TAK SANGKA EDEN PUNYA BLOG DAPAT CECAH 1 JUTA, KALAULAH BOLEH CONVERT JADI RINGGITKAN BEST
1. Saya tidak pasti jika pameran tentera di Dataran Merdeka masih ada lagi atau tidak, saya tidak mempunyai masa untuk berkunjung ke pameran tersebut kerana saya sibuk sedikit.
2. Kawan-kawan saya ada beritahu, pihak tentera menayangkan bas yang bercermin hitam.
3. Saya tidak tahu bas apa yang beliau katakan tetapi saya difahamkan, pihak tentera darat mempunyai bas yang dipasang dengan sistem pengintipan elektronik yang saya sendiri tidak pernah melihatnya.
4. Polis Di Raja Malaysia (PDRM) ada menggunakan kenderaan seperti ini yang berwarna putih dan dahulu selalu diletakkan berhampiran rumah Anwar Ibrahim dekat Bukit Damansara semasa beliau dipecat dari kabinet.
5. Kalau kita sedang bercakap dalam telefon bimbit dan kemudian suara rakan kita tiba-tiba menjadi kurang jelas, secara automatik, maki hamun akan keluar kerana masing-masing sudah tahu, perbualan kami sedang dirakam atau didengar oleh polis dengan menggunakan sistem pengintipan ini.
6. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga mempunyai dua kenderaan canggih sistem pengintipan elektronik ini yang setiap satu berharga lebih kurang RM 7 juta ringgit tetapi saya sendiri tidak pernah melihatnya.
[Read more…]