TIGER-PILIHAN ATM SEBAGAI HELIKOPTER PENYERANG PERTAMA MALAYSIA???
1. Terima Kasih kerana sabar menunggu, saya sudah mendapat pengesahan dari Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Ahmad Hamidi bahawa bajet pertahanan negara untuk tahun 2012 adalah berjumlah RM 11.9 bilion.
2. Bajet ini tidak pernah diumumkan dalam Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, suratkhabar dan forum pertahanan lain pun belum tahu mengenai bajet pertahanan ini dan nampaknya saya sudah mengeluarkannya dahulu..hehehehe.
3. Tahun ini nampaknya ada pertambahan lebih kurang sekurang-kurangnya RM3 bilion berbanding hanya RM9 bilion pada tahun sudah iaitu 2011.
4. Bagi saya, bajet pertahanan kali ini masih lagi ciput berbanding dengan negara-negara jiran seperti Singapura yang mendapat bajet lebih dari RM20 bilion setiap tahun malah pernah mencecah 3 kali ganda dari bajet ketenteraan Malaysia.
5. Kalau pembangkang hendak bandingkan bajet pertahanan Malaysia dengan Filiphina sudah tentulah tidak adil kerana Filiphina sendiri berada dalam status negara yang lain.
6. Jadi bagi saya, anggota pembangkang macam Tony Pua tidak perlu memberi gambaran kepada rakyat bahawa bajet pertahanan Malaysia ini terlalu tinggi sehingga mengenepikan soal pembangunan.
7. Bagi saya, kerajaan sebenarnya telah menganak-tirikan soal pertahanan kerana selalu tunduk dengan desakkan pembangkang dan kerana terlalu ingin menjaga reputasi mereka.
8. Bajet pertahanan yang mencukupi bukan semata-mata hendak membeli aset ketenteraan sahaja tetapi sebenarnya wajib untuk memastikan semua peralatan yang sedia ada berfungsi pada tahap 100 peratus.
9. Memandangkan dengan bajet yang hanya seciput RM11.9 bilion ini, nampaknya, kita tidak akan dapat menyaksikan negara mempunyai skuadron MRCA yang baru atau sebarang pembelian berkapasiti tinggi yang lain macam Awacs.
10.Jangkaan saya (kalau betulah), dalam setahun dua ini, paling dekat kita nampak pun adalah pengumuman kapal perang baru berkonsepkan LCS dan juga perkembangan program penggantian kereta perisai Condor yang melibatkan AV8.
11.Setakat ini kita tidak tahu status perkembangan kereta perisai bertayar lapan seperti AV8 kerana sepatutnya prototaip kereta perisai itu sudah disediakan sekurang-kurangnya sebelum bulan April tahun ini tetapi mungkin sudah di ajakkan sehingga 2013.
12.Seperkara lagi, jauh sangat nampaknya hasrat kita untuk melihat pengumuman jet pejuang MRCA yang baru pada tahun ini kerana jet Eurofighter Typhoon belum diuji 100 peratus lagi.
13.Kesemua jet yang terlibat dalam tender MRCA Malaysia sudah diuji termasuklah Rafale dan Typhoon cuma bezanya, juruterbang kita tidak dibenarkan menguji sistem elektronik, persenjataan Typhoon kerana tidak ada perjanjian dengan UK mengenai kebenaran itu.
14.Pada eksesais Bersatu Lima tahun lepas, juruterbang kita sudah pun menerbangkan Typhoon tetapi dalam keadaan kesemua peralatan sensitif pesawat itu dikunci, jadi juruterbang kita cuma “test drive” sahaja dan belum menguji keupayaan pesawat dalam erti kata sebenar.
15.Perkara ini diberitahu sendiri kepada saya oleh Pengarah Typhoon Malaysia iaitu Ian Malin (Cawangan Udara dan Informasi) dari United Kingdom sewaktu pertemuan kami baru-baru ini.
16.Pada Nov 2011, perjanjian kemudian ditandatangani di antara wakil Angkatan Tentera Malaysia dengan Pesuruhjaya Tinggi UK di Kuala Lumpur yang akan membenarkan juruterbang Malaysia menguji Typhoon pada tahap sebenar pada masa hadapan.
17.Rentetan dari semua perkembangan terbaru ini, nampaknya masih lama lagilah pemilihan tender untuk pesawat MRCA Malaysia, mungkin sehingga tahun 2015.
18.Satu lagi saya lihat, orang ramai masih percaya isu komisen dan rasuah dalam pembelian peralatan pertahanan angkatan tentera.
19.Tetapi bila ditanya prosedur pembelian, ramai yang tidak tahu dan gagal menjawapnya…jadi macam mana mereka tahu ada unsur komisen dan rasuah?.
20.Moralnya, janganlah terikut-ikut sangat rentak dan fitnah orang…kalau mereka bercakap soal rasuah dalam skala kecil yang melibatkan penjawat awam di kalangan tentera, saya boleh terima juga.
21.Ini kalau beli kapal selam atau jet pejuang, bukankah semua tender dipantau oleh satu jawatankuasa khas di mana anggota pembangkang juga duduk di dalamnya, jawatankuasa ini dikenali dengan singkatannya sebagai PAC.
22.Seperkara lagi, ada ke pembelian pertahanan yang telus dalam dunia ini? ingat…ini projek buat jambatan kah? Cuba bagi contoh pembelian pertahanan yang dikatakan telus? Telus yang macam mana?…tak akan nak dedahkan kesemua sub sistem yang kita beli dan pasang dalam pesawat Sukhoi, kapal selam dan kereta tank kita.
23.Anda tidak percaya cakap saya? Kalau anda ada peluang rapat dengan kereta kebal PT91 Pendekar pada hari pameran angkatan tentera, cuba masuk menaiki kupola komander dan ambil gambar sistem BMS kereta kebal tersebut. Comfirm kena maki…
24.Yang buat sesuatu sistem pertahanan mahal ialah sub sistemnya, sub sistem ini yang agak sensitif untuk diberitahu secara umum.
25.Kesemua orang pernah melihat pesawat Sukhoi SU-30MKM, persoalannya siapa yang pernah melihat muncung pesawat dibuka sehingga menampakkan sistem radar yang dipakai oleh pesawat itu….jadi sub sistem ini yang sensitifnya, jadi macam mana nak telus? Gila ke apa…
26.Ada orang kata, zaman sekarang tidak ada yang rahsia dan kesemua maklumat boleh diperolehi melalui majalah Janes Defence…pasti ke??? saya pelanggan Janes Defence, ada sistem yang Malaysia beli tidak wujud pun dalam jurnal seperti itu.
27.Sebenarnya banyak saya nak cerita tetapi kang tak pasal-pasal kena soal siasat, lagi pun saya tahu apa yang boleh saya dedahkan dan apa yang tidak.
28.Yang paling kelakar, soal orang tengah…semua pembelian hata yang dibuat oleh Singapura sekali pun, akan melibakan orang tengah.
29.Orang tengah inikan wakil syarikat…cuba bayangkan, dalam dunia ini mungkin ada 1,000 lebih syarikat pertahanan, tak akanlah kesemuanya hendak buka pejabat di Kuala Lumpur.
30.Saya dah kupas isu orang tengah ini dalam artikel saya yang lama, kalau ada yang lebih pandai…sila kupas dari sudut yang saya tidak tahu, kalau saya tidak jawap itu, maknanya, saya sedang tergelak dan malas nak layan kecuali ada sesuatu yang benar-benar menarik minat saya (bukan pada semua komen…ada komen saya tidak balas kerana ada pembaca yang memberi jawapan lebih baik dari saya).
31.Saya juga mengalu-alukan hasrat Suruhanjaya Penguatkuasaan Rasuah Malaysia (SPRM) yang beberapa minggu lalu telah membuat kenyataan untuk memasuki bidang pertahanan bagi memantau pembelian peralatan aset ketenteraan kita.
32.Apa pun rasuah ini wujud di mana-mana, tetapi untuk menyamakan rasuah di negara ini macam tahun 1970an dahulu adalah sesuatu yang tidak adil.
33.Kalau ada orang kata dalam negara ini, rasuah banyak sampai tahap kritikal, maknanya orang itu tidak pernah ke luar negara dan teramat jarang berurusan dengan kerajaan.
34.Dia cakap ikut sedap dia sahaja.
35.Kalau pembangkang ini ikhlas…mereka akan sasarkan golongan pegawai tentera yang tidak ikhlas berkhidmat untuk negara dan mendesak mereka ini meletakkan jawatan kerana terlibat dengan soal rasuah, bukan menyerang ahli politik yang menjadi lawan mereka.
36.Ini semua soal kuasa…bukan soal rakyat.
NOTA PENULIS : SAYA SECARA PERIBADI MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA RAKAN2 YANG SUDI MENUNGGU SAYA UPDATE BLOG, SAYA SENDIRI SELALU TERGELAK-GELAK BACA KOMEN ANDA SEMUA DI SINI TERUTAMA BAB MALAYSIA VS INDONESIA. NASIHAT SAYA TIDAK PERLULAH BERGADUH, MASING-MASING NEGARA ADA KELEBIHAN TERSENDIRI…MCM SAYA CAKAP DULU, MALAYSIA DAN INDONESIA CUMA ADA KEMAMPUAN OFFENSIVE YANG TERHAD DI ANTARA SATU SAMA LAIN.