1. Pada awal bulan ini, saya berpeluang melawat tapak Pertempuran Kampar iaitu di antara askar British dengan Jepun di satu kawasan yang bernama Green Ridge. Satu kawasan strategik yang sesuai dijadikan kubu pertahanan.
2. Saya pergi ke sana bersama iaitu moderator forum panggilan pertiwi iaitu Knife. Tidur di rumah beliau semalam dan berpeluang menyaksikan koleksi ketenteraan milik beliau serta satu video UFO yang beliau ambil sendiri dalam penerbangan ke Korea tidak lama dahulu.
3. Kami sampai ke Kampar hampir tengahari. Untuk maklumat pembaca, kedudukan kubu pertahanan ini terletak di tepi jalan Ipoh-KL berhampiran Tesco Kampar, tapi susah untuk di identifikasi kerana kedudukan papan tanda yang terletak di atas bukit.
4. Sepatutnya kami berjumpa dngan Cikgu Chye Kooi Loong tetapi beliau sakit, cikgu ini bertanggungjawab mengesan kedudukan kubu pertahanan British ini sekaligus memeliharanya sebagai kesan sejarah.
5. Kedatangan kami disambut secara tidak rasmi oleh bekas tentera iaitu Peter Chye (adik Cikgu Chye) yang sibuk memotong rumput dan beliau memperkenalkan kami kemudian dengan seorang lagi peminat sejarah iaitu Harjad Singh (kepada peminat yang ingin membuat kajian tentang kawasan peperangan itu bolehlah menghubungi beliau melalui emel saya).
6. Kami di bawa meneroka kawasan pertempuran yang dipenuhi dengan semak samun walaupun bekas-bekas perajurit dan penduduk sekitar saban masa cuba membersihkan kawasan itu.
7. Memang hebat, kawasan pertempuran ini meliputi tanah semak samun dan tidak sangka tempat ini pernah menjadi medan pertempuran kepada 1,300 tentera British dan India mengatasi kekuatan askar Jepun yang seramai 4,000 orang.
8. Saya tidak berminat untuk menceritakan kisah pertempuran kerana anda boleh membaca sejarahnya di dalam laman web.
9. Saya agak kesal kerana tidak membawa parang, sebenarnya banyak lagi sektor yang belum dimasuki orang kecuali kawasan yang sudah dibersihkan, pelik juga saya terfikir mcm mana nak perang pasal banyak pokok dan hutan rupa-rupanya selepas dijelaskan baru saya faham, kawasan ini dahulu tidak ada hutan mcm sekarang sebaliknya hanya lalang. Jadi memang kawasan pertempuran adalah sejauh mata memandang, musuh pun kita boleh nampak…jadi fahamlah saya proses alam semulajadi ini.
10.Antara yang boleh dilihat ialah Foxhole, parit komunikasi dan pertahanan, kawasan command centre, kawasan pemerhatian artilleri, perigi dan banyak lagi.
11.Kesemua binaan dibuat dari tanah, hanya mereka yang berminat sahaja akan menghargai medan pertempuran seperti ini dan jika anda kurang stamina atau takut pada pacat, baik melawat sahaja kubu pertahanan Inggeris di Batu Maung, Pulau Pinang atau Pulau Sentosa, Singapura yang dipelihara untuk pelancongan.
12.Menurut Harjad Singh yang memiliki “metal detector” buatan sendiri, beliau pernah mengesan peluru, bayonet dan helmet milik askar-askar yang terlibat.
13.Tidak jauh dari kawasan itu di satu kampung (nama tidak ingat), Harjad memberitahu saya terdapat satu kilang yang sekarang ini tinggal menara yang menjadi tempat askar-askar Jepun membuat peluru. Yang menariknya terdapat satu macam terowong bawah tanah di sisa runtuhan kilang tersebut tetapi sudah dikunci pintunya untuk keselamatan.
14.”Ada hantu kah dalam ini hutan, biasalah ramai org mati kena tembak sini,” tanya saya tapi Harjad senyum sahaja, beliau belum pernah berjumpa sekor pun.
NOTA PENULIS : ORANG-ORANG BELAKANG TABIR MCM CIKGU CHYE DAN SINGH NI BANYAK MELABUR MASA DAN WANG UNTUK MENCARI SEJARAH NEGARA, TAKDE KE YB-YB INI TERFIKIR DAN REKOMEN PADA KERAJAAN UNTUK BAGI PINGAT PENGHARGAAN ???