NOTA PENULIS : MAAF KERANA LEWAT UPDATE BLOG INI DISEBABKAN KESIBUKAN TUGAS, LAGI PUN NEGERI SEMBILAN SELALU BANJIR.
CAPTION GAMBAR : GAMBAR TERATAS (LPD 071 DARI CHINA, TENGAH – MHD 150 DARI JERMAN DAN TERBAWAH LHD DOK DO DARI KOREA SELATAN YANG DITAWARKAN KEPADA MALAYSIA, SPESIFIKASI TEKNIKAL DAN PERSENJATAAN, SILA RUJUK PADA INTERNET ATAU JANES FIGHTING SHIP)
1. Beberapa tahun yang lepas semasa Thailand memperolehi HTMC Chakri Naraubet iaitu kapal pengangkut pesawat/helikopter yang pertama di rantau ini, saya ada bertanya kepada Panglima Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) ketika itu (tidak ingat siapa) jika TLDM akan membuat pembelian yang serupa.
2. Jawapannya ketika itu adalah tidak, tidak juga merupakan jawapan yang sama ketika saya tanyakan jika Malaysia memerlukan pembentukan pasukan Marin.
3. Kebanyakkan negara maritim mempunyai pasukan marin sendiri seperti Thailand, Indonesia dan Filiphina.
4. Saya tanyakan soalan pertama tadi memandangkan, Malaysia memainkan peranan yang sangat aktif dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan ini melibatkan kerja-kerja menghantar tentera serta kelengkapan perang ke seluruh dunia.
5. Peranan ini sangat terserlah semasa Malaysia menghantar tentera ke Bosnia Herzegovina, ketika itu saya lihat Malaysia seperti benar-benar serius untuk melindungi penduduk Islam di sana dan beberapa pembelian peralatan perang dibeli untuk tujuan itu seperti K200 Infantry Fighting Vehicles termasuklah menguji beberapa senjata baru dalam misi khas yang saya enggan sebutkan di sini.
6. Kelengkapan dan tentera dihantar melalui kapal pengangkut milik TLDM mahupun kapal-kapal yang disewa dari syarikat antarabangsa.
7. Kapal pengangkut dan sokongan TLDM pada masa kini terdiri dari KD Mahawangsa, KD Seri Inderasakti dan KD Seri Inderapura (bekas USS Spartanburg County) dan kesemua mereka berusia lebih dari 25 tahun.
8. Kapal pertama dan kedua dibuat di Korea Selatan manakala, kapal KD Seri Inderapura merupakan kapal bekas tentera laut Amerika Syarikat, saya difahamkan pembelian kapal Seri Inderapura lebih bermotifkan soal politik yang mana tidak dapat saya ulaskan di sini.
9. Peranan yang mereka mainkan sangat aktif tetapi KD Seri Inderapura yang merupakan kapal pendarat amfibia sudah terlalu tua dan pernah terbakar tidak lama dahulu, ia dilengkapi dengan sistem pertahanan Close In Weapon System (CIWS) yang berupaya menembak peluru berpandu musuh dan merupakan satu-satunya mesingan gatalin jenis itu
yang berada dalam perkhidmatan TLDM.
10.Selain usia yang sudah terlalu tua, kapal-kapal ini tidak dilengkapi dengan sistem pertahanan udara yang baik dan sudah tiba masanya untuk digantikan.
11.Peranan aktif dan misi jarak jauh sehingga ke perairan Somalia dalam Operasi Fajar menunjukkan TLDM memerlukan kapal sokongan yang baru serta mampu beroperasi dengan lebih lama di laut disamping berkebolehan untuk mendaratkan helikopter.
12.TLDM memerlukan dua kapal sokongan dan isyarat bahawa ia bakal menjadi menyataan dibuktikan apabila China menawarkan Type 071 Landing Platform Dock (LPD) atau Helicopter Landing Deck (LHD) Type 081 pada tahun 2006 lepas.
13.Difahamkan TLDM memerlukan kapal dengan berat 10,000 tan dan ini mungkin lebih kecil atau sama saiznya dengan kapal pengangkut pesawat, HTMS Chakri Naruebet milik Thailand.
14.Logiknya, sebagai sebuah negara perairan dengan kedudukan Sarawak dan Sabah yang terpisah di antara Lautan Andaman membutuhkan TLDM untuk memiliki kapal ini yang mampu juga membawa kereta kebal PT91 jika keadaan memerlukan.
15.Perkara ini telah terbukti apabila negara jiran Malaysia yang lebih berbajet kecil seperti Indonesia telah membeli dua buah kapal LPD dari Korea Selatan, satu darinya KRI Makassar telah pun berkhidmat dalam tentera laut republik itu.
16.Indonesia telah menunjukkan negara itu amat memerlukan kapal-kapal jenis LPD untuk membantu mana-mana wilayahnya yang terlibat dengan konflik dan bencana alam, kemampuan membawa lebih dari 5 buah helikopter menunjukkan republik itu sedang berusaha untuk melaksanakan diplomasi “Gun Boat” yang berjaya menundukkan Malaysia ke meja rundingan semasa isu kepulauan Ambalat tidak lama dahulu.
17.Dalam masa beberapa tahun lagi, jumlah itu akan memasuki empat buah LPD di mana dua akan dibina di limbungan tempatan.
18.Singapura turut memiliki kapal LPD dari kelas Endurance dengan berat kering 6,000 tan. Sukar untuk dipercayai apabila sebuah negara kecil seperti Singapura mempunyai empat LPD yang mana setiap sebuah mampu membawa sekurang-kurangnya dua buah helikopter serta 18 kereta kebal di bawah perut kapal itu.
19.Cukup mampu untuk membawa kekuatan yang secukupnya bagi mengempur kawasan pantai Timur tanpa bersusah payah melalui Tambak Johor yang mungkin menjadi fokus pertahanan di sebelah Selatan.
20.Malah sebuah majalah dari Russia yang pernah saya baca ada mengeluarkan satu artikel di mana penulis artikel tersebut benar-benar hairan dengan niat Singapura, sebagai sebuah negara kecil, Singapura dilihat tidak sesuai untuk memiliki kapal-kapal dari kelas LPD sehingga sebanyak empat buah iaitu RSS Endurance, Resolution, Persistence dan Endeavour.
21.LPD kelas Endurance milik Singapura sehingga ke hari ini adalah yang paling canggih di rantau ini dan jumlah krew yang sedikit iaitu 65 orang menunjukkan ia bersifat “automation”.
22.Sebagai perbandingan, Malaysia yang mempunyai keluasan 329,847 kilometer dan mempunyai dua negeri yang terpisah oleh Laut China Selatan hanya mempunyai dua buah kapal sokongan lojistik serta sebuah LPD yang sudah uzur.
23.Bagi saya, sudah sampai masanya untuk TLDM memperbesarkan lagi kapal-kapal sokongan armada ke taraf LPD dan LHD.
24.Jika sebelum ini, Malaysia berminat untuk menambah lagi pemilikan kapal-kapal dari jenis LPD, niat itu dilihat berubah apabila terdengar desas-desus bahawa TLDM kini berminat kepada kapal-kapal dari jenis LHD yang mampu membawa helikopter.
25.Jika ini menjadi kenyataan, TLDM akan menjadi angkatan laut yang terulung di rantau ini kerana mempunyai “kapal induk mini” yang boleh membawa helikopter dan mungkin pesawat terbang Vertical Short Take Off Landing dari jenis Harrier.
26. Bukan itu sahaja, Malaysia akan menjadi di antara negara Islam pertama yang mempunyai sebuah kapal pengangkut pesawat terbang atau helikopter dan menguatkan lagi legasi orang Melayu yang pernah menguasai lautan pada zaman dahulu kala.
26.Kemasukkan kapal-kapal ini juga akan membolehkan Malaysia melaksanakan “Power Projection” yang terhad serta serangan luar horizon di mana-mana kawasan di muka bumi ini (misalnya semasa Operasi Fajar di Somalia).
27.Petanda-petanda ini jelas apabila TLDM mensyaratkan kapal itu mesti mempunyai berat lebih kurang 10,000 tan, ini bersamaan dengan kemampuan sebuah kapal LHD sedangkan kapal LPD milik Indonesia yang terbaru hanya mempunyai berat 6,000 tan sahaja dan LPD dari kelas RSS Endurance turut mempunyai berat kosong sebanyak 6,000 Tan.
28.Lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke limbungan kapal di Busan, Korea Selatan untuk melihat kapal LHD Dokdo pada Mac 2007 menguatkan lagi ura-ura Malaysia akan mempunyai sebuah kapal pengangkut helikopter dan bukan dari jenis LPD.
29. Sikap…ya sikap orang Melayu itu sendiri yang sentiasa suka berlebihan dari orang lain, jika banyak negara di rantau ini memilih LPD, Malaysia sudah tentu enggan menjadi pengikut (pasti memilih LHD), negara ini terkenal dengan sikap
pemecah tradisi, memecah tradisi untuk menggunakan MBT, pengguna pertama pesawat supersonik (F-5E pada 70an), pemecah tradisi trend pembelian sistem pertahanan dari AS yang mana Malaysia melanggar tradisi negara-negara Asean apabila membeli MIG-29 dari Russia, memecah tradisi populariti M16 di Asean apabila Malaysia memilih menggunakan Styer AUG dan banyak lagi.
29.Negara yang sedang menawarkan teknologi itu terdiri dari China dengan kelas LPD Type 071, Jerman dengan LHD MHD-150 dan Korea Selatan melalui LHD Kelas Dokdo.
30. Saya mengandaikan kapal LHD dari Kelas Dokdo (Korea Selatan) akan menjadi pilihan Malaysia memandagkan negara ini secara tradisinya suka membeli kapal dari Korea dan ini dibuktikan melalui pembelian dua buah kapal sokongan dari kelas Mahawangsa dahulu.