1. Saya mengemaskinikan entry terbaru saya dari Hotel Belmont Marco Polo, baru sahaja tiba dari Pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) dengan pesawat C-130 ke Tawau untuk melawat pengkalan hadapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di perbatasan negara berhampiran Indonesia dan Filiphina.
2. Kawasan ini tidak pernah sunyi dengan krisis, bermula dengan aktiviti lanun, penculikan tebusan sehinggalah kepada pertikaian Ambalat (Ambangan Batas Laut), satu kawasan yang sebenarnya tidak ada pulau pun kecuali satu pelampung kecil.
3. Saya sebenarnya terlalu letih kerana semalaman tidak tidur (takut terbangun lambat dan ketinggalan pesawat), penerbangan Charlie pula memakan masa lebih kurang empat jam.
4. Saya sebenarnya mengikuti lawatan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu meninjau tahap siap sedia para perajurit dan aset ATM dalam mempertahankan kawasan Tawau, Samporna dan Sandakan yang diletak sebagai “Panas”.
5. Selama ini saya tidak ambil berat mengenai Ops Pasir, dalam tanggapan saya, sebagai rakyat marhain, saya menganggap ia sama dengan operasi tentera yang lain, dilaksanakan secara insani oleh anggota tentera yang ada, saya tidak terfikir pun keseriusan Ops Pasir dan tahap sopfistikated sistem dan aset yang digunakan.
6. Sebelum saya meneruskan laporan, Ops Pasir adalah singkatan kepada Operasi Pandanan And Sipadan Island Resort, nama kepulauan ini ada kaitan dengan dua insiden penculikan yang membabitkan kumpulan Abu Sayaf pada 23 April dan 10 Sept 2000.
7. Sejak dari itu, ATM telah mengabungkan ketiga-tiga elemen cabang perkhidmatannya untuk membentuk Markas Angkatan Tentera Bersama (MK ATB) dan hari ini ia diletakkan di bawah perintah Panglimanya iaitu Laksanama Madya Datuk Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.
MK ATB GUNA PUSAT KAWALAN SERBA MODEN DAN CANGGIH
8. Selepas tiba di Tawau, rombongan media dan para pegawai Kementah bersama segelintir blogger, di bawa dengan bas untuk memasuki Kem Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu DiRaja kerana di sinilah terletaknya pusat kawalan dan sistem pengawasan Ops Pasir yang serba canggih dan digelar Joint Regional Command Centre (JRCC).
9. Ia hanyalah sebuah bangunan tiga tingkat yang biasa sahaja tetapi sebaik memasuki bilik kawalan JRCC, saya benar-benar terpegun kerana tidak ubah seperti filem sains fiksyen, lengkap dengan pelbagai monitor TV dan komputer yang memaparkan suapan maklumat dari pelbagai sistem radar 100 dan 70 kilometer, kamera dari Unmaned Aerial Vehicle atau robot terbang tanpa kawalan manusia, Aludra II yang merupakan UAV buatan Malaysia serta pelbagai sistem teknologi lain yang namanya berbelit lidah nak sebut (sebenarnya saya sudah catit, tapi buku saya tercicir dalam perjalanan ke hotel).
10.Sistem-sistem dan pelbagai alat komunikasi itu merupakan gabungan dari teknologi barat serta ada yang dibuat oleh anak watan sendiri.
11.Sasaran saya sebenarnya tertumpu pada satu paparan yang memaparkan “live feed” atau siaran langsung UAV yang sedang membuat intipan secara senyap ke atas sebuah kapal perang Indonesia (nama kapal tidak diketahui).
12.Kita lupakan mengenai kapal perang Indonesia tersebut kerana tumpuan sebenarnya ialah sasaran kamera Aludra ke atas sebuah bot laju yang datang dari arah Filiphina.
13.Para petugas bilik kawalan JRCC dengan call sign “Helang” kemudian mengarahkan operator Aludra untuk mengekori bot tersebut (lokasi operator tidak diketahui tetapi mungkin berada di Pulau Danawan.
14.Bukanlah saya mahu memperkecilkan keupayaan Aludra, UAV tersebut sebenarnya sedang dmasih di peringkat pembangunan. Kamera resolusi tinggi
milik UAV tersebut masih gagal memaparkan imej yang jelas dan tajam, jarak penerbangan juga masih tidak jauh iaitu sekitar radius 50 kilometer sahaja dan ini jauh ketinggalan dengan yang dibangunkan oleh luar negara.
15.Oleh kerana gagal mengenalpasti bot tersebut, “Helang” kemudian memberi arahan kepada dua buat bot tempur laju dengan kekuatan 10 anggota komando untuk memintas bot asing tersebut, call sign untuk kumpulan komando tersebut ialah “Garuda”.
16.”Garuda” kemudian menuju ke haluan yang ditentukan dengan kelajuan pada 33 knots, arahan adalah untuk menahan bot saspek tersebut dan menjalankan soal siasat.
17.UAV dan pelbagai sistem yang wujud dalam JRCC itu kemudian mengumpul segala maklumat berkenaan hala tuju bot dan melihat jika ia menambah kelajuan untuk memecut, selang beberapa minit, bot tersebut dibersihkan dan sahih ia bukan bot lanun.
18.Dua kumpulan gempur komando “Garuda” tadi kemudian diarah untuk membuka operasi baru, iaitu dengan Konsep Rondaan Mesra dan Program Bertanya Khabar.
19.Yelah tadi macam singa lapar menyerbu bos saspek tetapi bila sudah hampir, rupanya bot tadi “innocent”. Jadi segala perwatakan yang keras adi bertukar menjadi, “Haa apa khabar?”, Nak poi mana?. Semua ok ke? selamat belayar yooooo” serta merta, komando tadi jadi mesra rakyat pula, hahaha, pandai betul cover line di samping satu senjata psikologi untuk menawan penduduk di kawasan perairan yang sangat merbahaya di Malaysia hari ini.
20.Saya tidak mahu menulis panjang tetapi nikmatilah semua foto-foto yang dipaparkan. Cuma saya nak pesan janganlah buat teori mengarut kononnya kerajaan import pendatang Indonesia, Filiphina atau Aceh dan diberikan tarak kerakyatan untuk mengundi Barisan Nasional atau Umno.
21.Inilah teori yang paling lawak saya pernah dengar, bukan senang untuk kawal kemahuan manusia. Satu lagi pendatang yang memperolehi kad pengenalan sedemikian bukan mudah nak diawasi, dia pindah sesuka hati dia…mereka bukan robot, ini manusia.
22.Kerajaan habiskan duit berjuta ringgit untuk kawal sempadan negara. Janganlah ada teori bodoh di mana pemerintah membenarkan mereka masuk untuk menjadi alat percaturan politik.
23.Come onlah, janganlah terlalu banyak berteori, mungkin ada kejadian macam ini segelintir tetapi ia dilakukan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab tidak kiralah dia dari parti mana pun.
hantu_UAV says
aku salah sorang developer aludra tu…. baru perasan ade publish pasar ops tu kat sini… memang diakui kamera tu ade sedikit problem…pihak THALES ade offer pasang camera hi-def mereka kat aludra-aludra kita.. tapi kos yang agak melampau…klu shahpaskal ade visit DSA 2008@2009, aludra mmg ade pasang kamera tu…bila kita deliver aludra kat ATM utk ops pasir, mmg pakai camera belum cukup canggih..
shahreza says
tahniah la kt Malaysia ni sbb berjya mencipta UAV TMPATAN GOOO MALAYSIA
melayu malaysia says
perhh atm sangat berkemampuan untuk menjaga perairan malaysia tetapi saya sangat hairan la kata pulau ambalay tetapi tidak ada pulau pun apahal.
Indonesia Jaya says
Tulisan anda mengandung fakta yang salah, anda sendiri sudah mengakuinya, teman-teman anda pun sudah memperingatkannya dari setahun yang lalu… anda juga sudah mengetahui kesalahan tersebut..
lalu mengapa anda belum juga merubahnya? apakah anda mempunyai agenda tersembunyi dari itu?? untuk menunjukan seolah-olah sistem miiliter Malaysia lebih superior dari Indonesia?? Jika tidak, mohon kesediaan anda melakukan perubahan…
Itikad baik dari anda akan sangat-sangat kami hargai…
Indonesia Jaya says
Mr Paskal, mohon kesediaanya untuk melakukan KOREKSI dari kesalahan postingan di point nomor 11. Mr Paskal sendiri sudah mengakui itu salah, mohon di edit tulisannya agar tidak menimbulkan salah pengertian dari Indonesia..
Itikad baik dari Mr Paskal akan sangat kami hargai….
Julia says
kadang2 operasi secanggih manapun boleh terlepas pandang.mereka ni nekad betul..teringat kes bot pendatang indon karam kat NZ tahun lepas.bot kayu jer pecah berderai ngan kebanyakan penumpang dipukul ombak kuat just tepi pantai..kesian ramai yg mati.tu belum yg cuba2 nak masuk ozzy lagi.biasanya kalau dpt terus bakar je bot2 tu dan hantar pulang.tapi ramai lagi yg lepas jugak masuk..
Julia says
errr kat kawasan hotel brisdale chow kit masyAllah punyala ramai rakyat indon.yg meniaga hampir 100 peratus indon..mana poie peniaga malaysia?Dok kat situ rasa macam melancong kat indon plak rasanya macam2 ada..sempat la makan mi bakso dia yg ada bebola daging tu.rasanya confirmed ramai yg mcm anak malaysia cakap ni..kepentingan politik semata2.heran betul macam mana punya la ramai amat….
jojo malik says
saya rakyat malaysia, berdoa semoga angkatan tentera malaysia sentiasa dilindungi Allah swt, semoga hati mereka kuat mempertahankan tanahair ini, mempertahankan Islam dan rakyat Malaysia amnya. Jaga amanah ini dan bersiap sedia selalu. Tabik juga pada mereka kerana kita semakin menguasi teknoloji terkini.
anak malaysia says
20.
“Saya tidak mahu menulis panjang tetapi nikmatilah semua foto-foto yang dipaparkan. Cuma saya nak pesan janganlah buat teori mengarut kononnya kerajaan import pendatang Indonesia, Filiphina atau Aceh dan diberikan tarak kerakyatan untuk mengundi Barisan Nasional atau Umno.”
Ni bukan teori bro,ni betul..kebanyakannya dari indon..
Memang berlaku kes macam ni,dekat gombak,selangor bro boleh lihat sendiri..
ada satu kawasan kampung,(maaf tak boleh bagitau)asalnya dibuka oleh orang melayu kini dipenuhi dengan ribuan indon..
yang peliknya,dengan senang mereka boleh mendirikan rumah dan penempatan tetap disana,sedangkan orang kampung mahu buat rumah pun terpaksa berdepan dengan pelbagai birokrasi inikan pula orang luar..lebih mengharainkan langsung tidak pernah ada operasi membanteras ‘pati’ disana..
kami yakin memang mereka diberi taraf penduduk tetap.dengan bersyarat(mengundi umno)dan kegiatan itu juga didalangi oleh orang penting di kawasan itu yang juga orang yang saya kenali..
tapi saya tak kesah semua tu,yang saya geram indon2 ni pengotor,kampung yang pada asalya kemas,tersusun cantik kini bagai sub burb jakarta..
x army rrd says
betul tu….suvival melayu punya pasal…….citer pasal askar tapi masuk bab politik…ni lah mentaliti melayu layu…….samapa tak tahu mana peribumi sabah…….. pui…melayu sakai!
jacksonrenjer says
http://jati-dseas.um.edu.my/filebank/published_article/437/049%20-%20068%20%20Wan%20Sharwaluddin.pdf salah satu contoh
tipu? apa yang ditulis dalam BTDM tipu?wei shah kau tak tau apa apa….ex army dan ex polis yang pernah di sabah tahu….
bapakkaupnybini says
20-23…shah ngko p dok kat sabah sarawak sana tak??.ianya realiti bukan mitos
bapakkaupnybini says
betol tu bentara…zaman aku dulu,kami saja pg memancing…pikat burung…padahal pg merisik…apa info kami dapat kami serah pada risik batalion…askar sekarang?MEMANTAT!
romayo says
ale atb nak sefe baget konon tak yah lo ……………..kes yang malam hari tu dakat p bkk pun kelamahan daripada atb kos nak jimat bujet konon saya terima dari anggota op kawan saya pun bujet makanan pun tak macam dulu atb banyak songlap …………sereba serbi nak kontorol ….jadi kalo macam ni ku pangil la anggota kau sendiri buat op tu sekali ngan panglima ko tu …..seang cerita la makan duit haram …….kalo ko nak murah nak sefe bujet ko pangil reala buat tugas op ni senang cerita
bentara bentan says
saudara fadli,adakah kami terlalu bodoh untuk tulis 100% disini??hahhaha ternyata anda pening ya…
bentara bentan says
Awang Lai said:
Aku tinggal di area sandakan. Navy dgn apmm di sini lembab sangat. Senang2 jer lanun@pengganas boleh masuk. Bro shahpaskal kalu nak buat lawatan kat sandakan,boleh email akuu. Aku boleh tunjuk laluan bot haram dari filipina memasuki perairan sabah dengan senang sekali. Aku ni kaki pancing,jadi aku tau la laluan tuu.—–}amacam kalau akau bagi cadangan?ngko ambil gambar mana mana lokasi yang kau rasa senang nak ditembusi pastu kirim pada kementah….
romayo says
ale bukan benda lame dah bekurun dah duit masuk poket dah bekurun dah dan banyak siri op p ingat pulau pulau palncongan kat kawasan op takde sye ke ngan panlima .ni mamang barang ada nak buat selangaran kate duit tak da tu la atb2 punya tamparan …tak paya ……la lebih baik 5 bgd hendel op
verado300 says
ada la…. banyak cawangan. cuma xbley heboh sebab akta rahsia rasmi
verado300 says
OP PASIR dah berusia lebih 10 tahun. Aset asal sangat daif… Berita mula tertubuhnya ATB2 dibawah kawal selia Mk AB mula sampai ke telinga Anggota OP PASIR sekitar tahun 2007 kalau tak salah la. Bermula dari situ ATB2 mula mengumpulkan anggota dan aset disamping mengekalkan aset yang sedia ada dianggarkan bernilai melebihi RM 10 juta. bermula dari titik itu juga GIRN (Govermen Intergrated Radio Network) mula dikenalkan dan dilengkapkan bukan sahaja kepada ATM malah seluruh agensi penguatkuasa kerajaan. Ini bagi membolehkan ATM melaksanakan operasi lebih menyeluruh dengan Agensi2 penguatkuasa yang lain dibawah kawal selia Mk ATB2 (utk perairan sabah)…
Bermula dari titik itu juga rangkaian jaringan OP PASIR mula dilengkapkan dengan peralatan yang lebih canggih… Apa yang saudara pengarang cuba sampaikan di atas adalah yang terkini….. Program UAV masih lagi dibangunkan oleh syarikat dan anak tempatan. Gabungan kepakaran anak watan tetapi menggunakan teknologi asing. Diharapkan dimasa akan datang kita mampu hasilkan 100% made in Malaysia! Untk maklumat rakan2 sekalian Op PASIR menjaga perairan sabah bermula Dari Utara sampai keselatan. Saya tidak dapat nyatakan semuanya disini atas faktor2 keselamatan dan kerahsiaan. Walaubagaimana pun Pasukan Gerakan Am, juga ditempatkan dibeberapa buah pulau bagi membantu pasukan tentera. Dan yang terbaru ATM juga melaksanakan Joint Ops dengan PDRM yg mana pasukan ini digabungkan di satu base (milik ATM-TD).
Disebabkan aku bukan seorang penulis yg mahir, aku tak mampu menyampapikan penceritaan yang menarik kat sini. Kalau penulis nak maklumat tambahan bolehla berhubung dgn saya asalkan kerahsiaan negara dijaga. Cuba disini kita ketinggalan 1 pasukan kecil yang benar-benar membantu sewaktu penubuhan Op Pasir sekitar tahun 2000 – 2002 dimana perolehan Aset pertama Bot laju jenis Rover dan RIB diperkenalkan kedalam Inventori Tentera Darat (selepas bot-bot laju yg digunakan oleh pasukan khas ATM) dan dikendalikan oleh anggota Tentera Darat. Banyak yang telah disumbangkan ATM sejak Op PASIR diistiharkan. Bilangan pelancung di kawasan peranginan melibatkan laut mula bertambah. Daerah2 dikawasan terlibat juga mula membangun. Banyak lagi la… kalau nak ceritaq 4 tahun pun belum tentu habis.. nak tau kenapa?…. kalau aku kenal korang semua boleh la cerita….
verado300 says
Jauh tu…. bagus guna AC masuk sana… Ada gak runway….. Aku g akuingatkan dah x jumpa darat hari tu…. cuak jugak bro….
verado300 says
Jgn tngk luar…. dalam tu makan n minum blm tentu cukup…..
shahpaskal says
itu KRI Todak…saya cuma bergurau dengan forumer Indon ni semua, mcm mana anda boleh mengenalpasti visual yang begitu kabur sedangkan saya ada di situ. Saya cuma berdiam diri untuk melihat sejauh mana perang psikologi ini mempengaruhi minda pembaca…nampaknya, ramai yang kantoi
rookie says
bahaye tu shah kalo buku nota mcm tu boleh ccir….tkot kalo owg baca pastu sebarkan kat musuh……
ikhwan says
Brother. itu kapal perang masuk kat visual bukan lah jiran punya, tak bukan TLDM punya laah.. Jerong Class tu.
fulan says
asskum saudara di semenanjung.
Sepintas saya lihat itu kapal TLDM sendiri, dari kelas Jerung FAC.
Karena TNI AL tak punya kapal perang berbentuk tsb.
CMIIW
ariff says
macam mana nak dapat jemputan macam ni?
infomison ofersenel says
x seftey lansung …….sendiri mau ingat …..kita aman sekarang …jangan minta yang mengundang akan datang ..kesianilah mak bapa kaita warisan kita …kalo dah cam ni tergugat
infomison ofersenel says
sudh cop 10 jari tapi ada perlu ingat anggota ATB2 unit opersi telau ambik mudah hal ni anda fikir dengan gambar yang ada .ada tu akan melumpuhkan seystem pertahanan anda .alangkah bodoh namanya ada pamerkan aset yang anda pakai ini boleh memerangkap diri anda dan mengugat keselamatan negara ……fikir kan lah kerw krew mkas ATB 2 dan anggota yang bertugas ada boleh di perhatikan oleh seystem satalit yang cangih ini
indoggie says
keje ko menipu je indon… tgok ni http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs287.snc4/40686_432164248023_563598023_4897170_5232107_n.jpg
cent says
bro…..ce cite sket ape yang berlaku kat spartly tu..yang kd pari almost sink time kejar china flagged ship..
Sam says
FAdli – pada saya mudah sahaja – ikut tuan tanah nak buat apa dengan rumah dia – kalau rasa saudara lebih bijak, buat site sendiri & kita lihat sejauh mana ia boleh pergi [ini cabaran dari saya ya sdr fadli]
tim beskal says
syah,tlg wat entry psl pengecilan saiz ATM..aritu timb.komandan aku cakap dlm 2015,SPM da xlaku nak masuk askar..btul ke?
zul says
biasa la 2. nak cari makan shah paskal nie bukan org kaya.. dgn cara ini mampu menjana keuntungan apa salahnye. sekarang nie pun ekonomi pun x ok.
Nadz says
System ni saya belajar, route ini sgt x2 digunapakai di seluruh dunia dan menggunakan GPS bagi mengesan , tapi negara kita takde lagi satelit serupa gps, kita hanya pinjam dari nav-star gps dari us saja walaupon ianya dari CA-code tapi masih mampu bagi koordinat yg tepat dengan buat correction bg base station.. tapi yg penting sistem kita akan begitu mudah disabotaj oleh pihak amerika sebab mereka buleh order satelit diorg utk denied pa-code dari sistem gps kita.. tapi saya tgk kat komputer tu software dia lama sgt, mungkin masih x update kut.huhuv
Nadz says
System ni saya belajar, route ini sgt x2 digunapakai di seluruh dunia dan menggunakan GPS bagi mengesan , tapi negara kita takde lagi satelit serupa gps, kita hanya pinjam dari nav-star gps dari us saja walaupon ianya dari CA-code tapi masih mampu bagi koordinat yg tepat dengan buat correction bg base station.. tapi yg penting sistem kita akan begitu mudah disabotaj oleh pihak amerika sebab mereka buleh order satelit diorg utk denied pa-code dari sistem gps kita.. tapi saya tgk kat komputer tu software dia lama sgt, mungkin masih x update kut.huhu
Fadli says
Inilah tipikal intel melayu, mengelak dari sebuah tanggung jawab penulisan dengan berdalih untuk mendapat untung dan mendapat bayaran. Dulu saya suka dengan gaya tulisan anda yang mengedepankan idealisme, kebenaran dan kehati-hatian. Dengan statement anda ini, terbukti sudah gaya kapitalis yang mulai mengendalikan gaya tulis anda. Sekali lagi itulah tipikal intel melayu, mudahnya merubah statement.
jus oren says
hehe..betapa mudahnya mempermainkan manusia yg kurang mggunakan akal dan cepat emosional..
harap2 rakyat malaysia tidak tgolong dlm kategori “cepat emo” kerana golongan inilah yg selalu rugi..
tamingsari says
dalam erti kata lain,kita menang dari seki psikologi ( x mudah melatah ) dan ekonomi ( masuk gak duit )heheheheh
Daniel says
Kesalahan pada gambar itu memang disengajakan untuk menjadi bahan siaran Kaskus. Lihat, pembaca saya iaitu mmuurrllyy sudah pun menegur saya pada 25 Julai lepas tetapi saya hanya mengucapkan Terima Kasih dan langsung tidak membaiki kesalahan maklumat pada artikel saya. Saya tahu itu bukan kapal Indonesia kerana itu saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai gambar itu. Lihat Para 12. Saya masih mendapat untung dari “KLIK” pembaca kaskus. Kehadiran ramai orang Indonesia akan membolehkan saya mendapat bayaran. Saya tahu artikel itu akan dipetik oleh Kaskus dan ramai orang Indonesia akan “KLIK” ke blog saya. Hasilnya, saya akan mendapat bayaran dari pengiklan. Hehehehe….psikologi orang Indonesia (bukan semua) yang mudah emosi menguntungkan saya.
Daniel Ahmad says
Shah Paskal, artikel anda jadi bahan tertawaan formil kaskus Indonesia
http://www.kaskus.us/showthread.php?t=10143028
malaydown says
Aludra? Kok namanya mirip2 UAV buatan anak2 ITB bandung ya? Dan Indonesia banget tuh namanya.Apakah benar itu UAV buatan malay?
emotionless_teenage says
internet guna utk dl anime : D
nnti 2,3 hari post..pasal india la pulak
sori bro shah tumpang tempat nk iklan sat….
g-gun says
islam mengalakkan pembangunan persenjataan bknya utk peperangan tapi utk mempertahan diri .sesuai dgn konsep pertahanan negara kita yg bersifat bertahan.
g-gun says
hehe.sekiranya 27 kapal ngpv dilengkapi senjata anti kapal,anti kapal selam,anti udara,berketar gak lutut org singapore nk serang malaysia.hehe.6 kapal halimunan diorang lawan 27 kapal ngpv lengkap bersenjata.dgn bantuan vera e(tk tau ke tk blh detect ke tk kapal di laut) peluru berpandu exocet mampu menghentam kapal halimunan singapore dgn tepat tanpa sebarang masalah.hehe
yu says
ada cadangan nk wujudkan tentera muslim?
Donny feat Bunny says
Cantik Chop,benar belaka apa yang dikata.
Saya tambahkan sedikit lagi fakta yang ada,moga ada yang bangkit terbakar…
(think positive) juga terbuka luas minda dan kepala serta berfungsi ‘otak’ yang ada sebagaimana yang sepatutnya.
“Hold high the Red Flag of Martyrs and carry out revolution to the end, to die for the people is as heavy as the mountain of Tai”
Parti DAP ‘Peristiwa berdarah 1969’- rujukan Arkib Negara.
Wahai bangsaku ‘melayu’…gunakanlah otak dan hati yang dikurniakan tuhan dengan “semaksima” mungkin.
*Chop,apa “trigger” yang sesuai nak diguna pada bangsa yang satu ni…”melayu”.
maklum jika sudah terjumpa.Terlampau berat sangat nak bangkit!
Chop says
Donny,kau pesanlah macamana berbuih mulut kata orang Utara, memang hakikatnya ramai orang kita memang mudah lupa, lebihkan kera di hutan dari saudaranya sendiri, cukup minat dengan bahan2 picisan yang entah di mana benarnya dari mencari fakta,sebab lebih mudah dihadam minda dari memerah otak. Hakikatnya saya perhatikan mereka ini cukup senang diapi apikan. Kononnya kehidupan kita ni teruk, sedangkan makan minum terlebih dan banyak memboros.Kalau kita menafaatkan internet sepenuhnya sebagai contoh,banyak mana penjimatan dapat dilakukan?Tetapi orang kita lebih berminat mengunakkan internet untuk tujuan yang membazir.Tak payahlah saya eloborate di sini,saya pasti ramai yang setuju (dan membantah,itu hak masing2 ler..)
Donny feat Bunny says
Peringatan buat semua!
Berhati-hati dengan permainan licik golongan “ULTRA KIASU”….
ancaman sebenar kita bermula dari DALAM!
Bangkit dari lena semua!
Jalak Lenteng says
Its been quite sometime since yr last article in BDG. What happened mate? I really enjoy yr blog . Im sure theres more interesting articles to come.
naza says
cucu tok wan macam ada mesej tersembunyi yang nak di sampaikan….
emotionless_teenage says
military grade observation camera(used in UAV) is a controlled item,so the people who design the UAV have to be content with consumer-grade camera.not to mention the price
in the future they should get a better observation camera(i think Aselsan or LG should be able to help us with the camera)
Cucu Tok Wan says
mohon izin untuk copy-paste sebahagian daripada artikel tuan ke dalam theflyingkick.blogspot.com… terutama pada bahagian akhir yang sebenarnya amat menarik untuk dinilai, terutama ianya datang daripada golongan yang menjaga perbatasan negara…
yas says
hrtu aku bru blk dr Tawau….Sandakan ngan Tawau jauh gak ke bro?
#Tak leh tahan bila dengo bab ikan beso2 nih…hehehe
wan says
kalu dh buku catatan tu tercicir yang mengandungi pelbagai sistem teknologi lain yang namanya berbelit lidah nak sebut,x risau jatuh ke tangan pihak yg x bertanggungjawab ker? mcm mn leh tercicir?andai kata buku catatan tu mmg mengandungi maklumat yg penting, penulis x rasa bertanggungjawab ker?
waris pejuang says
Goooooooddddddd…… Cam tu ler baru betul……….. Hidup MENTAH……………… Bakal TPM..?….. eke… ke.. ke.. ke..
Chop says
Selamat berpuasa Shah dan kawan2.Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seperti dipetik oleh Bernama berkata yang projek LCS sebenarnya bukan pengganti kepada projek MEKO. Projek MEKO untuk batch akan datang tetap dirancang serta batch pertama kelas KEDAH akan ditingkat upaya dengan misil,sesuatu yang tak sukar dilakukan kerana sifat modular MEKO.Kalau ikut perancangan macam ni, Armada TLDM akan memiliki Armada yang ampuh dalam jangkamasa 5 tahun akan datang;
6LCS
2Frigate F2000
6 Corvette
6 (+6mungkin?) OPV MEKO (sebenarnya Corvette kalau ikut tonnage/dipertingkat dengan misil/torpedo)
2 LPD + 2MPS
2 Training/Patrol ship
4MCMV
2SSK
2FTV
18 Helikopter + 4MPA
Kemungkinan besar FAC dalam 3 kelas (La Combatate’/Spica/Lursen-total 14buah)
akan di pindahmilik kepada MMEA.Jangan lupa kita juga punya MMEA sebagai barisan kedua pertahanan laut bersama aset udaranya.Walaupun bukan sebuah Armada yang besar tetapi dari segi kualitinya adalah agak baik.Saya gembira kerana dengan pengumuman ini juga bermakna kelangsungan kepakaran anak2 tempatan dalam pembuatan kapal MEKO akan dapat ditajamkan lagi serta tidak mengalir keluar negara.
Apa komen Shah???Cercite cercite…
Awang Lai says
Aku tinggal di area sandakan. Navy dgn apmm di sini lembab sangat. Senang2 jer lanun@pengganas boleh masuk. Bro shahpaskal kalu nak buat lawatan kat sandakan,boleh email akuu. Aku boleh tunjuk laluan bot haram dari filipina memasuki perairan sabah dengan senang sekali. Aku ni kaki pancing,jadi aku tau la laluan tuu.
p/s: kalu nak atur trip mancing kat sandakan pun bolehh . ikan besar2 woo ..
Skuad Gempur says
untuk pengetahuan semua..gambar tentang visual kapal perang indonesia sebenar bukan..itu adalah kapal TLDM kelas Jerong class fac..sila perhati bebetul…
ace says
off topic; selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa, shah, krew maintenance blog military of malaysia and semua orang Islam.
BendangMan says
Saudara shahpaskal, saya ingin bertanya mengenai status rumah api di Pulau Pisang (Pontian) yang diduduki oleh Singapura.. apakah statusnya sekarang. Apakah tindakan Kerajaan Malaysia?
pendekar melayu islam says
bro , ade la pesal xde plak….. cme bukan mcm us or uk la….. risik kte dri kor risik & special branch je…..
naza says
tentang mana nak dapat sumber ni, ada lah sesuatu yang subjektif. kenala rajin membaca bahan yang berkenaan. jangan lak cari majalah memasak…
naza says
aiya…. silap citer ke….. kuman ni dah dugunakan sejak WW1 lagi. paling koman pun, dorang buat kuman selsema. teknik ni digunakan untuk mengkucar kacirkan kestabilan penduduk negeri yang di sasarkan, sebelum memulakan tindakan yang lain. contoh perang zaman moden ialah saperti di iraq. mula mula serang kilang rokok dan susu supaya smoker tak senang duduk dan berasa rimas, kerana anak nangis takde susu
hitlermalaysia says
owh…smpai ke kuman pun boleh dijadikan perang ek…x tau plak tu…nk dpt mana yek sume info psl perang2 alaf baru ni???
sajen says
harap2 KEMENTAH kne kn tindakan yg keras terhadap anggota yg meletakkan gambar2 aktiviti tentera malaysia..smpai ad satu profile kt fb siap letak pic kt mane RAD park meriam howitzer diorang..kn naye klau ad perisik dari seberang wt risikan aset2 ATM..lg2 aset artileri..jgn smpai perisik lua MARK!!tempat2 kite simpan meriam 2..
naza says
hitlermalaysia, betul lah apa yang didengar tu. zaman sekarang ada macam2 jenis perang, antaranya, perang darat, laut, udara, cyber, saikologi, perang kimia,perang kuman dan yang terbaru, memanipulasikan cuaca
ace says
salam
http://militaryofmalaysia.net/2011/04/agensi-perisikan-malaysia/
soran says
salam…bro
malaysia x de agensi perisikan ke????
cam kat uk or us
hitlermalaysia says
salam…kblkngn ni sy byk terdgr tntng perang siber yg kononnya mmpu melumpuhkan keupayaan persnjataan perang yg sedia ada.lbih2 lg senjata2 moden kini menggunakan elektronik dan ICT…ini mndedahkn kelemahan persenjataan moden seperti khabar mengatakan nuklear mampu dikalahkan hanya menggunakan teknologi komputer @ perang siber.jadi minta sikit info drp abg shah paskal serta sesiapa saja…tp harap faktanya betol laa….terima kasih, vielen danke.
ali says
http://mindnoevil.blogspot.com/2011/07/maf-joint-force-headquarters.html
yu says
kurang tepat , bukan semua kita punya , ada bahagian masing masing, ada 5 negara yg tuntut, shapaskal apa kata u pergi melancong kt sana request guna KD Rajawali untuk kesana , boleh cerita pengalaman saudara berbuka puasa di kepulauan spartly….class gitu.
shahpaskal says
terima kasih bro kerana membaiki maklumat yang saya sampaikan…
AhmadK89 says
kpda sesapa yg kt luar 2 dok hentam ATM ckp sgala agenda pmngunan n pemodenan ATM satu pembaziran, anda silap yop.. soal keselamatan ni bkn main2.. syabas ATM.
pendita_bebas says
xsemua perkara boleh dimaklumkan kepada rakyat…..kerahsiaan mesti dijaga…
paskau X says
rasenye bagus jgk diorg tau..jgn ingat ATM cikai takde equipment canggih dan satu peringatan buat2 musuh2 negara di luar sana…Anda Sedang di Perhatikan….
pendita_bebas says
betol tu..jiran sebelah bole buat macam2 dengan route yang dah ditayangkan…
dan yang paling jelas, paparan route tu melanggar OPSEC….
mmuurrllyy says
Gambar ini bukan kapal indonesia, sebaliknya adalah Kapal TLDM dr kelas jerung FAC (M).salah info tu
http://militaryofmalaysia.net/militaryofmalaysia.net/wp-content/uploads/2011/07/IMG-20110721-00232-300×225.jpg
mmuurrllyy says
bro, dah setahun lebih saya terlibat OP Pasir, saya tak pernah jumpa kapal indonesia
http://militaryofmalaysia.net/militaryofmalaysia.net/wp-content/uploads/2011/07/IMG-20110721-00232-300×225.jpg
seperti gambar diatas.
why? sebab gambar itu kapal TLDM dari kelas Jerung FAC(M) based in Sandakan. please recheck.
Chop says
Ace, aku rasa kita on the same frequency .Lega sebab majoriti masih lagi yang berfikiran rasional dan membuat pertimbangan yang wajar.Kita faham yang dalam mengambil sesuatu keputusan yang akan melibatkan Negara bukannya boleh melihat satu aspek, perlu melibatkan banyak aspek (sosial,ekonomi,budaya,keselamatan,hubungan luar,dll) pastinya tidak dapat memuaskan hati semua pihak,jadi perlu ada compromise (tolak ansur).Aspek keselamatan agak sensitif kerana ianya melibatkan pihak yang dianggap ancaman,jadi tahap kerahsiaan amat kririkal,lagi2 di zaman ledakan Teknologi Maklumat. Tapisan serta analisis amat2 penting bagi menjayakan strategi jangka pendek dan panjang. W’salam
berok says
gambar route UAV tu tak langgar OPSEC ke ? mana tau orang seberang pakai photoshop dapat outline laluan patrol.
ace says
w’slm chop.
belum lagi baca yg tu. klu ada rezeki sy baca.
itulah hati sy kuat mengatakan ini semua cuma tunggu masa. sy fikir negara kita terpaksa play dengan diplomasi pada ketika itu kerana kekacauan yg dilakukan oleh sesetengah pihak dalam negara kebelakangan ini.
syah tuan punya blog pun tak mahu ulas lanjut tentang ini, sensitif agaknya. kita pun out of topic, tapi sy yakin bro chop boleh faham maksud sy. ibarat kata shah dalam sains politik, nak berdiplomasi pun kena ada bargaining power dibelakang.
xarmy says
Ostex RMN la…RMAF joint sekali…sumbang fighter jet je…enjin je panas…
arabsays says
cantekk…
kraken says
shah,
buku nota yang hilang tu tak dak maklumat sensitif ke ? bahaya siottt..
SU-30MKM tengah busy training kat Sabah,
ada isu panas ke sekarang ni ?
Chop says
Salaam Ace, Shah dan kengkawan.
Ace kau dah baca ‘Doctor in the house’ tulisan Tun M?Salah satu tindakan pertamanya semasa jadi PM adalah menghantar trup kita ke Terumbu Layang2 pasal Tun Hussein gusar mendapat kecaman dari Negara2 yang juga ada tuntutan.
Tun M juga ada menyatakan kekesalannya kerana pulau Amboyna terlepas kepada Vietnam disebabkan keengganan Tun Hussein.All i can say is that the old man really got guts! Tapi janganlah kita menidakkan jasa2 Tun Hussein kerana di melakukan apa yang dirasakannya betul semasa itu.Negara kita mungkin cukup lemah semasa itu.Strategi Tun memang cukup pintar dan sekarang telah menujukkan hasil.Seperkara lagi yang menarik untuk diperhatikan adalah pendudukan kita di Pulau Perak.Saya rasa ramai yang tak tahu di mana kedudukan Tanah Malaysia yang paling Barat ini.Gambar2 menarik boleh dilihat di dalam blog Xnuri Pilot.
Jalak Lenteng says
Shah, apasal pulak China nak bantah. T.Layang2 kan kita yg punya? Ada good article from Mumuchi tntg terumbu ni.
Bey says
Salam,
Tidak menjadi 1 kesalahan ke memaparkan gambar2 & maklumat di atas? Anyway, thanks very much krn willing to share with us.
boonlertpratchai.. says
peergh..lama betul tunggu update terkini ,semenjak posting terakhir osama meninggal..lega rasanya dpt membaca kembali blog ini..
Wira Arjuna says
Memang sofistikated jugalah ATM. Satu lagi kejutan. Rasa ATM ada banyak lagi kejutan yang belum dibangkitkan. ATM perlukan UAV pelbagai guna seperti Reaper yang boleh serang dengan misil (mungkin sudah ada?) Tapi paling penting sekarang ATM perlu segerakan pemerolehan MRCA baru (tanpa mengira penggantian MiG-29). MRCA baru ini pula kena berpengkalan di Sabah. Apapun, ini blog yang bagus. Tak sabar untuk post akan datang.
propaludra says
assalamualaikum…
aludra tu sendiri masih byk lagi perlu dibantu…kita di luar ni kalau dpt beri sokongan pada aludra kita pun dah cukup utk naikkan semangat aludra kot…
xarmy says
Assalamualaikum…
Anda terlalu beruntung dpt melihat sendiri tugas n peralatan yg digunakan oleh ATM di MAB 2..bab Aludra tu jgn sesiapa pun kutuk…patut berbangga..pasti akan dinaikan taraf lg jd Mk 2, MK 3 dan seterusnya..satu permulaan yg baik… kita bagus dah bl dpt visual masa sebenar Indon punya FAC….dpt jg MAB 2 atur aset utk tindakan susulan….good job
riSIK says
Thank..Info menarik. Canggih gak ATM dih. Harap2 kerajaan dapat merealisasikan penggantian MIG 29 ngan perolehan LCS. Juga berharap kerajaan dapat utamakan program perolehan kapal MPSS utk TLDM.
zaini says
salam shah,, nice info menarik.. lama tak update.. pnat tggu ni.. huhu..
apa pon2 keep it up… sya slalu view site ni…
astomahawk14 says
bro shah tahniah menarik gak …. soal anggota tentera masuk gambar kat open sources ni adalah berpunca kurang kesedaran dan penguatkusaan…… so ATM perlu lebih tegas dan realistik membabitkan soal ancaman dalaman ini….
Jalak Lenteng says
Saya pun pilih Gowind. Sigma Indon dah pakai. Kita kena beza skit dari jiran serantau.
Apa pun mesti ada involvement dari Boustead dan pembekal tempatan supaya industri perkapalan kita tidak ketinggalan serta mengawal pengaliran tukaran wang asing. Cantik bunyinya “LCS ronda LCS”. Apa kata kita gelar Gowind “Angin Lalu”
Anyway Shah, takkan Alludra masih lagi kat takuk lama, saya pasti sudah ada banyak improvement lagi, mungkin tak boleh diberitahu kot. Apapun ada hikmah disebalik issue Ambalat ni. Kita dapat pengalaman dlm surveillance serta memperbaiki sistem Alludra kita. Syabas.
naza says
apa yg di pamerkan disini cuma `tip of the iceberg`. apa yang kita ada sebenarnya banyak lagi, cuma it`s too sensitive to expose to the public. congrate bro shah kena berjaya menyedarkan orang2 kita tenteng kesungguhan kita memastikan rakyat dapat tidor lena dalam aman dan cari duit banyak2, tapi malangnya masih ada yang terus `lena`
Rihaikaz says
Klu ada post pasal sniper Malaysia best gak…
ace says
berkenaan isu spratly. sampai bila negara2 berkepentingan akan play dengan bantahan china?
rasanya pendekatan diplomasi kita tu takkan bertahan lama. tuntutan tak rasional langung dari pihak china. sy cakap begini tak bermaksud sy memandang rendah akan kekuatan diplomasi. buktinya lihat sahajalah. buat masa sekarang ni yg menahan ke-agresifan china adalah filipina yg dapat backup dari amerika.
dasar pendudukan kita pun telah jelas diperlihatkan dengan kesungguhan kita membangunkan kawasan tersebut dari terumbu kepada pulau dilengkapi dengan kemudahan sejak tahun 80-an menurut pembacaan sy yg lepas.
cumanya sekarang sy keliru. kita tak peduli akan pandangan mereka dulu ketika kita bawa bertan2an tanah untuk menambak terumbu layang2x dan yg lain, kenapa sekarang kita bersetuju supaya aktiviti zee dikongsi bersama?
sedangkan tuntutan dari filipina, vietnam dan negara2 berkepentingan tidak cross dengan tuntutan negara yg lain. masing2 dah buat pendudukan.masalah sekarang cuma dengan china. betul ke shah?
tambahan pembinaan sub base installation di sabah menguatkan pandangan peribadi sy sebelum ini. congak sy, apakah atm tengah tertunggu2 kedatangan inventori baru yg kita riki di pameran lima sebelum ini untuk mendekatkan lagi jarak operasi dan menguatkan tuntutan kita di spratly?
shahpaskal says
Singapura memandai dengan jaringan risikan dan sistem radar TUDM kita
afiqhakimi says
china gerun ngan kite ke?
haha
itukan hak kite..
die dari jauh plak menyemak..cet~
shahpaskal says
tunggulah bila mereka dikesan oleh risik nanti….mmg ada pemantauan
shahpaskal says
BSPP sedang mengesan mereka
shahpaskal says
gowind…saya sepatutnya melawat terumbu layang2 tetapi ada bantahan dari pihak China
koi says
salam bro shah sy minta tolong kalau boleh letakan gambar sebenar garis sempadan maritim milik malaysia. maksud saya dari TLDM ke APMM ke. sebab bnyak gambar garis sempadan milik malaysia dlm google banyak sangat x tahu yang mana betol…
Azril says
suka baca blog ini 🙂 canggih juga ATM kita ni. tak silap kem tu kem kukusan kan?
anak jati negara says
kpd sape2 yg selalu memperkecilkan kesiagaan ATM tu (selepas diperkudakan oleh zionist) harap2 bukakla mata hati tu skit…kerajaan dan ATM sentiasa buat yg terbaik utk rakyat…
KJSUPERTRAMP says
thanks bro syah. ni kali pertama dapat tengok CC dan sistem survillance. canggih. *banyak kan gambar syah ! 🙂
GEMPURWIRA says
dari Gempurwira
maklumat yang cukup memberi banyak info berkaitan pertahanan Malaysia… TAHNIAH..
Syark says
shah, well done brother..terbaik foto yang ko snap tu…anyway ini membuktikan perbelanjaan pertahanan kita disalurkan kepada kemudahan canggih seperti ini…terbaik..bukan mudah mahu mengawasi kawasan perairan tawau dan sandakan tu…lebih2 lagi dengan isu pertindihan ambalat..ini jelas membuktikan kita mampu dan setanding dengan angkatan tentera yang canggih spt singapura dan australia..terbaik…
kepada aliran berhaluan kiri…buka MATA besar!!!! x habis2 nak buat FItnah..bosan
Anak Watan says
Salam…Saya selalu melihat gambar-gambar tentera malaysia dalam Facebook… ada sesetengah nya kita boleh pamirkan pada pandangan saya….tetapi maslah yg melibatkan tempat sensitif…jadi apa tindakan dari KEMENTAH!!!…mengenai sesetengah yang memaparkan tempat2 yg tidak sepatutnya…. & juga Ada juga anggota-anggota pasukan KHUSUS kita yg m’dedahkan identiti mereka didalam Facebook….sepatut nya pekara ini tidak berlaku…..
syah.. says
nice info shah.1st time tengok sistem surviliance ATM..later on mungkin boleh dipertingkatkan Aludra tu..jarak operas, camera dan missile maybe..
afiqhakimi says
perkongsian menarek la shah..
erm..JRCC kat markas angkatan bersama nih terletak berdekatan dengan stesen lima milik kite ke syah?
petugas2 kat JRCC nih plak, banyak dari kor risik ke atau UCIS ke atau ape?
kawasan panas tawau dan sandakan mungkin bertambah panas sbb ade eks ostex ngan paradise kat sana..hehe
tuh bukti ATM siap siaga untuk mempertahankan bumi bertuah kita nih..
cepatlah LCS kita siap..boleh la toy baru kite nih buat senaman kat LCS (laut china sleatan) plak..hehe
komen shah..sigma atau gowind pilihan TLDM shah?
go for gowind!!!
PadangDiLalang says
terima kasih saudara shah. info yang berguna dan menarik. tahniah.
Juan says
salam bro shah paskal, kalau boleh gambar kasi besar sikit, baru puas nak tengok
jebat says
no1 – 19 ok.. syok baca.. tp yg no 20 – 23 tu tkkan DS zahid suruh tulis kot.
gambar ‘route uav’ tu ada byk kapal kat monitor tu, itu kapal sapa yg banyak sgt tu..
mcm nak perang jerr
zar says
salam.. trima kasih kpd maklumat yg berguna..
malamalam says
sempadan malaysia siam plak mcmana? smpadan ni rasanya yg paling cold…
saya biasa ke pgkln kubor / rantau panjang-golok.. dr luaran peace jer nmpak.
sajen says
salam shah…ley x ko soh pgawai atasn ATM wt larangan kt sume anggota ATM supaye x letakkn gambo2 ketenteraan malaysia kt facebook..sbb skrg ni ak tgk kt fb bnyk sgt anggota ATM ltak gambo aktiviti ketenteraan malaysia..ak risau la..
buntal says
best
satu pendedahan fakta yg membanggakan tentang keselamatan negara.
nun di hujung sana anggota2 keselamatan bekerja keras demi negara.
Eric says
Wah…..antara artikel terbaik lah shah….tahniah skli lagi….dh lme beri cadangan ke shah supaya posting byk kn gambar2 spya lbh mnarik…kli ni shah ikut…tq2…
miey says
Akhirnya ada juga entri baru setelah sekian lamanya..tahniah atas entri yang sentiasa memberi info yang org biasa spt saya yg tidak tahu peranan2 mereka yg berada di hadapan..
aku says
camna lah buku nota bleh jatuh lak banyak bawa kemera ke?
adakah di sempadan filipna ngan indon sahaja ada kelngkapan ini
camna ngan sempadan singapura plak
indon says
first