Gambar di atas merupakan contoh pesawat AEW&C terbaru Singapura
1. Saya menulis analisis ini memandangkan terlalu ramai kawan yang bertanya kepada saya mengenai AEW&C (Airbore Early Warning Control) atau lebih popular di kalangan mulut rakyat Malaysia secara ringkasnya, AWACS.
2. Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM) sebenarnya telah meletakkan kepentingan AEW&C sebagai keutamaan selama beberapa dekad malah pada tahun 80an, TUDM hampir membeli pesawat AWACS Sentry dari Amerika Syarikat.
3. Pembelian itu bagaimana pun terbatal (sebab-sebab dibatalkan tidak diketahui) sebaliknya beberapa wartawan dari media tempatan telah dipanggil oleh Bukit Aman selepas mereka membocorkan hasrat TUDM itu.
4. Saya tidak jelas mengapa pembelian ini menjadi isu sensitif kerana ketika itu saya masih bersekolah rendah tetapi seorang penganalisis pertahanan yang saya kenal (kini bekerja dengan Asia Defence Journal) menjelaskan, beliau merupakan seorang wartawan yang telah disoal siasat.
5. Beliau kemudian dibebaskan tetapi semasa kejadian itu, beliau tidak menyentuh apa-apa pun dokumen yang berkaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri sebaliknya mendakwa, kenyataan pembelian pesawat itu telah dimasukkan ke dalam “Press Kit” para wartawan yang hadir untuk satu majlis di Kementerian Pertahanan ketika itu.
6. Untuk kawan-kawan saya dan pembaca yang masih belum mengenal pesawat AEW&C, secara fizikal, ia merupakan sebuah pesawat yang mungkin menggunakan enjin kipas (turboprops) atau enjin jet.
7. Singapura misalnya mempunyai pesawat AEW&C jenis Hawkeye yang mempunyai kubah radar yang agak besar di atasnya.
8. Republik itu telah membeli empat pesawat AEW&C dari jenis Gulfstream G-550-AEW untuk menggantikan empat pesawat Hawkeye sedia ada.
9. Indonesia turut mempunyai kemampuan AEW&C dan telah memesan tiga Boeing 737-2×9 Surveiller.
10.Thailand pula bakal menerima pesawat Saab 340 yang dilengkapkan dengan sistem Erieye Radar, PS-890 tidak lama lagi.
11.Malaysia?? tertangguh dengan alasan ketiadaan bajet…atau pun kerajaan mungkin bimbang untuk berbelanja lebih dan dituduh membazirkan wang rakyat memandangkan masih terlalu ramai orang Malaysia yang malas membaca untuk mencari apa makna pesawat AEW&C dan kepentingannya kepada keselamatan rakyat serta pesawat TUDM.
12.Atau pun mungkin kerana kerajaan beranggapan, kepentingan rakyat seperti membina rumah kos rendah, mengawal kenaikan harga tepung dan beras lebih utama kerana ini memastikan mereka mendapat lebih sedikit undi untuk pilihanraya yang akan datang.
13.Sedangkan Singapura, walaupun ramai rakyat terjun bunuh diri dari flet-flet HDB mereka akibat kegawatan ekonomi, pembelian untuk petahanan tetap diutamakan kerana kekuatan tentera adalah tunggak kepada bangsa Singapura serta insuran kepada republik itu.
BAGAIMANA AEW&C BERFUNGSI
15.Saya tidak mahir dengan sistem peperangan elektronik, jadi saya jelaskan apa yang saya faham sahaja, sebagai contoh, pesawat Hawkeye Singapura mempu mengesan jet pejuang TUDM yang berlepas dari Kuantan kerana radar (aktif dan pasif) mereka mempunyai kuasa liputan sejauh 400 ke 500 kilometer.
16.Jarak ini lebih jauh dari capaian mana-mana peluru berpandu Surface to Air Missile (SAM) (Dalam bahasa Melayu-misil permukaan ke udara untuk tembak kapal terbang). Sebagai contoh misil SAM Malaysia yang terbaru dan tercanggih iaitu Jernas mempunyai jarak capaian di bawah lebih kurang 30 kilometer sahaja.
17.Hawkeye Singapura juga mempunyai kebolehan untuk mengawasi pergerakkan lebih kurang 200 pesawat (Jumlah pesawat Malaysia adalah kurang dari itu) dengan jejakan aktif dan pasif.
18. Jika menggunakan mod pasif, juruterbang TUDM sudah pasti tidak mengetahui bahawa diri mereka sudah pun dikesan.
19.Dalam senario peperangan di antara kedua-dua negera ini, Singapura sudah pasti lebih dahulu menjalankan operasi SEAD (Suspression of Enemy Air Defence) untuk memusnahkan sistem radar permukaan TUDM yang terletak di Butterworth, Bukit Jugra, Subang dan Genting Highland.
20.Pemusnahan sistem radar sangat kritikal untuk memastikan Singapura menguasai ruang udara.
21.Tanpa radar, juruterbang TUDM akan terbang dalam keadaan buta kerana pusat kawalan tidak dapat memberi vektor pesawat musuh.
22.Juruterbang TUDM ketika ini hanya bergantung semata-mata pada radar kecil pesawat mereka dan terbuka untuk menerima serangan misil musuh dari mana-mana arah kerana radar pesawat terletak di depan muncung dan boleh menerima kedatangan pesawat musuh dari arahdepan sahaja.
23.Sedangkan pesawat pejuang musuh sudah pun menerima arahan dari pesawat Hawkeye bahawa pesawat TUDM sedang terbang pada aras? dengan kelajuan? arah pergerakkan dan sebagainya, mereka ketika ini boleh menyusun strategi dan membuat serangan dari mana-mana arah.
24.Saya memberi satu contoh sebenar iaitu ketika peperangan di Bekaa Valley pada tahun 1982 di antara Syria dan Israel.
25.Israel ketika ini menggunakan pesawat Hawkeye (Sama dengan Singapura) dan memacu pesawat pejuang F-15, F-16 (Pun sama dengan Singapura) dan disokong oleh pesawat lama seperti F-4 Phantom.
26.Hawkeye Israel ketika ini sudah hampir memenangi pertempuran kerana dengan mudahnya sudah dapat menandakan pesawat-pesawat Syria yang sedang berlepas dan mengecam penerbangan mereka.
27.Untuk menewaskan pesawat MIG Syria yang sedang terbang dalam keadaan “buta”, operator radar Hawkeye Israel memberi arahan kepada juruterbang F-16 Israel untuk menyerang pesawat MIG Syria dari tepi.
28.Juruterbang MIG Syria tidak dapat berbuat apa-apa dan mati di dalam pesawat kerana sistem penerima amaran ancaman pesawat mereka hanya terletak di hadapan dan di ekor pesawat sahaja dan ini bermakna kedatangan peluru berpandu F-16 Israel dari tepi telah gagal dikesan.
29.Pesawat Hawkeye Israel juga dilengkapkan dengan sistem peperangan elektronik yang baik sehingga berjaya menganggu sistem telekomunikasi dan radar Syria sehingga pesawat-pesawat Syria terpaksa terbang secara buta (tanpa bantuan radar darat yang lebih luas liputannya).
30.Operasi selama satu hari ini berjaya memusnahkan 29 pesawat Syria, tanpa kehilangan sebuah pun dari milik Israel.
Moral kisah ini, tak payah lah nak bangga sangat dengan Sukhoi tu kalau kita masih tidak ada AEW&C, jadi lepas ini kalau Malaysia nak beli AEW&C tolonglah jangan jadikan isu politik lagi yaaaaaa.
Saya yakin kalau pengumuman AEW&C dibuat, mesti DAP akan bangkang dulu dan disokong oleh rakyat Malaysia yang lain, pasal DAP ini adalah parti serpihan PAP dari Singapura, licik sungguh jarum mereka untuk melemahkan benteng pertahanan bangsa Malaysia dari segi jangka panjang.
UNTUK TAMBAHAN MAKLUMAT MENGENAI AWACS DALAM BAHASA MELAYU, SAUDARA PEMBACA BOLEH MERUJUK KE LAMAN TEKNOLOGI PERTAHANAN ASIA DI http://asiandeftech.blogspot.com/2008/10/saab-erieye-awacs-mengintai-peluang.html YANG DITULIS OLEH SAUDARA MT MOHAMAD YASSIN