frasa ini, sama berkesan kalau gunakan shotgun, nak2 macam shotgun XM 1014 Benneli yang PASKAU gunakan tu……………
bro Mohd Taufan, anjing kat maktab aku plak suke makan selipar.. selipar yg aku baling kat anjing (masa nk g smayang subuh) dah dibawak lari oleh anjing tersebut.. camaner tuh? hehehhe
ari 2 ada rencana majalah 3 kalo tak silap.. ada madrasah kat timor ni. Kebyakan dr Indonesia usatz2 nya. amat menyedihkan tgk sekolah dan idup dorang kat sana krn majoriti Timorese ni Kristian dan Madrasah tersebut atas ikhsan dari Indonesia.
Salam Aidilfitri Bro, bukan main syok lg kat Dili..ehehee tp bab kena kejar anjing tu mcm ade makna la..lepas ni ape projek lak?
lagi analisis atau pandangan yg amerika tidak akan serang iran
http://tenteradajjal.blogspot.com/2008/10/analisis-semasa-sejarah-amerika-kuffar.html
lagi analisis atau pandangan yg amerika tidak akan serang iran
http://tenteradajjal.blogspot.com/2008/10/analisis-semasa-sejarah-amerika-kuffar.html
5. Lain kali kalau nak pergi ke tempat ada anjing, sila pakai selipar (asadi pun boleh). Anjing amat takutkan selipar tak kira apa spesis (kecuali dari jenis liar seperti Dubuk dan Serigala).
ya ka apa asas saudara berkata demikian ?
5. Lain kali kalau nak pergi ke tempat ada anjing, sila pakai selipar (asadi pun boleh). Anjing amat takutkan selipar tak kira apa spesis (kecuali dari jenis liar seperti Dubuk dan Serigala).
ya ka apa asas saudara berkata demikian ?
1. Khidmat kontijen Malaysia, sama ada pihak tentera mahupun PDRM sentiasa dipandang tinggi oleh negara terlibat kerana kepimpinan negara amat ketat dalam memilih anggota untuk dihantar sertai misi tersebut.
2. Memang terdapat kajian mendapati kesan buruk rokok terhadap badan manusia amatlah terhad. Kesan buruk hanya berlaku jika perokok gagal seimbangkan diet harian, di mana rokok akan menjadi penambah perisa terhadap kesan buruk terbabit.
3. Walaupun keadaan lebih stabil, Timor Leste belum dikira pulih kerana banyak perkara yang gagal dilaksanakan. Beberapa bulan lepas, pemimpin Timor Leste amat kesal kerana bantuan PBB (yang terbanyak pernah diberikan kepada sebuah negara) gagal beri impak kepada pembangunan sosial negara tersebut (macam berlaku kat Afghanistan & Iraq).
4. Harap PDRM beli lebih banyak pesawat serupa terutama untuk tugasan kawalan penyeludupan (melalui laluan tikus) terutama di sempadan Malaysia-Thai & Malaysia – Indonesia.
5. Lain kali kalau nak pergi ke tempat ada anjing, sila pakai selipar (asadi pun boleh). Anjing amat takutkan selipar tak kira apa spesis (kecuali dari jenis liar seperti Dubuk dan Serigala).
Bukan senang anak malaysia merantau luar negara bulan syawal dengan anggota uniform. Semoga berjaya menjadi wartawan dan hartawan yang dedikasi.
Tahniah, bro.
Shah…
Cuba baca pasal anakku Sazali dalam Buletin Tentera Darat Malaysia yang baru ni ada cita pasal rokok. Antara reseacrh terbaru adalah rokok akan merosakkan gen manusia, selain sumber ekonomi bagi isr…
p/s : rokok kat seberang teramat murah
salam hari raya shah
soalan.. masa disana masih ada kekacauan tak dari pihak indonesia yang tak puas hati timor leste merdeka
aku ada baca artikel TIMES yang Laskar Merah Putih hantar militia membunuh orang timor leste kerana nak merdeka
ganas betul
kapal terbang polis tu apa jenama? nampak macam cessna
oh yeah..
"…namun begitu saya tetap cuak kerana saya seorang sahaja yang tidak diberi sebarang senjata. Mereka ini semua lengkap dengan pistol jenis Styer di pinggang…"
^kesian
and salute to the dog who knows how to distinguish servicemen/women(unlike some malaysian lol)
SEKAMAT HARI RAYA BRO SHAH….
BEST LA KO KENE KEJAR NGAN ANJING PERDANA MENTERI TIMOR LESTE…. KALO ANJING PRESIDENT CAM NER EK… WAKAKAKKA..
PAPEPUN GOODLUCK AR KEJE KO KAT SANER.. TAPI KALO KO PANJANGKAN RENCANA KO NGAN PIC YANG LEBIH BANYAK DAN MENARIK KAN BAGOS DOK ADA.. HEHEHHE
BRO SHAH RAYA NIE DATANG AR UMAH AKU…HEHEHE
BRO SHAH NAK TANYA AR PERKEMBANGAN KERAJAAN MENGENAI AIRBUS A400 TUR….
to [email protected],23 02:31AM
Zbigniew Brzezinski yg bg pendapat tntg perlunya current administration utk bertegas dgn israel. byk buku2 dihasilkan oleh Zbigniew Brzezinski, beliau merupakan bekas NSAdvisor dan aktif dgn think-tank CSIS pd masa skrg.
Jadi bkn Obama yg kata begitu – it would be almost impossible for an American President to say such things, some more to say it in Public!
bang..
apa komen pasal komen Obama ni..
dia kata kalu israel nak serang iran, dia sendiri akan tembak pesawat israel..
http://www.darkgovernment.com/news/obama-advised-to-threaten-israel/
huhu..
raye kat timor east pun boleh laa…
P/S : MEROKOK MEMBANTU PENANAM TEMBAKAU TEMPATAN
sabar…blogger ondscene, bapak gula, syaril kadir dan aku bimbo dongar kato nak buat perhimpunan peminat depa. Den mungkin tompang sekaki, dia orang blog entertainment, mesti banyak artis dia orang kenal…
SELAMAT HARI RAYA JUGAK!
(aku: jom beraya ramai2 kat umah bro!)
(pembaca semua: kat mana?)
(???)
selamat hari raya dari kuching,swk…datanglah ke umah saya bagi peminat2 pertahanan..(combat)
hahaha kena kejar anjing , nasib baik selamat .. 😀 .Selamat hari raya
Medical report dari satu journal perubatan mendapati seorang doktor yang telah membuat autopsi ke atas 2,000 mayat menunjukkan hanya 4 sahaja yang mati disebabkan sakit jantung. Lain-lain sebab saluran darah sumbat atau sempit jadi darah tak masuk dalam jantung. Jantung ini adalah organ manusia paling kuat dan mampu pam elektrik. Rokok tak menyebabkan saluran darah sumbat.
Kajian mendapati…orang Eskimo kuat isap rokok pasal depa sejuk. Anehnya mereka juga memiliki jantung yang sihat. Tidak ada serangan sakit jantung ke atas orang Eskimo, kerana apa, kerana sebenarnya mereka makan ikan. Dalam ikan ada banyak Omega 3.
Kajian juga mendapati kanser bukan disebabkan oleh rokok. Kanser berpunca juga dari makanan lain seperti ikan bakar, satay dan apa-apa sahaja makanan yang dibakar. Pembakaran (GRILL) menyebabkan karbon melekat pada makanan dan mengakibatkan kenser.
Sel kanser juga didapati ada pada semua manusia. Ini menunjukkan kanser memang dah ada dalam diri kita semua sejak lahir. Yang anehnya, pasal apa orang tak isap rokok pun kena kanser.
Rokok menyebabkan mati pucuk??? Haaa ni betul ke atau korang suka #%@#%%$..memanglah mati pucukan.
Sebenarnya rokok ni menjana duit untuk kerajaan melalui cukai. Nak buat kat arak tak berbaloi pasal bukan semua minum arak.
Cuma satu bab sahaja yang aku surrender iaitu, merokok adalah haram di sisi agama…itu den tak nak pertikaikan. HEHEHE sekian, hujah saya pasal rokok
shahpaskal
Nasir, Den tidak berhasrat untuk berhenti merokok. Rokoklah candu yang paling best.
Ni lah pasal US ARMY dalam WWII di bekalkan dengan 'Lucky Strike',
tapi Bro dah Gorvt kita arlert kat kotak tu … nanti hang punya baby baru sebijik macam tu nyaya tu ….
Pakat berhentilah merokok untuk kesejahteraan anda (Pesan den)
Majulah Sukan Untuk Negara.
MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN – AMARAN DARI KERAJAAN MALAYSIA
P/S: TERBAKAU PUN KERAJAAN SPONSOR JUGAK
wah..bestnye.pengalaman yg sangat menarik 🙂
Ceh korang lagi terel dari aku hehehe…Aku mmg orang awam pertama yang dapat naik kapal terbang polis yang baru dibeli tuuu.
Hazrey, kau kan bapak gula-gula, kau lah kena bagi aku duit raya.
trooper knife, aku mana ada cutilah, raya pun kerja.
Nasir, Den tidak berhasrat untuk berhenti merokok. Rokoklah candu yang paling best.
oh yer..lupa nak bgtau..itu bkn kamera infra-red or anything. cuma kamera biasa with good range. tujuannya, for better viewing/sighting purpose dgn tidak perlu operator/krew berada di luar kenderaan bg tujuan peninjauan.
wah..dah merasa yer hang naik King Air 350..yg mana hang naik? 9M-PTA, PTB atau PTC?
shah..SAC1 Dato Muhammad Fuad bkn boss SB daa..Pengarah SB org lain, Datuk Seri Ramli Shaari.
Btw, Dato M. Fuad selaku Komander PGK, di bawah KDN/KA yg mana Dato Hussin masih lg memegang jawatan Pengarah. Kalau taksilap, Dato Fuad pun pegang Timb Pengarah KDN/KA (bwh Dato Hussin), betul kan?
bro bila nak berhenti menagih rokok ?
hu lah… bestnya dapat pengalaman macam tu. neway, selamat hari raya brot. cuti raya sampai bila??
Mana duit raya?
Saya dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pelawat semua.