NOTA PENULIS : TAHNIAH PASUKAN KITA MENANG BOLA MELAWAN INDONESIA 3-0
1. Anda hendak jadi pilot jet pejuang? Anda fikir, terbang dengan Mig-29 adalah sama dengan membawa pesawat Airbus A300? Genggam joystik, semudah main PS2?
2. Hari ini saya akan kupas topik yang saya tengok tidak pernah disentuh langsung oleh akhbar, majalah mahupun forum-forum pertahanan kita.
3. Jadi biarlah saya memecah rekod, dahulu sekitar awal tahun 2000, saya pernah bertemu dengan seorang doktor (tentera darat) di pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) di Subang.
4. Pertemuan saya dengan beliau disyorkan oleh seorang kenalan saya kerana saya sedang membuat kajian mengenai sindrom-sindrom merbahaya yang mempunyai potensi untuk meragut nyawa pilot pesawat pejuang kita.
5. Doktor yang saya maksudkan ialah Pengarah Institut Perubatan Penerbangan TUDM iaitu Kol Dr Zahari Jusoh.
6. Sekarang beliau sudah berpangkat Brig Jeneral dan menyumbangkan tenaga untuk membantu Agensi Angkasa Lepas Malaysia.