1. Hanya tinggal beberapa hari menjelang pameran udara dan maritim antarabangsa LIMA 2011 di Langkawi dan saya sudah mula menghubungi sumber-Sumber terapat untuk mengetahui sebarang perkembangan menarik.
2. Bukan apa, saya perlu menyediakan sesuatu bahan yang menarik untuk dijadikan bekal mengorek maklumat di LIMA nanti.
3. Antara yang paling menarik adalah pemilihan pesawat pejuang baru Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang akan menggantikan Mig 29.
4. Nampaknya, Eurofighter Typhoon sah menjadi pilihan favourite TUDM dan bukan Flanker, Rafale atau Grippen.
5. Jika saudara pembaca masih ingat, blog saya ada membuat analisis pemilihan jet ini yang berjudul Superhornet VS Typhoon, blog saya hanya menyenarai pendek dua sahaja calon iaitu Typhoon dan Superhornet tetapi menolak sama sekali pesawat pejuang lain. [Read more…]