1. Tinggal beberapa detik sahaja lagi sebelum laungan takbir Aidilfitri bergema dan seperti biasa, pada setiap tahun saya akan menghadiri majlis berbuka atau bersahur dengan pasukan keselamatan kita.
2. Kalau pada tahun lepas, saya bersahur bersama rekrut tentera darat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat dekat Port Dickson, kali ini saya berbuka bersama anggota dari Markas 2 Divisyen yang bermastautin di Pulau Pinang.
3. Pagi-pagi saya sudah menerima panggilan dari rakan saya, Azahari untuk program berbuka bersama anggota tentera di markas 2 Divisyen, memang terasa malas untuk memenuhi pelawaan beliau kerana jarak perjalanan yang terlalu jauh tetapi apabila dimaklumkan perjalanan akan dibuat dengan pesawat pengangkut jarak dekat jenis CN235 buatan Indonesia, saya terus menerima pelawaan beliau kerana saya tidak pernah menaiki pesawat CN235.
4. Saya sudah mempunyai pengalaman penerbangan yang boleh tahan, dari pesawat Fokker, Kingcraft, Tupolev dan Charlie semua saya sudah rasa dan pesawat-pesawat itu ada yang saya naiki di Myanmar dan Iran. Kali ini buat pertama kalinya, saya akan merasai perjalanan udara dengan CN235.
5. Pukul 2.30 saya sudah sampai di pengkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dengan menumpang kenderaan seorang pegawai risik dari Kementerian Pertahanan.
6. Hanya ada 8 penumpang sahaja dalam pesawat CN235 yang boleh memuatkan kira-kira 20 orang itu dan saya memilih untuk duduk di kamar VIP.
7. Penerbangan ke Pulau Pinang memakan masa selama kira-kira 60 minit dan di sana sudah ada beberapa orang pegawai tentera dan kenderaan untuk mengangkut saya beserta anggota rombongan ke Kem Tun Razak, Bukit Gedong.
8. Turut berbuka puasa di kem itu ialah Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad yang datang untuk menyampaikan bantuan kepada saudara baru dari kalangan anggota tentera.
9. Terfikir juga saya, di tengah-tengah kehangatan isu murtad yang sedang diperkatakan sekarang ini ramai juga anggota tentera dari kaum lain yang memeluk agama Islam kerana tertarik dengan unsur-unsur keislaman yang diterapkan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
10.Tidak kurang dari 10 orang saudara baru dari lain-lain pangkat rendah yang menerima bantuan dari Dr Abdul Latiff, dengan adanya sumbangan dari pak menteri berserta ATM, sudah tentu anggota saudara baru ini sedikit sebanyak dapat meraikan kehadiran Aidilfitri.
11.Dr Abdul Latiff juga mengumumkan bantuan kewangan untuk pembesaran surau markas itu yang saya kira sudah terlalu kecil untuk digunakan, Alhamdulillah, sekurang-kurangnya pada tahun hadapan, dapatlah anggota tentera kita bersembahyang dengan lebih selesa kerana jumlah tentera
yang ada sudah terlalu besar untuk ditampung oleh surau itu.
12.Saya berasa bersyukur kerana sebagai blogger pertahanan dan tentera, saya dapat banyak pengalaman baru dan menyelami sedikit sebanyak kehidupan anggota tentera kita.
13.Sebelum saya mengakhiri tulisan saya, saya mohon maaf sempena hari raya ini kepada para pembaca saya sama ada dari kalangan warganegara Malaysia, Indonesia atau sesiapa sahaja yang berkaitan jika sekiranya artikel saya sebelum ini banyak menimbulkan polemik dan konterversi.
14.Sekian sahaja, SELAMAT HARI RAYA, malangnya, den tak cuti, den kojo raya ni.
armizanizam arab says
Alhamdulillah..di Kem Tebrau Johor Bahru seorang rakan tentera bangsa Iban berpangkat Sarjan masih bujang telah memeluk Islam pada bulan Ramadhan yg lepas..semoga beliau berada didalam orang2 Mukmin yg Soleh..
bardraiko says
huh lambt la plak… apapn… assalamualaikum… selamat hari raya…. maaf zahir batin pada bro shah… huh… susah btul nk jmp… apapn akan saya iktiarkan gak… nanti… hehehehe….
tamingsari says
bro,relaks je
x perlu ikut rentak diaorg
kita sabar n cool je
naza says
pernah dulu malaysia NAK mengadakan joint excercise dengan ostolia, nak pi sana kene singgah kat satu airport kat indonesia. setelah di isi minyak jet pun take off, tapi sekerat jalan kena patah balik. minyaK dia beku kat high altitude. tak boleh sampai ostolia. makanya mission di batalkan angkara minyak jet grade rendah…… tapi makan kat airport dia sedapppp. udang beso beso, baru 20 juta R. makan untuk 20 orang. takde motif apa apa disini, hanya sekadar bercerita hikayat lama
tamingsari says
rambut sama hitam hati lain2
manusia di Malaysia pun lain2
ada yang ingin damai
ada yang tidak
tiada beza dengan di Indonesia
sama juga
sunliner says
selamat hari raye sumer… M Z & Batin,.. kepada semua pembaca dan tuan punye blog ni.
sunliner says
eh indon neh… dah mentaliti ko tak smart. sape pon x suke.
jebat says
beli kapal selam byk2 tu sebab nk serang malaysia ke..
nak beli makan pun tak cukup duit ada hati nak perang..
Najib Ahmad says
Komennya disatu sisi mengajak berdamai tapi di sisi lain justru mengejek, mencela dan meremehkan TNI. Inilah potret bandit melayu bermental banci.
adelinna says
Selamat Hari Raya Aidilfitri …..maaf zahir batin
Aznan says
Salam, bro Shah. Salam Aidil Fitri. Selamat Hari Raya, bro Shah. Maaf Zahir dan Batin.Perkenalan dengan bro Shah amat bermakna buat saya.
Di sini, saya secara peribadi ingin tekankan sekali lagi kepada saudara dari Indonesia.Jangan buat bising dan kecoh lagi di laman ni, wahai teman2. Saudara teriak2 dan jerit2 dengan penuh semangat pun, tiada gunanya kerana kita semua bersaudara. Kalau Malaysia nak perang sekalipun, maaf, no hard feeling, Indonesia bukan tandingan Malaysia. Kalau tidak, sejak 2005 lagi, perang di Ambalat dah meletus. Saya tidak tahu situasi di Semenanjung dan Jakarta tapi kami di Sabah, rakyat Malaysia dan Indonesia hidup aman ajak, bapa2 dari Indonesia. Orang VIP dari Government Indonesia sendiri akui, kalau perang sekalipun, meskipun rakyat Indonesia 25:1, tapi dari segi persenjataan, kualiti mahupun kuantiti, Malaysia 8, Indonesia 1. Maaf ya, bapa2.
Kepada bro Shah, saya lebih berminat dan berharap sangat kiranya bro Shah boleh cari info dan buat analisis tentang situasi negara kita hampir melancarkan perang dengan Singapore beberapa hari sebelum Sukan Komanwel 1998 bermula. Bro Shah dan rakan2 di semenanjung tentu ingat kan, beberapa hari sebelum sukan Komanwel 1998 memulakan tirai, seluruh angkatan ATM digerakkan dari seluruh semenanjung ke Johor Bahru. Di semua highway, semua kenderaan awam diarah memberi laluan kepada angkatan ATM. Is it true, bro Shah? Please komen, bro.
Akhir kata, Salam Aidil Fitri buat semua umat Islam di Malaysia, Indonesia dan sesiapa yang membaca laman ini. Amin…
anak malaysia says
Pedulikan mat indon kat atas ni,orang semua nak raya dia nak bermegah-megah dengan fantasi dia tuh..keep on la…..Hari yg mulia ni x eloklah kita bertengkar
Anyway,kepada bro shah salam aidilfitri dan x lupa juga kpd pengikut setia blog ni…
Selamat Hari Raye semua!!
darkness says
wow.5 kapal selam
Jurnal Hankam says
Jakarta, 29 Agustus 2011 (Antara)
Akhirnya 2 negara sekaligus menang dalam tender pembuatan 5 kapal selam Indonesia. Turki mendapatkan jatah 2 kapal selam sedangkan Korsel mendapatkan 3 kapal selam, dimana 1 kapal selam dibuat di Indonesia. Indonesia menganggarkan US$ 2,5 milyar untuk program pengadaan kapal selam.
Walaupun 2 negara memenangkan tender ini namun sesungguhnya jenis kapal selam yang dibuat relatif sama karena berasal dari teknologi HDW Jerman. Perusahaan Turki merupakan kepanjangan tangan dari HDW sedangkan Korsel memproduksi Changbogo berdasarkan Tot dengan HDW.
Menhan Purnomo mengatakan bahwa kedua negara diperlukan sekaligus agar Indonesia bisa segera mengoperasikan 5 kapal selam dalam 3 tahun ke depan. Keuntungan lain adalah Indonesia mendapatkan 2 ToT sekaligus dari 2 negara yang berbeda pada satu jenis produk. Yang menarik dari kerjasama dengan Turki adalah kesediaan Turki menyewakan 2 kapal selam sekelas dengan Cakra untuk dipinjam pakai kepada TNI AL selama masa pembuatan ks. Ini merupakan nilai yang baik dalam perjanjian kerjasama pembuatan kapal selam Indonesia.
Source:Antara
sepuluh says
SALAM bang shah… salam sahabatx semua…
\”SELAMAT Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Batin…\”
Terima.. kasih banyakx…
PS: Seandainya , MEJ Azahari itu org yg sama dgn X-SO2 RISIK 10 BGD PARA… kirim salam kat dia ek… ^_^ .
sepuluh says
SALAM bang shah… salam sahabatx semua…
“SELAMAT Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Batin…”
Terima.. kasih banyakx…
🙂
PS: Seandainya , MEJ Azahari itu org yg sama dgn X-SO2 RISIK 10 BGD PARA… kirim salam kat dia ek… ^_^ .
Sniper says
Selamat Hari Raya Aidilfitri…
Riandi says
Ada website mantap banget nih!
Coba aja klik nama saya!
PadangDiLalang says
Selamat hari raya shah paskal… semoga raya ni bertambah berkat…
Jejentik says
Den pun nak ucakan selamat hari raya, kojo elok elok 🙂
Airmien says
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat abg shah
aku says
selamat hari raya buat admin bro shah
x lupa pada semua umat islam dalam site ni mahupun di luar sana
raya raya jugak tapi x lupa hari merdeka kita yo
merdekaraya 2011 a’kum
gafaro says
selamat hari raya encik shah… semoga panjang umur dan murah info military…
aminnnnn…..
naza says
eden pun ingin mengucapkan selamat hari rayo jugak. kalo ado salah, den mintak maap la. maklum la masok blog oghang, tunjuk pandai pulak. maap yo, bukan niat den. cuma excited sesangat. menarek blog ni….
tamingsari says
selamat hari raya admin
semoga selamat dalam tugas