1. Sebenarnya sudah lama saya hendak dedahkan isu ini tetapi macam tak berminat pasal fakta agak lemah walaupun saya memperolehinya dari seorang pegawai tentera sehinggalah blog Belia Watan Waja mendedahkan isu summer camp Singapura di Terengganu.
Untuk melihat entry Summer Camp itu, bolehlah melawat entry ini di blog Belia Watan Waja pada pautan http://pb2w.blogspot.com/2009_03_01_archive.html
2. Bukan apa saya bimbang orang kata yang kita ni “Paranoid”, tetapi selepas di fikir semasak-masaknya, tidak salah kalau saya ulas isu ini.
3. Betul atau tidak saya serahkan kepada pembaca untuk menilainya. JADI PIKIRLAH SENDIRI.
4. 15-20 tahun lepas, mana ada banyak berpadang golf di Johor terutama yang berhampiran dengan Pulau Singapura. Kalau ada pun, padang golf terhampir ialah di Kem Majidee.
5. Itu pun jadi kontroversi apabila askar-askar kita dilaporkan menjadi budak KD boy kepada pegawai-pegawai tentera Malaysia dan Singapura yang bermain di padang itu (isu ini pernah keluar dalam Utusan Malaysia pada masa itu tetapi tidak ingat tarikhnya, yang nyata masa tu saya masih di bangku sekolah).
6. Seorang pegawai tentera darat berpangkat Mejar yang saya temui di Kem Gemas tidak lama dahulu telah memberikan analisis yang membuka mata saya.
7. Beliau berkata, dahulu, tidak ada tempat pendaratan helikopter (secara besar-besaran) atau kawasan lapang untuk operasi pendaratan tentera di sekitar Johor Bahru tetapi kini sudah banyak.
8. Pendaratan melalui pantai Johor amat tidak sesuai kerana paya gambut.
9. Di negeri Johor sahaja sekarang ini sudah ada 30 padang golf, bagaimanapun penulis tidak dapat mengesahkan padang mana yang mempunyai nilai strategik untuk operasi tentera tetapi banyak padang-padang golf di Johor, pembinaannya dibiayai oleh pelabur-pelabur dari Singapura.
10. Satu kawasan yang luas seperti padang golf boleh menampung pengoperasian ketenteraan, sama seperti kepentingan sebuah lapangan terbang.
11.Dalam kes Johor, lawan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai beberapa opsyen, sama ada menawan Johor melalui tambak, pendaratan bot-bot (mungkin sukar kerana kewujudan Hutan Paya kecuali serangan dari arah Changi, ini bermakna pendaratan melalui pantai timur Johor) atau pun menghantar pasukan khas melalui helikopter.
12.Umum pun tahu, Singapura ini banyak meniru Israel dan Amerika Syarikat dalam membentuk model angkatan tenteranya.
13.Helikopter tentera Singapura pun amat berkeupayaan tinggi apatah lagi dengan kemasukan helikopter pengangkut berat seperti Chinook yang menggunakan dua enjin.
14. Dalam masa beberapa jam sahaja, padang-padang golf ini boleh ditukar menjadi lokasi penempatan artilleri Singapura (kebanyakkan meriam Singapura termasuk yang terbaru 155mm) boleh dibawa oleh Chinook).
15.Singapura tidak akan menjadikan Woodland sebagai zon pertempuran tetapi idea untuk menjadikan Johor sebagai zon penampan bukan satu idea baru dalam pemikiran jeneral-jeneral pulau itu.
Senarai kelab golf di Johor, setakat yang saya dapat kesan adalah sebanyak lebih kurang 30 padang. Ada beberapa kelab di bawah yang dimajukan oleh syarikat Singapura tetapi saya telah memadamkan tanda-tanda yang saya buat sebelum itu.
Austin Hills Country Resort
Lot PTD 58061, Taman Mount Austin
PO Box 155, Pos Malaysia, Majidee
81100 Johor Bahru, Johor
Batu Pahat Golf Club
678 Jalan Dato’Mohd Shah
83000 Batu Pahat, Johor
Bukit Banarang Golf & Country Club
No. 1, Persiaran Gemilang
Bandar Banang Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor
Daiman 18 Johor Bahru
No.18 Jalan Pesona, Taman Johor Jaya
81100 Johor Bahru, Johor
Desaru Golf & Country Club
PO Box 26, Bandar Penawar
81900 Kota Tinggi, Johor
Guthrie Golf & Country Club
Ladang Ulu Remis, PO Box 103
81850 Layang-Layang, Johor
IOI Club Sagil
Sagil Estate, PO Box 504
84900 Tangkak, Johor
IOI Paya Lang Golf Club
Paya Lang Estate, Batu 6
85100 Segamat, Johor
Kluang Country Club
Jalan Mengkibol
86000 Kluang, Johor
Kota Tinggi Golf Resort
Viswanathan Plantations Sdn Bhd, P.O. Box 52
81907 Kota Tinggi, Johor
Ladang Bukit Lawang Country Club
Ladang Bukit Lawang 1, Jalan Kulai
Kota Tinggi, Johor
Nam Heng Country Club
K.B. 502
81909 Kota Tinggi, Johor
Octville Golf & Country Club
Octowers Resort Berhad, P.O. Box 60
Lot Ptd, Masai
90038 Johor Bahru, Johor
Orchard Golf & Country Resort
Km.19, Jalan Kota Tinggi / Kulai, KV 510
81900 Kota Tinggi, Johor
Palm Resort Golf & Country Club
Jalan Periaran Golf, Off Jalan Jumbo
81250 Senai, Johor
Palm Villa Golf & Country Resort
PTD 44500, Jalan Pindah Utama
Bandar Putra, PO Box 69
81000 Kulai, Johor
Permas Jaya Golf Club
6, Jalan Permas Selatan, Bandar Baru Permas Jaya
81570 Johor Bahru, Johor
Ponderosa Golf & Country Club
10-C Jalan Bumi Hijau 3, Taman Molek
81100 Johor Bahru, Johor
Poresia Country Club
Km. 36, Mukim Tanjung Kupang
81550 Gelang Patah, Johor Bahru
Pulai Springs Resort
20km, Jalan Pontian Lama
81110 Pulai, Johor
Royal Johor Country Club
3211 Jalan Larkin
80200 Johor Bharu, Johor
S.T. Rhodes Club
c/o Socfin Company Bhd, Johor Labis Estate, PO Box 101
85400 Cha’ah, Johor
Sebana Cove
LB 505 Kota Tinggi PO
81900 Kota Tinggi Johor
Segamat Country Club
Km.4, Jalan Genuang, PO Box C-22
85007 Segamat, Johor
Starhill Golf & Country Club
6.5 Km Jalan Maju Jaya, Kempas Lama, Skudai
81300 Johor Baru Johor
Tanjung Emas Golf Club JKR
No.202, Jalan Timbalan
84000 Muar, Johor
Tanjong Puteri Golf & Country Club
Ptd 101446, Mukim Plentong
81700 Pasir Gudang, Johor
The Kukup Golf Resort
Pekan Pemerok
82700 Pontian, Johor
The Legends Golf & Country Resort
Lot 1302, Kebun Sedenak, PO Box 11
81000 Kulai, Johor
Tioman Island Golf Club
Berjaya Imperial Beach Resort, Pulau Tioman
PO Box 4, 86897 Mersing, Johor
Salem Reid says
Peperangan moden hari ini amat ‘fluid’ dengan banyak pasukan tentera memperuntukkan sebahagian dari kekuatan tentera mereka menjadi ‘mechanized brigade’ atau ‘rapid reaction force’ , ‘air calvalry’ atau sebagainya. Memandangkan perkembangan terkini seperti peristiwa Lahat Datu baru baru ini,Malaysia selain dari mempunyai Pasukan Atur Gerak Cepat, mulai merancang menubuhkan pasukan Infantri Merin, seperti Marine Corps Amerika Syarikat. Walaupun padang padang golf merupakan kemungkinan tempat tempat pendaratan pasukan tentera asing, namun sebenarnya banyak lagi kawasan pendaratan melalui laut atau lintas udara mahu pun dengan cara pengguguran askar payung terjun. Kita harus berfikiran terbuka dan tidak konvensional, seperti memikirkan cara cara bagi memastikan penguasaan ruang udara semasa berlakunya sesuatu konflik dengan negara luar. Tidak semestinya konflik kita terhad dengan Singapura, akan tetapi adakah kita bersedia jika Thailand membuka satu lagi ‘front’ atau medan tempur andai kata kita berbalah dengan Singapura, kerana ramai yang tidak sedar bahawasanya Thailand adalah sekutu Israel dan juga dengan Singapura. Secara idealnya, Malaysia perlu 2 buah lagi kapal selam menjadikan 4 kesemuanya, 2 skuadran pesawat pejuang masing masing mempunyai 18 pesawat, menjadikan 4 skuadran tempur utama. Dengan skuadran pesawat tempur ringan Hawk yang ada jumlah pesawat pejuang berjumlah 100 buah dapat menimbangi kekuatan tentera udara negara jiran. Selain dari itu, perlu ada satu skuadran amaran awal udara dengan sejumlah minima 4 pesawat. Ini dilihat sebagai kekuatan minima yang ideal bagi ATM buat maa ini. Selain dari ini, kita harus memperbanyakkan sistem persenjataan anti kereta kebal, samaada jenis ‘recoilless rocket launchers’ atau ‘guided missiles’ dan kereta perisai kereta perisai pemusnah kereta kebal beroda, kerana mobiliti penting di medan tempur berasaskan mukabumi Malaysia. Kita harus menggunakan banyak taktik ‘tembak dan lari’ sesuai dengan persekitaran negara. Ini kerana musuh mempunyai jumlah kereta kebal yang besar dan berkualiti, maka dengan itu, pasukan anti-armor kita perlu jitu dan efisien. Jumlah dan kualiti misil ‘manpad’ perlu ditambah memandangkan musuk akan banyak mempergunakan pasukan lintas udara dengan helikopter dan helikopter tempur seperti AH64 Apache dan Mi35. Sebagai kesimpulan, dengan tahap kesediaan yang professional dan latihan mantap, serta perlengkapan persenjataan yang dinyatakan tadi, insya Allah, kita akan dapat mengatasi segala cabaran berbentuk militari ke atas negara.
Hitam says
sebab tu sultan johor ada sediakan askar sendiri, dia tau keadaan johor dan singapura.
scaniaz says
slm..
mmg da lama ada “rejimen” tu saudara..
tp bukan didalam ATM secara khususla..
persediaan pun mcm army negara jgk..malah lebih canggih adanya.. 🙂
scaniaz says
setuju sungguh bagai dikata.. 🙂
yang berpangkat “Abdal” pun byk lg kat Malaysia..
Nak sedap lagi..meh turunkan askar2 mung kut Terengganu.. 🙂
sang pecinta says
saya ingin memberi 1 cadangan..
bolehkah wujudkan kembali ilmu2 purba seperti Nasrul Haq dalam ATM? seperti yg kita tahu kesannya pada 13 mei sangat2 hebat sampai sekarang kepada 1 bangsa itu. Jika ini dwujudkan, kita mempunyai peluang yg sangat cerah untuk menang. Ada tak peralatan elektronic yg mampu kesan manusia apabila jadi halimunan?
(Tak salah rasanya sy memberikan pendapat) tq admin 🙂
ridza says
setuju dengan pendapat saudara, Malaysia hanya handal berdiplomasi hanya dengan negara philipina, indonesia, thailand…. tapi bila berdiplomasi dengan singapura selalu tewas dan diperbudak budakan…. ini adalah fakta and kadang kala saya kecewa dengan pendirian malaysia…
sang tapa says
selain ATM, PDRM dan seleuruh Penguatkuasa Malaysia, jangan dilupa benteng ke 3 kita.
benar Wali2 menjaga kita, namun adakah dengan ini kita rakyat jelata mahu melepaskan tanggungjawab unttuk dipikul oleh mereka.
setiap kita akan ke depan.
pewaris2 Saka, keturunan panglima2 akan bersama menabur bakti untuk ibu pertiwi.
sekali menjual kita menolak, berkali menjual kita beli dengan harga mati.
lan says
terima kasih atm… sudut2 yg penting adalah( AKIDAH) kita.. ingat musuh ada bermacam cara (gunting dalam lipatan) ALQURAN IS ARE TRUE #1kemampuan kita ok #2pertahanan kita ok (#3not ok- akidah kita perlahan2 meraka telah rosakan)
mirinda oren says
pada pendpt aku,kwsan bhampiran sprti 100-150km dr sempdan perairan diseluruh negara xsesuai dijadikn tmpt mgumpul logistik dan tentera kita coz brada dlm jangkaun MLRS musuh..MLRS xsemestinya brada dlm kenderaan ttpi juga ada pada kapal perang..
GEMPURWIRA says
PENDAPAT GEMPURWIRA…
pendapat aku agak berbeza dengan pendapat yang lain…
mungkin kita melihat padang golf di johor tu akan digunakan oleh musuh untuk mendaratkan infantri dan bekalan logistik… namun tidak dinafikan jika difikir logik ada kebenarannya….
namun pada aku sebaliknya, jika musuh menggunakan kemudahan puluhan padang golf di johor untuk menurunkan tentra mereka apabila tambak johor dimusnahkan atau serangan yang dilakukan oleh musuh secara mengejut dan masuk jauh kedalam wilayah malaysia iaitu johor dimana padang golf ini menjadi tempat pendaratan mereka…
namun harus difikirkan juga padang golf tersebut boleh kita gunakan untuk mengumpul bekalan logistik atau infantri kita, sebelum dibawa masuk ke kawasan musuh di selatan??? maksud saya kita jadikan puluhan padang golf di johor menjadi pusat pengumpulan infantri dan logistik untuk dibawa ke singapura menggunakan helikopter… kita tidak perlu bersusah payah mencari kawasan lapang untuk menjadikan tempat pendaratan helikopter kita di sempadan kelak…
pada saya mengapa kita selalu berfikir bahawa semua akan digunakan musuh sedangkan kita tak terfikir pun yang sesuatu kwasan itu kita boleh gunakan untuk menentang musuh yang cuba menyerang negara ini contohnya padang golf… kita tak pula terfikir padang golf tersebut kita juga boleh gunakan untuk menyerang negara yang kita katakan akan gunakan padang golf tadi jadi pada saya kita kena berfikir secara penuh perancangn ketentraan strategik mungkin kita kurang dari segi kelengkapan namun kita gunakan sumber yang ada disekeliling kita untuk melawan musuh (lebih kurang macam tu la bunyinya)…
jadi pada saya kita seharusnya bijak menggunakan apa yang ada terdapat didalam negara ini secara maksimum untuk mengalahkan musuh durjana….
hanya pendapat Gempurwira….
Anonymous says
Kota Tinggi Golf Resort
Viswanathan Plantations Sdn Bhd, P.O. Box 52
81907 Kota Tinggi, Johor << nie da xde lagi… da jadi kawasan tanam sawit.. hehe maybe kerajaan da sedar ape yg akn jadi law padang golf nie milik singaporean
Anonymous says
Orchard Golf & Country Resort
Km.19, Jalan Kota Tinggi / Kulai, KV 510
81900 Kota Tinggi, Johor <<< padang golf nie mmg agak pelik cket bro shah… agak jauh dari bandar kulaijaya, bandar kota tinggi dgn bandar kluang… tp mcm mana boleh ade padang golf yg di kawasan sekeliling adelah kampung2 dan felda.. cuma yg paling dkt sekali logi air PUB(singapura) kwsn nie cuma banyak logi air… -nama saya farhan-
XaN_XXX says
tanah ini dilindungi oleh para wali Allah….tanah yang 'diberkati'…
Anonymous says
sedarlah kawan-kawan sekalian..pelbagai cara yang digunakan oleh singapura untuk menguasai kita..stiap cara yang mereka gunakan,yang pasti mereka akan menang,batu putih,air,pasir dan hartanah,saham2 syarikat penting..
renungkan..
sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
nasihat saya pada penulis blog,kalau boleh jangan terlampau menunjukkan kelemahan kita..
dalam setiap pandangan ketenteraan,jangan merendahkan kemampuan kita seandainya itu yang betul
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak
kalau saudara tanya pendapat sya siapa yang akan menang kalau malaysia berperang dengan singapura,jawapan yang positif dari saya malaysia pasti akan menang..
lihat blog2 "ganyang malaysia" terbitan indonesia,mereka amat gentar dengan keupayaan persenjataan kita..
tetapi kita pula??
tepuk dada
tanya selera
Anonymous says
Hello anon yang komen ke 21; tak pernah dengar ke pre-emptive strike?? Pi bacalah info berlambak dalam net. On the scenario, tak mustahil; dan tengok kelengkapan Sg pun memang menjurus kepada air mobility. Pasal radar, memang boleh kesan tapi respon time TD nak bertindak selepas dikesan itulah yang menjadi persoalan. It's all about gaining a foothold, then exploiting that advantage.
Anonymous says
Shahpaskal. Betul ke apa yang awak chong ni. Senang2 ke helikopter Singapura nak turun kat padang golf johor? Apa kita tak ada radar ke nak kesan? Cakap biar betul beb! Lu fikir la sendiri
shahpaskal says
Kita jangan sesekali putus asa. Kita tergadai Pulau Batu Putih, tapi kita kena ingat, kita juga pernah menang Pulau Sipadan dan Lingitan.
Dari segi saiz dan ekonomi, perolehan Sipadan dan Lingitan lebih berbaloi.
Pulau Batu Putih hanya sekadar batu. Saya sendiri kesal kita tewas dalam perebutan pulau itu tetapi kita kena ingat segalanya ditentukan oleh mahkamah antarabangsa.
Kalau boleh elaklah berperang, saya sendiri sudah rasa azab di medan perang. Minta minta jauhkan lah bencana perang ini dari negara kita. Lagi pun, orang Melayu hari ini jiwanya masih lemah.
Anonymous says
ASMLKM
ATM kita ni saya rasa memang low profile..elok tak menunjuk2 kkuatan..lagak bodoh dan pendiam ada kena tempat juga sesekali bertindak pandai..dusyuummmm. semoga kita semua mesti kuatkn AKIDAH dan KEBIJAKSANAAN berfikir dalam segala segi ILMU..musuh skrang dtg pelbagai wajah..
F.Aswan says
apa sebenarnya yang kita pertahankan? pulau? dah tergadai batu putih dan antuna. Mungkin xlama lagi pulau pisang. Air ? kontrak perjanjian memang merugikan malaysia. sempadan? lihat sahaja bagaimana singapura sesuka hati menambak laut kerana kita kurang arif mengenai hal undang -undang laut. Peperangan dari segi tactical mungkin boleh di berikan kredit. Namun apalah gunanya kekuatan ketenteraan sekiranya sempadan negara tergadai…
Anonymous says
GGK in Lebanon
http://kehidupandilebanon.blogspot.com/
totttis says
Syabas syabas ATM…aku sanggup berjuang bersama jika diperlukan…
Anonymous says
knife,
puak puak yang tu bakal jadi makanan kami pulak…biarlah tentera kita fokuskan pada ancaman yang nyata, ancaman yang berselindung serahkan pada kami…pewaris pahlawan
knife says
x dinafikan angkatan tentera kita akan berjuang habis2 an utk mempertahankan kedaulatan bumi yg tercinta ini. sya juga sanggup utk berjuang bersama2.
cuma apa yg diragui adalah terdapatnya sel2 bantuan kpd negara jiran tu didlm masyarakat kita yg akan menjadi gunting dlm lipatan. semoga unit2 risik kita tidak terlepas pandang perkara ini.
Anonymous says
Takkanlah anak2 Johor nak biarkan heli S’pore mendarat sewenang2nya?
Mohamad Taufan Mohd Yassin says
Sudah semestinya para pemikir ATM sedar tetapi tak boleh leka.
Perang macam main catur, setiap ruang adalah peluang.
Cuma kalo boleh ATM percepatkan perolehan SAM system jarak sederhana spt Buk-M1 & KS-1. Kalo ada budget lebih beli jer S-300PMU, sure heli "diorang' tak boleh terbang punyer….
Obefiend says
shah
maksud aku biar singapura jadi macam jerman di stalingrad.
CYBERCDO says
Cdo tak nak komen panjang pasal isu ini…cuma nak maklumkan bahawa ‘kita’ tahu apa jiran kita nak buat….dan kita tahu bagaimana nak menghadapinya…InsyAllah…Semoga Allah melindungi Malaysia dari segala kehancuran dan niat jahat musuh-musuhnya…
Jebat says
hehe..aku selalu dengar pasal ni, tak tahu betul ke tidak, tapi bila orang dalam dah cakap…
Alhamdulillah..Tahniah ATM, sebab telah berjaya mengawal Malaysia dari segala macam penjuru dari segala macam musuh..ATM..Anda telah berjaya mewarisi dan menghidupkan semangat Laksamana /Pendekar/Hulubalang dahulukala..TABIK ATM! DAULAT MALAYSIA!!!
BELIA WAJA WATAN says
Isya Allah Anak-anak Harimau Malaya akan tanpil kehadapan mempertahan bumi lagenda ini, dan setiap inci wilayahnya dari seekor Singa yang hanya pandai berpura ….
“jangan diusik sang harimau yang sedang Tidur “
——— Nightmare from the sky, ‘Cacth if you can’
joekumbang says
Teringat kata Tun Dr. Mahathir.
“Sudah ada negara yang bercita-cita ingin jadikan sebuah negeri kita medan peperangan mereka”.
Tun Dr. Mahathir tak nak ulas siapa mereka.Pembaca2 semua fahamkan.
Lepas tu dia sebut kalau nak lapah kucing,bukan satu cara sahaja.Tapi banyak cara lain.
Heheee..
KALAM JAUHARI says
Memang benar padang golf boleh jadi tempat pendaratan heli.Kita ada lebih 200 padang golf seluruh Malaysia. Begitu juga dengan highway kita yang lurus dan lebar.
Dari segi logistik lebih mudah mereka menawan lebuhaya kita yang lebar kerana mudah untuk mereka terus membuat pergerakkan sokongan.
Dari segi taktikal memang sukar bagi kita nak menangkis serangan jiran kita disebabkan keadaan johor yang luas dan agak sukar untuk kita memastikan dimana titik pendaratan mereka.
Namun dari segi strategiknya walaupun dengan teknologi dan kebolehan logistiknya adalah sukar untuk mereka menakluk kita.
Aku percaya kita tidak akan ‘take their attack lying down”.let them try.
shahpaskal says
Ano-pasal tu ATM banyak beli Manpads
e
Obefiend-we dont want JB to become Stalingrad, kalau Woodlands takpe,
Eddie-Yes, akhbar ada melaporkan berita ini dan kalau tak salah aku, rumah api Pulau Pisang diletakkan di bawah pentadbiran Singapura.
eddie dewanaga says
pernah juga terdengar cerita2 ini beberapa tahun dulu, gua pasti,ATM menyedarinya, unit risik kita adalah yg terhandal dan berani…
pernah juga mendengar cerita SEKIRANYA, gua ulang lagi, SEKIRANYA terjadi konfrontasi antara kita dan mereka, mereka akan bermati-matian menakluk Johor dahulu atas dasar bekalan makanan dan air, tetapi gua percaya dengan kebolehan dan keupayaan ATM ‘si gagah berani’ untuk mempertahankan setiap inci bumi bertuah ini.
Percayalah rakan2 semua, tentera kita sentiasa waspada siang dan malam demi tanahair tercinta ini…
*pernah diberitahu, ramai nelayan Johor sering terserempak dgn anggota2 special force kita di pulau Pisang yg berhampiran negara Temasik itu… ada siapa2 yg ingin menyokong info tersebut??
..agar kita terus selesa tinggal di bumi keramat ini, ingat, bumi kita ada naga, melayu pun ada naga!!!
– peribadi sanggup membunuh.
.
Obefiend says
at let JB be their stalingard. selat tebrau tu akan jadi Sungai Volga mereka!
Anonymous says
hmmm
Pendaratan helikopter Spura dinamakan ‘Coastal hook ops’…pelakunya adalah Divisyen Guards…..
kita dah tahu lama dan ada cara menghadapinya…caranya? tetap rahsia…namun percayalah…sangal mahal nanti harganya…sangat pedih nanti akibatnya….dengan izin Allah
‘pemegang keris si Bingkok Tanjung Puteri’