Terimakasih kepada sahabat baik saya, Shamsul Abas, blogger ondscene.my kerana membantu mengubahsuai wajah blog militari saya pada hari ini 26/01/09. Saya hendak menulis pun malas apatah lagi untuk membaiki wajah blog ini tetapi bila rajin, idea datang mencurah.
Tidak sangka, idea kami di kedai mamak untuk membuka blog akhirnya menjadi kenyataan apatah lagi apabila melihat blog beliau sudah mencapai lebih kurang 15,000 visitor.
Blog saya??? hehehe macam kura-kura sikit.
Lagipun susah hendak mencari isu…tahulah askar ini banyak sangat top secretnya.
Walaupun kami dilahirkan dalam dunia kewartawanan jenayah tetapi saya lebih berminat kepada bidang pertahanan.
Kepada Jamilul yang bertugas di Gaza, Selamatttttt….