Gambar perarakan Hari Kemerdekaan, sistem misil Taming Sari 98 atas terak pick up jenis Isuzu dengan sistem camouflage digital atau FACTS (Gambar dari militaryphoto.net oleh Mr Kurien)
Gambar dari perarakan yang sama dengan para pegawai STRIDE berserta dengan alat LTD dipercayai untuk memandu sistem Taming Sari ke arah sasaran dengan laser (Gambar dari photobucket oleh Balibilabong)
Sistem peluru pintar Copperhead oleh tentera Amerika Syarikat ditembak dari laras meriam 155mm.
1. Pada pameran DSA 2008 (Defence Servise Asia’08) yang mengambil tempat di Putra World Trade Centre, saya berkesempatan mengunjungi tapak pameran Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan atau STRIDE.
2. Stride ini kalau tidak salah dahulunya duduk di Jalan Padang Tembak, lepas itu berpindah ke Kajang, masa bangunan STRIDE hendak dibangunkan di Kajang ini, ada juga saya hadir ke majlis pecah tanah insitut ini.
3. Kalau hendak ke Batu Arang pun ada cawangan STRIDE dan dekat Lumut pun ada cawangan institut ini.
4. Di Batu Arang ini terletaknya lokasi department teknologi pertahanananya dan di sinilah penyelidikan ke atas sistem persenjataan dibuat.
5. Saya tidak tahu apa perkembangan STRIDE yang muktahir tetapi sebelum ini, STRIDE ini akan mengkaji sistem-sistem persenjataan dan pertahanan yang dibeli oleh negara. Kajian dibuat untuk mendapatkan kesesuaian dengan iklim dan tenaga kerja serta untuk memahami bagaimana ianya berfungsi (sila rujuk laman rasmi STRIDE).
6. Memang misteri STRIDE ini, tetapi pada perarakan Hari Kemerdekaan ke 50 kalau tidak silap saya (maaf tidak ingat tetapi memang ada gambarnya dalam akhbar), tiba-tiba STRIDE mengambil bahagian dan rakyat pun melihat lori-lori pickup 4WD Isuzu mengalas sejenis peluru berpandu.
7. Masa itu saya sedang menonton perarakan tersebut dari TV, saya tersenyum juga tengok pasukan STRIDE ini, dalam hati saya, “Apalah STRIDE ini, siap bawak mock up peluru berpandu atas terak konon-konon nak tunjuk depa ni ada pencapaian”.
8. Memang kelakar dan tidak kena langsung gabungan peluru berpandu tersebut dengan lori pick up Isuzu yang diwarna dengan corak camouflage (kalau letak atas Land Rover Defender atau G-Wagon mungkin nampak sesuai sikit, ini pendapat saya masa itu).
9. Itu dahulu apabila saya sinis dengan pencapaian negara saya sendiri malahan saya sendiri dahulu tidak percaya anak bangsa saya boleh mencipta peluru berpandu.
10.Sehinggalah saya melawat pameran DSA 2008 di PWTC, saya mengambil kesempatan untuk berbual dengan seorang jurutera STRIDE yang menghisap rokok bersama saya di sebelah ruang pameran STRIDE yang terletak di pintu keluar pameran tersebut.
11. “Bro, egh egh (saya terbatuk batuk pasal asap rokok tapi belum sampai tahap kena kanser paru-paru), peluru berpandu itu mock up ke yang STRIDE bawak atas lori Isuzu masa perarakan dulu?” tanya saya sambil menunding pada gambar peluru berpandu tersebut yang tertampal di ruang pameran STRIDE.
12. “Ishh itu misil betul itu, kita orang ambil risiko bawak peluru berpandu hidup masa perarakan, kalau meletup, memang masak”, kata jurutera berusia 40an itu.
13.Serentak dengan itu air liur saya tertelan, dan mata saya bersinar-sinar untuk mengorek maklumat pasal peluru berpandu yang saya gelakkan dalam kaca TV dahulu.
15.Dari maklumat beliau, baru saya tahu, peluru berpandu itu diberi nama kod Taming Sari 98 dan benar-benar berfungsi serta mempunyai sistem panduannya sendiri. Ia boleh dikategorikan sebagai “Peluru Berpandu Pintar” dan bukan bom bodoh (bomb besi/unguided) atau sistem roket biasa.
16.Beliau sendiri sukar hendak menjelaskan kepada saya atas sebab-sebab teknikal tetapi saya andaikan peluru berpandu ini mempunyai fungsi yang sama dengan sistem peluru berpandu pintar “Copperhead” buatan Amerika Syarikat yang ditembak dari laras meriam 155mm.
17. Sistem Copperhead ini akan mencari sasaran dengan menggunakan deria laser atau radio seperti kereta kebal misalnya dan kemudian menyelaraskan sistem pemanduannya untuk meluncur ke arah kereta kebal musuh.
18.Dari maklumat beliau, peluru berpandu Taming Sari ini masih dalam peringkat ujian dan sehingga DSA 2008, sistem ini menghadapi masalah tetapi saya tidak ingat masalah apa, ia masih sedang dibaiki untuk mencapai jarak penerbangan yang maksimun dan masalah dengan sistem pengesanan.
19.Kalau tidak silap saya, jarak yang dicapai oleh peluru berpandu itu mencapai tidak lebih dari 3 kilometer (Maaf tidak ingat jarak sebenar) dan ini merupakan antara masalah yang sedang diatasi oleh para saintis dan jurutera STRIDE.
20.Saya rasa sistem peluru berpandu ini berfungsi begini…sasaran akan ditentukan oleh unit forward observer (biasa dari GGK atau PASKAU dgn menandakan sasaran dengan alat Laser Target Designator atau LTD).
21.Peluru berpandu akan dilancarkan dan sistem penjejak laser pada Taming Sari 98 akan mengikut tandaan laser yang dibuat oleh LTD tadi. Buktinya, salah satu dari kenderaan dalam konvoi perarakan itu membawa alat yang dipercayai LTD.
22.Sistem pengesanan peluru berpandu itu juga bermasalah (mungkin tak dapat mencari sasaran dengan tepat kot) tetapi saya tidak pasti yang ini kerana saya sendiri tidak berapa faham apa yang jurutera itu cuba sampaikan pasal bahasa yang dipakai banyak sangat jargon teknikal.
23.Selain dari peluru berpandu di atas, pencapaian STRIDE yang boleh dilihat dengan mata kasar ialah ujian terhadap sistem camouflage digital yang diberi nama Field Advance Camouflage System atau FACTS (SILA LIHAT ENTRY PADA JANUARI 2009 SAYA DENGAN TAJUK CAT CAMOUFLAGE BARU UNTUK ATM).