Pertahanan supaya lebih berhati-hati dalam urusan pemberian tender memandangkan ada syarikat yang menawarkan peralatan yang sudah ketinggalan zaman dan bakal menyebabkan kerajaan Malaysia kerugian jutaan ringgit.
2. Isu penawaran sistem latihan Air Combat Manoeuvering Instrumentation (ACMI) untuk melatih juruterbang jet pejuang menjadi “Top Gun” secara sewaan sebanyak RM20 juta selama setahun untuk jangkamasa 10 tahun telah membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil-wakil syarikat sistem pertahanan di negara ini.
3. ACMI yang ditawarkan untuk Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan dipasang di pengkalan udara Kuantan dan Butterworth bakal menjimatkan wang kerajaan yang selama ini banyak dibazirkan apabila terpaksa menghantar juruterbang jet pejuang TUDM, pesawat serta kakitangan terlibat untuk berlatih di pengkalan udara Korat di Thailand pada setiap tahun.
4. Penghantaran pesawat dalam jumlah yang tidak diketahui itu sekaligus menimbulkan isu keselamatan apabila jumlah pesawat TUDM yang tinggal di dalam negara menjadi kurang bilangannya.
5. Malaysia tidak pernah mempunyai sistem ACMI sedangkan negara seperti Thailand, Singapura dan Indonesia sudah mendahului TUDM, sistem itu akan melatih juruterbang TUDM dalam pertempuran olok-olok tetapi menyerupai peperangan sebenar termasuk gangguan dari sistem pertahanan elektronik.
6. ACMI mula-mula sekali dibangunkan oleh Israel yang amat bergantung kepada kecekapan juruterbangnya untuk menghadapi ancaman dari negara-negara Arab.
7. Kecekapan juruterbang Israel dalam menembak jatuh lebih kurang 80 pesawat Syria dengan kehilangan hanya tiga pesawat negara Yahudi itu dalam pertempuran udara di Beeka Valley, Lebanon pada tahun 1982 benar-benar membuka banyak negara sehinggakan Amerika Syarikat membangunkan sistem ACMInya sendiri.
8. Sistem ACMI terkini berdasarkan pada teknologi yang dikategorikan sebagai generasi P5, Singapura, Thailand dan kebanyakkan negara sekutu Amerika Syarikat (kecuali AS) masih menggunakan sistem ACMI yang berada dalam generasi P4.
9. Penggunakan sistem ACMI walaupun kelihatan mudah dan tidak “glamour” seperti pembelian pesawat Su-30MKM tetapi impak pada keselamatannya amat besar kerana ia membabitkan data pesawat, elektronik, taktik dan strategi TUDM serta frekuensi komunikasi sulit di antara pesawat dan bilik kawalan.
10.Pada pertengahan tahun 2002, Kementerian Pertahanan menawarkan tender ACMI secara terbuka melalui akhbar tempatan dan tiga buah firma antarabangsa dengan diwakili oleh broker masing-masing yang berpengkalan di Kuala Lumpur membida tender itu.
11.Tender terbuka itu kemudian ditutup tanpa sebarang alasan dan ditukar menjadi rundingan terus kepada sebuah syarikat tempatan yang menawarkan sistem ACMI pada kategori teknologi generasi P4 (ketinggalan zaman dalam jarak 20 tahun dengan generasi P5) milik AS yang jelas bertentangan dengan dasar kerajaan Malaysia dan prinsip yang diamalkan oleh Kementerian Kewangan serta pemimpin tertinggi negara ini.
12.Pengerusi Kira-kira Wang Awam Datuk Shahrir Samad dalam kenyataannya pada sebuah akhbar tempatan pada Okt 2007 dahulu mengakui bahawa pemberian tender secara rundingan terus adalah amat membahayakan dan pilihan itu hanya patut dibuat jika tidak ada sebarang pilihan lain yang lebih baik.
13.Seorang wakil sistem pertahanan dari Jerman yang enggan dikenali memberitahu, tawaran itu tiba-tiba ditutup dan diberikan kepada sebuah syarikat lain tanpa sebarang alasan yang kukuh, syarikat terbabit menawarkan sistem ACMI generasi lama buatan AS iaitu P4.
14.”ACMI P4 milik AS tidak serasi dengan pesawat TUDM yang kebanyakkannya dari buatan Russia. Tidak mungkin orang Russia mahu bekerjasama dengan jurutera AS untuk mengintegrasikan sistem pesawat MIG dan Sukhoi dengan perisian AS kerana ini secara tidak langsung akan mendedahkan Source Code pesawat mereka kepada AS,” katanya.
15.Beliau berasa kesal kerana pihak TUDM memilih sistem ACMI milik AS sedangkan sistem ACMI buatan Jerman yang ditawarkan olehnya merupakan dari kategori P5 dan tentera udara Jerman yang turut menggunakan pesawat MIG-29 sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa sistem ACMI buatan mereka boleh dipasang pada pesawat buatan Russia, AS dan British yang TUDM pakai.
16.”Persoalan sekarang mengapa TUDM sengaja memilih sistem yang ketinggalan zaman. Ia juga lebih mahal berbanding dengan sistem terkini yang ditawarkan oleh Jerman. Perlu diingatkan pembelian ini tidak melibatkan tawaran timbal balas seperti perpindahan teknologi dari negara pembuat…jadi tidak ada alasan untuk menjadi mahal,” katanya lagi.
17.Beliau mendedahkan negara seperti AS tidak akan bermurah hati untuk memberikan Malaysia teknologi terkini berbanding dengan negara sekutunya dan ini sudah terbukti dalam pembelian pesawat F/A 18-Hornet buatan Boeing, di mana AS tidak mahu memberikan “Source Code” pesawat itu kepada TUDM.
18.Kata-kata beliau mempunyai kebenarannya apabila mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu ucapannya pernah mendedahkan bahawa kuasa besar itu tidak mahu memberikan “Souce Code” pesawat Hornet dan ini menyebabkan TUDM tidak dapat mengoptimumkan kuasa tempur pesawat Hornet kepada tahap 100 peratus.
19.Katanya lagi, pemakaian ACMI pada pesawat AS dan stesyen kawalan darat membabitkan
keselamatan negara kerana ia akan merekodkan komunikasi sulit, taktik dan strategi TUDM, ada baiknya jika TUDM mendapatkan sistem ACMI yang turut menawarkan “Source Code”nya sekali supaya ia mampu dikendalikan oleh anak tempatan.
20.Seorang lagi wakil syarikat dari Korea Selatan yang menawarkan sistem yang sama dari negara itu turut melahirkan rasa kesal dengan sesetengah pegawai TUDM dan Kementerian Pertahanan termasuk juga syarikat yang mewakili sistem keluaran AS itu yang seolah-olah mengenepikan aspek keselamatan dan kepentingan negara dalam hal ini.
21.Teknologi ACMI pada kategori P5 buatan Korea Selatan itu adalah yang paling murah berbanding dengan dua pesaingnya iaitu sistem ACMI dari Jerman dan AS tetapi merupakan teknologi yang dibangunkan secara “Reverse Engineering” dari sistem milik Israel yang pernah dipakai oleh tentera udara republik itu.
22.”Bukan soal untung rugi yang dipertikaikan di sini tetapi sampai bila soal ketelusan dan kepentingan orang-orang tertentu dalam TUDM dan Kementerian Pertahanan mahu kita sembunyikan,” katanya.
23.”Bayangkan jika TUDM menggunakan teknologi P4, sampai masa kita kena upgrade kepada P5. Syarikat terbabit mendapat dua kali untung. Tidakkah ini membabitkan pembaziran wang, janganlah abaikan kepentingan negara di atas faktor yang berdasarkan soal keuntungan,” katanya.
24.Beliau mendedahkan pucuk pimpinan TUDM mengetahui akan perkara itu dan tahu TUDM
mempunyai pilihan yang lebih baik tetapi atas sebab-sebab tertentu cuba mendiamkan isu terbabit dan pada masa yang sama memastikan firma lain tidak memenangi bidaan itu.
25.”Saya pernah melihat surat yang ditandatangani oleh seorang pegawai tinggi kerajaan di Kementerian Pertahanan, surat itu menyebut, rundingan terus terpaksa dibuat memandangkan TUDM tidak mempunyai pilihan lain yang lebih baik,” katanya.
TAMAT
MMIS says
Mintq maaf jika komen pada baris 7 mmpunyai ayat yg drastik. Cma kcewa dgn skap TUDM yg pilih ksih @ takot dgn kuasa besar itu @ Strategi yg lbih hbat yg kta x tau. Wlaubgaimnapon, sya amt brhrap krajaan / TUDM bleh mmpertimbgkan hl ini demi RAKYAT. Jika slama ini Gove yg brmtokan (Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan). Bktikn kprihtinan. Bkan shja BRIM, PRIMA, KDAI, K1M……
MMIS says
Nia yg buat DEN mrah, risau, kecewa & sedih dgan sikp Gov. Sesetengah pihak Gov snggup mngadaikan prtahanan ngara unok kpntingan sndri…. Ap slahnya bli kt German @ South Korea……. Goverment mesti ad agenda trsembunyi…….. (Entah2 AS Mengugut Gov Mesia spaya bli brg depa klau x mau jdi ap2). Kdg2 mmg bjak org AS ni….. Smpai pmimpin bijak pon bleh kna kncing. Nk tkot ap dgn AS. Mti nnti ap yg dpa bwak….. Time tuh tau spa yg besar…..
P/S : Ni mngking mncrut skit tpi : AS = AMERIKA SYARIKAT (NO) . AS = ASS SOLE (YES).
mhg says
masalah kat sini..kerajaan nak tolong melayu..tapi melayu tipu melayu..tak kira politician or not..sikap tuh sama jer..seperkara lagi..orang kita..terutamanya yang menjadi orang tengah kepada para pembekal..sikap patriotik..tidak seperti di indonesia dan thailand..orang kita hanya tahu kesetiaan pada parti politik..pada duit..dan pada perempuan simpanan..bukan pada negara..
mhg says
masih lagi ada individual interest..haha
pai says
patutnya yg jadi menteri pertahanan ni bukan politician. biar panglima perang atau yg bersara jadik. baru tak de kaitan ngn tender2 ni.
rusdi says
No: 16 persoalannya……..bila dah letak kepentingan pribadi di atas kepala sendiri maka kepentingan NEGARA, BANGSA DAN AGAMA (ISLAM) dibuang dalam longkang sebab dalam hati mereka ini sudah hilang keimanan, lebih mudah, sudah tidak percaya pada amanah dan kejujuran yang dituntut oleh Allah swt. Beringat kampong kita bukan di dunia ini, tetapi kampong kita di surga akhirat tapi kalau kita engkar dengan Allah dan banyak melakukan kerosakan maka kampong anda di dalam Neraka selamanya. (peringatan ini untuk diri saya sendiri juga)
RuggedRat says
baguslah ko kupas bende2 macam ni, moga2 terbuka juga la akal diorang ni.. kitorang yang berkhidmat ni dah malas nak cakap sal bende2 bodo ni. cukup bulan, melapor kat dinding.. duit pun keluar. that enough.. ni bukan soal taktik tau ape2 y advance.. ni soal integriti pegawai tentera yang mengurukan bende ni.. n bile melibatkan nilai berjua-juta, bukan seorang dua pegawai y terlibat… lu pikir ;la sendiri.. malas nak cakap.
ggk says
acmi ni baik bagi kat orang tempatan dari kat orang luar… buat apa nak dedahkan taktik kita kepada musuh hehe
Rakyat bukan xnak negara kita membeli pelbagai jenis senjata pertahanan tapi ianya haruslah dibuat dengan telus dan direct dengan pihak pengeluar, bukan dengan orang tgh yg confirm akan mark up harga lebih says
Rakyat bukan xnak negara kita membeli pelbagai jenis senjata pertahanan tapi ianya haruslah dibuat dengan telus dan direct dengan pihak pengeluar, bukan dengan orang tgh yg confirm akan mark up harga lebih
zan says
Insyaallah….yang haq akan menggantikan yang batil….iaitu di akhir zaman nanti sistem khalifah islam akan menggantikan sistem demokrasi ciptaan yahudi-zionis…..
Anonymous says
ni yang gua NK MENGAMUK NI….ramai btul pengkhianat negara yg dlam kita punya gov…. kuang ajar btul ar…ah,aku rasa biar tentera yang menguasai negara ni,WUJUDKAN PEMERINTAHAN DIKTATORISME!!!!! Hapuskan sistem demokrasi yg selama ini memecahbelahkan bangsa dan negara!!!!! Barulah segala urusan pertahanan negara tdak diganggu oleh ahli politik yg haprak,barua dan berjiwa setan!!!!
Anonymous says
Maklumlah….sape lagi yg banyak duit nak beli harta, banglo yg berjuta-juta di Australia kalo bukan nak plan lari dari Malaysia…Siapa lagi la politician yg kuat jati diri, tinggi professionalisme…kuat semangat Melayu Islam…
Kalau ada menteri yg tidak cukup bersih…cukup-cukuplah…Malaysia bukan barang dagangan.
Anonymous says
sanggup mengadaikan maruah kerana wang…
duit yg diaorg makan tu duit sapa…?? ingat2 le… kat akhirat nanti baru le tahu…
keselamatan negara pun nak digadaikan…
hmm…diaorg ni ada potensi jadi pembelot negara…
Anonymous says
u r right
Anonymous says
sudah terang lagi bersuluh ..Tuan, atas sebab seumpama inilah cerdik pandai negara bangkit menentang regim sedia ada .. sudah juga menjadi open secret, pihak berkenaan juga bermain di kementerian lain juga.. asal boleh dapat untung, sapu.. ini yg rakyat marah.. tak pelik ke kalau Pegawai BPR (dulu) pernah kata Guru Besar/Pengetua di ranking ketiga dalam rekod BPR..itu dulu la, skrg zaman SPRM, tak tahulah… jadi fikir-fikir la.. siapa sebenar pengkhianat bangsa, siapa si kitul .. apakah yang menjerit-jerit di jalanan, atau yang memegang kuasa di tangan …