1. Assalammualaikum…
2. Kepada semua anak Melayu, anak Malaysia.
3. Maaf kerana lewat update blog, tapi ini kira tidak lama….kalau dulu berbulan-bulan saya hilang dan kemudian muncul kembali.
4. Ketika artikel ini ditulis, negara baru sahaja pulih akibat pencerobohan pengganas Kiram dan sekarang seluruh rakyat Malaysia sedang fokus dengan pilihan raya umum kali yang ke 13.
5. Kepada yang mengikuti komen-komen saya di Facebook, nampaknya ramalan saya tentang tarikh pilihanraya adalah 80 peratus tepat kerana telahan saya ianya akan berlaku pada bulan Mei atau Jun semasa itu, siap dengan hujah dan fakta-fakta yang saya campakkan.
Penulis berada di tepi KD Kelantan untuk menikmati jamuan makan tengahari bersama anak kapal di Langkawi (Kapal ini juga akan diupgrade)